Memaparkan catatan dengan label alak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alak. Papar semua catatan

07 Julai 2008

Jilat bukan liwat!

Oleh Ikhqoi

Berlaku adil dengan semua orang. Salah dah memang salah. Tapi kita bukan penghukum, kita ini pendakwah. Adegan baling-baling botol dan batu-bata tu, kerja orang ISLAM ker? Nabi pun dulu, kena baling najis. Ada ke NABI balas. Kita kata diorang ni jahat, tapi kita baling botol, baling batu.. Baikkah kita???


Komen Joe Kidd, ketua kumpulan Carburetor Dung

Friends all, kami semua OK (Alak ada benjol sikit kat dahi). Kami perlu berterima kasih pada pemuda-pemuda AMK (Angkatan Muda Keadilan - t-shirt biru) yang rata-rata marah tapi masih cuba sedaya-upaya menyelamatkan kami dari segerombolan pemuda-pemuda berbaju merah yang memang ready to rip us apart. With the help of AMK, we all managed to sneak out of the stadium (separately) after about 20 minutes being under siege.

The problem here is our song “Mari Nyanyi Menjilat”. Macam biasa, Alak did his exposing his underwear thing and of course dalam situasi panas tentang “liwat-meliwat” sekarang, aku rasa that gesture was misunderstood by the people there.

Some reports I saw also misquoted the title as “Liwat” instead of “Jilat”, so if some bloggers made the mistake, I’m sure a lot of the people in the stadium misunderstood too. So many took umbrage lah, thinking that we were making fun of Anwar. Actually I even explained to the crowd the gist of the song before we played it.

The thing is aku rasa Alak was in his “auto-pilot” mode. We have been playing that song for a long time and to a lot of people for years already and Alak have always been doing that to heighten the “satire”. The kids in the scene would get the joke all the time but we can’t expect the same from the public. That’s our mistake.

Anyways, apart from the guys in AMK, we also must thank Tom (Skitzofrenia) who shielded Alak from a lot blows, and in the process also got some benjol-benjol. Much thanks to Mad Yus (Apparatus), Poodien, Mirdza (Relationsheep), Black and many more who were there and helped out.

Alak: "Bukan penyokong pembangkang mulakan provokasi"

Oleh Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Vokalis kumpulan Carburetor Dung, yang mengadakan persembahan kontroversi di perhimpunan membantah harga minyak semalam, percaya kekecohan terjadi akibat provokasi pihak yang tidak dikenali.


"Saya tidak rasa mereka ini kumpulan penyokong (pembangkang) yang hadir," kata Alak kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum kejadian baling objek dan menyerbu pentas sehingga mencederakan beliau, tiga orang yang beliau syak punca yang mencetuskan provokasi tersebut.

Alak, waktu itu sedang menyanyikan 'Mari nyanyi menjilat', diserbu oleh tiga orang yang tidak senang dengan lagu tersebut apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton.

Akibat provokasi tersebut, penonton menyerbu kepada Alak dan kumpulannya dan juga membaling batu bata dan botol air minuman.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya.

Kira-kira 2,000 penonton berada di depan pentas dan tempat duduk menyaksikan konsert ringkas selama 15 minit.

Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.