Memaparkan catatan dengan label rundingan pas-umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rundingan pas-umno. Papar semua catatan

29 Julai 2008

Konspirasi liwat dan kerjasama PAS-UMNO

Oleh Raja Petra

Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau.


Perundingan perpaduan Melayu diantara Pas-Umno bukanlah sesuatu yang berlaku tanpa sengaja. Ianya telah dirancang dengan begitu teliti dengan matlamat untuk mengembalikan kuasa politik orang Melayu dan memastikan 'pendatang' bukan Melayu tidak akan mendominasi kuasa politik Malaysia. Sebahagian daripada perancangan ini ialah memastikan bahawa Pas akan kehilangan kepercayaan terhadap Anwar, dan kemuncak ketidakpercayaan ini ialah Pas akan merasakan bahawa masa depan Pas adalah bersama Barisan Nasional, bukan dengan Anwar.

Anwar telah pun dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu yang memperjuangkan Ketuanan Rakyat, bukan Ketuanan Melayu. Dan Anwar juga menentang Dasar Ekonomi Baru dan menggantikan dengan dasar yang lebih mementingkan kesamaan hak. dan Anwar juga dianggap sebagai ejen Amerika. Oleh itu, sebagai pengkhianat bangsa, Anwar mesti dihapuskan demi kebaikan bangsa Melayu.

Pernahkah terfikir, mengapa bapa saudara Saiful yang memanggil sidang akhbar untuk meminta Anwar bersumpah bahawa Anwar tidak pernah meliwat Saiful? Mengapa tidak bapanya? Sedangkan surat yang dibaca oleh peguam itu dikatakan ditulis oleh bapa Saiful. Satu lagi, Najib juga bersumpah dihadapan 900 ahli-ahli Umno mengatakan dia tidak pernah berjumpa ataupun mengenali Altantuya. Adakah rakyat percaya bahawa Najib bercakap benar bila dia bersumpah? Adakah sumpahnya itu mampu mengubah persepsi rakyat?

Sebenarnya, Saiful tidak begitu mengenali bapanya. ibu bapanya bercerai ketika Saiful masih kecil, dan ibunya berkahwin lagi. Bila ibunya meninggal dunia, bapa tirinya pula menghilangkan diri dan Saiful seterusnya dijaga oleh bapa saudaranya. Dan satu perkara penting didalam keseluruhan episod ini ialah 'ibu angkat' Saiful ialah Mumtaz Jaafar, yang merupakan proksi Rosmah Mansor dalam urusan perniagaanya.

Apakah ini dapat menerangkan mengapa Najib bersetuju berjumpa Saiful? Ramai yang tidak dapat memahami bagaimana seorang timbalan Perdana Menteri yang begitu penting dan sibuk , mahu membazir masa bertemu dengan seorang pelajar tercicir seperti Saiful. Ini adalah kerana Saiful adalah 'anak angkat' kepada Mumtaz Jaafar. Itu sebab Najib berjumpa dengannya.

Melihat kepada perawakan bapa saudara Saiful, kita boleh memahami mengapa lelaki ini istimewa. Apakah doktor menemui contoh air mani bapa saudaranya didubur Saiful, dan mungkin itu sebabnya mengapa polis tidak mendakwa Anwar? mungkin ini dapat menjelaskan, mengapa polis membebaskan Anwar selepas penahanan yang dramatik sehari sebelum itu.

Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau. Jawatankuasa ini diketuai oleh seseorang dari Perisik tentera yang saya tidak akan beritahu buat masa ini.

Ya.. Perisik Tentera lagi! Sekarang anda boleh lihat mengapa Perisik Tentera membocorkan maklumat tentang laporan rasmi mengenai pembabitan Rosmah Mansor didalam pempunuhan Altantuya. Tujuannnya ialah untuk menjatuhkan Najib. Dan orang-orang sama ini juga terlibat didalam muzakarah Pas-Umno, yang mana diantaranya melibatkan orang-orang seperti bapa Saiful dan rakan baik Anwar, Rameli Musa.

Baru-baru ini, bapa Saiful, yang telah meninggalkan anaknya sejak kecil, kembali kedalam hidupnya. Mengapa, setelah lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba bapa ini kembali muncul menemui anaknya? Senang saja. Dia mahu menghantar anaknya menemui Najib. Najib merasakan dia menghantar saiful kepada Anwar untuk dijadikan sebagai ejen. Apa yang najib tidak tahu ialah, budak ini dihantar untuk mengenakan Najib.

Itulah sebabnya mengapa bapa Saiful enggan menunjukkan mukanya dikhalayak ramai, terutamanya didepan kamera. Sekiranya wajahnya keluar dikaca TV, maka sudah pasti ramai yang mengenalinya. Dia sebenarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.Kerjanya ialah menjadi broker. Kalau anda mahukan sesuatu, dia boleh lakukan. Kalau mahukan kontrak kerajaan, kalau mahu memerangkap seseorang, kalau nak jumpa mana-mana menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, panggil saja bapa Saiful, dan dia akan melakukannya.

Kerjanya senang. cipta satu kes liwat terhadap Anwar. Ini akan menyebabkan Pas menjadi risau dan mereka akan berfikir dua kali tentang Anwar dan Pakatan Rakyat. Panggil Pas dan Umno duduk bersama dan bercakap tentang perpaduan Melayu. Biar Pas nampak bahawa masa depan Pas ialah bersama Umno dan bukan dengan PKR, yang mana akan dijatuhkan dengan kes liwat terhadap Anwar ini. Beritahu kepada Pas bahawa Umno bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam dinegeri-negeri yang dikuasai oleh mereka dan Umno akan bersetuju bahawa menteri besar akan diberikan kepada Pas.

Para perancang muzakarah Pas-Umno tentang perpaduan melayu ini juga sedar bahawa menawarkan jawatan Menteri besar kepada Pas dan pelaksanaan undang-undang Islam , masih belum cukup. Mereka juga perlu memusnahkan kredibiliti Anwar untuk membuktikan kepada Pas bahawa masa depan Pas terletak bersama Umno dan bukan dengan PKR. Tidak menghairankan, jawatankuasa muzakarah Umno-Pas adalah orang yang sama dengan 'jawatankuas memusnahkan Anwar' dan bapa Saiful, bersama dengan perisik tentera adalah pelakon penting dalam keseluruhan drama ini.


(Artikel asal: The Malay Unity Sodomy Conspiracy oleh Raja Petra terjemahan bebas oleh Mat Saman Kati)



Muzakarah: Ketua Penerangan PAS pohon maaf

Oleh Malaysiakini

Kenyataan Mahfuz ini membayangkan kemungkinan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak diberikan maklumat yang lengkap sehingga beliau minggu lalu menyokong "bersemuka" dengan pemimpin Umno - walaupun beberapa hari sebelum itu menggesa "muzakarah" PAS-Umno dihentikan.


PAS bulan lalu menafikan wujudnya rundingan PAS-Umno kerana mereka yang terlibat dalam pertemuan sulit itu tidak memaklumkan kepada jawatankuasa pusat parti itu, kata ketua penerangannya Mahfuz Omar.

"Ia (penafian) adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS," katanya dalam satu surat terbuka memohon maaf kepada ahli dan penyokong parti itu.

"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno."

Hasil maklumat yang tidak lengkap itu, PAS mengarahkan Mahfuz mengeluarkan kenyataan menafikan pertemuan dua parti itu pada 10 Jun.

Dalam kenyataan awalnya itu, Mahfuz "menafikan sekeras-kerasnya parti itu pernah mengadakan rundingan sulit dengan Umno" dan menyifatkan laporan laman web dan mesej SMS tentang pertemuan itu sebagai "fitnah".

Beliau berkata penyebaran berita seumpama itu sebagai "mainan politik politik dan perang saraf jahat" pihak media dan BN dalam usaha mereka untuk "pecah dan perintah Pakatan Rakyat".

Mahfuz juga berkata penyebaran itu bertujuan "menyuntik jarum kecurigaan dan kesangsian komponen parti Pakatan, rakyat dan pengundi terhadap PAS."

Dalam kenyataan panjang lapan perenggan hari ini, Mahfuz memohon maaf selepas dianggap "membohongi" ahli dan penyokong PAS sehingga menerima kritikan banyak pihak.

"Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

"Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas 'pembohongan' ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau menambah: "Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

"Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat."

Kenyataannya bulan lepas "bukanlah atas sifat peribadi" tetapi dibuat "atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan beliau berbuat demikian."

Pendedahan Mahfuz ini bertentangan dengan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang menyebut rundingan itu telah dimaklumkan kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama PAS.

"Berikutan itu majlis syura ulama PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam," kata Abdul Hadi, mengakui pendedahan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 20 Julai lepas.

Abdullah membongkar pertemuan peringkat tertinggi melibatkan beliau sendiri dan Nasharuddin sebanyak tiga kali dalam rundingan dua parti itu, antaranya untuk perkongsian kuasa sejurus selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Kenyataan Mahfuz ini membayangkan kemungkinan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak diberikan maklumat yang lengkap sehingga beliau minggu lalu menyokong "bersemuka" dengan pemimpin Umno - walaupun beberapa hari sebelum itu menggesa "muzakarah" PAS-Umno dihentikan.

---------------------

Berikut kenyataan penuh "permohonan maaf" Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena:

Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.

Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.

Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil ke hadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh presiden Umno baru-baru ini.

Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS.

Lebih memeranjatkan lagi apabila "muzakarah" tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN.

Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama empat hari berturut-turut selepas pilihanraya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti.

Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu.

Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara perdana menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas "pembohongan" ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor universiti tempatan yang telah mengingatkan bahawa "jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita".

Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia.

Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada.

Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku.

Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ber-zakar-lah: Ketuanan Melayu v Ketuanan Rakyat

Oleh: Hishamudin Rais

Apakah penafian awal dari juru dongeng itu satu pembohongan? Pasti ada nas dan sanad yang bolih mereka cari untuk menunjukkan ada bohong kecil, bohong besar, bohong wajib, bohong sunat dan bohong politik. Dalam kes ini, mengikut nas saya bohong ini adalah bohong yang bohong, tidak besar dan tidak kecil. Bohong adalah bohong.


Hari ini telah terbukti semakin ramai rakyat menolak konsep Ketuanan Melayu tetapi tunggul-tunggulnya masih ada. Pelik tetapi benar tunggul-tunggul baru Ketuanan Melayu telah muncul kebelakangan ini. Kali ini bukan datang dari batang tubuh gerombolan United Malays National Organisation - tetapi dari gerombolan kecil – satu kumpulan yang selalu bertempik-tempik mengajukan dasar agama yang tidak memandang kaum, bangsa dan ras. Sewajibnya agama tidak betuankan Melayu tetap bertuankan Tuhan. Inilah yang menjadi pelik tetapi benar.

