Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

07 November 2008

Raja Petra bebas ISA

KUALA LUMPUR: Editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berjaya mendapatkan pembebasan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui habeas corpus.

Isterinya, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mengenai perkara tersebut sambil menyatakan rasa gembira berkata, Raja Petra akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum pukul 4 petang ini untuk dibebaskan.

Raja Petra, 58, ditahan pada 12 September lalu dan pada hari yang sama juga ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng turut ditahan dibawah akta tersebut.

Bagaimanapun Teresa dan Tan sudah dibebaskan.

31 Oktober 2008

Ditangkap khalwat di pejabat, Norman percaya disabotaj


Oleh WAHIDA ASRANI (mstar.com.my)

PETALING JAYA: Belum pun lagi reda isu tentang pergolakan rumah tangga yang dibina lebih enam tahun lalu bersama aktres dan bekas penyanyi, Abby Abadi, Norman Hakim (gambar) berhadapan dengan kontroversi baru - kali ini dia ditangkap berkhalwat bersama pelakon baru, Memey Suhaiza awal pagi semalam.

Mereka ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang dekat ini, sekitar pukul 3 pagi.

Pasangan itu dijangka dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Januari depan.

Ketua Penguat Kuasa JAIS Daerah Gombak, Khairul Hazri Sulaiman berkata, pihaknya menjalankan operasi sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 2.30 pagi.

Mereka dibebaskan selepas siasatan selesai kira-kira pukul 4 pagi.

Kata beliau, pihaknya mengetuk pintu kira-kira setengah jam tetapi apabila tiada respons, mereka bercadang untuk masuk dengan memecahkan pintu.

"Belum sempat memecahkan pintu, abang Norman tiba (di kawasan pejabat Norman)," kata beliau.

mStar Online difahamkan kedua-dua mereka berpakaian lengkap ketika serbuan dilakukan dan telah dibawa ke Balai Polis Melawati untuk disoal siasat.

NORMAN TIDAK NAFI

Dalam pada itu, Norman, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas ketika dihubungi mStar Online, tidak menafikan kejadian tersebut.

Namun, secara tegas dia berkata: "Cuma di sini saya ingin perjelaskan hal yang sebenarnya. Sekitar pukul 10 malam, saya dan empat lagi pekerja saya mengadakan mesyuarat di pejabat saya."

"Memey juga adalah salah seorang yang sertai mesyuarat ini kerana sejak Ogos lalu, dia banyak membantu dari segi pengurusan setelah pekerja am saya berhenti," katanya lagi.

Kemudian sekitar pukul 12 tengah malam, jelas Norman, dia keluar meneruskan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya dan pulang semula ke pejabat sekitar 1 pagi.

"Saya terus ke tingkat dua pejabat saya manakala Memey pula berada di tingkat 1 dan saya dapati, salah seorang staf pengurusan, Natalie juga sudah pulang dan hanya tinggal Memey di situ," katanya.

Kata Norman, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi bising di tingkat bawah.

"Hanya selepas seketika baru saya turun dan dapati JAIS memang sudah berada di situ.

"Malah, abang saya juga tiba di pejabat setelah dia menerima panggilan daripada Memey yang menghubunginya kerana terdengar bunyi bising di luar pejabat," katanya.

Oleh itu, katanya, dia tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh berlaku kerana memang tidak menyangka sama sekali.

"JAIS kata mereka menerima aduan yang kami berada dalam keadaan mencurigakan sedangkan saya dan Memey berada di tingkat pejabat yang berbeza.

MASALAH RUMAH TANGGA

Awal minggu ini, Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya minggu lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Hari Raya pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.

Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey yang popular dengan drama bersiri Mahsuri.

Pasangan ini juga sebelum ini pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian.

REAKSI ISTERI NORMAN

Mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Abby ekoran insiden ditangkap khalwat, kata Norman, dia lebih senang perkara itu diselesaikan antara mereka sahaja.

"Saya tidak sempat menghubunginya pada masa kejadian, tetapi pagi tadi saya sudah berjumpa dengannya dan jelaskan sendiri perkara sebenar. Ya, memang ada sedikit ketegangan, tetapi perkara itu boleh diselesaikan. Saya perlu lebih masa untuk meyakinkannya," kata Norman.

Berbeza dengan kenyataan Norman yang sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka, Abby yang dihubungi kemudiannya memberikan reaksi berbeza apabila diminta komennya tentang kejadian yang berlaku.

"Umum sedia maklum bahawa hubungan kami sememangnya sedang dilanda krisis... malah sebelum kejadian ini berlaku pun. Saya tidak tahu bagaimana untuk respons kepada pertanyaan seperti ini. Saya anggap kes ini adalah jawapan kepada masalah pergolakan rumah tangga kami selama ini.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tergamam bila mendapat tahu tentang kes ini. Tetapi saya tidak menangis. Dia ada datang berjumpa dengan saya tadi, tetapi apa saja alasan dia, orang tetap akan nampak dia yang bersalah," kata Abby dalam nada sugul.

Ditanya sama ada insiden ini akan menjejaskan lagi hubungan mereka suami isteri itu, Abby menjawab:

"Ya, ia akan bertambah teruk. Saya sebenarnya sudah putus asa. Sudah lama saya rasa hati dan perasaan saya tidak dijaga.

"Apa yang saya tanggung selama ini, sudah tidak mampu diluahkan lagi. Biarlah apa saja kenyataan yang dikeluarkannya, saya mempunyai kenyataan saya sendiri.

"Apa yang saya harap, saya cuma berdoa agar Allah lembutkan hati saya agar memaafkannya. Itu saja," kata Abby.

MEMEY ENGGAN ULAS LANJUT

Sementara itu, Memey yang dihubungi enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut.

Menerusi SMS, pelakon muda itu berkata: "Saya minta maaf, saya hanya perlukan ruang buat masa ini untuk menenangkan fikiran saya.

"Insya-Allah, jika saya sudah bersedia nanti, saya akan jelaskan semuanya."

23 Oktober 2008

Samad Lefthanded meninggal dunia










KUALA LUMPUR: Bekas gitaris kumpulan Lefthanded, Abdul Samad Mian 45, beliau yang lebih dikenali sebagai Samad meninggal dunia kira-kira jam 12:45 tengah hari tadi.

Difahamkan Allahyarham terjatuh dipejabat abangnya dan selepas itu beliau dikejarkan ke Hospital Amapng.

Bagaimanapun ketika tiba di hospital berkenaan, pihak hospital mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

Samad meninggalkan seorang balu Norliza Sumairi, dan empat orang anak berusia di antara 6 hingga 18 tahun.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, Selangor patang ini.

Allayarham bersama kumpulan legenda rock terkenal sejak awal penubuhannya pada tahun 1985 lagi.

Menurut bekas vokalis Lefthanded, Nash, Allahyarham dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh.

"Saya tak dapat pastikan punca sebenar kematian beliau. Saya cuma diberitahu Allayarham terjatuh. Ini pun saya sedang dalam perjalanan ke hospital untuk melihat jenazah arwah,"katanya kepada mStar Online hari ini.

Persahabatan yang terjalin lebih dari 25 tahun membuat penyanyi Nash begitu sebak dan tidak dapat menahan emosinya apabila mendengar pemergian sahabat karibnya Samad Lefthanded.

"Kami berkawan lebih dari 25 tahun, masa sama-sama belum berkahwin lagi. Terlalu banyak kenangan bersama," jelas Nash menahan esakan kerana cukup terkilan tidak dapat berjumpa dengan arwah disebabkan kesibukan kerja..

"Saya terlepas pandang SMS terakhirnya kerana terlalu banyak message dalam handphone saya. Sekarang ni baru saya betul-betul terkilan...," ujarnya.

Nash dan Samad menganggotai kumpulan Lefthanded yang ditubuhkan di Johor Bharu pada tahun 1979.

Kumpulan ini asalnya terdiri daripada Man Kidal dari kumpulan Search @ Abdul Rahman Mahmood, Samad @ Abdul Samad Mean, (Nash) @ Nashrudin Elias Yan dari kumpulan Search @ Amran Marsiman dan Man Dayak @ Rahman Othman.

Samad pernah menghasilkan alabum solonya berjudul Kenangan Bersamamu pada tahun 1994. Menurut Nash, walaupun mereka ada seliseh faham tapi semua itu sudah dilupakan mereka berdua.

"Adatlah berkawan, ada yang berkecil hati tapi kami tetap berkawan sampai ke akhir hayat. Tapi itulah satu-satunya yang paling saya terkilan dan tidak dapat lupakan ialah tidak membalas SMSnya pada Hari Raya baru-baru ini.

"Saya cukup sedih bila membaca balik SMSnya,,,,," kata Nash yang masih sebak dengan pemergian sahabat akrabnya itu.

Menurut Nash, Samad adalah seorang sahabat yang boleh bertolak-ansur dan suka meluahkan isi hatinya.

"Arwah jenis yang tidak suka simpan. Kalau dia tidak suka, dia akan beritahu. Saya dah faham sangat perangainya," kata Nash lagi.

Semasa bersama Lefthanded, Samad pernah menghasilkan album yang bertajuk Keadilan.

Seruan, Q'abul, Evolusi, Fanatisme, Nafas dan antara lagu-lagu yang menggamit memori ialah Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi, Tiada Lagi Kidungmu,Kenangan Bersamamu, Seruan, Ku Di Halaman Rindu dan Arah Yang Hilang.

Pada pertengahan tahun ini, Samad giat merangka promosi album petikan gitar terbarunya berjudul Guitar Jamming terbitan syarikat rakaman FMC yang berada di pasaran sejak 12 Mei lalu.

Sejak tidak aktif bermain muzik bersama Lefthanded, Samad lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaannya sendiri.

Pada masa yang sama, anak kelahiran Johor Bahru ini juga mengisi kerjayanya sebagai pensyarah sambilan dalam bidang petikan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.

Samad pernah melahirkan kekecewaannya dengan industri hiburan tempatan yang lebih menonjolkan penyanyi berbanding ahli-ahli muzik dalam sesebuah kumpulan.

Menurut Allahyarham, sikap pilih kasih ini jelas dapat dilihat di kebanyakan stesen televisyen (TV), radio, media cetak yang kurang memberi pendedahan serta publisiti kepada para pemuzik tempatan.

Allahyarham menyuarakan agar para pemuzik diberi peluang memperlihatkan kemahiran mereka bermain alat-alat muzik.

Gitaris lagenda yang mula bersama Lefthanded sejak tahun 1985 dan mempunyai kemahiran bermain gitar selama 25 tahun itu, menitipkan album petikan gitarnya yang terkahir itu bagi membantu para peminat yang ingin mempertingkatkan lagi kemahiran mereka bermain gitar.

Menerusi album terakhirnya itu. Para peminat boleh memetik gitar menerusi lima buah lagu iaitu Rozana (Search), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Kisah Kau Dan Aku (Alleycats), Kenangan Bersamamu (Lefthanded) dan Memburu Rindu (Hattan).

Sepanjang beliau menjadi anak seni, Samad yang pernah menjadi pemuzik undangan filem Rozana Cinta 87 itu pernah memenangi Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.

Setelah kehilangan gitaris handal M.Shariff beberapa tahun yang lalu, industri kita kehilangan seorang lagi gitaris hebat, Abdul Samad Mian. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AlFatihah. Amin.

17 Oktober 2008

Krisis ekonomi global tanda gagal sistem kapitalis

Irwan Muhammad Zain (harakahdaily.net)

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan krisis ekonomi global sebagai tanda kegagalan sistem kapitalis yang selama ini didewa-dewakan oleh negara Barat.

Kesan dari krisis ekonomi global ini, kata Ustaz Hadi memaksa negara seperti Amerika Syarikat mengeluarkan dana yang besar untuk membantu syarikat yang hampir muflis.

"Amerika Syarikat begitu angkuh sebelum ini hingga sanggup menyerang negara lain semata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka," kata beliau.

Beliau turut menegaskan sistem ekonomi kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan kepada satu pihak menyebabkan banyak syarikat kewangan yang muflis.

Mengambil contoh kegagalan Bank Bumiputera yang kini hanya tinggal nama akibat mengamalkan riba untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan.

"Pinjaman yang banyak dikeluarkan kerana mahu mengaut riba yang tinggi, akibatnya ramai peminjam yang gagal membuat pembayaran dan akhirnya bank yang mengalami kerugian," kata Ustaz Hadi.

Berucap di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan pembentangan belanjawan 2009, Ustaz Hadi turut mengkritik pengagihan ekonomi yang tidak sama rata dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata BN lebih menumpukan pembangunan dari segi ekonomi dan infrastruktur di neger-negeri tertentu berbanding negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Dari segi infrastruktur kata beliau, Sabah dan Sarawak jauh lebih ketinggalan berbanding Semenanjung biarpun BN sudah memerintah lebih dari 50 tahun.

"Pemimpin-pemimpin BN hanya tahu untuk mengambil balak di Sabah dan Sarawak tetapi tidak penderitaan yang ditanggung oleh rakyat di sana," tegas beliau.

Ustaz Hadi berkata sepatutnya pengagihan ekonomi sama rata dilakukan tanpa mengira agama dan kaum bersesuaian dengan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

"Kita tidak sepatutnya meminggirkan kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain kerana mereka juga rakyat negara ini," tegas Ustaz Hadi.

Beliau juga mengesa agar ekonomi rakyat dimantapkan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat krisis ekonomi global.

Dengan mengambil contoh kadar gaji di Singapura yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia,Ustaz Hadi menegaskan sepatutnya rakyat negara ini juga menikmati gaji yang lebih tinggi agar mereka dapat hidup dengan lebih sempurna.

Sehubungan dengan itu, ahli parlimen Marang itu seterusnya mencadangkan agar sistem ekonomi kapitalis yang turut diamalkan di negara ini digantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih menjamin kesejahteraan rakyat. - mks. _

08 Ogos 2008

Bakaq a.k.a Penarik Beca bebas

Abdul Rahim Sabri (malaysiakini)

Penulis blog Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan sejak kelmarin kerana menggantikan kepala harimau dengan "kepala anjing" di lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lamannya dijangka akan dibebaskan jam 4 petang ini.


Isterinya memberitahu Malaysiakini sebentar tadi, jika wartawan sambilan itu memberikan kerjasama dalam siasatan polis, beliau akan dibebaskan daripada tahanan di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur.

Abu Bakar, yang juga dikenali Bakar Haq, popular dengan kelantangannya mengupas isu-isu politik di blog nya 'Penarik Beca' (www.penarikbeca.blogspot.com).

Ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata gambar anjing pada lambang PDRM "satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis".

Beliau dilaporkan berkata, polis yang memandang serius cubaan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencemar imej dan kredibiliti pasukan itu.

Menurut Bernama, penulis blog itu ditahan di rumahnya pada pukul 10 malam di Taman Koperasi Polis, Gombak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Penulis itu kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian berkenaan hingga saat ini.

Semalam polis mereman Abu Bakar untuk sehari bagi melanjutkan siasatan tersebut.

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.

Peguamnya Mohamed Hanipa Maidin semalam berkata, penahanan Abu Bakar mungkin bermotifkan politik dan untuk menakut-nakutkan penulis blog.

Peguam itu menambah, penahanan tersebut bertentangan dengan janji perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewujudkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

06 Ogos 2008

Anwar akan ke mahkamah esok

Abdul Rahim Sabri (malaysiakini)

Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira. Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan hampir 10 minit kemudian. Tokoh pembangkang itu dijadual mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 3 petang ini.

Polis menyerahkan satu dokumen kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 10 pagi esok bagi menghadapi pertuduhan meliwat.

Dokumen itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa minit sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.

Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira.

Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan hampir 10 minit kemudian.

Tokoh pembangkang itu dijadual mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 3 petang ini.

SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihanraya kecil pada 26 Ogos - satu pertandingan yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.



21 Jun 2008

Himpunan 100 Hari di Stadium Shah Alam gagal, walaupun DSAI turut diundang

Oleh: No ISA

Penganalisis cukup terkejut dan kecewa dengan sambutan dingin rakyat berhubung himpunan 100,000 rakyat kerana himpunan 100 Hari Selangor dijangkakan akan menjadi ukuran kepada keupayaan demonstrasi Sejuta Rakyat pada 6 Julai 2008!

Perhimpunan Majlis Sambutan 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor di bawah kerajaan campuran PAS, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat di Selangor telah berlangsung di Stadium Shah Alam. Mengambil contoh Kerajaan PAS Kelantan, sambutan dimulakan dengan aturcara keagamaan (solat maghrib, solat hajat, dan majlis tahlil) dan berakhir dengan ucapan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat di pentas politik Malaysia.

Mengikut jadual asal, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, YB Dato` Dr Hassan Mohamed Ali yang mewakili penganjur majlis tersebut iaitu Kerajaan Selangor memberi kata-kata aluan dan disusuli dengan tayangan multimedia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor. Kemudian ucaptama oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan disusuli dengan speaker utama pada majlis tersebut seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR), Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan wakil-wakil utusan parti PAS.

Bagaimanapun, sambutan himpunan 100,000 rakyat sempena meraikan hari ke-100 di Selangor dilihat gagal memenuhi target asalnya seperti yang digembar-gemburkan oleh media elektronik sebelumnya. Majlis tersebut dilihat telah dipelopori oleh Parti Keadilan Rakyat dan telah digunakan sebaik mungkin oleh DSAI sebagai platformnya mengajak Ahli Parlimen Barisan Nasional menyertai Pakatan Rakyat. Hasilnya beliau dilihat sebagai jaguh di medan yang diciptanya sendiri!

Penganalisis cukup terkejut dan kecewa dengan sambutan dingin rakyat berhubung himpunan 100,000 rakyat kerana himpunan 100 Hari Selangor dijangkakan akan menjadi ukuran kepada keupayaan demonstrasi Sejuta Rakyat pada 6 Julai 2008!

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor kepada kegagalan himpunan 100,000 rakyat pada malam itu dan tidak hairanlah jika difikirkan kerasionalannya. Antaranya ialah:

1. ketidakhadiran speaker utama lain seperti yang dicanangkan oleh poster dan media elektronik internet seperti Menteri Besar Kelantan, Kedah, Perak dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selain itu Presiden PAS, Tuan Guru Dato` Seri Abdul Hadi Awang juga tidak hadir! Hasilnya hadirin pada malam tersebut seolah-olah tertipu dan kecewa lalu keluar sedikit demi sedikit daripada Stadium kerana terdapat hadirin yang hadir semata-mata ingin melihat kehadiran dan ucapan pemimpin tertentu. Adalah sangat mustahil jika terdapat lima (5) pemimpin utama negara tidak hadir serentak!

