07 April 2008

Hidup Melayu dan Islam Hadhari

Oleh: Ahli PAS Seumur Hidup

Hidup Melayu dan proses sekularisasi

Aku tertarik dengan feedback daripada seorang pembaca RK. Luahan yang dikeluarkan menampakkan dia seorang yang kurang bergaul, menampakkan keegoan diri, menampakkan dirinya seakan tiada kelemahan diri dalam hidup dan keluarganya Menampakkan dia seorang yang pandai dan merasakan tiada yang lebih pandai daripadanya.

Lihatlah kenyataan beliau "Farid, Pegawai Bank: Aku manala tau.. bukan ada urusan dengan gomen pun… lagi pun aku malas nak amik tau, aku sokong BN, yang menang pembangkang.. Dah sah-sah aku tak gemor diorang memerintah. Hidup UMNO, hidup BN, hidup Melayu."

Adakah dia pasti selama ini hidup Melayu tak terabai. Sayang sekali seorang pegawai mengungkapkan kata-kata azimat hidup Melayu. Skop Melayu terlalu besar. Adakah kita hidup kerana Melayu. Adakah kita hidup kerana Islam. Maaf kalau kata-kata selepas ini ada yang menyinggung mana-mana pihak. Fahaman tentang bangsa adalah satu sistem hidup sekular. Kenapa?

Semasa zaman penjajahan British-Belanda-Portugis masa itu bangsa tiada makna. Kalau korang nak tahu, penjajah bukan sahaja datang semata-mata untuk berdagang tapi niat yang sebenarnya adalah menyebarkan Kristian pada seramai mungkin orang. Kerana orang Yahudi dan Nasrani ini telah membaca terjemahan Al-Quran di mana pada waktu hampir tiba kiamat Islam akan bangkit dari arah Asia.

Maka dengan itulah punca mereka datang ke asia. Adakah kita ini mengkaji Al-Quran? Bagaimana pada zaman peperangan askar Melayu yang berkhidmat dengan British memakai seluar pendek, adakah itu tidak haram. Orang kafir menanamkan sifat sekular dari dulu lagi. Berseluar pendek atau pakai yang tidak menutup aurat adalah perkara biasa.

Kita lihat orang Melayu yang berjuangkan atas dasar Fisabillah keranaa Allah berseluar panjang, bersampingkan kain pelekat dan berlebai dikepala. Adakah kita lihat pada masa kini kalimah Allah dan Muhammad dipermain mainkan oleh orang Melayu dan bangsa lain. Sebagai contoh anggota polis memakai lencana polis yang tertera kalimah Allah Muhammad bertulisan Arab, tanpa mengira bangsa masuk keluar tandas memakai kalimah suci itu adakah kita sedar?

Begitulah orang kafir telah menguasai fikiran orang Melayu. Buat benda yang mungkar pun perkara biasa. Apa ada pada bangsa.bila kita berada di alam kubur, adakah malaikat mungkar nangkir akan bertanyakan; kamu ni berbangsa Melayukah? Islam kamu Hadharikah? Kiblat kamu Masjid Kristalkah?

Marilah kita bersama sama kembali kepada jalan Allah yang lurus dan yang mana menjanjikan keberkatan di dunia dan akhirat. Kemungkaran terjadi di muka bumi ini terjadi bukan kerana makhluk lain tapi kita yang bergelar manusia yang dijadikan oleh Allah sebagai kalifah di muka bumi ini.

Adakah dengan kemewahan dan kesenangan kita pada hari ini datangnya daripada diri kita sendiri. Allah akan membantu kepada siapa yang bermunajat kepadaNya yakni dengan meninggalkan segala laranganNya dan melakukan segala suruhanNya dan berusaha untuk berubah. Adakah kita lupa bahawa kehidupan ini bukan semata mata mencari kemewahan wang ringgit dan harta benda tapi untuk melakukan ibadat sebagai khalifah di muka bumi Allah.

Solat adalah tiang agama Islam. Hanya dengan bersolat dapat menghindarkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar. Adakah dengan menyalak hidup Melayu mendapat kepuasan di dunia dan akhirat? UMNO itu sendiri adalah singkatan daripada bahasa Inggeris. Dari situ dah sah-sah apa yag dibawa adalah agenda British dalam mensekularkan orang Islam.

Sombong, ego dan hebat adalah sifat Allah yang telah menjadikan dan memberikan kita peluang berada muka bumi. Kita ni keluar pun dari tempat keluarnya najis, ada hati nak menentang Hukum Allah.

P.Ramlee dan Islam Hadhari

Aku tertarik dengan filem P.Ramlee. Best bangat! Macam Pendekar Bujang Lapok (alif+ min +nun +wau=sarkas) UMNO Sudin kata sarkas dan paling best cerita Musang Berjangut.

Jika di amati politik pada cerita ini bini orang pun pemerintah syok. Begitulah kaalu kita ni terlalu lama mentadbir tapi kekurangan pengisian ilmu Agama Islam. Mengkome perasan tak dalam satu bab, Menteri Nikah Kahwin datang kerumah Tun Nila Utama. Bagaimana isteri Tun Nila cuba menduga menteri berkenaan apakah perbuatan mereka berdua duaan akan membawa kepada hukuman. Dengan selamba Menteri Nikah Kahwin jawap undang-undang dia yang buat

"Jangan risau nanti kekanda akan rombak undang undang." Katanya.

Begitulah yg terjadi sekarang di mana hukum yang diutuskan oleh Allah melaui kitab Al-Quran nur Karim dipandang sipi oleh pemimpin golongang sekular ini. Tidakkah hukum hudud telah merangkumi sepanjang zaman untuk diikuti oleh manusia sepanjang zaman.

Aku terkejut dengan ulasan yang dikeluarkan oleh pakar hadis Malaysia iaitu Dr Mashitah dengan berani mencerca hukum hudud dengan alasan mengikut ideologi pemikiran manusia. Adakah kita senang-senang untuk mengerat tangan seseorang. Adakah Islam itu sendiri mendidik untuk menjadi sebegitu kejam.

Sebagai pakar hadis, kita hendaklah menerangkan dengan cara yang terperinci tentang hukum Allah. Kenapa kita mesti mengembar-gemburkan cerita konon nyer hukum Allah sangat kejam.

Satu lagi isu tentang pelacuran. Aku tertarik dengan isu ini kerana pelajar pintar kita satu ketika dulu, Sufiah di Oxford telah mengikut kata-kata restu yang mana wanita boleh menjual tubuh badan mereka apabila darurat. Mungkin kata-kata yg terpancul daripada Dr Mashitah itu diambil oleh Sufiah bagi membolehkannya menjadi pelacur yang cerdik pandai.

Pada masa kini timbul pelbagai lagi isu agama. Golongan ulamak sekular ini dipergunakan oleh pihak tertentu untuk mewujudkan Islam Hadhari atau nama Melayunya Islam Bandar.

Tahukah kita, Islam yang diturnkan oleh Allah ini tiada cacat celanya. Pak lah mengambil kesempatan bahawa dia berketurunan alim ulamak. Untuk merealisasikan Islam Hadhari ini Pak Lah telah membelanjakan dan membayar jutaan ringgit kepada Bush untuk menyuarakan di mata dunia bahawa Islam Hadhari inilah Islam yang sesuai untuk manusia pada masa kini.

Dalam lagu nasyid dari kumpulan Raihan pun ada terselit lirik yang mengungkapkan: "Iman Tak Dapat Diwarisi dari Seorang Ayah Yang Bertaqwa". Maka jika datuk atau bapa kita alim ulamak itu tidak bermakna bahawa ia satu tiket untuk kita masuk syurga.

Terdetik di hati aku di manakah arah kiblat Islam Hadari, kitab pengangan Islam Hadhari. Siapakah nama tuhan Islam Hadari, siapakah pengikut Islam Hadhari. Dan siapakah saudara Islam Hadari.

Adakah Pak Lah malu menggunakan Islam Badwi. Kenapa tak bisa menggunakan badwi agar orang ramai mudah mengigati Abdullah Badawi dan Islam Badwi. Apa yang aku nak perjelaskan di sini hukum manusia akan bertukar mengikut aper tg kita hajati memudahkan kita lari daripada tanggungjawap. Berlainnan dgn Hukum Allah.ketetapan di dalam Al-quran mengikut kesesuaian sepanjang zaman cukup lengkap untuk menjadi panduan utk kehidupan dan jua di akhirat. Wallahualam.

03 April 2008

Runtuhnya Islam Badawi

Oleh Luthfi Assyaukanie

eseiMeski berhasil keluar sebagai pemenang dan mampu membentuk pemerintahan, koalisi partai Barisan Nasional (BN) sebetulnya mengalami pukulan keras dalam pemilihan umum Malaysia yang baru lalu. Yang paling terpukul tentu saja adalah Abdullah Ahmad Badawi, ketua koalisi yang sekaligus perdana menteri Malaysia. Padahal dalam empat tahun terakhir, dia sudah berusaha keras untuk mempertahankan supremasi BN di pentas politik negeri jiran itu.

Dua negara bagian penting, yakni Kuala Lumpur dan Penang, jatuh ke tangan oposisi. Yang menyakitkan, kekalahan di dua negara bagian ini sangat telak. Di Kuala Lumpur, BN hanya mendapat satu kursi dari 11 kursi yang diperebutkan. Sementara di Penang, BN kebagian dua kursi dari 13 kursi yang diincar. Penang adalah negara multietnis tempat kelahiran Badawi.

Namun, yang paling menyakitkan dari itu semua adalah pecahnya puak Melayu dalam memberikan dukungan kepada Badawi. Dua partai opisisi yang berhasil menggerogoti supremasi BN adalah partai yang didominasi orang-orang Melayu, yakni PAS, partai Islam yang dikenal kritis terhadap penguasa, dan PKR, partai baru yang didirikan mantan deputi PM Malaysia, Anwar Ibrahim.

Selama lebih dari tiga dekade, secara politik, puak Melayu disatukan oleh UMNO, partai besar yang memimpin koalisi BN. Namun, dalam beberapa tahun terakhir, khususnya sejak konflik politik antara mantan PM Mahathir dengan Anwar Ibrahim, gelombang ketidakpuasan terhadap UMNO semakin meningkat. Badawi mencoba mengatasi situasi itu dengan mendekati puak Melayu sambil terus merawat hubungan baik dengan etnis lain, khususnya Cina dan India.

Dia memperkenalkan Islam Hadhari, yakni sebuah konsep politik yang dapat memberikan kejayaan dan kemajuan bagi rakyat Malaysia. Dalam berbagai forum, Badawi menjelaskan bahwa Islam Hadhari bukan hanya bertujuan memajukan kaum Muslim Melayu, tapi juga membangun kerjasama dengan etnis-etnis lain yang ada di Malaysia. Islam Hadhari diproyeksikan sebagai payung untuk melindungi seluruh warga negara dalam semangat kebebasan dan toleransi.

Namun, Islam Hadhari yang diperkenalkan Badawi tampaknya hanya sekadar retorika belaka. Sambil terus mempromosikan konsep itu, dia melakukan kebijakan-kebijakan politik yang sesungguhnya bertentangan dengan semangat Islam Hadhari. Misalnya, dalam dua tahun terakhir pemerintahannya, Badawi adalah penguasa Malaysia yang paling sering mengeluarkan daftar buku-buku terlarang, khususnya buku-buku yang terkait dengan sejarah dan pemikiran Islam.

Di masa Badawi juga terjadi praktik diskriminasi ras dan pelanggaran terhadap kebebasan beragama yang cukup serius. Hampir tiap minggu ada saja kasus pelecehan terhadap kebebasan beragama warga-negara yang dilakukan aparat penguasa. Puncaknya adalah demonstrasi besar warga etnis India di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu. Itu adalah demonstrasi anti-diskriminasi terbesar sejak kerusuhan etnis di Malaysia hampir 40 tahun silam.

