Memaparkan catatan dengan label isa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isa. Papar semua catatan

20 September 2008

Dari Bangsar Utama: Saya sokong Teresa Kok saman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo





Syukur…. Teresa Kok telah dibebaskan.

Selepas tujuh hari ditahan, polis membebaskannya oleh kerana tidak ada sebab lagi untuk menahannya.

Ini bukti bahawa ISA digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk melindungi kesejahteraan politik Barisan Nasional dan bukan bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam.

Teresa Kok mahu menyaman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo diatas penahanan beliau. Klik disini.

Saya sokong. Ketiga-tiga pihak ini memang patut disaman dan diheret ke mahkamah.

Kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo memang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan kaum.

Untuk mengajar lagi ketiga-tiga pihak yang jahat ini, saya cadangkan agar Teresa Kok dan Pakatan Rakyat membawa isu ISA ini ke mahkamah pengadilan antarabangsa di The Hague.

Kerajaan Malaysia telah menggunakan ISA untuk mengekalkan kuasa mereka selama berpuluh tahun lamanya.

Masa telah tiba untuk mengajar mereka.

Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan tentang konspirasi liwat terhadap Anwar Ibrahim masih lagi merengkok dalam tahanan ISA.

Protes dan perjuangan untuk membebaskan beliau harus diteruskan. Begitu juga dengan tahanan-tahanan ISA lain yang menderita selama bertahun-tahun lamanya di Kem Tahanan Kamunting.

Mereka berhak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah jika benar-benar bersalah.

Tidak ada bezanya kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional dengan Imperialis Amerika Syarikat yang telah memenjarakan ramai orang tanpa bicara di Guantanamo Bay.

ISA adalah musuh negara. ISA adalah warisan penjajah British. Umno dan BN mahu mempertahankan ISA kerana mereka dahulu adalah boneka penjajah British.

Islam pula diperalatkan oleh regim Abdullah-Najib untuk mengekalkan kuasa. Islam digunakan untuk memenjarakan Raja Petra dan Teresa Kok untuk survival politik BN.

Sedangkan regim Abdullah - Najib memenjarakan kumpulan-kumpulan Islam seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI) untuk menyokong kempen “perang anti-terorisme” George Bush.

Tidakkah anda melihat pembohongan mereka?

15 September 2008

Zaid serah surat letak jawatan

Oleh: Malaysiakini

Datuk Zaid Ibrahim, yang mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lepas, telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi.

Menurut sumber, surat tersebut diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 2 petang.

Zaid melahirkan rasa tidak senangnya pada langkah kerajaan menangkap exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zaid gagal mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu selepas tidak mendapat cukup pencalonan.

Beliau hanya mendapat 17 pencalonan, kurang tujuh daripada yang diperlukan.

Semua 116 cawangan telah mengadakan mesyuarat tetapi empat cawangan diarahkan bermesyuarat semula kerana masalah teknikal.

Berikutan itu, jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu dimenangi oleh bekas timbalannya Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, pemangku jawatan tersebut sewaktu Zaid digantung keahlian selama tiga tahun kerana politik wang.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Che Mansor Adabi berkata, kegagalan Zaid itu kerana ahli mahukan perubahan kepada pucuk pimpinan bahagian.

"Ia mungkin ada kaitan dengan politik Umno yang sedang berlaku sekarang," katanya.

Mohd Fatmi kini setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengamuk lagi!

Oleh: Suhaimi Said

Bermula dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK), diikuti Tan Hoon Cheng dan YB Teresa Kok, ISA memulakan tragedi amuk yang memalukan Negara. Ketiga-tiganya ditahan dibawah Seksyen 73(1) ISA yang membolehkan pihak polis menahan untuk disiasat ketiga-tiganya selama 60 hari tanpa diberi peluang untuk menemui peguam atau dibawa dihadapan Majisteret. Walaupun Tan dari Sin Chew Daily telah dibebaskan namun ruang demokrasi di Negara ini telah tercalar.

Keperluan Tan ditahan dibawah ISA dan penahanan dibawah undang-undang biadab itu keatas Raja Petra dan Teresa Kok telah meminggirkan UMNO dari aliran pemikiran majoriti rakyat Malaysia. Parti-parti dibawah gabungan Pakatan Rakyat serentak menentang tindakan yang tidak berperi kemanusiaan itu; dan parti-parti dibawah bumbung Barisan Nasional turut menentang dan menuntut ketiga-tiga mereka dibebaskan.

Gerakan dan PPP bukan sahaja menuntut mereka itu dibebaskan bahkan menuntut supaya undang-undang rimba ini dikaji semula untuk dipinda kalau tidak pun dimansuhkan.
Presiden PPP melahirkan perasaan bahawa ISA tidak sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang boleh diselesaikan melalui Mahkamah, ianya wajar digunakan sebagai tindakan "terakhir", manakala Pemangku Presiden Gerakan mempersoalkan kewajaran ISA digunakan dan beliau menyeru supaya RPK dan Teresa Kok yang masih ditahan itu dibebaskan serta merta.

Didalam episod yang sukar berlaku, Presiden MCA turut menentang penggunaan ISA didalam isu penahanan ini. Justeru itu hanya UMNO sahaja dari kalangan juak Barisan Nasional yang masih mahu berpegang kepada undang-undang yang ketinggalan zaman itu,
dan sekali gus menampakkan bahawa UMNO tidak lagi mendapat kepercayaan untuk menjadi pimpinan kepada gabungan itu, UMNO sudah terpinggir.

Dari segi sejarah dan peradaban kenegaraan, ada dua bentuk pemerintahan sahaja yang menggunakan undang-undang drakonian seperti ISA. Pertamanya dilaksanakan oleh Negara yang menjalankan sistem "dictatorship" (kuku besi) yang tidak memberi sebarang ruang kepada perjalanan demokrasi; dan keduanya oleh pemerintahan lemah dan tidak
dikehendakki rakyat, dan pemerintahan yang lemah itu masih mahu berpegang kepada kuasanya.

Kenapa Tan ditahan menjadi persoalan yang meletakkan Barisan Nasional ketapak yang boleh ditertawakan. Tan hanya membuat lapuran ucapan racist Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, dan lapuran Tan itu disahkan pula oleh Lee Kevin dari akhbar Guang Ming dan Tan Ming Xao dari akhbar Nanyang Siang Pau.

Ketua UMNO Bukit Bendera itu sehingga kini tidak diambil apa-apa tindakan undang-undang, hanya sekadar diambil tindakan disiplin oleh partinya sendiri suatu tindakan yang dianggap oleh rakyat seolah-olah suatu permainan helah. Ketua Wanita Gerakan menuntut supaya Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu ditahan dibawah ISA kerana ucapannya boleh membawa padah kepada perhubungan kaum di Negara ini.

Seperti Datuk Syed Hamid menyatakan bahawa Ahmad Ismail adalah ahli UMNO dan UMNO telah mengambil tindakan keatasnya, dan terserah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan seterusnya, tidak meyakinkan rakyat bahawa ISA itu hanya mau digunakan terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan.

Isu Teresa Kok berhubung dengan tuduhan dari bekas Menteri Besar Selangor yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Seputeh dan EXCO Kerajaan Selangor itu yang mahu suara azan diberhentikan. Bukan sahaja Teresa Kok menafikan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Mesjid di Selangor juga menolak dakwaan Khir Toyo itu dan seorang Ahli Parlimen PAS dari Selangor telah membuat laporan polis terhadap Khir Toyo.

Tetapi seperti juga dengan Tan Hoon Cheng, orang yang menyuarakan ucapan racist tidak diambil tindakan undang-undang, Tan Hoon Cheng yang dikenakan ISA. Didalam kes Teresa Kok, Khir Toyo yang membuat aduan palsu tidak diambil apa-apa tindakan, tetapi Teresa Kok yang tidak bersalah itu diambil tindakan dibawah ISA.

Raja Petra adalah seorang yang gagah mempertahankan hak individu dan hak bersuara sesuai dengan unjuran demokrasi yang lohor. Beliau mengkritik dan terus mengkritik apa yang dianggapnya wajar baginya menyatakan sesuatu walaupun apa yang dikatakannya itu tidak menemui selera pihak-pihak berkuasa.

Negara Malaysia ini sudah terlebih undang-undang. Undang-undang di Malaysia ini sudah terlebih undang-undang "penafian" dari undang-undang yang "substantif". Perlembagaan Malaysia membenarkan demokrasi, tetapi lebih banyak undag-undang yang meyekat demokrasi itu dilaksanakan seperti Akta Polis, ISA, AUKU, akta-akta berhubung dengan percitakan dan press, Undang-Undang Rahsia Rasmi dan pengecualian-pengecualian yang sangat hebat didalam undang-undang substantif yang lain.

Tanpa undang-undang induk yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia, maka tinggallah undang-undang yang membebankan rakyat dari segi hak dan kebebasan; dan apabila undang-undang yang membebankan ini dijadikan undang-undang utama untuk mengawal kebebasan rakyat, maka apakah perbezaannya diantara Malaysia yang kononya mengamalkan demokrasi dengan Myanmar yang jelas menyatakan bahawa ia diperintah
oleh undang-undang ketenteraan?

