Memaparkan catatan dengan label protes sejuta turun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label protes sejuta turun. Papar semua catatan

10 Julai 2008

Khabonye: Hentikanlah





Jadi, jadikanlah isu ini sebagai satu alasan. Janganlah jadikan aliran muzik ini dibezakan dengan Al Quran. Jagan sebab kita fanatik muzik ungkapan kata-kata kita membawa kepada kemungkaran terhadap ALLAH.



Ntahlah

Kadang-kadang bila isu band underground membuatkan kita jd buta. Buta mata dan hati.bila kita buat sesuatu kena pikir panjang panjang. Bila berkata-kata haruslah hujah yang benar tulus dan berbukti.

Adakah dengan laungan ALLAHUAKHBAR hanya keluar daripada AHLI PAS sahaja. Aku tak paham kenapa kita menghentam sesame sendiri sedangkan kita perlu bersatu. Kita tgk video yg saudara Black bagi dimana yg membaling objek dan maki adakah daripada golongan AHLI AHLI PAS.

Kita pon tak pasti siapa yang baling. SB pd hari tue bukan seorang tapi berpuluh. Ingatkah kita pada kejadian di Batu Burok bagaimana AHLI PAS jugak dipersalahkan. Sehingga sekarang masih ditahan dibawah ISA.

Sudahlah ditahan kena tembak lagi. Dalam hal yang sedemikian janganlah kita perbesarkan isu murahan ini lagi. ADA tak kalangan PKR ATAU DAP anti kepada sosial. Mungkin ada mungkin tidak. Jadi jgnlah asyik-asyik salahkan satu pihak sahaja. Kalau korang hayati atau amati daripada video tu apa melambangkan dia AHLI PAS. Adakah kat dahi dia ada tertera pangkahlah PAS. Yang aku nampak ada seorang pakai songkok dia yang provok lebih lebih. Tapi pakai songkok tu dia tu keahlian parti mana.

Lagi satu mamat-mamat muda yang cepat panas dan cepat terpengaruh ni pon naik minyak pada hal dalam situasi atau matlamat asal utk memprotes minyak naik. Kalau korang semua tak kira PAS, PKR DAN DAP org UMNO tepuk tangan.dia tahu kelemahan kita sebab antara kita ada tersimpan satu prasangka buruk antara satu samalain.

Jadi, jadikanlah isu ini sebagai satu alasan. Janganlah jadikan aliran muzik ini dibezakan dengan Al Quran. Jagan sebab kita fanatik muzik ungkapan kata-kata kita membawa kepada kemungkaran terhadap ALLAH. Adakah Ahli Muzik ini tidak menunaikan solat dan tak penah laungkan kalimah ALLAH.

Janganlah kita mengatakan hanya AHLI PAS ini golongan syurga dan yang lain golongan neraka. Kita mesti memperkemaskan diri kita daripada hanyut dibawa arus kemodenan yang ada.kita mesti berusaha memberpaiki kelemahan diri kita agar tidak disamakan dengan pemimpin yang sedia ada.

Kita mesti berubah dan berani melakukan perubahan atau berhijrah daripada zaman jahiliah kepada mendekatkan diri dengan ALLAH. Kerana tanpa meminta pertolongan daripada ALLAH samalah kita dengan firuan, namrod dan pemimpin UMNO yang sedia ada kerana merekalah yang memberi makan dan minum kepada rakyat.

Aku dulu jahil, samseng, degil sehingga membuatkan jiwa aku kosong walaupon aku daripada keturunan pak aji dan tok imam. Tapi adakah aku mesti biarkan anak muda terus jahil sama seperti aku dulu. Tak salah nak berhibur tapi biarlah hiburan yang tak melalaikan sehingga melupaka ALLAH walaupun sesaat.aku tak nak akidah rakyat Malaysia terus terpesong sebab org yahudi menyatakan dalam satu buku yang mana yahudi akan menyerang umat Islam sedunia dan akan membuatkan diri mereka menjedi lemah sehingga melupakan tuhan mereka (ALLAH) melalui hiburan yang melampau, aktiviti yang menjurus kepada maksiat, menamkan ajaran sekular yang mana menghalalkan yang haram.

