31 Ogos 2008

Salam Ramadhan al Mubarak

Tadi, baru sebentar tadi diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan. Maka esok hari akan bermulanya puasa. Kepada sdr yang ingin menunaikan solah tarawih di Masjid bermula pada malam ini kami dari RK mengucapkan selamat kepada sdr. Dan kepada seluruh muslimin dan muslimat kami juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah sebulan puasa bermula esok.

Selamat datang ya Ramadhan, selamat berpuasa.



30 Ogos 2008

MalaysiaNews: Orang Munafik Suka Bersumpah



Veideo klip ini didekisikan untuk Saiful Bukhari Azlan, Najib Tun Razak dan Tajol Rosli Ghazali.

AyamPAS, ayam PKR atau ayam BN

Oleh: Matsamankati (PerakExpress.com)

Semalam, hari Jumaat, ada member nak buat kenduri sikit pasai nak sambut puasa. Tambahan pulak, sebagai tanda puas, kerja dia kat Permatang Pauh berbaloi. Oleh kerana dia jiran dekat rumah, dia minta aku tolong belikan ayam.

Nak mintak tolong, tak jadi masalah. Tapi bila dia mintak sponsor…..teruk sikit. Tapi bila aku pikir balik, hari tu banyakorang sponsor aku kat Matang Pauh. Malaysiabiz sponsor duit minyak. Topeng Perak sponsor nasi kandaq. Matcomot sponsor McDonald. Ummi sponsor cucoq. Kalau keluar duit sendiri, dah tentu habis tujuh lapan puluh. Tapi dah takdir, kalau Tuhan kata kena keluaq…keluaq la.

Aku pun pergi kat market Kuala. Pergi market pukul 11.00… apa yang tinggal? Dari jauh Ah Hee jual ayam dah jerit. “Ah Mat aaaa! Matang Pau apa macam? Atak lawan ka?”

“Whoa!! lugi la lu. Manyak syiok lo. Ciak beh liao!”

“Talak bikin makan busat ka?” Ah Hee tanya aku.

“Tu pasai la aku datang cari ayam. Nak buat kenduri”

“Ayam atak bulu ka…..tatak bulu punya?”

“Yang tak dak bulu la…yang dah proses. Yang ada bulu nak kena potong…kena buang bulu…sapa nak buat?”

“Mau ayam PKR ka…mau ayam BN?” Ah Hee tanya lagi.

“Cilaka hang..aku nak yang murah..Tak kira la…ayam BN ka…ayam PKR ka…ayam Pas ka…”

“Mau mulah punya…lu angkat ayam BN.” kata Ah Hee.

“Ayam hang ni…hang potong ka…hang katuk?” aku tanya kat Ah Hee.

“Haiya!..Gua mana atak potong punya. Itu Haji kasi potong punya. Gelenti olang Melayu boleh makan punya.”

“Aku tau la hang tak potong. OK..bagi aku lima ekor.” Yang tu saja aku mampu.

“Thieu na seng….lima ekoq mau kasi sapa makan? kita olang semayang hantu pun talak cukup punya. Angkat sepuluh ekoq la..”

“Aku ada tujuh puluh ringgit saja…cukup atau tidak.. itu saja bajet aku”

“Cincai la…lebih gua sponsor.” kata Ah Hee. Selamaaat!

“Mau post mortem ka?” Ah Hee tanya kat aku.

“Potong saja la..”

“Gua manyak syiok post mortem ini BN punya ayam.” kata Ah Hee.”Mula-mula buang dia punya kepala.” Cut! sekali tetak putus kepala ayam. ” Ini kepala tak boleh pakai punya…sudah rosak. ini ayam aaa….tatak akai punya. Lu kasi lepas sama dia aaa…dia tak tau cali makan punya. Hali-hali, dia tunggu olang kasi makan. Satu hali olang tatak kasi makan aaa… gelenti mati punya. Itu PKR punya ayam aaa… tiga hali talak kasi makan pun boleh hidup punya.

Ini ayam BN punya mulut aaa.. lagi tak boleh pakai. Itu ayam PKR aaa..pagi-pagi sudah bunyi…koo…koo.koo..koooooo! Tapi ini ayam BN, kali-kali cakap busuk punya. Lu talak caya…lu dengar apa dia cakap..cock…cock…cock…cock….cock.

“Kaki… lu mau ka tak mau?” tanya Ah Hee

“Aku nak buat apa dengan kaki? ” aku bagi tau Ah Hee.

“Lu manyak pandai!!! Ini kaki aaaa.. Cina pun tak mau ooo. OK…Sikalang kita belah dua.. lu tengok dia punya hati…manyak hitam. Ini tali perut aaa…juai pun talak laku pasai dia punya bau manyak busuk. Hali-hali makan pellet. Ini pedai aaa…lu kasi potong.Ayam BN punya pedai….itu bulu ayam pun ada. Tapi itu PKR punya ayam…dalam itu pedai ada pasir. Itu pasai Cina punya olang manyak suka itu PKR punya ayam!”

“Hei! Ayam PKR ni ayam apa?” aku tanya Ah Hee.

“Niamah ka hai! itu kampong punya ayam la…. “



Lima kupang: Belanjawan belum boleh belanja kawan






Aku baru sudah baca budget. Baru sudah baca analisa. Baru sudah berkerut dahi tekan calculator berapa banyak yang aku dapat jimat tahun ni dan tahun depan. Kesimpulan? Tadak. Aku still kena bayaq cukai. Letrik aku lebih dari RM20 sebulan. Proton sengaja jual enjin petrol masa aku beli Wira dulu. Dan aku tak kerja dengan kerajaan.

Aku kerja makan gaji dengan swasta. Swasta yang diketahui akan sedaya upaya memaksimakan keuntungan bagi memastikan CEO dan GMnya dapat terus naik kereta besar dan terbang kelas pertama guna duit syarikat. (Hmm… Bunyi dah macam kerajaan pun ada.)

Tiba2 aku teringat mesyuarat halatuju syarikat aku dua bulan lepas. Semua ketua2 jabatan diarah untuk bersama mem"brain storming" bagi membantu syarikat mengorak strategi untuk enam bulan akan datang. Ada beberapa consultant dipanggil membuat presentation tentang ekonomi dan keadaan industri semasa. Aku teringat lagi bila ramai ketua2 jabatan menggelengkan kepala bila melihat laporan daripada salah sebuah badan kewangan terkemuka dunia. Aku berkerut dahi.

Dahi aku berkerut bilamana satu carta berkaitan FDI - pelaburan luar dlm negara - menunjukkan beberapa negara di Asia mendapat suntikan daripada pelabur luar sepanjang tempoh enam bulan. Potongan kek carta pai menunjukkan Singapore, Thailand, Jepun, China dan even Vietnam menerima suntikan modal asing. Ramai yang senyap dan kelihatan tercari2 di mana potongan kek untuk malaya? Ya, tanpa perlu ditanya, presenter yang buat presentation tu dengan selamba mengatakan bahawa negara kita berada dalam "Others". "Others" menerima jumlah suntikan kurang daripada 10%!
Golongan negara manakah yang berada dalam "others"? Yang pastinya tanah melayu adalah salah satu daripadanya. Yang lain korang boleh cari sendiri. Untuk rekod, sebelum ini kek FDI di Asia juga dipegang sedikit sharenya oleh kita. Kebelakangan ini kita terpaksa berkongsi dengan "others".

Budget 2009 membuktikan sekali lagi betapa tenatnya FDI kita. Kerajaan terpaksa "memenangi" hati rakyat dan juga Sabah Serawak dahulu sebelum memikirkan tentang FDI. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa tiada satupun kelebihan diberikan untuk menarik lebih banyak FDI ke negara kita! Belanjawan kali ini lebih kepada menyelamatkan BN, daripada menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Soalan: jika orang tak bawak masuk duit untuk diberikan kepada kerajaan, duit siapakah yang kerajaan dok guna selama ini?

Jawapan: Duit rakyat! Duit minyak yang dinaikkan oleh kerajaan! Kerajaan sedang memerah keringat rakyat melalui kenaikan harga minyak yang mendadak dan melampau tinggi! Kemudian dengan "keuntungan" ini, kerajaan mengumumkan "pelbagai insentif" kepada rakyat seolah2 menunjukkan urus tadbir kerajaan bertambah baik. Hey, kamu tak perlu belajar pengurusan ekonomi di LSE sehingga ke tahap PhD untuk mengurus kewangan sebegini! Kamu ambil RM10 daripada rakyat, dan tiba masa belanjawan, kamu umumkan bahawa kerajaan "baik hati" untuk bagi setiap rakyat lima kupang. Ibrahim Ali pun boleh jadi PM kalau macam ni!

Ekonomi kita makin tenat. Setakat blog ni ditulis, ringgit dah lemah berbanding dolar - 3.39. Dua bulan lalu, kita selesa di paras 3.20. Kalau kita naik kepada 3.40, kemungkinan Zeti terpaksa masuk campur dan nasihatkan PakLah untuk kuncikan semula ringgit kita macam dulu. Inflasi juga mencanak naik. Barangan komoditi tak nampak jalan untuk turun. Dalam harga minyak telah diturunkan, pengusaha pengangkutan awam masih terusan berusaha menaikkan harga tambang.

Mungkin pekerja yang bergaji bawah RM35 ribu setahun boleh tersenyum sekarang kerana PCB (potongan cukai berjadual) mereka nanti dah tak dipapar dalam slip gaji. Maka seronoklah mereka berbelanja 20-30 ringgit sebulan yang "dijimatkan" untuk guna beli petrol. Yang diambil balik oleh kerajaan akhirnya dengan menafikan subsidi minyak seperti sebelumnya. Atau mungkin boleh belanja kawan2 makan jagung dalam tin yang telah dimansuhkan cukai importnya dalam belanjawan kali ini.

Bagaimana dengan defisit? Jawapan menteri kewangan 2 kita - mat yakob - senang, defisit akan berkurang sebab petronas bayar cukai lebih! Sekali lagi, sedara sedari, adik kakok sekalian, membuktikan bahawa urus tadbir negara sangat senak sebab kita bergantung sepenuhnya pada petronas! Hasan marican pernah meletup sebelum ini bila mempersoal kerajaan mengenai industri lain dan kenapa hanya bergantung kepada petronas semata?

Belanjawan 2009 menyimpulkan bahawa kerajaan BN yang diteraju oleh PakLah membawa ekonomi Malaysia menuju ke gaung jahanam kerana terpaksa memberi inisiatif kepada rakyat menggunakan duit rakyat yang diperah dan dirampas secara paksa. Ini samalah juga seperti membuat potongan gaji ke atas pekerja dan kemudian mengumumkan bonus pada hujung tahunnya!

Riang-ring: Merdeka!





"Di atas runtuhan kota Melaka, kita bina jiwa merdeka!"

Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan di atas ni? Baik, aku terangkan satu per satu apa kena-mengena kota Melaka dengan jiwa merdeka.

Dari sudut sejarah, kita dapat melihat bahawa semenanjung Tanah Melayu ini dulu dikenali sebagai Melaka. Dalam buku teks sejarah tingkatan 1 (masa zaman aku dulu), selepas bab zaman pra-sejarah, bab kedua ialah zaman kesultanan Melayu Melaka. Parameswara yang berasal dari Palembang ialah Sultan yang pertama. Tetapi, menurut hikayat Hang Tuah yang kelakar tu, Sultan Melaka berasal dari Bukit Siguntang yang merupakan dunia dewa-dewi Wan Empuk Wan Malini. Lantaklah dia berasal dari mana pun, yang penting dia seorang raja yang telah menawan negeri yang diberikan nama Melaka.

Aku tertanya-tanya, sebelum namanya Melaka, apa nama kawasan tu dan takkan tak ada langsung komuniti dan kerajaan tempatan? Katakan ada masyarakat di situ, takkan mereka terima saja dengan hati terbuka bahawa mereka sudahpun ada Sultan?


Kemudian, empayar Melaka ni pun berkembang baik lalu dijajahlah oleh Portugis, Belanda, British dan akhirnya UMNO (ops, hahahaha). Semasa peristiwa lawak Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan Malaya, dia memilih Melaka sebagai satu simbolik bahawa Melaka yang dijajah selama ini akan bebas dan merdeka.

(Lagu di bawah nyanyi ikut rentak intro lagu 'Cek Mek Molek' oleh M. David Sparkle - M. Daud Kilau lah!)

"Oh hoi................ hoi!
Kalau dah bingung tu bingung juga
Itulah dia bangsa Melayu..."

Aku pernah menonton dokumentari pasal merdeka terbitan Filem Negara - temuramah bersama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Katanya, "Ditakdirkan Allah Ta'ala, datuk moyang saya dulu (Sultan Kedah) telah menjual negeri kepada pihak British (Pulau Pinang), dan ditakdirkan Allah Ta'ala sekali lagi, pada hari ini, saya cuba menebus kesalahan yang dilakukan oleh datuk moyang saya dengan menuntut kemerdekaan tanahair."

Memang betul Tunku menuntut kemerdekaan tanahair. Tanahair Malaya akhirnya merdeka pada 31 Ogos 1957. Itu Malaya yang merdeka! Bukan rakyat! Yang kita dok sambut hari kebangsaan tiap-tiap tahun tu, kita faham ke kemerdekaan sebenar? Dahlah kita kena tipu dengan UMNO selama 62 tahun. Bendera pun ciplak bendera Amerika. Lagu negara pun ambil lagu keroncong lelucon 'Terang Bulan' yang sangat popular pada 40-an!

Sekali lagi - "di atas runtuhan kota Melaka, kita bina jiwa merdeka!" Ungkapan ini diucapkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi.

Kota Melaka - kalau kita pergi Melaka, kita lihat banyak kota-kota yang masih kukuh bersemayam. Mana yang dikatakan kota Melaka yang runtuh tu? Kota Melaka yang runtuh tu ialah kota yang dibina oleh empayar kesultanan Melayu Melaka. Kota tu runtuh sebab Portugis ambil alih negeri ni. Kenapa ungkapan ni kata atas runtuhan kota Melaka, kita bina jiwa merdeka? Siapa 'kita' yang dimaksudkan tu? Melayu? Ye lah... Melayu.

Sebenarnya bukan saja Melayu. Rakyat. Rakyat yang hidup di bawah telur lanjut Sultan. Rakyat yang sentiasa takut akan tulah Sultan. Rakyat yang selalu kena laungkan 'DAULAT TUANKU'! Runtuhnya kota Melaka maksudnya, tiada lagi Sultan. Bila tiada Sultan, maka tiadalah rakyat yang membahasakan diri sebagai 'HAMBA'.

"The history of all hitherto existing society [2] is the history of class struggles.

Freeman and slave, patrician and plebian, lord and serf, guild-master [3] and journeyman, in a word, oppressor and oppressed, stood in constant opposition to one another, carried on an uninterrupted, now hidden, now open fight, a fight that each time ended, either in a revolutionary reconstitution of society at large, or in the common ruin of the contending classes.

In the earlier epochs of history, we find almost everywhere a complicated arrangement of society into various orders, a manifold gradation of social rank. In ancient Rome we have patricians, knights, plebians, slaves; in the Middle Ages, feudal lords, vassals, guild-masters, journeymen, apprentices, serfs; in almost all of these classes, again, subordinate gradations."

- Communist Manifesto, bab 1 BOURGEOIS AND PROLETARIANS.

Assalammualaikum, ayahanda, abang long, abang ngah, abang cik semua, dan juga kepada Pak Imam serta ustaz-ustaz, kita tengok sini bagaimana si KAFIR Karl Marx dan Frederick Engels ni pun pandai menilai bahawa manusia semua sebenarnya sama saja dan tidak ada apa yang dipanggil taraf, darjat, ataupun tuan dan hamba. Tapi kenapa kita yang dipanggil MELAYU ISLAM (khususnya) ni dan yang merasakan kita ni sebagai bangsa terpilih (sama dengan Bani Yaakob), dan agama kita ni yang menjaminkan SYURGA yang sama dengan unta Nabi Muhammad ni, tapi kita masih lagi dikongkong dan mendaulatkan SULTAN?

Kita selalu baca Quran dan kita selalu baca ayat 'Laa ikra hafid diin' yang bermaksud tiada paksaan dalam agama. Ayat Allah Ta'ala yang pendek ni menerangkan bahawa Islam ialah agama bebas dan merdeka. Tiada kasta-kasta ni. Dan ini yang dimaksudkan oleh Manifesto Komunis ni - 'oppressor and oppressed'.

Kita jangan percaya sangat bahawa Sultan ialah Ketua Agama Islam. Ini semua penipu. Kalau pergi Hotel Shagri-La di Jalan Sultan Ismail, KL, kamu semua akan tahu siapa sebenarnya mereka ni. Dan bila dah tak ada Sultan, barulah JIWA kita akan MERDEKA. Tak ada lagi tuan dan hamba. Tak ada lagi kaya dan miskin. Kita, manusia hasil dari air mani yang sama je bentuk dan prosesnya ke ovum.

Kita jadi HAMBA ALLAH dah lah...

"Di atas runtuhan bilik gerakan UMNO, kita bina jiwa merdeka."

Hahahahahaha

MERDEKA Ialah Keluar Dari Ruang Salah Yang Sesat

Oleh: Zukri Aksah

Salam MERDEKA!!!

Banyak perkara penting akan berlaku dalam masa terdekat ini, paling utama tentulah menanti kelahiran putri sulung saya, moga dia dan ibunya diberi kesihatan yang baik, insyaallah. 31 Ogos ini ialah ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-51, sementara 1 September pula seluruh umat Islam dijangka akan mula berpuasa Ramadhan, kenalah masanya kerana kita menyambut “kemerdekaan” dari godaan iblis dan syaitan selama sebulan.

Apa itu merdeka? Semudahnya saya menyimpulkan sebagai keluar dari ruang gelap dan memasuki ruang yang cerah, seperti keluar dari penjajahan kepada berkerajaan sendiri, keluar dari kemiskinan kepada kekayaan, juga keluar dari ruang salah yang sesat kepada ruang benar lagi mendapat petunjuk.


Entah macam mana malam tadi sambil menonton televisyen keseorangan (kerana isteri telah pun tidur, kesian dia keletihan kerana sarat mengandung), tergerak pula hati untuk menulis sesuatu tentang merdeka, lalu mula menimbang-nimbang apa yang saya harus rujuk kali ini. Saya terfikirkan Al-Quran, terus saya masuk ke bilik dan mengambil naskah Al-Quran terjemahan di atas almari pakaian.

Kembali ke ruang tamu, saya terus membuka Al-Quran tersebut dan Maha Suci Allah yang tinggi kebesaranNya, saya terbuka surah 68, Al-Qalam, sememangnya Dia tahu, saya dan ramai lagi rakyat di Malaysia ini sedang mencari petunjuk.

Saya perturunkan di sini terjemahan ayat 7 hingga 14 Surah Al-Qalam, Mafhum Firman Allah:

Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dijalanNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. Maka janganlah engkau ikut orang-orang yang mendustakan (agama). Dan mereka bercita-cita, jika engkau lembut (terhadap mereka), mereka akan lembut juga. Dan jangan engkau ikut orang yang banyak bersumpah lagi hina. Pencaci (orang), berjalan mengadu-ngadu. Enggan (mengeluarkan) harta, aniaya lagi berdosa. Keras hati dan selain daripada itu yang terkenal kejahatannya. Kerana dia mempunyai harta dan anak-anak.

Ayat-ayat di atas menyenaraikan orang-orang yang sesat dijalanNya, yang menakutkan saya adalah ayat ke 10 yang telah saya hitamkan, “Dan jangan engkau ikut orang yang banyak bersumpah lagi hina.” Anda semua sudah tentu maklum yang kebelakangan ini orang suka bersumpah, sama ada sumpah untuk mendakwa sesuatu atau sumpah untuk menafikan sesuatu. Anda semua juga tahu antara kalangan yang suka bersumpah ini adalah pemimpin atau pernah berada dalam kepimpinan organisasi yang mereka sertai atau pernah sertai. Sama ada masih memimpin atau pernah memimpin, mereka ini saya yakin masih punya pengikut sehingga sekarang, lebih khusus lagi pengikut yang beragama Islam. Jika mereka yang memimpin atau yang pernah memimpin ini sudah di ambang kesesatan, bagaimana dengan orang yang mereka pimpin, pengikut mereka? Na’uzubillahiminzaalik!

Saya memang tidak boleh melarang Najib Tun Razak dari bersumpah, kerana siapalah saya, sedangkan dia Timbalan Perdana Menteri. Saya juga tidak dapat membantah tindakan Saiful Bukhari bersumpah, kerana saya tidak kenal pun dia dan diapun tidak kenal akan saya.

Tetapi saya kenal seorang saudara, seorang sahabat dan seorang abang, Ezam Mohd Noor, harus saya betulkan niat saya di sini bahawa saya tulis ini bukan untuk mengutuk atau mengkritik, saya masih punya hubungan baik dengan Ezam sampai sekarang, kalau Ezam membaca tulisan ini, anggaplah ini sebagai pesanan dan ingatan sesama Muslim. Ketika menerajui Pemuda Keadilan, Ezam pernah bersumpah keramat di semua negeri seluruh Malaysia, Ezam juga pernah bersumpah akan menentang Mahathir walaupun Mahathir sudah berada di dalam kubur, Ezam turut bersumpah akan melawan Umno habis-habisan, yang terakhir Ezam bersumpah akan menghalang Saudara Anwar dari menjadi Perdana Menteri.

Atas rasa kasih-sayang kepada seorang saudara, seorang sahabat dan seorang abang, saya sangat-sangat merayu kepada Ezam supaya biarkanlah yang berlalu itu, cukuplah bersumpah, saya sangat-sangat takut Ezam termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ke 10 surah Al-Qalam itu, dan natijahnya menjadi orang yang sesat dijalanNya.

Saya tahu, sungguhpun Ezam sudah tidak ada apa-apa jawatan politik, dia masih ada pengikutnya. Saya juga sangat-sangat takut jika Ezam memang termasuk dalam golongan tersebut, yang sesat dijalanNya, yang bakal terikut sama adalah orang-orang yang mengikutnya. Wajarkah saya menulis perkataan yang menggambarkan situasi ini, SESAT DAN MENYESATKAN. Saya akan menangis jika ini benar!

Sesungguhnya, keluar dari keadaan ini, keluar dari keadaan sesat dan menyesatkan adalah KEMERDEKAAN YANG SEBENAR.

MERDEKA!!!



Riang-riang: Anwar Ibrahim





Dia menang juga di Permatang Pauh. Adakah reformasi sosio-politik Malaysia akan bermula di Permatang Pauh? 10 tahun lalu Anwar Ibrahim mengisytiharkan 'Reformasi' di Damansara Height, di kediamannya, sebelum dia ditangkap. Selama tempoh 10 tahun ini, 'Reformasi' berkumandang di udara Malaysia dan pada PRU12 lalu, ianya membuahkan hasil yang agak mengejut setelah BN hilang 4 negeri. Dan tarikh 26 Ogos 2008, Anwar kembali ke kerusinya di Parlimen - kerusi yang sangat selesa untuk punggung Anwar Ibrahim. Sebab itu kerusi ini tidak diberikan kepada orang lain melainkan isteri dia.

Pak Lah tidak langsung menunjukkan rasa bimbangnya dalam komen beliau atas kemenangan Anwar Ibrahim. Bijan mungkin terkena cirit birit sebab kena habiskan laksa dan sate yang banyak berlebih semasa kempen di Permatang Pauh. Mahsor, isteri Bijan mungkin sedang mengumpul botol untuk dibuat 'molotov cocktail'. Syed Hamid Albar dok merepek pasal akta DNA!


Muhyiddin Yassin mencadangkan UMNO perlu perubahan. Begitu juga Nik Aziz dengan 'sempoi' dia cakap "beribu-ribu budak yang keluar universiti, dan mereka ini sudah pandai menilai bahawa fahaman kebangsaan (baca UMNO) tidak lagi sesuai."

Paling menarik, Che' Det dalam komennya kepada pemberita malam tadi - "PKR atau Pakatan Rakyat tidak menang di Permatang Pauh tetapi BN kalah di Permatang Pauh!" (ini yang aku suka kat orang tua ni. Dia pandai melawak.) Sambungnya lagi - "Dia (Anwar) fikir dia boleh beli mereka (baca MP yang nak lompat parti) tetapi dia lupa yang di bahagian lain (BN) ada lagi banyak duit." Hahahahaha (aku, wartawan dalam berita tu dan Che' Det sendiri pun ketawa...). Penyataan ini menunjukkan politik wang berlaku.

28 Ogos (Khamis), Anwar angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Nampaknya setelah sebulan perang sumpah-seranah ke atas manusia Anwar Ibrahim ni, akhirnya dia bersumpah juga. 29 Ogos (Jumaat), pembentangan Belanjawan 2009. Aku percaya, dokumen Belanjawan ni dibuat dalam dua versi. Versi satu - Anwar kalah, dan versi dua - Anwar menang. Kita saksikan bersama nanti. Kemungkinan banyak kejutan akan berlaku dalam pembentangan Belanjawan 2009. Segala-galanya akan dibuat untuk rakyat dan Pak Lah akan berkata - seperti manifesto BN semasa PRU12 lalu - negara berkebajikan. Gaji menteri akan menjadi sama tahap dengan pegawai N27 - tak ada O.T. Perubatan dan sekolah diberikan secara percuma, dan macam-macamlah. Ini semua berkemugkinan berlaku demi untuk menjaga kepentingan BN dan fail-fail mereka.

Di samping itu, impian 16 September (bagi Pakatan Rakyat) akan terus menghantui BN dan UMNO khususnya yang akan tiba tak lama lagi. Betulkah ada MP akan lompat parti?

Dah lah tu. Aku nak pergi minum neskefe tarik dan makan roti tempayan. Kawan aku belanja. Dia dapat duit sebab jual sesumpah. Hahahaha...

Oh, ya. Kawan aku namanya Epul.

Bila BN Mencari Geruh Di Permatang Pauh

Oleh: Zukri Aksah

Geruh siapa lagi, kalau bukan geruh Anwar Ibrahim…:-)

Saya tulis ini ketika sedang menonton rancangan Analisis Awani saluran 501 Astro, sewaktu Saudara Anwar Ibrahim telah disahkan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam “pilihanraya kecil paling ganas” (hahaha… entah berapa orang mati tertikam tiang bendera atau terjerut tali poster), dengan majoriti 15,671 undi.

Saya kata BN sengaja mencari geruh Anwar kerana Permatang Pauh sudah terbukti kubu kebal beliau, tujuh penggal (termasuk ketika diganti sekejap oleh Dr. Wan Azizah) beliau menjadi Ahli Parlimen di situ membuktikan segala-galanya. Kenapalah tidak ada pimpinan BN yang ingin mendengar nasihat Anuar Musa.

Banyak analisis yang diperkata dan diberikan dalam rancangan Analisis Awani ini, oleh ramai penganalisis politik “hebat,” mereka cuba mengandai dan merumuskan kemenangan besar Saudara Anwar Ibrahim dengan menggunapakai rujukan pola pengundian orang muda, pola pengundian pengundi bukan Melayu, kesesakan lalu-lintas, hujan, kempen defensif dan ofensif, kempen pasif dan proaktif serta sebagainya. Walaupun saya akui kesemua ini ada peranannya dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tetapi saya tidak boleh mengelak untuk kadang-kadang merasa bahawa mereka yang suka digelar sebagai penganalisis politik ini lebih gemar bercakap atas persepsi mereka sendiri, bukan persepsi rakyat!

Dalam banyak lontaran suara yang diperdengarkan, apa yang diperkatakan oleh Saudara Suhaimi Sulaiman sedikit menangkap, ceritanya tentang respon dari rakyat biasa di Permatang Pauh tentang kempen yang dijalankan telah dikiaskan sebagai “kalau kita masuk ke rumah orang, jangan cakap anak orang itu jahat” menghilangkan terus konsentrasi saya kepada rancangan Analisis Awani tersebut, sebaliknya memaksa saya untuk berfikir mencari lapis maknanya.

Takrifan lapis pertama mudah difahami, memberitahu kita bahawa orang Permatang Pauh tidak suka orang luar datang dan bercerita bukan-bukan pasal Anwar. Takrifan lapis kedua pula menggambarkan bahawa struktur ayat itu bernada marah, sepertinya orang Permatang Pauh sudah muak dengan drama liwat Anwar; liwat Sukma, liwat Azizan, liwat tilam, liwat Saiful dan yang terakhir sumpah liwat!

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah takrifan lapis ketiga. Betapa orang Permatang Pauh bukanlah dungu, bengap, jumud dan mandom. Mereka tidak perlu terlalu dimomokkan dengan isu liwat Anwar, mereka jadi rimas! Ibubapa manapun, walaupun sedar akan kejahatan anaknya, tetap akan membela anaknya di depan orang lain. Melainkan jika orang lain itu berjaya membuktikan anak dia ini memang jahat, maka siaplah anaknya itu, di depan orang lain itu juga anak ini akan disebat dan dihukum.

Soalnya, mengapa Permatang Pauh tidak “menyebat” dan menghukum anaknya, Saudara Anwar Ibrahim? Walhal BN dan pihak-pihak yang berkaitan sudah melakukan segalanya bagi membuktikan kejahatan Anwar, Anwar ini kaki liwat! Apakah setelah banyak kali sangat Saudara Anwar dituduh dengan tuduhan yang sama, orang biasa di Permatang Pauh tidak mula merasa was-was dan ragu-ragu? Mereka orang biasa, saya juga orang biasa, kadang-kadang terdetik juga, tetapi…

Masalahnya, BN dan pihak-pihak lain ini, setiap kali mencuba mahu membuktikan perilaku jahat Anwar yang kaki liwat ini, setiap kali itulah juga akan ada kepelikan berlaku, seolah-olah wujudnya perancangan, dan kepelikan ini menjadi “bahagian yang gagal” dalam perancangan tersebut. Contoh mudahnya, Saiful yang menuduh Saudara Anwar meliwatnya itu bekerja di pejabat Anwar, peliknya dia adalah bekas pemimpin mahasiswa pro-aspirasi yang kenal baik dengan pegawai khas Najib Tun Razak, bahkan pernah berjumpa Najib. Saya boleh terima kalau kata Najib perjumpaan itu kerana Saiful ingin memohon biasiswa, Saiful mungkin merasa lebih berpeluang mendapat biasiswa jika dia terus berjumpa Najib, apatah lagi sandaran hubungan baiknya dengan pegawai khas beliau. Namun begitu wujud lagi satu kepelikan, mengikut rekod pengajian universiti Saiful yang didedahkannya sendiri, dia telah gagal tiga semester! Lulus bersyarat pun hanya dibenarkan untuk dua semester. Sepengalaman saya sebagai bekas pelajar universiti, jika anda mendapat CGPA seperti Saiful, anda bukan “berhenti dari pengajian” seperti didakwa Saiful, tetapi lebih tepat anda diberhentikan, atau lebih jahat bahasanya dibuang dan ditendang dari universiti. Jadi, dengan rekod sebegini, bagaimana Najib boleh bersedia berbincang dengan Saiful berkaitan biasiswa?

Kepelikan berlaku terus… Oleh kerana kredibiliti akademiknya mula dipersoalkan yang memungkinkan tuduhannya tidak akan dipercayai, Saiful mengambil pendekatan yang lebih berani dan ekstrim. Kali ini dia ke masjid Wilayah Persekutuan, sehari sebelum penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, bersumpah laknat di hadapan ayahnya, Pengarah JAWI, salah seorang imam masjid, Ustaz Ramlang Porigi dan beberapa orang lain lagi. Tidak banyak yang pelik tentang majlis itu melainkan tindakan Saiful memegang Al-Quran (dan memegangnya dengan tangan kiri pula) ketika melafazkan sumpah jelas bukan sebahagian dari yang diajar Islam.

Kepelikan majlis ini muncul bila imam yang hadir sama iaitu Ustaz Ramlang Porigi tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dia telah diarahkan untuk turut sama berada dalam majlis Saiful itu. Yelah, anda boleh bersumpah di mana-mana dan tidak perlukan saksipun, tetapi bila anda ke masjid yang punya sembilan orang imam, mendakwa jujur mahu bersumpah laknat, dan tidak ada seorang imampun dari sembilan orang itu yang mahu berada dalam majlis sumpah anda, tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan anda di kacamata imam-imam tersebut. Siapa yang mengarahkan Ustaz Ramlang Porigi?

Saya melihat upaya Anwar untuk memintas kepelikan-kepelikan ini, maksudnya Anwar akan melakukan sesuatu sebelum suatu kepelikan berlaku. Anwar perlu masuk Parlimen secepat mungkin kerana kesnya akan dibicarakan pertengahan September ini, mungkin banyak lagi kepelikan akan berlaku. Apakah ini sememangnya petunjuk dari Tuhan, cuba memberitahu bahawa ada perancangan besar sedang dilakukan terhadap Saudara Anwar, dan kepelikan-kepelikan ini, seperti yang saya katakan sebelum ini adalah “bahagian yang gagal” dalam perancangan tersebut. Atau sekadar Anwar ini sememangnya manusia yang hebat, sehingga geruhnya tidak langsung boleh dicari, apalagi di kawasannya di Permatang Pauh.



Merdeka rakyat negara perkasa

oleh: Anwar Ibrahim

Tarikh 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia menandakan kita merdeka dari penjajahan yang sudah sekian lama menzalimi serta menindas. Beberapa hari lagi maka genap 51 tahun kita merdeka, 51 tahun sudah negara tercinta ini bebas dari penjajahan yang menindas. Namun kita melihat selepas 51 tahun keadaan menjadi lebih buruk. Pengangguran bertambah berkali-kali ganda, inflasi berada di paras tertinggi dalam sejarah yang mengakibatkan kenaikan harga barang secara mendadak, manakala kerajaan tidak mampu untuk menurunkan harga minyak ke paras yang munasabah bagi mengurangkan beban rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO sudah tempang dan gagal memenuhi hasrat rakyat yang inginkan perubahan demi kehidupan yang lebih baik, makmur, harmoni dan adil. Akan tetapi kita kesal demi menggelincirkan proses perubahan, Barisan Nasional sanggup untuk menggunakan politik fitnah dan adu domba.


Saya menyeru penduduk Permatang Pauh agar bersama-sama menolak segala penipuan dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Mari kita kuatkan iltizam serta perkukuh tekad perjuangan di dalam kita melawan fitnah serta perancangan jahat Barisan Nasional yang diketuai UMNO.

Marilah kita merdeka dari politik fitnah dan adu domba ini. Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan anbiya lainnya seharusnya dijadikan iktibar. Saya menyeru kepada mereka yang terbabit supaya jangan menghina Syariah demi kepentingan politik. Kemukakan bukti dan saksi di Mahkamah Syariah bukannya bersumpah demi memenuhi nafsu politik semata!

26 Ogos 2008, undilah saya demi untuk keluar dari kesengsaraan hidup, rasuah dan kerencatan ekonomi. Bersempena bulan Merdeka ini marilah kita bersama-sama di Permatang Pauh ini mendakap semangat merdeka yang sebenarnya. Kita sampaikan kepada rakyat sudah tiba masanya untuk merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari rasuah dan merdeka dari keadaan ekonomi yang lembap. Marilah kita Memerdekakan Rakyat! Demi Memerdekakan Negara!


24 Ogos 2008

Sumpah

Oleh: Adihamka

Saya bukan ustaz, bukan daie, dan paling pasti, bukan ulama.

Tetapi saya tegas menyatakan bahawa sumpah Saiful pada 15 Ogos lepas adalah sumpah yang busuk lagi membusukkan. Saya tidak nampak tujuan lain, selain dia mahu membuktikan bahawa memang dia menjadi mangsa Anwar Ibrahim.

Saya seorang Muslim, kemudian baru orang Melayu. Justeru saya pantang agama dan Tuhan saya diperlekehkan.

Sesumpah (baca: sumpah menyumpah) sudah menjadi semacam satu bentuk tindakan untuk melepaskan diri daripada dituduh melakukan apa jua perkara. Bersumpah seolah-olah bisa mengendurkan pandangan masyarakat. Ini norma orang Melayu.

[
Pendapat Dr Danial Tentang Sumpah Saiful
]



Disebabkan sumpah laknat ini,maka mata masyarakat Melayu khususnya terarah kepada Anwar,menggesa beliau bersumpah juga untuk menafikan beliau meliwat Saiful.

Masalah besar orang Melayu ialah mudah terperdaya dengan sumpah. Sebab apa?

Sebabnya sumpah telah menjadi mainan mulut hatta di kalangan budak-budak kecil lagi, kalau mereka mahu menafikan sebarang benda yang mereka tidak buat.

Ungkapan “Sumpah WalLah aku tak buat”, “Alif Lam Lam Ha”, sudah semakin mudah dipermainkan. Bukan setakat kanak-kanak, malah suami kalau mahu tipu isteri tak pergi ke dangdut pun akan bersumpah untuk menafikan. P Ramlee sudah ungkap realiti ini dalam banyak filem Allahyarham.



Justeru bila Saiful bersumpah, ia secara tidak langsung akan ‘memadamkan’ ingatan masyarakat Melayu khususnya tentang pendedahan laporan pemeriksaan kesihatan Saiful, akuan bersumpah Dr Mohd Osman Abdul Hamed. Orang Melayu lebih percaya sumpah daripada fakta, alibi Anwar Ibrahim sendiri, dan paling penting ialah mencari rasional sejauh mana lelaki muda yang tegap diliwat warga emas yang lemah tulang belakang!

Bila timbul perkataan Wata’alahi, cukup untuk membuat saya ketawa. Baca teks pun boleh salah!

Tuan Guru Hadi Awang tegas menyebut sumpah itu perbuatan bodoh, Tuan Guru Nik Aziz katakan hanya sumpah kaedah Kristian yang mengaplikasikan pegang atau junjung kitab.

Video di atas adalah merupakan rakaman ulasan Dr. Danial Zainal Abidin tatkala mengulas pertanyaan seorang hamba Allah sewaktu sesi kuliah beliau yang sama ambil di Youtube.

Tak cukup dengan itu, pertikaian Shamsul Iskandar di dalam kenyataan media beliau sangat menarik. Kata orang (bukan saya), itu ‘laknat’ pertama Allah atas ‘kesanggupan’ Saiful bersumpah.


Kemudian Abg Mat Saman Kati pun mendedahkan siapa Ramlang Porigi. Najwan pun syok tambah nasi.

Matkeri dedahkan emel yang Saiful pernah hantar kepada beberapa orang.Mungkin wajar kita cabar Saiful baca doa qunut secara spontan, kalau sebut nama Allah pun salah,mungkin boleh masuk kategori jahil.Bila dah jahil,apalah sangat untuk bersumpah kan? Small matter beb!
Dan tatkala Saiful menafikan sumpahnya bukan bertujuan untuk politik, laporan Malaysiakini hari ini saya kira boleh ‘menebas’ hujah beliau:

Before the ceramah began last night, the organiser played the video clip of Saiful’s swearing in the mosque - which has almost become a norm in every BN gatherings.

BN continues to highlight the controversy, which may sway away some elderly Malay votes from PKR. Malays make 69.4 percent of the total voters here.

Saya pelik, pertentangan di Permatang Pauh ini untuk apa? Apakah pertentangan antara dasar vs dasar, atau dasar vs pembunuhan karakter Anwar Ibrahim?

Siapa perlu dibela sebenarnya?

Politik Malaysia makin mual. Bikin saya menyampah!



KJ jangan lupa Kelantan....


Begitu angkuh sekali Kj yang umumkan nak tamatkan Anwar di Permatang Pauh kali ini... lupakah kamu Kj yang hampir kesemua negeri yang kamu lawat dan khususnya Kelantan yang dia istihar nak rampas dan tumbangkan tapi Bn tewas teruk.

Kj perlu sedar dalam PRU yang lalu Umno Rembau juga tidak mendokong dia. Dia menang kerana berjaya memperalatkan jentera kerajaan dan penipuan SPR yang berlaku kerana takutkan dia selaku menantu PM.

Malam ini InsyaAllah seramai 60 lebih ahli Umno Rembau dan termasuk pimpinan akan hadir ke Permatang Pauh untuk istihar 'bosan' dengan politiking Umno dan Khairy sendiri. Mereka akan menyerahkan borang menyertai keADILan.

Semua dijemput ke Ceramah Perdana : Selamat Tinggal Umno - 23 Ogos 2008 - 9.00 malam - Depan Masjid Kubang Semang.


Dalam perkembangan lain pula che'GuBard mengutuk tindakan memperkudakan polis dan undang - undang negara dalam usaha terdesak Bn memastikan Anwar tewas. Sekurang - kurang nya 4 orang penduduk kampung yang kuat menyokong keADILan ditahan tanpa alasan. Semua mereka ditahan di tempat umum.

Seorang pemuda Khairi dari Kubang Semang telah ditahan 3 hari kononya di bawah keselahan Pilihanraya. Dia ditahan oleh sekumpulan anggota polis ketika bermain bolasepak di kampungnya.

Sehingga semalam keluarganya juga gagal untuk mendapat kebenaran bertemunya. Pegawai penyiasat mengatakan kononya polis mendapat perintah reman tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Sekurang kurangnya 100,000 anggota keselamatan dikerahkan ke Permatang Pauh. Ini satu angka yang melampau. Unit 'UTK' dan Komando juga dikatakan berkeliarana di beberapa kawasan untuk menakutkan pengundi.

Kedah juara Piala Malaysia

Oleh: Utusan

KUALA LUMPUR - Kedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-82 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.Kejayaan itu sekali gus menjulang Kedah untuk terus mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara liga, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut.

Di samping itu, ia merupakan kali keempat Kedah menjulang Piala Malaysia selepas melakukannya pada 1990, 1993 dan 2007.

Lebih manis, kejayaan Kedah itu dicipta di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton.

Kejayaan gemilang ini turut dilihat sebagai hadiah perpisahan paling bermakna buat Marlon, Nelson dan Cornelius Bernard Huggins ekoran larangan terhadap khidmat pemain asing mulai musim depan.

Marlon dan Nelson menyeksa Selangor dengan dua gol dalam tempoh dua minit mulai minit ke-30 disusuli Fadly pada minit ke-38 sementara Selangor membuka jaringan menerusi pemain import dari Liberia, Frank Seator, minit ke-17 sebelum Safee Sali cuba merapatkan jurang kedudukan pada minit ke-77.

Anak didik Azraai Khor Abdullah turut menyekat hajat Gergasi Merah Kuning bimbingan Dollah Salleh untuk menebus dendam kekalahan 3-2 pada perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam, 21 Jun lalu.

20 Ogos 2008

Arif shah graduan mana, SEBENARNYA?

Oleh: Jonbuobage

Dalam sibuk-sibuk kempen pilihan raya pematang pauh, pihak media massa (baca: ejen BN) telah menjaja kehebatan dan ketokohan calon BN, Arif Shah yang katanya sehebat Anwar Ibrahim, namun ada beberapa fakta yang diragui kebenarannya atau hanya pembohongan besar terhadap rakyat.

Rata-rata media menyatakan yang Arif merupakan graduan Diploma tanpa menyebut dari universiti/kolej mana dan ada yang menyebut yang dia dari Universiti Nanyang, Singapura. Namun dalam Utusan Malaysia telah menambah dalam profilnya yang Arif telah mendapat diploma kejuruteraan awam dari Graber International, California.

Dalam The Star pula menyebut yang beliau sedang menyambung pelajaran dalam kursus PhD di Edison University of Technology dalam pengajian luar kampus. tidak pula dinyatakan dalam bidang apa.

namun apa yang menariknya, jika dilakukan pencarian dalam enjin pencari internet, kita takkan jumpa kedua-dua institusi ini, Graber International mahupun Edison University of Technology. Gunalah Yahoo! atau Google, tidak akan ada satu pun jawapan yang mengatakan institusi ini wujud apatah lagi bertauliah!

dalam keghairahan memancing undi, tak perlulah sampai tahap ‘mengelirukan’ rakyat dengan cerita dongengan. rakyat sekarang bukan bodoh, dan tak rela diperbodohkan. kamu graduan mana sebenarnya Doktor Arif Shah .PhD?

Politik Persen (%)



Mungkin apa yang ingin saya ulas ini tidak begitu glamour memandangkan perbahasan mutakhir ini walau di ceruk mana sekalipun lebih banyak berkisar soal Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan isu liwat Anwar Ibrahim v2.0.

Saya tertarik dengan kekecohan yang ditimbulkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, berkait dengan cadangan penerimaan 10% pelajar bukan Bumiputera dan pelajar asing ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya sebenarnya pernah bertemu dengan Tan Sri Khalid ketika beliau masih bergelar CEO Kumpulan Guthrie Berhad bersama dengan Sharmeen Jalil, adik-beradik Dato’ Shahrizat Jalil, yang menjadi PA (Pembantu Khas) Tan Sri Khalid, sewaktu saya masih menginap di Kolej Guthrie, Universiti Utara Malaysia.


Saya tidak berhajat, tidak berniat dan tidak berminat lagi untuk mengkritik Parti Keadilan Rakyat tetapi masalahnya saya tidak boleh bersetuju dengan Tan Sri Khalid dalam soal ini. Masalahnya juga saya turut tidak berkenan dengan respon-respon yang terbit akibat dari kenyataan Tan Sri Khalid ini, sama ada dari pimpinan Umno, peneraju UiTM Dato’ Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, para pelajar UiTM sendiri, juga dari pihak-pihak bebas seperti Ibrahim Ali, kerana mereka semua jelas hipokrit!

Saya cukup konsisten dalam hal ini. Politik persen (%) ini, berapa persen kita berapa persen dia, dalam isu pendidikan, yang cuba menyeret nasib anak bangsa dalam kancah peperangan laba politik, bukanlah sesuatu yang baru. Saya telah menulisnya selepas Pilihanraya Umum 1999, selepas PAS berjaya mengambil-alih Negeri Terengganu, bilamana dua buah MRSM - Yayasan Terengganu ditutup kerana kemenangan PAS itu, dalam waktu yang sama 10% pelajar bukan Melayu dan Bumiputera mula diterima masuk ke MRSM, apa yang saya simpulkan ketika itu boleh dibaca di sini, tulisan saya itu juga telah dipetik oleh laman portal berita Agendadaily.com.
Saya menulis ketika itu atas kapasiti saya sebagai bekas pelajar MRSM. Tidak adapun masa itu Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA ataupun pengetua-pengetua MRSM, yang membantah mainan politik persen ini menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada juga masa itu ANSARA (Persatuan Bekas Pelajar MRSM) yang diterajui Mukhriz Mahathir turun berarak ke jalanraya membantah kemasukan 10% pelajar bukan Melayu dan Bumiputera ke MRSM ini. Sedangkan beza di antara isu MRSM dan UiTM ini sangat besar, MRSM dahulu sudah di peringkat perlaksanaan, sedangkan UiTM ini hanyalah satu cadangan sahaja.

Saya tidak boleh bersetuju dengan cadangan Tan Sri Khalid atas premis yang sangat mudah. Meskipun ada rasionalnya, namun untuk mengatakan yang orang Melayu dan Bumiputera bila dikumpulkan sesama mereka sahaja dalam sebuah institusi pendidikan akan menjadikan mereka kurang kompetitif dan buta globalisasi, itu bagi saya adalah satu generalisasi yang gopoh dan tidak cermat. Ini kerana kebanyakan pemimpin Melayu dalam negara ini “dikilangkan” oleh sebuah institusi Melayu, khas untuk orang Melayu dan bernama Melayu, itulah Kolej Melayu Kuala Kangsar. Tan Sri Khalid pun tentu maklum yang Saudara Anwar Ibrahim juga lahir dari institusi ini. Betullah bukan semua membesar menjadi Anwar Ibrahim, tetapi sudah pasti ada yang menjadi Hishamuddin Tun Hussin, ada yang menjadi Hishamuddin Rais, ada yang menjadi Dr. Hatta Ramli, mereka semua adalah pemimpin dalam kelompok masing-masing, apakah mereka tidak kompetitif dan buta globalisasi?

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, termasuklah bidang pendidikan. Saya bukan seorang chauvinist Melayu, saya mendokong citra Malaysia yang pelbagai kaum, agama dan budaya, jauh sekali untuk saya punya rasa prejudis terhadap kaum-kaum lain di Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama saya mempertahankan klausa ini, apa salahnya? Saya yakin semua rakyat Malaysia, dari semua kaum dan agama memperakui bahawa Malaysia hari ini lahir dari kerangka-kerangka politik kenegaraan lama seperti Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Melayu Johor, Kerajaan Melayu Pahang, Kerajaan Melayu Kedah, Kerajaan Melayu Perak, Kerajaan Melayu Kelantan, juga Kerajaan Melayu Terengganu. Ahli-ahli sejarah Malaysia, tidak kiralah dari mana-mana kaum sekalipun pasti bersetuju bahawa gerakan politik dan nasionalisma di negara ini bermula dengan dokongan orang Melayu, dari bersifat sebagai persatuan-persatuan bahasa, kemudiannya kepada persatuan-persatuan Melayu negeri, kepada kewujudan Kesatuan Melayu Muda, kronologi panjang ini sudah wujud lama sebelum PUTERA-AMCJA, sebelum Fron Sosialis, juga sebelum Perikatan. Atas asas inilah saya percaya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah wajar dan perlu. Lebih dari itu, asas Melayu yang begitu kuat dalam sejarah pembinaan negara ini adalah bukti bahawa sedikit keistimewaan untuk orang Melayu dan Bumiputera adalah HAK, bukan pemberian ihsan yang boleh diperbincang untuk dikekal atau ditarik balik.

Berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ini, maka instruktur-infrastruktur pendidikan Melayu dibangunkan, ianya rancak dalam tempoh awal perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dato’ Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah tersilap bila mengatakan UiTM ditubuhkan berdasarkan Perkara 153 tersebut, ini kerana bukan hanya UiTM tertubuh kerananya, banyak infrastruktur pendidikan lain yang dibangunkan, antaranya termasuklah program-program matrikulasi, sekolah-sekolah berasrama penuh, juga Maktab-Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Soalnya, jika Dato’ Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah benar-benar sayangkan bangsanya, benar-benar mahu mempertahankan Perkara 153, kenapa hari ini hanya berani bersuara? Kenapa tidak mengkritik ketika MRSM mula dibuka kepada bukan Melayu dan Bumiputera dahulu? Inilah yang saya katakan hipokrit.

Menyusuri latar belakang keluarganya, saya tidak pelik dengan sifat “ddebe” dan “nok ggocoh” Datuk Paduka Ibrahim Ali, tetapi orang kata biarlah bertempat. Sebagai Ahli Parlimen bebas, Ibrahim Ali mengatakan beliau akan menyokong siapa sahaja dan beliau akan mengkritik siapa sahaja, demi kepentingan Melayu dan Islam. Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi mangsanya, alasan Ibrahim Ali mudah, UiTM begitu sentimental dengannya kerana beliau bekas pelajar UiTM (ITM), bekas Setiausaha Agung dan Presiden KSITM. Saya suka untuk memakai frasa pertamanya, bahawa beliau boleh bersetuju dengan siapa sahaja, boleh menentang siapa sahaja, demi kepentingan Melayu dan Islam. Nyata beliau juga, seperti Dato’ Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, tertinggal MRSM dalam agendanya (atau masing-masing buat-buat lupa). Tidak lebih dan tidak kurang, Datuk Paduka Ibrahim Ali dan Dato’ Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah sama-sama hipokrit, lebihnya Ibrahim Ali, beliau sedang mencari laba politik.

Saya rasa tak perlulah saya huraikan bagaimana cerianya pelajar-pelajar UiTM dipergunakan untuk berdemonstrasi tanpa polis dan FRU, bukankah AUKU melarang pelajar menyertai kegiatan haram, dan bukankah perarakan itu haram di sisi Seksyen 27 Akta Polis? Kenapa Dato’ Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah tidak mencadangkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM supaya membuat kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Selangor? Atau beliau juga sedang kemaruk populariti dan bercita-cita besar untuk terjun ke kancah politik?

Tentang komen-komen dari pimpinan Umno berkait dengan “baru cadangan” Tan Sri Khalid ini tidak perlulah saya ambil kira sangat. Tanya mereka dahulu apa bezanya di antara MRSM dan UiTM di sisi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Anda semua harus tahu bahawa sekarang tanah rezab Melayu sudah ada harga di “pasaran bebas.” Siapa yang meletak harganya? Anda perlu tanya Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kesimpulan saya dalam hal ini sama seperti dahulu juga. Sama ada di MRSM, di UiTM, di sekolah-sekolah berasrama penuh, atau di pusat-pusat matrikulasi, mereka adalah adik-adik kita, anak-anak kita, anak-anak bangsa Melayu dan Bumiputera, dan mereka sekarang sedang menjadi buah catur permainan “berapa persen-berapa persen” oleh ahli-ahli politik kita. Sakit hati, dendam dan perbalahan politik kita memungkinkan kita membunuh dan merencat generasi masa depan bangsa kita sendiri.

Sekali lagi, apapun yang ingin kita ubah, ingin yang kita reformasikan, mestilah hadir bersama tanggungjawab!!!

Riang-riang: Ke arah hidup yang lebih selamatikal, ekonomikal & praktikal (2)





Di sini, aku ingin menyeru (bukan memaksa), bahawa penggunaan basikal di dalam bandar adalah sangat praktikal. Bagi manusia yang menggunakan kereta, silalah bertukar kepada basikal. Tujuan utamanya ialah mengurangkan kesesakan di jalanraya serta pencemaran karbon monoksida. Tapi jangan ingat basikal tak ada karbon! Ada, iaitu gentian karbon (carbon fibre) yang menggantikan besi dan alluminium dan bahan ini lebih ringan (sesuai untuk rumah tingkat 5 dan tak ada lif, macam aku, tapi aku pakai basikal alluminium). Jikalau dah ramai naik basikal, boleh la minta kat Rapid KL sediakan gerabak basikal (tren).

Tetapi, penggunaan basikal ini masih belum dijamin selamatikal lagi buat masa ini kerana pemandu kereta dan penunggang motosikal di Malaysia ni kebanyakannya bongkak lagi angkuh dan sangatlah tuhan jalanraya perangai mereka. Kalau dalam majalah 'Urban Velo', ada kartun yang melabel kereta sebagai 'terrorist' yang bernama Jesus Bin Laden - hahahaha. Dari segi ekonomikal, kita tak payah nak komplen pasal minyak sebab hakikatnya minyak akan kehabisan di dunia ni. Kita akan habis duit banyak kat makan dan minum. Kayuh ni cepat lapar. Takkan makan pun nak komplen kut...

Pemandu-pemandu di Malaysia (terutama KL), kebanyakannya langsung tidak menghormati pejalan kaki dan penunggang basikal. Aku betul-betul tak faham sebab apa - bila hujan rintik, kereta-kereta ni yang kelam kabut nak laju sedangkan yang sahih lagi pasti dan hakikatnya penunggang basikal dan pejalan kaki inilah yang basah kuyup kena hujan. Ini kereta, beli dengan harga RM40 ribu, ada bumbung dan penghawa dingin tapi masih lagi nak takluk jalanraya. Apa punya perangai la manusia ni. Masalah ini bukan saja berlaku di KL, tapi di kota besar New York juga. Jadi, rakyat Malaysia yang ada kereta lega sikit sebab artikel ni taklah kutuk diorang je. Hah, kat KL ni yang paling lahanat dan menjadi musuh tradisi pejalan kaki dan basikal - BAS METRO! Fuk Of lah. Aku berdoa pemandunya mati nanti, keranda dia diusung oleh basikal roda tiga! Kakakakaka...

Aku dok bayangkan (ehem, Dato' Hassan Nawawi - take note), bandar di-raja Kuala Kangsar akan menjadi sebuah bandar basikal seperti Hanoi dan Beijing. Kenapa Kuala Kangsar je? Eh, jangan salah faham, sebab aku orang sana dan kalau boleh aku nak jadikan ini bandar contoh dan akan diikuti oleh bandar-bandar lain di bumi Malaysia tercinta ni. Hey, jangan tak tahu, berbasikal ni sangatlah aktiviti sihat! Kalau ada bandar lain nak buat dulu, silakan. Amatlah dialu-alukan. Basikal bukannya bom. Ianya benda bagus.

Okeh, untuk hidup lebih selamatikal, ekonomikal dan praktikal lagi, aku nak tulis sini, oh ini perkara sangat penting. Aku pernah menyentuh isu ini dalam entri sebelum ini. Pasal nikah kahwin. Perkara ni betul-betul terkesan di hati aku. Aku ada masalah ni dulu. Aku betul-betul 'frust' lah.

Okeh, untuk kawan-kawan yang belum bernikah lagi, aku nak bagi ilmu sikit. Kalau kawan-kawan nak bernikah di sekitar Malaysia ni, ilmu ini adalah yang terkini. Kalau jurunikah tu tanya rukun nikah ada berapa dan sebutkan satu per satu - sila jawab begini ya. Rukun nikah ada 7 (sebenarnya 5), iaitu:-

1. Suami
2. Isteri
3. Saksi
4. Wali
5. Akad / ijab
6. Sijil nikah yang disahkan oleh jabatan agama Islam
7. Ujian HIV yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan

Ini perkara-perkara yang perlu ada atau rukun nikah yang sedang berlaku di Malaysia bumi Islam yang dibangga-banggakan sangat tu. Dok terjerit-jerit pertahankan Islam kat tepi jalan tapi pelaksanaan Islam di Jabatan Agama diorang langsung tak sedar yang ustaz-ustaz dan imam-imam tu aku berani jamin - diorang tu samalah dengan paderi-paderi gereja di eropah pada zaman kegelapan dulu. Niagakan agama. Tak lama lagi, rukun nikah ni bertambah satu lagi - ujian bebas dari video lucah yang ditayangkan di laman sesawang melayubest! Hahahahaha... Eh, ustaz-ustaz ni apa kira, janji buat duit!

Hey, aku nak cerita ni. Aku dulu nak kahwin, ada masalah di sebelah perempuan yang kena berwalikan hakim. Jadi, kawan aku bawa aku jumpa dengan Kadi di Pusat Islam. Kadi ni pun bagilah khidmat nasihat dia. Kemudian, dia suruh aku dan perempuan ni pergi ambil kursus dulu. Dia cadangkan tempatnya. Aku pun pergilah berdaftar di tempat kursus ni. Tiba hari kursus, Kadi ni juga yang bagi ceramah. Hmm... Dia buat kerja 'part-time'. Dan yang pasti pemilik pusat kursus ini juga adalah dari kalangan mereka juga. Kemudian tak lama selepas itu, aku nampak muka Kadi ni kat TV - nikahkan penyanyi kesayangan tanahair dengan Dato' saudagar misai. Hah, kursus kahwin hanya RM80 seorang untuk sehari setengah! Dan aku dengar cerita penyanyi kesayangan tanahair tu tak pergi pun mana-mana kursus. Aku dengar cerita lah. Kalau ianya betul, ini samalah dengan undang-undang trafik - kancil kena tahan, mercedes lepas! Undang-undang sarang labah-labah - nyamuk sangkut, merpati lepas. Sarang labah-labah kan salah satu lambang PEKIDA!

Kursus kahwin. Aku ada sembang dengan kawan aku. Dia belum ambil kursus lagi. Dengar cerita, kursus selepas ini siap tidur sana dan ada kiyamulail, siap ada 'exam'. Haaa hahahahaha. Gelak besar aku dengar khabar angin ni. Ini bermakna, bayarannya bertambah dan menyusahkan lagi orang nak kahwin! Apa punya booodoh la ustaz-ustaz yang merancang program ni. Itu yang kawan aku cakap, dia boleh ikut program kursus ni tapi mesti ada MOU. Ustaz-ustaz ni mesti bagi jaminan bertulis bahawa kursus ini akan memberi kebahagiaan suami-isteri selama-lamanya. Kursus ini jaminan suami-isteri itu takkan bercerai hidup (jatuh talak). Boleh tak macam tu...

Assalammualaikum, 'peace be upon you' dan selamat sejahtera ke atas kamu wahai abang-abang ustaz. Kami bukan nak 'demand' dan kami bukan nak keluar dari Islam Hadhari yang suci lagi wangi mengalahkan bau kasturi ni. Kami cuma nak kahwin. Rukun nikah tu ada 5 seperti yang disyariatkan. Apa yang susahnya. Dah 'couple' ni dah suka sama suka, dah air naik kepala, nikahkan je lah asalkan ada 2 ORANG SAKSI MUSLIM DAN WARAS, WALI (bapa kepada perempuan), kemudian akad nikah je. Mas kahwin boleh jadi apa saja kalau nabi bersabda boleh saja dengan sepotong ayat Quran. Apa masalahnya. Hah, satu lagi bisnes ustaz-ustaz ni - kad nikah. RM30 seorang tak silap aku. Upah saksi lagi paling busuk RM50 seorang. Kalau berwalikan hakim, Tok Kadi tu kena jugak salam beraup kata orang - terbang lagi RM100. Ini tak masuk kenduri kedemat lagi ni... Hey, atok nenek moyang aku dulu nak nikah tak ada pun kad nikah ni... Kalau tak ada kad nikah ni, nanti dapat anak, nak pergi daftar, tak pasal-pasal anak tu dapat status 'Permohonan Seksyen 13' atau bahasa sopannya - HARAM JADAH!

Jadi, untuk ke arah hidup yang lebih selamatikal, ekonomikal dan praktikal, aku syorkan kepada kawan-kawan ada beberapa pilihan dalam bab perkahwinan:-

Pertama, tak payah kahwin - 'living together'.

Kedua, kita para pemuda ni buat bantahan kursus kahwin yang berbayar dan hapuskan syarat tu lagi bagus. Hey, apa guna belajar Pendidikan Islam kat sekolah kalau bab nikah kahwin tak boleh nak ajar dengan terperinci. Bab ilmu hubungan seks, tak payah ajar - semua pandai malah lagi terer dari ustaz tu pun ada sebab zaman internet ni macam-macam sumber rujukan. Cuma perlu ajar kenapa mesti pakai kondom sebab untuk perancangan keluarga (jumlah anak biarlah padan dengan pendapatan) sambil membantu ekonomi penoreh getah.

Ketiga, ikut macam aku - MELANCAP. Hahahaha... Gerenti SELAMATIKAL (tak risau HIV), EKONOMIKAL (hanya modal sabun atau syampu, nak best - baby oil), dan PRAKTIKAL (janji air mani keluar). Haaa hahahahaha...

Khabonyer: Sifat haram jadah







Dalam bulan ni aku sibuk betui pasal kerja, pasal hal peribadi, bini nak beranak, anak tak sihat, prestasi kerja yang merosot, tapi itulah dugaan yang Allah bagi kat aku supaya tidak lalai daripada mengigati-Nya.

Bukan nak mengadu nasib, tapi aku dah fedup dengan pemimpin yang ada. Minggu lalu aku berkesempatan singgah sekejap kat permatang pauh. Punya ler ramai orang - sendat giler, sampaikan highway pon dari 3 line dah turun pangkat jadi 1 line. Aku rasa anggaran dalam 40 ribu manusia yang membanjiri Permatang Pauh. Kome boleh bayangkan lautan manusia.dalam tempoh dalam sebulan ni macam macam hal yang berlaku dalam malaysia nie.

Paling aku tunggu ialah hal muktamar PAS yang julung kali dibuat kat Perak. Tapi aku rasa tak semeriah seperti di kelantan tapi itu bukan ukuran kegagalan penganjuran tapi yang penting muzakarah sesama ahli PAS dalam membentuk sebuah parti yang disegani.

Pelbagai isu yang diutarakan tapi banyak perwakilan yang smash ahli tertinggi dan ahli tertinggi menerima dengan hati yang terbuka tanpa ada sifat wasangka. Cuma yang aku terkilan aku tak sempat bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang.

Kita lupakan slot muktamar PAS dan tumpukan sekarang bagaimana isu di Permatang Pauh. Khabonye member aku mengatakan Jalil ketua pemuda Umno hangin satu badan, sebab namanya tak naik jadi calon utk pilihan raya kecil nanti. Bukan aper semasa Umno tidak mempunyai calon yang sesuai muka mamat jalil nie ler dok asyik keluo tv provok lebih. Alih-alih Pak Lah calon Arif Shah taikun nasi kandar kat penang.

Maka dengan hati yang terbakar berlaku pertengkaran kecil antara Jalil dengan Umno dan jika kita lihat mana ada muka Jalil selepas penamaan calon. Sebelum penamaan calon kita dapat lihat bagaimana ahli parlimen UMNO mengatakan DSAI sebagai jaguh kampong yang mana bertanding di kawasan selamat.

Tidakkah AYAT JAGOH KAMPUNG ADALAH SESUAI DITUJUKAN KEPADA AHLI UMNO SAHAJA KERANA KALAU MEREKA NAK SELAMAT MEREKA INI AKAN BERTANDING DI JOHOR SEPERTI NOH OMAR, HAMID ALBAR, HISHAMUDDIN, AZALINA, NORAINI DAN BEBERAPA LAGI ORG UMNO YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Percakapan kita menandakan sepanjang mana akal kita. Akal adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Dengan adanya akal dapat membandingkan sesuatu buruk dan baik dalam kehidupan kita. Dan memilih yang mana makruf dan mungkar. Tapi sayang manusia lebih memilih jalan mungkar di sebab ajakan syitan.

Semalam aku menghadiri satu kuliah agama di mana manusia selalu menyalah tafsirkan sesuatu yang baik menjadi buruk. Contoh perkataan khalwat iaitu bermaksud berdua dua bersama orang yang tercinta bermunajat dan mengadu nasib di dalam keadaan gelap. Ini bermaksud yang tercinta itu bukanlah seorang manusia tetapi tercinta itu adalah ALLAH.

Maka pada hari ini khalwat sewenag-wenangnya ditujukan kepada sesuatu perbuatan yang terkutuk. Dan lagi satu perkataan ialah haram jadah. Haram bermaksud haram dan jadah lebih menjurus kepada yang bermaksud amat/teramat. Maka haram jadah bermaksud haram yang amat amat haram. Tapi dalam kehidupan kita haram jadah adalah satu perkataan yang lebih kepada mencarut. Maka dalam kes mubahalah Saiful Bukhari adalah perbuatan haram jadah kerana dia bukan lah orang yang difitnah atau orang yang dituduh.

Maka sebelum membuat mubahalah seseorang itu mestilah membuktikan dirinya teraniaya dan muhabalah ini adalah satu cara atau jalan yang terakhir utk membuktikan dirinya tidak bersalah. Tiada istilah menjujung Al Quran kerana tradisi ini adalah adat manusia dan ianya lebih kepada meniru orang kristian. mubahalah adalah proses angkat sumpah yang mesti dilakukan dipadang lapang dan segala binatang ternakan dan makhluk yang bernyawa dikumpulkan di padang dan orang yang difiatnah itu bersumpah dgn menyebut wallahi wabillahhi wataulahhai yang bermaksud DEMI ALLAH DENGAN ALLAH DAN SESUNGGUHNYA.

Maka setelah ungkapan ini disebut di hadapan makhluk yang hidup maka barulah proses itu sah. Kita bukan tunggu utk bersumpah menjunjung Al Quran, kita bukan buat di dalam masjid dan menghadap kiblat. Adakah kita perasan atau tidak perbuatan Saiful Bukahri itu lebih menjurus kepada ajaran Kristian dan perbuatannya adalah haram jaddah.

APA YANG AKU SEDIH PUAK-PUAK UMNO INI SANGGUP MENGADAI AGAMA DAN MENJEMPUT PENGARAH JAWI SEBAGAI SAKSI ADALAH BOLEH DIANGGAP BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH MANUSIA DAN YANG PENGAWAI JAWI ITU SEBENARNYA TELAH MEMPERBODOHKAN DIRI NYA DEMI MENJAGA KEPENTINGAN PERIBADI DAN INI ADALAH SIFAT HARAM JADDAH.

Saiful Bukhari sebenarnya boleh didakwa di bawah akta hasutan kerana mahkamah sivil telah memutuskan bahawa kejadian liwat itu berlaku suka sama suka. Maka dengan ini tiada unsur ROGOL seperti mana yang didakwa oleh Pak Lah.

Siaran langsung angkat sumpah Saiful Bukahari telah berlangsung sehari sebelum penamaan calon menampakan satu tektik kotor UMNO dalam memenangi semula hati rakyat di permatang pauh. UMNO sendiri adalah satu parti terdesak yang mana pada hari ini melahirkan PEMIMPIN YANG HARAM JADAH. Yang tidak berakhlak. Kita lihat sahaja pada malam Isnin di TV 9 forum Hujah, bagaimana ahli parlimen Lenggong mengatakan UMNO adalah kuat yang mana ahlinya telah memenangi banyak kursi dalam pilihanraya yang lepas tapi adakah mereka sedar yang MEMBOLEHKAN MEREKA MEMIMPIN MALAYSIA PADA HARI INI ADALAH KEMENANGAN BESAR DI SABAH DAN SARAWAK DAN IANYA BUKAN DARIPADA UMNO TETAPI DARIPADA PARTI KOMPOEN BARISAN NASIONAL.

Itulah ahli parlimen UMNO bercakap tanpa membuat analisis bodoh tua.dan lagi satu yang aku tertarik bila pengerusi bertanya pada hari ini rakyat mahukan perubahan maka dengan selumber AHLI PARLIMEN LENGGONG MENJAWAP UMNO TELAH MEMBERIKAN BANYAK PERUBAHAN DAN PERUBAHAN PALING BESAR PADA 2010 NANTI, MAKA PERALIHAN KUASA AKAN BERLAKU DI MANA PAK LAH AKAN MEMBERIKAN KUASA KEPADA NAJIB.

Adakah itu yang dimahukan oleh rakyat. perubahan kuasa itu adalah kemahuan daripada ahli UMNO bukan Rakyat. SEBAGAI RAKYAT MEREKA TIDAK MAHU PEMIMPIN DARIPADA KALANGAN UMNO KERANA MEREKA UMNO SAMA SAHAJA.GILER KUASA DAN GLAMOR.

Perubahan yang rakyat mahukan adalah kembali kepada ajaran Allah bagi yang Islam perubahan daripada pemerintahan sekular, pemerintahan yang komunis, pemerintahan kronisma, permerintahan zalim dan mungkar. Bukan tukar buaya ambik harimau.

Isu yang aku suka pada hari ini bagai mana UMNO telah menipulasikan pemikiran student UITM dalam melancarkan perang saraf terhadap Pakatan Rakyat. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA WARTAWAN MENAYAKAN PANDANGAN MB SELANGOR TERHADAP KEMASUKAN NON BUMIPUTERA KE DALAM UITM DAN PANDANGAN MB SELANGOR ADALAH IKHLAS MENYATAKAN MINIMUMKAN KEMASUKAN NON BUMI PUTERA SERENDAH YANG MUNGKIN DALAM 10% HANYA UTK FAKULTI KEJURUTERAAN SAHAJA.10% INI MERANGKUMI PELAJAR CINA INDIA DAN LUAR NEGARA.

Sebelum ini Pak Lah pon ader offer kepada MIC dan MCA tetapi mereka menolak tapi adakah berita sensasi ini tidak dikeluarkan di tv dan tiada satu pon perarakan dibuat. Aku pon ader cerite di sebalik cerite pasal UITM in,i memang penoh kontroversi satu macam member aku .

Dia memang ada pontensi jadi lawyer dia memang minat nak jadi lawyer itu memang kenyataan tapi ada satu sem tu pointer kurang bagus maka ada pilihan sama ada dia kena reject atau seorang lagi student pempuan yang cantik dan yang mana merupakan seorang selebriti iklan yang mana pointer dia lebih rendah daripada member aku.

Tapi diatas sikap haram jadah, member aku kena rejeck dan cerita selanjutnya tak dapat aku ceritakan aper yang terjadi kat dia sebab biar aku dia dan member kami yang tahu. TAPI ADAKAH MEREKA INI SEDAR MRSM TELAH MENERIMA 10% NON BUMI PUTERA TAPI ADA SESIAPA YANG BISING IAITU ALASAN MEREKA ADALAH MENGGALAKKAN PERSAINGAN YANG SIHAT.TAPI TAKDER SATU BANTAHAN YANG DI BUAT. SEBAB CADANGAN YANG MAHA HEBAT DATANGNYA DARIPADA UMNO YANG BIJAK SANA.MAKA MENGAPA TIDAK SAJA DITUKARKAN NAMA.

JANGAN DIGUNAKAN NAMA MARA KERANA MARA MERUPAKAN HAK ORANG MELAYU YANG DI AGONG AGONGKAN OLEH UMNO.STUDENT UITM MEMANG KESIAN SEBAB JADI BARUA UMNO. BIAR PERARAKAN.

SEDANGKAN MRSM SENDIRI DIROGOL OLEH UMNO DALAM MENJAMIN PERJALANAN POLITIK MEREKA.KALAU KOME NAK TAHU YANG MERAMPAS HAK MELAYU ADALAH ORANG YANG BERSUNGGUH SUNGGUH BERJUANGKAN MELAYU. KALAU KOTANG PANDAI JAWAPANNYA DI DEPAN MATA.KEPADA STUDENT UITM JANGAN MELENTING KERANA ITU ADALAH CADANGAN SAHAJA SEDANGKAN YANG BUAT KEPUTUSAN YANG MEMBOLEHKAN MEMBUAT KEPUTUSAN ADALAH CHANSSELOR KORANG DAN MENTERI PELAJARAN.

SEBAB MEMANG DARI DULU LAGI UMNO CANDANG NAK BERI 10 % KEPADA NON BUMI TAPI DIAORANG YANG TAK NAK SEBAB SILIBUS KORANG DALAM KEJURUTERAAN TAK SETARAF DIPERINGKAT ANTARABANGSA.BUKAN AKU CAKAP TAPI KORANG KAN BIJAK PANDAI PANDAI BUAT DEMONTRASI. NAK TAHU JAWAPAN KORANG TANYA BIRO MIC DAN MCA TU SEBAB DIAORANG BUAT U SENDIRI DAN SILIBUS BERTARAF INTERNASIONAL.


19 Ogos 2008

Lima kupang: Saiful - Pejuang Agama yang tak reti sebut nama Tuhan!





Rakan2 dok sibuk tanya komen aku tentang sumpah saiful. dengaq dari cara tanya, aku tau ramai yang serabut perut dengan budak sekoq ni. masa balik kenduri kat kampung ujung minggu baru ni pun ramai pak2 menakan sepupu sepapat mai dok besila keliling tanya apa dah jadi? masing2 keluaq pendapat masing2. yang paling bestnya tok tam kob aku yang buta hurup dok menyindir sambil besandaq kat tepi tangga. dia kata, dan aku quote "susah apa, dapat lima juta, pi mekah tawaf ka'bah sampai penin. teghiyak tobat sampai buta. balik bagi makan orang miskin. bayaq kifarah. habih".

orang kampung ni, walaupun mengaji tak tinggi, tapi analitiknya sangat tajam. bab tu yang aku suka besembang dengan depa.

OKlah. aku mulakan blog kali ni dengan menempekkan satu email khas daripada sahibul fadhilah al-ustadz saiful al ghuyub yang dihantar pada keesokan tengah paginya selepas dia membuat laporan polis. aku tak tau kenapa dia tiba2 hantaq email ni, tapi kebangangannya nyata teserlah sekali.

from sai7ul@gmail.com
to xxxxxx
date Sun, Jun 29, 2008 at 1:52 AM

Salam,

Atas nama Allah s.a.w saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh DS Anwar Ibrahim. Allah s.a.w telah memberi saya kekuatan untuk bangkit dari ketakutan bagi menentang orang Munafik ini.

Saya sanggup korbankan seluruh masa depan saya Demi Allah, Agama, Negara dan Bangsaku.

Sent via BlackBerry from Maxis


Ya sheikh. Sebab tu setiap kali hang becakap pasai Tuhan, pasai Munafik, pasai Agama, pasai Perjuangan, aku terpaksa menggaruk dahi bertenang supaya aku tak terasa sangat ralat penah bekawan dengan manusia macam hang ni. Sebut nama Tuhan sendiri pun tak betoi! Inilah Saiful, manusia yang pernah dilaporkan oleh media massa sebagai "seorang bekas pempimpin persatuan Islam semasa di Universiti"nya dulu.

Nah, sekarang anta telah bersumpah. Masya'Allah! Anta sangat hebatlah! Ana tamau nak pertikaikan bab anta pegang Quran tangan kiri dan baca teks tangan kanan. Ana jugak malas nak ingat2 balik betapa anta berusaha sedaya upaya "meng'arabkan" bacaan Fatihah semasa opening nak bersumpah. Yang ana nak bisik kat anta kali ini ialah : lengkali jangan belakon hero teruk sangat. kantoi nanti senak perut! hantaq email dah kantoi sekali. angkat sumpah pun kantoi lagi!

Ya syeikh. masa ana dok tengok anta tergugup2 baca kertas putih untuk upacara angkat sumpah tu, ana dah rasa mesti anta akan kantoi sikit sebanyak. Rupanya betoi ya syeikh, "watallahi" pun anta dah salah! MasyaAllah syeikh… itu basic sumpah tu. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Kalau anta dok sibuk pasai usul sumpah, dan terkinja2 sangat nak bersumpah, mesti anta tau camana nak sebut lafaz sumpah, kan? Aiii… takkan orang macam anta tak tau lafaz sumpah kot? Kalau tak tau, yang anta dok terkinja2 selama hari ni besungguh suruh orang bersumpah sebab apa? Sebab anta memang terer bersumpah ka? Atau sebab orang lain dok suruh anta suruh orang lain bersumpah?

Ana tak tau la samada anta ada jumpak ezam untuk belajaq sebut sumpah yang betoi sebelum ni. Walaupun ana ada sikit2 dengaq tentang anta dan ezam, tapi ana tamau libatkan ezam yang sedang sibuk dok larikan diri daripada isu kotak dokumen rahsia tu menjawab pulak isu anta. Ana rasa ezam dah cukup kenyang makan sumpah. Biaqla dia makan kotak pulak lepas ni. Tapi bab anta melafaz basic sumpah yang secara nyata terpaksa membaca dari kertas, dan SALAH pulak tu, betoi2 membuatkan ana beristighfar panjang sambil geleng2 kepala. Bagi ana, Allah dah balas cash kat anta depan seluruh dunia. Tergagap bersumpah dengan tangan kiri memegang Quran. Bab tangan kiri pegang Quran ni pun satu hal lagi. Tapi ana tamau nak ulas bab tu sebab ana takut Ustadz Mujahid Astora Jabat akan keluaqkan bejuta nas tentang perkara ni yang dipetik daripada perawi2 yang kebanyakannya orang arab sendiri pun tak penah dengaq. Tapi ana suka bila tengok balik rakaman kat TV3 bab anta sebut lafaz sumpah nama Allah yang ketiga tu tak betoi.Terpaksa ditegur. Itu basic sebutan sumpah. Nak sumpah, WAJIB sebut tiga tu. Budak taski abim taman malik pun tau!

Ana pernah bergurau ngan anta supaya tapayah dok sibuk besumpah dengan nama Allah, cukup sekadar bacakan dulu doa qunut depan ana. Tapi anta tak layan. Anta sebok nak bersumpah. Nak bersumpah dengan "cara sebenar2 Islam", "dinasihati oleh Ulama'", "dalam mesjid", dan macam2 lagi nak tunjuk anta ni pejuang agama. Pejuang agama kepala hotak anta! Sebut nama Tuhan anta pun tak betoi! Bukan sekali diulang sebut, dua kali! Tu pun salah lagi! Nak becakap dan besumpah dengan nama Tuhan?

Ana nak tanya betoi2 kat anta. Anta kenai ka sapa Tuhan anta? Kalau kenai, lagumana bulih dok pi salah taip benda yang paling basic? Kalau kenai, lagumana bulih dok pi salah lafaz nama yang paling Agung? Nyata sekali anta adalah munafik besar dalam abad ini! Penipu dan penjual agama yang paling jelek yang pernah ana kenai! Saiful - kamu mempermainkan agama Islam aku, dan tanpa segan silu MEMPERLEKEHKAN NAMA TUHAN AKU!

Celakalah kamu yang mempermainkan nama Allah, agama Allah, dan semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia - menipu dan berpura-pura atas nama agama demi untuk agenda peribadi kamu sendiri! Kamu boleh berdalih tentang "tersasul" dan "tersalah". Tetapi hanya yang JAHIL MURAQAB sahaja yang tidak boleh menyebut nama Tuhannya dengan lancar dan sempurna! Dan kamu menyerlahkan kejahilan kamu ke seluruh pelusuk alam dengan bersumpah dengan mempermainkan nama Tuhan dalam kegagapan dan ketersasulan!

Dan hanya yang jahil muraqab jugalah yang boleh percaya dengan lakonan sumpah hang ni. Sebab berbeza dengan orang yang berpelajaran dan ada roh agama dalam hati, hanya orang2 ameno yang bejumpak bomoh dan pawang untuk jadi calon saja yang percaya sumpah2 dari orang yang sebegini.

18 Ogos 2008

The elusive Olympics gold


Francis Paul (malaysiakini)

China’s Lin Dan, in all his majesty, broke the hearts of 27 million Malaysians when he beat Lee Chong Wei for the Olympics gold medal in Beijing tonight.

On a night when nothing could go wrong for the Chinese ace known as ‘Super Dan’ within the badminton fraternity, Chong Wei was clearly outclassed losing tamely 21-12, 21-8 in straight sets.

It was all over in 29 minutes.

Lin Dan started strongly and was leading 7-1 in the first five minutes with his accurate placing, overhead smashes and superb court craft.

It was clear at this point that Lin Dan, backed by vociferous Chinese supporters in the crowd, was aiming for nothing less than the gold and was mentally and physically charged for the battle with his Malaysian challenger.

When the scoreline read 18-10, Chong Wei had no choice but to change his plan to save his energy for the second game. Coach Misbun Sidek, watching from the sidelines, must have advised him likewise.

Before the match, a tv commentator declared the anticipation of all when he described the Lin Dan-Chong Wei clash the most awaited match of the Olympics badminton event.

"We can expect an exciting and closely-fought match between these two greatest badminton players today," he said.

But it was not to be. The crowds who packed the Beijing University of Technology gymnasium and the millions of tv viewers were left dumbfounded as to what actually happened.

It was a night of deep constrasts - Chong Wei could do nothing right and Lin Dan nothing wrong.

This is badminton

The world's No 1 raced to a commanding 8-0 lead in the second game before giving away a point with an unforced error. At 11-1, Malaysians could sense it was all over. Surely, it was impossible to defeat Lin Dan - this was his night and the gold medal was his to savour.

Chong Wei continued to struggle to find his rythmn and finally managed to score with three powerful cross-court smashes and reduced the score-line to 14-4.

At 19-6, the Malaysian world's No 2 started to shake his head in disbelief as reality sank in. Misbun Sidek also looked lost.

But this is badminton. The one in better form on the night will win. Cruel as it may be for Chong Wei, he was also playing in Lin Dan's den and there is always a home ground advantage in any sports.

But Chong Wei could also hold his head high for what he had achieved at the Beijing Olympics.

He can return to Malaysia a hero as he is the first Malaysian singles shuttler to qualify for the final in the Olympics.

In Beijing, Chong Wei also ended Malaysia's 12-year medal drought.

Malaysia's last triumphant return from the Olympics was in 1996 with a silver from the doubles pair of Cheah Soon Kit and Yap Kim Hock and a bronze from singles winner, Rashid Sidek.

While it will be another long wait for the Jalur Gemilang to be hoisted and the Malaysian anthem to be played at the Olympics, Malaysians can be consoled that at least, there is a silver lining from the Beijing Olympics.

As for Chong Wei, he deserved a good rest and perhaps find time to enjoy the RM300,000 reward from the Malaysian government.

And wait, he could also easily win the Malaysian Sportsman of the Year award for 2008.

16 Ogos 2008

Perebutan 3 penjuru di Permatang Pauh


Abdul Rahim Sabri (malaysiakini)

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.

Calon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM.

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Menurut Roslan, Suruhanjaya Pilihanraya menerima lims bantahan tetapi semuanya ditolak.

Dr Mansor yang juga timbalan pengerusi biro pilihanraya PKR, mengejutkan banyak pihak pagi tadi apabila mengemukakan borang untuk bertanding sebagai calon bebas.

Ekoran itu, tercetus desas-desus yang mengatakan Dr Mansor adalah calon 'simpanan' PKR sekiranya pencalonan Anwar, ditolak.

Ketika ditemui pihak media kemudiannya, pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh, Mustapha Kamal Yusof mengesahkan bahawa Dr Mansor adalah calon 'simpanan'.

Calon BN, Arif Shah adalah yang pertama menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.12 pagi dan diikuti oleh Anwar pada jam 9.18 pagi.

Dr Mansor pula menyerahkan borang penamaan calonnya pada jam 9.40 pagi, diikuti oleh Hanafi (foto) pada jam 9.55 pagi.

Tarik diri

Roslan bagaimanapun tidak menyentuh langsung mengenai penarikan diri Dr Mansor.

Semasa ditanya pemberita kemudiannya, Roslan berkata Dr Mansor menarik diri tanpa sebab sebelum pengumuman dibuat.

Ekoran itu, Dr Mansor kehilangan depositnya kerana keputusan itu dibuat selepas jam 10 pagi, selepas waktu penyerahan borang pencalonan tamat.

"Malah mana-mana calon (yang bertanding pada pilihan raya kecil itu) masih boleh menarik diri dalam tempoh tiga hari," kata Roslan.

Sementara itu, Dr Mansor yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menarik diri setelah pencalonan Anwar diterima dan mengakui beliau masih anggota PKR dan menyokong Anwar.

'Perang mulut'

Sementara itu sepanjang menunggu proses pengumuman calon, keadaan di luar dewan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'berperang mulut'.

Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang.

Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan 'Hidup BN' oleh penyokong BN.

Kedengaran juga penyokong PKR yang meluangkan 'Saiful penipu' dan 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.

Keadaan tegang sedikit pada kira-kira jam 10.55 apabila seorang penyokong BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan. Dia bagaimanapun dinasihatkan oleh pihak polis supaya jangan berbuat demikian.

Kira-kira 40 anggota FRU kelihatan masuk ke ruang kosong yang memisahkan antara penyokong BN dan Pakatan, tetapi beredar keluar dari situ sejurus kemudian.

Penyokong kedua belah turut membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!.

Sebelum itu, Penyokong BN sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun pada kira-kira jam 8.50 pagi, penyokong kedua belah pihak bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.

Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter.

15 Ogos 2008

Apa kata DSAI berhubung Saiful bermubahalah

Oleh Mstar

PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan akuan bersumpah bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebagai politik murahan ketika "kempen".

Di sini, Anwar berkata ia merupakan permainan taktik kotor Umno dan Barisan Nasional.

Penamaan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pagi esok.

Ketika bercakap kepada wartawan di kawasan Permatang Pasir, di sini malam ini, Anwar berkata beliau telah merujuk dakwaan kes meliwat itu kepada Mahkamah Syariah.


"Saya telah merujuk kepada Mahkamah Syariah berkenaan dakwaan ini sebulan yang lalu dan pihak mahkamah mahu menemui Saiful tetapi polis tidak membenarkan pegawai mahkamah berjumpa dengannya (Saiful).

"Permainan apa ini? Apa polis punya permainan. Kalau nak ikutkan prosedur Islam, pergilah ke Mahkamah Syariah. Ini gimik politik," kata beliau.

Anwar menambah, sehari sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil Parlimen Pematang Pauh beliau telah didakwa di mahkamah dan menjelang hari penamaan calon esok upacara bersumpah Saiful pula diadakan.

"Ini politik kotor Umno yang terdesak," kata beliau

Saiful bermuhabalah

Oleh Jimadie Shah Othman (Mkini)


Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kondominium mewah di Damansara.

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.



"Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat."

Dalam sidang akhbar di sebuah hotel kemudiannya, Saiful berkata, beliau menafikan tindakannya itu bermotifkan politik.

Ini adalah kali pertama beliau muncul di khalayak ramai sejak membuat laporan polis pada 28 Jun lalu, mendakwa, dia diliwat oleh Anwar.

Saiful memberitahu pemberita bahawa dia bersumpah dengan al-Quran hari ini, selepas mengumpul kekuatan untuk berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun, enggan menjawab sebarang soalan mengenai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, Saiful dilaporkan telah menemui Najib di kediaman timbalan perdana menteri sebelum membuat laporan polis.

Saiful turut menayangkan di sidang akhbar tersebut video selama dua minit menunjukkan dia mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi.

Saiful berkata, dakwaan diliwat Anwar itu adalah yang pertama berlaku ke atas dirinya dan dia tidak pernah diliwat sebelum ini.

"Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi
menafikan dakwaan saya adalah tidak benar," katanya lagi.

Saiful ditemani oleh bapanya Azlan Mohd Lazim (foto kanan) dan peguam Zamri Idrus ketika menghadiri sidang akhbar selama 10 minit itu.

Anwar, yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mendakwa ia perbuatan musuh politiknya untuk menyekat beliau kembali semula aktif dalam politik.

Sebelum ini, penasihat PKR itu telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Berikut adalah kenyataan yang dibaca oleh Saiful:

Saya rasa telah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil. Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi mengikut cara yang dituntut oleh agama Islam, sepertimana yang telah dinasihatkan dan ditunjuk ajar oleh ulama dan mufti berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar bin Ibrahim.

Akad sumpah ini saya lakukan dengan kerelaan saya sendiri yang datangnya dari lubuk hati saya yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Saya juga amat memahami bahawa sumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa malapetaka dan bencana kepada saya, serta keluarga, keturunan saya selamanya oleh Allah SWT.

Saya melakukan sumpah dengan nama Allah SWT kerana mahu membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar dan oleh kerana itu, saya amat berani bersumpah. Ini jalan terbaik bagi saya mendapat keadilan di dunia dan akhirat dan mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadu.

Saya melakukannya kerana Allah SWT. Saya bersumpah di dalam rumah Allah yang mulia tadi bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya Anwar bin Ibrahim dan saya tidak memilih berdolak dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat tentang isu dakwaan liwat saya ini seperti yang dibuat oleh Anwar bin Ibrahim.

Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi
menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.

Sesi soalan jawab

Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?

Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Wartawan: Ke mana hilang selama ini?

Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.

Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?

Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.

Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.

Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.

Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?

Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.

Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?

Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.

Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?

Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.

Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.

Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.

Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini... saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.

Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.

Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?

Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan
polis tersebut.

Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.

Video angkat sumpah ditayangkan.

Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.

Mohd Saiful kemudiannya beredar melalui pintu belakang dengan peguamnya dan tidak mahu menjawab lagi soalan wartawan.

14 Ogos 2008

Riang-riang: Aiyak, kenapa teruk sangat nak belajar di Malaysia ni?






Remaja setelah tamat sekolah menengah, akan berpusu-pusu memasuki kolej, menyambung pelajarannya dalam bidang yang diminati tidak kiralah tahap diploma ataupun ijazah. Kelayakan yang penting untuk mengiftiraf diri remaja ini sebagai pelajar universiti dan kolej ialah selain dari kelayakan SPM atau STPM atau SPM(V) ataupun 4 senawi (?), kelayakan duit ibubapa dan pengaruh politik juga penting. Kalau tak ada kelayakan duit dan pengaruh politik ni, berkemungkinan besar remaja ni susah untuk masuk ke kolej atau universiti. Jika remaja ini tidak diterima di intitusi pengajian tinggi awam (walaupun mintak jurusan seni persembahan pun tak dapat - halamak, nampak sangat jurusan ni pilihan terakhir dalam borang UPU), maka adanya remaja ini juga berhak membayar masuk ke kolej-kolej swasta yang bersepah wujudnya di se-antero Malaysia ni. Janji sediakan sahaja duit.

Bila aku baca cerita pelajar-pelajar 'nurse' yang bengang sebab PTPTN dah potong banyak sangat duit diorang, aku pun gelak - hahahaha. Diorang ni tak pandai lah nak curi masa buat kerja part-time. Janganlah berharap sangat pada duit PTPTN tu. Aku ada pengalaman yang aku nak ceritakan.



Aku dan beberapa orang rakan mendapati bahawa di Sunway ada sebuah kelab yang menghidangkan persembahan harimau ('tiger show'). Nama kelab tu ialah 'Eleven Heaven'. Sebuah kelab murah yang wujud di deretan rumah kedai. Kami pun ke sana untuk menyaksikan persembahan ni - satu kajian seni persembahan juga ni. Kami sampai di sana, sambil-sambil minum 'beer', kami dihidangkan dengan muzik 'techno' yang mencucuk-cucuk otak. Hati kami ni tak sabar nak tengok persembahan tu macam mana. Woh, bukan senang woh nak dapat peluang ni. Tiba-tiba DJ pun cakap entah apa-apa, lagu pun ditukar, dan tiba-tiba 2orang gadis - seorang Cina dan seorang lagi Melayu, melompat ke atas 'bar top'! Wow! Ini sudah best! Malaysia ada semua ni! 2 gadis ni menari dengan penuh gaya erotik dan aku punya 'bob' yang tadi tidur, terus bangun. Suka dia. Gadis-gadis tadi cuma memakai top & bottom. Perhh... (bila dah mabuk - macam-macam boleh jadi).

Tengah syok-syok tengok diorang menari, tetiba lampu kalimantang menyala, muzik tutup, gadis-gadis tadi kelam-kabut turun dari 'bar-top'. Ingatkan ini salah satu persembahan. Rupa-rupanya, polis-polis sudah masuk daaa... Aiyak! 'Bob' aku yang tadinya gagah perkasa terus menyorok, taknak keluar dah. "Letakkan IC atas meja, jangan keluar." Perintah seorang polis ni. Aku tengok kat atas meja sebelah dengan tandas tersusun botol-botol dengan penutup kuning. Shit, fuck, damn, gampang (habis semua carut-marut aku keluar). Sah, kena ambil air kencing aku malam tu. Aku taknak cerita panjang, aku dan kawan-kawan ni pun digari dan disumbatlah ke dalam van beramai-ramai! Hah, masa menunggu giliran untuk kencing tu, gadis yang menari tadi (Melayu) duduk kat meja kami (sebab kami Melayu yang dia nampak, yang lain ramai Cina). Budak 'Bob' ni mula nak jenguk-jenguk. Kurang asam punya 'Bob'!

Kami semua dikumpulkan di Balai Polis Damansara, dekat dengan 'up-town'. Termasuklah si minah penari ni tadi. Nama kami dipanggil seorang demi seorang untuk kencing sekali lagi dan membuat laporan. Kencing di kelab tadi untuk bacaan polis. Kencing di balai ni untuk bacaan makmal. Bacaan di makmal inilah yang menentukan bahawa kami ini akan dihantar ke pusat serenti atau tidak. Dalam banyak-banyak nama yang dipanggil, aku tertarik dengan satu nama ni - Rabiatul Adawiyyah. Dialah penari tu tadi. Abang polis tadi sempat menyindir juga - "nama Rabiatul Adawiyyah..." Budak ni tunduk je. Yelah, takut tu tengok abang-abang polis ni. "Kerja apa?" Jerkah abang polis ni. Dalam hati aku, takkan tak nampak dia buat kerja apa tadi (hehehe). "Student." jawab si Rabiatul Adawiyyah ni.

"Student kat mana?"
"KDU."

Dan malam tu, kami tidur lokap.

Wallahu'alam fissawwab, tak tahu tak boleh jawab lah, betul atau tidak si Rabiatul Adawiyyah ni pelajar kat KDU, aku tak tahu. Tapi, katakanlah dia ni betul-betul pelajar di KDU, tengok apa yang berlaku pada dia? Betul ke dia kerja sebagai 'striptease dancer' tu sebagai hobi atau terpaksa untuk mendapat duit lebih? Kalau betul dia nak cari duit lebih untuk sara hidup sebagai pelajar di kolej swasta, di sini kita dapat lihat bagaimana kerajaan (yang sekarang ni beriya benar nak selamatkan umat Islam) menekan remaja. Bekerja sebagai 'striptease dancer' tak salah, tapi waktu bekerjanya yang salah! Penat tu. Persembahan tu mungkin tamat pada jam 5pagi. Dan esok paginya dia terpaksa masuk ke kelas. Apabila seseorang pelajar tu tidak cukup persediaan ke kelas, ini boleh merosotkan prestasinya! Apabila prestasinya merosot, tak gunalah dia membayar yuran yang beribu-ribu ringgit tu dan akhirnya dia tidak mendapat yang terbaik dalam pelajarannya! Tak tahulah kut-kut boleh bayar lebih untuk dapatkan 'four flat' setiap semester. Hahahahaha.

Jadi, untuk pelajar-pelajar kolej atau universiti, kalau tak cukup duit, bekerjalah sepertimana usaha Rabiatul Adawiyyah ni. Bukan maksud aku suruh kerja macam dia buat. Tapi, carilah kerja. Sekurang-kurangnya, kalau gagal sebagai pelajar kolej, tapi dapat juga ilmu tentang kehidupan. Kalau tak boleh buat juga, tak payah belajar. Buat apa belajar sampai kita disusahkan! PENDIDIKAN DAN PERUBATAN HARUSLAH DIBERI DENGAN PERCUMA. Ini yang sepatutnya kita tuntut. Bukan PTPTN dan harga minyak!

Hah, ni satu lagi kes - budak-budak UiTM pula buat hal. Khalid Ibrahim baru cuit sikit je, dah melenting. Kakakakaka. Apa punya bangang lah manusia yang berbangsa Melayu ni. Apa istimewanya UiTM dan Melayu ni? Ada ilmu yang kita tak boleh kongsi bersama sesama manusia ni ke? Manusia berbangsa Melayu dan beragama Islam ni memang tak boleh bercampur dengan manusia dari bangsa asing kut... Tapi, manusia berbangsa Melayu dan beragama Islam ni dari segi pakaiannya sama seperti manusia berbangsa Eropah dan Amerika. Malah, mereka juga belajar Matematik dan Sains dan tak lama lagi Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris. Manusia Melayu dan beragama Islam ini juga makan 'chicken chop'. Adakah manusia Melayu beragama Islam ni cuma tak boleh bercampur dengan Cina dan India di Malaysia semata tetapi dengan Mat-mat Saleh dan Minah-minah Saleh boleh malah dialu-alukan? Ataupun, manusia berbangsa Melayu ni cuma nak rasa 'burit' atau 'batang' milik manusia berbangsa Cina dan India ni sahaja. Tapi, ilmu dan budaya tak boleh kongsi.

Hahahaha... Ke, budak-budak UiTM ni takut kalau budak Cina dan India ni masuk, maka habislah rekod mereka sebagai pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang tu? Aaahahahahahaha... Aku percayalah, mesti ada yang baca entri ni dan cakap - "ko tak tahu apa yang Cina buat kat kita. Diorang nak balas dendam kejadian 13 Mei dulu..." Takpun - "ko tak tahu Singapore sekarang ni 'aim' peluru berpandu ke arah Johor..." Hey, ini semua taik lembu UMNO yang menakut-nakutkan umat Melayu/Islam ni... Apa yang buatkan Cina bertindak seperti itu dan kita sering diperbodohkan oleh Cina dalam berjual-beli? Sebab, manusia Melayu dan beragama Islam ni bodoh!

Termasuklah aku... Haaa hahahahaha... Kenapa lah rakyat Malaysia ni susah nak belajar? Eh, kenapalah Malaysia ni susahkan rakyat nak belajar? Eh, silap lagi - kenapalah susah sangat nak belajar jadi rakyat Malaysia ni? Ah, apa-apalah!