17 September 2007

ANALISIS KHAS : PERISTIWA 11 SEPTEMBER 2001 dan 09 SEPTEMBER 2007


Oleh Mohd Ezli Bin Mashut

'Isu membakar Jalur Gemilang' : Isu ini sengaja ditimbulkan untuk membakar perasaan rakyat Malaysia supaya membenci parti pembangkang. Sebabnya kita baru sahaja merayakan kemerdekaan ke-50 sudah tentu jiwa rakyat Malaysia masih membara dengan semangat ini.

[lagi]

15 September 2007

Polis Raja Di Malaysia


Oleh ZAM

Kemudiannya kita akan disajikan di tv dengan segala macam ugutan dan gertakan untuk menakut-nakutkan rakyat. Mereka akan memperlihatkan bahawa pembangkang sebagai ganas, ekstrim, menimbulkan kacau bilau dan sebagainya. Dengan mudah kita akan ditipu bulat-bulat oleh sang pemerintah jenis kuku besi ini.

[
lagi]

Analisis Kes Insiden Batu Buruk


Oleh adihamka

Pertama, penggunaan peluru hidup. Penggunaan peluru hidup adalah sesuatu yang begitu mengejutkan, apatah lagi dala menyuraikan ceramah. Sebelum ini, yang selalu digunakan hanyalah gas pemedih mata. Tetapi kini peluru menjadi habuan terbaru. Difahamkan pertama kali dan terakhir peluru hidup digunakan adalah sewaktu Perhimpunan Memprotes Keracunan Arsenik Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999. Itupun, tembakan dilepaskan ke udara, dan dalam satu konteks penyuraian perhimpunan aman, tembakan boleh dilihat sesuatu yang rendah nilai moral.


[lagi]

Gua.com.my Dilancarkan


Pada 11 September lepas sebuah laman web, www.gua.com.my dilancarkan. Jika anda hendak tahu tentang dunia hiburan, gossip-gossip panas artis tempatan dan luar negeri, atau segala aktiviti-ativiti seni yang lain terutamanya di Kuala Lumpur anda boleh layari web ini.

Tragedi Batu Buruk: Rusuhan Polis!


oleh May Ling

Dalam setiap perhimpunan rakyat, biasanya aman, sehinggalah polis masuk campur. Alasan tidak memberikan permit adalah kerana kawasan itu berdekatan dengan Istana apakah munasabah. Mengapa tidak digesetkan awal-awal, berapakah ukuran jarak yang dimaksudkan 'berdekatan dengan Istana'? Apakah satu atau dua kilometer. Atau lima sehingga sepuluh kilometer punmasih dikategorikan sebagai dekat?

[lagi]

14 September 2007

Elemen bahasa dalam politik Malaysia

oleh Jimadie Shah Othman

Dalam politik kita, banyak 'jurubahasa' yang tidak bernama. Biar saya sebutkan satu persatu: Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times, The Star, The Malay Mail, Metro, Kosmo dan lain-lain. Inilah jurubahasa-jurubahasa yang menterjemahkan bahasa politik semasa yang sebenarna juga mempengaruhi kecenderungan, sikap dan tanggapan penerimanya. Jika mereka ini melepaskan etika sebagai penyampai tulen, profesional dengan tidak mengganggu, mengurangkan dan membiaskan maklumat, negara akan binasa.

[lagi]

Melihat Kesucian Sajak-Sajak Suci AbdullahJones [2/2]


Oleh Mohd Dahri Zakaria

Ini dapat menarik perhatian khalayak pembaca agar mereka sedar bahawa mereka tidak hanya sekadar membeli teks-teks sajak berkenaan sahaja untuk ditelaah tetapi turut disertai dengan rekabentuk yang menarik sebagai unsur sampingan yang membantu membangunkan sesebuah teks sajak itu.

[lagi]

09 September 2007

Kedah Buat "Treble" Musim Ini


Kedah merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke 3 dengan menewaskan pasukan yang juga dari utara, Perak. Gol-gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Hasmawi Hassan, dan dua gol oleh Marlon Ale James. Kemenangan Kedah disaksikan oleh DYMM Sultan Kedah dan seramai 70 ribu peminat setia kedua-dua pasukan.

Perlawanan itu juga menyaksikan Perak gagal dalam perhitungannya untuk menyaingi Kedah, selepas Kedah dengan bergaya memenangi Liga Super. Kemanangan di final Piala Malaysia 2007, juga menyaksikan Kedah memiliki tiga kejuaran musim ini, dan seterusnya Azrai Khor pula menjadi jurulatih kebangsaan terbaik dipiilih oleh FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) tengah hari tadi pada majlis anugerah bola sepak negara 2007.

Selain itu, pada tengah hari tadi berlangsungnya kongres bolasepak Malysia, dan kongres itu menyaksikan Khairi Jamaluddin menjadi Timbalan Presiden II FAM dan YAM Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar disingkirkan dari jawatan Naib Presiden FAM.

Senarai penuh pemenang anugerah

Penjaga gol terbaik
- Mohd. Helmi Eliza Alias (Kedah)
Pemain pertahanan terbaik - Victor Andrang (Kedah)
Pemain tengah terbaik - Ahmad Fauzi Shaari (Kedah)
Pemain penyerang terbaik - Muhammad Khalid Jamlus (Perak)
Pemain paling bernilai-tempatan - Muhammad Shukor Adan (Selangor)
Pemain paling bernilai-luar negara - Marlon Alex James (Kedah)
Jurulatih pilihan - Mohd Azrai Khor Abdullah (Kedah)
Pemain muda terbaik - Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (Negeri Sembilan)
Pemain Paling Popular - K. Nanthakumar (Perak)
Penjaring Terbanyak Tempatan - Khalid Jamlus (Perak)
Penjaring Terbanyak import - Keitha Mandjou (Perak)

Jawatan FAM

Presiden - DYMM Sultan Ahmad Shah
Timbalan Presiden I - Datuk Redzuan Sheikh Ahmad
Timbalan Presiden II - Khairy Jamaluddin
Naib Presiden - Presiden Persatuan Bolasepak Terengganu Datuk Che Mat Jusoh, Pengurus pasukan PDRM Datuk Gulzar Mohamad, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah Datuk Osman Aziz dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan Affandi Hamzah.

Berta selajutnya akan menyusul selepas ini

04 September 2007

50:44 Malaysia Merdeka

kemaskini Beberapa buah organisasi di bawah satu gabungan, 50:44 Coalition akan mengadakan beberapa siri program menarik sempena hari kemerdekaan Malaysia, 31 Ogos 1957. Antara organisasi-organisasi yang terlibat adalah seperti Suaram, Centre of Independent Journalism, Aliran, Amnesty International Malaysia, Youth 4 Change, Hakam (www.hakam.org)
Bar Council Human Rights Committee (www.malaysianbar.org.my/hrc), Artis pro Activ, Dema (
www.dema2u.blogspot.com), ASLI (www.asli.com.my), Food Not Bombs (http://en.wikipedia.org/wiki/Food_Not_Bombs) dan lain-lain.

Program tersebut yang bernama 50:44 Malaysia Merdeka akan diadakan selama 11 hari bermula 6 - 16 September akan datang. The Annexe, Pasar Budaya akan menjadi tempat berlangsungnya program-program tersebut.

Program-program itu berkait rapat demokrasi, kewarganegaraan, gender, seksualiti, kebebasan berekspressi dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang program sila klik ini dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang gabungan 50:44, sila ke www.50-44.org.

Sebuah Majalah Maya di Lancarkan


Sebuah majalah maya (webzine) dengan nama CAUDANMUZIK (CNM) telah dilancarkan kira-kira beberapa hari lepas. Webzine yang diusahakan oleh seorang bekas editor majalah muzik yang terkenal itu mempunyai beberapa segmen yang menarik seperti berita muzik, interbiu dengan artis-artis terkenal dan tak terkenal, rebiu muzik, feature bebas serta kolum-kolum menarik yang lain.

Ditanya tentang apa maksud CAUDANMUZIK, Hasrul Rahman selaku ketua editor berkata, "cauda tu, bintang kecil yang terang dekat bima sakti. [O]rbit dia pada bulan lapan ngan sembilan betul-betul dekat tenggara bima sakti."

Pemilihan 31/8/2007 sebagai tarikh perlancaran adalah amat tepat sekali, ini kerana pada bulan lapan dan sembilan setiap tahun bintang ini akan "menetap" di Tenggara Galaksi Bima Sakti.

Katanya lagi, "
dari lapan bulan dulu aku dah tunggu hari 31 8 2007 ni. [S]o sambungkan, cauda dengan huruf N dan perkataan muzik untuk akronim CNM. Secara sebutan ia macam 'kau dan muzik.'"

Anda boleh layari, CNM di http://caudanmuzik.com dan menangi juga hadiah menarik yang ditawarkan termasuk sebuah gitar berjenama Fender.