Memaparkan catatan dengan label epl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label epl. Papar semua catatan

14 September 2008

LIVERPOOL akhirnya berjaya atasi badi Man U

LIVERPOOL akhirnya berjaya mengatasi badi Manchester United apabila gol lewat perlawanan oleh Ryan Babel memberikan kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu, malam tadi.

Skuad bimbingan Rafa Benitez mengalami tujuh kekalahan dalam lapan pertemuan terakhir dengan musuh ketatnya itu sejak 2004, dan Reds ketinggalan pada babak awal perlawanan di Anfield apabila Carlos Tevez menyumbat untuk United.

Tetapi gol sendiri Wes Brown memberikan Liverpool gol penyamaan pada separuh masa pertama dan Babel, masuk selaku pemain gantian hanya enam minit sebelumnya, menjaringkan gol kemenangan 13 minit sebelum tamat perlawanan.

Itu sudah cukup untuk memberikan Benitez kemenangan pertamanya dalam saingan liga ke atas United sementara ia menjadi semakin buruk buat Sir Alex Ferguson apabila Nemanja Vidic dibuang padang pada masa kecederaan kerana menyiku pemain tengah tuan rumah, Xabi Alonso

- Berita Minggu

12 Mei 2008

Man U Juara EPL

Kali ini Christiano Ronaldo tidak mis sepakan penalti. Langsung dia berhasil membantu pasukannya Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Satu lagi gol berjaya dihasil oleh Ryan Gigg, hasil lorongan cantik Wayne Rooney dirembat sempurna oleh Gigg.

Man U yang mencatatkan keputusan menang 2 - 0 ke atas Wigan Athletic dan meninggalkan pesaing terdekat Chelsea, hanya dua mata sahaja.

Perlawanan malam ini mempunyai signifikannya yang tersendiri, kerana kedua-dua pasukan, Man U dan Chelsea perlu menang sementara mengharap lawan mereka seri atau kalah. Walaubagaimanapun di segi jaringan masih berpihak kepada Man U.

Man U selaku juara mengutip keseluruhan sebanyak 87 mata dari 38 permainan sementara Chelsea ditangga kedua dengan mengutip 85 mata dari 38 permainan. Diikuti dengan Arsenal ditangga ketiga dengan 83 mata, Liverpool ditangga keempat dengan 76 mata dan Everton ditangga kelima dengan 65 mata.
Sementara itu Ronaldo juga mengakhiri musim ini sebagai penjaring terbanyak dengan mengjaringkan 31 gol, meninggalkan Emanuel Adebayor di tempat kedua dan Fernando Torres ditempat ketiga. Masing-masing Adebayor dan Torres menjaringkan 24 gol.
sumber: LiputanBola