Gerombolan kecil yang selalu bertempik-tempik di atas dasar agama ini telah berkhutubah ke hulu ke hilir mengatakan agama yang mereka anuti adalah sejagat. Tup tup – apabila dicakar kulitnya maka keluarlah agama barunya yang bernama Ketuanan Melayu. Maka keluarlah retorik ajaran agama ini – untuk perpaduan bangsa dan khutubah-khutubah untuk menjaga keMelayuan dari terhakis. Inilah menjadi lebih pelik dan hampir tidak dipercayai kerana yang yang mejadi juru dongengnya ialah seorang yang amat keras pegangan agamanya.Sehinggakan sanggup pasa satu ketika dahulu ‘mengkafirunkan’ sesiapa sahaja yang tidak berpayung di bawah ketiaknya. Pelik tetapi benar.

Pelik ini bertambah pelik kerana pada awalnya juru dongeng gerombolan kecil ini telah menafikan yang mereka sedang berbincang untuk membuat satu ‘geng baru’ dengan gerombolan United Malays National Organisation. Manafikan sahaja tidak cukup. Juru dongeng gerombolan kecil ini ingin menyaman sesiapa yang cuba ‘menuduh’ mereka sedang bersubahat dengan gerombolan United Malays National Organisation. Hebat. Memang hebat. Malah juru dongeng ini menanggap semua cerita-cerita berzakar ini adalah ‘al-fitnah wal fitnah’.

Wah wah bukan main hebat kenyataan juru dongeng ini. Tup tup bila kain lunginya terbarai kelihatan seluar dalamnya koyak lagi masam lagi haprak. Ternyata apa yang dianggap ‘fitnah’ itu ialah benar – tidak lain dan tidak bukan ialah benar semata-mata. Ke mana hendak disurukkan seluar dalam yang koyak itu? Hanya mereka sahajalah yang dapat mencari sanad dan nas nya. Ini kerana dalam hal mencari-cari sanad dan nas ini mereka memiliki ketrampilan.

Apakah penafian awal dari juru dongeng itu satu pembohongan? Pasti ada nas dan sanad yang bolih mereka cari untuk menunjukkan ada bohong kecil, bohong besar, bohong wajib, bohong sunat dan bohong politik. Dalam kes ini, mengikut nas saya bohong ini adalah bohong yang bohong, tidak besar dan tidak kecil. Bohong adalah bohong.

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Pandai cakap bohong
Bolih jadi menteri.


Kalau bukan bohong kenapa pada awalnya ada keinginan untuk menyaman tetapi tidak jadi? Pelik tetapi benar.

Terbukti tunggul-tunggul Ketuanan Mekayu ini masih bersepah-sepah lagi. Mereka datang dalam pelbagai bentuk. Penjaja utama yang menelurkan konsep Ketuanan Melayu ini ialah gerombolan United Malays National Organisation. Gerombolan ini telah lebih 50 tahun menjadi tuan. Hasil darinya, mereka hidup bersenang lenang merampok hasil negara untuk kroni dan suku sakat. Jadi kita tidak hairan jika mereka terus ingin menjadi tunggul – pergi tersepak pulang terlanggar – untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.

Yang menjadi pelik tetapi benar ini ialah munculnya tunggul-tunggul baru yang hendak menumpang semangkuk ? Ini menjadi pelik.

Di samping ini ada juga macha-macha dan kumpulan-kumpulan kecil yang turut sama menyokong apa yang mereka tafsirkan sebagai – mu – zakar - rah. Macha-macha dan kumpulan ini mengangkat-angkat tangan dan kaki menyokong muzakar ini. Sebenarnya mereka ini telah mendapat serpihan ekonomi dari gerombolan United Malays National Organisation. Atau mereka diwujudkan sebagai anak syarikat gerombolan United Malays National Organisation. Ada juga diantara kumpulan-kumpulan kecil ini yang memakai jubah kumpulan belia hijau yang berjenamakan agama. Kumpulan dan macha-macha kumpulan belia hijau ini tidak seharusnya menghairankan kita semua. Ini perjuangan macha untuk cari makan.

Untuk kita semua memahami apa yang telah di muzakarkan dan apa yang telah di zakarahkan kita wajib memahami politik hari ini. Gerombolan United Malays National Organisation sedang nazak. Dari luar rakyat telah menolak mereka. Dari dalaman mereka sedang beramuk sesama sendiri untuk merebut ghanimah – harta rompakan perang. Inilah yang menjadi latar timbulnya muzakar dan zakarrah.

Gerombolan kecil yang muncul menjadi tunggul baru Ketuanan Melayu ini sebenarnya bukan orang jahat walau pun mereka membuat kerja-kerja jahat. Ada diantara mereka orang baik. Ada yang memiliki latar belakang agama yang baik. Tetapi baik sahaja tidak mencukupi dalam politik hari ini. Mereka ini gagal memahami apa makna politik. Mereka juga tidak memahami ekonomi sebagai asas politik. Mereka tidak memahami dinamika ekonomi kapitalis yang tidak memiliki agama dan tidak memiliki bangsa.

Ekonomi kapitalis bertuhankan keuntungan maksima. Cita-cita ekonomi kapitalis ialah untuk membolot semua punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ialah bahan mentah, tanah dan tenaga buruh. Tidak wujud ketuanan Melayu atau ketuanan Cina atau ketuanan Melanau dalam sistem ekonomi kapitalis. Justeru, Pepsi Cola yang dijual di negara Arab itu adalah sama sahaja dengan yang dijual di Amerika walau pun dalam ejaan Jawi. Tujuan nya sama - untuk mencari untung.

Jika masih ada lagi tunggul-tunggul yang menjadi pengikut mazhab Ketuanan Melayu ini maka sahih yang mereka tidak memahami struktur sistem ekonomi kapitalis yang wujud dalam negara kita ini.

Ketuanan Melayu ini adalah satu konsep bayangan, satu ajenda politik yang digunakan olih gerombolan United Malays National Organisation untuk mencari sokongan orang Melayu. Jika ada Tuan maka pasti akan ada Hamba Abdi. Ketuanan Melayu ertinya akan ada yang menjadi hamba abdi kepada Melayu. Tidak mungkin orang Cina atau India, Kadazan atau sesiapa sahaja hendak menjadi hamba kepada Melayu. Malah orang Melayu sendiri pun tidak mahu menjadi hamba kepada sesiapa pun.

Justeru, lawan terhadap Ketuanan Melayu ialah Ketuanan Rakyat - politik, pemikiran, falsafah baru yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Ketuanan Rakyat ini bemakna kita warga di negara ini semua adalah sama tetapi tidak serupa. Kita sama sederajat walau pun kita tidak serupa agama, budaya, bahasa ibunda. Inilah falsafah yang diajukan melalui konsep Ketuanan Rakyat. Ketuanan Rakyat akan mementingkan rakyat dahulu bukan mementingkan keuntungan maksima. Rakyat itu iah kita semua – bukan orang Melayu sahaja.

Kenapakah bagitu susah hendak difahami konsep dan falsafah Ketuanan Rakyat ini? Apa masalah untuk memahaminya? Ketuanan Rakyat ini selari dengan konsep semua agama; kecuali jika ada agama yang mengakui agama mereka mengatasi yang lain, atau agama mereka sahaja yang betul. Justeru Ketuanan Rakyat mengkukuhkan nilai baik sangka antara sesama manusia. Kitab-kitab suci, ajaran-ajaran nabi dan ahli-ahli falsafah semuanya mengajukan kesaksamaan antara manusia dengan manusia tanpa mengira bangsa atau agama.

Untuk tunggul-tunggul baru yang cuba bangun dengan Ketuanan Melayu ini rasa saya mereka harus menilai kembali asas kefahaman politik mereka. Mereka wajib melihat arus politik 2008 dimana rakyat keseluruhan telah menolak konsep dan propaganda Ketuanan Melayu dari gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa pun bolih bebas untuk menjadi tunggul. Yang hendak bermuzakar ke arah mana pun biarkan mereka bermuzakar. Yang hendak mengelabah biarkan mengelabah. Politik baru Ketuanan Rakyat tetap akan akan muncul kerana ini hukum sejarah. Seperti kata datuk nenek moyang kita – pergi tersepak pulang terlanggar - seratus jong masuk anjing tetap bercawat ekor.

Muqabalah @ Muzakarah: Kenapa PAS Sahaja Yang Terlarang?

Oleh: Zukri Aksah

Tidakkah semua itu namanya muqabalah, tidakkah sebahagiannya melibatkan muzakarah? Walaupun ada dari insiden di atas yang terus kelam sampai sekarang, nampaknya sama ada Saudara Anwar, Wan Azizah mahupun Saifuddin Nasution tetap terus teguh dan kekal bersama Parti Keadilan Rakyat khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.


Lama dahulu sebelum Saudara Anwar bebas, Wan Azizah ada bertemu Pak Lah, Saifuddin Nasution juga ada bertemu Pak Lah, selain dari yang dinyatakan kepada umum bahawa pertemuan itu pada ketika itu adalah untuk memohon jasa baik Pak Lah bagi membenarkan Saudara Anwar ke luar negara berubat, buah-butir yang selebihnya tidak pernah diketahui penyokong terbanyak, dengar ceritanya Wan Azizah memanggil Pak Lah dengan panggilan ‘Uncle.’ Saudara Anwar juga selepas bebas ada berjumpa Pak Lah ketika rumah terbuka Hari Rayanya, selain kenyataan umum bahawa pertemuan itu semata-mata adalah untuk merakamkan ucapan terima kasih Saudara Anwar kepada Pak Lah kerana tidak mencampuri urusan penghakiman kesnya, yang lain-lainnya juga tidak pernah diketahui oleh penyokong terbanyak. Kita juga tidak pernah lupa bahawa Saudara Khairy Jamaluddin ada bertemu Saudara Anwar selepas bebasnya, selain alasan menguruskan passport, perbincangan lain antara mereka tidak pernah pula cuba dikorek oleh orang-ramai.

Tidakkah semua itu namanya muqabalah, tidakkah sebahagiannya melibatkan muzakarah? Walaupun ada dari insiden di atas yang terus kelam sampai sekarang, nampaknya sama ada Saudara Anwar, Wan Azizah mahupun Saifuddin Nasution tetap terus teguh dan kekal bersama Parti Keadilan Rakyat khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Tetapi mengapa ia harus menjadi dilema, mencetuskan polemik bilamana muqabalah atau muzakarah sebegini, iaitu pertemuan dengan Pak Lah selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, melibatkan pimpinan PAS? Meyakini seratus peratus tindakan Saudara Anwar, Wan Azizah dan Saifuddin Nasution tetapi mempersoalkan pula tindakan beberapa pimpinan PAS, samalah seperti kita mengatakan kita yakin akan kekuatan jiwa dan pendirian Saudara Anwar, Wan Azizah serta Saifuddin Nasution tetapi ragui kekuatan jiwa dan pendirian pimpinan PAS, kita letakkan jiwa pimpinan PAS di tahap lemah dan lembik, kita andaikan pendirian pimpinan PAS adalah rapuh dan mudah disogok. Betapa berdosanya kita jika ini tersebar menjadi fitnah, apatah lagi mereka ini adalah pimpinan jemaah Islam.

Ya, saya tahu wujud beberapa asas terhadap dilema dan polemik ini. Pertamanya adalah kerana kesilapan lampau yang dibimbangi terulang, kedua kerana ini berlaku pasca 8 Mac 2008, selepas runtuhnya kerajaan Umno dan BN di lima buah negeri, hilangnya kerusi-kerusi strategik Umno dan BN di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hilangnya dua pertiga majoriti BN di Parlimen, PAS dibimbangi akan dipujuk lagi oleh BN untuk memasuki BN bagi memperkuatkan kembali BN, selepas BN kembali kuat, PAS akan ditendang seperti sampah…

Soalnya kenapa itu yang tergambar di kepala kita bila pimpinan PAS berjumpa Pak Lah? Gambaran PAS akan masuk BN, PAS kena tipu dek Umno, PAS dipermainkan Umno dan sebagainya… Benar, pihak Umno seperti yang diakui Khir Toyo telah menawarkan apa yang dibimbangi itu, PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan menubuhkan kerajaan Negeri Selangor bersama Umno, tetapi itu politik Umno, biarlah dia dengan caranya, tiada apa-apa yang luak pun. Apakah kita ada terdengar PAS hadir dalam muqabalah atau muzakarah itu dengan membawa agenda yang sama? Menawarkan diri untuk membubarkan Pakatan Rakyat dan bercium mulut dengan Umno? Tidak ada bukan! Yang terbukti, sekolah agama rakyat di Kelantan akan mendapat bantuan kerajaan persekutuan, akhbar Harakah mendapat kembali permit dua kali seminggunya, tinggal lagi masalah tahanan ISA yang belum dapat diselesaikan. Jelas bahawa pimpinan PAS hari mempunyai kebijakan politik yang tinggi, sebab ada sesetengah tuntutan perjuangan yang boleh diselesaikan di meja rundingan, bukan di jalanraya atau dalam pilihanraya!

Sejarah perjuangan Islam yang panjang membuktikan bahawa muqabalah atau muzakarah dengan pihak lawan boleh diadakan selagi ia boleh memberi manfaat kepada Islam dan ummah sama ada secara tersirat atau tersurat, sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah sudah sering diceritakan orang, kaedah dakwah Assyeikh Syahid Al Imam Hassan Al-Banna juga penting untuk dijadikan rujukan dalam situasi sebegini, bagaimana beliau masuk ke kelab malam untuk berdakwah, sehingga akhirnya kelab malam itu bertukar menjadi sebuah surau! Kalau berjumpa pemilik kelab malampun boleh membuahkan hasil dalam dakwah, maka bukanlah sesuatu yang terlarang untuk PAS berjumpa dengan pimpinan Umno.

Kepada sahabat-sahabat ahli PAS sekalian, kita sudah berbai’ah dengan PAS, maka eloklah kita menuruti rukun bai’ah sepertimana yang juga diperturunkan oleh Assyeikh Syahid Al Imam Hassan Al-Banna lewat Risalah Ta’limnya, iaitu Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Berkorban (Tadhiyah), Taat, Thabat, Tajarrud, Bersaudara (Ukhuwwah) dan Thiqah.

Oh ya, ada pesanan untuk Saudara Karpal Singh, seeloknya saudara menekuni terlebih dahulu lapis ayat Bahasa Melayu sebelum mengkritik apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, nanti kalau ada orang kata saudara tak faham bahasa saudara marah.

24 Julai 2008

Khabonye: Sekadar bermuzakarah? Tak salah ‘kan…?





Dalam keadaan sekarang di mana dengan keadaan ekonomi dan sistem pentadbiran yang lemah menjadi tangungjawap kepada semua parti untuk muqabalah dan bermuzakarah bagi menjamin kedudukan dan keselesaan rakyat.


Adakah salah bila kita melakukan perkara yang sepatutnya seorang Islam lakukan. MUZAKARAH atau bahasa melayunya perbincangan atau bahasa orang putih discussion.

Mana salahnya kalau kita sekadar muzakarah tentang kedudukan status agama Islam di negara kita. Hanya Ketuanan Melayu sekadar ajinomoto atau perisa tambahan kata kata kepada UMNO bagi menghangatkan lagi situasi atau senario politik di Malaysia.

Perbincangan atau Muzakarah ini meliputi kedudukan Islam dalam pentadbiran negara, Islam di dalam perundangan syariah di Malaysia. Adakah muzakarah seperti ini akan diterima oleh UMNO yang lazimnya menghalalkan yang haram.

Di atas ketenatan dan kenazakan parti seperti UMNO, maka PAS memberikan nasihat dan bertanya khabar bukan bekerjasama dalam menyatukan PARTI yang IBARAT AIR DAN MINYAK ini. Penemuan parti politik yang boleh dianggap otai di negara ini disalah ertikan oleh ahli-ahli UMNO yang mana kononnya PAS akan bekerjasama dengan mereka. Maka media media elektronik dan cetak ini memainkan peranan mereka sebagai anjing kepada UMNO dan BN memutarbelitkan fakta-fakta sebenar sehingga menjadikan ianya sebagai isu yang mengelirukan rakyat.

PAK LAH beria-ia mengeluarkan kenyataan yang mengatakan ada usahasama antara PAS DAN UMNO. Di mana maruah UMNO sehinggakan mereka sanggup melondehkan seluar mereka di depan khalayak ramai. Kata-kata usahasama adalah keterlaluan kerana sanggupkah PERINGKAT TERTINGGI UMNO DAN AHLI AHLINYA menjalankan kewajipan sebagai pemerintah menutup KILANG ARAK, KEDAI-KEDAI NOMBOR EKOR DAN KASINO kat genting yang mana selama ini menjadi nadi dalam sumber kewangan bagi UMNO dalam memerintah MALAYSIA.

Dalam segi perjuangan adakah UMNO BERSEDIA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAP MEREKA TANPA ADA MENGENAKAN BAYARAN ATAU ERTIKATA LAIN DAPAT DUIT KOPI. Dalam keadaan sekarang di mana dengan keadaan ekonomi dan sistem pentadbiran yang lemah menjadi tangungjawap kepada semua parti untuk muqabalah dan bermuzakarah bagi menjamin kedudukan dan keselesaan rakyat.

UMNO itu sebenarnya yang kurang profesional kerana selepas menghulurkan bantuan dalam bentuk muzakarah dan muqabalah mereka UMNO ini mengatakan PAS pula yang ingin bekerjasama dengan UMNO. Orang tua-tua memang banyak perumpamaan pernah dengar "IBARAT MENOLONG ANJING YANG TERSEPIT" dalam masa yang sama Mursyidul AM PAS memberikan peringatan agar segala yang dilakukan dengan UMNO mestilah berhati hati dan sentiasa meminta bantuan daripada ALLAH.

Dalam perumpamaan itu anjing ini kalau dah tersepit kita nak lepas jugak nanti gigitnya orang yang tolong lepaskan dia tadi. UMNO pada hari ini mempunyai pemerintah yang gila kuasa.harta orang dikatanya harta dia (UMNO). Dan kalau menegur kelemahan dalam diri mereka (UMNO) maka dengan spotan mereka (UMNO) akan mengatakan tiada yang sempurna selain daripada kami (UMNO).

Begitulah nasib yang menimpa kepada MB Terengganu apabila menjadi mangsa di atas ketidakpuasaan hati MT UMNO terhadap Mohd Said. Dahla lantikan sebagai MB menjadi kontroversi dan bukan pilihan MT UMNO dengan permulaan tugas sebagai MB meminta semula hak wang ehsan diberikan semula WANG ROYALTI kepada kerajaan Terengganu semula dan meminta segala yang telah tertunggak selama beberapa tahun yang lalu dan yang terbaru membeli kereta exco dengan menukarkan kereta nasional kepada kereta Mercd yang dianggarkan jutaan ringgit.

Sepatutnya rakyat Terengganu buka mata dan telinga dan mendokong dan menyokong setiap keputusan MB mereka, KENAPA? Tu persoalan yang terbaik daripada menghentam MB yang memikirkan rakyat walaupon beliau sendiri datangnya bukan daripada parti pembangkang. Rakyat Terengganu harus memberikan 100% sokongan terhadap M Said kerana dia dengan lantang meminta daripada Kerajaan yang memerintah memulangkan semula wang royalti petronas kepada kerajaan negeri Terengganu dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sendiri.

Adakah sebagai rakyat mereka ini tak nampak pengorbanan Said lebih suci daripada Idris Jusoh yang terang terang mengambil tanah orang kg dan berikan kepada kroni sendiri. Dan bagaimana Idris menggunakan Wang Ehsan Petronas membuat Masjid Kristal dan komisyen daripada projek projek mega dimasuk ke dalam kocek baju dan bakinya dibahagi kepada kroni kroninya.

Dan yang paling utama Pemiliham Said sebagai MB Terengganu adalah pilihan daripada Tuanku MIZAN dan penderhaka seperti Idris Jusoh seharusnya dijadikan renongan kepada rakyat Terengganu. Isu pembelian kereta mercd adalah bertepatan kerana sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat mestilah memiliki kereta yang tahan lasak, kos penyelenggaraan kereta yang rendah dan yang paling utama kos bahan bakar yang jimat.

Ini kerana sebagai wakil kepada rakyat mereka ini menjalankan tangungjawap tidak kira siang atau malam. Adakah dengan membeli kereta selain keluaran kereta nasional menampakkan satu isu pembaziran. Aku sendiri memiliki sebuah kereta mercd keluaran tahun 1980 mercd benz 200.

Alhamdulillah, elok sampai sekarang dan kereta yang aku anggap peninggalan pusaka daripada datuk aku ini yang terbaik yang pernah aku drive. Aku akui teknologi daripada Jerman ini memiliki ciri ciri yang tidak ada tandingnya. Pada tahun 2000 aku beli kereta proton wira erobek auto yang mana tak sampai satu tahun 2 kali angkat enjin dan sistem gearbox selalu problem. Tambahan pulak kalau perdana v6 memang selalu problem. Tak payah MB Terengganu merungut, satu Malaysia dah tahu penyakit kereta perdana mesti gearbox.

Dan kalu nak tahu satu gearbox baru perdana V6 lebih kurang RM 13 ribu. Itu tak masuk kerosakan yang lain. Maka M Said ini dengan berani memberikan kritikan terhadap produk pengeluaran Malaysia ini dan disangkal oleh MT UMNO dengan mengatakan M Said menyalah gunakan kuasa menggunakan Kenderaan selain daripada kereta nasional.

DAN YANG PALING BEST NAJIB MEMBUAT KENYATAAN KERAJAAN AKAN MEMBUAT PEMANTAUAN TERHADAP NEGERI TERENGGANU DALAM PENGURUSAN WANG ROYALTI PETRONAS.

Itu gila kuasa namanya. HARTA ORANG DIKATAKAN HARTA DIA.DAN SEPATUTNYA KERAJAAN MALAYSIA MERASA MALU DIATAS MASALAH TEKNIKAL YANG DIALAMI OLEH KERETA YANG DIKELUARKAN OLEH PROTON YANG TIADA PENGHUJUNGNYA.MASALAH TEKNIKAL INI PERLULAH MERUJUK KEPADA MEREKA YANG LEBIH MAHIR DARIPADA MEMBIARKAN PERKARA INI BERLARUTAN.


Suara Rakyat: “Bukankah Melayu UMNO yang letupkan ALTANTUYA!”

Sokong TGNA... hentikan saja sebarang usaha untuk bermuzakarah dengan puak2 tu.. tak kiralah apapun tujuannya, dah 18 tahun TGNA terseksa oleh sikap double standard dan biadab kerajaan BN terhadap kerajaan PAS Kelantan.”



“Dalam paper pun ader masauk. Peguam Azilah tu tarik diri sebab tak tahan pembabitan pihak ketiga secara serius di dalam hal penyiasatan beliau. Beliau tak nak menanggung risiko memutar belitkan fakta, beliau kata Azilah tak bersalah.aku rasa kat sini aku dah tahu saper punya penglibatan.”



Tentang muzakarah PAS-UMNO

Amaluddin Zhafir, menunjukkan PAS masih lagi dibelenggu slogan 'Melayu/Islam'. Tak patut di adakan, kalau tujuan hanya untuk MELAYU/ISLAM. kalau diluaskan ke semua bangsa dan agama, ada bagusnya.

Garuda385, Sudah lupakah pemimpin Pas seperti Tuk Hj Hadi tentang peristiwa di Batu Buruk,Terengganu pada tahun 2007 apabila peluru hidup dilepaskan oleh pihak polis ke arah penyokong-penyokong PAS yang berkumpul untuk mendengar ceramah? Pihak polis bertindak ikut arahan pemimpin AMNO yang sama .

AMNO sekarang baru ingat perpaduan Melayu setelah kalah teruk pada pilihanraya yang lepas. Setahu saya, polis yang menembak dan kedua-dua mangsapun Melayu juga.Siapa nak pertahankan hak mangsa Melayu yang ditembak itu yang nyaris maut? Lupakah mereka tentang anak Tuk Guru dan penyokong-penyokong PAS lain yang pernah dipenjarakan di KAMUNTING dahulu setelah diISAkan?Bukankah mereka Melayu juga? Siapa nak pertahankan hak orang Melayu yang masih di ISAkan di Kamunting? Adakah AMNO sedang membela nasib keluarga mereka?

Kalau masih tidak ingat semua itu,memang Melayu mudah Lupa... Lupa Daratan!!
Pengkhianat /Pembunuh Melayu terbesar adalah pemimpin AMNO sendiri tetapi orang Bukan Melayu pula dipersalahkan. Bukankah Melayu kroni AMNO yang meletupkan siALTANTUYA dengan C4 tak lama dulu? Jangan diperdayakan lagi dengan Ular AMNO yang amat berbisa itu.PAS tidak ingat lagikah patukan AMNO dulu masa Hj ASRI dulu?? Bagaimana pula dengan mangsa pembunuhan Kampung Memali dulu? Semua angkara pemimpin AMNO! Bila PAS nak berbaik-baik dengan AMNO, dosa AMNO pasti akan menghancurkan PAS nanti, jika pemimpin PAS tidak berjaga-jaga nanti!!

Berwaspadalah sebelum padah!!

Sheedy Mohd, Kenapa banyak sangat alasan.. cuba baca artikel Khir Toyo dalam blog dia tentang tawaran BN kepada PAS.. tak ke gundah hati para pejuang PAS yang bertungkus lumus... Mujur tawaran tersebut tidak menjadi kenyataan.

Sokong TGNA... hentikan saja sebarang usaha untuk bermuzakarah dengan puak2 tu.. tak kiralah apapun tujuannya, dah 18 tahun TGNA terseksa oleh sikap double standard dan biadab kerajaan BN terhadap kerajaan PAS Kelantan.

Padli Selangor, Jangan sesekali bermuzakarah.. jgn setuju dgn zakar zakar nih

Waja Timur, sampaikan walaupun sepotong ayat maksud sebuah hadis kalau tak salah saya.diharapkan muzakarah jadi medan dakwah pas semoga lepas beban di akhirat nanti.soal umno nak terima tak nak terima lantak dia lah.yg penting dah lepas tanggungjawab menyampai.
Emc, Menyokong pas selagi menjadikan ISLAM sebagai tunjak perjuangan

Tentang tuduhan liwat ke atas Anwar

Amaluddin Zhafir Pengulangan sitcom 98. si liwat walaupun muda, tak cukup gagah melawan anwar. merelakan diri di lewat banyak kali. dan sebelum merepot polis, telah pun berjumpa najib. awalnya najib cakap saiful nak minta loan (ai, aku minta loan tak pernah nak jumpa head of mara, yg dia boleh jumpa TPM), pastu ditukar plak cakap saiful jumpa dia untuk repot pasai kes liwat anwar. adoi...what the hell??

Rosli, Liwat perkara biasa zaman sekarang. Lelaki liwat perempuan. Suami liwat isteri. Lelaki liwat lelaki. Biarkan kes DSAI meliwat diadili oleh mahkamah. Kau orang terus menafi, kau orang terus percaya, adakah kau orang lihat sendiri. Pada saya ianya boleh jadi liwat dan boleh jadi tak liwat. Lagi pun DSAI hanyalah manusia biasa, bukannya malaikat.

Baity Emy, Assalamualaikum..simpati sgt2 dgn anwar ibrahim..dah terang2 dia dianiayai org..same-samelah kite doakan kpd pihak yg buat dajal nie..hanya Allah jelah yg tahu sape yg btol dan sape yg salah..dan bersedialah menerima laknat Allah yang amat-amat pedih itu..menfitnah itu lebih besar dosanya drpd membunuh

Noh, Pakat semua anggota PR menunaikan solat hajat mohon pada Allah memberi petunjuk akan kebenaran perkara ini. Kes ini tidak boleh dipermain dan didiamkan. Jika ia satu fitnah dan konspirasi mohon Allah turunkan bala kepada mereka yang terlibat. Maruah umat Islam mula nak dicemarkan dengan berbagai rekaan termasuk kes begini. Cubit peha kanan peha kiri sakit juga. Ingat, tiada hijab bagi doa mereka yang dianyayai. Berbagai penyelewengan telah dibongkar dan terkini ura2 PR sedang mengatur langkah untuk menduduki Puterajaya, mebuatkan mereka yang berkepentingan mengelabah dan tak senang duduk dan mereka mencari dan reka jalan menghalang hasrat PR ini kerana mereka bakal menerima tindakan dan pembalasan mengikut perundangan yang tulin nanti.

Tentang pelan peralihan kuasa Pak Lah-Najib

Yoyo, 2010? terlalu jauh tak tahu apa yang akan berlaku sebelum itu. yang pasti Najib tak layak jadi PM najib tak berani lawan juga kerana telah banyak kali pergi mongolia badawi umum hal ini supaya semua MPs tak lawan. dia boleh gila kuasa 2 tahun lagi.

Yaacob, Pak Lah buat kali pertamanya nampak bijak walaupun kebodohannya tetap tebal bilamana dia mengumumkan pelan peralihan kuasa. Hampir semua orang UMNO, termasuklah Najib dan Muhyiddin terkena mainan licik Pak Lah. Muhyiddin yang pada ketika itu tidak berada dalam majlis berkenaan, telah dikatakan amat kecewa kerana Najib telah dengan mudah dibeli oleh Pak Lah. Muhyiddin terasa dia dikhianati Najib kali ini. Rakan regunya untuk jawatan nombor 2 itu ternyata sudah meninggalkannya.

Selepas pemilihan akan datang, nama Muhyiddin bakal menjadi satu nama busuk. Malah tidak mustahil, Muhyiddin akan mula terkena bahang mainan kotor UMNO tidak lama lagi melainkan dia berhenti dari beranggan-anggan untuk menentang Najib atau Pak Lah. Perlu diingat, Muhyiddin bukanlah seorang pemimpin yang bersih. Kotornya Muhyiddin sudah diketahui kebanyakan orang Johor. Hanya masa yang bakal memperkenalkan siapa Muhyiddin sebenar. Yang pasti Muhyiddin tidak akan dilempar dengan tuduhan liwat seperti Anwar. Siapa yang kenal Muhyiddin tentu dapat meneka bom apa yang perlu dilontarkan kepadanya.

Red Giant, Nah! jelas kini Dollah cuba membelakangkan Yang DiPertuan Agong dan ahli Umno . Dollah memaksa mereka untuk terus menerima beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno hingga Jun 2010. Selain itu beliau juga memaksa Yang DiPertuan Agong dan ahli Umno memilih Najib sebagai pengantinya tanpa adanya pilihan lain.

Sikap ini sekaligus menutup ruang dan peluang untuk calon lain bertanding merebut jawatan itu. Dan terbuktilah bahawa Presiden Umno ini cuba berlagak diktator bagi menutup kecaman ke atasnya.

Ini adalah satu strategi tunjuk kuasa bagi melemahkan musuh beliau dan menafikan hak Yang DiPertuan Agong selaku ketua negara bagi memperkenankan perlantikan Perdana Menteri Baru. Najib sepanjang tempoh itu terpaksa berlutut pada Abdullah untuk memastikan hajat beliau tercapai.

Amaluddin Zhafir mereka ada kuasa, mereka ada pelan. cuma mereka kekurangan daya fikir yang sensitif. (kalau saya cakap bodo, masuk isa dak?)

Bahaman, Banyak sumber2 memberitahu dolah badawi sedang berusaha keras menggerakan semua pencacai-pencacainya menjalankan strategi supaya dolah kekal berkuasa sehingga pilihanraya ke 13. Dolah dan pencacai-pencacainya sanggup memperjudikan kedaulatan UMNO untuk terus berkuasa. Kita yang sayangkan perjuangan umat melayu melalui UMNO tidak seharusnya biarkan sahaja dolah dan pencacai-pencacainya meperalatkan UMNO sewenang-wenangnya untuk terus berkuasa dan melahap kekayaan nenek moyang kita serta bersengkokol dengan pihak asing terutamanya singaPORK.

Einstein, Oklah tu.... peralihan kuasa, adakah kerajaan akan menaikkan harga minyak lagi? Jika bukan tahun ini, bila? Tahun hadapan? Jika kerajaan turunkan harga minyak, say 50sen.. alamat selamatlah kerajaan.

Tentang Najib sama ada terlibat dengan pembunuhan Altantuya

Amaluddin Zhafir logik akal saya mengatakan ya. entah la, encik bala ke mana ya?

Poc Kid, Hak3.. sudah dah la pak najib. Hang nak lari pi mane lg? Hak3.. sikalang lu kena kepong woo.. kami rakyat sudah ready nak serang sama kamu punya team. Duduk je la kamu kat Sg Buluh plak, nati baru ko tau plak mcmne rase duk sana. Puan Rosmah naik angin eh ko main ngan Altantuya? hak3.. kalo ye naik angin pon napeleh bom minah mongolia tu? Puan Rosmah bajet Pak Najib leh jadi PM eh?? Jangan harap la.. kami rakyat akan bantah abis2 kali ni!

Mietawar, Ha sekarang giliran kita pulak minta Najib bersumpah junjung Quran menafikan yang dia tidak melakukan zina dengan Atlantuya

Pencoleng, harap2 sesape yang terlibat akan dikenakan hukuman setimpal walaupun pemimpin sekalipun..kerana dalam negara ni xde yang dapat mengatasi undang2.. waima agong sekalipun,, mereka tetap manusia,yang salah tetap salah..

Cicak, Dalam paper pun ader masauk. Peguam Azilah tu tarik diri sebab tak tahan pembabitan pihak ketiga secara serius di dalam hal penyiasatan beliau. Beliau tak nak menanggung risiko memutar belitkan fakta, beliau kata Azilah tak bersalah.aku rasa kat sini aku dah tahu saper punya penglibatan. Razak Baginda dan lain2 tu cuma jadi kambing hitam jerler. Aku lagi setuju kalau bapa Altantuya bawa kes ni ke mahkamah Asia. Biar padan muka org yg senang2 nak bunuh org tu. Baru ler penyiasatan dapat dibuat dgn betul, biar org asing yang buat siasatan n jgn pakai org2 dlm M'sia ni. Jadi boneka ler, silap2 Razak tak salah... kita lihat ler.




23 Julai 2008

Ameno gelabah di petak penalti

Oleh: Matkeri

Itulah yang aku maksudkan dengan "bertahan". Nyata sekali ameno sudah penat dan letih dengan pemain2 yang sama bermain lebih berpuluh tahun menggunakan trik dan rentak yang sama.



Semalam dok minum teh tarik dekat rumah, kawan ada tanya "apa hal ameno sekarang dok sibuk nak bekawan balik dgn PAS?"

Aku jawab ringkas, "bertahan".

Bertahan?

Yup. Sekarang ameno dalam posisi bertahan. Dalam posisi semua balik kubu untuk bertahan. Kalau dalam bola, semua dok ghumun dalam petak penalti. Bertahan.
Dalam apa jua keadaan pun, bertahan bukanlah satu situasi yang best. Dan dalam politik, jika kita berada dalam situasi bertahan, menandakan lawan kita tengah kuat mengasak dan kita bakal hilang fokus. Masa sekarang, ameno tengah sibuk bertahan sebab diasak teruk oleh pakatan rakyat.

Ameno, secara umumnya semua dah tau mereka dah lemah dan menjadi sangat lemah pada pru12 tuhari selepas kalah teruk. Menjadikannya lebih menarik ialah apabila pemimpin "agung" mereka, mahadet, telah pun angkat kaki keluaq dari ameno tempohari. Dan kemasukan ezam dalam ameno memecahkan lagi ameno itu sendiri dengan rasa prejudis yang sangat menebal pada ezam. Ditambah dengan kenaikan petrol dan inflasi, rudumnya fdi, dan jenayah yang semakin meningkat, ameno sekarang terpenjuru dengan masalah2 negara.

Kemudian datang pulak sahibul samahah al-uztadz saiful yang "menentang orang munafik" melontar tuduhan yang sekali lagi memalukan tanah melayu selepas sepulo tahun kurapnya dirawat. Al-ustadz saiful yang dilaporkan pernah mengetuai persatuan Islam di zaman pengajiannya menggelikan hati rakan2 bilamana bersungguh untuk bersumpah dengan nama Tuhan sedangkan dia sendiri sebut nama Tuhan pun tak betul (akan diceritakan nanti.. Tunggu….). Dan tekanan sekali lagi dari seluruh dunia samada melalui saluran politik atau agama, menekan ameno untuk bertindak bijak.



Dalam keadaan ameno berhempas pulas bertahan dan membuat serangan yang seingkali terkandas, mereka cuba pula berlakon di pentas "kebebasan bersuara" dengan mendramakan "debat" minyak. Terkandas juga dengan sepakan gol ke gawang sendiri bila rata2 rakyat menunggu pengumuman perletakan jawatan shabree, mereka mula mengalih serangan dengan menuduh Anwar cuba mungkir janji untuk tidak ke balai dengan membuat tangkapan. Ternyata sepakan dari bawah tidak pernah sampai ketengah padang dan bola sekali lagi ditanduk masuk ke gol sendiri bilamana umum mengetahui jerat ameno untuk menangkap Anwar pada hari Isnin dengan mengenakan perintah "tahanan di rumah".


Permainan kelihatan terus berada di kotak penalti ameno sekarang ini. Mereka cuba merembat bola keluar dengan menggunakan isu dna yang enggan diserahkan Anwar, tetapi sayang, kali ini ketua pasukan mereka sendiri tersandung dan memberi peluang untuk pihak lawan menyekor sebijik lagi.

Tidak patah semangat, walaupun bermain dalam masa kecederaan, ameno terus menggunakan peluang untuk menghantar bola ke seberang dengan memalukan Anwar mengatakan beliau tidak dibogelkan. Nyata sekali bola yang dirembat kuat telah terkena pada kepala menteri kesihatan yang meminta ianya tidak dipolitkkan dan "ianya merupakan prosedur biasa untuk membuka pakaian". Sekali lagi bola masuk gol sendiri.

Di luar padang, pengurus pasukan ameno masih sibuk membuat ulasan dan pengumuman bahawa permainan akan tamat dengan keputusan memihak kepada ameno apabila sebahagian daripada pasukan PR akan join pasukan mereka sedikit masa lagi. Mendengar kepada pengumuman tersebut, seluruh stadium di"boo" oleh penyokong2. Ini termasuk orang2 kuat dalam PR yang juga melihat pengumuman itu sebagai perkara yang amat dan sangat pelik kerana mereka sekarang berada di pihak yang selesa dengan kemenangan. Apa perlu bertukar pasukan?

Itulah yang aku maksudkan dengan "bertahan". Nyata sekali ameno sudah penat dan letih dengan pemain2 yang sama bermain lebih berpuluh tahun menggunakan trik dan rentak yang sama.

Yang menariknya, walaupun banyak cubaan yang dilakukan di pihak PR untuk menyumbat gol, kebanyakannya telah dinafikan oleh pengadil. Dan yang dikira sebagai mata sekarang ini adalah dari gol2 yang disumbat ke gawang sendiri oleh pasukan ameno.
Dan dalam perlawanan, siapa yang sepak masuk gol agak kurang penting kecuali untuk para bookie yang berjudi nasib. Bagi rakyat biasa, keputusan akhir adalah lebih mustahak. Kerana kita bukan nak riuh untuk bergembira meraikan hero yang menyepak, tapi kita tak sabar nak tengok pasukan lawan yang kalah untuk digelak dan disorak!

Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am

Oleh: Lanjusoh & Salmah Mat Husain (Harakahdaily)

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno. Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan," Hj Hadi



KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).

"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.

"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.

Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.

Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.

Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.

Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.

Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.

"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.

"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.

Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.

"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.

Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.

Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya

Mu-zakar-kah ooops Muzakarah

Amin Iskandar

Keinginan kepimpinan PAS untuk mentalak Pakatan Rakyat untuk merasai kuasa di peringkat persekutuan bakal merugikan aspirasi gerakan reformasi negara dan mengkuburkan segala usaha serta perjuangan rakyat yg didirikan dengan pengkorbanan yg tak terhingga.


Diterima dari seorang teman yang mahu namanya dirahsiakan.
Kebelakangan ini kita terdengar desas desus kemungkinan PAS ( di bawah kuasa segelintir) bakal bersama UMNO dalam kepimpinan negara. Apa yang bermula dengan kononnya muzakarah kini semakin menghampiri pintu opis mewah Putrajaya. Dari mula lagi lengok dan bahasa kepimpinan tertentu PAS ini mencurigakan dalam menghampiri soal muzakarah. Agak pelik bila dilihat PAS mula menyuarakan isu isu Ketuanan Melayu yang baru tak lama dulu digantikan dengan Ketuanan rakyat oleh Anwar Ibrahim dengan sorak takbir kepimpinan PAS di Kg Baru. Pelik-Mengapa kini PAS mula mengunakan bahasa politik UMNO yang kita semua sudah lama kenal sebagai tipu, tipu, tipu dan tipu. Adakah PAS bakal duduk di Putrajaya dan apakah yang sedang kini berlaku di kalangan kepimpinan PAS.

Jelas. Segelintir pemimpin PAS kini mula dibuai kemabukan kuasa sehingga lupa erti perjuangan yang sebenar. Seandainya mereka mereka ini sudah lupa akan erti perjuangan yang sekian lama didukung oleh penyokong penyokong akar umbi PAS serta rakyat jelata yang berbilang bangsa. Jika pun kepiminan PAS sudah lupa peristiwa yang lampau , tapi renunglah sebentar apa yang berlaku 5 bulan yang lalu di mana rakyat tanpa mengira kaum dan agama keluar berkerja untuk PAS dengan hanya
satu matlamat. Untuk mengasaskan prinsip keadilan kepada semua dan prinsip pemerintahan yang telus dan beramanah. Namun kini ada kepimpinan PAS mula dirasuk hantu yang lampau dan mula buta diri terhadap apa yang didirikan parti tersebut selama ini.

Keinginan kepimpinan PAS untuk mentalak Pakatan Rakyat untuk merasai kuasa di peringkat persekutuan bakal merugikan aspirasi gerakan reformasi negara dan mengkuburkan segala usaha serta perjuangan rakyat yg didirikan dengan pengkorbanan yg tak terhingga. Sia sia sahaja perjuangan segelintir pemimpin yg terpaksa meringkuk di penjara dan lokap dan bermacam macam jenis penyiksaan biarpun pada diri sendiri mahupun keluarga tersayang .

Jika ada pemimpin PAS yg sanggup berkongsi selimut dengan UMNO yg selama ini dikata punca dan asas segala masalah yg wujud di Malaysia hanya akan memperkasakan UMNO yang sememangnya rakus dengan kuasa. Agak melucukan jika PAS hendak berhujuh untuk membuat reformasi dari dalaman kerana jika PAS merasakan diri nya gagal dikalangan Pakatan Rakyat yang sehaluan dari segi reformasi dan prinsip keadilan apatak
pulak UMNO yang sememangya sudah 50 tahun berkuasa secara korup dan kejam. Ini hujah nak tipu rakyat jawabnya.

Ingat Terengannu

Rakyat sudah matang dan mula kenal erti perjuangan sebenar dari politik kerpartian yang sempit.Rakyat sudah lama mengandaikan risiko ditipu dan dibelot parti parti politik yang lantang membicarakan keadilan dan reformasi.Namun, PAS harus sedar akan risiko yang balak diambil mereka dari segi sokongan rakyat.Ingat sebelum ini PAS gah
memerintah terengganu dan kini mereka hilang Terengannu buat selama lama nya kepada UMNO atas sebab dosa dosa politik yang diamalkan oleh segelintir kepimpinan PAS di negeri Darul Iman itu yang dikenali umum.

Jika PAS hendak bersama UMNO, mungkin-2008 adalah kali terakhir dalam sejarah politik PAS menikmati sokongan padu pelbagai kaum dan dari warga kota.

Biarapa pun saya tetap menghormati semangat dan perjuangan penyokong penyokong akar umbi PAS yang selama ini berjuang untuk keadilan dan kebenaran.Ini mungkin masanya untuk penyokong akar umbi PAS untuk mengenali wajah sebenar pemimpin yg kini jauh dari akar umbi dan keperitan politik di mana seorang penyokong itu adalah hanya sekadar ‘vehicle’ politik atau selipar yg digunakan untuk tujuan politik
peribadi.Ini juga kesan buruk politik feudal yang diamalkan oleh PAS.

Ingat.Pemimpin PAS juga seperti mana mana ahli politik diseluruh dunia boleh menjadi politikus rakus dan membelot perjuangan.Jangan tertipu dengan manis mulut dan wajah segar semata mata.

Hidup penyokong akar umbi PAS dan teruskan perjuangan.Hidup Tok Guru Nik Aziz.

22 Julai 2008

Rundingan PAS-UMNO: "Orgi politik luar tabii"

Oleh: Kickdefella

Apa yang telah menjadi bukti ialah pengakuan kedua-dua pihak yang mereka telah berasmara didalam satu siri orgi politik di luar aturan tabii. Lantaran kerjasama PAS dan UMNO jika berlaku adalah ibarat membunuh dua ekor burung dengan satu batu.


Mengapa PAS dan UMNO mahu hidup berdua dan mati bersama? Jawapannya ialah demi Islam dan demi Melayu. Tetapi itu semua hanya akademik sahaja, sedangkan agenda sebenarnya ialah untuk menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Apa yang telah menjadi bukti ialah pengakuan kedua-dua pihak yang mereka telah berasmara didalam satu siri orgi politik di luar aturan tabii. Lantaran kerjasama PAS dan UMNO jika berlaku adalah ibarat membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Abdullah dan Najib akan mendapat bantuan hayat dan gagah semula lantaran menamatkan kritikan ke atas kepimpinannya dan PAS akan berderai seperti kaca jatuh ke batu.

Lantas bibit-bibit awal itu sudah menekan kudrat Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk berkata, “Saya tidak akan bercakap pasal Muzakarah lagi selepas hari ini.”

Sebelum itu Nik Aziz berkata, sebarang muzakarah antara PAS dan UMNO perlu dihentikan segera dan jika tidak, PAS akan berpecah belah.

Apa gunanya Melayu gagah semula dan Islam bersatu jika ia tetap dipayungi oleh seorang pemimpin yang lemah? Selama manakah Melayu dan Islam akan bertahan dibawah kepimpinan yang lemah.

Kalau begitu banyak masa terluang untuk muzakarah maka bermuzakarah sahaja dengan PKR dan DAP tentang konsep pentadbiran negara Islam. Mengapa tidak diterangkan dengan jelas betapa agungnya dan betapa adilnya pentadbiran berlandaskan Islam. Bukankah itu dakwah yang lebih hebat?

Dan PAS juga boleh mendengar konsep keadilan dan ketelusan yang diperjuangkan oleh DAP. Kemudian satu titik tengah boleh dicapai.

Karpal Singh pernah berkata, langkah mayatnya dulu sebelum PAS mahu menubuhkan negara Islam. Tetapi orang-orang PAS tidak pernah melangkah mayat Karpal Singh dan Karpal Singh tidak pernah melakukan apa-apa untuk menyekat PAS dari melaksanakan konsep pentadbiran Islam di Kelantan.

Sebaliknya, mayat penyokong PAS yang dilangkah tetapi bukan oleh DAP tetapi oleh Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO. Saki baki kabinet zaman Memali masih lagi didalam kerajaan hari ini. Abdullah Ahmad Badawi, Shahrir Samad dan Rais Yatim antara mereka yang mempertahankan Musa Hitam menyembelih manusia PAS dan Islam di Memali. Musa Hitam hari ini masih sahabat baik Abdullah. Pada mereka masih tercalit setitis dua darah suci Arwah Ibrahim Libya.

Ada buku yang boleh ditutup tetapi sebagaimana UMNO dan Barisan Nasional enggan menutup buku kepada Chin Peng dengan alasan terlalu banyak kezaliman yang dilakukan oleh Gerila Parti Komunis Malaya begitu juga buku tragedi di Utara tidak harus ditutup.

Jika Kerajaan Abdullah boleh membayar pampasan kepada bekas-bekas hakim yang selepas dilucutkan jawatannya masih menerima pencen dan lain-lain imbuhan, seharusnya Kerajaan Abdullah dan UMNO wajib memohon maaf ke atas segala pembuhunan dan penghinaan terhadap mereka yang gugur di Memali secara terbuka.

Fail ke atas Musa Hitam harus dibuka dan segala apa yang berlaku sehingga keputusan menamatkan riwayat mereka di Memali perlu menjadi pengetahuan umum.

Kemudian boleh pintu hadapan diguna untuk bermuzakarah. Tetapi UMNO tidak perlu bermuzakarah dengan PAS, sebaliknya UMNO perlu bermuzakarah dengan setiap rakyat Malaysia menerusi pintu hadapan.

UMNO telah ditubuhkan untuk membela nasib orang Melayu semenjak 1946 lagi. UMNO telah menjadi teraju pemerintahan semenjak 1955 lagi dan bermula 1957, hingga ke hari ini, Perdana Menteri Malaysia adalah orang Melayu dari Parti UMNO. Semenjak sekian lama, Menteri Pelajaran/Pendidikan juga orang Melayu dari Barisan Nasional. Bahkan sejak beberapa dekad yang lalu Menteri Kewangan Malaysia juga orang UMNO.

Kalau UMNO mendakwa mereka adalah penyebab kejayaan orang Melayu untuk beberapa tempoh selepas perlaksanaan DEB, UMNO juga harus bertanggungjawab terhadap polemik orang Melayu lewat kini. Orang Melayu tidak lemah kerana Perdana Menteri Malaysia bukan orang Melayu. Orang Melayu tidak lemah kerana parti yang menjadi teras kerajaan bukan Parti Nasionalis Melayu.

Kalau dianggap orang Melayu hari ini masih lemah dan berpecah belah, maka sebab musababnya hanya ditangan Parti Melayu yang telah meliwat bangsanya sendiri untuk kepentingan peribadi.

Sebagai teras kepada Barisan Nasional, UMNO juga harus merasa bertangungjawab mengapa majoriti orang-orang bukan Melayu menolak BN dan sanggup mengundi Parti Islam di dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

UMNO juga harus bertanggungjawab terhadap undi-undi orang Melayu yang telah lari kepada PKR dan DAP.

Abdullah telah semakin tergugat sehinggakan terpaksa menyusun strategi pertahanan dengan mengumumkan pelan pengundurannya sendiri dari kemuncak kepimpinan partinya.

Akhirnya, Abdullah dan rakan sejenayah dengannya, Najib Razak telah menemui keldai itu. Maka, apakah keldai itu akan membiarkan dirinya ditonggang dan ditonggeng untuk kepentingan peribadi. Maka akan jadikah keldai itu seperti kondom yang digunakan untuk menyelamatkan Abdullah dan Najib dari lemah daya tahan politik?

Setelah kondom itu dipakai dan setelah Abdullah dan Najib berjaya mendapat kepuasan sambil memperkukuhkan daya tahan karier politik mereka, kondom itu akan dicampakkan sahaja ke tepi longkang dan berakhirlah kepentingannya. Maka kondom itu hanya akan dikebumikan oleh semut-semut sedang kerengga rancak mendaki puncak.

Selepas itu ada lagikah cakap-cakap Melayu dan cakap-cakap Islam? Tidak, sebab sejarah mengajar kita bahawa pemimpin UMNO tidak akan bercakap soal Melayu dan soal Islam sewaktu mereka senang. Didalam kamus politik UMNO, masa untuk berasmara dengan Melayu dan Islam hanyalah apabila mereka sudah tidak laku dipasaran pelacuran politik mereka.

13 Julai 2008

Usul Tidak Percaya: Antara Pak Lah dan Pakatan

Oleh MSO

Awal-awal lagi menteri ditugas menjaga Parlimen, Mohamad Nazri Aziz sudah membuat kenyataan meminta supaya ahli Parlimen tidak membawa tetamu masing-masing. Arahan beliau itu menggambarkan seperti ada sesuatu yang menggemparkan akan berlaku di Parlimen esok?


CERITA panas yang bakal diperkataan esok ialah mengenai usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. Parlimen akan jadi tumpuan pemerhati dari dalam dan luar negeri esok. Apakah esok Parlimen dan perdana menteri bakal melakar satu sejarah politik negara. Sebelum ini belum pernah ada perdana menteti dihadap dengan usul undi tidak percaya.

Awal-awal lagi menteri ditugas menjaga Parlimen, Mohamad Nazri Aziz sudah membuat kenyataan meminta supaya ahli Parlimen tidak membawa tetamu masing-masing. Arahan beliau itu menggambarkan seperti ada sesuatu yang menggemparkan akan berlaku di Parlimen esok?

Sementara menurut kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, semua jalan menuju ke Parlimen juga akan ditutup. Parlimen akan jadi seperti 'zoo' esok dikawal dan dijaga rapi!

Larangan dan kawalan ini menggambarkan suasana seolah-olah negara ini di ambang darurat. Mengapa harus halang orang ramai untuk mengunjungi Parlimen? Rakyat sepatutnya diberikan kebebasan untuk memerhatikan peristiwa penting yang bakal menentukan nasib dan masa depannya.

Dengan tindakan itu juga menyebabkan ‘agenda’ undi tidak percaya yang dianggap sengaja dilakukan bagiu mengalihkan pandangan rakyat mengenai sesutau isu itu berjaya dan semakin menjadi perhatian umum!

Noits usul itu telah diserahkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bersama 14 MP Pakatan Rakyat minggu lepas.

Sama ada Speakar membenar usul itu dibahas atau tidak, ia tidak menjadi masalah lagi. Usul itu tetap penting dan bakal menjadi petunjuk ke arah mana para ahli Parlimen pembangkang selepas ini. Ahli Parlimen pembangkang perlu menyatakan sikap mengenai hal itu bila mana ianya di bawa ke Parlimen atau kepada Speakar walaupun ia akan ditolak.

Saya sangat berharap supaya Speakar membenarkan usul berkenaan dibahaskan kerana ingin melihat sejauh mana kesepaduan ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Ia juga untuk melihat sejauh mana kebenaran dakwaan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa jika usul dikemukakan Abdullah akan jatuh.

Sekiranya usul itu diterima dan ianya ditolak Parlimen ini bermakna dakwaan Anwar sebelum ini hanya dibuat atas angin dan di atas katil sahaja. Kredibiliti Anwar juga terjejas. Ia akan dianggap tidak lebih dari gimik politik yang kehabisan modal. Kerana itu pada saya usul tersebut disamping boleh menggetarkan lutut Abdullah tetapi ia juga menjadi perangkap berkesan untuk pihak kerajaan bagi menguji kekuatan pembangkang itu sendiri.

Ini kerana ada perkembangan menunjukkan wujud tidak sekata dan sehaluan di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat dalam beberapa hal termasuk mengenai usul berkenaan. Sudah ada suara dan tanda-tanda pihak yang tidak berpuas hati antara satu sama lain dan menunjukkan reaksi bersedia untuk membuat koreksi atas persepakatan itu. Nampaknya ada pihak yang mulai sedar pakatan itu lebih banyak membawa kerugian daripada keuntungan!

Paling jelas ialah di pihak Pas. Pas seakan tidak berpuas hati dengan berapa perkara yang berlaku termasuk beberapa hal dalam kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat di Selangor dan di Perak. Pas merasakan kehadiran mereka di dalam kerajaan berkenaan hanya sebagai tukang anggup dan turut saja atau sebagai simbol wujudkan pakatan. Beberapa keputusan penting membabitkan soal kepentingan Melayu dan Islam tidak dibincang dahulu dengan Pas.

Sikap membelangkan Pas ini katanya benar-benar mengecewakan Pas menyebabkan Pas Selangor kini sudah bersedia membuat keputusan yang boleh mengejutkan banyak pihak. Wajar kalau Pas kecewa kerana dibahu merekalah terletaknya tanggungjawab mengenai agama dan bangsa. Rakyat tidak peduli kalau DAP tidak membela Islam atau PKR mengabaikan kepentingan Melayu!

Beberapa tindakan yang menyentuh kedudukan agama dan orang Melayu begitu sensitif bagi Pas berbanding rakananya PKR dan DAP inilah menajdi punca kenapa 'kemurungan' hubungan ini berlaku.

Insiden konsert liar yang cuba melondehkan seluar dalam semasa Himpunan Sejuta Rakyat memprotes kenaikan harga minyak dua minggu lepas di stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya(yang diketuai sendiri oleh Bendahari Pas, Mohd Hatta Ranmli) adalah antara i

su yang menunjukkan tidak ada kebulatan semangat antara parti Pakatan Rakyat. Pas kurang senang dengan apa yang berlaku dan menyifatkan ianya satu keburukan yang terhasil dari Pakatan Rakyat. Khabarnya Hatta Ramli diarahkan supaya memohon maaf kepada ahli Pas atas apa yang berlaku.

Bagaimana pun rasa sensitif dan tidak senang itu bukan dari semua ahli Parlimen Pas. Mereka yang berpendidikan Barat dan profesional yang menerima pakai politik Machiavilli seakan tidak merasa apa-apa kerugian dengan apa yang berlaku. Pada mereka apa yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat itu sekarang ini cukup harmoni dan menguntungkan Melayu dan Islam.

Sebaliknya pemimpin Pas yang beraliran agama yang bercita-cita tertegaknya pemerintah Islam tulen - menurut Quran dan Hadith di negara ini sangat merasai dan bimbang
apa yang berlaku. Malahan ada kalangan mereka merasakan Pas kini berada dalam keadaan untung secupak rugi segantang! Bagi mereka sesetengah tindak tanduk kerajaan dikedua buah negeri itu seakan menghalang cita-cita tertegaknya syariah Islam.

Perkembangkan ini – perselisihan di kalangan ahli Parlimen Pas mengenai kepentingan perjuangan mereka ia bukan saja bakal menimbul polemik dalam parti itu tetapi akan membawa petaka kepada Pakatan Rakyat seluruhnya kalau tidak dibendung. Perpecahan dalam Pas akan merebak ke dalam Pakatan Rakyat. Retak yang sedikit ini akan membawa kepada pecah yang bear, kerana organ yang retak itu ialah hati bukan lutut.

Apapun esok – jika usul undi tidak percaya itu dibenarkan oleh Speaker untuk dibahas, ia akan memberi jawaban kepada teka teki ini. Apakah Pakatan Rakyat masih utuh dan padu, atau sebaliknya. Dan secara tidak langsung juga ia menguji wibawa Presiden Pas itu sendiri serta ahli-ahli Pas yang sewaktu dengannya. Apakah Islam tulen dalam Pas akan menang ataupun klon Pas akan mula menaring.

Kalau ahli Parlimen Pas membuat keputusan bertentangan dengan presdien esok, bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku dalam Pas. Kemucaknya kelak kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden sendiri mungkin tercabar. Perselisihan ini sudah pasti akan dijadikan titik mula untuk para Pas klon bertindak menguasai parti.

Majlis Syura yang menjadi badan tertinggi Pas dalam memberi pandangan, nasihat dan megemukakan formula penyelesaian secara syariah hendaklah bertindak segera. Seluruh ahli juga perlu patuh kepada keputusan Majlis Syura. Ini penting, kerana kalau Majlis Syura sudah dibelakangkan, bermakna Pas juga menjadi parti tanpa prinsip dan haluan hakiki seperti mana Umno di mana wang dan kebendaan menjadi penentu kuasa dan kepimpinannya.

Musyidul Am yang statusnya tertinggi dalam Pas mungkin tidak relevan untuk dirujuk mengenaihal ini kerana perlembagaan tidak memberi hak dan kuasa itu kepadanya.

Besok adalah hari penting untuk melihat; pertama perpaduan dalam Pakatan Rakyat, kedua sikap di kalangan ahli Parlimen Pas dalam menangani isu semasa yang turut memwarnai politik mereka.

12 Julai 2008

Hadi: PAS berunding dengan UMNO untuk sampaikan mesej Islam

Oleh Harakahdaily

Dan di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam. Adapun orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada nak undang-undang ini atau tidak. Dan di sana ada hukum yang bersama seperti undang-undang jalan raya serta hak milik tanah pertanian dan kediaman tidak ada beza.



HARAKAH: Apa penjelasan Tuan Guru mengenai dakwaan PAS ada perbincangan dengan Umno yang disensasikan media baru-baru ini?

USTAZ HADI: PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Sasaran Islam ialah seluruh manusia bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS. Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad.

Bukan sahaja bergerak dalam skop di Semenanjung Tanah Arab bahkan Baginda menghantar surat kepada raja-raja. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita. Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?

Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?

Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Hasil pertemuan dan rumusan PAS?

Kita beri penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah. Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri. Sebagai contoh, dalam masalah pilihan raya. Yang dikira oleh Umno hanya untuk menangkan parti dia, bukan untuk memenangkan Islam. Dalam pilihan raya ke-12 pun Umno tidak kalah, yang kalah MCA, MIC.

Mereka membuat pembahagian kawasan pilihan raya berdasarkan kepada kepentingan mereka. Penambahan kawasan baru itu dilakukan di Sabah, Sarawak dan Johor. Mengapa tidak ditambah kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah?

Ini kerana mereka hendak menjaga kerusi mereka dan bukan kepentingan Islam. Dalam masa yang sama mereka membahagikan kerusi ataupun kawasan pilihan raya yang majoriti Islam kepada wakil rakyat yang bukan Islam. Ini tidak wajar.

Cuba lihat dalam Pakatan Rakyat, DAP menang di kawasan majoriti kaum Cina, tetapi MCA dan MIC menang di kawasan majoriti Melayu yang diberi oleh Umno. Ini dengan sendiri boleh menghakiskan kedudukan orang Islam dari segi politik.

Tetapi bukankah PAS mahu perpaduan yang lebih meluas?

Sekarang ini kita menunggu apa respons daripada Umno dan rakyat. Dan saya pernah berucap dalam perhimpunan di Stadium Melawati, Shah Alam (di awal penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor). Saya tidak tahu mereka sedar atau tidak, tetapi saya sebut soal perpaduan nasional di kalangan parti politik yang perlu dibincangkan lebih serius dan bukan separuh jalan.

Perpaduan ini tidak semestinya kita paksa semua parti masuk BN atau gabung satu parti. Ini termasuklah wujudkan demokrasi tulen sebagaimana negara yang sihat demokrasinya.

Sebagai contoh bukan sahaja pembangkang boleh bangkang tetapi yang mewakili kerajaan juga boleh bangkang. Dalam negara kita, kalau wakil rakyat kerajaan yang bangkang ini akan diambil tindakan disiplin. Bahkan di Barat parti kerajaan boleh sokong undi tidak percaya, yang dibuat oleh pembangkang. Adakah di Malaysia hal ini berlaku? Tidak berlaku.

Tuan Guru fikir Umno boleh terima pandangan PAS?

Kepada PAS, orang Melayu mesti menjadi teras kepada politik negara. Ini diterima oleh semua kaum. Bukan pula bermakna hanya orang Melayu yang berhak dalam politik dan kekuasaan tetapi teras politik kita berpihak kepada orang Melayu sebab melihat kepada jumlah penduduk Islam yang majoriti dalam negara ini. Ini perlu diambil kira. Tapi malangnya Melayu sendiri hanyut dalam merealisasikan Islam itu sendiri sebagai kekuatan orang Melayu.

Sebagai contoh kita tidak sedar Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Agama lain berhak dianut dan diamalkan tetapi di sana ada peruntukan Jadual 9 yang menyekat pelaksanaan Islam setelah diserah Islam itu di bawah kuasa negeri. Tetapi ada peruntukan yang menghalang pelaksana syariat Islam dalam makna yang menyeluruh.

Walaupun dalam mazhab Islam ada ulama yang sebut syariat Islam itu boleh dilaksanakan kepada orang Islam dan bukan Islam berhak diberi pilihan. Dalam beberapa perkara tertentu boleh kita bahagikan perundangan sebagai contoh kepada tiga bahagian. Yang pertama perkara yang diberi kepada penganut agama masing-masing dalam masalah ibadat undang-undang keluarga dan perkahwinan itu agama masing-masing.

Dan di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam. Adapun orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada nak undang-undang ini atau tidak. Dan di sana ada hukum yang bersama seperti undang-undang jalan raya serta hak milik tanah pertanian dan kediaman tidak ada beza.

Sepatutnya kita perkenalkan keadilan Islam ini kepada masyarakat di saat kita lihat kegagalan sistem yang lain daripada Islam.

Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?

Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.

Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.

Apa pandangan Tuan Guru mengenai rundingan yang berlaku antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok yang hendak menyertai Pakatan Rakyat?

Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan. Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya.

Adakah ini salah faham (mengenai hubungan PAS-Umno)?

Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat. Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno.

Itu politik kampung sahaja yang tidak boleh (melarang) jumpa dengan Umno dan orang PAS. Kita dah uar-uarkan 'engagement' yang disebut dalam muktamar kita, ini keterbukaan kita.

Penerimaan ahli PAS mengenai 'engagement' seperti ini macam mana?

Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya.

Mungkin PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat?

Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri. Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri.

Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?

Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah.

Maknanya ia perlu selesai di mahkamah?

Ya! Ya! Selesaikan di mahkamah ....

Isu Anwar, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Altantuya dan macam-macam berlaku, telah mencetuskan kecelaruan politik sekarang. Apakah pandangan Tuan Guru?

Malangnya yang memainkan isu ini adalah media. Media Melayu pula. Melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu. Adakah mereka tidak malu mengemukakan isu-isu ini (pendedahan hal peribadi yang mengaibkan), sedangkan kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak, masalah inflasi yang lebih penting.

Bagaimana hendak menangani masalah rasuah, masalah jenayah. Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? ... sama sahaja. Sepatutnya ialah soal keadilan itu untuk semua sebagaimana slogan dalam pilihan raya.

Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu. Dalam isu ini barangkali ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib? Yang pertama sikap orang yang jadi pemimpin itu sendiri dan yang kedua sikap media itu sendiri. Mesti berpada-pada bukannya 'loose'. Itu yang penting.

Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?

PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita. Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.

Berbalik kepada isu Anwar, mahu atau tidak isu membabitkan beliau perlu dihadapi dan diterima dan implikasinya kepada PAS juga yang sertai Pakatan Rakyat. Apa pandangan Tuan Guru?

PAS ada pengaruh dan kedudukannya sendiri. PAS simpati dengan rakan Pakatan Rakyat yang terima padah dari fitnah ini dan kita sama-sama ambil tanggungjawab untuk mengatasinya sebaik mungkin. Tetapi PAS tetap utuh dengan sebagai parti yang ada akar umbi yang sudah lama dan bertapak begitu kuat. Dan saya rasakan bahawa apa yang ditumpukan oleh orang PAS ialah untuk menegakkan Islam itu dengan makna yang menyeluruh.

Apabila banyak fitnah, adakah ini petanda sudah tiba masanya Malaysia menggunakan lebih banyak undang-undang Syariah supaya wujud keadilan dalam negara?

Saya bersetuju! Islam pun perlu diberi peluang untuk dilaksanakan dan bermula dengan orang Islam sendiri sebagaimana yang kita luluskan di Kelantan dan Terengganu semasa PAS memerintah. Di mana undang-undang Syariah itu dimulakan dengan orang Islam. Sementara orang bukan Islam diberi pilihan sama ada mereka mahu undang-undang Islam atau tidak tetapi dalam kes peribadi dan agama kita tidak campur. Itu sudah jelas.

Harapan Tuan Guru mengenai muktamar tahunan PAS yang akan berlangsung Ogos ini?

Muktamar kali ini ialah muktamar pascapilihan raya. Satu anjakan paradigma berlaku dalam politik negara secara umum termasuk orang PAS sendiri. Kita berjaya pecahkan tembok perkauman antara kaum dan pelbagai agama. PAS berjaya tubuhkan Kelab Penyokong PAS yang disertai oleh bukan Islam yang menyatakan sokongan kepada PAS secara terbuka. Mereka kerja secara sukarela kepada PAS. Mereka memenangkan calon PAS di peti-peti undi sebagai tambahan kepada kekuatan PAS yang sudah ada.

Yang kedua, perubahan di kawasan bandar yang dapat maklumat moden melalui perkembangan ICT. Di sini menunjukkan betapa rakyat perlu dapat maklumat bebas dan terkini yang menyaksikan PAS dapat sokongan di bandar dan pinggir bandar.

Ketiga, walaupun PAS tidak mendapat kerusi Parlimen sebanyak kerusi pada tahun 1999, namun kali ini berlaku satu perubahan. PAS dikatakan menjadi 'king maker' kepada politik negara. Dalam penyertaannya melalui kerajaan campuran di negeri yang tidak dikuasai sepenuhnya seperti di Kedah.

Dalam keadaan PAS adakan campuran dengan parti lain di Perak, rakan Pakatan Rakyat memberi kepercayaan kepada PAS memimpin dua buah negeri Kedah dan Perak selain yang telah ada Kelantan. Satu negeri kepada Keadilan di Selangor dan satu negeri kepada DAP di Pulau Pinang.

Jadi ini menunjukkan kepercayaan yang diberi Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri. Dan kita hargai kepercayaan ini. Apa yang penting PAS mesti laksanakan slogan semasa pilihan raya iaitu 'Islam For All'. Itu mesti direalisasikan. Sebab itu kita harapkan NGO dan parti bukan Islam jangan risau dengan pelaksanaan ini. Kita harap apa yang disebut sebagai 'Islamophobia' tidak berlaku kepada rakyat Malaysia.

Kita dah ada model di Kelantan. Kini masuk penggal kelima, dan di Terengganu satu penggal. Tidak ada sebab mereka risau jika kita realisasikan slogan tadi. Kepada ahli PAS, teruskan bekerja bukan sahaja untuk pilihan raya ke-12, dalam masa yang sama kerja selepas PRU-12 untuk isi kemenangan.

Kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat kita harapkan supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi

11 Julai 2008

Hadi: Tak nafi wujudnya rundingan antara PAS dengan Umno

Oleh Malaysiakini

"Adakah mereka tidak malu mengemukakan isu-isu ini (pendedahan hal peribadi yang mengaibkan), sedangkan kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak, masalah inflasi yang lebih penting.", Hadi


Presiden PAS tidak senang isu berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibesar-besarkan di media, dengan alasan kematian wanita Mongolia ini - yang dianggap kes berprofil tinggi - tiada bezanya dengan kehilangan nyawa orang lain.

"Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? Sama sahaja," kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu."

Beliau menjawab soalan dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, tuduhan pembabitan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dengan Altantuya yang dianggap "mencetuskan kecelaruan politik sekarang" dalam wawancara eksklusif dengannya yang dimuatkan di laman Harakahdaily.net hari ini.

Terbaru, Najib dan Rosmah menafikan penglibatan mereka dengan isu Altantuya seperti didakwa dalam akaun-akuan berkanun penulis blog Raja Petra Kamarudin bulan lalu dan penyiasat persendirian P Balasubramaniam awal bulan ini.

Balasubramaniam, yang menarik balik dakwaan dalam akuan awalnya 1 Julai, mendakwa mendapat maklumat dari tertuduh kes bunuh itu Abdul Razak Abdullah Baginda sewaktu bertugas dengannya dua tahun lalu.

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, tidak menolak kemungkinan "ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib."

Beliau juga menyalahkan media khususnya berbahasa Melayu yang dianggapnya sengaja membesar-besarkan isu-isu panas membabitan tokoh-tokoh politik berkenaan.

"Malangnya yang memainkan isu ini adalah media. Media Melayu pula. Melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu," tambahnya.

"Adakah mereka tidak malu mengemukakan isu-isu ini (pendedahan hal peribadi yang mengaibkan), sedangkan kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak, masalah inflasi yang lebih penting."

Laporan polis Saiful

Mengulas lebih khusus laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap penasihat PKR dan kesannya kepada kerjasama dalam Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata:

"Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri.

"Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau mahkamah sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke mahkamah syariah.

"Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah."

Bagaimanapun beliau menambah, PAS tetap bersimpati dengan dua parti dalam gabungannya dan akan cuba mengatasinya.

"PAS simpati dengan rakan Pakatan Rakyat yang terima padah daripada fitnah ini dan kita sama-sama mengambil tanggungjawab untuk mengatasinya sebaik mungkin," katanya.

Rundingan PAS-Umno?

Beliau tidak menafikan wujudnya rundingan antara PAS dengan Umno seperti diura-urakan dengan meluas, termasuk di media, baru-baru ini.

Malah, beliau menganggap menjadi hak parti itu untuk mengadakan rundingan dengan pihak-pihak lain, termasuk Umno.

"Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?" kata Abdul Hadi.

"Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka," jelasnya lagi apabila disoal sejauh mana benar dakwaan wujudnya pertemuan tersebut.

Ditanya hasil pertemuan dan rumusan PAS, Abdul Hadi berkata: "Kita beri penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah. Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri."

Mengulas rundingan antara Anwar dengan ahli-ahli parlimen BN dalam usaha memujuk mereka meninggalkan parti itu, presiden PAS berkata:
"Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP - mereka ada hak buat perundingan.

"Kalau PKR sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya."

Tambahnya: "Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? Itu tidak faham namanya.

"Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat."

Peranan dan sumbangan PAS

Abdul Hadi juga menuntut peranan dan sumbangan PAS dalam pilihanraya umum lalu - yang menyaksikan kemenangan besar parti itu bersama PKR dan DAP - dihargai dengan alasan ia tercapai melalui kerja keras PAS.

"Saya lihat (tindakan engagement PAS) inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihanraya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS.

"Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihanraya ke-12.

"Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas mencapai kemenangan, perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihanraya," katanya lagi.

Ditanya kemungkinan PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat, beliau menambah:

"Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri. (Di peringkat kerusi) negeri, kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40.

"(Jumlah) ini perlu dilihat, bukan lihat kepada (jumlah kerusi) Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri."