Memaparkan catatan dengan label tdm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tdm. Papar semua catatan

01 Jun 2008

Baju sekolah seksi, Ezam dan TDM

editorialWalaupun Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengatakan bahawa baju sekolah pelajar-pelajar perempuan seksi dan menganjurkan pelajar-pelajar perempuan di negara ini mengenakan baju sekolah berwarna tetapi rata-rata yang kami tanya melalui kolum Suara Rakyat mengatakan bahawa pendapat serta tindakan sedemikian adalah tidak perlu.

Pembaca kami berhujah; nafsu boleh dibangkitkan dengan pelbagai cara bukan sahaja dengan berpakaian seksi. Ada pembaca yang menggariskan bahawa masalah akhlak atau gangguan seksual berlaku akibat daripada perkara-perkara lain termasuk keluarga, masyarakat sekeliling dan tenaga pengajar itu sendiri. Cikgu memainkan peranan yang penting bagi memupuk nilai-nilai murni akhlak masyarakat.

Mungkin perkara paling mendasar bagi reaksi kepada kenyataan PKPIM ini ialah daripada tuan punya diri sendiri dan mereka yang melihatnya. Betul kata sala seorang pembaca; baju cuma pemangkin untuk jiwa remaja yang bergelora dan asyik berfantasi. Dan mungkin kerana asyik berfantasi, mereka, anak muda-anak muda ini sering tersilap langkah; membuat pilihan yang salah, yang bakal menerima akibat suatu masa nanti.

Betul, baju sekolah yang seksi memungkin gangguan seksual, cabul, kejadian rogol atau perkara lain yang sewaktu dengannya. Tetapi bukan semua orang terganggu atau tertarik dengan baju sekolah yang seksi ini.

Jumlahnya saya -- sebagai pernah bersekolah dengan para pelajar perempuan ini -- percaya adalah sedikit kalau boleh saya perkatakan (tanpa kajian yang lengkap sama seperti PKPIM) adalah sekelumit atau saja 1/30 daripada jumlah semua pelajar yang ada di sekolah atau juga lebih rendah daripada itu.

Kenyataan PKPIM ini kemudiannya disokong oleh Dewan Muslimat PAS yang turut mengatakan melalui Aiman Athirah setiausahanya bahawa cadangan itu “sangat bertanggungjawab dan munasabah". Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan itu beberapa hari selepas kenyataan dari PKPIM dikatakan juga telah mengambil kira prinsip-prinsip perundangan Islam dan kaedah-kaedah usul fekah.

Saya setakat ini masih gagal lagi untuk memaahami punca dari saranan PKPIM ini dan kemunasabahan disebalik cadangan ini. Walaupun mereka dikatakan “telah mengambil kira prinsip-prinsip perundangan Islam dan kaedah-kaedah usul fekah” namun saya rasa usul itu masih belum cukup munasabah.

Menurut web berita Malaysiakini, Muslimat PAS turut mencadangkan agar PKPIM “segera membuat pungutan suara dalam kalangan pelajar di seluruh negara sama ada pakaian menjadi satu faktor pemangkin mendorong jenayah seks.”

Cuma saya turut ingin mengemukakan cadangan kepada PKPIM supaya dapat menjalankan pungutan suara di kalangan bukan sahaja pelajar Islam tetapi seratakan pungutan suara kepada seluruh pelajar di Malaysia.

Sebentar lagi saya akan melancar sebuah ebuk mini berjudul “Babad Pendekar Jawa” hasil tulisan Khalid Jaafar. Buku elektronik yang khas menghikayatkan kisah Ezam Mohd Nor yang juga sangat rapat dengan Khalid Jaafar. Mereka pernah melarikan diri bersama membuat persediaan untuk menyerang Dr M dari luar.

Pustaka RK bertanggungjawab menghasilkan ebuk ini, atas dasar kami yang ingin tahu serta menyelidiki apa yang ada di sebalik babad Ezam ini.

Banyak rencana dan berita yang berkisar tentang masuknya Ezam Mod Nor ke dalam UMNO. RK harap anda sekalian yang ingin tahu perihal Ezam masuk UMNO boleh membacanya di sini.

Sementara itu, RK pada awal bulan ini telah menerbitkan beberapa esei dan berita berkenaan Mahathir keluar UMNO. Jika Ezam memasuki UMNO, Dr M pula keluar dari parti tersebut kerana melakukan protes terhadap kepimpinan Pak Lah yang dikatakan terlampau lemah dan membelakangkan orang-orang Melayu.

Tindakannya meninggalkan UMNO tanpa membawa anaknya Mukhriz keluar bersamanya dilihat oleh rata-rata pemerhati politik sebagai tindakan bijak sang politikus berpengalaman.

Biar saja Mukhriz di dalam UMNO dia bisa buat sesuatu dari dalam! Bukan untuk Parti, tapi untuk diri aku sendiri…

Zulfikar Samsuri
Editor blogzine Republik Kata

23 Mei 2008

Mahathir mudah lupa!

Oleh Ahli Pas Seumur Hidup

Gempak Tun Dr Mahathir (TDM) keluo UMNO.

Gimik politik TDM jauh lebih advance daripada pemikiran orang-orang umno yang sedia ada.daripada pedajal Anwar Ibrahim (DSAI), lepas tu pengunduran beliau daripada jadi Perdana Menteri (PM), serangan hebat kepada pimpinan UMNO sepanjang pilihan raya, kenyataan pedas terhadap kepimpinan UMNO dan yang terakhir keluo daripada jadi ahli UMNO.

Pergh...

Segalanya tersusun rapi. Segala harta benda dia dah bolot, dia dah buat duit dengan hasil bumi Malaysia tercinta, dah papa kedanakan negara, kurangkan kuasa raja dan mencampuri sistem perundangan Malaysia. Beliau jugalah yang mengadakan peraturan tiada siapa yang boleh bertanding untuk lawan jawatan Presiden UMNO, tetapi last-last beliau yang menentang kembali peraturan tersebut.

Apa yang beliau dah buat? Bukankah tindakan beliau itu ibarat Mahathir mudah lupa. Kesian Pak Lah. Orang dah ketuk kepala dia, dia biarkan saje. Tak seperti Karpal Singh (oops.. bukan aku nak banggakan bangsa bukan Melayu, tapi kalau bangsa sendiri memang suka ditindas apa kejadahnya), karpal dengan lantangnya menyuarakan bahawa Mahathir sepatutnya dihadapkan ke mahkamah kerana penyalah guana kuasa semasa zaman pemerintahannya.

Mahathir sepatutnyer dimasukkan ke ISA kerana kata-kata yang dikeluarkan berbaur hasutan. Memang aku setuju bangat (tuko slang Indonesia sikit), apa yang cuba disampaikan oleh Karpal, tidakkah kita sedar Mahathir juga pada zaman pemerintahannya terlalu banyak jenayah koler putih, biru, kelabu dan macam-macam ada. Sampaikan pada satu ketika untuk jadi hakim negara terpaksa melobi, ingatkan untuk dapat tender buat kerja JKR, PLB MAJLIS DAERAH saje kena suap, nak jadi hakim pun nak kena suap.

Macamana undang-undang nak jatuhkan hukuman dengan tulus. Banyak sangat pembangunan yang dibuat oleh Mahathir sampaikan makanan asasi manusia -- beras, pun dah kurang. Tanah bendang buatnya bangunan, tempat kilang dan tempat maksiat.

Mahathir pada zaman pemerintahannya tok guru agama dijadikan musuh, tegur pasal ratu cantik orang Melayu beragama Islam haram masuk ratu cantik. Kat Selangor aleh-aleh mufti kene buang. Tak siapa penduli Dato Ishak Baharom kene buang.tapi kalau pegawai agama negeri Perak kena buang oleh Menteri Besar kecoh satu dunia sebab MB tu datang dari pemerintahan PAS. Tapi bila orang UMNO yang buang tak pe.

Mungkin aku terlupa pada zaman pemerintahan Mahathir dia dikenali dengan gelaran mahafiraun. Angkuh, berkuasa, kebal, terlalu pandai sampaikan UMNO pun jadi bodoh aje. dok asyhik dengor cakap dia.aku bukan ngomong kosong.

Aku terkenang pada zaman Mahathir yang amat dasat dengan penindasan, korup, penyelewengan dan pelbagai benda lagi. Habis jahanam Malaysia, ingatkan ganti Pak Lah elok, tapi lagi maha jahanam satu sen pun tak guna. Tapi kena terima kasih gak sebab pemerintahan Pak Lah negeri aku Pakatan Rakyat (Pakatan) yang merintah. Bagaimana dengan negeri yang UMNO jajah. Bila nak tuko yop?

Sekarang ni, kita tengok UMNO dah hina Sultan Terengganu iaitu Yang DiPertuan Agong Malaysia sekarang. Sultan Mizan dipanggil dengan panggilan natang... Ampun patik tuanku walaupun patik rakyat negeri Perak tapi patik tahu natang tu apa. Adakah itu dipanggil derhaka? Dan adakah bila Karpal menghuraikan hujah mengikut perlembangaan dikatakan menghina sultan? Bagaimana dengan yang di Perlis, adakah perbuatan memulaukan perlantikan MB itu bukan suatu derhaka?

Orang UMNO memang dah dilatih macam tu. Sebab deme rasa Malaysia ni deme yang punya. Menteri Kerja Raya kata nak turunkan tol jangan sampai teman report polis sebab miker tak tunaikan janji miker. Sebab ari tu, miker siap keluo statment dalam paper nak turun kadar tol kepada rakyat Malaysia.

Kome tau ke konsesi tu aper. Tapi kalau konsesi tu nak kene bayar kepada syarikar Jerman dan Korea, perjanjian tu dah lame tamat. Perjanjian tue cuma 20 tahun saje... jadi janganlah belajo menipu rakyat dah tu pulak kome kate Samy Vellu tu kuat belit. Buktikan ler.