15 Jun 2009
Dari Bangsar Utama: Menanti kepulangan Chin Peng
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Penh harus dibenarkan pulang untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir hidupnya di tanah airnya.
Isu ini sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk keuntungan politik.
Tidak membenarkan Chin Peng yang lahir di Sitiawan, Perak pulang ke tanah air adalah sama dengan pengkhianatan kerajaan Malaysia terhadap Rundingan Damai Haadyai pada 2 Disember 1989.
Apakah Isi Kandungan Rundingan Damai Haadyai?
Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
28 Mei 2009
Dari Bangsar Utama: Siapa pembunuh Ibrahim Libya dan Syuhada Memali?
Hari ini ramai yang bising membicarakan mengenai pembunuhan yang “kononnya” dilakukan oleh Chin Peng ketika bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu.
Mengapa Chin Peng menjadi sasaran?
Mudah sahaja. Ini adalah kerana Chin Peng adalah seorang Cina maka mudahlah dijadikan “punching bag” politik mereka. Jika Chin Peng adalah seorang Melayu, pasti sukar untuk dijadikan momok. Begitulah politik pecah dan perintah Umno/BN.
Oleh kerana sudah kehabisan modal politik, maka Rais Yatim pun timbulkanlah kembali isu komunis ni.
Dalam masyarakat Malaysia ni, masih tinggal sedikit lagi golongan bodoh dan buta sejarah yang terperangkap dengan propaganda anti komunis anjuran penjajah British.
Diantaranya ialah seorang budak buta sejarah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini disini. Orang-orang macam ni dan geng-geng Ibrahim Ali bolehlah Rais nak bohong.
Budak-budak muda yang cool dah tonton dokumentari “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi 48″. Maka sebab itulah ramai budak-budak muda dah mula tahu bahawa Umno/BN ini hanyalah penyambung kepada apa yang dilakukan oleh penjajah British.
Cuma budak yang tak cool dan tak baca buku sejarah selain versi Umno/BN sahaja yang boleh termakan momok Rais ni.
Kenyataan bodoh Rais Yatim telah menyebabkan Mat Amin yang menggendalikan blog Kampung Perdamaian Sukhirin menjawab kembali dan menggeluarkan gambar-gambar yang pastinya tidak disenangi oleh Umno/BN.
Gambar Abdullah CD dan Suriani menghadap Sultan Azlan Shah
Lihat banyak lagi pemimpin negara yang bertemu dan bermesra dengan pimpinan PKM disini.
Didalam peperangan biasalah ada yang terbunuh dan membunuh. Sebab itulah dinamakan perang.
PKM jelas melawan penjajahan. Sedangkan Umno, MCA dan MIC pada ketika itu memilih untuk menjadi talibarut British dan menghalalkan tindakan jahat yang dilakukan oleh British kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tulen seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Chin Peng, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Suriani dan ramai lagi.
Alasan nak haramkan Chin Peng pulang diatas sebab PKM pernah membunuh askar sewaktu berperang adalah tidak adil.
Ini adalah kerana askar juga membunuh ramai anggota PKM yang terdiri dari pelbagai bangsa termasuklah orang-orang Melayu.
Begaimana pula dengan kerajaan Umno/BN dan PDRM yang membunuh Ibrahim Libya dan 13 penduduk Kampung Memali?
Apakah kita harus membuang kesemua orang-orang Umno/BN dan PDRM daripada Malaysia kerana bertindak zalim membunuh 14 orang penduduk Kampung Memali dan mencederakan ramai penduduk kampung tersebut?
Berkaitan:
Rais cuba sabotaj Najib yang akan ke China tak lama lagi? Umum tahu bahawa China di perintah oleh Parti Komunis China. Klik disini.
14 Mei 2009
Dari Bangsar Utama: Selepas 40 tahun tragedi berdarah 13 Mei 1969
40 tahun selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, Malaysia masih dalam keadaan tidak stabil.
Politik perkauman masih lagi menjadi politik mainstream sepertimana yang dilaksanakan oleh penjajah British dahulu.
Sedar tak sedar, selepas lebih 50 tahun merdeka, kita masih lagi gagal dalam membentuk sebuah Negara Bangsa.
Kita masih gagal membentuk Bangsa Malaysia.
Kita sering mengutuk Indonesia dan Thailand diatas pergolakkan politik dinegara mereka akan tetapi kita tidak sedar bahawa Indonesia dan Thailand sudah selesai dengan permasalahan Negara Bangsa.
Sehingga hari ini, rakyat masih dibeza-bezakan mengikut kaum dan agama.
Asakan demi asakan daripada ahli-ahli politik telah menyebabkan perpaduan rakyat yang terbina secara semulajadi hancur sedikit demi sedikit.
Lihatlah di universiti-universiti kita pada hari ini.
Polarisasi berlaku dengan dahsyatnya.
Melayu hanya bersama Melayu.
Cina hanya bersama Cina.
India hanya bersama India.
Begitu juga bangsa-bangsa yang lain.
Apakah mereka-mereka ini yang akan memimpin negara pada masa akan datang?
Hari ini setelah 40 tahun berlakunya tragedi berdarah 13 Mei, kita masih membincangkan permasalahan perpaduan diantara kaum.
Sedarkah kita bahawa Malaysia telah gagal untuk menyatupadukan rakyatnya yang berbilang bangsa?
Mahukah kita terus mengundur kebelakang? Atau mahu maju kedepan?
Tepuk dada tanyalah diri anda sendiri.
Jika mahu terus kekalkan sifat “chauvinis” masing-masing, kita harus tahu bahawa Malaysia tidak akan lama.
Jika mahu terus kedepan, sedarlah bahawa kita semua adalah sama.
Dinegara ini kita bukan Melayu, Cina , India, Iban, Kadazan atau apa bangsa sekalipun.
Kita semua adalah Rakyat Malaysia, We are all Malaysian.
Jadi kita semua adalah anak-anak bangsa Malaysia!
4.56 petang,
Kuala Lumpur.
12 Mei 2009
Dari Bangsar Utama: Suhakam turut desak DUN Perak dibubarkan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut mendesak DUN Perak dibubarkan agar hak rakyat dinegeri tersebut dikembalikan untuk memilih pemimpin mereka.
Menurut pengerusi Suhakam, Abu Talib Othman, artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, mengatakan bahawa rakyat harus menjadi teras kepada pembentukan sesebuah kerajaan.(Article 21 of the Universal Declaration of Human Rights 1948 provides that the will of the people shall be the basis of the authority of the government)
Selain daripada itu, Suhakam turut mengutuk insiden yang berlaku pada sidang DUN 7 Mei 2009 dimana polis dan pekerja kerajaan telah bertindak tidak neutral apabila bertindak menyebelahi Zambry Kadir dan BN.
Menurut Abu Talib, polis dan pekerja kerajaan haruslah bertindak neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Dibawah adalah kenyataan penuh Suhakam:
PRESS STATEMENT
THE PERAK INCIDENT
The Perak incident was raised and discussed at SUHAKAM monthly meeting on 11th May 2009.
It appears to us that during the incident that occurred in the Perak State Legislative Assembly on 7th May 2009, the police and the civil service acted in concert with the government that has assumed power in controversial circumstances, showing complete disregard for human rights. Governments may change but those who serve in the police and administration must remain loyal to the wider interest and respect human rights rather than the narrow interest of individuals who form the government of the day.
When the elected members of the Assembly met and challenged each other in the august House, the police were busily engaged in “maintaining public order”. Outside, passive demonstrators dressed in black to mourn the violation of their rights to assemble peacefully, were particularly provoked and manhandled. The Dewan proceeded even while the court was still to decide on the following Monday, four days later, who was the legitimate Menteri Besar. The pre-emptive proceedings, the motion to sack the legitimate Speaker and his removal from the House and the action of the police force have caused much concern to the people at large. It somewhat makes us wonder whether service to the people is subordinate to service to political interests. The decision of the Court declaring Dato’ Seri Mohammed Nizar Jamaluddin as the rightful Menteri Besar of Perak has further complicated matters.
Malaysia is a democratic country based on human rights and the rule of law. The political disturbances in Perak and what transpired in the Dewan on 7th May would no doubt pose a dark shadow over our efforts to promote democracy and human rights in Malaysia.
Article 21 of the Universal Declaration of Human Rights 1948 provides that the will of the people shall be the basis of the authority of the government. Judging from the events following the appointment of Datuk Seri Zambry Abdul Kadir as Menteri Besar, the incident in the Perak Assembly sitting on 7th May and the decision of the Court declaring Dato’ Seri Mohammed Nizar as the rightful Menteri Besar, it is very unlikely that the Perak issue will be resolved unless power is given back to the people. Courts action will not necessarily resolve the political situation in Perak. As Dewan Negara President Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanchik said, “the political situation in Perak has reached a stage that required the people to choose again.”
Perhaps the time has come for the people of Perak to be given the opportunity to exercise their right to choose again the Government of their choice, which is a basic human right. Only a stable government will be able to ensure the right to peace and development.
Two of the greatest gifts endowed by God to His creatures are the sense of sight and hearing. Without these there is no learning and progress. It is very encouraging that the Government under the leadership of YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak is prepared to listen to dissenting views. Hopefully the Government will also tolerate and appreciate peaceful public demonstration against unpopular policies and actions.
Human rights transcend race, status and political ranks. No person has more rights than the next one. Muslims are aware of this fundamental rights as espoused by Prophet Muhammad in his last sermon –
…All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white except by piety and good action……
This, perhaps, will be a good basis for “1 Malaysia”.
“HUMAN RIGHTS FOR ALL”
TAN SRI ABU TALIB OTHMAN
Chairman
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
12 May 2009
Selain Suhakam, MCA dan Gerakan turut mendesak DUN Perak dibubarkan. Klik disini.
Semua pihak yang mempunyai fikiran waras mahukan DUN Perak dibubarkan untuk menyelesaikan kemelut politik dinegeri tersebut.
Kini tinggal mereka-mereka yang tak waras sahaja yang tidak mahu DUN Perak dibubarkan!
Dari Bangsar Utama: Bubar DUN adalah jalan penyelesaian Ngok!!!
Rakyat Malaysia pada hari ini berada dalam keadaan yang paling malang. Selain terhimpit dengan krisis kapitalisma, kita turut dipimpin oleh orang-orang yang tak cerdik.
Berbelit-belit Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) nak mencari jalan penyelesaian krisis politik di Perak. Klik disini.
Kalau ditanya budak sekolah rendah pun mereka akan tahu jawapannya.
BUBARKAN DUN!!!
Kalau nak utamakan rakyat, BUBARKAN DUN!!!
Tapi kalau nak terus rompak harta rakyat dan kayakan kroni-kroni, tak perlulah BUBARKAN DUN!!!
Teruskanlah kerja-kerja jahat dan kotor.
Tapi jangan pula lupa, kekuasaan sebenar ada pada RAKYAT…
Bila-bila masa sahaja RAKYAT boleh naikkan dan turunkan pemimpin.
Kalau tipu pilihanraya, JALANRAYA masih terbentang luas. Rakyat masih ada PILIHANJALANRAYA!!!
P/S: Sila klik disini untuk membaca pandangan Cikgu Bad mengenai keputusan mahkamah semalam dan hari ini.
Dari Bangsar Utama: Ku Li gesa Sultan Perak bubarkan DUN
Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar Sultan Perak membubarkan DUN bagi menyelesaikan krisis politik di negeri tersebut.
Kata Ku Li,
“Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Zambry Kadir adalah kerajaan yang tidak sah dan segala keputusan dan kontrak yang dibuat tidak mempunyai status yang sah”
Ku Li turut menyatakan bahawa sidang DUN yang dijalankan pada 7 Mei 2009 lalu adalah sidang yang tidak sah dan mencadangkan agar Sultan Perak membubarkan DUN sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di Perak dan agar Institusi Raja di negeri tersebut tidak terus-menerus menerima malu.
Klik disini untuk membaca tulisan Ku Li di blognya.
Saya tertanya-tanya apabila mahkamah memutuskan keputusan Nizar sebagai MB yang sah semalam, dimanakah Ibrahim Ali, Perkasa dan Pewaris?
Mengapakah mereka tidak mahu berdemonstrasi untuk menentang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur?
Bukankah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu derhaka kepada Sultan Perak?
Kah kah kah kah kah kah kah kah (Pinjam gelak Tukar Tiub)
08 Mei 2009
Dewan Undangan Negeri Perak secara rasminya bergelar “Dewan Yang Hina”
Semalam dunia menyaksikan bagaimana Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Razak menggunakan jentera kerajaan seperti polis dan pegawai-pegawai kerajaan untuk memastikan mereka terus berkuasa.Apa yang dilakukan di DUN Perak semalam adalah bukti Perlembagaan Persekutuan dan Demokrasi sudah tidak lagi dihormati dan disanjungi.
Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masuk kedalam DUN dan mengheret Speaker V. Sivakumar adalah bukti yang jelas bahawa di Malaysia ini, Perlembagaan Persekutuan dan Demokrasi sudah tidak lagi dihormati oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh suami Rosmah Mansor, Najib Razak.
Sewaktu Karpal Singh diserang di parlimen oleh Pemuda Umno yang kini dipimpin oleh Khairy Jamaluddin, Ketua Polis Negara menggunakan alasan “Imuniti Parlimen” untuk menghalalkan tindakan anggotanya untuk tidak bertindak membantu Karpal.
Tetapi semalam lain pula ceritanya. “Imuniti DUN” dihina begitu sahaja oleh PDRM yang bertuankan Barisan Nasional sehinggakan DUN Perak kini tidak boleh lagi dirujuk sebagai “Dewan Yang Mulia”.
Secara rasminya, kita kini boleh menggelar DUN Perak sebagai “DEWAN YANG HINA”.
01 Mei 2009
Dari Bangsar Utama: Sajak Hari Buruh
Oleh Amin Iskandar
Sempena Hari Buruh sedunia hari ini, Rahmat Haron telah mencipta satu sajak. Mari kita hayati bersama-sama.
Senjata kita
(sajak satu mei 2009)
Adui. Sesak dalam cemar, bahagia amat jauh untuk hari ini yang keruh. Sakitlah dan mengeluh. Alamak. Tergamak harganya pakaian pelancong angkasa Malaysia seratus lapan puluh empat ribu enam ratus RINGGIT
Duit dibayar MARA
mara mara mara
ammarah rakyat amanahnya pecah dilahap rasuah
angkuh ketamakan cukup gelap mendung belum lagi cerah, kerusi masih lagi merah.
Sia-sia tenaga petani
buruh
pekerja
amanah bertukar jadi majlis najis bersuka ria foya-foya
melantak seenak perut membuncitkan kenyang dan usus siap memberakkan taik
untuk dimakan
sisa-sisa buat petani
buruh
pekerja
sia-sia petani
buruh
pekerja
membayar dua ratus RINGGIT
duit dari tenaga menghamba
pada bebal sombong dan gila sawan angka bermaharajalela, untuk sepasang pakaian pendaftaran anak bersekolah asrama MARA
Amanah telah pecah
mara mara mara rakyat murba.
Amarah membakar serakah
mara mara mara
bermogoklah
berani membantah
ayuh hartal
piket
demonstrasi.
fikir dan bertindaklah
jangan bertani
fikir dan bertindaklah
jangan memburuh
fikir dan bertindaklah
jangan berkerja
semua kita rakyat jelata
mara mara mara
turun ke jalan-jalan bersuara
membantah
merebut hak-hak yang disita
berhentilah
bertani
memburuh
bekerja
sejam
dua jam
sehari
dua hari
tiga hari
sebulan
dua bulan itu telah terlalu lama,
tapi tidak akan sampai setahun.
Kerana tanpa
tani buruh kerja
Tak ada negara
Tak ada kuasa
Tak ada bebal
Tak ada kaya
Tak ada harta
Tak ada hidup
Tak ada gerombolan yang dapat kekal merompak.
rebutlah kembali kekuasaan rakyat
senjata rakyat perpaduan
kukuh bersatu kita merempuh masa depan
hitam
memang gelap jalannya sejarah
mara mara mara berani membara
jangan bekerja
jangan bertani
jangan memburuh
piket
mogok
hartal
demonstrasi
fikirkan sehari, dua hari, tiga hari…..
kekuasaan pasti akan runtuh!
(sekarang ini hiruplah kebusukan, bernafaslah dengan harapan – harum segar bermimpi)
Rahmat Haron
16 April 2009
Dari Bangsar Utama: Pemecah Berita: Pilihanraya Kecil di Penanti!
Posting Asal
Sumber dari PKR mengatakan bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus akan meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti sebentar lagi.
Dengan ini, pilihanraya kecil akan diadakan di DUN tersebut tak lama lagi.
Nampaknya, pilihanraya kecil akan berterusan sehingglah PRU 13 akan datang.
15 April 2009
Dari Bangsar Utama: Melayu disuruh bangkit lagi….

Selepas PRU 12 lalu, diantara slogan-slogan yang sering kedengaran ialah “Bangkitlah Melayu”. Slogan-slogan ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengapi-apikan sentimen perkauman mengenai kononnya kuasa politik Melayu kini telah hilang.
Walaupun “hasutan-hasutan” sebegini sudah tidak mendapat tempat dihati majoriti orang-orang Melayu terutamanya bagi golongan cerdik pandai serta golongan tua yang sudah tidak boleh ditipu lagi, terdapat golongan-golongan yang tidak henti-henti untuk mencuba bagi memastikan agenda perkauman sempit mereka dapat dijayakan.
Tujuan golongan ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menggembalikan kekuatan Umno dan Barisan Nasional. Logik mereka mudah, jika orang-orang Melayu bergaduh dengan kaum-kaum lain, sokongan terhadap Umno akan meningkat kerana kononnya parti tersebut memperjuangkan hak-hak orang Melayu.
Ini juga akan memberikan keuntungan politik kepada parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain kerana dianggap memperjuangkan nasib kaum-kaum bukan Melayu.
Ibrahim Ali yang sebelum ini memberi amaran akan mengamuk jika sesiapa cuba kelirukan konsep 1 Malaysia dan beberapa orang kawan-kawan yang satu kepala dengannya mengulangi slogan “Bangkitlah Melayu” ini.
Kata Presiden Perkasa itu,
‘‘Parti Melayu akan kuat bila Melayu dijaga. Jadi Umno kena fokus orang Melayu. Jadi Umno tak perlu takut kerana saya lihat bila Umno itu kuat orang bukan Melayu automatik akan sokong juga Barisan Nasional (BN) macam dulu’’
Baca komen kengkawan Ibrahim Ali disini mengenai isu yang sama.
Kepada orang-orang Melayu, bersediakah kita untuk terus diperbodohkan lagi?
11 April 2009
Dari Bangsar Utama: Mohon sumbangan dana untuk pembikinan album D.R.U.R

Meor Yusof Aziddin yang lebih mesra dengan panggilan Meor sedang dalam persiapan untuk merakam album terbarunya yang bertajuk Dari Rakyat Untuk Rakyat (D.R.U.R). Album D.R.U.R adalah sebuah album yang menceritakan mengenai perjuangan rakyat Malaysia dalam melawan kezaliman dan menegakkan demokrasi.
Meor menciptakan kesemua lagu-lagu yang bakal dirakamkan ini dan mendapatkan lirik dari seniman dan karyawan hebat seperti Zunar, Pyan Habib, Hishamuddin Rais, Abdullah Jones, Rahmat Haron dan ramai lagi.
Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan ialah Bapaku Seorang YB, Rakyat Bersatu, Awas API Perempuan Ini, Membenarkan Kebodohan, Syuhada Memali dan banyak lagi.
Penghalang utama kepada Meor untuk memulakan rakaman bagi album D.R.U.R ini ialah dana yang masih belum mencukupi. Sebanyak RM 35,000 diperlukan untuk kos rakaman dan pencetakkan album ini.
Kepada sesiapa yang bermurah hati untuk membantu Meor bagi menerbitkan album perjuangan rakyat ini bolehlah klik disini.
11 Mac 2009
Dari Bangsar Utama: Siapa yang menipu Pak Kadok?
Untuk itu, Raja Nazrin Shah berharap bangsa Melayu mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kadok memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan pihak lawan dan akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabungnya kepada lawan, Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah tergadai. Baca berita seterusnya disini.
Betul nasihat yang diberikan oleh Raja Muda Perak itu. Beliau tidak mahukan sejarah Pak Kadok berulang.
Siapakah yang menipu Pak Kadok sehingga kampungnya tergadai? Sila klik disini untuk membaca kisah tersebut di Blog Misteri Jejak Warisan.
13 Disember 2008
KDBU: Madam Low diberi anugerah “Datin Paduka”, apakah ini signal daripada Sultan Selangor?
Bantahan dilakukan oleh pekerja PKNS, ahli Umno dan tidak kurang juga bantahan dari Pas Selangor yang dipimpin oleh bekas jurulatih Summer Camp, Dr. Hassan Ali.
Yang membantah ialah mereka-mereka yang telah berjaya “dibonsaikan” pemikirannya oleh Umno/BN yang meneruskan dasar Pecah dan Perintah ciptaan PENJAJAH BRITISH.
Dasar Pecah dan Perintah ini sangat berkesan di tanah ini. Dahulu British berjaya. Umno/BN juga telah berjaya menggunakan dasar ini untuk memerintah selama 51 tahun.
Hari ini, Sultan Selengor menganugerahkan Madam Low pingat kebesarannya yang membawa gelaran Datin Paduka. Klik disini.
Ketika isu perkauman dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan politik golongan tertentu, bagi memastikan dasar Pecah dan Perintah dapat diteruskan, Sultan Selangor memecahkan kebuntuan.
Apakah ini signal yang jelas dari golongan istana di Selangor untuk menentang politik perkauman dan menghapuskan dasar Pecah dan Perintah?
Apakah ada sesiapa yang berani membantah ke anugerah yang diberikan oleh Sultan Selangor ini?
Ada ke sesiapa yang nak berdemo dihadapan Istana Selangor untuk membantah?
04 Disember 2008
DariBangsar Utama: Umno tidak bersedia untuk reformasi- Zaid Ibrahim

Zaid Ibrahim (yang meletakkan jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerana menentang penggunaan ISA ke atas RPK, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew) percaya bahawa pemecatannya bukan kerana beliau menghadiri kongres PKR dan jamuan makan malam DAP akan tetapi kerana segelintir pemimpin Umno tidak suka akan idea dan pemikirannya yang terbuka dan bersedia untuk melakukan reformasi.Sewaktu beliau masih lagi menjadi Menteri De Facto Undang-undang, kita boleh melihat sendiri bagaimana beliau sering dikritik oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Umno seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dan dituduh melaksanakan agenda Pakatan Rakyat.
Berikut adalah kenyataan penuh saudara Zaid Ibrahim:
KENYATAAN AKHBAR DATUK ZAID IBRAHIM
Kuala Lumpur, 4 Disember, 2008 – Mantan Menteri Undang-undang (de facto) YBhg Datuk Zaid Ibrahim telah dipecat daripada UMNO pada Selasa malam (3 Disember 2008), kerana dikatakan telah melanggar kod etika parti. Beliau telah hadir di Kongres PKR, dan juga Majlis makan malam DAP di Pulau Pinang, hujung minggu lepas.
1. Datuk Zaid Ibrahim menegaskan beliau tidak terperanjat dengan tindakan yang diambil oleh UMNO, tetapi mempertikaikan cara keputusan itu dibuat. “Saya tidak diberi peluang untuk didengar malah saya juga tidak tahu mengenai sebarang kesalahan yang telah saya lakukan. Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP ataupun kongres PKR untuk memprovokasi sesiapa. Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan. Tetapi itulah sikap UMNO. Ia melihat provokasi dan musuh dimana-mana. Ia tidak peduli mengenai keadilan asasi.” Beliau tidak akan membuat rayuan di mahkamah, kerana bagi beliau itu sekadar kemenangan tanpa makna.
2. Zaid bersetuju dengan dakwaan para pemimpin UMNO bahawa beliau adalah `orang kerdil’ dalam UMNO yang tidak mempunyai pengaruh. Inilah sebabnya beliau dijadikan mangsa dan dihukum kerana tindakan-tindakannya, sedangkan ramai lagi tokoh-tokoh lain yang lebih berkuasa yang mencemuh Datuk Seri Abdullah Badawi dan mempersendakan parti, malah ada yang menggesa rakyat supaya mengundi parti Pembangkang. Bukan itu sahaja, malah mereka mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghasut atau perkauman, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap kelompok ini. “Mungkin juga UMNO mengamalkan sikap pilih kasih,” tegas Datuk Zaid.
