Memaparkan catatan dengan label protes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label protes. Papar semua catatan

03 Julai 2008

Suhakam sokong himpunan PROTES Ahad ini

Oleh: Abdul Rahim Sabri (Malaysiakini)

Pesuruhjayanya Datuk Siva Subramaniam berkata perhimpunan di padang tidak jauh kompleks membeli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya adalah "satu aktiviti yang sihat" dan tidak menjejaskan sesiapa, termasuklah pelancong.


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad ini, tetapi belum pasti menghantar wakil untuk memantaunya.

Pesuruhjayanya Datuk Siva Subramaniam berkata perhimpunan di padang tidak jauh kompleks membeli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya adalah "satu aktiviti yang sihat" dan tidak menjejaskan sesiapa, termasuklah pelancong.

Subramaniam berkata demikian selepas menerima memorandum dari penganjur Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) di pejabatnya tengah hari tadi.

Menurut Subramaniam lagi, memorandum dari Protes itu mengandungi dua permintaan.

"Permintaan pertama adalah supaya kita hantar surat kepada pihak polis menyatakan pendirian Suhakam itu," katanya merujuk kepada pendirian Suhakam yang menyokong kebebasan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.

"Ini akan kita buat kerana ia merupakan satu perkara yang telah diputuskan oleh suruhanjaya ini.

"Soal menghantar pemerhati ke perhimpunan ini, sebenarnya dulu kita pernah hantar. Lepas itu kita ambil keputusan untuk tidak mengahantar mereka kerana takut keadaan-keadaan yang menyusahkan pegawai kita dan juga tentang faktor risikonya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan merujuk perkara itu kepada Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman, terlebih dahulu.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Muslimat PAS yang juga wakil seketariat Protes, Aiman Athirah al-Jundi menggesa Suhakam supaya menasihati polis agar tidak menghalang dan menakut-nakutkan peserta untuk ke tempat perhimpunan tersebut Ahad ini.

Mengulas permintaan tersebut, Subramaniam berkata, pihak Suhakam akan berusaha berbuat demikian.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil Protes, S.Arutchelvan yang juga setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) di pejabat Suhakam, Jalan Raja Laut pada jam 12.15 tengah hari ini.

Turut bersama beliau, wakil Suaram, Moon Hui dan wakil Hindraf, S Jayathas.

02 Julai 2008

Underground untuk PROTES

Oleh: Sam Ahmad

Saya tertanya-tanya juga bukankah pengisian pada hari tersebut jelas bertentangan dengan Islam yang cuba dibawa oleh PAS. Namun saya begitu pasti, ada titik pertemuan tujuan mobilisasi massa ini cara underground dengan cara yang ingin PAS bawa.


Sehingga kini saya menantikan jawapan dari Black. Namun dia masih tidak mengirimkan emailnya kepada saya. Mungkin agak PROTES belum lagi buat mesyuarat terakhir. Mungkin sehari dua lagi agaknya barulah dia mengirimkan emailnya kepada saya.

Saya tertanya-tanya juga bukankah pengisian pada hari tersebut jelas bertentangan dengan Islam yang cuba dibawa oleh PAS. Namun saya begitu pasti, ada titik pertemuan tujuan mobilisasi massa ini cara underground dengan cara yang ingin PAS bawa.

Ustaz Nasaruddin Hassan at Tantawi timbalan ketua pemuda PAS dalam blognya membantah usaha untuk mengadakan konsert di dalam himpunan ini.

Saya mendapat info bahawa Dr Hatta dan Sdri Aiman Athirah tidak tahu menahu tentang konsert dan segala macam pengisian pada hari tersebut. Segalanya diuruskan oleh Sdr Hishamudin Rais. Tetapi saya juga ada mendapat info yang kuat bahawa pimpinan PAS pusat sudah merestuinya.

Tidak pasti saya, apakah tindakan yang akan di ambil oleh PROTES. Mahu meneruskan demo dengan konsert atau dibatakan sahaja bahagian konsert itu. Kedua-duanya mungkin akan diambil. Kita tidak boleh membuat telahan biasa saja. Kita juga mesti mengambil kira pandangan politik parti-parti yang terlibat dalam himpunan ini.

Ke mana arah politik PAS, PKR dan DAP? Saya yakin PAS, PKR dan DAP, masing-masing akan menilai perkara ini dengan sebaik mungkin untuk memastikan PAKATAN akan terus menuju ke Putrajaya.

Ramai dari kalangan PAS seperti Dr. Hatta Ramli, Dr. Dzukifli Ahmad, Siti Mariah Mahmoud, Dr. Lo’ Lo’ Ghazali serta Salehuddin Ayub sendiri dari pimpinan pemuda pusat yang sudah nampak semakin terbuka untuk menerima idea-idea kreatif seperti ini.

Pun begitu, pihak pemuzik-pemuzik underground yang sudah pastinya bebas dari belenggu kapitalis perlulah memastikan bahawa mereka tidak akan bertindak diluar kawalan seperti melakukan aksi-aksi yang kurang menarik untuk dilihat serta tidak melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Setahu saya, pemuzik-pemuzik underground ini tidak berorientasikan keuntungan, jadi bayaran persembahan untuk mereka adalah rendah. Mungkin RM300 atau RM400 untuk satu band atau mungkin juga mereka membuat persembahan dengan percuma. Dalam hal konsert di himpunan ini nanti, saya tidak tahu sama ada mereka bermain secara percuma atau tidak.

Betul, Ustaz Nasaruddin Hassan at Tantawi berhak menyuarakan pendapatnya dan beliau juga mestilah menerima pendapat orang yang tidak sehaluan dengannya. Berdiskusi, bermesyuwarahlah dengan pimpinan dari Pakatan. Dan saya yakin pimpinan Pakatan akan membuat keputusan dengan adil dan bijaksana selaras dengan kebijakan politik dari mereka. Dan saya juga yakin pertimbangan PAS adalah sama dengan pertimbangan ketika mereka mengundang Mawi untuk mengadakan konsert di Kelantan.


26 Jun 2008

Protes Sejuta Turun

>>> klik pada imej untuk besarkan <<<

Jalil Hariry, Black dan Editorial RK mengajak sdr:

Ayuh kita bersama-sama mendesak kerajaan BN supaya turunkan harga minyak!

Maka dengan itu, ayuh kita ke padang bersebelahan A&W PJ (depan Amcorp Mall) pada 6 Julai 2008 (Ahad) untuk menyertai perhimpunan aman serta konsert dan pidato selama 24 jam bermula jam 10 pagi.

Jangan komplen lagi pasal harga minyak. Sekarang masa untuk bertindak. Perang diwajibkan untuk kita pertahankan hak! Bak kata Karl Marx:

WORKERS ALL OF LANDS, UNITE!

p/s: pakai baju merah dan bawa lilin.


19 Jun 2008

Demo protes harga minyak ditukar ke 6 Julai

Oleh Malaysiakini

Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.


19/06/08Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.

Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.

"Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.

"Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.

Sewa bas

Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.

Katanya, sasaran untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes boleh dicapai kerana ia disertai oleh rakyat seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Saya dimaklumkan rakyat di pantai timur sudah mula menyewa bas untuk menyertai protes tersebut," katanya lagi.

Dr Hatta berkata, beliau berkata, Protes tidak akan memohon permit polis kerana menurutnya ia merupakan satu perhimpunan aman.

Bagaimanapun, katanya, penganjur ada memberitahu polis mengenai perhimpunan tersebut dan berharap mereka boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.

"Kita juga menyediakan 3,500 petugas untuk membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang hadir sama dalam sidang media tersebut mengajak anak-anak muda menyertai protes tersebut.

Katanya, kenaikan harga minyak adalah merupakan isu negara yang memeberi kesan kepada semua orang.

Surat Jemputan

PROTES akan mengadakan Sidang Akhbar Tergempar esok (Khamis) bersamaan dengan 19 Jun 2008 di Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut pada pukul 3.00 petang.

PROTES memanggil sidang akhbar ini diadakan untuk mengumumkan "PROTES Sejuta Rakyat TURUN" yang telah dipinda ke tarikh 6.7.08 dan bertempat di Padang Timur (hadapan AMCORP Mall), Petaling Jaya, Selangor.

Semua pihak media dan bloggers dijemput hadir.

Sekretariat PROTES