15 April 2009

Dari Bangsar Utama: Melayu disuruh bangkit lagi….






Selepas PRU 12 lalu, diantara slogan-slogan yang sering kedengaran ialah “Bangkitlah Melayu”. Slogan-slogan ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengapi-apikan sentimen perkauman mengenai kononnya kuasa politik Melayu kini telah hilang.

Walaupun “hasutan-hasutan” sebegini sudah tidak mendapat tempat dihati majoriti orang-orang Melayu terutamanya bagi golongan cerdik pandai serta golongan tua yang sudah tidak boleh ditipu lagi, terdapat golongan-golongan yang tidak henti-henti untuk mencuba bagi memastikan agenda perkauman sempit mereka dapat dijayakan.

Tujuan golongan ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menggembalikan kekuatan Umno dan Barisan Nasional. Logik mereka mudah, jika orang-orang Melayu bergaduh dengan kaum-kaum lain, sokongan terhadap Umno akan meningkat kerana kononnya parti tersebut memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Ini juga akan memberikan keuntungan politik kepada parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain kerana dianggap memperjuangkan nasib kaum-kaum bukan Melayu.

Ibrahim Ali yang sebelum ini memberi amaran akan mengamuk jika sesiapa cuba kelirukan konsep 1 Malaysia dan beberapa orang kawan-kawan yang satu kepala dengannya mengulangi slogan “Bangkitlah Melayu” ini.

Kata Presiden Perkasa itu,

‘‘Parti Melayu akan kuat bila Melayu dijaga. Jadi Umno kena fokus orang Melayu. Jadi Umno tak perlu takut kerana saya lihat bila Umno itu kuat orang bukan Melayu automatik akan sokong juga Barisan Nasional (BN) macam dulu’’


Baca komen kengkawan Ibrahim Ali disini mengenai isu yang sama.

Kepada orang-orang Melayu, bersediakah kita untuk terus diperbodohkan lagi?


12 April 2009

Riang-riang: Surau Kaca dan Tamadun

pokok mati yang jadi hiasan lanskap TTI lebih menjadi tarikan

Surau Kaca

Jumaat lalu, bila ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu, aku memang berhajat sangat nak tengok depan mata 'Surau Kaca' ni <klik> <klik> & <klik>. Aku jugak teringin nak masuk Taman Monumen yang ada replika masjid-masjid termasuk Masjidil Haram dan Masjid Kubah Batu, tapi kerja yang banyak dan keadaan fizikal yang tak mandi dan hanya dapat curi-curi tidur beberapa minit, tak mengizinkan aku untuk melihat petanda dunia akhir zaman ni - masjid sekadar perhiasan - kakakakakakaka. Tapi Selasa ni aku ke sini lagi.

Melihat lanskap dan bangunan Pusat Konvensyen (sekarang di mana-mana ada Pusat Konvensyen di Malaysia ni - pelik), aku tak nampak di mana yang boleh dikatakan sebagai Taman Tamadun Islam. Aku nampak, ini Taman Tamadun Arab! Senibina Timur Tengah dan pokok hiasannya pokok kurma! Hahahahahahahaha, Islam je, kurma. Islam je, mesti ada ukiran-ukiran dari Morocco dan Parsi. Hahahahahahahaha

Tidakkah dia orang ni kaji apa yang dikatakan tamadun tu? Tentu jawapannya tidak. Apa tamadun yang Muhammad nabi junjungan dia orang tu tinggalkan? Apakah bangunan-bangunan yang gah boleh dikatakan sebagai tamadun? Kenapa Yathrib ditukar nama kepada Madinah dan maksudnya moden atau bertamadun?

Pemimpin masyarakat kita bukan jenis yang menghargai ilmu. Sebab tu, masyarakatnya juga yang tak tahu apa yang pemimpinnya buat, lalu disorakkan. Entah apa disoraknya, tak tahu. Kemudian, masyarakat kita disogokkan dengan bayangan kemewahan seperti yang tergambar dalam drama-drama dan filem-filem Yusof Haslam dan gaya hidup 'cool' MTV. Kita tak sedar diri dan tak meneliti diri sendiri. Kita lebih suka jika merasakan bahawa kita ni tinggal di Eropah. Kita tak boleh menerima hakikat bahawa iklim negara kita ialah khatulistiwa!

Akibat dari tak menerima hakikat geografi ini, kita jadi buta dan menganggap apa saja yang berkaitan dengan dunia Arab ialah Islam sejati.

Kakakakakakakakakakakakakaka

11 April 2009

Dari Bangsar Utama: Mohon sumbangan dana untuk pembikinan album D.R.U.R





Meor Yusof Aziddin yang lebih mesra dengan panggilan Meor sedang dalam persiapan untuk merakam album terbarunya yang bertajuk Dari Rakyat Untuk Rakyat (D.R.U.R).


Album D.R.U.R adalah sebuah album yang menceritakan mengenai perjuangan rakyat Malaysia dalam melawan kezaliman dan menegakkan demokrasi.

Meor menciptakan kesemua lagu-lagu yang bakal dirakamkan ini dan mendapatkan lirik dari seniman dan karyawan hebat seperti Zunar, Pyan Habib, Hishamuddin Rais, Abdullah Jones, Rahmat Haron dan ramai lagi.



Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan ialah Bapaku Seorang YB, Rakyat Bersatu, Awas API Perempuan Ini, Membenarkan Kebodohan, Syuhada Memali dan banyak lagi.

Penghalang utama kepada Meor untuk memulakan rakaman bagi album D.R.U.R ini ialah dana yang masih belum mencukupi. Sebanyak RM 35,000 diperlukan untuk kos rakaman dan pencetakkan album ini.

Kepada sesiapa yang bermurah hati untuk membantu Meor bagi menerbitkan album perjuangan rakyat ini bolehlah klik disini.






10 April 2009

Lima Kupang: Kitar Semula Bermula dari Kabinet

kolum lima kupang
Oleh: Matkeri

Tidak dinafikan lagi bahawa laki Rosmah bakal berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pejuang Pemanasan Global, Al Gore. Ini kerana laki nombor dua Rosmah ini telah membuktikan pada seluruh rakyat Tanah Melayu bahawa dia amat prihatin dengan alam sekitar dengan memperkenalkan Teknologi Hijau melalui kementerian yang diubah nama iaitu kementerian Tenaga, Tekonlogi Hijau, dan Air (Energy, Green Technology, and Water).

Tetapi Najib tidak terhenti di situ saja. Dia tidak lagi sekadar beretorik tentang alam sekitar dengan hanya memperkenalkan nama kementerian baru yang menggambarkan semangat hijaunya. Sebagai seorang pemimpin gurkha glokal, dia terus membuktikan pada rakyat bahawa hanya dengan memperkenalkan teknologi hijau sahaja tidak menjadikannya sebagai pejuang alam sekitar. Nope. Najib terus melangkah setapak lagi dengan terus menggunakan teknologi kitar semula semasa mengumumkan barisan kabinetnya. Najib mengitar semula wakil2 rakyat dan wakil2 ameno yang telah terbukti dibuang oleh rakyat dan perwakilan ameno pada pilihan yang lalu untuk digunakan sebagai menteri dan timbalan menteri! Al Gore, inilah kawan kamu yang sejati!

"Kitar Semula Bermula dari Kabinet" - mungkin inilah motto dan slogan baru Najib bila berbicara tentang pemanasan global nanti. Apabila Najib menyertai mana2 mesyuarat atau persidangan negara2 membangun menentang pemanasan global, aku pasti Najib akan mencontohkan tindakannya sekarang kepada para deligasi negara2 lain. Betapa dia telahpun menggunakan teknik recycle ini seawal dia mengambil alih pemerintahan. "Walk the talk" kata penjajah.


Mungkin ini juga salah satu strategi Najib mengumpan pengundi muda yang rata2nya sangat peka dengan isu2 alam sekitar sekarang ini. Kerana selain daripada anti-estabilshment, anti-gomen, dan anti-ameno, orang2 muda juga dikatakan sangat anti kepada pencemaran alam sekitar. Najib bijak!

Dan aku tak menyangkal bahawa idea ini mungkin di bawa oleh bininya, RM (Rosmah Mansor). Ini kerana pattern rambut RM sebelum dan selepas menjadi "first lady" dah kelihatan sangat berbeza. Mereka yang pernah bekerja sebagai pembaca berita RTM semestinya mengetahui bilangan tin penyembur rambut yang digunakan oleh RM untuk mengembangkan rambutnya sewaktu dia belum bergelar isteri PM. Dan selepas bergelar isteri PM, rambut RM tidak sekembang dulu, sekaligus menggambarkan bahawa RM sangat peka dengan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan CFC dalam tin penyembur rambut. Sebab tu agaknya rambut RM tidak sekembang dulu.

Shahrizat yang ditongsampahkan oleh rakyat dan pengundi ditempatnya telah dikutip dan direcycle oleh Najib kali ini. Koh Tsu Koon yang bukan sahaja tewas di tempat sendiri, tetapi jugak kehilangan negeri dan partinya hampir lingkup, juga dikitar semula bagi menyelamatkan bumi daripada kesan rumah hijau. Dan yang paling mengaibkan ialah bilamana Mukhriz yang mendapat tempat tercorot dalam pertandingan merebut jawatan ketua pemuda diguna semula. Semua ini untuk mengurangkan pemanasan global. Sisa2 buangan rakyat seperti ini amat susah lupus dan tidak mereput dengan cepat. Jika dibiarkan, kemungkinan besar akan menipiskan lapisan ozon ameno!

Najib tidak mahu lapisan ozon ameno dinipiskan lagi. Sebab itu dia terpaksa mengitar semula mahadet. Mahadet perlu dikitar semula, dan tidak boleh dibuang dan ditanam seperti mana cubaan paklah dulu. Mahadet amat susah mereput, dan bahan toksid yang dikeluarkan olehnya telah merosakkan tanah ameno, dan gas yang dilepaskannya telah terbukti mencemarkan udara. Recycle. Kitar semula! Jika tidak, bumi akan cair dan ameno akan dilanda tsunami yang tidak mungkin akan dapat diselamatkan lagi.

Dengan terbentuknya kabinet baru Najib, maka selayaknyalah beliau kini digelar : Captain Planet!


Khabonye: Senjata PAS yang tidak ada pada UMNO

Oleh Ahli PAS Seumur Hidup

Penat memang penat.

Tiap tiap petang berulang alik ker Bukit Gantang, balik pulak paling awal pon 3 @ 4 pagi. Kadang kadang cari surau untuk lelapkan mata.

Pilihan raya Bukit Gantang pada mulanya menimbulkan pelagai seribu satu persoalan. Siapa calon PAS hah... pelbagai nama ngetop disebut sebut ade yang kata kalau calon nie diletakan 50-50 menang kalau letak calon nie kalah teruk tapi itulah lah kelebihan PAS ada tapi tiada dalam UMNO.

PAS memiliki majlis syura dimana pemimpin pemimpin peringkat tertinggi membuat perbincangan dan bertukar tukar pendapat sesama ahli dan senjata ini yang tiada pada UMNO ialah Solat Istiqarah di mana meminta petujuk daripada Allah siapa sebenarnya yang layak untuk diletakan calon PAS di Bukit Gantang nanti.

MB Perak yang haram selalu membaca ayat "Wama karu wama karullah" yang mana membawa maksud "kita merancang Allah juga merancang tetapi tiada yang sempurna daripada perancangan Allah". Bukan aku nak katakan si Zamry tue bagus tapi UMNO memang membuat perancangan tapi hanya meminta pertolongan daripada sesama manusia tapi tidak pada Allah.

Ini kerana mereka hanya tahu membaca tafsiran Al Quran Nur Karim tetapi mereka tidak mahu @ ingin memahami sesuatu tafsiran yang terkandung didalam Al Quran. Ini adalah satu kelebihan dan tanggungjawap yang dipikul oleh PAS sepanjang perjuagan mereka dalam merealisasikan Malaysia satu negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Islam perundangan secara Islam ( hukum Hudud dan Qisas)kewangan secara Islam dan segala gala nya berpandukan Al Quran dan sunnah.

Maka dengan sendiri nya pada masa itu kita tidak ada lagi konsep Riba,tiada lagi bebanan hutang yang tinggi, tiada lagi rumah rumah pelacuran, tiada lagi umat Islam meminum arak, menikam nombor ekor, berjudi, tiada lagi kecurian tiada lagi pembunuhan tiada lagi rasuah tiada unsur kroni dan yang penting rakyat boleh menjalani kehidupan dengan aman, harmoni saling hormat menghormati Insyallah.

Dengan cara pendekatan Islam yang PAS lakukan maka DAP satu ketika dahulu amat amat membenci dan menganggap PAS satu parti yang Extrem telah berjaya hubungan dieratkan. Kebanyakan mereka daripada DAP sendiri tanpa segan silu membaca tafsiran Al Quran ada yang boleh membaca Al Quran bersama sama dengan tejmahanya sekali maka perkara yang amat amat UMNO takuti selama ini benar benar terjadi.

Pendekatan dan dakwah yang PAS buat adalah Restu daripada Allah. Maka segala galanya menjadi sehinggakan ada pemimpin UMNO cuba menggunakan pemehaman yang sempit dan kuasa viktor yang ada cuba menyekat orang bukan Islam daripada terus mendampingi Al Quran dan Ulamak.

Cuba buktikan wahai pemimpin UMNO bahawa AlQuran ini diturunkan hanya untuk orang Islam sahaja. Al Quran adalah ikutan umat sepanjang zaman. Bagaimana UMNO nak menarik atau berdakwah kepada orang kafir sedangkan UMNO menjauhkan Al Quran daripada mereka. Bagaimana UMNO menyatakan keindahan Islam sedangkan UMNO sendiri menolak dan memburukan Hukum Hudud ciptaan Allah yang terkandung didalam Al Quran.

Itulah pemimpin UMNO ingin berbicara mengenai Islam tetapi kilang arak mereka memiliki syer, ingin berbicara mengenai Islam, lesen lesen judi mereka mendapat komisyen, ingin berbicara hukum zina mereka sendiri memiliki lebih daripada satu perempuan simpanan, ingin berdakwah mengenai Islam tapi anak bini pon tidak mahu menutup aurat. Di mana letaknya Islam pada UMNO jawapan nya mudah di atas kad pengenalan dan surat beranak sahaja.

Aku meresa merendah diri sepanjang tempoh pilihanraya Bukit Gantang kerana jemaah PAS daripada luar Perak yang beria ria meraih undi. Jemaah jemaah ini tak henti henti membaca zikir munajat selepas subuh, tak henti henti melakukan solat hajat maka ini lah satu satunya senjata yang tidak boleh dirasuah tidak boleh di beli dengan wang ringgit dan senjata inilah yang tiada dalam UMNO.

Maka aku dengan rase rendah diri memohon kepada Allah agar jemmah PAS tidak mudah lupa diri dan teruskan berusaha agar Malaysia dapat menjalankan hukum Islam yang sebenar benarnya....

Insyallah

Amin


09 April 2009

Keputusan 2-1, bukan petanda baik buat Najib





Keputusan pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai telah menyaksikan Pakatan Rakyat menang 2-1 menewaskan BN. Pakatan menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau manakala BN menang di Batang Ai.

Ini bukanlah petanda baik buat Najib Razak yang baru diangkat sebagai perdana menteri Malaysia yang keenam.

Sekurang-kurangnya, Abdullah Badawi selepas dilantik menjadi perdana menteri berjaya memenangkan BN pada pilihanraya 2004 dengan majoriti yang besar. Majoriti terbesar yang pernah diperolehi oleh BN dalam sejarah.

Najib yang baru sahaja menjadi PM disambut dengan kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Yang lebih menyedihkan lagi, BN yang dipimpinnya tewas di dua Bukit tersebut walaupun proses pilihanraya tidak dijalankan secara bebas dan adil dan secara terang-terangan memihak kepada BN.

Media arus perdana yang terang-terangan menjadi “mesin propaganda” bagi BN gagal mengolah persetujuan rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk memilih BN. Bos-bos TV3 sudah tentu akan “terduduk” menyaksikan keputusan pilihanraya kecil tersebut. Ternyata propaganda murahan dan laporan berat sebelah TV3 sudah tidak “dibeli” oleh rakyat.

Jika sebelum ini Umno/Barisan Nasional menyalahkan Abdullah Badawi terhadap kekalahan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, apa kata mereka sekarang?

Yang lebih menyedihkan, walaupun membawa Dr. Mahathir berkempen bagi membantu BN, BN tetap kalah.

Ada seorang teman beritahu, Najib menghantar Dr. Mahathir untuk membantu kempen BN oleh kerana mahu lepas tangan. Jika BN kalah, kesalahan tidak akan dilemparkan kepada dirinya tetapi kepada Muhyiddin kerana bersungguh-sungguh ingin membawa Dr. Mahathir turun berkempen.

Najib akan bertambah pening lagi oleh kerana MCA dikatakan marah dengan bakal kabinet yang baru dibentuk. Klik disini. MCA dikatakan marah oleh kerana kuota parti tersebut semakin berkurangan.

Oleh kerana itu pengumuman kabinet baru Najib ditangguhkan sehingga esok.


08 April 2009

Pengaruh China Dalam Sistem Kewangan Global

Oleh Haris Zalkapli

Cadangan China agar satu usaha dimulakan ke arah melahirkan matawang rizab global baru untuk menggantikan dolar menjelang mesyuarat ekonomi membangun G20 April nanti, menunjukkan negara itu semakin bimbang dengan kestabilan dolar Amerika Syarikat yang menjadi sebahagian besar rizabnya serta menguji pengaruhnya sebagai sebuah ekonomi paling pesat dunia.

Gabenor bank pusat China, Zhou Xiaochuan dalam satu laporan menegaskan satu sistem dikawal Dana Kewangan Antarabangsa, IMF, mungkin akan menjadi lebih stabil dan dan lebih mudah dilaksanakan.

China memegang rizab asing sebanyak hampir AS$2 bilion, menjadikannya penting kepada ekonomi AS, terutama ketika krisis hari ini, sesuatu yang disedari oleh Beijing dan ingin dimanfaatkan.

Selain menunjukkan kebimbangan Beijing terhadap kemerosotan nilai pegangan dolar rizabnya, cadangan itu juga boleh dilihat sebagai usaha China meningkatkan suaranya dalam sistem kewangan global yang semakin menyaksikan kemerosotan pengaruh AS, walaupun tahap kemerosotan ini sering diperbesarkan.

Walaupun negara itu tidak dijangka akan melakukan sebarang tindakan yang drastik dan retorik yang disuarakan sukar untuk disertakan dengan tindakan, hal ini telah menunjukkan pengaruhnya.

Dolar AS menerima kritikan meluas sejak beberapa tahun lalu, terutama ketika banyak negara memperbagaikan rizab dengan matawang euro dan mencadangkan reformasi sistem kewangan dan perdagangan global.

Pihak yang kritikal dengan AS telah lama bersedia meninggalkan dolar AS dan berdagang dalam matawang lain seperti euro. Satu lagi negara pesaing AS, Rusia juga pernah menunjukkan kesediaan menerima matawang euro sebagai matawang perdagangan dengan Eropah, pasaran terbesarnya.

Negara seperti Perancis dan Inggeris serta banyak negara lain mula menyuarakan keperluan perubahan terhadap institusi Bretton Woods, Bank Dunia dan IMF. Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh pemimpin kedua-dua negara berpengaruh Eropah itu, Presiden Nicolas Sarkozy dan Perdana Menteri Gordon Brown.

Tidak seperti semasa Bretton Woods dicapai, realiti dunia hari ini menyaksikan kemunculan banyak kuasa ekonomi, seperti negara-negara Eropah dan negara yang dinamakan BRIC oleh firma Goldman Sachs, iaitu Brazil, Rusia, India dan China.

Negara-negara terbabit dikenali dengan kuasanya melibatkan komoditi penting seperti minyak dan gas, potensi pengeluaran yang tinggi dan peningkatan pertumbuhan ekonomi yang pantas, menjadikan mereka penting dalam ekonomi global, terutama disebabkan keadaan saling bergantungan.

Washington menunjukkan respons yang tegas terhadap kenyataan China itu. Presiden Barack Obama dalam satu kenyataan di Rumah Putih menegaskan dolar AS masih sangat kuat dan menolak seruan China itu.

Obama dilapor berkata para pelabur melihat AS sebagai ekonomi terkuat di dunia dengan sistem politik paling stabil di dunia. Katanya, ketika dilanda krisis hari ini, pelabur masih yakin dengan kekuatan AS.

Apapun jawapan Obama, cadangan yang ditimbulkan China itu menunjukkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada kepercayaan dunia terhadap ekonomi dan politik AS. Hakikat bahawa China menimbulkan isu ini juga memperlihatkan tanda peningkatan pengaruhnya di peringkat global.

Sesetengah pihak di AS sendiri mencadangkan China diberi saham yang lebih besar dalam institusi-institusi dunia sebagai satu bentuk kerjasama konstruktif untuk mengelakkannya daripada membawa haluan sendiri yang tidak selari dengan kepentingan AS dan dunia.

Dengan cara ini, dihujahkan bahawa Beijing dan menjadi pemain yang lebih bertanggungjawab dan tidak meneruskan agendanya yang berpotensi menjejaskan kepentingan pihak lain. Dengan cara ini juga China diharapkan menjadi lebih demokratik.

Bahagian yang lebih besar juga bermakna sumbangan yang lebih besar untuk dana IMF, dan oleh itu bermakna China juga akan terus membina pengaruhnya melalui sumbangan kepada IMF itu. China sendiri sudah pun membina pengaruhnya melalui bantuan kewangan dan geran yang dilakukan tanpa IMF dan Bank Dunia.

Di negara seperti Kemboja dan negara-negara Afrika, China sudah pun berperanan sebagai pembiaya projek-projek pembangunan, mengambil peranan yang biasanya dimainkan oleh IMF dan Bank Dunia.

Dalam perkembangan terbaru, perdana menteri Australia, Kevin Rudd sendiri berpendapat China perlu diberikan undi yang lebih besar dalam IMF, selari dengan realiti order ekonomi global hari ini.

Bagaimanapun, pemberian bahagian itu, seperti yang difikirkan pihak yang mencadangkan idea itu, pasti mempunyai hadnya, dan tidak mahu melihat China menjadi pemain baru yang mendominasi sistem tersebut. Selari dengan kuasa ekonomi dan politik dimiliki AS, saham yang sedia diberikan kepada China, yang menjadi pesaingnya dalam banyak lapangan, juga terhad.

Bagaimanapun, tuntutan agar order kewangan global mencerminkan perubahan terkini, dengan segala persediaan menghadapi realiti kuasa abad baru akan terus disuarakan, terutama negara-negara pemberi hutang yang mahu menuntut bahagian masing-masing.

Sentimen mendasari apa yang dicadangkan oleh China telah lama dirasai banyak pihak. Mesyuarat G20 di London tidak lama lagi hanyalah permulaan dalam persaingan sebenar untuk kuasa dan pengaruh.

Sampaikanlah Walau Satu Ayat?

dikutip dari suluk

[TANYA] mengapa para sufi “terkesan” (kesan itu bisa jadi bener bisa jadi salah…) menutup diri dan, memilih2 “murid” dalam memberikan bimbingan… sedangkan kita diwajibkan untuk menyebarkan kebaikan walau hanya 1 ayat…

mengapa tidak ber”syiar” seperti para ulama-ulama atau mereka yang mengaku-aku sebagai ulama… hehehehe. Makasih Mas. [Dewo]

[JAWAB] Sebenarnya bukan pilih-pilih murid, sih. Yang terjadi sebenarnya mekanisme natural: bahwa makanan baru bermanfaat jika diberikan kepada orang yang memang lapar atau membutuhkan. Sayang sekali jika kita, sebagai manusia, memberikan makanan kepada yang memang tidak membutuhkan. Bisa dianggurin sampai menjadi busuk, dibuang, atau bahkan membuat muntah yang bersangkutan. Padahal masih banyak sekali orang selain dia yang benar-benar membutuhkan makanan.

Orang yang tidak lapar tentu tidak merasa butuh makanan. Orang yang merasa sehat, tentu tidak merasa butuh dokter. Orang yang merasa sudah tahu agama, tentu tidak merasa butuh belajar agama. Orang yang tidak merasa lapar akan pengetahuan tentang Allah, tentu tidak akan merasa butuh belajar tentang Allah.



“Sampaikanlah walau satu ayat,” itu hadits, memang benar sekali. Tapi sampaikan kepada penerima yang tepat (yang memang membutuhkan), dan waktu yang tepat. Kalau di depan jendela samping sebuah rumah kita taruh speaker ‘toa mesjit’ dan setiap saat kita bombardir dengan ceramah dan ‘kuenceng-kuenceng’ setiap siang atau sore tanpa henti dengan mengatasnamakan dakwah, bisa jadi sebenarnya kita justru menzalimi penghuni rumah. Siapa tahu di sana ada bayi sakit? Orang tua? Atau suami yang baru pulang kerja dan lelah, sehingga gangguan itu malah membuatnya sensitif dan marah-marah pada anak istrinya.

Selain itu, pada orang-orang yang memang telah menerima tugas dari Allah ta’ala (mengenal diri dan misinya) ada ruang lingkup dakwahnya sendiri, dan Allah sendiri yang menentukan. Tidak semua para peraih kebenaran harus menjadi da’i dan tampil di depan ummat.

Ada yang memang tugasnya menjadi Rasul alam semesta (Muhammad SAW), menjadi rasul bangsa tertentu saja (Musa, Isa as, dll), menjadi mursyid untuk orang tertentu saja, yang muridnya itulah yang justru harus menjadi nabi (Syu’aib as). Ada yang harus menjadi panglima perang (Sa’ad bin Abi Waqqash). Ada yang harus menyampaikan khazanah ilahiyah melalui puisi (Jalaluddin Rumi). Ada yang harus membuat buku (Al-Ghazali). Ada yang harus membuat buku dan menyampaikan ilmu ketuhanan yang rumit dan tidak untuk masyarakat biasa (Ibnu Arabi). Ada yang harus menjadi mursyid dengan penampilan mewah seperti sultan (Syaikh Abdul Qadir Jailani). Ada yang harus terlunta-lunta, sakit kulit dan menggelandang seperti Nabi Ayyub as. Ada pula yang diciptakan untuk kaya raya dan berkuasa seperti Sulaiman a.s.

Banyak sekali ragam tugas dan kemisian, demi menyampaikan, dan –menampilkan–, suatu Khazanah Ilahiyah. Justru jika seorang diciptakan sebagai, misalnya, panglima perang, namun ia malahan tampil di depan podium dan berdakwah dengan cara klasik, ia justru menyalahi kehendak Allah bagi dirinya. Ia menyalahi tujuan penciptaannya.

Bukan berarti orang-orang ini tidak berdakwah. Tapi, apa bentuknya: bicara? berbuat? berfikir? menulis? menyumbang harta? memimpin? Allah yang menentukan. Juga, ruang lingkupnya untuk siapa, untuk ummat-kah, bangsa tertentu kah, orang tertentu kah, atau cukup untuk keluarga, mungkin bahkan cukup hanya untuk dirinya sendiri.

Mereka yang tampil di podium dan berdakwah, atau mereka yang bersurban dan berjubah, tidak berarti mereka menjadi lebih alim, lebih ulama, dan lebih soleh daripada mereka yang tidak tampil di podium dan berpenampilan biasa-biasa saja. Sama sekali tidak. Ukuran kesolehan dan kealiman sama sekali bukan pada tampilan lahiriyah seseorang. Dan, berdakwah untuk ribuan ummat sekaligus belum tentu lebih efektif dan lebih ‘berpahala’ (kalo masih ngitung-ngitung pahala) daripada berdakwah pada beberapa orang saja. Bukan jumlahnya, tapi sejauh jiwa apa orang bisa tertransformasi dengan khazanah Ilahiyah yang ada pada diri kita. Walau hanya satu orang.

Kita ingat hadits yang bunyinya kurang lebih, “Barangsiapa menghidupkan satu jiwa, ia bagaikan menghidupkan seluruh jiwa manusia. Barangsiapa membunuh satu jiwa, ia bagaikan membunuh seluruh jiwa manusia.” ‘Menghidupkan jiwa’, secara batin juga berarti membebaskan jiwa manusia dari timbunan sifat jasadiyah dan keduniaannya sendiri.

Banyak orang-orang yang dicintai Allah tapi tidak tampil secara terbuka di podium untuk berdakwah, karena memang bukan tugasnya. Dia dimudahkan pada bidang lain, tidak di bidang itu. (btw, mas dewo sudah melihat tulisan “Waham ‘Kesolehan’, Waham ‘Kekasih Allah’, dan Waham ‘Pembimbing Spiritual’”?)

Yang terpenting, orang-orang seperti ini tidak berdakwah hanya dengan kata-kata atau sekedar mengutip ayat. Mereka benar-benar mengerti apa yang mereka bicarakan atau lakukan. Atau bisa juga, mereka berdakwah ‘bil hal’, dengan perbuatan. Tapi akhlaq, perbuatan maupun khazanah mereka semua sama: Al-Qur’an, Al-Haqq dan kebenaran, meski dari mulut mereka belum tentu terdengar gemar mengutip, mendiktekan maupun ‘berdakwah’ ayat-ayat kepada ummat di depan podium. []





Barangkali

Oleh Aqil Fitri

Sekarang, semua kemaruk statistik. Bidang ekonomi, Islam, biologi, politik, pendidikan, dll, semuanya terburu-buru mengejar angka, dan mempertontonkan jumlah. Statistik, atau perangkaan, kini tak lagi jadi milik angkawan.

Tapi, apapun bidang yang dilekatkan dengan statistik, tak siapa sangka hubung-kaitnya dengan bahasa. Bukan dalam ertikata melakukan soal selidik, sebaleknya menerusi filologi terdalamnya.

Salah satu aspek yang penting dalam statistik adalah kebarangkalian. Kita memanggil kebarangkalian sebagai kata ganti bagi probability. Walau bagaimanapun, dalam diam-diam, istilah kebarangkalian tampaknya lebih bermutu, dan lebih jitu dari istilah probability.

Bahasa Inggeris memadankan probability dari probabilis, dari pinjaman bahasa Latin. Makna asal dari tujuan istilah ini sebenarnya lebih dekat kepada likely, bukannya probability. Tapi, dunia statistik telah lazim dengan istilah probability, dan mewarnai kata tersebut dengan makna tertentu.

Justeru, kesilapan pertama Bahasa Inggeris ditiru sepenuhnya binaan ilmu dalam minda kita.

Tapi, makna terbaik kebarangkalian bukanlah terkekang pada makna probability. Malah, konsep kebarangkalian tampaknya lebih bagus berbanding probability, dan tentunya lebih menepati makna asal yang tercantum dalam probabilis, atau likely tersebut.

Mengapa demikian?

Kerana, kebarangkalian sebenarnya lebih tersukat berbanding probability. Dari bahasanya, kebarangkalian lebih terhitung. ¨Barang¨ dan ¨kali,¨ adalah cantuman kata yang membawa makna yang lebih tajam dan lebih tentuistik. Sudut bahasa inilah yang tak terdapat dalam probability yang dipinjam dari probabilis.

Namun, kita tak selalu diasuh untuk percaya pada diri sendiri. Kita tak diajar untuk berfikir aneh. Dan, tak dididik untuk menggali kelebihan ilmu dalam tubuh sendiri. Maka ketiadaan budaya ini akhirnya meminggirkan banyak konsep-konsep baru yang tertanam dalam khazanah sendiri.

Sudahnya, kita ghairah menuruti barat. Namun, sebagai salinan, apakah kita akan mengatasi barat? Sementara, barat kini bukan saja telah hadam apa yang tertanam dalam tubuhnya, tapi sudah mulai masuk ke khazanah-khazanah luar demi memperkayakan khazanah mereka yang sedia ada.

Kita pula terus terpana, memandang luar sempurna. Kita memilih meninggalkan khazanah sendiri, pergi menyalin dengan taasubnya. Bayangkan, jika inilah pilihan hukum, maka apakah kita akan mengatasi barat? Logik statistik ada jawapannya: kebarangkaliannya sifar!

03 April 2009

Politik Tukar Kulit

Hasmi Hashim

SERAYA masuk Rumah Putih, Barrack Hussein Obama belum pun lagi mengumumkan pakej ransangan besar lebih USD800 bilion, belum pun merangka langkah konstruktif pengunduran tentera dari Iraq, apatah lagi pemulihan hubungan dengan dunia Islam atau dasar luar Amerika Syarikat keseluruhannya — melainkan antara yang pertama dilakukannya adalah memberi wajah baru kepada laman web kerajaan Amerika Syarikat!

Sepertimana di dalam kempen menuju kepresidenan itu, team di belakang Obama, saya percaya, telah berbincang untuk menggunakan apa jua kemungkinan media baru. Termasuk facebook… apatah lagi peranan laman web yang bukan kepalang.

Dengan langkah yang sesederhana itu sahaja, maka beliau dianggap telah mendepani sesuatu yang sekian lama tak terpandang penting oleh orang politik. Baik di Amerika, baik di Malaysia.

Iaitu, imej.

Demikian, pentas pun berubah.

Saya telah naik saksi, sejak sepuluh tahun lalu bagaimana payahnya, meski dalam parti yang berslogan “reformasi”, untuk mengemudi perubahan imej, karena setiap perubahan imej terlebih dahulu menuntut perubahan paradigma. Tanpanya, sesuatu perubahan imej itu lembik dan munafik.

Dalam Kongres Nasional 2009, wajah pentas utama di dalam dewan kongres di hadapan, misalnya, total berubah daripada tradisi rupa politik yang konvensional, macam yang selalu difahmi sebelum-sebelum ini, yang sesungguhnya sudah cukup menjemukan, kepada yang lebih segar. Segak.

Kini, penguasa politik yang sering beranggapan mereka pemutus bicara (atau barangkali “tuhan dunia”), seakan mulai tersedar. Kalau direkacorak stage Kongres atau perhimpunan besar parti, tak perlu lagi tulisan banyak-banyak. Tak payah kerawang-kerawang. Kain rompol-rompol macam “langsir mak datin”. Tak perlu bunga dirimbunkan untuk jadi laksana hutan tropika…

Dipermudahkan, namun tetap memelihara makna. Apakah ia payah sangat?

Umno, dalam Perhimpunan Agung kelmarin pun menyusul pembaharuan ini — dan memang sifatnya parti yang semakin lanjut umur, terlambat mengubah citarasa perubahan. Alangkah kagetnya saya apabila paras pentas parti itu kelmarin cuba meniru-niru imej simple politik baru. Tidak sepertimana perhimpunan lepas-lepas, yang saya saksikan sejak kecil.

Ada logo besar di tengah-atas, dan nama parti — bayangkan, untuk menyaksikan perubahan yang sebegini kecil, ahli Umno perlu menunggu puluhan tahun. Paling tidak lebih 10 tahun, sejak saya meninggalkan parti itu.

Saya pergi pada 1998 — parti pertama yang saya sertai sejak cukup umur. Krisis politik-ekonomi 1997-98 tak menampakkan ada tanda Umno boleh berubah, meski saya juga tiada pasti, apakah parti politik baru yang terbentang di hadapan saya, benar-benar sebuah harapan untuk membawa semangat anak muda, sekurang-kurangnya kalau pun bukan semangat zaman.

Memang, hal itu bukan persoalan termustahak sehingga saya terjerumus dalam ruang politik kekuasaan. Namun, ia tetap menjadi antara sebab — sebab yang kadang kala belum dapat kita temukan bahasanya. Tak tahu hendak cakap dan dijelaskan bagaimana.

Cuma, saya percaya pada tanda, atau sign. Tanda sukar menipu.

Sekian tahun hampir semua parti-parti politik bercakap tentang perubahan, retorika yang bagi saya pertama kali dilaung dan dipopularkan oleh Anwar Ibrahim dalam wilayah politik nasional. Kini, kata perubahan dan kata azimat dan laksana slogan bagi hampir semua wadah politik, walaupun tempohari ada yang malu-malu kucing untuk menggunakan istilah “reformasi” kerana ketengik dengan perjuangan dan arus 1998.

Saya yakin, mata anak-anak muda adalah mata yang tajam. Tak sedikit pun mahu mereka menghampiri sesuatu itu, kalau mereka rasakan “sesuatu itu” adalah sesuatu yang asing, apatah lagi yang anti-mereka. Ini fitrah.

Keadilan-lah parti yang paling beruntung apabila punya seorang ketua yang masih membawa semangat dan roh kontemporari, dan muda. Tak lain tak bukan, Anwar… seraya parti-parti lain masih terus bergelut untuk memberi wajah segar kepada parti masing-masing, Keadilan sudah ada. Pun begitu, apa yang dimiliki oleh Keadilan, tidak juga abadi, kerana suatu waktu nanti, Anwar akan tiada.

Maka, yang kekal adalah kesedaran. Untuk terus berubah. Bukan terlalu selesa sehingga membawa beku. Atau, penyakit hari ini, mengheret imej kuno (walaupun selalu pula dinafikan bahawa kekuasaan baru dan kerajaan baru adalah dengan dasar yang juga “baharu”), ke masa semasa.

Saya melihat banting setahun kerajaan Selangor, saya merasakan begitu tuanya rekacorak banting itu. Sedangkan, zaman politik rasis sewajarnya sudah lama berakhir, sekurang-kurangnya pada 8 Mac yang lalu. Sekurang-kurangnya di Selangor.

Contoh tak perlu banyak, memadailah yang satu itu.

Hasmi Hashim, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.