28 Februari 2008

Y4C lancar video komedi politik

BeritaYouth for Change (Y4C) hari ini melancarkan empat klip video komedi politik sempena Pilihan Raya Umum ke-12.

Videa-video pendek kurang dua minit setiap satu itu mengambil inspirasi peristiwa-peristiwa politik sebenar daam negara. Empat video itu adalah romPAK Lah, YB vs Blogger, Ubah Gaya Hidup dan Setem YB. Setiap sebuah video mempunyai mesej dan statmen politiknya yang tersendiri.

Mengikut jurucakap Y4C Lee Khai Loon, video ini dikeluarkan sebagai bukti bahawa orang muda juga menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Berkaitan kandungan klip tersebut, Khai Loon berkata, "dengan mengeluarkan video klip politik yang mencungkil minda dan perasaan, kami berharap ia akan menggalakkan orang awam untuk berfikir dan berdiskusi."

"Lawak jenaka yang mempersendakan ahli politik adalah satu aksi bijaksana. Politik bukan sekadar pertarungan atas kepentingan parti, ia juga berkaitan perasaan seharian orang awam," katanya lagi dalam sebuah kenyataan hari ini.

Video-video itu boleh ditonton di laman web pertubuhan itu (http://y4c.org.my/) atau di saluran video Youtube mereka (http://youtube.com/user/y4cmalaysia).

Y4C merupakan sebuah pertubuhan orang muda yang ditubuhkan untuk memperkasakan anak muda dan turut serta dalam proses pembinaan negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum. – Mohd Jimadie Shah Othman

Tiada ulasan: