Oleh: Suhami SaidEseiAda kawan-kawan tanya pandangan saya tentang Ezam Mohd Noor. Saya tak dapat nak jawab sebab saya tak kenal dengan dia. Semasa saya menyertai Parti Keadilan Rakyat di penghujung bulan Julai 2007, si Ezam Mohd Noor ini sudah hampir setahun meninggalkan PKR, dia tak ada parti, dan dia terlibat dengan NGO bernama GERAK.
Apakah kemasukan Ezam kedalam UMNO merugikan KeADILan? tanya kawasn-kawan saya. Saya jawab "Entahlah". Semasa Ezam memimpin Parti Keadilan Rakyat, parti itu hanya menang satu kerusi saja di Permatang Pauh. Bila dia keluar dari PKR, parti itu menang 31 kerusi dan gabungan PKR dengan PAS dan DAP pula berjaya memerintah 5 Negeri di samping memenangi kesemua kecuali satu kerusi-kerusi Parlimen di Kuala Lumpur.
I
ni bererti Ezam Mohd Noor tidak ada sebarang pengaruh didalam parti. Semasa dia pimpin, parti itu lemah, dan semasa dia dah keluar parti, PKR menjadi kuat.
Bolehkah Ezam bawa perubahan di dalam UMNO? Tanya kawan-kawan saya. "Entahlah" jawab saya.
Sebenarnya rakyat dah tolak UMNO, dasarnya menegakkan perkauman sempit tidak ada tempat lagi di Malaysia. Banyak pemimpin-pemimpinnya rasuah, dan usaha membenteras rasuah di dalam UMNO hanya banyak cakap dari tindakan.
Pemimpin-pemimpin UMNO pula mencari kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing tak nampak langsung mahu berhenti dari mencari kepentingan diri sendiri.
Lama juga saya berada di dalam UMNO, tak kurang 4 kali saya menjadi perwakilan ke Kuala Lumpur.
Dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat MT, politik wang terus kekal. Yang kena tangkap ada segelintir, yang tak kena tangkap kini banyak yang menjadi Menteri.
Dari cawangan mereka guna politik wang, sehingga ke Bahagian, sehingga ke MT.
Kalau tak pakai politik wang, orang paling hebat pun tak melepasi jawatan di cawangan.
Saya tengok Sdr Kassim Ahmad, bekas Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Dia ni orang jujur, dia tak cari kepentingan peribadi, dan dia mempunyai prinsip peribadi yang tinggi, tak terlibat dengan politik wang dan tak berkempen untuk apa-apa jawatan didalam UMNO. Peringkat cawangan pun tak lepas!
Seorang lagi yang saya kenal ialah Nakhaie Ahmad. Adalah pencalonan untuknya bertanding MT. Tapi oleh kerana langsung tak terlibat dengan politik wang, dia hanya berjaya kumpulkan jumlah undi yang kecil saja.
Saya kenal 2, 3 orang Menteri. Mereka ni betul-betul guna politik wang. Mereka dapat undi besar. Mereka tak kena tangkap, dan tidak ada tindakan disiplin diambil sebab tak kena tangkap.
Tak kena tangkap bukan bermakna bebas dari rasuah politik. Saya boleh namakan Menteri-Menteri itu, dan saya boleh minta mereka bersumpah atas nama Quran dan mengaku akan masuk neraka jika berbohong; buat sumpah bahawa kamu tidak terlibat politik wang!
Tapi kadang-kadang orang UMNO ni, nak suruh sumpah apa pun mereka sumpah, kerana di dalam Islam Hadhari, tidak ada cerita syorga/neraka, dosa/pahala!
Jadi, Ezam Mohd Noor ni kalau dia tidak ada naik payung terjun, tetapi kena bergerak sebagai ahli biasa dari peringkat bawah, ikut secara jalan bersih, tolak rasuah politik, dia tak akan pergi ke mana-mana.
Nak bawa perubahan dalam UMNO? Jauh api dari panggang.
Yang mungkin berubah ialah dia. Kena ikut UMNO dan bukan UMNO nak kena ikut dia. Tapi malangnya, rakyat dah tolak UMNO!
