Memaparkan catatan dengan label raja petra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raja petra. Papar semua catatan

07 November 2008

Raja Petra bebas ISA

KUALA LUMPUR: Editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berjaya mendapatkan pembebasan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui habeas corpus.

Isterinya, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mengenai perkara tersebut sambil menyatakan rasa gembira berkata, Raja Petra akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum pukul 4 petang ini untuk dibebaskan.

Raja Petra, 58, ditahan pada 12 September lalu dan pada hari yang sama juga ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng turut ditahan dibawah akta tersebut.

Bagaimanapun Teresa dan Tan sudah dibebaskan.

02 Ogos 2008

Konspirasi Pak Lah

Oleh: Raja Petra

Rodwan adalah pegawai polis yang sama terlibat dalam konspirasi liwat 1998 terhadap Anwar. Rodwan terlibat sebagai orang yang mengambil contoh darah Anwar secara haram, kemudian, tiba-tiba saja keluar sebagai 'kesan' diatas tilam. Walaupun tilam itu di gunakan sebagai 'bukti', tapi hakim memerintahkan semua bukti itu dibuang dari rekod perbicaraan.


Repot polis ini telah dibuat pada 5.45 pm, 28 June 2008 oleh Saiful Bukhari a/l Azlan.

Saya, Mohd Saiful Bukhari b Azlan, ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.

Pasai apa Saiful lambat sangat nak buat repot?. Jom kita tengok balik apa yang berlaku sebelum repot ini dibuat.

Pada 25 Jun 2008, Saiful berjumpa dengan SAC 11 Mohd Rodwan Mohd Yusof kat bilik 619, Concorde Hotel di Kuala Lumpur. Sebelum tu, Saiful dan Rodwan telah bercakap melalui telefon sebanyak 8 kali.

Sebenarnya, depa tak ingat berapa kali depa telefon. Depa cakap ja 8 kali, walaupun sebenarnya mungkin lebih dari tu. boleh jadi 10 atau 12 kali. tapi sapa yang nak kira? Yang penting, depa berhubung banyak kali sebelum berjumpa di bilik 619, Concorde Hotel- macam mana nak kata 'rahsia kalau Malaysia Today boleh tau?

Tapi kita kena ingat. Rodwan adalah pegawai polis yang sama terlibat dalam konspirasi liwat 1998 terhadap Anwar. Rodwan terlibat sebagai orang yang mengambil contoh darah Anwar secara haram, kemudian, tiba-tiba saja keluar sebagai 'kesan' diatas tilam. Walaupun tilam itu di gunakan sebagai 'bukti', tapi hakim memerintahkan semua bukti itu dibuang dari rekod perbicaraan.

bila depa rasakan tilam itu tidak dapat membantu, depa minta hakim buang tilam tu. Dan tiba-tiba saja, tilam tu pun ghaib dan tak pernah muncul dimahkamah walaupun sebelum itu, ia diangkut setiap hari, bagi seluruh dunia tengok.

Ini apa yang dikatakan oleh peguam Sivarasa tentang hal ini.

"Dalam perbicaraan tahun 1998-99 , Anwar mengalami bagaimana bukti DNA disalahgunakan. Kita ada SAC Rodwan, yang mengambil sampel DNA secara haram dari simpanan forensik. dalam perbicaraan, ketika saksi pendakwa di soalsiasat, terbongkar bahawa DNA yang diambil itu telah di letak keatas tilam yang mashyur itu.

Bila di tenang dengan fakta ini, pendakwa telah meminda pertuduhan dan memujuk hakim, Augustine Paul, untuk membuang keseluruhan bukti dNA daripada rekod, untuk menghalang peguam Anwar dari membalas."

Sebenarnya, banyak lagi 'bukti-bukti' yang dicipta terhadap Anwar untuk meyakinkan rakyat bahawa dia bersalah dalam kes liwat ini. Tunggu la... alaysia Today akan membingkar saksi-saksi ini dan menelanjangkan bukti-bukti ini untuk menunjuk kepada rakyat bahawa IGP Ular dan AG haprak, termasuk barua-barua mereka seperti Rodwan, cuba memerangkap Anwar.