Kaalu korang tak percaya lihatlah sekeliling kita. Cerok mana yang tak der benda-benda yang melalaikan. Program aper yang takder dalam tv; tayang cerita terdedah sana terdedah sini. Kalau diajak berperang sekarang berapa ramai yang akan berperang dan berapa ramai yang akan lari menjadi barua atau anjing yahudi.itulah gunanya kita solat 5 waktu. Utk mengelakkan kita daripada melakukan maksiat.

Itulah kita kena mendalam ilmu Islam agar kita benar-benar berani menghentikan segala kemungkaran yg terjadi. Dahulu kita tgk budak isap rokok satu perkara kurang ajar tapi sekarang sudah biasa.

Tidak mustahil zina pada sekarang boleh lihat melalui VCD kemungkinan boleh lihat di bus station dan tempat tempat awam.. Nauzubillah. Adakah kita yakin kerajaan yang ada sekarang dapat mengurangkan perkara-perkara mungkar.

MUNGKIN TIDAK.

Mereka lebih suka melihat rakyat MALAYSIA hanyut dalam dunia mereka sendiri. Dengan ini lagi mudahlah mereka merompak hasil bumi dan melakukan penindasan terhadap kita.

SUDAHLAH DAN JANGAN MENUNDING JARI. MARILAH KITA MERENONG SEDALAM DALAMNYA DIRI KITA ADAKAH KITA BENAR BENAR SEDIA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH KEPADA KITA SEBAGAI KHALIFAH DIMUKA BUMI INI.

ALLAHUKHBAR


Husam: Jangan tuding jari kepada Carburetor Dung

Oleh Administrator husammusa.com

“Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan, “Cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu" - Husam


KOTA BHARU : Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa meminta supaya semua pihak tidak menyalahkan kumpulan underground Carburetor Dung yang mengadakan persembahan nyanyian pada perhimpunan Protes anjuran parti Pakatan Rakyat kerana kumpulan itu berani membawa mesej kepada kerajaan.

“Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan, “Cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu,” jelasnya.

Katanya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengadakan bantahan dengan cara keluar di jalanan khuatir pelabur berasa takut dan bimbang berlaku kekecohan dan terus menuduh PR sengaja menimbulkan ketidakstabilan kepada negara.

Beliau berpendapat bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan tidak semestinya dengan berkasar sedangkan pendekatan secara ‘gentle’ boleh dilakukan.

“Pada pandangan saya perbuatan (melondehkan seluar) boleh diperbetulkan, janganlah kita hukum dia sampai tinggal mesej lantang kepada mereka,”

Katanya, kumpulan tersebut telah membawa mesej yang bersifat kritikal kepada kerajaan dan jika didengar semula lirik lagunya ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.

“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya.

Beliau menambah perhimpunan itu adalah bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin suarakan bantahan. Baginya mesej yang cuba disampaikan pada perhimpunan tersebut sudah sampai matlamatnya tidak sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Ahad lalu, vokalis kumpulan Carburetor Dung telah melakukan perbuatan tidak sopan dengan melondehkan seluar ketika mengadakan konsert pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Selangor. Lagu yang dinyanyikan ketika itu Mari Nyanyi Menjilat.

09 Julai 2008

Selepas ini demo atas jalan - Protes

Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Bagaimanapun, tempat perhimpunan itu ditukar pada saat-saat ke Stadium Kelana Jaya. Perubahan itu dibuat atas keputusan pimpinan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor.




Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) sudah "serik" mengadakan perhimpunan di tempat tertutup, khususnya di stadium kerana ia kurang mendapat sambutan.

Perhimpunan sejuta rakyat anjurannya Ahad lalu yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya hanya dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang pada sebelah siangnya.

Manakala acara kemuncak berupa ucapan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat, terutama ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadiri oleh kira-kira 25,000 orang.

Pada mulanya dijadual diadakan di KLCC tetapi kemudiannya dipindah ke Padang Timur, Petaling Jaya. Tarikhnya diubah dari 5 kepada 6 Julai.

Bagaimanapun, tempat perhimpunan itu ditukar pada saat-saat ke Stadium Kelana Jaya. Perubahan itu dibuat atas keputusan pimpinan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor.

Dalam mesyuarat post mortem Protes petang semalam, pelbagai perkara, termasuk factor sambutan itu, serta insiden yang membabitk kumpulan pemuzik jemputan, telah dibincang secara panjang lebar.

