Memaparkan catatan dengan label loloq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label loloq. Papar semua catatan

31 Januari 2008

pergi gemerlap (sajak buat kepergian Loloq)

oleh: Jelir

Seni di Januari kali ini
bintang-bintang tak galak
untuk terus menyinar

malam-malam sunyi
benar semakin hening dihambat
sayap-sayap gelap penjaga pintu alam lain
yang datang membawa pesan
maha agung

- maka memanggil pulang -

anak-anak manusia yang dipinjamkan
kepada dunia

dia juga
genius perang kata yang dipinjamkan
bagi kaum yang mala tandus
idea-idea besar seni lagu

tadi
kembali
menyahut panggilan terakhir

dan kamu
jangan hadap untuk berperanan jadi penentu
baik-buruk-syurga-neraka
kerana kamu hanya manusia papa
yang belum tentu nasib di dunia

bintang yang satu ini luput cahaya
dan belum tentu akan ada lain orang yang mampu berpanah ke bintang lain
yang jauhnya sama seperti itu

bintang-bintang
akan gugur lagi
di bulan-bulan indah yang lain

apa yang tinggal untuk kita? -- cipta yang baru dengan semangat cahaya
yang silau mencapah sudut-sudut tertinggal sebelumnya

- 31 januari 2008, bangsar
elle j. hafiz

30 Januari 2008

Rosli Khamis meninggal

Berita [http://mybikerz.com] Penulis lirik popular, Rosli Khamis, 50 tahun atau lebih dikenali dengan nama Loloq telah meninggal dunia pada tengahari tadi. Arwah pulang ke rahmatullah selepas dilaporkan koma akibat pendarahan dalam otak.

Semalam, Allahyarham Loloq ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur. Pada mulanya, keadaan Loloq menunjukkan tanda positif apabila beliau ketika itu sudah mampu bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Namun, sewaktu beberapa temannya termasuk Amy Search melawatnya kelmarin, jururawat bertanggungjawab menjaganya memberitahu keadaannya agak kritikal.

Malaysia telah kehilangan seorang penulis lirik berbakat dan pelakon yang begitu prolifik dalam menghasilkan karya dan sentiasa menampilkan lakonan yang unik. Selain menulis lirik untuk penyanyi popular dan menulis skrip Loloq juga pernah berlakon dalam filem seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang. Dia juga juri rancangan Bintang Kecil yang diterbitkan dan disiarkan di TV9.

Salam takziah buat keluarga dan sanak saudara allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.