So, Rodwan dan Saiful berjumpa tiga hari sebelum itu dan mereka berhubung sebanyak sekurang-kurangnya 8 kali melalui telefon. Walaubagaimanapun, tiada repot polis dibuat sehinggalah Saiful pergi ke 2 hospital, tiga hari kemudian. Mengapa berhubung sebanyak lapan kali melalui telefon dan berjumpa secara rahsia bersama Rodwan didalam bilik hotel, dan hanya membuat laporan polis selepas dua kali pergi hospital?

Jom kita tengok persitiwa sebelum itu.

1. Saiful dan Rodwan bercakap melalui telefon lebih dari lapan kali.
2. Pada 25.06.08, jam 2.30 petang, Saiful dan Rodwan berjumpa dibilik 619, Concorde hotel di Kuala Lumpur.
3. Pada 26 Jun 2008, pungkok Saiful dikatakan telah di'liwat' oleh Anwar.
4. Pada 28 Jun 2008, Saiful pergi kePusat Rawatan Islam (Pusrawi) untuk mengadu dia tak boleh berak. Dia bagi tau kat doktor, dia tak boleh berak sebab ada orang 'sodok' pungkok dia.
sepatutnya, kalau pungkok dia kena sodok, mesti la lagi senang nak berak.
5. Doktor pun jenguk kat pungkok Saiful dan mendapati pungkoknya masih 'dara', macam pungkok Raja Petra!
6. Doktor pun bagi tau, kalau nak buat repot polis, lebih baik pergi ke hospital kerajaan.
7. Macam mana pun, Saiful tak pergi jumpa doktor kat hospital sebaliknya pergi ke pondok polis kat hospital tu untuk buat repot.Sumber dari HKL bagi tau, Tak ada pun pemeriksaan perubatan dibuat, tapi polis kata ada! Kalau kita tengok, repot polis itu dibuat dalam masa sejam atau dua jam selepas Saiful meninggalkan hospital. Nampak macam hospital bercakap benar dan polis berbohong.

Keba ingat, Saiful berjumpa polis SEBELUM kejadian liwat ini berlaku. Kejadian liwat tu dikatakan berlaku pada 26 Jun manakala Saiful berjumpa polis pada 25 Jun. Itu pun, dia tunggu sampai 28 jun, baru dia pergi kehospital dan membuat laporan polis. Semua ini adalah kemuncak kepada pertemuan rahsia didalam bilik hotel dan selepas perbualan telefon dibuat.

Kalau Saiful diliwat, tak kan dia tak bagi tau kat Rodwan dalam pertemuan rahsia pada 25 Jun? Dan pasai apa depa jumpa secara rahsia dalam hotel pada 25 Jun? Bukan ka lebih baik kalau depa jumpa kat balai polis? Kalau hangpa la, hangpa nak jumpa polis SEBELUM diliwat atau SELEPAS diliwat?

Sapa yang berfikiran waras mahu percaya cerita ni? Ok, aku kata waras. Pak Lah mahu polis mendakwa Anwar walaupun Kabinet menentang. Kabinet merasakan tidak ada bukti untuk mendakwa Anwar, malah nak menuduh dia pun tak boleh. Tapi Pak Lah mahu polis meneruskan kes ini dan mendakwa Anwar. Aku kata orang yang berfikiran waras, tapi Pak Lah bukan lah orang yang waras.

Pasai apa Pak Lah teringin sangat nak dakwa Anwar? Senang ja. sebab kalau kes ini diteruskan, najib pun terlibat sama. Polis telah merakamkan kenyataan Najib dan Rosmah dibawah seksyen 112. Jadi, Najib dan Rosmah mesti menjadi saksi semasa perbicaraan. Bila itu berlaku, semuanya akan akan menjadi senang, macam taik keluar dari pungkok selepas diliwat.

Semasa perbicaraan yang akan dilakukan terhadap Anwar, rakyat malaysia akan diberitahu tentang hubungan diantara Saiful dengan Mumtaz Jaafar. Rakyat Malaysia juga akan diberitahu siapa dia Mumtaz Jaafar dan apakah hunbungan dia dengan Rosmah. Kemudian, rakyat Malaysia akan diberitahu hubungan diantara Khairul Anas, Pembantu Khas Najib, dengan Saiful. - dan kisah-kisah mereka semasa bersekolah. Ho.ho.ho.. semua keseronokan dan skandal seks akan terbongkar semasa perbicaraan, mungkin Astro pun tak laku.

Kes liwat Anwar ini akan memudaratkan Najib, lebih teruk dari Anwar. Dipenghujungnya, mahkamah akan mengatakan tidak cukup bukti untuk mensabitkan kesalah terhadap Anwar.Mungkin lima atau enam tahun, tapi akhirnya Anwar akan bebas. Walaubagaimanapun, semasa lima enam tahun ini, Anwar terpaksa merengkok didalam penjara kerana tidak dibenarkan jamin. Ya...Anwar akan bebas tapi selepas merengkok dalam penjara tanpa jamin.

Najib pula tak boleh hidup senang. Anwar akan bertanding di Permatang Pauh dan mesti boleh menang. Mungkin majoritinya lebih besar dari Wan Azizah. Dan ini terjadi kerana Anwar akan bertanding dari dalam Penjara Sungai buloh dan semua orang tau, dia tak sepatutnya tinggal didalam penjara, jadi dia akan mendapat lebih banyak undi simpati.

Sementara itu, pemilihan UMNO diperingkat bahagian akan diadakan serentak dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh. Dan Tengku razaleigh akan mendapat lebih dari 60 pencalunan, cukup untuk bertandin Presiden Umno. Nak dapat pencalunan ni yang susah, tapi kalau dia dapat pencalunan, dia akan dapat undi. Yang tu senang.

Sebaik saja Tengku razaleigh menang jawatan Presiden Umno dan menjadi Perdana Menteri, dia akan meminta AG dan polis supaya menghentikan semua ini. Kalau ada kes terhadap Anwar, campakkan dia kepenjara. Kalau tidak, hentikan pembaziran wang rakyat ini dan tutup kes. Itu yang akan dilakukan oleh tengku razaleigh. Dan dia akan disanjung dan Anwar akan kembali dengan kekuatan yang lebih kuat daripada sebelum dia dihantar kepenjara. Tengku razaleigh kemudian akan berpakat dengan pembangkang dan mencadangkan supaya dihentikan semua permainan politik ini supaya semua boleh duduk semeja dan bekerja untuk mentadbir negara.

Ekonomi didalam keadaan teruk. Negara ditadbir secara autopilot. Tiada siapa yang mentadbir negara ataupun bertanggungjawab. keseluruhan masa dihabiskan untuk menjatuhkan orang lain. Untuk kesejahteraan negara, semua ini mesti dihentikan dan Tengku Razaleigh akan menghentikan semua ini.

Orang-orang bukan Melayu gembira dengan Tengku Raaleigh dipuncak kuasa. sekarang ni, mereka tidak gembira, bukan saja denga ekonomi malah tidak gembira denganmuzakarah Pas-Umno yang gagal. umno cuba memikat Pas dan cuba untuk bergabung dengan Umno. Malah Umno bersedia untuk menyatukan kedu-dua parti ini menjadi satu dan membenarkan undang-undang Islam dilaksanakan dinegara ini. Bukan saja Umno bersedia memberikan jawatan Menteri besar kepada Pas, malah jawatan Timbalan Perdana Menteri. Pak Lah menyatakan ini secara bertulis.

Tapi tunggu dulu. Kalau Pas diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, kat mana nak bubuh Najib? Dan kalau Najib tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri, macam mana dia nak jadi Perdana Menteri. Dan Pak Lah menawarkan ini secara bertulis supaya pemimpin Pas dapat mengemukakannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari Khamis lepas.

Buknan ka itu sebanya mengapa Pemuda Pas kata, "Pas tidak berminat untuk bergabung dengan Umno, walaupun ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri!". Adakah sebab memang benar Pak Lah menawarkan mereka jawatan itu, atau hanya hipotesis Pemuda Pas?

Itulah caranya untuk membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Secara serentak Najib dan Anwar dapat dikawal, dan Pak Lah tak perlu risau dengan dua orang ni. Boleh jadi betul. Boleh jadi tidak. Ada satu lagi isu sama ada Tengku razaleigh akan mendapat 60 pencalunan atau tidak dan sama ada Anwar menang diPermatang Pauh atau tidak.Kalau satu atau kedua-duanya berlaku, ia akan mengubah keseluruhan senario politik negara.Apa pun yang berlaku, satu perkara cukup jelas. Najib akan ditendang keluar, tak kira macam mana pun. Ini boleh dijangkakan tapi siapa yang berkuasa selepas itu, menjadi tanda tanya.

Ini bukan tentang kes Anwar diperangkap dengan tuduhan liwat palsu atau tidak. Ia berkenaan Najib yang diheret kedalam kancah ini dan didakwa sebagai dalang dalam konspirasi untuk memerangkap Anwar.Sudah pasti, Anwar akan merengkok dipenjara lima atau enam tahun, kemudian diisytihar tidak bersalah. Tapi Najib akan dipaksa bersara untuk kebaikannya. Ini bukan tentang Anwar tapi tentang Najib, dan Najib masih tidak menyedarinya... Kesiaaaan.

(Entri ini adalah terjemahan Mat Saman Kati daripada artikel asal: Killing two birds with one stone , oleh Raja Petra)

29 Julai 2008

Konspirasi liwat dan kerjasama PAS-UMNO

Oleh Raja Petra

Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau.


Perundingan perpaduan Melayu diantara Pas-Umno bukanlah sesuatu yang berlaku tanpa sengaja. Ianya telah dirancang dengan begitu teliti dengan matlamat untuk mengembalikan kuasa politik orang Melayu dan memastikan 'pendatang' bukan Melayu tidak akan mendominasi kuasa politik Malaysia. Sebahagian daripada perancangan ini ialah memastikan bahawa Pas akan kehilangan kepercayaan terhadap Anwar, dan kemuncak ketidakpercayaan ini ialah Pas akan merasakan bahawa masa depan Pas adalah bersama Barisan Nasional, bukan dengan Anwar.

Anwar telah pun dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu yang memperjuangkan Ketuanan Rakyat, bukan Ketuanan Melayu. Dan Anwar juga menentang Dasar Ekonomi Baru dan menggantikan dengan dasar yang lebih mementingkan kesamaan hak. dan Anwar juga dianggap sebagai ejen Amerika. Oleh itu, sebagai pengkhianat bangsa, Anwar mesti dihapuskan demi kebaikan bangsa Melayu.

Pernahkah terfikir, mengapa bapa saudara Saiful yang memanggil sidang akhbar untuk meminta Anwar bersumpah bahawa Anwar tidak pernah meliwat Saiful? Mengapa tidak bapanya? Sedangkan surat yang dibaca oleh peguam itu dikatakan ditulis oleh bapa Saiful. Satu lagi, Najib juga bersumpah dihadapan 900 ahli-ahli Umno mengatakan dia tidak pernah berjumpa ataupun mengenali Altantuya. Adakah rakyat percaya bahawa Najib bercakap benar bila dia bersumpah? Adakah sumpahnya itu mampu mengubah persepsi rakyat?

Sebenarnya, Saiful tidak begitu mengenali bapanya. ibu bapanya bercerai ketika Saiful masih kecil, dan ibunya berkahwin lagi. Bila ibunya meninggal dunia, bapa tirinya pula menghilangkan diri dan Saiful seterusnya dijaga oleh bapa saudaranya. Dan satu perkara penting didalam keseluruhan episod ini ialah 'ibu angkat' Saiful ialah Mumtaz Jaafar, yang merupakan proksi Rosmah Mansor dalam urusan perniagaanya.

Apakah ini dapat menerangkan mengapa Najib bersetuju berjumpa Saiful? Ramai yang tidak dapat memahami bagaimana seorang timbalan Perdana Menteri yang begitu penting dan sibuk , mahu membazir masa bertemu dengan seorang pelajar tercicir seperti Saiful. Ini adalah kerana Saiful adalah 'anak angkat' kepada Mumtaz Jaafar. Itu sebab Najib berjumpa dengannya.

Melihat kepada perawakan bapa saudara Saiful, kita boleh memahami mengapa lelaki ini istimewa. Apakah doktor menemui contoh air mani bapa saudaranya didubur Saiful, dan mungkin itu sebabnya mengapa polis tidak mendakwa Anwar? mungkin ini dapat menjelaskan, mengapa polis membebaskan Anwar selepas penahanan yang dramatik sehari sebelum itu.

Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau. Jawatankuasa ini diketuai oleh seseorang dari Perisik tentera yang saya tidak akan beritahu buat masa ini.

Ya.. Perisik Tentera lagi! Sekarang anda boleh lihat mengapa Perisik Tentera membocorkan maklumat tentang laporan rasmi mengenai pembabitan Rosmah Mansor didalam pempunuhan Altantuya. Tujuannnya ialah untuk menjatuhkan Najib. Dan orang-orang sama ini juga terlibat didalam muzakarah Pas-Umno, yang mana diantaranya melibatkan orang-orang seperti bapa Saiful dan rakan baik Anwar, Rameli Musa.

Baru-baru ini, bapa Saiful, yang telah meninggalkan anaknya sejak kecil, kembali kedalam hidupnya. Mengapa, setelah lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba bapa ini kembali muncul menemui anaknya? Senang saja. Dia mahu menghantar anaknya menemui Najib. Najib merasakan dia menghantar saiful kepada Anwar untuk dijadikan sebagai ejen. Apa yang najib tidak tahu ialah, budak ini dihantar untuk mengenakan Najib.

Itulah sebabnya mengapa bapa Saiful enggan menunjukkan mukanya dikhalayak ramai, terutamanya didepan kamera. Sekiranya wajahnya keluar dikaca TV, maka sudah pasti ramai yang mengenalinya. Dia sebenarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.Kerjanya ialah menjadi broker. Kalau anda mahukan sesuatu, dia boleh lakukan. Kalau mahukan kontrak kerajaan, kalau mahu memerangkap seseorang, kalau nak jumpa mana-mana menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, panggil saja bapa Saiful, dan dia akan melakukannya.

Kerjanya senang. cipta satu kes liwat terhadap Anwar. Ini akan menyebabkan Pas menjadi risau dan mereka akan berfikir dua kali tentang Anwar dan Pakatan Rakyat. Panggil Pas dan Umno duduk bersama dan bercakap tentang perpaduan Melayu. Biar Pas nampak bahawa masa depan Pas ialah bersama Umno dan bukan dengan PKR, yang mana akan dijatuhkan dengan kes liwat terhadap Anwar ini. Beritahu kepada Pas bahawa Umno bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam dinegeri-negeri yang dikuasai oleh mereka dan Umno akan bersetuju bahawa menteri besar akan diberikan kepada Pas.

Para perancang muzakarah Pas-Umno tentang perpaduan melayu ini juga sedar bahawa menawarkan jawatan Menteri besar kepada Pas dan pelaksanaan undang-undang Islam , masih belum cukup. Mereka juga perlu memusnahkan kredibiliti Anwar untuk membuktikan kepada Pas bahawa masa depan Pas terletak bersama Umno dan bukan dengan PKR. Tidak menghairankan, jawatankuasa muzakarah Umno-Pas adalah orang yang sama dengan 'jawatankuas memusnahkan Anwar' dan bapa Saiful, bersama dengan perisik tentera adalah pelakon penting dalam keseluruhan drama ini.


(Artikel asal: The Malay Unity Sodomy Conspiracy oleh Raja Petra terjemahan bebas oleh Mat Saman Kati)



28 Julai 2008

Ini satu lagi konspirasi

Oleh Raja Petra

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.



Pada 21 Julai, aku tulis tentang Konspirasi AG dan IGP. Dalam posting tu, aku ada tulis yang ni.
Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.

Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.

Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.

Pemeriksaan doktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain perkataan, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitan diduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.

Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantas Dr. mohamed osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuat pemeriksaan kedua dihospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan doktor disitu juga mendapati perkara yang sama. Walaubagaimanapun, Saiful masih membuat laporan polis dipondok polis yang terdapat dihospital.


Disebalik semua pengesahan doktor yang mengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini. Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTK yang bersenjata dan memakai topeng dihadapan rumahnya walaupun dia telah bersetuju untuk melapur diri kebalai polis pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.Polis kemudiannya telah menahan Anwar didalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel untuk tujuan profil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DAN Anwar pada tahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkan Saiful tidak diliwat.Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwar bersalah, melalui tuduhan liwat palsu.

Dan siapakah dibelakang konspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengan konspirasi 1998.

Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernah diliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencari doktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri. Polis telah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari tetapi masih enggan memalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat saiful dan laporan doktor melaporkan dengan begitu jelas. dan polis juga mempunyai salinan laporan yang sama seperti yang disiarkan dibawah supaya mereka tahu apa yang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudahpun mengetahui apa yang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun.

(Posting ini adalah terjemahan kepada artikel yang dibuat oleh Raja Petra..Doctor on the run: police want him to fabricate evidence against Anwar, terjemahan secara bebas oleh Mat Saman Kati )





21 Julai 2008

Konspirasi AG dan IGP

Oleh Raja Petra Raja Kamaruddin

'Bukti'nya sudah sedia. Contoh airmani pada seluar dalam Saiful telah disahkan. Satu saja masalahnya ialah, kalau dibenarkan pakar bebas dari luar negara melakukan audit terhadap bukti Jabatan Kimia ini, sudah tentu pakar ini akan mengesahkan air mani itu berusia 10 tahun.

Malam tu, depa parti sakan. Jabatan Kimia cukup seronok bila depa rasa, depa ada bukti kukuh terhadap Anwar, jadi memutuskan untuk merayakannya. Ada la sorang hamba Allah pi sponsor RM25,000 untuk Jabatan Kimia sebab, tak macam dulu, kali ni depa dapat pegang teloq Anwar.

RM25,000 tak jadi kudis kalau nak buat parti, tambahan pula kalau nak buat parti menyambut perkahwinan Perdana Menteri.Tahun lepas, masa Pak Lah kawin dengan Pembantu dari Putrajaya, depa belanja berjuta! RM25,000 pun tak jadi apa, kalau nak sambut hari dimana Najib jadi Perdana Menteri pada 2010. Rosmah Mansor beli beg tangan lebih mahai dari tu. Tapi RM25,000 cukup besar kalau nak sponsor parti untuk merayakan kejayaan Jabatan Kimia kerana berjaya mencengkam teloq Anwar.

Pasai apa Hamba Allah ni perlu sponsor parti yang bernilai RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak sambut apa? Selalu ka depa buat macam tu? Ataupun ini adalah kejayaan sekali dalam seumur hidup kerana berjaya mempunyai 'bukti' untuk menghantar Anwar kepenjara untuk sekurang-kurangnya 10 tahun, dan memastikan Anwar tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 september 2008 nanti?

Oh oh!! Tunggu sat. Abdullah Badawi ada cakap, Anwar mesti memberikan profil DNA yang baru secara sukarela. Profil DNA tahun 1998 yang ada kat polis tu dah lama. Polis pulak kata, kalau Anwar tak mau bagi profil DNA yang baru, depa akan dapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Anwar. Ho.ho.ho... ada banyak yang tak kena, brader.

Mula-mula sekali, kalau Jabatan Kimia sudahpun selesai dengan kes ini dan mempunyai bukti yang kukuh terhadap Anwar, pasai apa nak minta profil Anwar lagi? Profil DNA tak ada tarikh luput. Adakah polis juga memerlukan cap jari Anwar yang baru, sebab cap jari yang depa ambil 10 tahun dulu dah lepas 'tarikh luput'? Cap jari tak pernah berubah dari tarikh kita dilahirkan sampa mati. Profil DNA pun macam tu jugak! Awat la bodoh sangat?

Kalau hangpa ingat, kubur Napoleon Bonaparte pernah digali dan pemeriksaan membuktikan dia mati kerana keracunan arsenik. Dan Napoleon mati pada 5 May 1821, sama dengan 187 tahun dulu! Tak kan Profil DNA Anwar yang baru 10 tahun dah basi kot?

Sebenarnya, bukti kukuh yang dikatakan diperolehi oleh Jabatan Kimia itu diperolehi melalui contoh yang diperolehi pada tahun 1998. Jadi, depa perlukan contoh baru yang bertarikh 2008. Kalau tidak, sekiranya Anwar membawa pakar dari luar untuk mengaudit bukti Jabatan kimia itu, sudah pasti, pakar tersebut akan mendapati 'bukti' itu sebenarnya sudah berusia 10 tahun, dan bukannya dari kejadian 'liwat' pada 26 Jun 2008 seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Betui!! bukan saja pakar DNA akan dapat mengetahui 'air mani' yang ada pada seluar dalam Saiful itu kepunyaan Anwar, malah depa juga boleh tau sama ada ianya dari contoh tahun 1998 ataupun bertarikh 26 Jun 2008.

'Bukti'nya sudah sedia. Contoh airmani pada seluar dalam Saiful telah disahkan. Satu saja masalahnya ialah, kalau dibenarkan pakar bebas dari luar negara melakukan audit terhadap bukti Jabatan Kimia ini, sudah tentu pakar ini akan mengesahkan air mani itu berusia 10 tahun.

Jadi, depa mesti tukarkan contoh September 1998 kepda July 2008. Itu sebabnya Abdullah Badawi dan Syed Hamid Albar, dan ramai lagi, meminta Anwar menyerahkan contoh profil DNA yang baru. Mereka memerlukan contoh baru ini untuk 'membuktikan' bahawa airmani yang ada pada seluar dalam Saiful bertarikh 26 Jun 2008. Dan Pak Lah sendiri telah 'mengesahkan' perkara ini bila dia meminta Anwar menyerahkan profil DNA yang baru secara sukarela walaupun contoh yang lama masih boleh digunakan kalau setakat untuk mengetahui profil DNA.

Ya, pada September 1998, depa dah ambil contoh darah Anwar. Tapi depa tak boleh gunakan sebagai bukti dalam kes yang terbaru ini. Mereka perlukan bukti terbaru dan melainkan mereka boleh memaksa Anwar menyerahkan contoh terbaru, 'bukti' mereka dianggap lemah.

Itulah sebabnya polis terpaksa membebaskan Anwar atas jaminan polis sehari selepas dia ditangkap macam filem Hollywood. Mereka terpaksa membebaskan Anwar atau pun membawanya kemahkamah untuk didakwa. Tapi macam mana nak dakwa Anwar kalau 'bukti' tidak dapat diterima? Dan bukti yang menunjukkan jenayah yang dilakukan oleh Anwar adalah menerusi contoh DNA tahun 1998 sudah pasti tak diterima oleh mahkamah. Anwar dituduh pada 26 Jun 2008, bukan September 1998!

Nampak tak, macam mana liciknya AG dan IGP berkomplot? Dan dua makhluk seperti ular ini juga yang memalsukan bukti pada tahun 1998 yang menyebabkan Anwar terpaksa merengkok dalam penjara selama enam tahun. Dan an aku melakukan kesalahan menghasut dan memfitnah bila aku cakap perkara ini! Mintak-mintak macam tu la. Sementara kita masih lagi dalam hal ini, amacam kalau aku buat satu lagi 'kesalahan'? Aku akan menuduh AG dan IGP memalsukan bukti dan mengancam saksi.

Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.

Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

"Bukti' terhadap Anwar tidak cukup. Mereka kini mencari jalan lain untuk 'membuktikan' Anwar meliwat Saiful. Dalam pada itu, kita perhatikan, sama ada AG akan melakukan satu lagi repot polis terhadap aku dan sama ada IGP akan menangkap aku dan mendakwa aku dimahkamah kerana menghasut dan memfitnah kerana dakwaan ini.

Hei!! Aku dah pun ada empat tuduhan menghasut dan memfitnah. Tak jadi hal kalau tambah lagi dua atau tiga tuduhan! Yang penting ialah sama ada aku masuk jel atau tidak. Apa yang penting ialah dunia diberitahu bahawa mereka sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau masuk jel pun, pulang modal.

(Posting ini adalah terjemahan daripada artikel terbaru Raja Petra,How, yet again, they are trying to fabricate evidence against Anwar, diterjemah secara bebas oleh Mat Saman Kati)