Ambil pengajaran

Ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya memutuskan tidak akan lagi mengadakan sebarang perhimpunan di tempat tertutup, seperti stadium.

Katanya, tempat seumpama itu tidak sesuai untuk mengadakan protes seperti yang terbukti Ahad lalu di mana kehadiran orang ramai kurang daripada sasaran.

Selepas itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan ada lagi protes diadakan di dalam stadium.

Mengenai insiden membabit kumpulan pemuzik pula, Arutchelvan berkata, pihaknya kesal dan mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.

Bagaimanapun, beliau menganggap ianya satu insiden kecil yang tidak mengganggu keseluruhan program tersebut.

08 Julai 2008

Protes Protes II





Dewan Pemuda PAS Selangor dah sokong pula Ella dan Mas Idayu sebab diorang terkedu tengok aksi Alak itu hari. Tapi ini sumber Utusan Malaysia. Tak boleh percaya jugak... Kalau betul pun, baik tengok punggung Mas Idayu dari punggung Alak yang pakai tali pinggang pun masih tak boleh sangkut lagi seluarnya (punggung leper lah tu... hahahaha).

Aku gelak besar sesudah membaca kenyataan encik Presiden Karyawan, Freddie Fernandez mengenai insiden di Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat di Utusan Malaysia 8 Julai 2008 - "sepatutnya pihak penganjur menjemput penyanyi arus perdana membuat persembahan yang diketahui dapat membuat pertimbangan yang baik dan berupaya menilai khalayaknya." - hey aku tak faham lah kenapa kena ada kumpulan 'arus perdana' dan 'bawah tanah' ni?

Kenapa aku gelak? Sebab pertama, penyanyi arus perdana seperti Amy Search, Mawi, Siti Norhaliza, pernahkah kita mendengar lagu-lagu mereka mengenai politik negara? Kalau ada pun lagu mereka MENJILAT pemimpin negara. Bukan mengenai politik dan pemikiran mereka (artis arus perdana) untuk menyanyikan lagu yang berkaitan dengan isu politik tidak sampai sebab mereka tidak ada sensitiviti itu. Tetapi, realiti artis 'arus perdana' ni di belakang pentas tetap komplen mengenai isu politik dan sebagai manusia normal, mereka juga komplen pasal harga minyak. Tetapi mereka tiada daya untuk menyanyikan lagu mengenai isu ini kerana mereka perlu cari makan dan sebagai manusia artis yang hidup di muka bumi Malaysia ni, yang diperintah oleh UMNO dan konco-konconya, mereka terpaksa akur dan ikut kehendak pemerintah. Senang cakap, lagu-lagu mereka jauh sekali beza dengan kumpulan Dung Dung Tak, Kuchalana, Nik, Meor, Black, dan Carburetor Dung. Lagu-lagu cintan-cintun tak akan menaikkan semangat perjuangan harmoni (eh, macam tajuk lagu XPDC pulak, hehehehe).

Satu lagi perbezaan yang jelas dan konkrit antara penyanyi 'arus perdana' dan 'bawah tanah' ni ialah soal bayaran. Aku berani cakap lah ramai artis 'arus perdana' ni minta bayaran untuk setiap persembahan, tak kiralah sama ada persembahan amal atau persembahan untuk protes! Ada juga golongan artis yang dah sediakan 'harga' untuk UMNO dan PAS (kalau PAS tu, murah sikit lah). Akan tetapi budak-budak 'bawah tanah' ni satu sen pun diorang tak minta asalkan mereka menyampaikan lagu dan memberi semangat kepada rakyat untuk terus menuntut keadilan! Budak-budak ni cuma minta air mineral je.

Untuk menjawab kenapa mesti ketengahkan budak-budak 'bawak tanah' ni ke khalayak protes, walaupun Pemuda PAS sangat menentang cadangan ini? Aku akan jawab - kerana lagu mereka yang sangat kena dan tepat dengan tujuan protes itu sendiri. Selain itu, untuk menarik anak muda turut serta. Kalau ada penyanyi 'arus perdana' yang nak berjihad (tanpa bayaran la tu...), dialu-alukan. Dan di sini, penyanyi 'arus perdana' yang nak berjihad tidak boleh nak salahkan penganjur 'protes' kenapa tidak memanggil mereka dan nampaknya artis-artis kita ni tak membaca melainkan URTV, Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Insiden yang berlaku dalam konsert hari tu, samalah dengan Faizal Tahir buka baju. Hahahaha... Tak payahlah nak diperbesarkan. Aku pasti, Hishamuddin Rais akan kenakan tindakan disiplin dan tatatertib kepada Alak dengan membuat kerja amal - join servis Food Not Bomb untuk tempoh setahun. Hahahahaha

Dewan Pemuda PAS Selangor dah sokong pula Ella dan Mas Idayu sebab diorang terkedu tengok aksi Alak itu hari. Tapi ini sumber Utusan Malaysia. Tak boleh percaya jugak... Kalau betul pun, baik tengok punggung Mas Idayu dari punggung Alak yang pakai tali pinggang pun masih tak boleh sangkut lagi seluarnya (punggung leper lah tu... hahahaha).

Artis, artis... Kesian korang asyik jadi bahan politik je.

“Pertembungan antara dua budaya” - Black

Oleh Amin Iskandar

Saya membawa Hishamuddin Rais keluar dengan kereta saya. Dalam perjalanan membawa Hisham keluar dengan dengan kereta, seorang provokator menghentam cermin belakang kereta saya sehingga retak.



Heboh satu negara diatas insiden yang berlaku semasa perhimpunan Protes Sejuta RAKYAT Turun. Ramai yang menelefon, mengemail dan sms saya tentang insiden tersebut. Ada yang bersimpati, ada yang marah dan ada yang memberikan pandangan mereka.

Kepada semua, saya mengucapkan terima kasih. Dalam posting kali ini, saya akan menjelaskan tentang insiden yang berlaku pada Protes Sejuta RAKYAT Turun dari pandangan dan kacamata saya selaku salah seorang penganjur.

Sebelum membicarakan tentang insiden tersebut, saya ingin menceritakan juga tentang apa yang berlaku sebelum perhimpunan tersebut berlangsung.

Umum telah mengetahui, jawatankuasa PROTES pada awalnya berniat untuk menganjurkan protes harga minyak pada 12 Julai 2008 di KLCC. Tetapi diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tarikh dan tempat terpaksa ditukar dan akhirnya perhimpunan tersebut diadakan di Stadium MBPJ Kelana Jaya pada 6 Julai 2008.

Pertukaran tempat dan masa telah menyebabkan banyak kesukaran berlaku. Tidak dinafikan juga ramai yang marah kepada kami selaku penganjur program. Akan tetapi, diatas sebab “kepentingan negara” dan ingin memuaskan hati semua pihak, kami tetap tegas untuk berpindah ke Stadium Kelana Jaya.

Perlu diingatkan bahawa Gabungan Protes terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Saya bersama-sama dengan Gabungan Protes diatas kapasiti saya sebagai wakil NGO dan penulis bebas.

Oleh kerana tujuan Gabungan Protes ialah menentang kenaikkan harga minyak, saya dan beberapa orang teman-teman bersama dengan Gabungan Protes.

Berbalik kepada insiden yang berlaku semasa perhimpunan Protes Sejuta Rakyat turun berjalan.

Dalam isu ini saya mengambil sikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Pada pandangan saya masalah timbul oleh kerana “pertembungan diantara dua budaya”.

Ketika kejadian berlaku, saya berada diluar stadium. Saya meninggalkan stadium sebelum kumpulan Carburetor Dung memulakan lagu terakhir mereka yang bertajuk “Mari nyanyi menjilat”.

Saya keluar meninggalkan stadium kerana terlalu haus dan ingin ke gerai jualan untuk membeli minuman. Sedang saya berjalan-jalan melihat gerai jualan diluar, saya terdengar bunyi kecoh dan riuh. Tanpa berlengah, saya terus berlari masuk kedalam stadium dan menyaksikan keadaan sudah kecoh dan riuh.

Saya terlihat Alak, penyanyi Carburetor Dung dan seorang lagi anak muda dikerumuni oleh sebahagian hadirin yang berbaju merah dan biru dipukul dan diludah dan dibawa keluar stadium.

Saya yang tidak faham apa yang berlaku terus berlari kearah Alak dan temannya yang dikerumuni oleh berpuluh orang pemuda yang berbaju merah dan biru.

Alak dan temannya dibawa masuk kedalam stadium. Joe Kidd, Bullet dan pemain bass Carburetor Dung telah pun dikawal oleh Skuad AMK. Alak dan seorang lagi teman diletakkan bersama dengan teman-teman Carburetor Dung yang dikawal oleh Skuad AMK.

Selepas diberi jaminan oleh Shamsul Iskandar bahawa Skuad AMK akan memastikan keselamatan kumpulan Carburetor Dung, saya berlari kearah pentas ketika Hishamuddin Rais memberikan pidato untuk mengambil tanggungjawab diatas kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada hadirin diatas apa yang berlaku.

Saya membawa Hishamuddin Rais keluar dengan kereta saya. Dalam perjalanan membawa Hisham keluar dengan dengan kereta, seorang provokator menghentam cermin belakang kereta saya sehingga retak. Begitulah serba sedikit kejadian tersebut yang saya saksikan.

Lihat video dari Malaysiakini:





Selepas menonton video dari Malaysiakini, saya lebih jelas mengenai apa yang berlaku. Pertembungan budaya yang saya maksudkan diatas ialah pertembungan diantara anak muda muzik underground dan penyokong Pakatan yang majoritinya daripada PAS.

Daripada video diatas jelaslah bahawa Alak, penyanyi kumpulan Carburetor Dung tidak memahami “crowd” atau hadirin di Stadium Kelana Jaya.

Selain daripada itu, Carburetor Dung juga gagal menarik penyokong-penyokongnya untuk bersama-sama menyertai Protes Sejuta Rakyat Turun. Ini telah menyebabkan majoriti hadirin yang dari latarbelakang yang berbeza tidak faham dan tidak mengerti gaya bentuk persembahan mereka.

Pada saya, jika Alak bijak dan memahami latarbelakang hadirin, insiden kekecohan tersebut tidak akan timbul. Isu pakaian dan rambut panjang tidak timbul dalam perkara ini. Masalah sebenar ialah sikap Alak sendiri yang tidak pandai menilai penonton.

Cuba kita lihat satu contoh. Rahmat Haron seorang penyajak turut serta membacakan puisinya dan menyanyikan lagu. Walaupun Rahmat berambut panjang ala “Bob Marley” dan “bertatu”, dia diterima oleh penonton ketika membuat persembahan. Malahan penonton turut bersama-sama menyanyikan lagu Rahmat ketika beliau membuat persembahan.

Anggota Carburetor Dung yang lain seperti Fendi, Joe Kidd, Bullet pemain bass kumpulan tersebut tidak dilihat menimbulkan masalah. Mereka dilihat lebih matang dan memahami “crowd”.

Tidak hairanlah jika ada pihak menganggap Alak ialah “agen provokator” yang diupah oleh Umno dan Barisan Nasional.

Disatu sisi yang lain, saya menentang dan tidak bersetuju dengan cara penyokong Protes yang tidak berpuas hati menangani insiden ini. Tindakan memukul, maki hamun dan meludah Alak dan temannya bukanlah satu tindakan yang waras.

Tindakan ini tidak ada bezanya dengan tindakan jahat polis dan SB yang mengendalikan perhimpunan aman. Jika kita menentang keganasan polis, kita juga harus menentang tindakan segelintir hadirin yang memukul dan meludah Alak dan kumpulan Carburetor Dung. Jika begini tindakan yang diambil apabila berhadapan dengan perbezaan, Malaysia belum layak untuk berubah.

Hegemoni Umno/BN dan polis masih lagi kuat dikalangan masyarakat kita.

Saya sendiri melihat salah seorang yang paling bersemangat memukul Alak dan kumpulan Carburetor Dung ialah seorang pemuda berkepala botak, berbaju putih dan memakai seluar pendek. Sepanjang pengalaman saya melibatkan diri dengan gerakan Reformasi semenjak 1998, belum pernah lagi saya melihat penyokong Reformasi dan Pakatan memakai seluar pendek semasa menghadiri perhimpunan.

Saya percaya lelaki tersebut ialah agen “provokator” yang diupah oleh Umno dan Barisan Nasional bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Protes. Yang menyedihkan lagi apabila sebahagian penyokong-penyokong Protes terpengaruh dengan provokasi dari lelaki tersebut.

Dalam isu ini, kedua-dua pihak bersalah! Alak yang tidak memahami “crowd” dan segelintir penyokong Protes yang tidak waras!

Wadah protes wajar di jalan raya - Presiden PAS

Azamin Amin & Wan Nordin (Harakahdaily)

"Kalau suara hanya tertutup dalam stadium , hanya itu sajalah.....sekadar melepaskan geram bukan dari erti kata yang sebenar," katanya ketika ditemui Harakah dalam temubual eksklusif berkaitan isu-siu semasa di pejabat pembangkang di Parlimen pagi tadi.

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Protes atau bantahan terhadap sesuatu isu mesti dilakukan dengan kaedah yang betul demi menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan.

Presiden PAS Dato' Seri Guru Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pendekatan menggunakan stadium bagi melahirkan protes itu tidak memberi kesan yang sepatutnya dan tidak sampai mesej.

Malah protes yang dibuat seperti 'karnival' dan mengadakan hiburan sampai ke pagi tidak mencapai matlamat yang jelas kepada rakyat dan tidak sewajarnya dibuat.

"Perlu ke pada jalan raya dan perlu menyampaikan nota bantahan kepada pemimpin, itu yang sepatutnya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas 'Himpunan Protes Sejuta Rakyat' yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya Ahad lalu yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

"Walaupun lima minit atau 10 minit, kalau protes dilakukan lima minit pun berkesan, apa yang penting ialah kita dapat menyamapaikan mesj itu kepada kerajaan dan rakyat

"Kalau suara hanya tertutup dalam stadium , hanya itu sajalah.....sekadar melepaskan geram bukan dari erti kata yang sebenar," katanya ketika ditemui Harakah dalam temubual eksklusif berkaitan isu-siu semasa di pejabat pembangkang di Parlimen pagi tadi.

"Kita perlu menghantar wakil bertemu....bukanlah tak boleh....bertemu menteri yang bertanggungjawab itu protes yang betul...kerajaan mesti terbuka dalam masalah ini," katanya.

Beliau turut merujuk kepada situasi yang berlaku di London semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini di mana kerajaan tersebut membenarkan demonstrasi.

Polis pula mengawal daripada berlaku apa-apa yang tidak diingini, ujar Presiden PAS.

"Di Amerika, begitu juga, polis tidak melakukan sebarang provokasi, polis membiarkan peserta demonstrasi menyampaikan apa yang mahu dinyatakan dan kerajaan mereka mendengar," tegasnya lagi.

07 Julai 2008

Alak: "Bukan penyokong pembangkang mulakan provokasi"

Oleh Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Vokalis kumpulan Carburetor Dung, yang mengadakan persembahan kontroversi di perhimpunan membantah harga minyak semalam, percaya kekecohan terjadi akibat provokasi pihak yang tidak dikenali.


"Saya tidak rasa mereka ini kumpulan penyokong (pembangkang) yang hadir," kata Alak kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum kejadian baling objek dan menyerbu pentas sehingga mencederakan beliau, tiga orang yang beliau syak punca yang mencetuskan provokasi tersebut.

Alak, waktu itu sedang menyanyikan 'Mari nyanyi menjilat', diserbu oleh tiga orang yang tidak senang dengan lagu tersebut apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton.

Akibat provokasi tersebut, penonton menyerbu kepada Alak dan kumpulannya dan juga membaling batu bata dan botol air minuman.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya.

Kira-kira 2,000 penonton berada di depan pentas dan tempat duduk menyaksikan konsert ringkas selama 15 minit.

Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

06 Julai 2008

Perhimpunan Sejuta Turun: Hishamudin Rais pohon maaf

Oleh: Abdul Rahim Sabri & Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Sebelum itu, kdn meriah ketika grup itu menyampaikan tiga buah lagu - satu dlm Inggeris, & dua lagi Melayu - Tak boleh & Hantu raya di Putrajaya - yg berunsur satira politik. Seramai kira2 2k penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka. Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kpd para penonton & berkata beliau bertanggungjawab di atas yg berlaku.

Penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Caburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka.

Peristiwa berlaku ketika penyanyi tersebut menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalamnya.

Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya.

Malah, ada penonton yang kelihatan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.

Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka.

Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.

Seramai kira-kira 2,000 penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka.

Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku.

Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.

Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.

700 anggota Unit Amal PAS tarik diri

Oleh: Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Bagaimanapun, kumpulan tersebut hanya sempat menyampaikan tiga lagu sahaja apabila mereka diminta menghentikan persembahan mereka. Lagu-lagu tersebut yang berirama Punk, bertajuk Hapuskan penindasan, Demokrasi tanpa ISA dan Nyanyi budaya pembebasan.

Kesemua 700 anggota Unit Amal PAS yang ditugaskan mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya telah menarik diri kerana tidak puashati dengan persembahan sebuah kumpulan muzik petang tadi.

Kumpulan seramai empat anggota itu dikenali sebagai kumpulan muzik 'Lawan Tetap Lawan' yang dijemput membuat persembahan di majlis tersebut.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut hanya sempat menyampaikan tiga lagu sahaja apabila mereka diminta menghentikan persembahan mereka.

Lagu-lagu tersebut yang berirama Punk, bertajuk Hapuskan penindasan, Demokrasi tanpa ISA dan Nyanyi budaya pembebasan.

Mereka sepatutnya menyampaikan tujuh lagi di majlis tersebut. Mereka memulakan persembahan pada jam 2.30 petang tadi.

Menurut seorang anggota kumpulan tersebut, Ahmad Nizamuddin Abdullah, juruacara majlis tersebut menegur persembahan mereka selepas lagu pertama.

Bagaimanapun, mereka meneruskan juga dan lepas lagu ketiga, Hishammudin Rais meminta mereka menghenti persembahan.

Beliau berkata, pihaknya diberitahu yang lagu-lagu yang mereka persembahkan, tidak sesuai dengan majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Amal PAS Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Mohd Yatim mengesahkan yang pihaknya menarik dari daripada majlis tersebut.

Mereka adalah antara 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini.

Yang lainnya terdiri daripada anggota Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Himpunan Sejuta Rakyat Sedang Berlangsung

Foto & Berita Oleh MSO

HIMPUNAN Sejuta Rakyat untuk memprotes kenaikan harga minyak kini sedang berlangsung di stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya. Jam 11:00 pagi tadi kira-kira lebih 5,000 terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat dari berbagai kaum Melayu, India dan Cina berhimpun sambil mendengar ucapan memprotes kenaikan harga minyak dari para pemimpin politik pembangkang dan NGO.

Himpunan yang mulanya dijadualkan akan diadakan di sebuah padang di Petaling Jaya terpaksa dipindahkan ke stadium berkenaan atas nasihat pihak polis. Himpunan yang dikawal rapi oleh Unit Amal PAs dan Skuad AMP berjalan lancar.

Tidak kelihatan trak polis dan juga kumpulan berek merak (FRU) yang berkawal di sekitar stadium berkenaan.

Himpunan bermula jam 9:00 pagi dan akan berakhir malam ini. Kemuncak himpunan itu akan dihadiri oleh Penasihat PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, keduanya akan turut menyampaikan pidato protes.

Pagi tadi, orang ramai mengikuti ucapan penuh bersemangat sambil memprotes kenaikan harga minyak oleh Pengelola Protes, Dr Mohd Hatta Ramli yang juga Bendahari Agung Pas.

Turut sama berucap ialah Pengerusi DAP Selangor, Ronnie Liu.

Lain-lain pemimpin Pas yang hadir pagi tadi ialah ahli Parlimen Parti Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Adun Hulu Klang Shaari Sungip dan lain-lain. Samada sasaran untuk menghimpunkan 1 juta akan tercapai atau tidak akan diketahui pada malam tadi apabila kemuncak himpunan itu berlangsung!

04 Julai 2008

Protes Sejuta Turun berpindah ke Stadium Kelana Jaya

Oleh Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Penyelaras Protes Dr. Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tempat itu tetapi belum mahu menjelaskan butiran lanjut perkara itu.


Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Difahamkan mesyuarat tersebut diadakan di rumah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.

Stadium Kelana Jaya boleh memuatkan 50,000 tempat duduk. Manakala padangnya pula boleh memuatkan jumlah hadirin yang sama.

Penyelaras Protes Dr. Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tempat itu tetapi belum mahu menjelaskan butiran lanjut perkara itu.

Semalam, Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Katanya, beliau telah menasihatkan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan.

Menurutnya lagi, jika masih ingin meneruskannya, ia boleh dipindahkan ke lokasi lebih sesuai seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Malawati, juga di Shah Alam.