oleh Zulfikar Samsuri
Anak buah B. Sathianathan yang dibarisi pemain bawah 23 telah berjaya menewaskan pasukan Myanmar, 3 - 1. Permainan jelas seimbang, dengan beberapa cubaan pemain Myanmar berjaya mencemaskan kira-kira 40 ribu penyokong Malaysia di Stadium Shah Alam dan penonton-penonton siaran secara langsung di rumah.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Zaquan Adha Abd Razak pada minit ke 12, satu gol sendiri oleh pemain Myanmar iaitu Aung Myo Thant pada minit ke 56 dan satu lagi gol hasil jaringan Safee Sali pada minit ke 60. Sementara gol untuk Myanmar pula disumbangkan oleh Tun Tun Winpada minit ke 73.
Kemenangan tersebut berjaya mengakhiri penantian selama 14 tahun pasukan bolasepak negara. Kali terakhir negara memenangi kejuaraan tersebut ialah pada tahun 1993, dengan menewaskan Korea Selatan B, dengan jumlah juga 3 - 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan