Memaparkan catatan dengan label kdbu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kdbu. Papar semua catatan

19 Disember 2008

IJN bakal diswasta, apa kata rakyat?





Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN. Klik disini.

Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Klik disini jika tidak percaya. Kata beliau,
“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.

“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”

Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.

Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?

Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penetangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Mungkin saya tidak terjumpa kenyataan pemimpin PR yang menentangnya atau mungkin juga dalam bab penswastaan, polisi PR dan BN sama?

Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik disini.

Apa pula kata rakyat?


“Sekali berarti, sudah itu mati” - Rahmat Haron






(buat Muhamad Syukree Hussain, sahabat yang selalu aku abaikan, dengan hormat damailah engkau beroleh rahmat dan keberkatan)

petang di warung kopi

mydin lembah bangsaT

dan nyaring suara el ar ti,

kau datang

membawa berita

dan cerita.

Petang terakhir pertemuan itu aku mendengar ayat yang sudah kulupa, “tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian,” kau sebut berulang kali dan aku seperti biasa sudah tidak peduli lagi pada petikan ayat-ayat suci kerana selalu kata-kata tuhan atau sabda nabi jadi isi perkakas kuasa perisai melindung pura-pura, keangkuhan.

Syukree engkau tidak gila kerana jika engkau gila, maka aku juga lagi gila dan kita semua di sini lagi lagi gila.

Kerajaanlah yang sedang gila saat ini, pemerintahlah yang gila, Pak Lah yang gila, Najib yang gila, Rosmah yang gila, Khairy yang gila, Soi Lek yg gila, Mahathir yang gila, Rafidah yang gila, Samy Velu yang gila, mahkamah yang gila, hakim yang gila, polis yang gila, rasuah yang gila, Bebal Nasional lah yang sedang gila rasuah saat ini. Haloba kuasa Rakus merembat dan merampas Hak-hak rakyat jelata. di mana-mana di dunia ramai penguasa yang gila. Darjat derita lara Sengsara kemiskinan tak bernikmat.

Kerana kegilaan harta telah membutakan hati untuk melihat kebenaran..kerana kegilaan kuasa.telah menggelapkan kenyataan. kerana kegilaan negara senjata telah mengaburkan kewarasan. engkau tidak gila, engkau Cuma bertelagah berperang dalam diri, engkau berjuang

mengajar dan belajar

seperti komputer cepat kau belajar

tak malu mengaku silap

tidak silu mengadu salah

pantas berlapang dada

memohon ampun dan maaf

Kau mengajar

Dalam kita menyoal kuasa

Diri sendiri mesti ditanya juga

Kau mengajar

Bantuan ihklas

Tak ternilai bayaran wang ringgit

Kau mengajar

Tak ada lelahnya bergerak

untuk api perjuangan tetap marak

biarpun diri yang terbakar.

Kau mengajar

tiada penatnya pencarian

hingga ke saat-saat akhir rayuan perpisahan.

Dari Suara kau Serukan Keadilan

Luas kau tebas padang lalang

kau mendengar rintihan mangsa kezaliman

kau sampaikan cerita kesakitan

berputar engkau wartawan dunia berita,

engkau melaporkan peristiwa zaman

merayaplah engkau menulis, berdebat, bertindak

di lubuk-lubuk bawah tanah

anak-anak muda dan musik keras

pada malam dan lorong-lorong kotanya

di masjid dan di surau

nyanyi bacaan Al-Quran

orang tua dan kanak-kanak

pada setiap ruang dan peluang

di parlimen para badut dan wira yang kau jenakakan

di jalanan, engkau ikut sama membantah!

Petang di restoran Mydin bangsaT utama

kenangan kau datang

berbincang berjenaka

berdebat berwacana

terlalu banyak sebenarnya maklumat

jutaan banyaknya

mengalir merayap dan menyerap

berselirat wayar dan skrin

dan

pada halaman buku “Facebook”

di internet

kujumpa kata-kata

-pasti setelah kau tiada baru aku membacanya-

“aku seorang yang bermimpi ingin hidup di dunia yang lain.”

Kini amanlah engkau dengan impian penuh bermakna

Kau memang pasti telah hidup di sana

Air mata jantanku

cukup murah menitik

saat mengenang pemergian, kenapa selalu setelah mati barulah orang mahu peduli?

deru kenderaan dalam sesak

menghentak-hentak dada

dan debu jalan

habuk binaan bangunan

hinggap ke dalam gelas-gelas kopi dan teh tarik

hidup tak selalu membahagiakan

hidup tak selalu menyenangkan

dan mati itu tetap pasti

datang

mengambil nafas mudamu

dan kini engkau

pergi

bersama cerita, berita, debat, gebang, sembang

dan engkaulah lagenda

kebebasan bersuara

berani bermusuhan hanya setakat idea

sahabat berhemah lembut bersemuka

tajam tikaman kata-kata

tak perlu di balas kekuatan senjata

tapi Syukree, di sini demokrasi belum datang lagi

berbeza pandangan selalu dijawab dengan keganasan!

kini petang di bangsaT utama masih seperti biasa. kehidupan manusianya masih terus menghirup teh dan kopi tarik. debu dan kebisingan kota, sembang dan gebang,

cakap-cakap di meja mydin masih lagi tentang engkau Syukree

dari aku dan mereka yang merasa bersalah

kerana tidak cukup melayan luahan kekurangan kasih sayang

dan kami yang berasa amat kehilangan.

17 Disember-19 Disember 2008

bangsaT U

15 Disember 2008

KDBU: Wan Farid bukan calon Umno untuk Kuala Terengganu?





Wan Ahmad Farid yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan sekutu rapat kepada Khairy Jamaluddin telah dilantik semula sebagai senator. Klik disini.

Apakah ini tandanya beliau bukanlah calon untuk kerusi P 36 untuk mewakili Umno?

Jika ini benar, ertinya Najib Tun Razak telah berjaya menguasai Umno dan akan meletakkan orangnya di kerusi tersebut untuk melawan calon PAS dan calon bebas yang akan bertanding nanti didalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

Ini adalah kerana orang-orang kepada Timbalan Perdana Menteri itu pasti tidak akan selesa jika orang-orang menantu Pak Lah seperti Wan Farid menjadi calon bagi mewakili Umno.