09 Ogos 2008

Kenduri kesyukuran untuk brader Bakaq

All right! Brader Bakaq pun dah lepas tapi mungkin ramai dari kita yang masih tak tau hujung pangkal apa yang berlaku. Kita pun tak tau lepas ni, sapa pulak yang kena. Aku dok rasa, kalau BN makin teruk, mungkin depa akan lebih kelam kabut. Masa tu, depa tak peduli dah, mungkin sapu saja sapa yang ada.

Bila ramai member-member yang cadangkan kita lakukan sesuatu, memang patut kita buat sesuatu. Apa yang perlu dibuat, kita boleh bincang sama-sama. Tapi bila? kat mana? Macam mana?

Nak kumpul bloggers ni pun satu hal. Satu Kuala Lumpur, satu Kuala Krau, satu Kuala Kangsar. Jadi aku pakat dengan member kat Permatang Pauh, kot-kot boleh organise satu perjumpaan diantara bloggers. Dan dia pun bersetuju. Dan dia sedang mencari tempat yang sesuai, nak cari orang bancuh teh, cari orang buat roti jala.


Agenda utama ialah doa kesyukuran brader Bakaq dah bebas dan kita minta brader Bakaq hadir untuk jadi penceramah utama.Lepas tu, kita lantik sorang fasilitator, dan bincang la apa yang patut dibuat. Jangan jadi macam mesyuarat cawangan Umno dah la.



OK, tentatively, majlis tu akan dibuat seperti berikut.

Tarikh: 16.8.08
Masa: 4 petang (seebelah pagi, kita tengok Hari Pencalonan Pilihanraya Permatang Pauh)
Tempat: akan diberitahu kemudian.


Ini cuma cadangan, dan kalau ada idea-idea lain, tolong bagi tau. Dan sapa-sapa yang boleh hadir, minta confirm kehadiran. Takut nanti, buat kuah roti jala sebelanga, yang datang berduyun.

20 ulasan:

Adam Trade berkata...

ana setuju cadangan anta, kebetulan ana di utara, ttg majlis doa selamat utk abg bakaq...dialu-alukan. Dari pertemuan ini, maka bloggers2 hebat dan ternama dapat kita kenali dari perjumpaan. Dapat ana rasakan jika ia jadi, hebat rupa perjumpaannya kelak.

*al-banjari online

TOK PENGULU berkata...

SALAM...

BOLEH JOIN JUGAK NIH... TAPI ROTI JALA KALAU DENGAN KUAH KARI KAMBING LAGI SYOK. PAKAT TONG2 RAMAI2 LER. KALAU HANG BAIK DENGAN MANA2 MENTERI DAPAT SPONSER TEH TARIK DENGAN ROTI JALA OK JUGAK.

matcomot berkata...

bravo......jadi juga akhirnya.laksa penang,nasi beriani restoran hamidiyah jgn lupa!!!nanti aku cuba dgn YB keadilan belah penang...kot boleh dpt sponsor

Topengperak_Xinwugi berkata...

aku on.

mat saman kati berkata...

adam trade,

aku pun mintak macam tu. Lagi ramai lagi bagus.

tok penghulu,

teh tarik dengan roti jala tu, aku rasa dah OK dah,tinggal sapa nak sponsor kambing.Kita cari la...mat comot mungkin ada cable kot.

~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~ berkata...

salam,

ada makan2..?? wow.!! tapi masa penamaan calon tu orang2 PAS sedang bermuktamar sehingga 17hb..apa2 pun semoga majlis kesyukuran ini berjalan lancar..

matcomot berkata...

so far aku dpt sponsor buah langsat dgn laksam.......
MSk update kat aku je brp org yang mai kot aku x dpt online selalu

matcomot berkata...

Updates, 3 am Sunday 10th Aug 2008: According to blogger A Voice, YB Zulkifli Noordin was picked up by the cops about midnight for his role in the protest against the Bar Council forum. In his last posting on Aug 9 at 9.31 pm, the PKR MP for Kulim- Bandar Baharu says it's time a Muslim lawyer heads the Bar Council .........ada maklumat terkini?sohih ke ni

mat saman kati berkata...

Terima kasih ummi,

Aku pun tak teringat Pas ada muktamar. Anyway, member dah pi cari tempat dan tempah pinggan mangkuk.

Mungkin lepas ni, kita buat kat Bagan Datoh pulak.

~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~ berkata...

salm,

nak mai Bagan Datoh leh la makan soto yg tersedap di perak sambil2 dok tgk pekan koboi di bawah kelolaan Zahid Hamidi..hehehe

kalau abg Bakaq dan kak Salwa ada sama kirim salam kat diaorang ekk..
makasih..

bumilangit berkata...

bloggers muda mcm saya pun nak join~

buleh tak buleh?

mat saman kati berkata...

bumi langit,

mana ada blogger tua atau muda.

johar faizal berkata...

Hajat hati nak join sama, tapi apakan daya pada tarikh tersebut ada kenduri adik nikah/kahwin.

Nak juga berjumpa dan berkenalan dengan sahabat2 blogger semua.

Mengharapkan yang terbaik untuk semua, jika memerlukan apa2 sumbangan untuk melancarkan majlis tersebut, sila berikan nombor akaun penganjur/pemegang amanah majlis. Banyak tu takda la..., insyallah untuk sokongan pada perkara yang baik, tidak menjadi masalah.

Terima kasih.

Adam Trade berkata...

alhamdulillah. Syukur, teman harap program ini akan berjalan dgn baik. InsyaAllah, ana akan menyumbangkan dengan ikhlas 500 muffin utara bagi kegunaan meraikan tetamu jemputan ke majlis kelak. Mohon pihak penganjur memberikan alamat tepat bagi proses penghantaran sumbangan kecil dari pihak ADAM TRADE. Ini kerana sumbangan itu akan dihantar dari lokasi yang berlainan dan jauh dari ofis ADAM TRADE. Emailkan alamat tepat dan tel. contact utk dihubungi. Salam perjuangan.

AL-BANJARI Online

mat saman kati berkata...

OK. Tempat semua dah ready. Berapa ramai yang nak datang pun, silakan!

Hos kita ialah Sdr. Zulkifli Ibrahim dan beliau telah meng-update-kan dalam blog dia.

http://malaysiabiz.aloha.blogspot.com. Boleh tengok kat sana dulu. Dan kalau ada pertanyaan, boleh tanya beliau.

mat saman kati berkata...

setakat ni, ada lebih kurang 20 orang dah bagi komitmen untuk hadir. Matcomot dah sponsor laksam untuk 50 orang.

Manjung Mari berkata...

Salam Semua!

Aku bercadang nak pergi juga tapi tengok pada keadaan dulu, sebab pertamanya hari Sabtu tu aku kerja, Sykt aku Sabtu kerja sampai pukul 1.00 tgh. Cuti dah tak ada tinggal 4 hari saja lagi, tak boleh nak ambik sangat takut ada apa-apa kes emergency, Nak amabik MC tak sedap pulak, Acara jam 4.00 ptg tu sempat lagi kalau aku bertolak dati LUmut tapi yang Keduanya pulak Muktamar pun ada.. Tu yang konflik sikit, tak berani nak bagi keputusan boleh hadir atau pun tidak, Hati dan perasaan tu memang teringin sangat nak berjumpa dgn kawan-kawan semua, terutama sekali Mat Comot.. Yang ketiga anak ada dua orang lagi yang bersekolah kat asrama semua balik, tak tau apa program mereka,,,!! tu yang tak berani nak bagi jawapan,,, Kalau pagi sabtu tu bolehkah saya bagi jawapan? Harap-harap tu mungkin dapat keizinan dari Allah S.W.T InsyaAllah,!!

matcomot berkata...

hang ni manjung mcm kenal aku je sblm ni hahhahahaha.minta kat MSK no hp aku

OfficeBoyTingkat4 berkata...

Aku teringin juga nak join.Tapi jauh sgt..tgk la keadaan macam mana.kena confirm betul2 kat mana tempat nak buat.

kulupSakah berkata...

teman lak gi mekah 16-25hb tu..lain kalilah mat!