ISA bukanlah undang-undag yang baik, sejak diujudkan pada tahun 1960 ia telah mengalami pindaan tidak kurang dari 17 kali dan setiap kali pindaan dilakukan ia menggigit ruang dan bidang yang lazimnya tertakluk kepada undang-undang yang terpakai di Mahkamah seperti Evidence Act, Criminal Procedure Code dan Penal Code.
"Keselamatan Negara" dikatakan menjadi sekup utama untuk kewajaran undang-undang ini, tetapi perkataan "keselamatan" itu sendiri tidak ditafsirkan menjadikan ianya sangat subjektif dan boleh digunakan untuk menahan sesiapa sahaja yang tidak disenangi oleh Pemerintah diatas ketetapan oleh Menterinya.

Seksyen 73 memberi "blanket power" kepada pihak berkuasa termasuklah untuk menahan hingga 60 hari tanpa perlu dibawa kehadapan majisteret. Dan diatas ketetapan Menteri pula dibawah Seksyen 8, suatu perintah tahanan selama 2 tahun boleh dikenakan tanpa sebarang bicara dan tanpa boleh diwakili oleh peguam, dan tempoh tahanan 2 tahun itu boleh disambung dengan tempoh 2 tahun lagi bagi setiap penyambungan, juga diatas ketetapan Menteri. "Sweeping Power" yang sebegitu besar telah menzalimi ribuan pejuang-pejuang politik pembangkang seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Dr Syed Husin Ali, Kassim Ahmad, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar, Khalid Samad, Mohamed Sabu, Abu Bakar Chik, Mahfuz Omar, Yusuf Husin, dan termasuklah saya sendiri yang sudah dua kali ditahan dibawah ISA.

Kini sudah ujud kesedaran dari kalangan parti-parti Barisan Nasional kecuali UMNO yang mahukan undang-undang ISA ini dimansuhkan. Tuntutan dari Gerakan dan PPP tidak boleh lagi dipandang ringan, dan kesedaran yang mula timbul dari kalangan MCA adalah suatu yang tidak boleh dipandang kecil.

Tuntan rakyat ialah untuk penghapusan ISA dan penutupan Tempat Tahanan Kemunting, dan selepas itu Negara ini tidak lagi kembali untuk melaksanakan undang-undang rimba seperti ISA ini, rakyat menentang penggunaan undang-undang kuku besi walaupun terhadap pimpinan Barisanm Nasional (khususnya UMNO) sekalipun.

Kita menuntut pembaharuan dan reformasi dilaksanakan untuk undang-undang dan mahkamah serta mengembalikan hak rakyat untuk mendapat keadilan undang-undang yang lohor sebagai pra-syarat kepada pemerintahan demokrasi tulen.

Surah Isa Putera Amno





Isa - dia ni memang putera ajaib. Ops, ini bukan cerita nabi Isa ataupun Jesus Kristus ya. Ini cerita Isa. Okeh, Isa - dia ni memang putera ajaib. Kelahirannya secara mengejut dan menggemparkan ramai orang. Bapak dia 'mat saleh', mak dia melayu. Kelahirannya telah menyusahkan ramai orang.

Ada yang cakap dia lahir pada tahun 1948. Ada yang cakap dia lahir awal lagi dari itu. Tapi yang pasti dia lahir di sinilah, di mukabumi Malaya ni yang hari ini dah jadi Malaysia. Lantaklah dia lahir tahun bila pun yang penting, dia ni betul-betul 'power'.

Yang buatkan dia ni lebih 'power', dia ni dijaga oleh... Hah, ini yang keliru sikit ni - sama ada Siti Amnah ataupun Siti Amno. Tapi dalam surat beranak ditulis Siti Umno. Tak kiralah apapun...

Siti Amno ni memang celakalah. Dia ni tamak. Kalau boleh, dia nak bolot semua yang ada kat negara Malaysia tercinta ni. Hanya dialah saja pilihan Tuhan yang layak memerintah umat melayu dan hanya umat melayu sahajalah yang layak memerintah kerana umat melayu ni ada al quran. Kawan baik yang juga anak murid Siti Amno ni ialah Awang Pekida atau lebih dikenali sebagai 'lampu isyarat'! Kenapa dipanggil lampu isyarat sebab Awang Pekida ni suka warna yang ada pada lampu isyarat tu. Hahahaha...

Manusia yang tamak ni memang hidup tak senang. Siti Amno ni ada ramai musuh. Sebab itulah dia mintak kat 'mat saleh' ni supaya berikan dia zuriat dan zuriat yang dilahirkan itu diberi nama Isa.

Kejam memang kejam Isa ni. Sejak lahir lagi dia dah kejam. Dah berapa ramai orang yang dah dia merengkan. Dah berapa ramai manusia yang dia gilakan. Ada juga manusia yang tak makan saman. Tak tahulah apa yang Isa ni buat sampai manusia yang tak tahu mengucap pun pandai mengucap dan manusia yang tahu mengucap terus tak tahu nak mengucap! Gilalah Isa ni.

Isa ni ada juga samanya dengan Nabi Isa - menegakkan kebenaran. Hahahaha, tapi masing-masing punya kebenaranlah. Siti Amno dan Awang Pekida ni pun ada juga persamaannya dengan Bani Israel ketika zaman Nabi Isa tu - hanya mereka bangsa terpilih. Hahahaha!

Kalau betul Isa ni lahir tahun 1948, maknanya dah 60 tahun dah usia dia. Walaupun dah tua, tapi masih lagi mengganas. Tapi, ganas Isa hari ini langsung sikitpun tidak menakutkan manusia-manusia yang menjadi musuh Siti Amno. Malah Isa hari ini tengking saja lebih tapi bila tengok gigi - TAK ADA! Hahahaha, mana tak kena gelak.

Sudah lah Isa. Kubur kata mari. Rumah kata pergi. Siti Amno pun dah tak lama lagi hidupnya. Awang Pekida pun dah dapat kerja baru - 'bouncer kelab malam' (jadi kuli cukong Cina lagi untung dari jaga ini bangsa melayu).

Salah guna ISA: Zaid Ibrahim ancam letak jawatan!

Oleh: Beh Lih Yi (malaysiakini)

Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai ‘tidak adil’.

Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.

Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah ISA tetapi telah dibebaskan semalam.

“Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan.

“Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.

“Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.

“Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota Baru hari ini.

Beliau telah mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharu hari ini di mana beliau becakap mengenai perkara yang sama.

Bernama memetik beliau Zaid sebagai berkata, penggunaan ISA hendaklah dikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa.

“Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan…komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu,” katanya.

Zaid berkata negara mempunyai banyak undang-undang yang boleh digunapakai bagi menangani isu-isu seperti ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

“Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.

“Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA,” katanya.

Zaid juga berkata banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan perbezaan kaum atau isu perkauman termasuk melalui sesi dialog dan perbincangan secara aman.

Mengenai pencalonannya untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Zaid berkata beliau kesal dengan tindakan bahagian yang membatalkan mesyuarat peringkat cawangan yang mencalonkan dirinya.

“Tapi ianya sudah menjadi syarat jadi saya perlu patuh kepada keputusan bahagian. Saya tidak akan merayu. Sehingga kini saya sudah mendapat 20 pencalonan,” katanya.

Jawatan ketua Umno bahagian itu dijangka menyaksikan perebutan antara pemangku ketua, Datuk Mohd Fatmi Salleh dengan Zaid yang merupakan ketua bahagian itu sebelum beliau digantung keanggotaannya selama 18 bulan bermula 1 Januari 2007.

Perihal ISA, Tindakan Parti, Tindakan Kerajaan dan Kenyataan Bodoh Hamid Albar

Oleh: Zukri Aksah

Untuk kesekian kalinya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan lagi, kali ini mangsanya adalah blogger Raja Petra, Teresa Kok dan wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng (dibebaskan selepas 16 jam dalam tahanan polis). Dan seperti biasalah, alasan yang digunakan kali ini tetap seperti dulu-dulu juga, ketenteraman awam, public order…

Dan untuk pertama kalinya saya sangsi, apakah penahanan ISA terbaru ini adalah tindakan Kerajaan, atau tindakan Kerajaan Barisan Nasional, atau tindakan Barisan Nasional? Kerana kelihatannya seolah-olah yang bersetuju dengan tindakan ini hanyalah Umno sahaja! Banyak parti lain yang menjadi komponen Barisan Nasional yang memerintah telah mula bersuara, MCA membantah, Gerakan membantah, PPP juga membantah. Maka timbul persoalan, apakah Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang masih didokong penuh oleh semua parti komponennya, atau sudah menjadi milik Umno yang syok sendiri?

Kalau dulu Umno menggunakan Zainuddin Maidin sebagai pahlawannya, kali ini Hamid Albar pula yang menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri mewarisi legasi tersebut. Berdasarkan latar belakang beliau, saya mengharapkan sedikit kecerdikan dari jawapan-jawapan Hamid Albar dalam sidang medianya, tetapi apa yang saya temui hanyalah kedunguan dan kebodohan.

Kebodohan pertama, kata Hamid Albar, tindakan ini bukan arahannya selaku Menteri Dalam Negeri, tetapi sepenuhnya adalah tindakan pihak polis. Soalnya beliau bercakap dengan khalayak mana? Jika saya ada dalam sidang media itu, nescaya sudah tentu saya akan tergelak guling-guling, mengapa? Mudah, arahan penahanan mengikut ISA memerlukan tandatangan Menteri Dalam Negeri, maka penahanan mengikut ISA adalah tindakan kerajaan.

