Memaparkan catatan dengan label teresa kok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teresa kok. Papar semua catatan

20 September 2008

Dari Bangsar Utama: Saya sokong Teresa Kok saman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo





Syukur…. Teresa Kok telah dibebaskan.

Selepas tujuh hari ditahan, polis membebaskannya oleh kerana tidak ada sebab lagi untuk menahannya.

Ini bukti bahawa ISA digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk melindungi kesejahteraan politik Barisan Nasional dan bukan bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam.

Teresa Kok mahu menyaman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo diatas penahanan beliau. Klik disini.

Saya sokong. Ketiga-tiga pihak ini memang patut disaman dan diheret ke mahkamah.

Kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo memang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan kaum.

Untuk mengajar lagi ketiga-tiga pihak yang jahat ini, saya cadangkan agar Teresa Kok dan Pakatan Rakyat membawa isu ISA ini ke mahkamah pengadilan antarabangsa di The Hague.

Kerajaan Malaysia telah menggunakan ISA untuk mengekalkan kuasa mereka selama berpuluh tahun lamanya.

Masa telah tiba untuk mengajar mereka.

Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan tentang konspirasi liwat terhadap Anwar Ibrahim masih lagi merengkok dalam tahanan ISA.

Protes dan perjuangan untuk membebaskan beliau harus diteruskan. Begitu juga dengan tahanan-tahanan ISA lain yang menderita selama bertahun-tahun lamanya di Kem Tahanan Kamunting.

Mereka berhak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah jika benar-benar bersalah.

Tidak ada bezanya kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional dengan Imperialis Amerika Syarikat yang telah memenjarakan ramai orang tanpa bicara di Guantanamo Bay.

ISA adalah musuh negara. ISA adalah warisan penjajah British. Umno dan BN mahu mempertahankan ISA kerana mereka dahulu adalah boneka penjajah British.

Islam pula diperalatkan oleh regim Abdullah-Najib untuk mengekalkan kuasa. Islam digunakan untuk memenjarakan Raja Petra dan Teresa Kok untuk survival politik BN.

Sedangkan regim Abdullah - Najib memenjarakan kumpulan-kumpulan Islam seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI) untuk menyokong kempen “perang anti-terorisme” George Bush.

Tidakkah anda melihat pembohongan mereka?

16 September 2008

Dari Bangsar Utama: Dolah hilang sokongan lagi, MCA tuntut Teresa Kok dan Raja Petra dibebaskan dari ISA






Belum pun sembuh luka Abdullah Badawi akibat kehilangan Zaid Ibrahim, kini luka baru menusuk dada. Parti komponen kedua terbesar dalam BN, MCA menuntut Raja Petra Kamarudin dan Teresa Kok dibebaskan. Lihat berita dari The Star dibawah:

MCA: Release Kok, RPK from ISA

KUALA LUMPUR: The MCA has called for Seputeh MP Teresa Kok and Malaysia Today editor Raja Petra Kamaruddin to be released from their arrests under the Internal Security Act (ISA).

MCA president Datuk Seri Ong Ka Ting said Kok and Raja Petra should be investigated under other laws and be charged in court if there was evidence.

“To prevent possible future abuse of the ISA, the MCA central committee calls for a comprehensive review of the ISA so that it will apply strictly to cases relating to terrorism and subversive elements.

“There should also be a mechanism for checks and balances in the use of the ISA,” he said after chairing a six-hour meeting at Wisma MCA here on Tuesday.

Ong also said that the arrest of Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng for 18 hours under the ISA was totally uncalled for and the explanation given for her detention was unacceptable.


Apa lagi Dollah Badawi dan Syed Botak nak kata?

Kapal yang dikemudinya hampir karam.

Dengar kata anak lelaki kesayangan Dollah, Kamaluddin Abdullah telahpun mencairkan kesemua aset-asetnya. Betul ke?

Kalau betul, kemana suami Nori nak lari?


13 September 2008

Operasi Lalang 2: Teresa Kok turut ditahan

Oleh: (malaysiakini)

Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang naib presiden DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa.

Menurutnya, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.