16 Jun 2008
MCA lompat: Dakwaan adalah strategi Anwar
Oleh (Malaysiakini)
"Memang menjadi hasrat Anwar menimbulkan pergeseran antara parti-parti komponen BN dan memisah-misahkannya," kata Fu, yang juga ketua biro penerangan MCA.
Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat beberapa ahli patlimen MCA akan menyertai Pakatan Rakyat disifatkan sebagai "tidak masuk akal dan palsu semata-mata".
"Dakwaan Anwar itu tidak boleh diterima akal dan palsu semata-mata.
"Ia tidak lebih daripada kegemparan murahan untuk publisiti dirinya sendiri," kata ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Fu Ah Kiow, mengulas dakwaan penasihat PKR sewaktu berucap di Bayan Baru, Pulau Pinang semalam.
"Memang menjadi hasrat Anwar menimbulkan pergeseran antara parti-parti komponen BN dan memisah-misahkannya," kata Fu, yang juga ketua biro penerangan MCA.
"(Dakwaan) ini merupakan sebahagian daripada strateginya untuk mengejar jawatan perdana menteri."
Menyedari BN pernah berdepan tempoh naik turun sokongan terhadapnya, Fu menggesa parti-parti komponen BN agar terus berpaut utuh bersama-sama.
"Melalui zaman susah dan senang (bersama), kami sentiasa bergandingan antara satu sama lain, dan akan terus berbuat demikian. Kami tidak akan melarikan rakan sendiri dalam keadaan yang susah," kata Fu.

Anwar: Portugal untuk Euro2008
Kelihatan Sepanyol dan Belanda agak gah di pusingan awal. Jerman kelihatan tersentak tatkala tewas mengejut di tangan Croatia.
Biarpun berada dalam keadaan sibuk;berceramah, berseminar baik di dalam negeri mahupun di luar negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) masih lagi mempunyai peluang untuk mengikuti perkembangan Euro 2008 secara ringkas.
Dalam blognya bertarikh hari ini, 16/6/08 beliau secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Portugal yang dikatakan sebagai Brazil Eropah.
"Saya meminati corak permainan Brazil, justeru dalam Euro 2008 saya memilih ‘Brazil Eropah’ untuk menjadi Juara Euro 2008. Siapa lagi kalau bukan Portugal!" katanya dalam posting yang bertajuk Portugal untuk Euro2008.
Walaupun Portugal tewas kepada Greece pada final edisi lepas namun menurut DSAI inilah masa terbaik untuk Portugal memanfaatkan skil Cristiano Ronaldo dan Deco yang sudah pastinya akan menggegarkan kejuaraan pada kali ini.
Katanya lagi pada kejohanan kali ini Sepanyol dan Belanda memulakan saingan dengan agak gah sementara Jerman pula terpaksa berputih mata apabila kalah mengejut dengan Crotia. Mereka terpaksa menanti di perlawanan terakhir kumpulan untuk memastikan bahawa mereka juga layak untuk ke suku akhir.
Pada akhir posting tersebut, "[b]iarpun skuad Portugal mungkin gusar dengan perpindahan Scolari ke Chelsea selepas siri Euro ini, perjuangan perlu terus!"
Anwar: MCA MPs will join Pakatan Soon
Athi Veeranggan (Malaysiakini)Hinting that Abdullah could dissolve Parliament in a sudden move to “save his skin”, he cautioned Pakatan leaders and members to be ready for a snap election.
PKR de facto leader Anwar Ibrahim has dropped the clearest hint yet of impending crossovers to Pakatan Rakyat.
“I can safely say that several MCA MPs will join us soon,” he told journalists yesterday, after opening a service centre in Bayan Baru, Penang.
However, as with previous assertions of the same variety, that was all he was prepared to reveal.
Anwar has been keeping the public on tenterhooks since the general election on March 8, with repeated claims of crossovers by Barisan Nasional (BN) parliamentarians, especially those in Sabah.
He said that discreet meetings have been held in Hong Kong, Manila and Singapore, to avoid scrutiny, and that “even a cabinet minister met me”.
At a night rally held in City Stadium, George Town, the former deputy premier worked up the crowd with similar promises.
“It’s about time that we take over. It’s only a matter of time for us to take over. We are so close to Putrajaya,” he said to roars from some 15,000 people.
“It’s very soon. I will not say how (soon). But it will happen soon.”
He stressed that defecting MPs would have to accept the Pakatan tenets of good governance.
Anwar used the rally to obtain a ‘referendum’ on replacing the federal BN government and taking over as premier from Abdullah Ahmad Badawi.
He and other Pakatan speakers exploited the escalating cost of living triggered by the fuel price hike, to bombard the BN government and raise the tempo of a disenchanted crowd.
“I can guarantee you all today that if Pakatan Rakyat were to form the federal government today, we will bring down the oil price tomorrow,” said Anwar.
Salvoes against BN
Penang Chief Minister and DAP secretary-general Lim Guan Eng, DAP advisor and Ipoh Timor MP Lim Kit Siang and PAS leader Mohamad Sabu also spoke at the rally.
Anwar said the BN government is still in a state of denial over the electoral debacle and that it has remained arrogant.
It has further betrayed the people’s trust with an unreasonable and inhumane fuel price hike, he said, although it has contributed to this through economic and financial mismanagement.
Anwar also wondered aloud as to why BN partners are supporting Umno’s weak political leadership and wrongdoing.
Saying that BN has run out of ideas in overcoming inflation, he said only Pakatan could save the country.
“Let’s join force to topple this irresponsible and arrogant government. If enough numbers support us (in Parliament), we will form the next government. The people of Penang must lead others in backing us for change to a better life,” said Anwar.
Hinting that Abdullah could dissolve Parliament in a sudden move to “save his skin”, he cautioned Pakatan leaders and members to be ready for a snap election.
“We must fight to win till the end,” he said.
15 Jun 2008
Surat Jemputan
TAYANGAN DAN SEMINAR FILEM PELAJAR DIPLOMA TAHUN AKHIR ASWARA -- Sempena Festival Seni ASWARA dan Penilaian Tahun Akhir (PeTA 2008)
Kepada syarikat @ penerbit filem/TV yang sedang mencari pekerja mahir di kalangan graduan terlatih dalam bidang perfileman.
Kepada individu-individu yang ingin menyaksikan bakat-bakat muda dengan karya-karya filem yang kreatif dan segar.
Kepada semua insan-insan seni yang meminati karya-karya filem generasi baru.
Semua dijemput hadir! Inilah masanya untuk anda menikmati karya-karya filem pendek graduan-graduan Diploma Filem & Video ASWARA Tahun Akhir yang akan keluar ke industri perfileman negara. Hayatilah, nilailah dan hargailah idea-idea kreatif mereka!!!
Filem-filem yang ditayangkan adalah karya terbaru pelajar dan pertama kali dipertontonkan di khalayak.
MASUK ADALAH PERCUMA!
Bila? Dimana?
Tempat:
Dewan Kuliah Utama (DKU),
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),
464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
(BERHAMPIRAN DENGAN TUGU NEGARA, PADANG MERBOK, BANK NEGARA & IBU PEJABAT JKR)
PETA ASWARA: http://www.aswara.
Tarikh dan masa:
19 Jun 2008 (Khamis), 8.30 malam - Sesi Tayangan Filem
20 Jun 2008 (Jumaat), 10.00 pagi - 5.00 ptg - Sesi Tayangan Filem dan Seminar (Penilaian Karya/pelajar oleh panel-panel penilai jemputan.)
20 Jun 2008 (Jumaat), 8.30 malam - Ulang Tayang Filem
Panel Penilai (Seminar penilaian pada 20 Jun, 10.00 pagi - 6.00 ptg):
Prof. Madya Dr. Anuar Nor Arai
Cik Gayatri Su-Lin Pillai (Tayangan Unggul Sdn Bhd)
Cik Lina Tan (Red Communications)
En. Richard Lau
En. Abdullah Ali
Senarai filem pendek pelajar tahun akhir:
"Satu". format filem: 16mm, warna. 10minit - penerbit: Zulman Zeki & Sharavanan
"Semangat Padi". format filem: HD. 5m - penerbit: Fathin Alliza, Che Mohd Kahairol Azizi, Hazmir Hassan.
"Burp". format filem: HD, CGI. 10m - penerbit:Tayanithi & Suhaili
"Aman". format filem: 16mm, warna. 10m - penerbit: Ahmad Firdaus & Anis
"Saira". format filem: 16mm, warna. 10m - penerbit: Norfadila, Rafizah & Mohd Tarmizi.
"Bila Punggok Rindukan Bulan?". format filem: HD. 10m - penerbit: Bennylita Nasuty
"1963". format filem: HD. 10m - penerbit: Harry Frederick Diglin.
Tayangan ekstra (projek filem pelajar Tahun 2):
"Anak-anak Bumi Tercinta". format filem: HD. 15m. (adaptasi cerpen Saharil Hasrin Sanin)
"Peristiwa Bunga Telur". format filem: HD. 15m. (adaptasi cerpen SN Usman Awang)
JADUAL DAN MAKLUMAT MENGENAI FESTIVAL: sini

Chong Wei menang
Oleh BERNAMASINGAPURA, 15 Jun (Bernama) -- Lee Chong Wei menjuarai gelaran perseorangan lelaki Terbuka Aviva Singapura hari ini, menepati ramalan bahawa beliau adalah pemain terbaik dalam kejohanan itu.
Pemain nombor satu Malaysia itu menumpaskan Simon Santoso dari Indonesia dalam perlawanan akhir di stadium tertutup di sini hari ini dengan 21-13, 21-5 untuk meraih US$15,000(RM48,000).
Chong Wei yang mempamerkan permainan mengagumkan hanya mengambil masa 29 minit untuk menundukkan pemain pilihan keenam Indonesia itu.
Gandingan beregu Malaysia Mohd Zakry Latif dan Fairuzizuan Tazary turut cemerlang apabila menewaskan beregu senegara Lin Woon Fui dan Gan Teik Chai 21-18, 21-17 untuk menjulang gelaran beregu lelaki.
Bagi Chong Wei, kemenangan itu amat bermakna ketika beliau mensasarkan pingat emas di Olimpik Beijing Ogos ini.
Ia merupakan kemenangan pertamanya pada kejohanan itu selepas enam kali mencuba selepas dikecewakan oleh Kenneth Jonassen dari Denmark pada 2004.
"Saya amat gembira dengan kemenangan ini tetapi seperti saya katakan sebelum ini yang saya menyertai Terbuka Singapura sekadar untuk beraksi dalam pertandingan sebelum ke Beijing.
"Sama ada saya menang atau kalah ia tidak penting. Malah saya percaya ramai pemain terkemuka mahu beraksi dalam pertandingan sebelum menyertai acara penting. Lihat saja pada Lin Dan (pemain nombor satu China). Beliau akan menyertai Terbuka Thailand sungguhpun kejohanan itu bukan acara super series.
"Saya akan berehat seketika dan selepas itu menjalani latihan semula sehingga berlepas ke Olimpik," kata Chong Wei yang tidak akan menyertai Terbuka Indonesia minggu depan di mana beliau ialah juara bertahan.
Bagi Simon, beliau mengaku yang dirinya kalah kepada pemain yang memang handal.
"Chong Wei amat luarbiasa hari ini. Prestasinya sungguh menakjubkan tanpa melakukan sebarang kesilapan yang memang dijangkakan daripada pemain berpengalaman dan matang.
Bagi diri saya, saya melakukan banyak kesilapan," kata Simon yang menduduki ranking ke-12 dunia.
Bagi Mohd Zakry dan Fairuzizuan, yang tidak terpilih ke Olimpik Beijing, kemenangan mereka merupakan gelaran utama pertama yang mereka raih dan hadiah wang tunai US$13,800 adalah yang tertinggi pernah mereka menangi setakat ini.
"Kemenangan ini memang di luar jangkaan kami. Tetapi bila kami tiba di sini dan melihat senarai yang menarik diri ditambah pula dengan kekalahan dua beregu utama Denmark dan beregu nombor dua China, kami bertambah yakin.
"Kami berharap ia menjadi permulaan bagi kami untuk memenangi lebih banyak gelaran.
Malah, kami mengalahkan semua pemain dalam sirkit ini kecuali beregu Indonesia Markis Kido dan Hendra Setiawan (beregu nombor satu dunia) dan beregu Korea, Lee Yong Dae dan Jung Jae Sung," kata Mohd Zakry.
Mereka akan beraksi di Terbuka Indonesia minggu depan dengan harapan melakukan lebih baik daripada peringkat separuh akhir pada tahun lepas.
China pula pada kali ini, hanya meraih satu gelaran menerusi beregu wanita Yu Yang dan Du Jing yang menewaskan beregu Taipei, Cheng Wen Hsing dan Chien Yu Chin 21-16,21-19.
Gelaran perseorangan wanita dimenangi pemain Denmark Tine Rasmussen yang mengalahkan pemain Hong Kong Zhou Mi 21-9, 21-17 bagi gelaran keempat dalam Super Series selepas Terbuka Malaysia 2008, Terbuka Jepun 2007 dan All-England 2008.
KEPUTUSAN SEMUA PERLAWANAN AKHIR:
Perseorangan lelaki - Lee Chong Wei(MAS) mn Simon Santoso(INA) 21-13,21-5.
Perseorangan wanita - Tine Rasmussen(DEN) mn Zhou Mi(HK) 21-19,21-17.
Beregu lelaki - Mohd Zakry Latif-Fairuzizuan Tazary (MAS) mn Lin Woon Fui-Gan Teik Chai (MAS) 21-18,21-17.
Beregu wanita - Yu Yang- Du Jing(CHN) mn Chien Yu hin- Cheng Wen Hsing (TPE) 21-16,21-19;
Beregu campuran - Nova Widianto-Liliyana Natsir (INA) mn Anthony Clark-Donna Kellog (ENG) 17-21,21-14,21-9.
13 Jun 2008
Agama bukan candu bagi orang miskin
oleh: Suhaimi Salleh
esei"Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan' , "apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?". Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.
Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?
Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.
Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.
Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.
Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.
Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An-Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?". (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.
Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?
Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.
esei"Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

PAS, sudah tiba masanya...
Kassim AhmadBaru-baru ini aku membaca autobiografi beliau - "Mencari Jalan Pulang, Daripada Sosialisme Kepada Islam". Beliau seorang ahli falsafah dan pemikir sebenarnya. Bukan ahli politik (walaupun dia 'claim' diri dia sangat minat dengan politik). Buku "Hadis - Satu Penilaian Semula" telah menggemparkan seluruh umat Islam yang berbangsa Melayu di Malaysia ni. Mereka menghukum beliau sebagai anti-hadis (ini geng Anwar Ibrahim, ABIM yang menghukum).
Aku menyokong Kassim Ahmad secara terus-terang mengenai pandangan beliau terhadap hadis yang perlu dinilai semula. Pandangan beliau mengenai Islam yang bagaimana harus dipakai oleh umat Islam hari ini, yang sejajar dengan kemodenan dan perkembangan sains dan teknologi. Beliau telah membuang segala falsafah-falsafah Karl Marx dan Lenin yang dipegangnya bertahun-tahun kerana menemui Islam yang terdapat di dalam Quran itu lebih hebat dari Marx dan Lenin itu. Mengenai hadis, memang terdapat hadis palsu yang dicipta demi kepentingan politik sesebuah negara. Ini berlaku sudah sekian lama dan umat Islam sehingga ke hari ini, telah diajar supaya taat pada ulamak dan hadis ialah kata-kata Muhammad junjungan umat Islam yang tidak boleh dipertikaikan. Tetapi, bagaimana dengan hadis yang bercanggah keterangannya dengan Quran? Ini yang cuba disingkap oleh Kassim Ahmad.
Aku sangat bersetuju dengan Kassim Ahmad ini mengenai Islam yang kita terima hari ini ialah Islam keturunan. Yang turun temurun dari nenek moyang. Kita didendangkan dengan bacaan Quran, marhabban, berzanji tetapi kita tidak pernah disuruh untuk mengkaji Quran itu sendiri. Kita akan dimarahi jika salah baca taranum dari dimarahi jika kita tidak membaca tafsir Quran. Di sini, mungkin ini genetik Melayu yang merupakan 'orang laut', orang yang tidak berminat untuk membaca tulisan, tetapi lebih berminat membaca alam. Orang-orang Euthopia bangsa Melayu ni yang hidupnya penuh dengan lagu. Hidupnya tak mahu kompleks. Hanya mudah. Makan, cari makan, berhibur dan tidur.
Tapi, yang aku tidak setuju dengan Kassim Ahmad ini ialah, kemasukan beliau terhadap UMNO. Di sini, beliau masih memperkatakan tentang perjuangan nasionalis - kebangsaan. Beliau masih berpegang pada Melayu. Bagi aku, Quran tidak menyuruh kita berpuak-puak. Semua manusia adalah sama. Tidak ada Melayu atau Cina atau India. Dan di sini, sebagai manusia yang dikatakan kenal benar dengan Quran itu telah lupa bahawa dasar perjuangan UMNO ialah kebangsaan. Sepatutnya ini tidak berlaku. Sebagai manusia yang faham Quran, ada lebih penting dari perjuangan bangsa - KEMANUSIAAN. Dan seperti yang aku tulis sebelum ini, UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan kemanusiaan, sebaliknya mempertahankan hartanah milik peribadi dan membela korporatikus!
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Aku tak mahu bercerita tentang sejarah PAS. Ini internet. Saudara semua boleh cari sejarahnya hanya menaip PAS dan klik 'search' di Google. Apa yang aku nak tulis di sini mengenai PAS ialah tatasusila ahli PAS dan pembawaannya oleh ulamak jumud.
18:17 And the LORD said unto me, They have well spoken that which they have spoken.
18:18 I will raise them up a Prophet from among their brethren, like unto thee, and will put my words in his mouth; and he shall speak unto them all that I shall command him. Defenders Notes >>
18:19 And it shall come to pass, that whosoever will not hearken unto my words which he shall speak in my name, I will require it of him.
(BIBLE, Deuteronomy)
16:12 I have yet many things to say unto you, but ye cannot bear them now.
16:13 Howbeit when he, the Spirit of truth, is come, he will guide you into all truth: for he shall not speak of himself; but whatsoever he shall hear, that shall he speak: and he will shew you things to come. Defenders Notes >> Defenders Notes >> Defenders Notes >>
16:14 He shall glorify me: for he shall receive of mine, and shall shew it unto you.
(BIBLE, John)
Sengaja aku letakkan petikan dari Bible ini untuk memberitahu ahli-ahli PAS bahawa di dalam kitab 'Bible' milik Kristian dan Yahudi ini mengakui bahawa kemunculan Muhammad sebagai pembawa kebenaran. Cuma ditakdirkan Allah Ta'ala mereka sesat. Tidak menemui Quran sebagai pembawa kebenaran. 'Holy Spirit' atau Ruhul Kudus yang dimaksudkan di dalam perjanjian baru itulah sebenarnya Muhammad. Umat Islam yang berpegang pada Quran, seharusnya menjadi manusia contoh seperti yang digambarkan pada Muhammad itu sendiri dan dipanggil oleh pengikutnya sebagai 'sunnah rasulullah'.
Tidak ada di dalam Quran ayatnya ditujukan kepada sesuatu bangsa, akan tetapi ditujukan kepada seluruh umat manusia. Muhammad dijadikan sebagai contoh manusia yang sempurna. Bukan contoh bangsa Arab yang baik. Akan tetapi, umat Melayu di sini, tidak mengikut contoh akhlak Muhammad. Apa yang mereka ikut ialah pakaian. Agaknya memang sudah menjadi adat fesyen orang Melayu yang suka mengikut fesyen pakaian dari dunia luar (bab ini bagus dan Melayu harus dipuji kerana mempunyai pemikiran terbuka terhadap fesyen, tetapi tidak pada Islam).
Aku sangat berbesar hati mendesak bahawa PAS menukar dasar perjuangannya yang selama ini mereka membawa dasar-dasar Islam. Itu bagus tapi dasar yang mereka bawa ialah ISLAM TERTUTUP dan menakutkan bangsa lain sehingga bangsa lain memandang Islam sebagai sebuah agama yang tidak maju. Baru-baru ini, PAS melancarkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari kalangan bukan Islam/Melayu, tidak menjadi ahli tetapi menjadi penyokong. Nampaknya PAS sudah lebih terbuka terhadap bukan Islam.
Apa yang perlu berubah dalam PAS? Selain dasar-dasarnya diperkemaskan dan tidak secara terus mengatakan dasar Islamnya, seharusnya mereka memperjuangkan KEMANUSIAAN dan setiap ahlinya mesti ditekankan tentang dasar kemanusiaan ini. Tidakkah mereka (ahli PAS) sedar bahawa mereka menyokong PAS samalah dengan penerimaan mereka sebagai manusia Islam secara total. Mereka menerima PAS semata-mata parti itu ialah parti Islam. Untuk menampakkan mereka ini Islam, mereka menyokong PAS. Mana yang sedikit liberal, menyokong UMNO. Apa yang menyedihkan, ahli PAS (yang di kampung), rata-ratanya bersifat 'defensive'. Tidak boleh berteguran dengan orang UMNO. Memulaukan masjid yang dikuasai oleh orang UMNO. Tidak menolong jika ada orang UMNO yang buat kenduri. Akan meletak perasaan benci jika hendak meminta tandatangan Ketua Kampung yang merupakan ahli UMNO. Jika ini berlaku, mereka masih belum Islam! Islam ialah manusia dan kemanusiaan. Sebagai manusia, panduan yang perlu ada ialah Quran.
Di sini tanggungjawab ulamak yang memimpin PAS. Bukanlah sekadar menyampaikan ayat-ayat Quran dan Hadis semata. Tetapi, tugas ulamak ialah berusaha sebaik mungkin dalam pembentukan akhlak-akhlak pengikutnya yang semberono memilih PAS. Jangan diajar tentang kebencian. Sebaliknya, didiklah mereka dengan mencintai ilmu yang bukan semata-mata Quran dan Hadis. Tetapi, didiklah mereka dengan ilmu lain yang lebih penting untuk kehidupan di dunia fana ini. Juga ajarlah mereka tauhid dan makrifat yang tiada lain hanya Allah Ta'ala. Juga ajarlah mereka menghormati manusia lain dan alam agar mereka tidak lagi menjadi Melayu Islam tetapi menjadi manusia.
Jalil Hariry merupakan seorang aktivis teater dan seorang. Selain itu beliau juga menulis skrip. Beliau kadang-kadang ada di blognya Riang-riang.
Barang Naik (BN): Orang Melayu mentah-mentah kena TIPU!
kolumDalam tempoh dua bulan ni senak jugak aku tgk ekonomi negara Malaysia tercinta ni. Mula-mula beras, lepas tu petrol ngan diesel lepas ni letrik pulak. Lepas tu kita buat demotrasi aman buat penentangan tentang kekejaman yang dibuat oleh org BN.Adakah keluo statemant suruh rakyat bijak berbelanja.bawak kerete tak melebihi 100 km sejam. Jgn pasang air-corn, makan ubi ganti nasi; adakah itu cara penyelesaiannya. Adakah itu keluar daripada mulut menteri yg IQ tinggi. Adakah patut kerajaan mengesyorkan kepada rakyat dengan idea bodoh sebagai sebuah negara pengeluar gas dan petroleum di Asia yg mana sumber petroleum berkualiti A.
Bagaimana dengan Brunei, Nigeria,Venezuela, bagaimana dengan Iran; negara-negara ini adalah pengeluar petroleum dunia yg mana harga petrol dan dieselnya lebih lebih murah berbanding Malaysia kalu tak silap tak sampai RM 1 pun.
Apa yg dimaksudkan subsidi yg diberikan oleh kerajaan? Kenapa perlu diSOGOK dengan wang ringgit kepada rakyat supaya kezaliman dapat dilindungi.
Aku pun tak paham dengan ORG MELAYU. Mentah-mentah kene TIPU. Masih lagi kata bagus. Bila Malaysia menaikkan harga minyak dengan alasan minyak pasaran dunia tinggi dan kerajaan tidak mampu menanggung subsidi yg tinggi. Puak-puak UMNO dan BN setuju .
Adakah kita tahu minyak dunia membuat urus niaga menjual petrol dengan sistem apungan atau erti kata lain meniagakan petrol yg tidak ujud, dengan meletakan harga 2 hingga 5 tahun akan datang future market? Adakah di dalam Islam halal utk membuat urus niaga yg tiada bentuk fizikalnya? Adakah di dalam Islam Hadhari halal?
Bagaimana SIngapura dapat melihat kelemahan pemimpin Malaysia yg hanyut dengan korupsi skandal seks pembunuhan altantuya mengambil peluang merampas pulau batu putih daripada perairan malaysia yg mana kaya dengan sumber petrol dan gas.
Adakah singapura akan membeli petrol daripada negara luar pada masa akan datang.adakah Singapura akan menindas seperti pemimpin negara Malaysia.
Rakyat Malaysia mengharapkan satu pemimpin yg beriman, tulus adil dan saksama. Pada hari ini kita lihat menteri yg ada membuat potongan 10% daripada elaun keraian.
Adakah mereka sedar mereka mereka inilah merupakan perompak besar bagi rakyat. Adakah mereka sedar gaji mereka itu dibayar dengan duit rakyat? Adakah mereka sedar sesuap nasi dan air yg mereka minum adalah daripada duit rakyat? Adakah mereka sedar petrol, tol, kerete, baju seluar dan semua sekali di bayar oleh rakyat.betepa hinanya pemimpin ini menaikkan harga sesuka hati menindas rakyat di mana peluh yg diperah hasilnya masuk ke kocek seluar mereka. Menteri mendapat elauan rm 500 ribu setahun.
Kenapa mesti dipotong hanya 10% sahaja, kenapa tidak 100%. Dahlah gaji puluhan ribu, elekrik dibayar oleh rakyat, air dibayar oleh rakyat, petrol dibayar oleh rakyat, tol pun dibayar oleh rakyat. Aku tau lah sebab bapak saudara aku pun dalam bidang ni pada zaman Mahathir.
Woi! Rakyat sedarlah kome semua, dah kena tipu bulat bulat. Basah kepala. Aku cadangkan pada kerajan BEE END ni agar semua menterinya, semua bayar bil telifon, air, tol, petrol, elektirk sendiri. Baru tau bebannya macamana. Bila kamu melakukan dosa dengan Allah maka mintalah ampun daripada Nya.
Jika kamu melakukan kezaliman, dosa sesama manusia mintanlah ampun dengan manusia. Dalam hal ini aku mati hidup balik takan ampunkan pemimpin UMNO dan BN yg mana terlalu zalim penipu dan menjadikan rakyat seperti anjing suruhan.
Mana tidaknya; dah habis duit masa pilahan raya, habis semua barang naik. Pemimpin suruh naik barang yg rakyat malaysia ni pun lurus bendul ikut jugak. Tu sebab Pak Lah tak susah hati jadi PM semua dah jadi LB: Lurus Bendul. Tgk India, Indonesia, Thailand ke, agak tak kene, mampuslah pemimpin!
Ahli Pas Seumur Hidup adalah cuma salah seorang pemerhati politik tanah air. Beliau mengambil berat terhadap segala macam isu politik tanah air. Seorang anak muda, menguruskan syarikat besar dan terkenal milik kelurganya.
Petisyen
Salam sejahtera!khasSahabat anda, matkeri[AT]gmail[DOT]com ingin mengajak anda untuk bersama 1 juta rakyat Malaysia menyokong Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) dalam mendesak kerajaan Barisan Nasional menurunkan semula harga minyak ke kadar yang boleh diterima akal.
Ayuh turut serta dengan menandatangani "Online Petition" di http://www.petitiononline.com/geramm/petition.html atau lawati http://www.geramm.org untuk maklumat lanjut!
GERAMM di sertai oleh gerakan anak muda di antara lainnya ialah Anwar Ibrahim Club (AIC), Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda PAS Pusat, Pemuda Sosialis DAP, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan IKRAR.
Dari,
Sekretariat
GERAMM - Sejuta Rakyat Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)