Kebodohan kedua, jawapan Hamid Albar bila ditanya mengapa Ahmad Ismail, bekas Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera yang mengeluarkan kenyataan menghasut mengatakan kaum China di Malaysia sebagai pendatang tidak ditahan di bawah ISA, sedangkan wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang melaporkan ucapannya itu di dalam akhbarnya pula yang ditahan, Hamid Albar menjawab dengan keras bahawa Umno telah mengambil tindakan terhadap Ahmad Ismail. Inilah masalah mentaliti Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno. Sedarkah Hamid Albar yang beliau ketika itu di dalam sidang media atas kapasitinya sebagai Menteri Dalam Negeri, bukan pemimpin Umno! Dan soalan yang diajukan kepada beliau adalah tentang tindakan kerajaan terhadap Ahmad Ismail, bukan tindakan Umno! Seperti tindakan kerajaan terhadap Raja Petra, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng. Tidak timbul langsung soal laporan polis terhadap Ahmad Ismail, saya rasa ada beratus laporan polis terhadap pimpinan Umno, tolong kirakan pada saya berapa peratuskah yang sudah berjaya dibuat pendakwaan? Atau mengapa tidak sahaja Raja Petra, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng disiasat di bawah akta yang sama yang digunakan untuk Ahmad Ismail, asalkan bukan ISA, Ordinan Darurat atau yang seumpamanya.

Ada persamaan dan perbezaan di sini, Tan Hoon Cheng, wartawan kanan Sin Chew Daily melaporkan ucapan Ahmad Ismail yang berbau perkauman; yang samanya Khir Toyo melaporkan Teresa Kok terlibat dengan petisyen meminta diperlahankan laungan azan di sebuah masjid di Selangor. Perbezaannya Ahmad Ismail mengakui ucapannya itu, bahkan mempertahankannya, sedangkan Teresa Kok pula menafikan penglibatannya dan ini disahkan oleh ahli jawatankuasa masjid itu sendiri serta disokong oleh laporan polis balas terhadap Khir Toyo yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Mari kita lihat status pelapor dahulu, iaitu Tan Hoon Cheng, wartawan kanan Sin Chew Daily dan Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor. Kalau ikut logik Hamid Albar, pelapor ucapan atau perbuatan orang lain boleh mengganggu ketenteraman awam, seperti ditunjukkan melalui penahanan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, maka Khir Toyo juga berada dalam darjah yang sama dengan wartawan kanan Sin Chew Daily tersebut.

Orang yang dilaporkan pula iaitu Ahmad Ismail (yang mengaku akan ucapannya) masih menjadi rakyat Malaysia yang bebas dan merdeka, sedangkan Teresa Kok (yang menafikan dakwaan terhadapnya, dengan disahkan oleh jawatankuasa masjid dan disokong oleh Ahli Parlimen PAS Kota Raja) pula sampai sekarang tidak ketahuan di mana duduknya, terpenjara di bawah ISA. Perbandingan inilah yang ingin ditanya wartawan kepada Hamid Albar, yang ingin diketahui oleh rakyat semua.

Sesungguhnya saya menulis ini dengan penegasan bahawa saya menentang penggunaan ISA tidak kira untuk mana-mana kumpulan atau mana-mana pemimpin politik. Saya menulis ini juga bukan kerana dengkikan pemimpin Umno yang tidak ditahan sama, tetapi sebagai hujah pembuktian bahawa inilah bahagian sumbing dan canggung setiap kali pimpinan Umno mahu bercakap soal public order.



14 September 2008

Khabonye: Kebetulan, semuanya kebetulan






Seramai lebih kurang 40 ahli parlimen Malaysia membuat lawatan ke Taiwan untuk mempelajari ilmu pembuatan makanan adalah kebetulan, kes Ahmad Bukit Bendera memainkan isu perkauaman adalah kebetulan. Parlimen tidak bersidang sempenan bulan ramadhan juga kebetulan, postpone kes liwat Anwar Ibrahim jugak adalah kebetulan. Yang paling syoknya budget 09 juga pun melebih lebih kepada sabah dan sarawak

..ish ..ish

Banyak betul kebetulan yang sering terjadi kat Malaysia. Seramai lebih kurang 40 orang menteri atau ahli ahli parlimen Barisan Nasional pergi membuat lawatan ke Taiwan untuk mempelajari ilmu pembuatan makanan bukan satu kebetulan. Ini adalah di sebabkan 16 September. Apakah negara sudah kekurangan PROF. Untuk membuat kajian makanan di Malaysia.

Dan apakah kene mengena pak menteri dan ahli parlimen BN dalam kajian makanan dan ke manakah pakar kaji makanan kita daripada MARDI FOOD TECH. Kenapa tidak dibawa bersama sama dalam lawatan tersebut. Tidakkah kita terfikir ini semua adalah untuk melambatkan proses penukaran kerajaaan baru.

Adakah latar belakang yang pergi ke taiwan berlatar belakangkan chemist pemakanan atau ir. Pembuatan mesin makanan atau SEKADAR MAKAN ANGIN DAN MENGHABISKAN DUIT RAKYAT. Kenapa mesti sekarang baru kita terpandang ke Taiwan, sedangkan teknologi mesin dan pembuatan makanan telah lama berada di pasaran. kita lihat sahaja persatuan perniaga cina telah membuat usaha sama dengan perniaga peniaga di Taiwan sudah hampir puluhan tahum sedangkan Malaysia terkial kial dan lebih menyedihkan dalam seisi lawatan ini dapat dilihat hanya sekadar makan angin atau honey moon.

Kenapa mesti membawa satu batalion, adakah untuk menjaga hati oarang Sabah dan Sarawak kerana sebelum ini hanya pak menteri daripada semenanjung sahaja yang dapat pergi lawatan ke sana sini. Dan yang paling aku terharu dan tergaru budget untuk 09 yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak disegerakan pada tahun ini jugak..

kesian pemimpin Umno jadi barua dalam organisasi sendiri. Ini boleh diklafikasikan sebagai ibarat lembu di cucuk hidung. Banyak dalam Umno lembu cucuk hidung dan yang paling ketara Najib kene ikut cakap bini. Pak lah kene ikut cakap menantu, Shahril Samad kene ikut cakap pak mentua. Memang best aper yang terjadi kat dalam Umno ini.

INI SEMUA KERANA 16 SEPTEMBER

Dalam kes Ahmad Bukit Bendera lagi best, ini kalau orang pembangkang dalam Pakatan Rakyat tentu dah kene ISA bukan tok siak atau permahati dalam angkat sumpah laknat tapi kene "penjara tanpa dibicara."

Memang benar org Melayu yang menuntut kemerdekaan sejak daripada zaman Portugis lagi kita menentang penjajah, pada era Pemerintahan Jepun orang Cina dan India datang sebagai buruh di ladang dan kawasan lombong. Tapi di atas kebijaksanaan orang Umno memberikan kerakyatan kepada kaum Cina dan India maka kenapa UMNO SENDIRI YANG MENOLAK KAUM CINA DAN INDIA SEDANGKAN PRINSIP JOS SOLI ITU SENDIRI DI BUAT OLEH UMNO.

Maka Ahmad menyatakan taat setia kepada umno sebenarnya isu RACIST ini memang sudah dirancang dari awal lagi cuba kita lihat banyak kain rentang mengatakan menang sorak kampung tergadai, falsafah umno sendiri hidup Melayu juga mengambarkan RACIST. Maka api yang menyala di semburkan lagi petrol bagi menjadikan huru hara di Malaysia adakah adil kepada ISTERI ISTERI DAN ANAK ANAK KEPADA TAHANAN ISA YANG LAIN KERANA AHMAD SENDIRI TIDAK DISUMBAT KEDALAM SEL ISA DAN HANYA DIKENA GANTUNG 3 TAHUN DAN JAWATAN DALAM PARTI DI GUGURKAN.

Ahmad juga menyatakan pemimpin tertinggi UMNO berani tidak takut tapi lupakah Ahmad dia sebenarnya menjadi mangsa kepada parti DAN KEPADA MCA PERGI MEMPUS KERANA ADAKAH KITA LUPAKEPADA KES NAMEWEE YANG TELAH MENYAYIKAN LAGU NEGARAKU MENGGUNAKAN LIRIK IKUT SUKA HATI YANG MANA MENYENTUH AGAMA ISLAM.

ADAKAH NAMAWEE YANG MINTA MAAP KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA. DAN KENAPA TIDAK DI SUMBATKAN SAHAJA AHMAD DAN NAMAWEE KEDALAM ISA. INI KERANA UMNO TAKUT MCA AKAN BERALIH ARAH KEPADA PAKATAN RAKYAT. KEPADA PEMIMPIN MCA AKU SEBAGAI UMAT ISLAM TIDAK AKAN MELUPAKAN ISU NAMAWEE YANG MENGHINA ISLAM.

Pemimpin UMNO memang lebik dan tidak beriman. Siapa yang selama ini mengadai tanah orang Melayu ke mana habisnya rizab rizab tanah melayu jawapanya mudah UMNo yang selama ini telah menual dan mengadai harta benda orang Melayu.