Islam Hadhari atau lebih tepatnya Islam Badawi telah gagal menghadirkan kedamaian dan kebebasan bagi setiap warga. Pemilu yang baru lalu membuktikan bahwa rakyat Malaysia tidak menginginkan Islam Badawi yang penuh diskriminasi dan pelanggaran terhadap kebebasan warga-negara. Mereka memprotes dengan cara mereka sendiri, yakni tidak memilih koalisi Barisan Nasional pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.


*kali pertama tersiar di http://islamlib.com, penulis merupakan salah seorang editor Jaringan Islam Liberal. Beliau selain menjadi editor di Jaringan Islam Liberal beliau juga merupakan seorang penulis bebas yang menulis di pelbagai judul penerbitan di Malaysia.

Anwar Ibrahim, Guru Asia

oleh: HAMID BASYAIB

eseiANWAR Ibrahim pantas dijadikan guru oleh banyak politisi Asia. Ilham yang disajikannya melampaui apa yang ditunjukkan Deng Xiaoping, Kim Dae-jung, atau
Benazir Bhutto.

Ia bukan hanya contoh terbaik tentang jatuh-bangun politik yang ekstrem dihadapi dengan penuh martabat. Ia menunjukkan bahwa politik merupakan paduan tepat
antara cita-cita kenegaraan yang berjangkauan jauh dan luas, landasan intelektual yang kokoh, dan pragmatisme yang diabdikan demi cita-cita itu.

Dengan gemilang ia menunjukkan bahwa amal politik haruslah dimulai dengan mengatasi rasa benci. Karir politiknya ditapaki dengan tahapan yang mantap, dan kemudian meteorik. Dalam usia 20-an ia menjadi tokoh mahasiswa paling menonjol, pada umur 30-an ia bintang politik Malaysia paling bersinar di generasinya.

Dalam usia 40-an, sarjana sastra dengan bakat beragam ini menjadi 'putera mahkota', wakil dari seorang perdana menteri yang amat kuat, merangkap menteri keuangan di sebuah negara yang ekonominya sedang tumbuh pesat.

Tiba-tiba ia dinistakan dengan bengis; ditahan dan dianiaya oleh kepala polisi negara sampai tulang punggungnya cidera berat dan harus dirawat di Jerman.
Ia dihancurkan dengan dakwaan paling destruktif secara politik (korupsi) dan paling nista secara sosial dalam konteks budaya Malaysia (melakukan sodomi terhadap
sejumlah lelaki).

Martabatnya diruntuhkan justeru oleh orang yang melambungkan namanya dan mentor politiknya, yang kala itu tak terlawan – bahkan oleh seluruh kekuatan politik di Malaysia maupun segala tekanan internasional.

Bintang Asia yang dipandang Barat dengan paduan kagum dan cemas, penggagas 'Asian renaissance' dan juru bicara Islam non-Arab yang fasih dan mampu bicara dengan pelbagai idiom kultural itu terkapar di lantai penjara yang dingin.

Baru enam tahun kemudian Anwar Ibrahim bangkit dari 'makam politik'-nya. Ia keluar dengan raga lemah dan jiwa yang makin kuat. Hari-hari panjang di penjara ia
lalui dengan tekun membaca politik dan polity Malaysia, sambil empat kali menamatkan sejumlah karya Shakespeare dan puluhan karya klasik lainnya.

"Kalau tak mandi atau makan," katanya kepada Time yang pekan lalu memajang fotonya di sampul, "saya hanya membaca – dari pukul 8 pagi sampai tengah malam."

Kemenangan gemilang oposisi dalam Pemilu Malaysia bulan lalu pasti juga berkat peran Anwar dan partai baru pimpinan isterinya sejak ia masuk penjara. Berbagai ketakpuasan sosial memang meluap dan menyebabkan kegagalan koalisi Barisan Nasional yang perkasa selama hampir setengah abad itu.

Tapi ketekunan dan kecerdikan Anwar-lah yang menerjemahkan ketakpuasan itu menjadi jembatan yang menghubungkan jurang-jurang perbedaan di antara partai dan kelompok-kelompok oposisi.

Ia bak pesulap yang sanggup menyatukan partai-partai yang secara tradisional tak terjembatani, terutama antara DAP yang didominasi warga Cina-Malaysia dan PAS
yang memprogramkan syariat Islam (hudud). Hasilnya: BN gagal meraih mayoritas 2/3, dan untuk pertama kalinya perolehan tulang-punggung BN, UMNO, kalah dari
gabungan oposisi (79 berbanding 82 kursi parlemen).

Mungkin Anwar akan mengambil alih salah satu kursi yang diraih isteri dan anaknya, Wan Azizah Ismail dan Nurul Izzah, setelah masa pencekalan politiknya
berakhir bulan ini. Ia akan menjadi suara yang memahami makna dan fungsi oposisi, seraya menerapkannya dengan cerdas dan berwibawa.

Ia bangga dengan Indonesia. Ketika menjadi pembicara di Doha tiga tahun lalu, Anwar panjang-lebar memaparkan Indonesia sebagai contoh kesesuaian Islam dan demokrasi. Pada jamuan makan malam, saya menyalaminya dan berterimakasih, karena ia mengangkat
Indonesia di forum yang dihadiri oleh begitu banyak tokoh dunia Islam dan Amerika.

"Tentu saja saya harus ungkapkan sukses negeri Anda," katanya. "Pengalaman Indonesia sangat mengesankan. Kami perlu mencontohnya. "

Dengan Anwar Ibrahim di puncak kursi oposisi, ada harapan hubungan Indonesia-Malaysia mencapai titik rukun yang semestinya. Kita selalu dapat mengandalkan
Anwar – seorang peminat sastra Indonesia yang bergairah, seorang politisi jiran yang disayangi oleh semua spektrum politik Indonesia.

*Kali pertama tersiar di http://inilah.com, penulis adalah Pengarah Program Freedom Institute.

Khabonyer: Idris Jusoh, Zukri Aksah dan Sultan Mizan

oleh: Ahli PAS Seumur Hidup

Dah 5 hari aku lepak kat KL, di PWTC lagi -- masa mesyuarat MT UMNO pon aku ada kat luar.

Kedaulatan sultan dan Masjid Kristal

Ok, sambung… bukan isu aku lepak kat PWTC yang aku nak kupas di sini, tapi yang aku nak kupas ialah isu kedaulatan sultan yang memerintah terutama sekali di Terengganu yang kaya dengan hasil bumi. Mungkin ada kisah di sebalik cerita tapi aku ceritakan di sudut logiknya kenapa penetangan terhadap pemilihan MB, isu kain rentang (kami nak idris natang), isu monsoon cup, isu masjid kristal, isu royalti petronas dan pelbagai lagi.

Kalau kamu nak tau exco di bawah pimpinan Idris Jusoh banyak berlaku keburukan daripada kebaikan. Dari maklumat yang aku dapat daripada teman di Terengganu, terdetik hati aku; patut lah exco mati-mati nak Idris. Mane taknya masa projek berbillion ringgit masjid kristal, setiap exco kroni (22 budak itam) dah dapat habuan masing-masing sebanyak jutaan ringgit. Adakah kita tahu, bahawa setiap seorang dapat habuan masing-masing yang diberi oleh Patrick Lim aka Patrick Badawi. Dia dah suapkan UMNO sampaikan terlalu kenyang dan lupa kepada kedaulatan sistem beraja.

Sudahlah masa perasmian masjid kristal tak diundang baginda sultan. Menjemput Pak Lah merasmikan. Baginda sultan dengan semangat rakyat sanggup mencemar duli datang melihat masjid yang berharga berbilion ringgit. Ini adalah salah satu keadaan yang amat menyakitkan hati baginda.

Kalau kamu nak tahu masjid kristal nama saja masjid. Tapi tak leh nak solat. Dahlah tu buat dalam taman tema pulak tu. Nak masuk pun kene bayar. Dalam satu sumber yang telah dikeluarkan oleh Siasah telah menunjukkan sikap angkuh Idris terhadap sultan cara komunikasi antara rakyat dan pemerintah sultan. Idris hanya mebahasakan dirinya dengan baginda sultan u, i sahaja.

Zukri Aksah dan Sultan Mizan

Di manakah kedaulatan sultan di mata Idris. Aku terkejut dengan kenyataan Zukri Aksah dalam satu artikel "Sejarah jatuhnya kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka juga mendedahkan bahawa robeknya pertahanan empayar tersebut tidak lain kerana pengkhianatan pembesarnya sendiri, Tun Mendeliar, yang mungkin membelot bukan kerana tidak patriotik. Tetapi bosan dengan gelagat Sultan Mahmud."

Adakah itu berbunyi satu sindiran yang agak puitis terhadap negeri yang beraja?

Adakah dia tahu bahawa monsoon cup mendapat keuntungan selepas tajaan sebanyak RM 300 juta?

Adakah dia berada di kedudukan baginda sebagai pemimpin yg tertinggi di Malaysia yang di panggil binatang (natang)?

Kau fikirlah sendiri.sultan ada hak untuk memilih siapa utk mengapalai Terengganu. Adakah kerajaan yang ada ini bersih daripada korup seperti yg digambarkan?

Adakah Anwar Ibrahim dan Ezam tak tahu masalah Mike Tyson bekas MB Selangor.

Seperti aku, aku sokong PAS bukan sebab aku sayang kat PAS atau mencari nama atau populariti tapi aku sokong sebab ke arah ISLAM. Kalau korang nak tahu Idris banyak agihkan projek untuk kroni adik-adiknya dan menjadi barua kepada Pak Lah.


Itu diakui sendiri oleh orang kanan Idris, ROSOL WAHID. Dia menyatakan bahawa beliu ditetapkan oleh ahli tertinggi dalam UMNO untuk mengagalkan perlantikan Ahmad Said sebangai menteri besar Terengganu. Kalau kome nak tahu sapa MT tertinggi UMNO, koe pikirla sendiri.

SEBAGAI SEORANG ISLAM WAJIB MENGIKUT IMAM. DAN DALAM KONTEKS INI, AGONG & SULTAN ADALAH PEMIMPIN YG TERTINGGI. TP KALAU DAH TAK IKUT APA KE JADAHNYA.

Kita jangan emosional dalam berpolitik. Kalau org dah tak suka pandai-pandailah bawak diri. Lagi satu kepada Zukri, jangan kerana nyamuk kelambu dibakar, jangan kerana nak backup Idris Jusoh dan UMNO jangan sampai derhaka kepada sultan.

Adakah Sultan Mizan sekejam Sultan Mahmud? Tapi miker punya perbandingan macam langit dengan bumi.


Ahli Pas Seumur Hidup adalah cuma salah seorang pemerhati politik tanah air. Beliau mengambil berat terhadap segala macam isu politik tanah air. Seorang anak muda, menguruskan syarikat besar dan terkenal milik kelurganya.

02 April 2008

Dunia Vovin: 'Kemelut' di Perak ada advantage untuk PR

oleh: Nazri Annuar

Ya, aku pasti sangat isu politik lebih dibincangkan di segenap pelusuk Malaya. Malah kalau la nak ditakdirkan video seks Siti Nur tiba-tiba tersebar di internet, orang lebih memilih isu politik dan pasca-piliharaya sebagai topik bualan (sekadar beri metafora, Siti Nur tak ada video seks, dia baik, tapi Elyana lebih baik, malam tadi ada Elyana di TV1, macam biasalah, comel nak mampus, kalau aku jadi pengerusi DBP aku akan masukkan daftar comel = Elyana).

Okey, okey, kembali ke topik asal.


Isu Semasa;

1- Pakatan PKR-DAP-PAS

Aku tertarik dengan komen-komen di beberapa blog dan borak-borak kedai kopi tentang rapuhnya pakatan triniti ni. Pandangan aku, ya, memang rapuh.

Tapi seharusnya gambaran itu harus dipandang dengan lebih besar lagi. Triniti ini harus bijak mempermainkan isu pakatan ini. Kes di Perak aku pandang bukan sebagai kemelut. Ramai mungkin tak sedar kes di Perak merupakan satu ‘advantage’ besar buat pakatan ini. Pakatan triniti di Perak seolah-olah meraih petak terdepan dalam peperangan psikologi politik.

Kalau dilihat pada mata kasar, nyata pakatan tiga parti perkauman Bee End lebih kukuh. Tapi itu pada dasarnya sahaja. Kes di Perak, kalau pihak Triniti ini pandai menguruskannya akan dilihat sebagai satu pakatan yang cukup ampuh sekali. Kenapa aku berkata demikian?

Umum mengetahui, dalam pakatan Bee End, MCA dan MIC seolah-olah membontot segala kelakuan Bee End. MCA dan MIC dilihat tidak mampu nak memperjuang nasib orang-orang di bawah naungannya. Itu tidak menjadi masalah dalam pakatan triniti tersebut. “kemelut”, kalau itulah istilah yang digunakan oleh media umum, mencerminkan semangat mahu memperjuangkan nasib kaum yang bernaung di bawah parti masing-masing.

Kita lihat senario begini;

Andai kata kerusi yang dimenangi oleh DAP itu digantikan dengan wakil-wakil MCA, kerusi PKR pula digantikan dengan wakil-wakil MIC dan begitu juga PAS digantikan dengan Amno? Kemudian wakil Amno dilantik sebagai menteri besar walhal MCA yang menang banyak kerusi. agak-agaknya mampukah MCA melawan seperti mana yang dilakukan oleh DAP? Sikap senyap dan tolenrasi MCA (seperti yang kita lihat sebelum ini) bakal membuatkan rakyat dibawah naungannya (majoritinya Cina) berasa wakil yang mereka pilih tidak sekental mana untuk memperjuangkan nasib mereka.

Ini berbeda dengan perangai DAP yang lantang menyuarakan hal mereka. Lantas sebenarnya kalau dilihat lebih jauh, DAP sebenarnya lebih sayangkan rakyat berbanding MCA yang hanya ikut telunjuk Amno.

Lantas aku tidak memikirkan isu di Perak sebagai satu kemelut. Ia satu isu yang bijak dan seharusnya ketiga-tiga parti yang berkenaan berbuat demikian. Kes di Perak juga sebenarnya menjadi satu simbol Chek and Balance yang amat ideal sekali. Makna kata tiada sebarang pihak pun yang berani membuat onar kerana pakatan triniti ini memerhati antara satu sama lain.

Kesimpulannya rakyat mendapat faedah dengan kes yang berlaku di negeri itu. (Tapi sudah tentulah Bee End akan menyuntik isu perkauman, kita sendiri tahu parti mana yang paling racist di Malaysia ini).

aku petik pandangan berikut;

“Despite the political dramas that are unfolding in Perak in the past few days, there are reasons to believe that the partnership between PAS, DAP and PKR is not as shaky as it appears to be.

According to a report in Financial Times on Monday, political analyst Bridget Welsh of John Hopkins University said there was “tremendous goodwill among them to succeed”.

Despite their differences, the three parties are unlikely to throw away their victory after an election that proved voters were willing to cross ethnic lines to support them.

Some political observers even believed that what transpired in the past few days were just “political theatres” or posturing by the different parties to placate their respective supporters.

Whatever their ideological differences, PAS, DAP and PKR are pragmatic political actors that understood the need to work together.”

sumber: The Edge Daily

Ini membawa kepada point aku yang kedua;

2- Kemarahan Lim Kit Siang.

Aku anggap Lim Kit Siang sebagai pencatur politik yang genius. Puluhan tahun pengalaman dalam arus politik tidak dapat melawan otak-otak muda kita yang membuat telahan dia sudah nyanyuk.

Kenapa aku berkata begitu?

Naiknya menteri Besar dari orang PAS akan sedikit mencetuskan rasa kurang senang dari komuniti orang Cina (mungkin). Mungkin akan datang rasa “alamak, aku undi DAP pun tak guna, DAP bukan nak support orang Cina,”.

Lantas Lim Kit Siang menyuarakan protes terhadap perlantikan tersebut. Pada gambaran kasar, dia dilihat biadap dan kurang ajar. Tapi psikologinya, dia telah memenangi hati orang Cina sendiri. Dia tidak lagi dilihat sebagai pembelot bangsa. Dia sanggup melawan siapa sahaja demi hak perjuangannya.

Mampukan pemimpin MCA berbuat demikian?

3- “Pertelingkahan menteri besar Perak”.

Kes Di Perak dilihat sebagai ketidakupayaan triniti ini membentuk kerajaan. Kenapa? Sebab menteri Besar lambat dilrantik dan perjalanan menamakan calon MB pun memakan masa dan ranjau.

Ramai lupa, beberapa negeri lain pun masih belum ada MB lagi. Malah sehingga MB Perak sudah dilantik, terdapat sekurang-kurangnya DUA negeri naungan Bee End yang mempunyai kemelut hampir sama.

Siapa yang rapuh sekarang?

4- Anwar Sebagai PM

Kemelut (kalau nak guna istilah itulah) di atas sebenarnya satu ujian awal untuk Anwar. Kalau dia mahu jadi PM, inilah masanya dia menonjolkan bakat menyatukan tiga parti itu. Mahathir hebat kerana berjaya membuatkan tiga parti tidak bergaduh. Aku tak nampak Anwar ke arah itu lagi (buat masa sekarang).

5- KJ-Mukhriz-Najib-Hishamuddin

Aku suka kalau KJ jadi menteri. Mungkin boleh bermula dengan Menteri Luar atau Menteri Belia dan Sukan. Sikit masa, naik menjadi menteri Kewangan. Bak kata orang putih, Plot Thickens. Mukhriz dah buat sepertimana yang bapaknya buat dulu. Sekarang semua memandang antara satu sama lain. Ada orang yang bakal cantas tangganya. Ada orang yang bakal jatuh. Ada orang yang sekarang asyik beri komen di media, konon-konon dia semacam buat kerja.

Betulkan aku kalau aku salah, dalam 4 tokoh di atas, semacam Najib yang paling diam sekarang? Kenapa ya? Orang diam orang yang paling merbahaya. Hahahaha. Wish you luck Najib. Bagus juga kalau anda jadi PM seterusnya. Lebih drama.

Membawa kepada point seterusnya;

6- AMNO dan rebel

Amno akan kembali kuat dan Malaysia akan kembali makmur jika seorang lagi rebel muncul. Seperti Mahathir pada zaman Tunku.

Pada waktu ini, tiada seorang pun pemimpin Amno yang rebel. Semuanya mengampu dan tidak berani nak menentang. Aku ingin lihat Mukhriz sebagai seorang rebel dalam Amno. KJ takkan lama jika dia meneruskan tabiinya menjadi proxy Pak Lah. Dia mungkin ada rancangan. Dia semacam Anakin sebelum jadi Darth Vader. Ramai ludah KJ, tapi aku percaya masih ada trick di lengannya (haahahahahaha, plagiat).

Begitu juga Mukhriz. Kalau dia dibuang Amno, aku hampir pasti percaya dia bakal menjadi PM suatu hari nanti dan sekali lagi Amno akan memakmurkan Malaya.

Penutup;

Adapun entri ini hanyalah pandangan naif seorang rakyat. Aku tidak berharap semua bersetuju dan molek sahaja tulis pendapat di ruangan komen. Tapi aku berpegang kepada pandangan ini. Biasalah, politik memang kotor. Kita sebagai rakyat tersepit.

Tapi sebagaimana kata-kata aku sendiri dalam entri selang tiga di bawah; aku percaya 4 tahun ini Malaysia akan makmur. Dan tolong jangan cerita pada aku tentang orang Melayu akan jatuh sebab isu ini. Kalau malas berusaha memang la akan jatuh. Kalau sudah perangai nak harap subsidi.

Nota dari editor: selalunya Nazri Annuar akan mengulas filem di sini, tetapi disebabkan tempias pilihan raya masih lagi terasa, kali ini beliau mengulas tentang isu politik tanah air.

Kolum Dunia Vovin ditulis oleh Nazri Annuar, seorang penulis novel fantasi dan juga seorang blogger. Blognya boleh dilayari di http://www.dunia-vovin.com/.

Suara Rakyat: So far ok, tapi masih awal lagi

Kerajaan baru Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, antara kerajaan negeri yang paling banyak ditekan. Tekanan itu datang daripada pelbagai isu, termasuklah dalam hal Timbalan Menteri Besar (TMB) yang kelihatan cuba dipermainkan oleh sesetengah pihak sebagai suatu soal perkauman.

Dalam era kini, yang mementingkan kebahagian untuk hidup, permainan politik perkauman nampaknya punya pengaruh; kalaupun tidak banyak, hingga boleh memecah belahkan keharmonian masyarakat Malaysia, yang multi-kaum dan multi-ideologi.

Kerajaan negeri Selangor, yang mempunyai komposisi penduduk yang sama rata, menjadi pusat latihan atau pusat ujian bagi politik anti-perkauman ini tertegak. Jika politik anti-perkauman berjaya, kita boleh melihat Selangor menjadi sebuah negeri yang maju serta berdaya saing.

Untuk itu, pihak RK telah menanyakan beberapa soalan kepada beberapa orang responden bagi mengetahui serba sedikit tentang hal negeri Selangor, khususnya tentang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimana dengan permulaan kerajaan pembangkang ni? Di bawah Khalid Ibrahim, lebih spesifik lagi.

IE, Manager Lokasi Kedai Serbaneka: Buat masa ni tak nampak lagi isu berbangkit. Setakat ni ok lagi. Tak nampak lagi agenda-agenda nak dibuat.

Hairil, Pekerja Projek: Hmm… Aku belum nampak apa-apa tapi so far ok…rakyat Selangor pun boleh terima kerajaan negeri baru. Cuma aku tunggu perubahan-perubahan yang bakalyang dilaksanakan kerajaan BR ni, macam taarif air, agihan projek, dll. Aku mula goyang juga, pasal ada 2 projek aku kena hold. Tapi tengoklah macam mana nanti, harap-harap kerajaan BR ni lagi bagus.

Owin, Pegawai Undang-undang: So far changes yang obvious tak nampakla tapi S Alam still terpelihara. Kawan-kawan mak aku cakap dia tak bagus sangat coz rasuah.

Anis, Lepasan U: Biasa jer. Parking masih kena bayar, harga barang tak turun-turun jugak. Tak de beza pun dengan yang lama, cuma sesetengah manusia makin naik minyak adalah.

Azmir, Pegawai Bank: Ada satu masalah untuk ******, pasal tak dapat gantung gambar MB baru (Tan Sri Khalid Ibrahim) bersama-sama PM dan Agong. Buat masa ni kat cawangan gambar MB baru tak de lagi.

Gromofonrock, Pekerja Swasta: So far ok. Dia telah pun menjalankan apa yang tertulis pada manifestonya. Salah satunya tariff air dikurangkan sebanyak 60%. Selangor akan bertambah maju. Yang lain akan dijalankan akan datang times to times.

Amran, Pegawai Undang-undang: So far doing good, but still too early, anyway, already some popular decision he made like to sell exco luxury colony, review water pact wether first 20 cubic free for domestic usage permissible, 30% exco allowance for charity,. He is an ex-businessman. His experience in business world can be useful in state economy.

Spyz, Blogger: Pendekatan berhati-hati MB amat dialu-alukan kerana Selangor adalah sebuah negeri yang komposisi kaumnya agak sama rata. Oleh itu pendapat semua kaum perlu diambil kira dalam setiap keputusan.

CD, Engineer: Setakat ni ok tapi masih awal lagi nak cakap. Tekanan cukup kuat terutama daripada orang Melayu Selangor (dipelopori UMNO) tentang isu timbalan MB.

Farid, Pegawai Bank: Aku manala tau.. bukan ada urusan dengan gomen pun… lagi pun aku malas nak amik tau, aku sokong BN, yang menang pembangkang. Dah sah-sah aku tak gemor diorang memerintah. Hidup UMNO, hidup BN, hidup Melayu.

Haris Zakapli, Wartawan Kanan Siasah: Kena tengok dasar-dasar yang dibuat nanti. Tapi nampak ada usaha untuk merawat masalah yang ditinggalkan kerajaan dulu, eg jual rumah exco, isu air.

Pasal DEB?

Ijad, Aktivis teater: Aku punya pandangan dari mata rakyat biasa yang tak paham sangat sistem social. Bangun sampai tido balik, KERJA! Aku tak pernah paham DEB tu apa benda. Yang aku paham, susu anak aku dah naik 5 kali, tapi gaji aku baru naik sekali. Kerja kuat tak tentu kaya, tapi kabel baik senang kaya. Belajo tinggi belum tentu pandai, tapi banyak duit baru pandai.

Masih lakukah lagi politik perkauman?

Spyz, Blogger: Politik perkauman masih laku mungkin untuk satu generasi lagi tetapi pengaruhnya makin berkurangan. Ini kerana masih wujud pengaruh generasi tua yang melalui zaman memuncak politik perkauman sekitar 50an – 70an. Lagipun, ada ke Negara yang bebas secara penuhnya daripada perkauman? Yang penting adalah toleransi.

Hizairi, Pereka Laman Web: Tak laku dah sekarang ni, India, Cina dan Melayu bergabung. Tapi macam ada agenda lain dari satu-satu kaum.

Pandangan tentang MB Selangor.

Aqil Fitri, Editor ummah-online.com: Aku rasa MB ni lagi bagus dari MB-MB PAS. Sebab MB-MB Keadilan akan mengangkat nilai-nilai piawai pentadbiran antarabangsa. Beza dengan MB-MB PAS yang lebih berminat dengan cara tadbir tafsiran Islam yang maseh kabur.

Jamel, Pegawai Kewangan: Bagi aku Tan Sri Khalid try to do something for rakyat Selangor n try nak kotakan janji-janji PKR. So just bagi ruang n opportunity untuk MB Selangor. We will receive the benefit full or half of it.

Haizad, Pegawai Swasta: Superb beb! Sime Darby dia la beli dari orang putih. Kalau dia bertanding MIC ari tu, jadi pemuda MIC le aku.

01 April 2008

KENYATAAN PIMPINAN PARTI PKR, DAP dan PAS

Kenyataan Media

Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini telah mengadakan mesyuarat sebagai lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Mac 2008.

Mesyuarat hari ini dihadiri antara lain oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB En Lim Kit Siang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pada mesyuarat hari ini kami telah mencadangkan untuk memantapkan lagi kerjasama ketiga-tiga parti ini atas nama PAKATAN RAKYAT. Nama ini telah dicadangkan dan akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Dengan keputusan pilihanraya yang lepas, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan nantinya dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008.

Kami juga memperkemas dan memantapkan struktur Pakatan Rakyat dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Khabonyer: UMNO punca pergolakan antara kaum

oleh: Ahli Pas Seumur Hidup

Sekarang UMNO pula buat perhimpunan

Semasa Perhimpunan BERSIH, rakyat menunjukkan kitak puasan hati terhadap pemerintahan BN. Menghasilkan suatu situasi yang menyesakkan hidup rakyat dengan menaikan harga petrol dan barang keperluan. Mewujudkan tol di kawasan yang tak sepatutnya dan pelbagai jenayah kolar putih dan kelabu hitam yang telah dibuat oleh pimpinan kerjaan BN. Maka keluarlah di kaca t.v mengatakan pembangkang macam orang yang tidak bertemadun.(Pak Lah, Najib & Khairy).

HINDRAF wujud disebabkan ketidakpuasan hati mereka terhadap komponen BN iaitu MIC kerana agihan keuntungan dan syer MICA Holdings hanya dimonopoli oleh Samy Vellu and The Gang. Ahli kompenen BN (MIC) dengan lantang menyuarakan bahawa kaum India di Malaysia menuntut hak yang sama rata dengan bumiputera di malaysia.

UMNO punca pergolakan antara kaum


Jadi di sini wujudlah pergolakan antara kaum dan rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu telah melenting dengan isu ini dan ada yang dah asah parang, perasap keris pusaka, kumpulkan adik beradik, untuk membasmi kaum India.

Tahukah kita sebenarnya ditipu oleh BN dan kesempatan ini diambil oleh UMNO untuk meniupkan sifat perkauaman dengan menyeru orang Melayu agar bangkit mempertahankan tanah air! Berderau darah orang Melayu (hanya org kampung sahaja).

Selepas pilihan raya kite dapat lihat DAP menang beso di Penang dan Perak. Isu utama bila orang Melayu yang bodoh perlembagaan, mengatakan orang Cina akan memerintah. Adakah ini bukan perkauamn? Yang kedua Lim Kit Siang (LKS) cuba memulaukan majlis angkat sumpah perlantikan MB Perak. Punyerler orang berkepentingan dalam UMNO menyatakan LKS derhaka.

Di padang Ipoh dan depan bangunan KOMTAR penang orang UMNO berkumpul menunjukkan protes terhadap ketidak puasan hati terhadap kemenagan BA dan DAP. Adakah mereka lupa bahawa pemimpin UMNO ada menyatakan sesiapa yang mengadakan perhimpunan haram adalah menusia yang tidak bertemadun dan seperti orang utan. Bukan saya yang bercakap tapi pemimpin tertinggi UMNO yg bercakap.

UMNO biadap pula kepada sultan

Bagaimana dengan kejadian lantikan MB di Terengganu dan Perlis? Siapa penderhaka yang sebenarnya?. Dahlah Sultan dah luluskan, mereka orang UMNO pulak yang membangkang. Siapa sebenar yang derhaka wahai orang UMNO? Orang UMNO ibarat meludah kelangit.

Tidak seperti ahli komponen BN. Gerakan, MIC dan MCA menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Seperti Koh Tsu Koon, gentleman, mengaku kekalahan. Kalau mengkome ada baca paper Berita Harian bertajuk 20 NGO bantah perlantikan MB Perak dan Exco negeri. Aper kehaenyer tu Yop?

Dalam kenyataan dalam surat kabo tu menyatakan ketidak puasan hati rakyat terhadap lantikan Exco dari bangsa Cina dalam kabinet kerajaan negeri Perak dan menyatakan hak orang Melayu akan hilang. Tanah orang melayu akan hilang. Dan MB akan jadi boneka kepada DAP. Mengkome cakap ikut sedap mulut jer.

Tahukah anda Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menjualkan 63 ribu ekar tanah negeri Perak kepada pembeli berbangsa Cina semata-mata utk membayar gaji semua department PKNP dan perbelajaan PKNP yang berjumlah melebihi ribuan juta RM.mengkome itu (NGO yang buat bantahan tulah) yang jadi boneka kepada orang UMNO. Itu baru sikit terdedah salah laku. Yang lain-lain mengkome nak tahu lagi ker?

Semasa pergolakan mencari calon MB. UMNO dan BN mengajak PAS untuk join BN untuk mentadbir Perak dan menjemput PAS sebagai MB Perak. Betapa terdesaknya UMNO dan BN untuk menyapu duit rakyat. Adakah kita tahu?

Apa aktiviti UMNO dan BN yang dapat meningkatkan pendapatan orang Melayu di Kuala Kangsar. Kalau mengkome kata pembangunan itu dibuat oleh BN, kome silap. Kalau sesiapa jadi pemerintah dia akan buat pembagunan yg sama, cuma beza PAS dengan UMNO. PAS mempunyai prinsip memperjuangkan Islam dan menghapuskan secular, mengajak manusia sejagat hidup cara Islam.Buat apa yang disuruh dalam Islam dan tinggal segala larangan.

Idris Jusoh, Parick Badawi dan Pak Lah

Mengkome tau apesal Idris Jusoh tak jadi MB Terengganu. Sebab habis tanah dan projek mega bagi kat Patrick L aka Patrick Badawi. Sultan Mizan pandai dan tau Idris Jusoh dah sapu tanah orang Melayu dan bagi kat adik-adik dan kroni dia. Bagaimana org Melayu sendiri tak menghormati kedaulatan raja sampai sanggup memulaukan majlis angkat sumpah MB. Mengkome suruh sultan pilih tapi bila dah pilih, panas ponggong. Sama macam kes di Perlis. Shahidan orang tak calon masa piliha raya ada hati lagi nak jadi MB perlis.

Pelakon Yusni Jaafar meninggal dunia

oleh: Bernama

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati.

Yusni, 63, menghembuskan nafasnya pada kira-kira jam 2.30 pagi.

Menurut anak keduanya Raja Ema kepada di sini hari ini, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Januari lalu.

Katanya, jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya, dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15, pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.

Antara pencapaian allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Pesta Filem Malaysia kelapan pada 1989.

Lakonan terakhir allahyaram ialah dalam filem Cuci pada tahun lalu.

Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.

Ada kejutan pada 13 April Ini

Oleh: Siasah Daily



RAWANG, 30 Mac: Negara akan menerima kejutan sekali lagi pada 13 April ini, kata Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili MB Selangor di majlis kesyukuran selepas PKR, PAS dan DAP membentuk kerajaan baru Selangor di Lembah Hijau dekat Bandar Tasik Puteri petang Ahad.

“Apakah kejutan itu, tuan-tuan tunggulah. Paling lewat pun Jun ini,” kata beliau mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin yang lebih 500 orang itu.

Yahya yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata, selepas pembubaran Parlimen 13 Februari lalu beliau dalam taklimatnya berkata, ketika itu sudah 15 kerusi jatuh ke tangan pembangkang di Selangor.

Sejak itu, kerusi untuk pembangkang bertambah hari ke hari, sehinggalah terbukti kerajaan Selangor jatuh pada jam 7.30 malam 8 Mac walaupun diumumkan SPR pada jam 5.30 pagi 9 Mac.

Turut berucap di majlis kesyukuran anjuran PAS dan PKR Lembah Hijau itu adalah anggota Parlimen Lembah Pantai yang baru, Nurul Izzah Anwar serta datuknya, Datuk Wan Ismail.

Ketibaan mereka telah disambut dengan pasukan bermotor BTP. Orang ramai pula berebut-rebut untuk bergambar dengan Nurul dan suaminya, Shahril.

Adalah difahamkan, PKR menjangkakan, kerajaan Pusat akan berubah tangan dan kerajaan BN yang ada akan jatuh.

Kenapa tarikh 13 April dipilih tidak diketahui namun berita angin bertiup kencang kerajaan BN pimpinan Abdullah akan kecundang selepas itu ekoran masalah dalaman yang semakin menjadi-jadi dalam kerajaan pimpinan beliau itu.

Abdullah dianggap telah hilang kawalan.

Dua calon MB yang dipilih beliau tidak boleh mengangkat sumpah sebagai MB iaitu Datuk Seri Shahidan Kasim di Perlis dan Datuk Seri Idris Jusoh di Terengganu.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Presiden Umno melawan Abdullah.

Usaha beberapa pihak yang menyokong kepimpinan Abdullah untuk menangguhkan pemilihan kepimpinan parti ke tahun depan juga gagal dan ditolak oleh Majlis Tertinggi Umno.

Tiga timbalan menteri yang dilantik beliau juga menolak jawatan itu. Yang terakhir adalah Datuk Ghafur Salleh dari Sabah kerana tidak berpuashati dengan layanan Umno Pusat terhadap Sabah.