Memaparkan catatan dengan label penarik beca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penarik beca. Papar semua catatan

09 Ogos 2008

Kenduri kesyukuran untuk brader Bakaq

All right! Brader Bakaq pun dah lepas tapi mungkin ramai dari kita yang masih tak tau hujung pangkal apa yang berlaku. Kita pun tak tau lepas ni, sapa pulak yang kena. Aku dok rasa, kalau BN makin teruk, mungkin depa akan lebih kelam kabut. Masa tu, depa tak peduli dah, mungkin sapu saja sapa yang ada.

Bila ramai member-member yang cadangkan kita lakukan sesuatu, memang patut kita buat sesuatu. Apa yang perlu dibuat, kita boleh bincang sama-sama. Tapi bila? kat mana? Macam mana?

Nak kumpul bloggers ni pun satu hal. Satu Kuala Lumpur, satu Kuala Krau, satu Kuala Kangsar. Jadi aku pakat dengan member kat Permatang Pauh, kot-kot boleh organise satu perjumpaan diantara bloggers. Dan dia pun bersetuju. Dan dia sedang mencari tempat yang sesuai, nak cari orang bancuh teh, cari orang buat roti jala.


Agenda utama ialah doa kesyukuran brader Bakaq dah bebas dan kita minta brader Bakaq hadir untuk jadi penceramah utama.Lepas tu, kita lantik sorang fasilitator, dan bincang la apa yang patut dibuat. Jangan jadi macam mesyuarat cawangan Umno dah la.



OK, tentatively, majlis tu akan dibuat seperti berikut.

Tarikh: 16.8.08
Masa: 4 petang (seebelah pagi, kita tengok Hari Pencalonan Pilihanraya Permatang Pauh)
Tempat: akan diberitahu kemudian.


Ini cuma cadangan, dan kalau ada idea-idea lain, tolong bagi tau. Dan sapa-sapa yang boleh hadir, minta confirm kehadiran. Takut nanti, buat kuah roti jala sebelanga, yang datang berduyun.

08 Ogos 2008

Bakaq a.k.a Penarik Beca bebas

Abdul Rahim Sabri (malaysiakini)

Penulis blog Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan sejak kelmarin kerana menggantikan kepala harimau dengan "kepala anjing" di lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lamannya dijangka akan dibebaskan jam 4 petang ini.


Isterinya memberitahu Malaysiakini sebentar tadi, jika wartawan sambilan itu memberikan kerjasama dalam siasatan polis, beliau akan dibebaskan daripada tahanan di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur.

Abu Bakar, yang juga dikenali Bakar Haq, popular dengan kelantangannya mengupas isu-isu politik di blog nya 'Penarik Beca' (www.penarikbeca.blogspot.com).

Ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata gambar anjing pada lambang PDRM "satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis".

Beliau dilaporkan berkata, polis yang memandang serius cubaan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencemar imej dan kredibiliti pasukan itu.

Menurut Bernama, penulis blog itu ditahan di rumahnya pada pukul 10 malam di Taman Koperasi Polis, Gombak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Penulis itu kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian berkenaan hingga saat ini.

Semalam polis mereman Abu Bakar untuk sehari bagi melanjutkan siasatan tersebut.

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.

Peguamnya Mohamed Hanipa Maidin semalam berkata, penahanan Abu Bakar mungkin bermotifkan politik dan untuk menakut-nakutkan penulis blog.

Peguam itu menambah, penahanan tersebut bertentangan dengan janji perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewujudkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

07 Ogos 2008

Solidariti untuk Bakaq a.k.a Penarik Beca

Pagi-pagi lagi aku dapat tahu dari Perisik Rakyat, brader Bakaq kita kena tangkap. Dari apa yang aku tahu, dia kena tangkap pasai menghasut. Hasut apa? Hasut suruh orang merusuh? Berdemo? Kalau hasut orang suruh tolak Umno..ada la... Yang tu, aku pun buat.

Memang patut pun kalau suruh orang tolak Umno sebab perangai depa makin lama dah jadi macam binatang. Tak dak akai.

Ramai member-member bagi tau kat aku suruh slow sikit... hati-hati. Come on , brader! ini masa untuk kita terus melawan. Dan kali ini, jangan harap blogger kutu berahak saja yang lawan, manakala kerajaan PR buat tak tau pulak!

Baru dua tiga hari sudah, aku dok bersembang dengan kepimpinan PR Perak. Sebelum pilihanraya ke12 dulu, blogger kutu berahak ni la yang banyak membantu PR menumbangkan Umno. Blogger kutu berahak ni la yang peghabih duit simpanan, gadai gelang bini, untuk membantu PR. Tapi bila dah menang, sapa pun tak pandang blogger kutu berahak macam kami!
Pada 29/6 lalu, PKR menganjurkan Ceramah Ketuanan Rakyat kat Stadium Perak. Anwar sepatutnya hadir diceramah tersebut tapi dah kena tuduh pulak. Nasib baik Nik Aziz dapat cover.

Dulu, kalau ada mesej yang nak disampaikan, blogger la yang tolong sampaikan, tapi bila menang, ada panggil blogger bila buat sidang media? Sebaliknya depa panggil NST, Star, semua akhbar MSM. Suratkhabar ni ada buat promosi ka? haram tak dak.. Yang dok tolong promosi ialah blogger yang tak diundang.

Bila tiba malam ceramah, ada pemberita Harakah yang aku kenal datang jumpa aku mengadu sebab tak dibenarkan masuk, pasai tak ada kad media. Aku sendiri tak dibenarkan masuk kegrandstand untuk tangkap gambar! Sedangkan reporter dari akhbar-akhbar BN seronok duduk ambil gambar kat grandstand. Aku yang duduk dalam jawatankuasa sambutan pun tak boleh masuk!

Esoknya, ada cerita yang keluar dalam NST? Star? Berita Harian? Yang keluar hanyalah cerita-cerita dari blogger yang terpaksa merempat.

Tak cukup dengan itu, ada pemimpin PR yang menuduh blogger sebagai tukang fitnah, tukang hasut. Apa salah Bakaq? Pasai dia tentang muzakarah Pas -Umno? Yang tu aku pun buat. Apakah pasai dia kritik kepimpinan dia, maka dia dikatakan menghasut?
Pemimpin PR mesti buat sesuatu. Aku nak tengok sama ada kepimpinan PR akan bantu Bakaq atau nak jadikan Bakaq seteru depa. Kalau kepimpinan PR buat tak tau saja kat Bakaq, aku pun akan buat tak tau kat hangpa.

Pada bloggers yang lain, ini masa kita untuk bantu brader kita. Sapa yang ada maklumat, tolong sebarkan. Kita kena buat sesuatu untuk bantu brader Bakaq.