3. Datuk Zaid telah bersama-sama UMNO lebih daripada 23 tahun. Beliau memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum 2004. Itu merupakan satu kejayaan besar bagi UMNO kerana kerusi ini sebelumnya dikuasai oleh PAS lebih 15 tahun.
4. “Selama berada dalam UMNO, saya melakukan yang terbaik untuk membantu parti merubah budaya serta nilai politik parti dan secara berterusan bercakap mengenai reformasi. UMNO satu ketika dulu adalah parti yang diyakini dan dipercayai oleh bangsa-bangsa lain. Pemimpin UMNO pada zaman awal selepas kemerdekaan sentiasa mengutamakan semangat muafakat berkaitan isu-isu penting yang dihadapi oleh negara. Ia adalah sebuah parti yang mengamalkan dasar-dasar yang pragmatik dan bukan ideologi palsu. Pada masa itu, politik perkauman bukanlah sebagai daya tarikan. Saya yakin, inilah UMNO yang sepatutnya – yakni sebagai sebuah parti yang lebih progresif dan muhasabah diri.
5. “Satu-satunya yang mengecewakan saya, ialah saya disalahfahamkan oleh rakan-rakan dalam parti berkaitan isu membantu orang Melayu. Saya percaya bahawa UMNO dan Kerajaan mestilah menyediakan bimbingan dan bantuan kepada Bumiputera, tetapi ini mestilah berdasarkan keperluan dan merit. Ini akan menjadikan orang Melayu lebih berdaya saing dan diperkuatkan dengan keyakinan dan semangat berdikari… Adalah penting mereka memiliki nilai-nilai yang betul untuk mencapai kejayaan. Malangnya, pandangan saya ini telah disalah tafsir sebagai mengkhianati bangsa Melayu dan meninggalkan dasar perjuangan parti.
6. Bagaimanapun, Datuk Zaid mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Badawi kerana memberi peluang kepadanya dan melantiknya sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Negeri Kelantan tahun 2002, dan dipilih sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya 2004 yang beliau menangi. Beliau berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang ketika itu dipimpin oleh YB Dato’ Mustapha Mohamed, yang hampir-hampir dapat merampas Kelantan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas segala bantuan beliau semasa beliau menjadi presiden UMNO.
7. Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menyertai parti politik lain pada masa terdekat. Beliau komited untuk menguruskan .myFuture Foundation dengan membantu generasi muda memahami kepentingan demokrasi, kedaulatan undang-undang, keburukan amalan rasuah dan pentingnya keharmonian kaum. Datuk Zaid ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menyuarakan kesanggupan mereka untuk menerima beliau menganggotai Pakatan tetapi buat masa ini beliau ingin memberi keutamaan terhadap kerja-kerja berkaitan dengan masyarakat sivil.
8. Datuk Zaid akan terus menjelaskan pandangannya mengenai perkara-perkara yang penting bagi negara. “Kebebasan yang baru saya peroleh bermakna saya bebas menghadiri mana-mana forum serta menyuarakan pandangan saya mengenai isu-isu yang penting kepada negara,” katanya.
9. Datuk berharap para pemimpim UMNO akan menumpukan usaha menyelesaikan masalah negara daripada memperkecilkan dan mencemuh beliau. “Sudah tentu ada banyak lagi perkara lebih penting yang boleh mereka lakukan,” ulas beliau.
Untuk maklumat lanjut mengenai myFuture Foundation, sila hubungi Dina Zaman di tel: 03-78850021 atau dina.zaman@myfuturefoundation.my
Pada pandangan saya, bukan Zaid yang rugi akan tetapi Umno yang rugi kerana kehilangan pemimpin yang berkaliber dan berprinsip seperti Zaid.
Dari Bangsar Utama: Mohamad Sabu pilihan Nik Aziz
UpdatesSelain Malaysiakini, Harakahdaily turut melaporkan kenyataan Nik Aziz itu. Klik disini.
Sementara itu, sahabat baik Khairy Jamaluddin, Wan Farid hampir pasti untuk menjadi calon Umno dalam pilihanraya kecil tersebut. Klik disini.
Dalam temuramah dalam link diatas, dengan angkuhnya (seperti sahabatnya, menantu PM) beliau berkata,
“Pengundi Kuala Terengganu ini lain sedikit, mereka hendak orang yang ada jawatan dalam bahagian,” katanya.
Wan Ahmad Farid menambah, Umno negeri akan menyerahkan nama tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk keputusan muktamad.
Katanya lagi, peluang BN untuk mengekalkan kerusi parlimen tersebut adalah cerah.
Beliau berkata, ini kerana PAS kini berada dalam dilema untuk memilih calon yang sesuai.