Adakah pembangunan ini yang kita harap harapkan. Adakah dengan adanya bangunan melangit akan membuatkan rakyat malaysia khususnya bangsa Melayu kaya raya. Orang Melayu ni senang ditipu senang di pujuk dan senang di putar. Sebabnya Umno sendiri tidak pernah sekali pon memceritakan peristiwa yang sebenarnya bagaimana tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan siapa kah yang sebenarnya perjuang kemerdekaan.

KEMANA PERGINYA NAMA NAMA PERJUANG SEBENAR BENARNYA KEMERDEKAAN. NAMA SEPERTI TOK JANGGUT, MAT KILAU, DATO BAHAMAN, AHMAD BUSTAMAM, SHAMSIAH FAKIH, DATO MAHARAJA LELA DAN BEBERAPA ORANG LAGI PERJUANG KEMERDEKAAN YANG TULEN TETAPI DALAM SEJARAH BUKU SEJARAH MALAYSIA MEREKA INI ADALAH PENGKHIANAT.

ADAKAH MENGAJAK ATAU MENAIKAN SEMANAGAT UNTUK MENENTANG PENJAJAH DAN UNTUK MENEGAKKAN ISLAM ITU DIKATAKAN PENGKHIANAT. MEMPERJUANGKAN ISLAMLAH YANG MANA MENYEBABKAN PENYATUAN SELURUH RAKYAT TANAH MELAYU PADA KETIKA ITU.TAPI DI ATAS DESAKAN INGGERIS DAN PADA WAKTU ITU TENGKU ABDUL RAHMAN BERSEKOLAH ORANG PUTIH MAKA DENGAN KERJASAMA DENGAN INGGERIS UNTUK MENCAPAI KEMERDEKAAN MAKA DIALAH BAPA KEMERDEKAAN.PERSOALANYA APAKAH PERJUANGAN BELIAU DALAM MENCAPAI KEMERDEKAAN.ADAKAH PERJUANAGAN BELIAU HANYA PADA PEMERINTAHAN JEPUN SAHAJA.INI ADA DUA FAKTOR YANG BERLAINAN.INGGERIS,BELANDA, DAN PORTUGIS MENYERANG TANAH MELAYU BUKAN KERANA REMPAH ATAU EKSPORT TETAPI MEREKA INI DATANG KE TANAH MELAYU SEMATA MATA MEREKA MELIHAT TANAH MELAYU MERUPAKAN TEMPAT DIMANA PENYEBARAN ISLAM MAKA DENGAN ITU UNTUK MENGHAPUSKAN ATAU MENGURANGKAN DAN MELUMPOHKAN PENGARUH ISLAM DITANAH MELAYU IALAH DENGAN CARA BERPERANG DAN MENYEBARKAN KRISTIAN.

ADAKAH SEBELUM INI DI TANAH MELAYU BERAGAMA KRISTIAN. TAPI SEJARAH INI DI UBAH BERTUJUAN BAGI RAKYAT MALAYSIA MELUPAKAN PADA SATU KETIKA MALAYSIA ADALAH SATU NEGARA YANG KUAT DAN BERSISTEMKAN PEMERINTAHAN ISLAM. ADAKAH PADA ZAMAN KESULTANAN MELAKA DENGAN SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM MENYEBABKAN NEGARA MENJADI MUNDUR.

JAWAPANYA TIDAK. MENGENAI ZAMAN PEMERINTAHAN JEPON PULAK AGENDA NYA BERLAINAN KERANA JEPON DATANG KETANAH MELAYU DI SEBABKAN ORANG CINA. INI BUKAN RACIST KERANA IANYA ADALAH FAKTOR SEBENAR KENAPA JEPON ATTACK MALAYA. AKU BUKAN PAKAR SEJARAH. TAPI ADA PEMIMPIN TERTINGGI CINA PADA HARI INI ADALAH KETURUNAN KOMINIS TAPI ADAKAH RAKYAT MALAYSIA PEDULI TERUTAMA SEKALI ORANG MELAYU BERBENDERAKAN UMNO.

ORANG MELAYU CEPAT KESIAN. AKU RASA TIDAK MUSTAHIL BANGLA VIETNAM DAN BURUH BURUH KASAR YANG MENCARI REZEKI YANG DATANG MALAYSIA AKAN MENJADI MENTERI MENTERI DI NEGARA KITA. AKU BUKAN PERKAUMAN. AKU BUKAN RACIST. TAPI INI ADALAH FAKTA YANG BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KEPALA SENDIRI.

PADA HARI INI ADA BANGSA LAIAN YANG TAK RETI CAKAP MELAYU YANG TAK TAHU MENULIS DALAM BAHASA RUMI BOLEH JADI WARGA NEGARA MALAYSIA. KERAJAAN SEPATUTNYA MENGAMBIL BERAT MENGENAI HAL INI KERANA ORANG YANG MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU SEBERNYA MEREKA INI LAH PEROGOL DAN PELIWAT KEPADA BANGSA MELAYU.

MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK BERNIAGA. SEMUANYA KERANA 16 SEPTEMBER. KENAPA TIDAK PEGAWAI PEGAWAI JABATAN AGAMA TIDAK MEMANDANG HAL INI UNTUK MENGEMBANGKAN AGAMA ISLAM. KENAPA MESTI JABATAN JABATAN AGAMA ISLAM YANG ADA DI MALAYSIA MENGAMBIL PELUANG MENJUAL "ISLAM" UNTUK DI PERDAGANGKAN.

ADAKAH ISLAM INI HANYA TERTUMPU KEPADA MAKANAN UBATAN DAN KEBENDAAN SEMATA MATA. AKU TERKILAN BAGAIMANA "ISU MURTAD" DI MALAYSIA MASIH DI PANDANG RINGAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM. AKU JUGA TERKILAN BAGAIMANA TIADANYA PERANCANGAN JABATAN AGAMA ISLAM TERHADAP MUALAF MUALAF ATAU SAUDARA BARU YANG MEMELUK ISLAM. MUALAF MUALAF INI TERPAKSA MENCARI ILMU ISLAM SENDIRI KERANA JABATAN ISLAM SIBUK MEMBUAT MARKET SIJIL HALAL, MENJADI KADI NIKAH, MEMBACA DOA SELAMAT UNTUK PAK PAK MENTERI DAN MENJADI SAKSI ANGKAT SUMPAH LAKNAT MENTERI MENTERI.

SEPATUTNYA MEREKA INI MALU KERANA KERAJAAN YANG ADA SEKARANG INI MEMPERAKUI MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM TETAPI PADA HAKIKATNYA ISU MURTAD ADALAH YANG TERTINGGI, KES ANAK LUAR NIKAH ANTARA YANG TERTINGGI DAN TAK TERMASUK ISU ISU LAIN RASUAH, PENINDASAN, KILANG ARAK, TAPAK PERJUDIAN DAN SEGALA JENIS KEMUNGKARAN LAGI.

13 September 2008

Operasi Lalang 2: Teresa Kok turut ditahan

Oleh: (malaysiakini)

Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang naib presiden DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa.

Menurutnya, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

12 September 2008

Wartawan Sin Chew ditahan polis





Updates:

Sah. Tan Hoon Cheng ditahan dibawah ISA.

Operasi telah bermula. Beliau adalah yang kedua selepas Raja Petra Kamarudin.

Siapa lagi selepas ini?

Posting Asal:

Wartawan Sin Chew daily yang menulis artikel mengenai Ahmad Ismail telahpun ditahan polis.

Tan Hoon Cheng ditahan dirumahnya di Bukit Mertajam oleh polis pada pukul 8.30 malam.

Sehingga kini masih belum disahkan sama ada beliau ditahan dibawah ISA atau tidak.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

KeAdilan bantah tindakan tahan individu tanpa bicara

Saya mengecam penahanan aktivis sosial dan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin, di bawah undang-undang kuku besi ISA. Dengan menggunakan ISA untuk menghalang proses perubahan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO mengesahkan ianya telah tidak berpijak di atas sokongan rakyat dan sudah tidak mampu memimpin Malaysia dengan adil dan demokratik.

Saya menegaskan Raja Petra mesti dibebaskan segera dan sebarang tuduhan yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri mestilah diselesaikan dengan segera mungkin menuruti proses undang-undang. Raja Petra seharusnya dibenarkan untuk berjumpa peguam dan anggota keluarganya mestilah dibenarkan untuk berjumpa beliau sewaktu dalam tahanan.

Penahanan Raja Petra dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan hari ini kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan di samping halangan terdahulu terhadap laman web politik yang terkenal, menunjukkan dengan jelas kesediaan kerajaan untuk melumpuhkan kebebasan bersuara di saat rakyat berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.

Selepas Pilihanraya 8 Mac dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rakyat Malaysia telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina satu masyarakat yang demokratik. Penahanan ini tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan mempercepatkan kejatuhan pentadbiran ini.

KeAdilan mengulangi bantahan keras terhadap sebarang tindakan menahan individu secara sewenang-wenangnya. Kami secara konsisten menggesa pembebasan semua tahanan ISA kerana tindakan itu bertentangan dengan prinsip masyarakat demokratik. ISA ternyata digunakan untuk melumpuhkan sebarang kritikan dan digunakan terhadap individu yang mempertahankan hak kebebasan suara mereka yang bertentangan dengan pemerintah.

Menggunakan ISA hanya beberapa hari sebelum 16hb September jelas satu usaha untuk mencipta ketakutan dan ketidakstabilan palsu buat menjustifikasikan taktik kerajaan ke atas mereka yang bersama pembangkang.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG