22 Ogos 2007

Wee Meng Chee patriotik - Forum Negarakuku dan patriotisme

Oleh Zulfikar Samsuri

Ada hikmahnya lagu Negarakuku oleh Namewee menjadi kontroversi. Lagu tersebut dan semangat patriotisme rakyat negara ini diperdebatkan, dihujahkan serta dibahaskan dengan panjang lebar lagi teliti seperti yang berlaku pada malam Isnin lepas di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Sdr Amir Sari (Naib Angkatan Muda PKR), Sdr Khalid Jaafar (Ahli Majlis Pimpinan Tinggi PKR), Sdr Amin Idris (Aktivis Mahasiswa), Sdr Hishamudin Rais (Kolumnis di Malaysiakini.com dan pengarah filem) dan dipengerusikan oleh Sdr Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) bersama-sama memperbahaskan tentang lagu 'Negarakuku oleh Namewee' ini.

Forum itu adalah anjuran Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat.

Terdahulu, Amir Sari yang juga Naib Ketua Angkatan Muda PKR, menyatakan dalam kenyataannya, "AMK menyeru agar anak muda ini tidak diambil tindakan, sebaliknya kerajaan dan masyarakat harus dengan segera membetulkan kegelisahan Namewee dan generasinya."

Beliau menyatakan lagi, "AMK menyarankan agar perkara ini dilihat secara keseluruhan konteksnya dari terus menyerang dan membingkaikan anak muda tersebut sebagai pengkhianat dan musuh negara." Seluruh masyarakat terutamanya parti pemerintah, terus menghukumnya tanpa perlu diadili lagi.

Manakala Sdr Hishammudin Rais secara ringkasnya pula berpendapat bahawa projek untuk menjadikan bangsa Malaysia sebagai gagal. Pendapatnya itu dikongsi oleh rakan panelis Sdr Khalid Jaafar, cuma rakannya itu berbunyi agak lembut sedikit. Projek bangsa Malaysia sudah lari dari tujuan asal. Tambahnya lagi, seperti tersiar di elizabethwong.wordpress.com, "…[k]ita harus membangunkan semula mimpi ...impian... We will not be judged by the colour of our skin but the content of our character."

Namun, seperti yang dilaporkan oleh Suara Keadilan Online, "kesemua panelis sepakat bahawa penyanyi Negarakuku, Wee Meng Chee tidak menghina lagu kebangsaan sebaliknya beliau adalah seorang yang patriotik."

21 Ogos 2007

Caliphate Anyone?

Oleh Farish A. Noor

In the Indian subcontinent the reaction of the Hindu right was to show two fingers to globalisation via recourse to a politics of nostalgia couched in terms of a politicised myth of Indian greatness and uniqueness. In the
Far East the discourse of ‘Asian values’ was the foil used to fend off calls for democratisation, transparency and reform. Why, even in the West the fall-back position of claiming a singularly unique Western civilisational origin seemed the immediate refuge for those who could not cope with the provincialisation of Europe in an increasingly plural and cosmopolitan world where movement of capital and ideas was becoming commonplace. [lagi]

17 Ogos 2007

Ezam punca PKR retak? [3/5]


Oleh Ahmad Minoritas

Seharusnya mereka yang ada dalam AMK, perlu berfikir panjang. Jangan jadi seperti Ezam yang cuma tahu bermain dengan politik dan mencari kekuasaan. Juga yang penting sekali mesti menghapuskan pemikiran bahawa status quo hidup di Malasia ini tidak boleh atau tidak mampu didobrak. Jika didobrak juga, masyarakat kita akan pecah dan saki baki yang tinggal terus hancur, lenyap daripada muka bumi ini. [lagi]

14 Ogos 2007

Ezam punca PKR retak? [2/5]


Oleh Ahmad Minoritas

Itu kata Ezam, tetapi jika ditanya pada Lokman Noor Adam sendiri sudah tentu lain jawabnya. Ezam dikatakan sebenarnya mahu menyimpan rahsia besar bahawa dia sudah memulakan rundingan untuk melompat semula masuk ke dalam UMNO. Beliau menginginkan jawatan menteri atau timbalan menteri jika beliau masuk semula ke dalam UMNO. [lagi]

13 Ogos 2007

Lirik Lagu Negarakuku*


Terjemahan oleh: Khalid Abdul Walid Ahmad dan Jimadie Shah Othman

Polis kita dikenali sebagai "Mata",
Kerana mereka mempunyai mata yang bersinar,
Bila tiba Tahun Baru, mereka akan bekerja keras,
Mereka pegang pen, tapi jarang tulis resit,
Kerana mereka kehausan, mereka perlu minum teh,
Dan juga kopi-o, mahu tambah gula?
Jika ditambah gula, mereka akan tersenyum manis,
Bila kau meninggalkan mereka,
Mereka akan berkata "Tata." [lagi]

11 Ogos 2007

Apa istimewanya 50?

Oleh Zulfikar Samsuri

Ya, betul, 50 tahun cuma angka, tetapi di sebalik angka ada tersimpannya suatu hikmah yang terselindung. Benar, setiap kejadian ada hikmahnya. Begitu juga dengan angka 50 yang mendepani tahun ini, dan tak kiralah kalau angka ini bertukar menjadi angka 49, 51, 52 atau juga 53, yang penting kita perhatikan baik-baik hikmahnya. Maksudnya. Dan iktibar yang boleh kita perolehi dari hikmah di sebaliknya. [lagi]

Politik Kerakyatan: Membersihkan nama Machiavelli

Oleh Sam Ahmad

"Ketika rakyat menjadikan jabatan raja itu turun temurun, maka timbullah kerajaan (principato). Namun mutu keturunan raja sering merosot, mungkin kerana keturunan itu tidak perlu lagi berjuang seperti pendahulunya. Raja pengganti itu tahunya cuma menempatkan diri di atas semua orang, sehingga ia sering dibenci oleh rakyat, lalu ditakuti, lalu dilawan. Pemimpin perlawanan itu menjadi tiran, biasanya seorang yang pada awalnya justru pembela pihak yang tertindas." [lagi]

Demokrasi dan Kontrak Sosial dalam konteks kemerdeaan


Oleh Khalid Jaafar

Dalam Islam ada perjanjian antara Rasul dan Yahudi dalam Piagam Madinah. Dalam sejarah Melayu ada perjanjian antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun bahawa rakyat patuh kepada raja selagi raja tidak mengaibkannya. Dan Kontrak Sosial antara Melayu dengan Rajanya. Walaupun sekadar mitos, tapi prinsipnya ada. [lagi]

Ezam punca PKR retak? [1/5]


oleh Ahmad Minoritas

Dia bukan sahaja ikon reformasi, tetapi dia juga adalah ikon anak muda. Tak sikit anak muda yang tergila-gilakan dengan perjuangannya – dedah itu, dedah ini, ada 6 kotak (tapi sampai sekarang kotak itu tidak dibuka), lawan rasuah dan segala macam lagi perjuangan yang amat sesuai dengan jiwa anak muda. [lagi]

Saudara Ezam Mohd Noor dicadang letak jawatan lebih awal

Oleh mdon_castello72@yahoo.com

Isu kotak yang diwar-warkan oleh Ezam semenjak sekian lama juga cukup memalukan Parti Keadilan sehingga kini siapa pun tidak tahu sama ada benar atau tidak baki kotak itu masih wujud atau tidak. Bagi saya sebagai pejuang kalau benar kewujudan kotak tersebut, adalah wajar dan perlu Ezam selaku seorang pemimpin pemuda sebuah parti pembangkang dan sebagai seorang muslim mendedahkan kebenaran, kalau takut sekalipun untuk menghuni jeriji besi lagi mengapa tidak serahkan saja kepada pemimpin muda yang lain dalam AM Keadilan atau kalau sudah tidak wujud langsung pejuang dalam AM Keadilan serahkan sahaja kepada pemuda PAS atau DAP. [lagi]