“Kini ada dua kumpulan dalam PAS iaitu Erdogan dan bukan Erdogan. Kalau pilih calon kumpulan Erdogan, pengundi atas pagar susah menyokong mereka.
“Jika memilih calon bukan kumpulan Erdogan, pengundi yang menyokong PKR tidak akan menyokong calon tersebut,” katanya.
Analisis saya mudah, jika Pak Lah masih lagi kuat dalam Umno, Wan Farid lah yang akan jadi calon. Jika Wan Farid berjaya jadi calon, Najib Razak belum tentu akan menjadi PM Malaysia Mac depan.
Posting asal
Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang juga Musyridul Am PAS telahpun menyatakan pendiriannya. Beliau mahukan Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden PAS untuk bertanding semula dalam pilihanraya kecil P 36 di Kuala Terengganu. Klik disini.
Akan tetapi menurut Nik Aziz, itu hanyalah pendirian peribadinya dan terpulanglah kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan.
Sehingga kini PAS dan Umno belum lagi menamakan calon mereka untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut
07 Oktober 2008
Dari Bangsar Utama: Surat Bapa Altantuya bela RPK


Surat tersebut dikirimkan olehnya kepada penulis blog Susan Loone yang ditulis dengan tulisan tangannya sendiri. Terjemahan dalam Bahasa Inggeris surat tersebut berbunyi begini:
I understand, Mr. Raja Petra has good personal character and has a good reputation and runs humanitarian activity.
I understand that the below issues were directly connected with murder case of my daughter:
- Who did arrange visa issue for my daughter while she visited in French?
- Who was attending in the trip to French and what did they do?
If it could make clear those issues, they would understand every thing. Why is there so much force and influence in the case? Because there was a serious issue. Thus they destroyed my daughter.
Unfortunately, they pressed down Mr.Raja Petra’s statement. I think this issue needs to get attention from international human right organizations.
He (RPK) shouldn’t be a victim of politic for justice. It would be justice if they release Mr.Raja Petra.
As we are, all Mongolian worry for him and his justice, we lack of information on truth and situation.
Signed:
Mongolian citizen:Shaariibuu Setev
06.Oct.2008
Dalam surat tersebut, Dr. Shaariibuu turut mempersoalkan tentang siapakah yang menguruskan visa Altantuya untuk ke Perancis. Selain daripada itu beliau merasakan bahawa RPK menjadi mangsa ISA kerana membongkar pengelibatan pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Diharap teman-teman penulis blog yang bersimpati kepada RPK dapat turut menyiarkan surat ini diblog masing-masing.
Mansuhkan ISA!!!
20 September 2008
Dari Bangsar Utama: Saya sokong Teresa Kok saman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo

Syukur…. Teresa Kok telah dibebaskan.Selepas tujuh hari ditahan, polis membebaskannya oleh kerana tidak ada sebab lagi untuk menahannya.
Ini bukti bahawa ISA digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk melindungi kesejahteraan politik Barisan Nasional dan bukan bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam.
Teresa Kok mahu menyaman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo diatas penahanan beliau. Klik disini.
Saya sokong. Ketiga-tiga pihak ini memang patut disaman dan diheret ke mahkamah.
Kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo memang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan kaum.
Untuk mengajar lagi ketiga-tiga pihak yang jahat ini, saya cadangkan agar Teresa Kok dan Pakatan Rakyat membawa isu ISA ini ke mahkamah pengadilan antarabangsa di The Hague.
Kerajaan Malaysia telah menggunakan ISA untuk mengekalkan kuasa mereka selama berpuluh tahun lamanya.
Masa telah tiba untuk mengajar mereka.
Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan tentang konspirasi liwat terhadap Anwar Ibrahim masih lagi merengkok dalam tahanan ISA.
Protes dan perjuangan untuk membebaskan beliau harus diteruskan. Begitu juga dengan tahanan-tahanan ISA lain yang menderita selama bertahun-tahun lamanya di Kem Tahanan Kamunting.
Mereka berhak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah jika benar-benar bersalah.
Tidak ada bezanya kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional dengan Imperialis Amerika Syarikat yang telah memenjarakan ramai orang tanpa bicara di Guantanamo Bay.
ISA adalah musuh negara. ISA adalah warisan penjajah British. Umno dan BN mahu mempertahankan ISA kerana mereka dahulu adalah boneka penjajah British.
Islam pula diperalatkan oleh regim Abdullah-Najib untuk mengekalkan kuasa. Islam digunakan untuk memenjarakan Raja Petra dan Teresa Kok untuk survival politik BN.
Sedangkan regim Abdullah - Najib memenjarakan kumpulan-kumpulan Islam seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI) untuk menyokong kempen “perang anti-terorisme” George Bush.
Tidakkah anda melihat pembohongan mereka?
17 September 2008
Dari Bangsar Utama: Solidariti untuk Sheih Kickdefella

kemaskiniMenurut seorang teman di Kota Bharu, Sheih bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPDKB) semalam.
Berlaku perselisihan diantara Polis Bukit Aman dan Polis Negeri Kelantan. Semalam, Timbalan Ketua Polis Kelantan menyatakan bahawa Polis Kelantan tidak tahu menahu mengenai penahanan Syed Azidi. Manakala Timbalan Ketua Polis Negara pula mengesahkan penahanan blogger tersebut.
Pagi ini Polis seharusnya mendapat mendapatkan perintah reman di mahkamah Kota Bharu. Kebiasaanya, pesalah akan dibawa ke mahkamah oleh polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi kerja-kerja soal siasat dijalankan.
Akan tetapi sehingga jam 12 pm, Sheih belum lagi di bawa ke mahkamah. Tempoh maxima tahanan tanpa reman tamat jam 5 petang ini. Ini satu perkara yang luar dr kebiasaan dan “mungkin” pihak polis menghadapi masalah utk mendapatkan perintah reman tersebut.
Kita tunggu dan lihat…..
Laporan terkini akan menyusul….
Posting Asal
Sebagai satu tindakan protes diatas penahanan Syed Azidi Syed Aziz @ Kickdefella, satu perhimpunan “membakar lilin” akan dianjurkan di hadapan Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman pada pukul 8.30 malam ini (18 September 2008).
Perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Ia hanyalah bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada blogger Kickdefella dan membantah tindakan kerajaan Malaysia menggunakan Akta hasutan sebagai satu cara untuk membungkam kebebasan bersuara.
Program ini adalah anjuran teman-teman Kickdefella yang tidak bersetuju dengan penahanan ini.
Sila hadir beramai-ramai untuk menyatakan sokongan. Bawa lilin banyak-banyak…..
30 Julai 2008
Dari Bangsar Utama: Jangan terpengaruh dengan provokasi “Uncle Pet”

Beliau tahu, cabarannya akan menyebabkan ramai orang marah dan jika rakyat bertindak diluar batasan undang-undang, sudah pasti tidak ada sesiapa yang boleh membantunya termasuklah Perdana Menteri, Timbalannya, menantu Perdana Menteri, “budak-budak” tingkat empat, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.“Uncle Pet”, pakcik kepada Saiful Bukhari yang mengaku kononnya “diliwat” oleh Anwar Ibrahim hari ini mencabar “Raja Pet” untuk “bertumbuk” dengannya dimana-mana gelanggang. Lihat video dari Malaysiakini diatas.
Beliau tahu, cabarannya akan menyebabkan ramai orang marah dan jika rakyat bertindak diluar batasan undang-undang, sudah pasti tidak ada sesiapa yang boleh membantunya termasuklah Perdana Menteri, Timbalannya, menantu Perdana Menteri, “budak-budak” tingkat empat, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
Tetapi mengapa beliau mencabar dengan gaya yang pasti menyebabkan ramai orang ingin melempangnya?
Jawapannya mudah.
Ini adalah satu tindakan provokasi.
Provokasi ini bukan ditujukan kepada Raja Petra kerana umum sudah mengetahui bahawa Polis pun sudah tidak mampu untuk mengekang penggendali laman web Malaysia Today itu. Provokasi ini ditujukan kepada penyokong-penyokong Reformasi dan Pakatan Rakyat.
“Uncle Pet” ini hanyalah umpan sama seperti anak buahnya Saiful Bukhari. Konspirator mahu kekerasan digunakan terhadap umpan mereka agar mereka boleh mengalihkan isu “penipuan tuduhan liwat” kepada isu keganasan penyokong Reformasi dan Pakatan Rakyat.
Jadi semua yang marah dengan “cabaran” Uncle Pet diminta bertenang. Sabar…. Jangan dilayan “Cacing Umpan” ini. Jangan terperangkap dengan “permainan lama” yang sering dimainkan ini. Ingat, SB-SB dibelakang “Uncle Pet”!
Dari Bangsar Utama: PDRM hilang kredibiliti…. Bubarkan sajalah…..

Sekarang tahulah kita sebabnya mengapa polis berkeras untuk tidak menyerahkan laporan polis yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar. Ini adalah kerana, laporan polis yang dibuat masih belum siap. Ini adalah satu lagi episod konspirasi politik terhadap Ketua Umum KeAdilan itu.Semalam negara gempar lagi. Gempar kerana laporan doktor dari Pusrawi yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari tidak mempunyai sebarang kesan diliwat.
Sekarang tahulah kita sebabnya mengapa polis berkeras untuk tidak menyerahkan laporan polis yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar. Ini adalah kerana, laporan polis yang dibuat masih belum siap. Ini adalah satu lagi episod konspirasi politik terhadap Ketua Umum KeAdilan itu.
Hilang wibabwa PDRM. PDRM yang seharusnya menjaga keselamatan rakyat kini telah menjadi “budak suruhan” Barisan Nasional. Tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan PDRM melainkan membubarkannya sahaja dan tubuhkan pasukan polis yang baru.
Suara Keadilan Online semalam menyiarkan berita dan laporan perubatan tersebut. Lihat sini.