2. kegagalan sistem audio suara berfungsi dengan baik yang menyebabkan suara speaker tidak jelas kedengaran!

3. Rakyat yang hadir kecewa kerana Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS tiada! Penganalisis dapat membayangkan kebanyakan hadirin yang berserban dan berkopiah dengan jubah dan sarongnya, busana muslimah yang bertudung labuh hanya hadir kerana ingin melihat ucapan Tok Guru Nik Aziz dari Kelantan! Kelihatan apabila giliran wakil PAS berucap dan bukannya pemimpin utama PAS (Nik Aziz) yang bangun, ramai hadirin terus bangkit meninggalkan stadium walhal masih terdapat Lim Kit Siang untuk berucap!

Faktor utama di atas telah dikenal pasti berdasarkan pengamatan dan pemerhatian penganalisis terhadap perkembangan politik tempatan. Perhimpunan 100,000 yang telah mencanangkan kehadiran tokoh-tokoh utama PAS seperti Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS serta kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat seharusnya mampu menarik rakyat hingga mencecah 100,000 orang. Tetapi entah di mana silapnya, tindakan PKR ingin memonopoli pentas politik Kerajaan Selangor dan keinginan membuak DSAI memimpin negara sebagai Perdana Menteri yang dilihat sebagai terburu-buru telah menyebabkan PKR menanggung malu akibat kegagalan pada malam tadi!

Mengapakah PKR dikatakan ingin memonopoli pentas Kerajaan Selangor? Penganalisis yang turun padang sendiri ke Stadium Shah Alam telah menyaksikan beberapa insiden yang sepatutnya diambil serius oleh semua pihak yang dikatakan bekerjasama menganjurkan himpunan tetapi telah memberikan publisiti berlebihan kepada PKR! Antaranya penyaksiannya ialah:

1. Hanya DSAI dan Menteri Besar Selangor (sebagai pemimpin utama PKR pada malam itu yang mewakili PKR) telah berucap. Tetapi DAP hanya diwakili oleh Penasihatnya, YB Lim Kit Siang manakala PAS pula diwakili oleh pemimpin bukan utama! Maka semua media melihat DSAI membuatkan PKR memonopoli himpunan tersebut walaupun ia adalah himpunan Kerajaan Pakatan Rakyat!

2. Bendera parti PKR menyusuri jalan utama dalam jumlah yang terlampau sangat banyak hingga menjadikan himpunan tersebut seolah-olah anjuran PKR sahaja tanpa menunjukkan semangat kerjasama dengan PAS dan DAP.

3. Banner dan poster yang digantung di belakang tempat duduk dalam Stadium rata-rata hasil sumbangan PKR menerusi Kawasan/Bahagian PKR di Selangor.
Petugas-petugas dan penyokong-penyokong yang berkumpul di depan pentas utama dan belakang pentas utama rata-rata terdiri daripada PKR memandangkan kebanyakannya memakai baju rasmi PKR dan berbaju kebaya biru!

4. Ketidakhadiran Badan NGO Unit Amal yang selalu memakai baju rasmi berwarna merah dan berseluar hitam (bertuliskan Unit Amal) tidak kelihatan bertugas di dalam Stadium kerana lazimnya apabila himpunan besaran Pakatan Rakyat seperti ini selalunya dibantu oleh Unit Amal! Sedihnya kelihatan polis dan RELA lebih mendapat tempat!

PKR sepatutnya lebih peka dengan insiden seperti di atas dan tidak mengambil kesempatan meraih publisiti politik tanpa memikirkan semangat kerjasama yang diberikan oleh PAS dan DAP. Adakah himpunan tersebut mempunyai agenda tertentu sehingga hanya DSAI yang menonjol? Adalah tidak bagus dan manis jika benar terdapat agenda di kalangan penyokong PKR (generasi muda) yang tidak mengenali sejarah dan tidak menghormati pengorbanan pengundi PAS yang lebih berusia dan berpengalaman di Selangor.

Paling menarik untuk dikatakan ialah apabila DSAI sangat ’susah’ untuk dilihat bersama Presiden PAS atau Mursyidul PAS di dalam pentas yang sama pada waktu yang sama kerana perbezaan ideologi parti masing-masing! Pakatan Rakyat hanya dilihat sebagai kukuh untuk menumbangkan Barisan Nasional tetapi menghadapi cabaran dan dugaan yang sangat besar lagi kritikal dalam mengekalkan kerjasama harmoni kerana usikan dan cucukan daripada BN sendiri yang ingin memusnahkan Pakatan Rakyat yang semakin erat diwaktu Barisan Nasional menuju kehancuran total gara-gara kelemahan dan kesilapan demi kesilapan pemimpin UMNO sendiri.

Paling menyejukkan hati penganalisis ialah apabila laungan takbir ‘Allahuakbar’ lantang bergema di Stadium Shah Alam buat kali pertama di telinga dalam sejarahnya politik tempatan semasa wakil PAS yang mula bangun dan ingin berucap. Bayangkan apabila Mursyidul Am atau Presiden PAS yang hendak berucap? Sudah pasti laungan takbir memuji Allah pasti lebih lantang bergema di Stadium Shah Alam! Takbir!

19 Jun 2008

Demo protes harga minyak ditukar ke 6 Julai

Oleh Malaysiakini

Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.


19/06/08Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.

Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.

"Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.

"Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.

Sewa bas

Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.

Katanya, sasaran untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes boleh dicapai kerana ia disertai oleh rakyat seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Saya dimaklumkan rakyat di pantai timur sudah mula menyewa bas untuk menyertai protes tersebut," katanya lagi.

Dr Hatta berkata, beliau berkata, Protes tidak akan memohon permit polis kerana menurutnya ia merupakan satu perhimpunan aman.

Bagaimanapun, katanya, penganjur ada memberitahu polis mengenai perhimpunan tersebut dan berharap mereka boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.

"Kita juga menyediakan 3,500 petugas untuk membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang hadir sama dalam sidang media tersebut mengajak anak-anak muda menyertai protes tersebut.

Katanya, kenaikan harga minyak adalah merupakan isu negara yang memeberi kesan kepada semua orang.

18 Jun 2008

Sanglang akan ada pilihan raya kecil


Oleh Malaysiakini

Hashim mendakwa, beliau sepatutnya diisytiharkan pemenang berasaskan kepada perjumlahan undi dalam manakala Abdullah pula memperolehi 3,286 undi, dan dengan itu, menang dengan majoriti 47 undi.

Sanglang akan ada pilihan raya kecil
Jun 18, 08 12:48pm


Oleh Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kangar hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) adalah pilihanraya umum lalu dikosongkan.

Ini berikutan keputusan mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihanraya Pas bagi kerusi itu.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan bekas calon PAS, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.

Kes tersebut didengar oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani

Keputusan itu bakal menyaksikan pilihanraya kecil untuk kawasan tersebut.

Hashim, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Abdullah Hassan, pegawai pengurus pilihanraya, Muhamad Daud Abdull Hamid dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defenden, demikian menurut laporan Bernama.

Abdullah, calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan pemenang DUN Sanglang dengan majoriti 149 undi selepas memperolehi 3,384 undi berbanding 3,235 undi yang diperolehi Hashim, yang merupakan penyandang kerusi tersebut sejak dua penggal lalu.

Hashim memfailkan saman asal pada 17 Mac untuk mendapat pengisytiharan bahawa beliau adalah pemenang kerusi DUN tersebut.

Hashim mendakwa, beliau sepatutnya diisytiharkan pemenang berasaskan kepada perjumlahan undi dalam manakala Abdullah pula memperolehi 3,286 undi, dan dengan itu, menang dengan majoriti 47 undi.

Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Mastika Junaidah Husin.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi oleh calon PAS, Rus'selle Ezlan di DUN Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi.






16 Jun 2008

MCA lompat: Dakwaan adalah strategi Anwar


"Memang menjadi hasrat Anwar menimbulkan pergeseran antara parti-parti komponen BN dan memisah-misahkannya," kata Fu, yang juga ketua biro penerangan MCA.

Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat beberapa ahli patlimen MCA akan menyertai Pakatan Rakyat disifatkan sebagai "tidak masuk akal dan palsu semata-mata".

"Dakwaan Anwar itu tidak boleh diterima akal dan palsu semata-mata.

"Ia tidak lebih daripada kegemparan murahan untuk publisiti dirinya sendiri," kata ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Fu Ah Kiow, mengulas dakwaan penasihat PKR sewaktu berucap di Bayan Baru, Pulau Pinang semalam.

"Memang menjadi hasrat Anwar menimbulkan pergeseran antara parti-parti komponen BN dan memisah-misahkannya," kata Fu, yang juga ketua biro penerangan MCA.

"(Dakwaan) ini merupakan sebahagian daripada strateginya untuk mengejar jawatan perdana menteri."

Menyedari BN pernah berdepan tempoh naik turun sokongan terhadapnya, Fu menggesa parti-parti komponen BN agar terus berpaut utuh bersama-sama.

"Melalui zaman susah dan senang (bersama), kami sentiasa bergandingan antara satu sama lain, dan akan terus berbuat demikian. Kami tidak akan melarikan rakan sendiri dalam keadaan yang susah," kata Fu.

Anwar: MCA MPs will join Pakatan Soon

Athi Veeranggan (Malaysiakini)

Hinting that Abdullah could dissolve Parliament in a sudden move to “save his skin”, he cautioned Pakatan leaders and members to be ready for a snap election.

PKR de facto leader Anwar Ibrahim has dropped the clearest hint yet of impending crossovers to Pakatan Rakyat.

“I can safely say that several MCA MPs will join us soon,” he told journalists yesterday, after opening a service centre in Bayan Baru, Penang.

However, as with previous assertions of the same variety, that was all he was prepared to reveal.

Anwar has been keeping the public on tenterhooks since the general election on March 8, with repeated claims of crossovers by Barisan Nasional (BN) parliamentarians, especially those in Sabah.

He said that discreet meetings have been held in Hong Kong, Manila and Singapore, to avoid scrutiny, and that “even a cabinet minister met me”.

At a night rally held in City Stadium, George Town, the former deputy premier worked up the crowd with similar promises.

“It’s about time that we take over. It’s only a matter of time for us to take over. We are so close to Putrajaya,” he said to roars from some 15,000 people.

“It’s very soon. I will not say how (soon). But it will happen soon.”

He stressed that defecting MPs would have to accept the Pakatan tenets of good governance.

Anwar used the rally to obtain a ‘referendum’ on replacing the federal BN government and taking over as premier from Abdullah Ahmad Badawi.

He and other Pakatan speakers exploited the escalating cost of living triggered by the fuel price hike, to bombard the BN government and raise the tempo of a disenchanted crowd.

“I can guarantee you all today that if Pakatan Rakyat were to form the federal government today, we will bring down the oil price tomorrow,” said Anwar.

Salvoes against BN

Penang Chief Minister and DAP secretary-general Lim Guan Eng, DAP advisor and Ipoh Timor MP Lim Kit Siang and PAS leader Mohamad Sabu also spoke at the rally.

Anwar said the BN government is still in a state of denial over the electoral debacle and that it has remained arrogant.

It has further betrayed the people’s trust with an unreasonable and inhumane fuel price hike, he said, although it has contributed to this through economic and financial mismanagement.

Anwar also wondered aloud as to why BN partners are supporting Umno’s weak political leadership and wrongdoing.

Saying that BN has run out of ideas in overcoming inflation, he said only Pakatan could save the country.

“Let’s join force to topple this irresponsible and arrogant government. If enough numbers support us (in Parliament), we will form the next government. The people of Penang must lead others in backing us for change to a better life,” said Anwar.

Hinting that Abdullah could dissolve Parliament in a sudden move to “save his skin”, he cautioned Pakatan leaders and members to be ready for a snap election.

“We must fight to win till the end,” he said.

10 Jun 2008

"Tiada lagi Islam Hadhari yang mengelirukan"

oleh Malaysiakini

beritaPulau Pinang mengambil keputusan rasmi menghentikan promosi program Islam hadhari di negeri itu, kata timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin.

Menurutnya, perkara itu akan diumumkan secara rasmi selewat-lewatnya minggu depan.

"Saya akan membuat sidang akhbar itu mungkin di sekitar hujung minggu ini atau minggu depan. Jadi keputusan kita, di Pulau Pinang ini, kita tidak menggunakan istilah haram (mengharamkan Islam hadhari).

"Kita tidak akan meneruskan sama sekali program Islam hadhari ini.

"Kita akan menumpukan untuk membangunkan dan menggerakkan sebanyak-banyaknya segala program-program Islam yang telah sedia ada dan kita syiarkan tujuan itu tanpa perlu menggunakan istilah-istilah yang mengelirukan,” katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Menjelaskan maksud "tidak meneruskan" itu, Mohammad Fairus berkata, "ertinya, segala program (Islam hadhari) mesti dihentikanlah dan ditumpu (kepada usaha) menghidupkan apa yang ada di dalam Islam, sebagaimana yang nabi bawa sejak 1400 tahun lalu."

Keputusan itu diambil - tidak lama selepas Selangor mengambil langkah yang sama pada 26 Mei lalu - setelah mendapat nasihat lebih 20 orang pakar agama dan bekas mufti, katanya.

"Setelah saya berbincang dan mendapat nasihat daripada beberapa pakar agama, malah beberapa bekas mufti, tokoh agama, ulama ini bersetuju," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menyebut beberapa tokoh ulama dan pakar yang dirujuknya.

Diminta mengulas jika terdapat pihak yang enggan mematuhi arahan ini, Mohammad Fairus berkata:

"Itu bermaksud mereka engkar pada ketetapan penguasa negeri. Dan kita menyatakan keputusan kita, kita tak akan meneruskan (program Islam hadhari)."

Ditanya tindakan yang bakal diambil mereka, beliau berkata kerajaan negeri belum memutuskan tindakan lanjut.

"Yang itu, saya akan tentukan kemudian," tambahnya.

Mohammad Fairus berkata kerajaan negeri telah menghentikan program mempromosikan versi Islam tersebut walaupun tiada pengumuman rasmi dikeluarkan sebelum ini.

Sementara itu, kumpulan aktivis muda Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) melihat tindakan kerajaan Selangor mengharamkan Islam hadhari itu sebagai "terperangkap dalam usaha BN."

"Kami yakin, tentulah harapan rakyat kepada kerajaan baru di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak adalah bagi melihat kerajaan Pakatan Rakyat memainkan peranan membela nasib golongan terpinggir seperti peniaga kecil, ibu tunggal, mahasiswa dan semua lapisan masyarakat daripada hanya terbelit dengan ‘perangkap’ Umno dan BN," kata jurucakapnya Hasmi Hashim.

"Tatkala rakyat merintih kekurangan beras di dapur dan ribuan nelayan yang kekeringan diesel untuk ke laut, tindakan mengharamkan Islam hadhari boleh sahaja dianggap sebagai mengalih isu yang sedang dideritai rakyat."

Hasmi, juga ketua bahagian PKR Parit Sulong berkata, niat asal perjuangan reformasi 1998 untuk menuntut kebebasan bersuara wajar direnung kembali ketika kerajaan-kerajaan negeri Pakatan, termasuk Selangor, bakal menyambut 100 hari pentadbiran mereka.

"Kami bimbang dengan pemaksaan kuasa termasuk pengharaman Islam hadhari hanya membayangkan bagaimana kerajaan baru ini dilihat mirip autoritarian ala kerajaan (BN) terdahulu," kata Hasmi dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bulan lepas, exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata: "kerajaan telah membuat keputusan, Islam hadhari tidak diizinkan untuk diperkembangkan di negeri Selangor, cukuplah dengan dinul (agama) Islam."

Susulan kenyataan tersebut, mufti-mufti Perlis dan Perak mempertahankan Islam hadhari.

"Istilah Islam hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, pelaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diuar-uarkan," kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru- baru ini.

"Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ (Islam hadhari) supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu."

Mufti Perak dilaporkan berkata tidak wajar mengharamkan program berkonsepkan Islam hadhari.

Datuk Seri Dr Harussani Zakaria berkata, tindakan tersebut boleh mengelirukan umat Islam terhadap konsep Islam tersebut yang diperkenalkan perdana menteri.

"Saya rasa kita kena faham betul-betul dahulu tentang konsep Islam Hadhari itu sebelum mengambil tindakan.

"Apa yang saya faham setelah berbincang dengan perdana menteri dahulu, Islam hadhari menepati tujuan Islam," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi hari ini dilaporkan berkata Dr Hassan "tidak menolak konsep" Islam hadhari dan tidak juga mengharamkannya.

Mengulas lanjut kenyataan awalnya itu, Dr Hassan pernah memberitahu Malaysiakini: "Kita mengambil keputusan tidak mempromosikan Islam hadhari di sekolah, dalam khutbah Jumaat dan program-program keagamaan."

Pada 27 Mei, media rasmi PAS Harakahdaily.net melaporkan bahawa Hassan mengingatkan imam-imam yang membaca khutbah berunsurkan Islam Hadhari akan ditarik balik tauliahnya.

29 Mei 2008

Anwar ulas Ezam masuk UMNO

beritaDalam kenyataan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di blognya beralamat anwaribrahimblog mengatakan bahawa beliau telah lama dengar desas desus ini (Ezam masuk UMNO).

Kalangan pembaca blognya dan orang ramai juga menurut beliau tak sabar-sabar menanti kenyataan atau reaksi dari beliau.

“Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu,” katanya di dalam posting Cuma mempunyai tiga para itu.

Beliau juga menyifatkan bahawa keputusan tersebut (masuk UMNO) adalah hasrat peribadi Ezam sendiri.

28 Mei 2008

CheGu Bard nafi sertai UMNO, PKR kata Ezam bukan lagi isu

beritaBadrul Hisham Shaharin atau lebih mesra dengan panggilan CheguBard di kalangan teman, yang juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa beliau berhasrat untuk bersama-sama dengan Ezam Mohd Noor masuk ke dalam UMNO.

Ezam telah menyerahkan borang keahlian UMNO dan secara otomatik telah menyertai UMNO semula. Borang ahlinya itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang tadi.

"Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar PKR," menurut kenyataannya kepada Malaysiakini.

Blogzine ini telah dimaklumkan bahawa CheGu Bard telah mengadakan satu pertemuan sulit dengan Ezam dan Ezam telah menjanjikannya dengan sebuah habuan jika beliau masuk UMNO.

Beliau telah menjadi sasaran penyokong Pakatan yang mengatakan bahawa 'CheGu Bard akan lompat masuk ke UMNO'atas sebab hubungan beliau yang rapat dengan bekas pengerusi GERAK itu.

Walaubagaimanapun CheGu Bard mengatakan bahawa beliau masih lagi merupakan 'teman Ezam'. Menurut Suara Keadilan lagi, "beliau (CheGu Bard) turut menasihati agar Ezam tidak ‘hayut’ dalam Umno.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff, dipetik sebagai berkata kepada Suara Keadilan bahawa Ezam sudah tidak lagi menjadi isu kepada PKR.

Katanya, "[k]emasukan pengerusi Gerak bukan isu bagi kami. KeADILan lebih berminat untuk membincangkan sokongan hebat yang diterima dari segenap lapisan belia."

Menurut Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin lagi, seperti memetik Suara Keadilan Online berkata “[i]anya tidak memberi sebarang impak kepada KeADILan dengan penyertaan beliau, hanya catatan sejarah sahaja."

Dan lagi menurutnya “Sebagai yang telah berjuang, saya hanya mampu mengucapkan kepada Ezam Selamat Maju Jaya keatas Ezam kerana penyertaan beliau kedalam Umno,” katanya.

27 Mei 2008

"Jangan kaitkan saya dengan berita Ezam mahu sertai Umno"-- Chegu Bard

beritaKL: "Jangan kaitkan saya dengan berita Ezam mahu menyertai Umno", itulah reaksi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi KLpos.com.

Sebelum ini, laman web Malaysiakini.com menyiarkan berita berbentuk spekulasi mengenai kemungkinan Badrul akan menyertai Umno bersama-sama dengan Ezam.

Menurutnya, memang beliau dalam keadaan 'panas' dengan sikap sesetengah pemimpin PKR mengenai cara menguruskan parti dan negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan rakyat.

"Betul saya tegur kepimpinan parti, pengurusan sebagainya, tetapi tidak semestinya hendak masuk Umno," kata beliau.

Badrul yang lebih dikenali sebagai pemimpin akar umbi, dilaporkan kecewa dengan sikap pemimpin parti yang mengabaikan penyokong sendiri dalam beberapa perkara termasuk pengisian jawatan.

"Mengapa perlu di bawa orang luar, ditatang bagai minyak penuh, sedangkan penyokong sendiri, dilupakan, ingat balik, tanpa penyokong siapalah kita hari ini," katanya.

Mengenai pertemuan beliau dengan Ezam, kata Badrul, "kenapa pulak orang lain boleh jumpa menteri Umno, sedangkan saya tidak boleh jumpa kawan sendiri,"

Menurutnya, beliau masih setia dengan PKR, dan akan bersama dengan parti tersebut melakukan perubahan.

"Walaupun saya hebat dicerca, dimaki hamun oleh pemimpin sendiri yang bertindak berdasarkan khabar angin, namun saya cukup gembira kerana ahli parti di peringkat bawahan masih setia menyokong saya," katanya.

26 Mei 2008

Ezam, Badrul akan sertai UMNO?

Oleh Muda Mohd Noor (malaysiakini)

beritaAhli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin enggan mengulas ura-ura bahawa beliau akan menyertai Umno bersama bekas ketua Angkatan Muda (AMK) parti itu Mohd Ezam Mohd Nor.

"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tetapi saya akan membuat pengumuman selepas saya berbincang dengan Ezam.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai perkara ini tetapi ketika ini saya enggan membuat komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas satu coretan di sebuah blog yang mendakwa "satu pertemuan sulit" antaranya dengan Ezam beberapa minggu sebelum bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilaporkan akan menyertai Umno.

Dalam pertemuan tersebut, menurut blog itu lagi, Mohd Ezam meyakinkan bekas calon parlimen Rembau itu agar turut menyertai Umno "bagi mengukuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyekat kemaraan penentang-penentang perdana menteri".

"Dengan ini 'reformasi' dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan," catatan di blog itu dipetik, yang mendakwa ia menerima maklumat tersebut daripada mesej emel yang dikirimkan kepadanya.

"Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk Umno."

Kedua-duanya aktif dalam AMK sebelum Ezam meninggalkan sayap pemuda itu dan kemudian bersama Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), yang ditubuhkan Ezam, selepas pemimpin itu meninggalkan PKR.

Badrul terpilih sebagai anggota MPT dalam mesyuarat agung PKR tahun lepas.

Anwar nak bertanding kat Kuala Kangsar?

beritaDatuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang baru sahaja habis edah politiknya pada 14 April sudah dikatakan akan bertanding dalam rilihan raya kecil yang akan diadakan sedikit masa lagi di Kuala Kangsar.

Pertama kali beliau disifatkan bakal bertanding di Kuala Kangsar ialah pada sebelum pilihan raya umum ke 12 (PRU 12). DSAI memaklumkan kepada khalayak yang mengikuti program sepetang bersama rakyat di Kg. Sayong Lembah pada 6 Januari yang lepas.

DSAI dilaporkan seperti di dalam berita di Harakahdaily bahawa beliau mahu jadi calon di Parlimen Kuala Kangsar untuk tujuan melakukan perubahan yang menguntungkan semua rakyat di bandar Diraja itu.

Katanya menurut laporan yang sama, "[b]iar ada perubahan di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar sudah 50 tahun beri umno/Barisan Nasional pegang. Maka dikali ini rakyat berilah pula kepada Parti KeADILaan dan PAS. Juga biar ada perubahan di Ipoh dan di seluruh pelusuk negeri Perak dan negara. Kawan-kawan semua tolong kerja kuat demi supaya perubahan itu menjadi kenyataan."

Isu ini (isu DSAI nak bertanding di Kuala Kangsar) berbangkit semula selepas pilihan raya pula, di perasmian Sidang Dewan Rakyat, di Parlimen baru-baru ini. Ketika ditanya wartawan tentang di mana beliau akan bertanding di pilihan raya kecil selepas habis edah politiknya.

Beliau berkata, "I told you the possibility of Kuala Kangsar and some other place. (Saya dah beritahu dah kan, kemungkinan di Kuala Kangsar dan lain-lain tempat.)"

Walaupun kenyataan beliau itu diakhiri dengan senyuman panjang dari beliau, tetapi kemungkinan besat beliau akan bertanding di Kuala Kangsar tidak boleh ditolak seratus peratus.
"Dalam banyak-banyak tempat di Malaysia mengapa hanya Kuala Kangsar yang beliau sebut," kata seorang ahli politik PAS dengan yakin bahawa DSAI akan bertanding di Kuala Kangsar.

Dan kemudian isu ini nyata semacam mempunyai kebenarannya apabila dirujuk pula kepada blog Mat Saman Kati. Di bawah posting pada hari ini, bertajuk Hari-hari terakhir Rafidah Aziz beliau ada menyebut bahawa DSAI akan bertanding di Kuala Kangsar.

Katanya, "[p]etang tadi, aku mendapat satu pangilan telefon dari seorang member yang merupakan seorang pegawai tinggi CIMB. Dia minta aku carikan sebuah rumah fully furnished untuk disewa mulai Jun ini. Terkejut juga, sebab dia ni dah ada banglo besar kat Damansara. Bila aku tanya, dia jawab, nak standby for by-election diKuala Kangsar!

"Hello brader! Petisyen pilihanraya baru saja masuk mahkamah, tak kan cepat sangat? Dia bagi tau, bukan itu sebabnya. Ada satu pertikaian diantara CIMB dengan NAZA yang melibatkan Opah Pidah(Rafidah Aziz). Opah Pidah diberi pilihan, sama ada meletakkan jawatan sebgai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, atau menghadapi tindakan mahkamah yang melibatkan jutaan ringgit. Dalam keadaan sekarang, pilihan terbaik bagi Opah Pidah ialah meletakkan jawatannya."

Berita ini dilihat seakan menolak khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa DSAI akan bertanding pada pilihan raya kecil di Permata Pauh, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak atau Kelana Jaya. yang ditinggalkan kosong oleh Dati Seri Wan Azizah, Nurul Izzah, Khalid Ibrahim atau Loh Gwo Burne kerana memberi laluan kepadanya.

24 Mei 2008

Ramly Zahari di sebut-sebut ganti Tajol Rosli

beritaRK mendapat maklumat bahawa wakil rakyat Manong Datuk Ramly Zahari adalah antara calon yang dikatakan akan mengisi jawatan Ketua Perhubungan UMNO Perak bagi menggantikan Datuk Seri Tajul Rosli bin Ghazali.

Datuk Seri Tajul Rosli dikatakan akan meletak jawatan berkenaan kerana sikap bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti UMNO di Perak pada pilihan raya yang lepas.

Untuk rekod, kerajaan negeri sekarang dipimpin oleh kerajaan campuran Pakatan Rakyat (Pakatan) yang berjaya memenangi 31 daripada 52 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan. Manakala BN hanya mendapat 28 kerusi.

RK juga difahamkan bahawa sesetengah rakyat negeri Perak masih lagi yakin bahawa BN akan kembali memerintah dalam jangka masa terdekat ini. Menurut salah seorang daripada pemberi maklumat kepada RK yang juga enggan memberikan namanya, "Ramly Zahari akan naik jadi MB."

Beliau yang juga merupakan salah seorang pegawai kerajaan berkata dengan yakin bahawa Ramly Zahari akan mengganti Datuk Seri Ir Nizar sebagai MB dan bukan sahaja sebagai ketua perhubungan parti berkenaan.

Walau bagaimapun, RK masih belum metahui dan masih belum mendapat maklumat bagaimana proses peralihan kuasa dilakukan.

22 Mei 2008

Laporan Polis BERSIH dan NIEI berhubung isu Dakwat Kekal

Oleh Amin Iskandar

BeritaHari ini, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) dan National Institute for Electoral Integrity (NIEI) membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara dan Pengerusi SPR dalam isu konspirasi pembatalan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum pilihanraya.

BERSIH diwakili oleh Faisal Mustaffa dan NIEI diwakili oleh saya sendiri. Turut bersama-sama kami dalam membuat laporan polis pada hari ini ialah calon parlimen Rembau dalam PRU 12, Badrul Hisham Shaharin.

Kami membuat laporan polis ini oleh kerana percaya terdapat konspirasi terancang oleh keempat-empat penama diatas dalam usaha untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya lalu.

Tambahan lagi, wang rakyat sebanyak RM 2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal dari India tetapi tidak digunakan dan mungkin disimpan dalam “stor SPR” merupakan satu pembaziran wang rakyat yang harus dikutuk.

Dibawah ialah video laporan polis tersebut yang diambil dari Malaysiakini:

Man U juara Champions League

Manchester United lebih duhulu mendahului 1-0 hasil jaringan Ronaldo, namun menjelang akhir babak pertama Frank Lampard menyamakan kedudukan 1-1 yang bertahan hingga ke masa tambahan.

Dalam penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 6-5 untuk United, Ronaldo gagal menjaringkan gol sementara dari Chelsea, tendangan John Terry mengenai tiang gawang sementara tendangan Anelka ditangkis kiper Manchester United, Edwin Van de Sar.

Tendangan penalti Nicolas Anelka diselamatkan oleh Edwin van der Sar sehingga memberi kemenangan kepada Manchester United dalam final Champions League setelah menang dalam penentuan sepakan penalti dengan jaringan 6-5 setelah dalam pertandingan 120 minit jaringan terikat 1-1.

Tandukan Cristiano Ronaldo pada pertengahan babak pertama berjaya mendahului 1-0 bagi United yang seharusnya menambah satu dua gol lagi pada babak pertama, tetapi pada minit-menit terakhir Chelsea justeru menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Babak ke dua permainan seringkali dikuasai Chelsea, Didier Drogba yang dikawal ketat oleh Nemanja Vidic sepanajng pertandingan, sempat lolos dari kawalan tetapi tendangannya menghantam tiang gawang.

Michael essien juga mengalami nasib yang sama.

Sepanjang masa permainan 90 minit dan masa tambahan tidak berhasil memisahkan ke dua-dua buah pasukan.

Lebih malang buat Chelsea, Didier Drogba dilayangkan kad merah lima minit sebelum permainan tamat kerana mengasari Vidic.

Selepas itu penentuan sepakan penalti akhirnya berpihak kepada Manchester United dan melayakkan mereka untuk menjulang piala yang berprestij bagi bolasepak eropah, Piala Champions League. - BBCIndonesia.com

kredit gambar: BBCIndonesia.com