GERAK, anak kelahiran Ezam. Tidak ada satu kejayaan pun. Konon nak dedah ini dan nak dedah itu. Satu pun tak terdedah, yang terdedah adalah kelemahan dan kegagalan Ezam sendiri! Kesian .. Ezam!
Apakah kemasukan Ezam kedalam UMNO merugikan KeADILan? tanya kawasn-kawan saya. Saya jawab "Entahlah". Semasa Ezam memimpin Parti Keadilan Rakyat, parti itu hanya menang satu kerusi saja di Permatang Pauh. Bila dia keluar dari PKR, parti itu menang 31 kerusi dan gabungan PKR dengan PAS dan DAP pula berjaya memerintah 5 Negeri di samping memenangi kesemua kecuali satu kerusi-kerusi Parlimen di Kuala Lumpur.
I
ni bererti Ezam Mohd Noor tidak ada sebarang pengaruh didalam parti. Semasa dia pimpin, parti itu lemah, dan semasa dia dah keluar parti, PKR menjadi kuat.Bolehkah Ezam bawa perubahan di dalam UMNO? Tanya kawan-kawan saya. "Entahlah" jawab saya.
Sebenarnya rakyat dah tolak UMNO, dasarnya menegakkan perkauman sempit tidak ada tempat lagi di Malaysia. Banyak pemimpin-pemimpinnya rasuah, dan usaha membenteras rasuah di dalam UMNO hanya banyak cakap dari tindakan.
Pemimpin-pemimpin UMNO pula mencari kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing tak nampak langsung mahu berhenti dari mencari kepentingan diri sendiri.
Lama juga saya berada di dalam UMNO, tak kurang 4 kali saya menjadi perwakilan ke Kuala Lumpur.
Dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat MT, politik wang terus kekal. Yang kena tangkap ada segelintir, yang tak kena tangkap kini banyak yang menjadi Menteri.
Dari cawangan mereka guna politik wang, sehingga ke Bahagian, sehingga ke MT.
Kalau tak pakai politik wang, orang paling hebat pun tak melepasi jawatan di cawangan.
Saya tengok Sdr Kassim Ahmad, bekas Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Dia ni orang jujur, dia tak cari kepentingan peribadi, dan dia mempunyai prinsip peribadi yang tinggi, tak terlibat dengan politik wang dan tak berkempen untuk apa-apa jawatan didalam UMNO. Peringkat cawangan pun tak lepas!
Seorang lagi yang saya kenal ialah Nakhaie Ahmad. Adalah pencalonan untuknya bertanding MT. Tapi oleh kerana langsung tak terlibat dengan politik wang, dia hanya berjaya kumpulkan jumlah undi yang kecil saja.
Saya kenal 2, 3 orang Menteri. Mereka ni betul-betul guna politik wang. Mereka dapat undi besar. Mereka tak kena tangkap, dan tidak ada tindakan disiplin diambil sebab tak kena tangkap.
Tak kena tangkap bukan bermakna bebas dari rasuah politik. Saya boleh namakan Menteri-Menteri itu, dan saya boleh minta mereka bersumpah atas nama Quran dan mengaku akan masuk neraka jika berbohong; buat sumpah bahawa kamu tidak terlibat politik wang!
Tapi kadang-kadang orang UMNO ni, nak suruh sumpah apa pun mereka sumpah, kerana di dalam Islam Hadhari, tidak ada cerita syorga/neraka, dosa/pahala!
Jadi, Ezam Mohd Noor ni kalau dia tidak ada naik payung terjun, tetapi kena bergerak sebagai ahli biasa dari peringkat bawah, ikut secara jalan bersih, tolak rasuah politik, dia tak akan pergi ke mana-mana.
Nak bawa perubahan dalam UMNO? Jauh api dari panggang.
Yang mungkin berubah ialah dia. Kena ikut UMNO dan bukan UMNO nak kena ikut dia. Tapi malangnya, rakyat dah tolak UMNO!GERAK, anak kelahiran Ezam. Tidak ada satu kejayaan pun. Konon nak dedah ini dan nak dedah itu. Satu pun tak terdedah, yang terdedah adalah kelemahan dan kegagalan Ezam sendiri! Kesian .. Ezam!













