Memaparkan catatan dengan label suhaimi said. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suhaimi said. Papar semua catatan

24 November 2008

Fitnah - Pendekar bela Penghulu

Oleh Suhaimi Said

Alhamdulillah Pendekar sudah dibebaskan dari tuduhan membunuh Janda Kg Mongo. Semua orang tahu bahawa Pendekar tidak bersalah dan tak sepatutnya didapati bersalah.

Tetapi semua orang mengsyakki bahawa Penghululah yang bersalah. Pendekar pun tahu Penghulu yang bersalah, tetapi kesetiaan Pendekar kepada Penghulu bukanlah alang kepalang, taatsetia yang sanggup menggadai nyawa.

Apatah lagi kini Pendekar sudah bebas. Semua orang tahu bahawa Pendekar bebas oleh kerana campur tangan Penghulu. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Penekar bebas, maka takkan nak biarkan Penghulu terus disyakki. Maka Pendekar mengeluarkan kenyataan bahawa Penghulu hanya difitnah, cukuplah permainan fitnah itu, Penghulu tak bersalah, kata Pendekar.

Maka tinggallah 2 orang sentri. Apa akan berlaku kepada 2 sentri itu. Kalau mereka didapati tak bersalah, maka Janda Kg Mongo itu mati tanpa pembunuh. Tiada siapa membunuhnya, tiada siapa yang mencincangnya sampai lumat. Hanya dia mati dibunuh dan tubuhbadannya dicincang sampai lumat.

2 orang sentri ini tak pernah kenal dengan Janda Kg Mongo. Tak pernah tahu pun kewujudan Janda Kg Mongo tu. Tak pernah berjumpa semasa hidup sehingga matinya Janda Kg Mongo itu. Tak pernah ada hubungan sosial ataupun hubungan perniagaan.

Tak ada sebab langsung 2 sentri itu nak mumbunuh Janda Kg Mongo itu. Hai...apalah nasib. Penghulu dapat sedap, Penghulu dapat duit, tapi 2 sentri yang nak kena tanggung! Ada berita mengatakan 2 sentri itu akan lepas juga akhirnya diatas
campurtangan penghulu. Mungkin akan lepas apabila selesai perbicaraan.

Mungkin juga setelah dijatuhkan hukuman, kedua-duanya akan diampunkan. Tapi kesahihan cerita itu tidak dapat ditentukan. Pendekar yang membela Penghulu itu sudah lepas. Tetapi diantara Pendekar dan 2 sentri itu, hanya Pendekar saja yang mengenali Janda Kg Mongo. Bahkan Pendekar tu sudah banyak kali meniduri Janda Kg Mongo itu. Mereka pernah bersama di Kg Paiwan, di Kg Hang Kiong, di Kg Taris
dan beberapa kampong lagi.

Bahkan Pendekar juga ada hak kepada komisyen jual tanah itu yang akan diagih-agihkan oleh Penghulu. Tetapi kalau dia boleh bebas atas permainan Penghulu, tentulah 2 sentri yang tak pernah kenal Janda Kg Mongo itu akan bebas juga.

Tetapi jangan terlalu yakin. Penghulu sudah terlepas, orang kananya, Pendekar pun sudah lepas, peduli apa kepada 2 sentri itu. Cerita ini belum tamat dan perkembangannya akan kita ikuti segerusnya.

31 Oktober 2008

Tok 4 didapati tidak bersalah

Oleh Suhaimi Said

Rioh rendahlah di Balairong Seri apabila Tok 4 didapat tidak bersalah didalam pembunuhan janda anak dua dari kampong sebelah. Janda anak dua itu dibunuh dengan kejam, tangan kaki ditetas macam tali dan dibuang entah kemana; kedua-dua telinganya hilang; hidungnya jadi telopong; lehernya dipotong dan bercerailah antara kepala dan badan; badannya dicincang halus-halus, dan tidak apa yang tinggal
untuk dikenali.

Tetapi cincin, rantai leher dan jam tangannya dijumpai dirumah Mamat. Maka tertangkaplah Mamat, dan hasil siasatan, Zali dituduh bersama Mamat manakala Hashim dituduh bersubahat.

Puncanya amatlah tidak berpatutan. Janda anak dua itu membantu Tok Penghulu didalam usaha menjualkan tanah kepunyaan Tok Pawang kampong sebelah. Hasil dari jualan itu Tok Penghulu memperolehi RM15,000.00 sebagai komisyen; dijanjikan dari jumlah itu Janda anak dua berhak kepada RM500.00.

Ingin bertemulah Janda anak dua itu dengan Tok Penghulu, tetapi amat sukar kerana jawatan itu besar dan kalau ingin berjmpa pun mestilah di KFC di luar Negeri, sekurang-urangnya di Singapura, kalau tidak di Taiwan.

Maka berjumpalah Janda anak dua itu dengan anak buah Penghulu bernama Hashim. Memang mereka dapat berjumpa, tetapi Hashim pun tak berupaya untuk membayarkan komisyen bahagian Janda anak dua itu kerana yang mendapat komisyen itu ialah Penghulu.

Melalui kuasa yang ada sedikit kepadanya, Hashim berbincanglah dengan Mamat dan Zali, dan dipintalah Mamat dan Zali supaya menghindarkan Janda anak dua itu menemuinya atau Penghulu. Entah angkara siapa, Mamat dan Zali dilibatkan membunuh Janda anak dua, dan dari siasatan yang dijalankan Mamat dan Zalilah yang membunuh
Janda anak dua dengan Hashim dituduh bersubahat.

Senjata yang digunakan untuk pembunuhan itu diambil dari setor rumah Penghulu, bagaimana senjata itu jatuh ketangan Mamat dan Zali, tiada siasatan dibuat.
Didalam perbicaraan yang berlangsung beberapa bulan, Hashim dilepaskan dari tuduhan; tidak ada kes untuknya dilibatkan.

Mamat dan Zali dikehendakki membela diri, dan kalau didapati bersalah akan dihukum sampai mati. Kesian kepada Mamat dan Zali; kedua-duanya adalah kakitangan Penghulu,
tetapi tidak ada sebab atau motif untuk mereka membunuh. Sebelum kejadian itu mereka tak kenal pun Janda anak dua itu. Mereka tidak ada kuasa pun nak ambil senjata milik Penghulu. Janda anak dua itu tidak pernah menykitkan hati Mamat dan Zali, dan Mamat dan Zali pun tak pernah menyakitkan hati Janda anak dua.

Tetapi ada juga cerita dari Tok 4 kampong sebelah bahawa Penghulu ini pernah meniduri Janda anak dua itu; maka selain dari wang komisyen yang Penghulu itu terhutang; Penghulu itu juga takut rahsianya meniduri Janda anak dua itu diketahui umum, lebih-lebih lagi oleh isterinya yang gemuk gedempul itu.

Orang kampong berkata Penghulu itu yang terlibat dalam pembunuhan; tapi Penghulu lagi bijak; siapa berani usik dia; dia adalah manusia terkuat di Mukim itu. Ada juga anak buah yang membuat tuduhan, maka anak buah itu dipasung tanpa bicara; dan ada juga anak buah yang buat surat menuduh Penghulu; anak buah itu telah "dihilangkan" entah kemana.

Tak tahulah cerita seterusnya dan apakah nasib yang menimpa si Mamat dan Zali; alangkah aniayanya jika mereka berdua akan didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung sampai mati.

Alhamdulillahlah, Hashim sudah terlepas; dia tidak bersalah dan telah terbukti tidak bersalah; tetapi takkanlah kesalahan itu perlu dipikul oleh Mamat dan Zali.

(Cerita ini berlaku dizaman sebelum kemasukan Jepun ke Malaya, dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang mati)


26 Oktober 2008

PAS kena tuntut balik Pasir Mas

Oleh Suhaimi Said
















Apabila diumumkan bahawa Ibrahim Ali menang didalam Pilehanraya Umum 2008 yang lalu ramai rakan-rakan merasakan bahawa beliau boleh memainkan peranan yang positif untuk memantapkan Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat). Rakan-rakan berpandangan sedemikian ini kerana beliau menang diatas tiket PAS.

Apabila PAS bersetuju menganggotai Pakatan Rakyat bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) dengan 82 orang keseluruhan Ahli-Ahli Parlimennya, maka sudah tentulah peranan yang boleh dimainkan oleh Ibrahim Ali adalah peranan yang bermakna.

Ada kawan-kawan merasa agak sedikit keciwa kerana Mohamed Sabu gagal memasukki Parlimen kali ini, dan jika ayam sabung PAS itu menang, maka suasana didalam sidang Parlimen tentulah akan menjadi lebih riuh lagi. Dan mereka mengharapkan Ibrahim Alilah yang boleh menggantikan tempat Mohamed Sabu.

Harapan mereka menjadi meleset apabila pada permulaan sidang Parlimen untuk memileh seorang Timbalan Speaker, undi yang diperolehi Tan Seng Giaw untuk jawatan itu kurang satu undi dari keseluruhan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang dan Barisan Nasional bertambah dengan satu undi.

Jari-jari menunding kepada Ibrahim Ali yang bermain kayu tiga, tetapi Ibrahim Ali tidak mahu menyatakan benar atau tidak. Tetapi kini tidak perlu bermain teka-teki lagi, Ibrahim Ali sudah secara terang-terangan menentang Pakatan Rakyat dan menyebelahi Barisan Nasional.

Ibrahim Ali telah digugurkan daripada calon Barisan Nasional oleh UMNO pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi Ibrahim Ali tetap mendekati bekas Presiden UMNO, Dr Mahathir Mohamed. Begitu rapat Ibrahim dengan Dr Mahathir dapatlah dinilai semasa Mahathir disembur dengan gas penyembur nyamuk di Kota Bharu, Ibrahim juga ada bersama Mahathir.

Zaman kekuasaan Abdullah Ahmad Badawi secara teknikal dan praktikalnya sudah berakhir. UMNO kini kembali ketangan puak-puak yang menyokong Mahathir dengan dipimpin oleh Najib Tun Razak. Ibrahim Ali tidak pernah berselisih faham dengan UMNO pimpinan Mahathir dan apabila UMNO kini kembali dikuasai oleh puak-puak
pro-Mahathir, maka Ibrahim Ali merasakan bahawa beliau akan dan boleh
hidup semula didalam UMNO.

Ibrahim Ali telah memainkan peranannya untuk mendekatkan PAS kepada Dr. Mahathir. Buat beberapa tahun, ramai juga dari kalangan pimpinan PAS yang tampak berbaik dengan Mahathir hasil dari usaha yang didatangkan oleh Ibrahim Ali, dan Harakah sendiri telah memuatkan berita-berita Mahathir seolah-olah akan ujud satu kerjasama diantara PAS dengan Mahathir.

Abdullah Ahmad Badawi kerapkali dikeciwakan oleh ahli-ahli UMNO sendiri didalam usahanya menyatukan UMNO kerana faktor Mahathir. Dan pihak-pihak tertentu didalam PAS seolah-olah telah melupakan kezaliman Mahathir yang telah menahan aktivis-aktivis PAS dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri walaupun Mahathir sendiri tidak pernah memohon maaf kepada PAS kerana kezalimannya itu.

Dengan Najib menjadi pucuk pimpinan UMNO, Ibrahim Ali memandang kehadapan untuk bersama-sama UMNO kembali, tetapi kembalinya Ibrahim Ali kepada UMNO kali ini adalah secara berseorangan dia, kerana penyokong-penyokongnya yang sama-sama mempertahankan Ibrahim Ali semasa diketepikan oleh UMNO dulu sudah membuat pilehan sendiri, dan
apa yang kita dengar bahawa mereka itu sudah pun menyertai PAS.

PAS tidak perlu berdiam diri lagi. Parti itu kena nyatakan dengan jelas bahawa PAS tidak menyenangi Ibrahim Ali, dan oleh kerana Ibrahim Ali menjadi Ahli Parlimen melalui tiket PAS, maka PAS kena pinta Ibrahim Ali mengembalikan kerusi Pasir Mas itu kepada PAS.

Sikap Ibrahim Ali terhadap Anwar Ibrahim, Teresa Kok dan ISA tidak perlu dibincangkan lagi, kerana Ibrahim dari segi semangatnya adalah orang UMNO dan sebagai orang UMNO sudah tentu isu-isu yang menyemarakkan Pakatan Rakyat akan ditentang oleh Ibrahim Ali.

Maka terserahlah kepada PAS untuk membuat perhetungan dengan Ibrahim Ali!

21 September 2008

Geng kedai Lintang

Oleh: Suhaimi Said

Semasa umur saya menghampiri 6 tahun, saya sudah ada geng - Geng Kedai Lintang. Kedai Lintang Temerloh adalah sederet kedai yang dimiliki oleh orang Kampar; Sudirman Haji Arshad tinggal di situ, ayahnya Haji Arshad adalah pemimpin kecil UMNO, seorang Ahli Majlis Bandaran; tetapi kebanyakan pekedai-pekedai disitu adalah anggota Partai Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam.

Geng Kedai Lintang ini terdiri daripada anak-anak Kampar, anak-anak Cina dari Kg Baru Cina, dan anak-anak Cina dari Jalan Ibrahim dan Jalan Abu Bakar, serta anak-anak Melayu dan Kelantan yang tinggal di rumah-rumah rakit Kuala Semantan, dan anak-anak Melayu dari Kg Bukit Pak Silap. Anak-anak Kampar dari Batu Satu, kekadang ikut sekali. Anak-anak India dari Kaman JKR di luar Jalan Abu Bakar yang sekarang
ini dikenali Jalan Ahmad Shah turut sama.

Saya tinggal di rumah rakit, tetapi oleh kerana ayah saya bekerja sebagai tukang masak di Kedai Makan kepunyaan Haji Amin di Jalan Abu Bakar, saya lebih merapati Kedai Lintang di Jalan Ibrahim. Kumpulan Geng ini ramai. Petang-petang kami berkumpul di tepi Sg Semantan, di Kuala Semantan. Kami mandi-mandi hingga air penuh masuk di dalam telinga dan merah-merah mata.

Malam-malam berkumpul di tepi kedai-kedai makan yang ada di Jalan Ibrahim. Malam Selasa (kalau tak silap) kami pergi ke Kem Askar berdekatan Bandar Temerloh (sekarang ini terdapat Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh), kerana setiap malam Selasa ada pertunjukan wayang gambar di Kem itu. Cerita yang kami minat ialah cerita perang, Tarzan dan Cowboy.

Geng Kedai Lintang ini tidak sehaluan dengan geng-geng dari Kg Bangau, Kg Buntut Pulau dan Seberang Temerloh. Kalau bertemu, maka berlakulah gelanggang "bertumbuk", binjol-binjol kena. Sebenarnya, kami tak pandai bertumbuk kerana kami tak belajar silat, sedangkan anak-anak Buntut Pulau, Pangsenam, Seberang Temerloh, Bangau dan lain-lain kampong tu, mereka belajar bersilat.

Satu hari saya bersama kawan-kawan dari Geng Kedai Lintang, anak Kampar, anak Melayu dan Cina. 5, 6 orang; kami menyeberang, Sg Semantan secara berenang, dan mandi di Tg Keramat di sebelah Sg Pahang.

Tiba-tiba datang Geng Bangau serang kami; saya kena sebiji atas mata; benjol besar! Balik kerumah, ayah tanya, kena apa? Saya tak jawab. Dia taulah yang saya dah bertumbuk. Dia bagi lagi dengan 5, 6 kali sebat.

Lain kali jangan bergaduh, bodoh, katanya. Geng Kedai Lintang kami sangat rapat dari kecil hinggalah sekarang. Sekarang pun, masing-masing dah tua, semuanya 60 tahun keatas; ramai dah meninggal dunia, yang lain-lan dah berpindah ke merata tempat di
negeri-negeri lain. Tetapi yang tinggal di Temerloh, seperti Hamid, Wahab, Big Boon, kalau kami berjumpa amatlah mesra. Geng kami itu ada Cina, ada Melayu, ada Kampar dan ada India.

Rupa-rupanya pergaulan masa kecil itu amat penting; walaupun kami dari kaum yang berbeza, kami tidak pernah kekok didalam hubungan persahabatan diantara kami, tak kira Melayu, Cina, India atau Kampar. Bila UMNO, MCA dan MIC memainkan "racism", kami rasa benda tu pelik. Apa hal nak ber-perkauman ni? Kalau berjuang bersama-sama, yang susah ditolong, yang kaya beri pertolongan, kan itu lagi bagus?

Rupa-rupanya UMNO, MCA dan MIC ni mereka tu gila kuasa! Mereka dapat kuasa kerana mereka gunakan sentimen kaum. Sekarang ni, mari kita pulak dapatkan kuasa dengan kekuatan PERPADUAN KAUM. Lagi kokoh, lagi kuat, lagi real. Kita tolak semua parti berasas kaum, dan kita bina parti yang berpadu kaum! PKR? PR? Ya, itulah jawapannya!

16 September 2008

DEKLARASI KELANA JAYA!

Oleh: Suhaimi Said

Bagi saya, Perhimpunan 30,000 rakyat di Stadium Kelana Jaya pada 15hb September 2008 dengan setiap seorang mengibarkan Bendera Malaysia adalah suatu peristiwa yang sepadan dengan Sambutan Hari Malaysia yang gagah.

Kehadiran pimpinan PAKATAN RAKYAT disambut dengan kibaran Bendera Malaysia memberangsangkan setiap yang hadir sebagai tanda bahawa semangat patriotisme Malaysia kini sedang diperbaharui diatas landasan yang kukuh dan berpandu kepada sejarah.

31hb Ogos disambut rakyat Malaysia sebagai Hari Merdeka dan 16hb September disambut dan dirayakan sebagai Hari Malaysia, itulah sejarah gemilang negara ini yang akan terus hidup dan disambut dengan penuh semangat.

Hari Merdeka dan Hari Malaysia bukanlah sekadar hari untuk dirayakan dengan sekadar cuti umum, dan diadakan perarakan serta pemakaian baju-baju baru, tetapi hendaklah disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan serta mengingati pejuang-pejuang bangsa yang menentang beratus tahun perhambaan bangsa oleh puak penjajah.

Kemerdekaan tidak membawa apa-apa erti jika rakyat terus dibelenggu oleh kemiskinan sedangkan Negara ini kaya dan boleh menampung keperluan rakyat jika berlaku pembahagian kekayaan secara adil dan teratur.

Kemerdekaan tidak membawa apa-apa erti jika rakyat dinafikan kemudahan-kemudahan yang sewajarnya boleh diperolehi mereka jika negara ini diuruskan dengan betul, tidak menyeleweng.

Kemerdekaan tidak membawa apa-apa erti jika mereka yang menghempas tulang empat kerat terus hidup tertekan, dan mereka yang boleh memanipulasi kekayaan Negara dan ekonomi melalui politik kronisme terus bermewah dengan projek demi projek.

Kemerdekaan tidak mempunyai apa-apa erti jika kaum pekerja, petani dan nelayan tidak memperolehi pendapatan sepadan dengan keringat mereka. Kemerdekaan tidak mempunyai apa-apa erti jika masih berlaku penindasan dan kezaliman terhadap golongan rakyat.
Kemerdekaan tidak mempunyai apa-apa erti jika pemerintahan masih bertegak diatas dasar pecah dan perintah dibawah dasar perkauman yang jijik.

Merdeka bukan hanya sekadar bebas dari penjajahan Negara asing keatas Negara kita yang tercinta ini. Merdeka bererti bebas dari cengkaman penjajahan asing dan penjajahan ekonomi oleh golongan yang berada keatas golongan yang tidak berada.
Didalam Negara Merdeka, kita mahu pastikan rakyatnya mendapat peluang yang bukan sahaja adil tetapi boleh menjamin kehidupan yang sejahtera dan mempunyai masa depan yang terjamin.

Kita tidak mahu dasar-dasar besar untuk pembelaan rakyat tetapi isinya kosong, kita tidak mahu Bajet yang dibentangkan tahun demi tahun untuk kesejahteraan rakyat namun peruntukan pelaksanaanya tidak sampai kepada sasaran sebenar.

Lihatlah dikawasan-kawasan pedalaman di Negara ini. Infrastrukturnya ketinggalan 50 tahun kebelakangan, tidak ada jalanraya, bekalan air, elektrik, talipon, tidak ujud kemudahan persekolahan kepada anak-anak sesuai dengan sebuah Negara Merdeka.

Lihatlah betapa kelaparan tanah berlaku kepada petani-petani dengan segala kesukaran untuk mereka menjalankan kerja-kerja pertanian dengan sistem yang sudah ketinggalan zaman.

Lihatlah rumah-rumah mereka hanya sekadar tiang-tiang kayu hutan, berdinding dengan kulit-kulit kayu, berlantaikan buluh dan beratapkan daun-daun nipah. Lihatlah betapa kemunduran mereka dibiarkan tanpa pembelaan sewajarnya. Adakah golongan mereka itu dikatakan minoriti? Mungkin, tetapi golongan minoriti ini adalah rakyat Malaysia yang mengharapkan pembelaan dari Negara Merdeka dan pembelaan itu tidak kujung tiba!

Rasakanlah keluhan hati mereka, rasakanlah keresahan mereka, rasakanlah kekeciwaan mereka, rasakanlah kemiskinan mereka. Billion demi billion ringgit wang yang dibajetkan, namun puluhan tahun golongan yang terpinggir ini tetap dipinggirkan; dan golongan yang terpinggir ini menjadi ratahan parti-parti politik yang rakus yang
mengumpan mereka dengan sogokan yang kecil untuk mendapatkan undi dari mereka semasa pilihanraya; seolah-olah kemiskinan mereka menjadi aset kepada kekuasaan parti-parti politik tersebut.

Secara ringkasnya Barisan Nasional sudah tidak berupaya lagi memerintah dan mentadbirkan Negara ini dengan baik dan berkesan. Kehadiran 30,000 rakyat berbilang kaum di Kelana Jaya yang mengibarkan Bendera Malaysia dan menyanyikan lagu Negara-Ku dipermulaan serta dipenghujung Perhimpunan itu melambangkan aspirasi kemerdekaan
sebenar. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Kamaruddin Jaafar serta
Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim menghulurkan erti kemerdekaan sebenar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah pun menyerahkan surat rasmi kepada Datuk Seri Abdullah Ahmada Badawi untuk suatu pertemuan segera bagi membincangkan penyerahan kuasa secara aman dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Peralihan kuasa hendaklah berlaku secara aman diatas dasar bahawa jumlah ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sudah pun mengatasi jumlah ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional di Parlimen.

Ia perlu berlaku secara aman kerana ini bukanlah rampasan kuasa tetapi berlaku mengikut cara dan prosedur yang sejajar dengan semangat demokrasi dan Perlembagaan Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional perlu menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat kalau tidak pada hari ini, maka esuk, atau lusa dan mengikut kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, "Kita berilah peluang kepada Pak Lah untuk membuat persediaan penyerahan aman dalam tempoh seminggu dua ini."

Bagi saya, 16hb September yang dijanjikan telah ditunaikan, dan itulah saya namakan DEKLARASI KELANA JAYA.

15 September 2008

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengamuk lagi!

Oleh: Suhaimi Said

Bermula dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK), diikuti Tan Hoon Cheng dan YB Teresa Kok, ISA memulakan tragedi amuk yang memalukan Negara. Ketiga-tiganya ditahan dibawah Seksyen 73(1) ISA yang membolehkan pihak polis menahan untuk disiasat ketiga-tiganya selama 60 hari tanpa diberi peluang untuk menemui peguam atau dibawa dihadapan Majisteret. Walaupun Tan dari Sin Chew Daily telah dibebaskan namun ruang demokrasi di Negara ini telah tercalar.

Keperluan Tan ditahan dibawah ISA dan penahanan dibawah undang-undang biadab itu keatas Raja Petra dan Teresa Kok telah meminggirkan UMNO dari aliran pemikiran majoriti rakyat Malaysia. Parti-parti dibawah gabungan Pakatan Rakyat serentak menentang tindakan yang tidak berperi kemanusiaan itu; dan parti-parti dibawah bumbung Barisan Nasional turut menentang dan menuntut ketiga-tiga mereka dibebaskan.

Gerakan dan PPP bukan sahaja menuntut mereka itu dibebaskan bahkan menuntut supaya undang-undang rimba ini dikaji semula untuk dipinda kalau tidak pun dimansuhkan.
Presiden PPP melahirkan perasaan bahawa ISA tidak sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang boleh diselesaikan melalui Mahkamah, ianya wajar digunakan sebagai tindakan "terakhir", manakala Pemangku Presiden Gerakan mempersoalkan kewajaran ISA digunakan dan beliau menyeru supaya RPK dan Teresa Kok yang masih ditahan itu dibebaskan serta merta.

Didalam episod yang sukar berlaku, Presiden MCA turut menentang penggunaan ISA didalam isu penahanan ini. Justeru itu hanya UMNO sahaja dari kalangan juak Barisan Nasional yang masih mahu berpegang kepada undang-undang yang ketinggalan zaman itu,
dan sekali gus menampakkan bahawa UMNO tidak lagi mendapat kepercayaan untuk menjadi pimpinan kepada gabungan itu, UMNO sudah terpinggir.

Dari segi sejarah dan peradaban kenegaraan, ada dua bentuk pemerintahan sahaja yang menggunakan undang-undang drakonian seperti ISA. Pertamanya dilaksanakan oleh Negara yang menjalankan sistem "dictatorship" (kuku besi) yang tidak memberi sebarang ruang kepada perjalanan demokrasi; dan keduanya oleh pemerintahan lemah dan tidak
dikehendakki rakyat, dan pemerintahan yang lemah itu masih mahu berpegang kepada kuasanya.

Kenapa Tan ditahan menjadi persoalan yang meletakkan Barisan Nasional ketapak yang boleh ditertawakan. Tan hanya membuat lapuran ucapan racist Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, dan lapuran Tan itu disahkan pula oleh Lee Kevin dari akhbar Guang Ming dan Tan Ming Xao dari akhbar Nanyang Siang Pau.

Ketua UMNO Bukit Bendera itu sehingga kini tidak diambil apa-apa tindakan undang-undang, hanya sekadar diambil tindakan disiplin oleh partinya sendiri suatu tindakan yang dianggap oleh rakyat seolah-olah suatu permainan helah. Ketua Wanita Gerakan menuntut supaya Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu ditahan dibawah ISA kerana ucapannya boleh membawa padah kepada perhubungan kaum di Negara ini.

Seperti Datuk Syed Hamid menyatakan bahawa Ahmad Ismail adalah ahli UMNO dan UMNO telah mengambil tindakan keatasnya, dan terserah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan seterusnya, tidak meyakinkan rakyat bahawa ISA itu hanya mau digunakan terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan.

Isu Teresa Kok berhubung dengan tuduhan dari bekas Menteri Besar Selangor yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Seputeh dan EXCO Kerajaan Selangor itu yang mahu suara azan diberhentikan. Bukan sahaja Teresa Kok menafikan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Mesjid di Selangor juga menolak dakwaan Khir Toyo itu dan seorang Ahli Parlimen PAS dari Selangor telah membuat laporan polis terhadap Khir Toyo.

Tetapi seperti juga dengan Tan Hoon Cheng, orang yang menyuarakan ucapan racist tidak diambil tindakan undang-undang, Tan Hoon Cheng yang dikenakan ISA. Didalam kes Teresa Kok, Khir Toyo yang membuat aduan palsu tidak diambil apa-apa tindakan, tetapi Teresa Kok yang tidak bersalah itu diambil tindakan dibawah ISA.

Raja Petra adalah seorang yang gagah mempertahankan hak individu dan hak bersuara sesuai dengan unjuran demokrasi yang lohor. Beliau mengkritik dan terus mengkritik apa yang dianggapnya wajar baginya menyatakan sesuatu walaupun apa yang dikatakannya itu tidak menemui selera pihak-pihak berkuasa.

Negara Malaysia ini sudah terlebih undang-undang. Undang-undang di Malaysia ini sudah terlebih undang-undang "penafian" dari undang-undang yang "substantif". Perlembagaan Malaysia membenarkan demokrasi, tetapi lebih banyak undag-undang yang meyekat demokrasi itu dilaksanakan seperti Akta Polis, ISA, AUKU, akta-akta berhubung dengan percitakan dan press, Undang-Undang Rahsia Rasmi dan pengecualian-pengecualian yang sangat hebat didalam undang-undang substantif yang lain.

Tanpa undang-undang induk yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia, maka tinggallah undang-undang yang membebankan rakyat dari segi hak dan kebebasan; dan apabila undang-undang yang membebankan ini dijadikan undang-undang utama untuk mengawal kebebasan rakyat, maka apakah perbezaannya diantara Malaysia yang kononya mengamalkan demokrasi dengan Myanmar yang jelas menyatakan bahawa ia diperintah
oleh undang-undang ketenteraan?

ISA bukanlah undang-undag yang baik, sejak diujudkan pada tahun 1960 ia telah mengalami pindaan tidak kurang dari 17 kali dan setiap kali pindaan dilakukan ia menggigit ruang dan bidang yang lazimnya tertakluk kepada undang-undang yang terpakai di Mahkamah seperti Evidence Act, Criminal Procedure Code dan Penal Code.
"Keselamatan Negara" dikatakan menjadi sekup utama untuk kewajaran undang-undang ini, tetapi perkataan "keselamatan" itu sendiri tidak ditafsirkan menjadikan ianya sangat subjektif dan boleh digunakan untuk menahan sesiapa sahaja yang tidak disenangi oleh Pemerintah diatas ketetapan oleh Menterinya.

Seksyen 73 memberi "blanket power" kepada pihak berkuasa termasuklah untuk menahan hingga 60 hari tanpa perlu dibawa kehadapan majisteret. Dan diatas ketetapan Menteri pula dibawah Seksyen 8, suatu perintah tahanan selama 2 tahun boleh dikenakan tanpa sebarang bicara dan tanpa boleh diwakili oleh peguam, dan tempoh tahanan 2 tahun itu boleh disambung dengan tempoh 2 tahun lagi bagi setiap penyambungan, juga diatas ketetapan Menteri. "Sweeping Power" yang sebegitu besar telah menzalimi ribuan pejuang-pejuang politik pembangkang seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Dr Syed Husin Ali, Kassim Ahmad, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar, Khalid Samad, Mohamed Sabu, Abu Bakar Chik, Mahfuz Omar, Yusuf Husin, dan termasuklah saya sendiri yang sudah dua kali ditahan dibawah ISA.

Kini sudah ujud kesedaran dari kalangan parti-parti Barisan Nasional kecuali UMNO yang mahukan undang-undang ISA ini dimansuhkan. Tuntutan dari Gerakan dan PPP tidak boleh lagi dipandang ringan, dan kesedaran yang mula timbul dari kalangan MCA adalah suatu yang tidak boleh dipandang kecil.

Tuntan rakyat ialah untuk penghapusan ISA dan penutupan Tempat Tahanan Kemunting, dan selepas itu Negara ini tidak lagi kembali untuk melaksanakan undang-undang rimba seperti ISA ini, rakyat menentang penggunaan undang-undang kuku besi walaupun terhadap pimpinan Barisanm Nasional (khususnya UMNO) sekalipun.

Kita menuntut pembaharuan dan reformasi dilaksanakan untuk undang-undang dan mahkamah serta mengembalikan hak rakyat untuk mendapat keadilan undang-undang yang lohor sebagai pra-syarat kepada pemerintahan demokrasi tulen.

09 September 2008

Ahmad Ismail racist!

Oleh: Suhaimi Said

Terima kasih kepada Malaysiakini, dapat saya membaca perkataan demi perkataan, ayat demi ayat dan para demi para dari muka 1 hingga muka
14 kenyataan yang dikluarkan oleh Datuk Ahmad Ismail semasa sidang akhbar yang dibuatnya pada 8hb September 2008 di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang.

Sementara sidang akhbar yang dihadiri sama oleh pemimpin-pemimpin kanan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu menumpukan serangan yang paling hebat keatas batang tubuh Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dan parti Gerakan, inti kepada kenyataan akhbar Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu membawa kepada padah politik yang terancang dan lebih besar khususnya kepada perpaduan kaum di Negara
ini.

Walaupun Datuk Ahmad menafikan bahawa beliau bersikap racist namun seruannya supaya Orang Melayu tidak mempersia-siakan bahang semangat Melayu dengan mempertahankan maruah dan martabat Melayu jelas ingin membakar semangat Melayu didalam kerangka perkauman yang sangat sempit.

Apatah lagi amaran Datuk Ahmad yang ingin meyamakan kekuatan ekonomi Yahudi kepada Negara Amerika dengan kekuatan ekonomi orang Cina kepada Malaysia jelas membayangkan bahawa apa yang ingin dibawakan oleh Ahmad adalah politik perkauman Melayu.

Datuk Ahmad juga nampak angkuh apabila menyatakan bahawa beliau tidak akan memohon maaf dan sanggup melalui apa jua risiko yang bakal ditimpa. Datuk Ahmad memang bernasib baik kerana beliau adalah dari kerabat Kerajaan Barisan Nasional, dan jika sekiranya beliau daripada kerabat Pembangkang beliau tidak perlu menunggu lama tetapi sudah pun dipodotkan ke penjara di bawah ISA kerana bukan sahaja beliau menghasut bahkan beliau mewakili satu agenda untuk memporak-perandakan perpaduan kaum di Negara ini.

Datuk Ahmad bukan keseorangan, beliau disokong oleh kesemua Bahagian UMNO di Pulau Pinang termasuk Bahagian UMNO yang diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada 23hb Ogos 2008, Datuk Ahmad Ismail berucap didalam Majlis Ceramah Barisan Nasional di Kg Pelet, Permatang Pauh, dan didalam ucapannya
beliau menyifatkan "Orang-Orang Cina sebagai Penumpang" di Negara ini.

Datuk Ahmad tidak menafikan bahawa beliau ada membuat ucapan seumpama itu tetapi beliau ingin menyatakan bahawa ucapannya itu telah dilapurkan oleh seorang pemberita didalam kontek yang berlainan. Kontek ucapannya adalah orang Cina sebelum Merdeka.
Namun, kenyataan akhbarnya yang terakhir itu tidak membayangkan bahawa beliau dipetik tersalah kontek kerana beliau memperincikan lagi semangat perkaumannya dengan slogan Hidup Melayu dan mengajak Orang Melayu di seluruh Negara untuk mengadakan Forum/Konvensyen Himpunan Ummah.

Sesungguhnya UMNO menggunakan pendekatan perkauman sempit didalam kempen mereka di Permatang Pauh dan ucapan Datuk Ahmad d Kg Pelet itu tidak terkeluar dari kontek mesej UMNO yang menekankan semangat perkauman sempit itu.

Persoalannya sekarang - adakah Ahmad dan kumpulan Pulau Pinangnya bersendirian didalam isu perkauman sempit ini atau ada agenda besar disebalik kebekuan hatinya itu.

Kini, Malaysia berada di ambang pertukaran Kerajaan baru. UMNO/BN benar-benar menggelabah. Walaupun 49 orang Ahli-Ahli Parlimen BN dibawa ke Taiwan, tetapi ini tidak membantutkan usaha Pakatan Rakyat daripada meneruskan penubuhan Kerajaan Baru. Ketiadaan beberapa orang ahli Parlimen itu hanyalah sekadar boleh menangguhkan penubuhan Kerajaan baru pada 16 September, dan selepas 16 September itu akan
terdedah semula kepada penuuhan Kerajaan baru itu!

Jika sikap perkauman sempit oleh Ahmad dan pimpinan UMNO Pulau Pinang itu boleh dibaca didalam konteks yang lebih luas ini, maka akan menyerlahkan satu agenda yang ganas dan garang dari pihak Kerajaan. BN akan menghalang dengan apa daya, cara dan kuasa sekalipun penubuhan Kerajaan baru itu. Dan tindakan Ahmad dan rakan-rakannya di Pulau Pinang boleh digunakan sebagai menggugat ketenteraman awam dan boleh
menimbulkan persengkitaan perkauman, maka keadaan itu boleh digunakan oleh Kerajaan untuk mengisytiharkan Dharurat.

Malaysia akan diperintah melalui Kuasa-Kuasa Dharurat, pemimpn-pemimpin Pembangkang akan disumbat kedalam penjara melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan pengacau-pengacau perkauman sempit seperti Ahmad dan kumpulannya akan terlepas dan BN akan terus memerintah secara haram!

Moga-moga telahan ini tidak berlaku dan amatlah malang jika ia benar-benar berlaku dan jika berlaku akan menyaksikan Negara ini akan kembali kepada pemerintahan gelap seperti berlaku pasca 13 Mei. Ekonomi Malaysia akan hancur, sistem demokrasi akan terburai, dan ramai pemimpin-pemimpin akan merengkok didalam penjara.

Namun penentang kepada pengisytiharan Dharurat dan pemerintahan secara haram itu kini terdiri daripada golongan yang besar. Sebahgian besar Orang Melayu, Cina dan India menentang pemerintahan Dharurat; mereka tidak terlibat dengan sentimen perkauman sempit, dan mereka kini berada ditahap perpaduan yang sangat kukuh.

Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia, sebuah Negara berbilang kaum, dan didalamnya terdapat majoriti rakyat yang memerlukan pertolongan Negara dan aspirasi mereka akan mendapat pembelaan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat dengan pembawaan Harapan Baru untuk Malaysia dibawah payung Agenda Ekonomi Malaysia dimana rakyat yang selama ini
terpinggir diberikan pembelaan!

18 Jun 2008

Pendirian SAPP: Bukti Malaysia mula tolak politik perkauman

Oleh Suhaimi Said

18/06/08 Anwar sudah katakan bahawa beliau sudah bertemu dengan mereka itu di Hong Kong, Singapura dan Manila supaya pertemuan itu menjadi rahsia dan tidak diintip oleh agen-agen BN.

Oleh Suhaimi Said

Baru semalam, 17hb Jun, 2008 pemimpin penting SAPP menafikan bahawa parti itu akan keluar dari Barisan Nasional, ya, baru semalam. Namun pada hari ini, Yong Teck Lee umumkan SAPP keluar dari BN. Adoih...sakitnya hati Pak Lah, habis sudah wang ditabur untuk pikat supaya MP-MP BN di Sabah tidak keluar parti.

Sebenarnya MP-MP itu tidak keluar parti, mereka kekal dalam SAPP. Namun itu lebih parah kerana SAPP sendiri yang keluar BN membawa bersama-samaya bukan saja MP-MPnya, bahkan organisasinya dan kesemua ahli-ahlinya.

MCA hari semalam menafikan bahawa ada diantara MP-MPnya akan keluar parti! Kita tunggulah beberapa ketika lagi, jangan terperanjat jika bukan saja MP-MPnya saja yang keluar, bahkan ada Menteri mereka yang turut keluar.

Ada orang-orang kuat UMNO yang mengatakan bahawa Anwar saja-saja mahu pukul canang saikologi dengan meniupkan pembohongan bahawa MP-MP BN akan keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat.

Anwar bercakap kerana beliau telah bertemu dengan MP-MP itu, bukan cakap-cakap atas angin seperti yang diigaukan oleh pemimpin-pemimpin BN dan UMNO. Anwar sudah katakan bahawa beliau sudah bertemu dengan mereka itu di Hong Kong, Singapura dan Manila supaya pertemuan itu menjadi rahsia dan tidak diintip oleh agen-agen BN.

Agen-agen BN berkeliaran, bahkan sudah dihantar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Nampaknya agen-agen itu bukan sahaja gagal menjalankan tugas mereka dengan baik bahkan dianggap menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan MP-MP Sabah dan Sarawak seolah-olahnya mereka itu masih budak-budak yang mesti dijaga dan
diperhatikan. Pergerakan MP-MP yang akan keluar dari BN sehingga kini tidak dapat dikesan oleh pimpinan BN.

Tengku Razaleigh Hamzah dianggap lebih cekap kerana pendedahan beliau telah menjadi kenyataan.

Jangan-jangan nanti di ketiak Pak Lah di Kuala Lumpur akan keluar beberapa ramai MP-MP dari UMNOpula, suatu kemungkinan yag sukar ditolak kerana apa jua ramalan sebelum ini oleh Barisan Nasional terbukti tidak memihak kepadanya. Ramai juga MP-MP UMNO sangat tidak berpuashati dengan pemerintahan Pak Lah pada hari ini. Rakyat semakin
susah, harga barang semakin naik, parti-parti BN asyik bertelagah, pemimpin-pemimpin UMNO bertikam sesama sendiri.

Ada MP-MP UMNO tidak suka melihat keadaan ini, mereka mahukan pemerintahan yang setabil dengan Kerajaan menjaga kebajikan rakyat. Apa yang mereka nampak didepan mata mereka pada hari ini adalah kemerosoan kuasa politik, kemerosotan ekonomi, ketidakpercayaan rakyat terhadap pemerintahan Barisan Nasional, dan ketidaperihatinan
Kerajanan diatas penderitaan rakyat.

Kenaikan harga minyak yang begitu tinggi bukan sahaja memeranjatkan rakyat bahkan juga mengeciwakan ramai MP-MP dari UMNO dan BN. Bahkan jika diamati ramai pula MP-MP dari Sabah melahrkan rasa tidak puashati mereka diatas kenaikan harga minyak untuk Sabah manakala Negeri itu menyumbangkan pengeluaran minyak yang besar untuk Negara. Takkan tidak diperhatikan oleh rakyat Sabah bahawa di Negara-Negara pengeluar minyak di dunia ini kesemuanya menawarkan harga petrol yang rendah kepada penduduknya, tidak seperti Malaysia yang mengeluarkan minyak dan ekspot minyakya melebihi impotnya dengan keuntungan yang besar namun rakyatnya dibelenggu dengan harga minyak yang tinggi.

Rakyat mengalu-alukan SAPP yang keluar dari BN; ini adalah gelombang permulaan kegoncangan bahtera BN yang menuju kehancuran besar. Mana mungkin MP-MP mahu kekal didalam bahtera sedemikian rupa. Mana mungkin mereka mahu bertuankan nakhoda yang sedemikian lemah sifatnya; dan apabila sudah jelas nakhoda itu mahu membawa bahtera itu tenggelam di lautan yang bergelora itu, mana mungkin mereka membiarkannya tanpa
menyelamatkan diri, kerana jika mereka selamat ramai lagi anak-anak kapal itu boleh diselamatkan bersama mereka.

Pakatan Rakyat adalah BAHTERA besar yang dikemudikan oleh Nakhoda yang lasak dan berpengalaman yang boleh menyelamatkan semua anak-anak kapal, mereka tidak perlu tenggelam dan semua anak kapal akan terselamat.

Hari ini SAPP, mana tahu hari esuk MCA atau Gerakan?

Malaysia hari ini sudah mulai menolak politik perkauman. Mereka menolak pemimpin-pemimpin yang memperalatkan perkauman. Mereka mahu tegakkan Malaysia dimana didalamnya ujud rakyat pelbagai kaum yang mahu hidup berharmoni diantara satu sama lain. Mereka ingin dikenali sebagai bangsa Malaysia untuk mereka megahkan keserata dunia bahawa mereka adalah rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia mahukan keadilan bukan kerana mereka berbangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Orang Ulu, Penan, Orang Asli atau sebagainya tetapi mereka mahukan keadilan berlandaskan keperluan.

Pakatan Rakyat ingin meneraju Negara ini dengan pemerintahan yang adil dan saksama, keadilan untuk semua, kesaksamaan untuk semua, kebajikan untuk semua dengan pengkhususan kepada keperluan.

16hb September adalah Hari Keramat; pada atau sebelum tarikh itu akan terbentuklah sebuah Kerajaan Baru mengganikan Barisan Nasional dengan Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menterinya.

29 Mei 2008

Ezam, mahu ubah UMNO? Jangan-jangan dia yang berubah!

Oleh: Suhami Said

EseiAda kawan-kawan tanya pandangan saya tentang Ezam Mohd Noor. Saya tak dapat nak jawab sebab saya tak kenal dengan dia. Semasa saya menyertai Parti Keadilan Rakyat di penghujung bulan Julai 2007, si Ezam Mohd Noor ini sudah hampir setahun meninggalkan PKR, dia tak ada parti, dan dia terlibat dengan NGO bernama GERAK.

Apakah kemasukan Ezam kedalam UMNO merugikan KeADILan? tanya kawasn-kawan saya. Saya jawab "Entahlah". Semasa Ezam memimpin Parti Keadilan Rakyat, parti itu hanya menang satu kerusi saja di Permatang Pauh. Bila dia keluar dari PKR, parti itu menang 31 kerusi dan gabungan PKR dengan PAS dan DAP pula berjaya memerintah 5 Negeri di samping memenangi kesemua kecuali satu kerusi-kerusi Parlimen di Kuala Lumpur.

Ini bererti Ezam Mohd Noor tidak ada sebarang pengaruh didalam parti. Semasa dia pimpin, parti itu lemah, dan semasa dia dah keluar parti, PKR menjadi kuat.

Bolehkah Ezam bawa perubahan di dalam UMNO? Tanya kawan-kawan saya. "Entahlah" jawab saya.

Sebenarnya rakyat dah tolak UMNO, dasarnya menegakkan perkauman sempit tidak ada tempat lagi di Malaysia. Banyak pemimpin-pemimpinnya rasuah, dan usaha membenteras rasuah di dalam UMNO hanya banyak cakap dari tindakan.

Pemimpin-pemimpin UMNO pula mencari kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing tak nampak langsung mahu berhenti dari mencari kepentingan diri sendiri.

Lama juga saya berada di dalam UMNO, tak kurang 4 kali saya menjadi perwakilan ke Kuala Lumpur.

Dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat MT, politik wang terus kekal. Yang kena tangkap ada segelintir, yang tak kena tangkap kini banyak yang menjadi Menteri.

Dari cawangan mereka guna politik wang, sehingga ke Bahagian, sehingga ke MT.

Kalau tak pakai politik wang, orang paling hebat pun tak melepasi jawatan di cawangan.

Saya tengok Sdr Kassim Ahmad, bekas Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Dia ni orang jujur, dia tak cari kepentingan peribadi, dan dia mempunyai prinsip peribadi yang tinggi, tak terlibat dengan politik wang dan tak berkempen untuk apa-apa jawatan didalam UMNO. Peringkat cawangan pun tak lepas!

Seorang lagi yang saya kenal ialah Nakhaie Ahmad. Adalah pencalonan untuknya bertanding MT. Tapi oleh kerana langsung tak terlibat dengan politik wang, dia hanya berjaya kumpulkan jumlah undi yang kecil saja.

Saya kenal 2, 3 orang Menteri. Mereka ni betul-betul guna politik wang. Mereka dapat undi besar. Mereka tak kena tangkap, dan tidak ada tindakan disiplin diambil sebab tak kena tangkap.

Tak kena tangkap bukan bermakna bebas dari rasuah politik. Saya boleh namakan Menteri-Menteri itu, dan saya boleh minta mereka bersumpah atas nama Quran dan mengaku akan masuk neraka jika berbohong; buat sumpah bahawa kamu tidak terlibat politik wang!

Tapi kadang-kadang orang UMNO ni, nak suruh sumpah apa pun mereka sumpah, kerana di dalam Islam Hadhari, tidak ada cerita syorga/neraka, dosa/pahala!

Jadi, Ezam Mohd Noor ni kalau dia tidak ada naik payung terjun, tetapi kena bergerak sebagai ahli biasa dari peringkat bawah, ikut secara jalan bersih, tolak rasuah politik, dia tak akan pergi ke mana-mana.

Nak bawa perubahan dalam UMNO? Jauh api dari panggang.

Yang mungkin berubah ialah dia. Kena ikut UMNO dan bukan UMNO nak kena ikut dia. Tapi malangnya, rakyat dah tolak UMNO!

GERAK, anak kelahiran Ezam. Tidak ada satu kejayaan pun. Konon nak dedah ini dan nak dedah itu. Satu pun tak terdedah, yang terdedah adalah kelemahan dan kegagalan Ezam sendiri! Kesian .. Ezam!

19 Mei 2008

Surat Jemputan: Majlis Dialog dan Pengumpulan Maklumat masalah Orang Asli

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat Cawangan Kg Pasu, Kuala Krau akan menganjurkan Majlis Dialog dan Pengumpulan Maklumat mengenai masalah Orang Asli khususnya masalah kaum Orang Asli Jahud di 9 buah kampong di dalam kawasan DUN Jenderak N.27 Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Majlis itu diadakan pada 1hb Jun 2008, jam 3.00 petang di perkarangan rumah Basri Bin Hok, Ketua Cawangan Parti Keadilan Rakyat Kg. Pasu, Kuala Krau. Kampong-kampong yang terlibat dengan Majlis ini adalah Kg Penderas, KgPian, Kg Pasu, Kg Lubok Wong, Kg Galung, Kg Paya Rekoh, Kg Bukit Beredut, Kg Paya Mendoi, Kg Seboi, Kg Sg Mai, dan Kg Pelong.

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau dengan rasminya mengundang tuan-tuan menghanarkan pemberita tuan-tuan ke Majlis ini dan mendengar sendiri laungan dan keluhan masyarakat Orang Asli yang selama ini hidup terbiar, terpinggir didalam kesukaran dan kemiskinan.

Suhaimi Said,
Ketua Parti Keadilan Rakyat,
Bahagian Kuala Krau.

08 Mei 2008

Karpal Singh hina sultan?

Oleh Suhaimi Said

eseiTak henti-henti TV 1 dan TV 3 dan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian menyalurkan berita berbaur perkauman hanyir mengenai Kenyataan Karpal Singh. Apa yang dikatakan oleh Karpal Singh tidak menimbulkan sentimen perkauman, tetapi apa yang ditimbulkan oleh Najib, Muhyiddin, Mike Tyson, Hishamuddin dll pimpinan UMNO benar-bena mahu melihat pergaduhan kaum.

Apa halnya? Karpal Singh menyatakan bahawa pertukaran pegawai Kerajaan adalah bidang kuasa Kerajaan Negeri, dan dia menyatakan bahawa Raja Berperlembagaan bertindak diatas nasihat Menteri Besar (dalam kes Kerajaan Negeri).

Apakah itu boleh diistilahkan sebagai menderhaka atau mempersoalkan kedaulatan Raja-Raja? Jangan bersikap tertutup. Karpal langsung tidak mempersoalkan tentang kedaulatan Raja-Raja.

Saya dulu mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja semasa Dr Mahathir mahu mengurangkan kuasa Raja-Raja di bawah pindaan Perlembagaan Persekutuan. Ucapan-ucapan Menteri-Menteri Kerajaan pada waktu itu benar-benar menghina Raja-Raja dan mempersoalkan kuasa Raja-Raja. Tak sepatah pun dari pimpinan UMNO yang mempersoalkan kebiadaban
pemimpin-pemimpin UMNO pada waktu tu.

Saya keluarkan 2 buah buku mempertahankan kedaulatan Raja-Raja; akhirnya saya ditahan dibawah ISA kononnya dengan saya mempertahankan kedaulatan Raja-Raja saya berniat untuk melaga-lagakan rakyat. Pada waktu itu saya pertahankan kedaulatan Raja-Raja, kini pun saya pertahnkan, dan akan datang pun saya pertahankan; tapi saya tak nampak kenyataan Karpal Singh itu boleh diistilah sebagai menentang kedaulatan Raja-Raja.

Marilah kita bersikap lebih terbuka, dan jangan bermain dengan sentimen. Tak elok padahnya.

24 April 2008

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PAHANG MENENTANG PROJEK PEMINDAHAN AIR MENTAH PAHANG-SELANGOR

kenyataanmediaParti Keadilan Rakyat Negeri Pahang menentang Projek Pemindahan Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang melibatkan pembinaan sebuah empangan di Kelau, Pahang dan pembinaan terowong pindahan air berukuran 44km di sepanjang Banjaran Titiwangsa kerana projek tersebut mempunyai kesan negatif ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk di kawasan terlibat.

Projek tersebut yang dikendalikan oleh Jabatan Bekalan Air di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi adalah bernilai lebih kurang 117 billion yen (RM3.5 billion) dan akan ditampung melalui pinjaman dari sebuah bank di Jepun sejumlah 82 billion yen (RM2.5 billion).

Walaupun telah mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar bagi Laporan EIA, Projek tersebut mendapat tentangan dari penduduk Felda Kelau dan orang-orang Asli di kawasan Rezab Orang Asli Kelau. Hutan Rezab Lakum yang mempunyai banyak haiwan dan hidupan liar terkawal juga akan turut dibanjiri bagi pembinaan Empangan tersebut.

Pemilihan pemindahan air dari Pahang ke Selangor yang melibatkan sistem terowong dan empangan ini adalah lebih mahal dari pilihan-pilihan yang boleh dilakukan seperti pemindahan air dari Perak ke Selangor yang tidak melibatkan kos yang begitu tinggi dan impak kepada alam sekitar tidak sebegitu serius jika dibandingkan dengan Projek ini.

Laporan EIA yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pula dilihat sebagai satu kajian yang tidak kemas dan tidak mengambil pandangan untuk kepentingan orang Asli kawasan Kelau tersebut.

Kajian yang dibuat oleh dua badan NGO, Sahabat Alam Malaysia dan Save Our Sungai Selangor, juga menunjukkan bahawa ada banyak alternatif dengan kos yang jauh lebih rendah yang boleh dipilih untuk membekalkan air ke Selangor.

Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang menuntut supaya projek ini dikaji semula dan menuntut Kerajaan Negeri Pahang dan Negeri Selangor tidak meneruskan dengan projek empangan dan terowong tersebut.

Haji Suhaimi Said, SMP
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang
24-04-2008

22 Mac 2008

Perpaduan Melayu? Jangan khayal! Jangan mimpi! - Suhaimi Said

oleh Suhaimi Said

eseiSaya adalah Orang Melayu, dan saya bangga menjadi Orang Melayu. Saya adalah warga negara Malaysia dan saya bangga menjadi Orang Malaysia, dan saya adalah seorang Muslim dan saya bersyukur kerana saya adalah seorang Islam.

Saya adalah anak kampong, bapa saya dan ibu saya adalah penoreh getah dan penanam padi, dengan pendapatan bulanan yang tidak mencukupi untuk keperluan keluarga dan persekolahan saya, abang dan adik saya. Kehidupan saya dan keluarga saya cukup dhaif. Saya dapat saksikan anak-anak Orang Berada dari kaum Melayu di Sekolah saya mendapat bantuan persekolahan, dan Guru Besar memberikan semangat kepada saya bahawa jika saya berjaya mengekalkan tempat dari nombor satu hingga nombor sepuluh didalam ujian bulanan dan didalam perperiksaan hujung tahun, saya akan diberi bantuan persekolahan kerana Sekolah sendiri akan membuatkan permohonanan.

Saya tidaklah cerdik sangat dan tidaklah bodoh sangat, tetapi didalam darjah, saya sentiasa dapat mengekalkan kedudukan dari nombor satu dan jatuh-jatuh pun nombor 5 atau 6. Tapi sehingga saya tamat Tingkatan 5, saya tidak pernah memperolehi apa-apa bantuan, dan anak-anak Orang Kaya Melayu yang jauh lebih "tidak cerdik" dari saya dapat bantuan.

Anak Orang Miskin, cerdik macam mana sekalipun, sukar mendapat menfaat daripada Hak Keistimewaan. Kedudukan saya samalah juga dengan anak-anak Orang India didalam kelas saya, mereka pun tak dapat apa-apa bantuan, walhal mereka itu beribu-bapakan pekerja-pekerja estet yang sama susah dengan ibu-bapa saya. Ada anak dari seorang Bendahari UMNO cawangan juga tidak mendapat apa-apa bantuan dan ayahnya itu, walaupun menyokong UMNO, tapi adalah dari golongan Orang Miskin juga.

Di atas usaha saya sendiri dengan menoreh getah, mengambil upah mengecat rumah, dan pekerja bertukang di bawah seorang sub-kontraktor, dan belajar bersendirian, akhirnya saya masuk Maktab Mara, dan setelah lulus disana saya bekerja di Jabatan Perdana Menteri dan diberi peluang bekerja sebagai PA kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri pertama. Kemudian ditukarkan ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hj Abdul Razak Hussain.

Siang saya bekerja di pejabat, dan malam saya belajar bersendirian, dan saya lulus dengan cemerlang HSC (Higher School Certificate). Dengan kelulusan itu saya mohon memasukki Universiti Malaya, dan oleh kerana sudah ada cop "Jabatan Perdana Menteri" saya ditawarkan Biasiswa Kerajaan Negeri Selangor. Hampir setahun di Universiti Malaya, saya mendapat tempat belajar di Lincoln's Inn, London di bidang Undang-Undang dan di atas cop pernah bertugas di Jabatan Perdana Menteri dan satu panggilan talipon dari YB Datuk Michael Chen, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, saya ditawarkan biasiswa Persekutuan.

Amalan pada waktu itu bukanlah kualiti diri sendiri tetapi "siapa yang menolong kita dari belakang". Walaupun saya mendapat faedah tetapi hati kecil saya tetap memberontak mengatakan "tidak adil" dengan sistem itu. Sejak dari Maktab Mara lagi saya sudah menjadi anggota Parti Rakyat Malaya yang pada waktu itu dipimin oleh Kassim Ahmad selaku Pengerusi dan Syed Husin Ali sebagai Setiausaha Agung. Syed Husin Alilah yang mengajar saya ilmu politik, dan disetiap hujung minggu saya akan mengikutinya untuk kusus-kursus politik ke merata tempat di Semenanjung.

Saya lihat ramai Orang Melayu miskin khususnya di luar bandar walaupun yang pemerintah semuanya Melayu. Perdana Menteri Melayu, Timbalan Perdana Menteri Melayu, Menteri-Menteri Melayu, Menteri-Menteri Besar Melayu, D.O-D.O Melayu, Penolong-Penolong Pegawai Daerah Melayu, Tok-Tok Penghulu Melayu, Jabatan-Jabatan Kerajaan dipenuhi Melayu, dan yang menjadi pemerintah semuanya Melayu.

Hanya beza antara Melayu golongan pemerintah ini adalah mereka itu kaya dan senang senang dan tidak ada persamaan langsung dengan Melayu yang menjadi petani, nelayan, askar, polis, pekerja kilang dan kakitangan kerajaan yang rendah.

UMNO itu adalah parti Melayu, tetapi apabila dihalusi pemimpin-pemimpinnya hanya membuncitkan perut sendiri, habis daging diperkosa, ambillah tulang kepada hamba rakyat Melayu. Ini menyedarkan saya dari segi pegangan hidup, dan justeru kerana itu saya sentiasa memihak kepada orang bawahan walaupun saya menjadi ahli UMNO buat beberapa ketika.

Bagi saya seruan Melayu Bersatu adalah tin kosong kerana kepentingan Orang Melayu itu tak sama. Ada Orang Melayu yang mepunyai segala-gala, sampai ke cucu-cicit tak akan habis, dan ada Orang Melayu yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada juga Melayu yang didalam kategori itu yang berbangga kerana ujudnya beberapa orang Jutawan Melayu yang kebanyakannya daripada golongan kroni dan pemegang amanah kepada Menteri-Menteri, mereka kagum kerana ada Orang Melayu telah berjaya menjadi jutawan.

Golongan yang berbangga tak tentu fasal itulah yang menjadi ahli UMNO, menghidupkan UMNO, mereka berusaha menghancurkan PAS, orangnya dan organisasinya, kononnya PAS itu musuh Melayu dan PAS itu menentang Orang Melayu dan PAS itu mengajar ilmu sesat.

PAS bukan tidak pernah cuba bergabung dengan UMNO, tetapi gabungan itu hanya berlaku selepas Mei 13, bilamana UMNO lemah dan lemas, tetapi apabila UMNO itu kuat kembali mereka lebih mempercayai MCA dan MIC, dan PAS hanya menjadi melukut ditepi gantang.

Saya memilih jalan perjuangan, golongan terbesar Orang Melayu mempunyai kepentingan yang sama dengan golongan terbesar Orang Cina, India, Orang Asli, Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak, perjuangan ini adalah yang lohor dan boleh mengsetabilkan negara di atas perpaduan rakyat Malaysia, dan tidak berkhayal di atas nama kaum yang telah saya saksikan bahawa Orang Kaya dari satu kaum itu menelan Orang Miskin dalam kaum yang sama. Jangan bermimpi dan jangan berkhayal.