Oleh Zulfikar Samsuri
Ada hikmahnya lagu Negarakuku oleh Namewee menjadi kontroversi. Lagu tersebut dan semangat patriotisme rakyat negara ini diperdebatkan, dihujahkan serta dibahaskan dengan panjang lebar lagi teliti seperti yang berlaku pada malam Isnin lepas di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
Sdr Amir Sari (Naib Angkatan Muda PKR), Sdr Khalid Jaafar (Ahli Majlis Pimpinan Tinggi PKR), Sdr Amin Idris (Aktivis Mahasiswa), Sdr Hishamudin Rais (Kolumnis di Malaysiakini.com dan pengarah filem) dan dipengerusikan oleh Sdr Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) bersama-sama memperbahaskan tentang lagu 'Negarakuku oleh Namewee' ini.
Forum itu adalah anjuran Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat.
Terdahulu, Amir Sari yang juga Naib Ketua Angkatan Muda PKR, menyatakan dalam kenyataannya, "AMK menyeru agar anak muda ini tidak diambil tindakan, sebaliknya kerajaan dan masyarakat harus dengan segera membetulkan kegelisahan Namewee dan generasinya."
Beliau menyatakan lagi, "AMK menyarankan agar perkara ini dilihat secara keseluruhan konteksnya dari terus menyerang dan membingkaikan anak muda tersebut sebagai pengkhianat dan musuh negara." Seluruh masyarakat terutamanya parti pemerintah, terus menghukumnya tanpa perlu diadili lagi.
Manakala Sdr Hishammudin Rais secara ringkasnya pula berpendapat bahawa projek untuk menjadikan bangsa Malaysia sebagai gagal. Pendapatnya itu dikongsi oleh rakan panelis Sdr Khalid Jaafar, cuma rakannya itu berbunyi agak lembut sedikit. Projek bangsa Malaysia sudah lari dari tujuan asal. Tambahnya lagi, seperti tersiar di elizabethwong.wordpress.com, "…[k]ita harus membangunkan semula mimpi ...impian... We will not be judged by the colour of our skin but the content of our character."
Namun, seperti yang dilaporkan oleh Suara Keadilan Online, "kesemua panelis sepakat bahawa penyanyi Negarakuku, Wee Meng Chee tidak menghina lagu kebangsaan sebaliknya beliau adalah seorang yang patriotik."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan