31 Mac 2009

Riang-riang: Masyarakat baharu





Sepanjang 30 tahun hayat aku, aku menyaksikan perubahan demi perubahan dalam masyarakat Malaysia yang menurut pandangan aku semakin menemui 'kehancuran'. Aku tak pasti, apa yang difikirkan oleh generasi orang tua aku dalam melihat masyarakatnya.

Aku menerima pendidikan di sekolah melalui sistem KBSR dan KBSM. Aku tak pula berkesempatan mengkhatamkan pembelajaran sempoa, tapi aku mahir menggunakan dekak-dekak. Dan aku masuk ke kolej masih lagi menjinjing mesintaip!

Dalam jangkamasa 30 tahun ini, aku melihat perubahan dalam masyarakat ketara begitu segera dan laju. Aku yang masih muda ni, masih mampu cuba mengejarnya dan pasti, aku tak mahu ketinggalan. Hari ini, dunia dipenuhi gajet ni, aku masih lagi 50-50 untuk menerimanya sebagai sebuah bentuk tamadun.

Masyarakat Malaysia sudah mula pincang dan aku berani mengatakannya berdasarkan bukti siri kartun Dato' Lat. Bagaimana Lat merakamkan kehidupan zaman kanak-kanaknya serta dibandingkannya dengan kehidupan beliau hari ini. Dan realiti hari ini lebih menakutkan dengan permainan politik oleh tikus-tikus yang gilakan kuasa - sila perhati betul-betul.

Aku, sebenarnya, dah tidur tadi. Saat aku pejamkan mata, terngiang-ngiang lagu "kici-kici, lembu jaga... Sudah besar, jadi jaga..." kat telinga aku berulangkali. Terus aku terfikir, mana ada lagi Benggali jadi jaga sekarang ni! Sekarang ni, Myanmar dan Gurkha yang jadi jaga. Mungkin ini petanda DEB sudah berjaya!

Dalam tahun 80an dan 90an, pasar-pasar ikan masih lagi ramai pengunjung setia. Begitu juga kedai runcit dan 'mini-market' dan di sinilah tempat sosial suri-rumah. Sejak pasaraya besar Giant, Carrefour dan Tesco menyerang masuk ke serata daerah di Malaysia, pasar-pasar ikan, 'mini-market' dan kedai runcit seolah sudah tidak lagi berfungsi sepenuhnya melainkan tarafnya sama dengan 'Seven Eleven' - kedai kecemasan!

Aku paling bengang, bila aku minum Nescafe tarik di warung dan ianya tak sedap, dan aku dapati warung tu guna susu cap 'Tesco' - ptuih!

Tidakkah kita lihat bahawa janji pembangunan yang dilaungkan oleh wakil rakyat ini, sebenarnya bukanlah pembangunan, tetapi kehancuran. Matlamat kerajaan untuk mengejar negara maju ini sebenarnya telah memusnahkan sebuah masyarakat. Menjadi negara industri dan pengkorporatan bumiputera ini sebenarnya telah membunuh keharmonian masyarakat.

Macam yang aku tulis di atas - jika kita berurusan di kedai runcit, ataupun membeli-belah di bazar, kita masih lagi berinteraksi (ini tujuan tawar-menawar yang dijadikan sunnah nabi kesayangan kau orang tu!). Aku cukup suka bila dialog tawar-menawar ini keluar - "Alo, taukey... Kita kenai suda lama, kasi murah lagi sikit la..."

Tapi, bila kita membeli-belah di pasaraya raksaksa ini, kita berkomunikasi dengan troli, mesin 'auto-teller', rak-rak, dan juruwang yang tak jemu-jemu bertanyakan kad Bonus Link! Bila kita kurang berinteraksi dalam perdagangan - lihat, apa yang terjadi.

Melayu hari ini memandang Cina seperti betul-betul nak bunuh (lebih-lebih lagi Melayu UMNO la). Seluruh keturunan Benggali hari ini dipandang sebagai Karpal Singh. Seluruh keturunan India pula dianggap ahli Hindraf (teringat lagu ni - "Chinese has bank-draft, Malay has over-draft, Indian has Hindraf!").

Pelbagai sangka buruk yang Melayu ni lemparkan kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia ni dan dalam kes ni, aku nak tanya, siapa yang mencipta semua kepincangan ni?

Bukankah kerajaan yang galakkan umat Melayu ni hidup mewah ke jadi puncanya? Bila umat Melayu ni nak mewah, tapi tak mampu, sedangkan muka bergerutu tapi tetap berkeras nak guna SK-II - maka terpaksalah pinjam dari bank dan ceti. Bagi kakitangan awam, inilah puncanya mereka terima rasuah.

Bagi Cina yang sedia kaya ni, pastinya mereka membantu dengan memberi pinjaman kepada Melayu yang bodoh ni. Bila Melayu bodoh ni tak mampu nak bayar balik, mestilah Cina kaya tu tuntut. Kesian India, tetap tak dapat apa - memang dasar apartheid ni wujud kat mana-mana. Kat Teluk Anson pun ada dasar ni. Usah kome nak bede-ah le...

Dan yang aku pelik sekali dalam kes ni, orang Melayu ni masih lagi tak mengaku yang dia orang ni pun berfahaman zionisme sedangkan mereka inilah tak habis-habis cakap mengenai KETUANAN MELAYU.

Sekarang, umur aku baru 30 tahun, tapi aku dah letih tengok masyarakat aku. Hape daaaa!

29 Mac 2009

Blog pro Pakatan vs blog pro kerajaan






Pelbagai blog pro kerajaan yang wujud, yang secara melampau menyerang hingga membawa kepada sesuatu yang bersifat menghasut untuk membunuh atau mencelakakan kehidupan seseorang adalah memberi kebaikan atau faedah kepada blog-blog pembangkang. Mereka ini seolah-olah memberi peluru untuk ditembak kepada mereka balik.

Tetapi kita tidak boleh menolak semua ini, kerana pada masa yang sama ada segelintir daripada blog pro pakatan yang tidak berhujah secara rasional, hanya memaki hamun dan sumpah seranah.

"Hei, macam mana dia tak serang kita macam tu? Dah kita ada yang hina dia."

Terbaru YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah telah membuat laporan polis berhubung dengan suatu posting blog yang bertajuk “Kill Nizar” dan lain-lain lagi unsur-unsur kebencian terhadap DS Ir Nizar. Selain itu terdapat gambar di blog tersebut yang menyamakan DS Nizar dengan seekor anjing.

Ya, blog-blog pro kerajaan ini sebenarnya telah banyak memberi faedah kepada pihak pembangkang, ia mudah – anda buat sesuatu yang dibenci orang maka sudah tentulah orang lain akan membenci anda, itulah sebabnya politik kebencian ini, yang cuba bermain dengan sentimen kebencian orang ramai, perlu ditolak.

Sama ada benih kebencian itu disemaikan oleh pihak kerajaan atau pihak pembangkang (dalam konteks negara ini Pakatan Rakyat), kita sebagai rakyat adalah penilai. Secara jujurnya saya tidak suka akan politik memaki hamun dan sumpah seranah tanpa berpijak pada asas yang kukuh.


Seperti blog yang dilaporkan kepada polis oleh YB. Khalil Idham, saya berpeluang pergi ke blog tersebut dan mendapati apa yang terkandung di dalam blog itu amat melampau, teruk, dan lucah. Pakatan Rakyat atau sesiapa yang bersimpati kepada mereka yang masuk ke blog berkenaan sudah pasti akan loya, termuntah atau lain-lain aksi yang mual.

Tetapi keadaan ini tidak dimanfaatkan oleh blogger pro Pakatan Rakyat mereka seakan-akan meniru perlakuan yang dipamerkan oleh blogger pro kerajaan. Dan perkara ini akan jadi lebih rumit lagi apabila blogger pro kerajaan pula mendakwa bahawa mereka cuma mahu membalas apa yang blogger pro pakatan Rakyat.
Akhirnya perang hujah antara ayam atau telur! Tak tahu yang mana wujud dulu.

Sayangnya, apabila kedua-dua jenis bloggers ini mendakwa merekalah yang mendaulatkan hukum tuhan, mendaulatkan sultan dan mendaulatkan undang-undang tetapi pada masa yang sama merekalah pendaulat rasa amarah mereka, mencaci-maki dan menghamburkan kata-kata kesat sumpah seranah.
Cuma satu sahaja seruan kepada semua bloggers, baik yang pro kerajaan atau blogger yang pro Pakatan cubalah berhujah dengan sesuatu yang mempunyai asas, rasional dan tidak tertakluk kepada emosi semata.


26 Mac 2009

AI Statement - Malaysian opposition newspapers suspended in ongoing government crackdown

25 March 2009

Two newspapers run by Malaysia's opposition parties have been suspended by the Home Ministry for three months, effective from Monday. The suspensions appear to be part of an ongoing government led crackdown on an array of perceived opponents, ranging from bloggers and people attending political rallies to opposition parliamentarians.

The newspapers Harakah, which is linked to the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS), and Suara Keadilan of the Keadilan party, both had their permits suspended under the Printing Presses and Publications Act (1984).

The suspensions come just a day before the country's ruling United Malays Nation Organisation (UMNO) opened its annual general assembly. At this conference Deputy Prime Minister Najib Tun Razak, is expected to be elected the President of UMNO, in advance of his planned accession next week as Prime Minister. A number of journalists representing at least six publications were denied media accreditation by UNMO to cover the party's conference.

By suspending the two publications, the Malaysian government is in effect taking a step towards silencing 37 percent of Malaysians who had voted for the opposition during the 2008 general elections.

Amnesty International has called on the Malaysian government and in particular, the incoming Prime Minister, Najib Tun Razak not to criminalize freedom of expression.

Also on Monday, police fired teargas and chemical laced water on people, including children, without any warning during a gathering at Bukit Selambau, in the northern Malaysian state of Kedah. The constituents had come to hear opposition leader Anwar Ibrahim speak in the run-up to the by-election in that area. Around 31 persons were reported to have been arrested, but all were released the next day.

Earlier in March eight people were charged with criticizing Malaysia's Sultan of Perak on the internet.Businessman Fuad Ariff Abdul Rashid and his lawyer wife, Fatimah Maisurah Abdullah, were charged on 16 March with two counts of posting critical comments against the Sultan on the ruler's official website. This followed a nationwide swoop on bloggers on 13 March, which saw six others charged with similar offences. All were charged under the Communication and Media Act.

In addition opposition parliamentarian and lawyer Karpal Singh was charged with sedition for his threat to sue the Sultan of Perak over the political crisis in Perak State. Singh had claimed that the Sultan had breached the State’s constitution when directing the resignation of the Chief Minister.

Prominent blogger Raja Petra Kamaruddin, opposition leader Teresa Kok and journalist Tan Hoong Cheng were arrested in September 2008 under the country's Internal Security Act for allegedly being a threat to security, peace and public order.

All except Raja Petra were released soon afterwards. Raja Petra was subsequently released in November following a successful legal challenge which has now been the subject of an appeal by the government.

20 Mac 2009

Hasil pertemuan dengan pegawai tinggi KPM

Pada 19 Mac 2009, Pengerusi GMP Dato Dr Hassan Ahmad dan SN Dato Samad said dijemput menemui Dato Seri Hishammuddin, Menteri Pelajaran, di Puterajaya. Mereka disambut dengan penuh hormat.

Namun, ahli akademik dalam GMP Prof. Emeritus Abdullah Hassan dan Prof. Shahrir Md Zain tidak diundang. Hal ini ada dinyatakan kepada Dato Dr. Hassan Ahmad, namun tidak ada respons. Sekaligus ini menyatakan bahawa ahli akademik yang berkepentingan tidak diwakili dalam pertemuan itu.

Menurut Dato Dr. Hassan Ahmad, perbincangan dalam pertemuan itu juga memberi gambaran kepada beliau bahawa Menteri Pelajaran masih “tidak jelas tentang isu PPSMI yang dihadapi. Beliau cuma berpusing-pusing bercakap mengenai PPSMI. Bagaimanapun beliau ada memujuk dan merayu supaya GMP tidak lagi mengadakan himpunan dan lain-lain. Beliau tidak membicarakan isu PPSMI. Oleh sebab itu tidak ada sebarang ketetapan tentang PPSMI. Dan ISU PPSMI BELUM SELESAI.

Oleh yang demikian, Dato Dr. Hassan Ahmad dan SN Dato A Samad Said, menyatakan kepada beliau bahawa GMP tetap akan meneruskan perjuangan.

Pernyataan tersebut memeranjatkan beliau.

SMS Dato Dr Hassan diakhiri dengan frasa isu belum selesai!”

SMS daripada SN Dato’ A Samad Said mengatakan “Saya jelaskan sikap saya yang akan terus berceramah tentang GMP di mana-mana pentas.” Dan beliau tidak pernah berhenti bercakap …. di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau dan di mana-mana …

Yang menakjubkan, setiap kali kami diundang, paling kurang biaya perjalanan kami ditanggung. Ini bermakna, rakyat sanggup membayar bagi mengetahui maklumat sebenar.

Terlebih awal pada, 14 Mac lalu, Dato Dr. Hassan dan SN Dato A Samad Said juga dijemput oleh Ketua Seiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri.

Pada mulanya Prof. Emeritus Abdullah Hassan dan Prof. Shahrir Md. Zain juga tidak dijemput. Mereka hanya turut dijemput apabila dinyatakan mereka juga perlu hadir bagi mewakili bidang akademik.
Pertemuan dengan KSU, KP dan Setiausaha Sulit Kanan di Kementerian Pelajaran

Pertemuan dengan KSU, KP dan Setiausaha Sulit Kanan di Kementerian Pelajaran

Pertemuan ini, sebagaimana dinayatkan dalam entri saya yang lalu, tidak menunjukkan penyelesaian akan cepat berlaku.

Oleh sebab itu GMP akan masuk ke langkah berikutnya, sebaik sahaja pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO berakhir.

Sumber: Prof. Emeritus Abdullah Hassan


19 Mac 2009

Lima kupang: Siri bercakap dengan Jin: Hello, Paklah di sini

Wawwiii. Heboh satu tanah melayu semalam bilamana ada laporan polis jumpak kertas jampi bawah meja Paklah. Dan bukan bawah meja Najib.

Bagi aku, nasib baik kertas jampi. Kalau C4 lagi kecoh!

Setakat ni, tiada pihak yang bangang sanggup mengaku bertanggungjawab. Kambing hitamnya mungkin amah cuci pejabat atas alasan marahkan Paklah sebab selalu bagi sepah2 bilik miting lepas mesyuarat. Sapa yang jumpak? Pasukan pemusnah C4, sorry, pemusnah bom. Menurut laporan akhbar, ianya adalah tugas rutin sebelum mesyuarat. Apa yang depa jumpak? Balutan kertas putih tulisan jawi yang dalamnya ada kayu. Kalau dia tak sebut kayu, aku mungkin saspek ganja. Sebab hasil mesyuarat ameno kebelakangan ni kebanyakannya tak masuk akal.

Tapi ianya bukan ganja, sebab kalau ganja, dalamnya bukan kayu, tapi daun. So, semua orang dah kecoh kata "mandrem". Sihir. Jampi.

Belum ada lagi kenyataan yang diberikan oleh Rosmah mahupun lakinya. Kalaupun ada selepas ini, harapnya Rosmah boleh menjawab dengan bijak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan kepada rakyat. Rosmah boleh jawab "tulisan jawi tu bukan tulisan tangan saya, dan kulit tu pun bukan dari rumah saya". Atau dia juga boleh menjawab dengan tenang "dalam zaman serba canggih ni, mana ada jampi2 lagi dah. Bom terus jer". Tapi, kalau Rosmah bijak, dia boleh menukarkan situasi masalah kepada peluang dengan menjawab "kertas jampi itu sebenarnya diletakkan di bawah meja untuk memberi kekuatan semangat pada Paklah untuk tidak meletakkan jawatan dan meneruskan agenda menyatukan ameno!". Tapi kalau dia betoi2 jawab macamtu, aku cadangkan korang suruh dia buat urine test pulak :)

Untuk mengelakkan aku ditangkap dan dituduh di bawah akta hasutan kerana cuba menghasut korang untuk berfikiran kritis, aku nak menjelaskan bahawa aku tak menuduh Rosmah buat kerja2 jahat macam ni. Cuma tumpuan mungkin diberikan lebih kepadanya disebabkan oleh krisis peralihan kuasa pada masa sekarang. Keengganannya untuk hadir ke majlis kawin anaknya sendiri, di samping bagaimana dia dapat bekawin dengan lakinya sekarang tidak boleh dijadikan asas untuk menghukum semua perbuatan Rosmah sebagai jahat, biadap, dan keterlaluan. Begitu jugak dengan kelakunya nak menyampaikan ucapan2 pada rakyat Malaysia setanding dengan menteri2 lain jugak tidak harus dilihat sebagai gila kuasa. Rosmah adalah seorang ibu kepada anaknya, dan seorang isteri kepada suaminya. Dia juga adalah seorang rakyat kepada negaranya, dan seorang tuan kepada jinnya hamba kepada Tuhannya.

*phewww*

Mistik, tahyul dan perkara2 ghaib dah jadi macam satu benda biasa semenjak dua menjak ni. Dulu, susah gila nak tengok orang meracau histeria, tapi sekarang ni dah siap boleh berdialog dalam tivi sampai ke tahap buku2 tulisan Tamar Jalis sekarang ni dah jadi macam komik. Nothing. Dah tak menyeramkan lagi.

Expose Mistik, Misteri Nusantara dan kadang2 dalam siri ehwal Islam kat TV3 jugak ditunjukkan perkara2 ghaib ni dengan terbuka. Itu tak kira lagi yang kat wayang, demam zombi dan puntianak masih belum kebah. Cerita Upin dan Ipin pun cuba diselitkan sekali. Kenapa?

Aku tak menolak perkara2 ghaib, sebab itu sebahagian dari aqidah aku. Cumanya aku pelik, semakin hari semakin menggila isu2 seperti ni. Harian Metro toksah cerita la. Kalau tadak orang kena pukau, kena jampi, kena sihir, bulih bengkrap paper nih. Merata hala. Dari suratkhabar, ke dalam tivi, sampai ke panggung wayang, sehingga ke dalam pemerintahan. Semua nak buat cerita alam ghaib. Seolah2 rakyat tanah melayu ni cuba nak di brainwash untuk sesuatu.

Hmm... Brainwash untuk sesuatu?

Ya, kaedahnya seolah2 seperti satu persiapan untuk membolehkan rakyat mengangguk2 mengiakan apa saja perkara2 berkaitan alam ghaib selepas ini. Lagaknya seperti jika rakyat percaya, maka ianya bukan setakat boleh dijadikan bahan cerita di luar, tetapi juga di dalam mahkamah!

Hhmmm.... Dalam mahkamah? Cerita alam ghaib? Cerita ilmu mistik? Sihir? Mandrem?

Pukau?

*heh*

Kes kertas putih bawah meja Paklah membuktikan bahawa kerajaan telah bersedia untuk menangkat perkara2 mistik ni ke tahap yang lebih tinggi. Kelihatan seolah2 seperti (aku dah kehabisan perkataan nak tulih) perkara mistik ini adalah perkara penting, perkara yang boleh mengancam keselamatan. Dan ianya bukan sekadar tahyul, tetapi adalah realiti yang terjadi bukan hanya diperingkat bawahan, tetapi sampai ke peringkat menteri atasan!

Rakyat akan semakin mula bercakap secara terbuka mengenai tahyul, mengenai mistik. Akan ada forum2 yang membincangkan perkara ini. Mungkin akan sampai ke satu tahap dialog2 terbuka dengan jin akan diadakan dari masa ke semasa yang akan membincangkan kerjasama manusia dan mereka. Dalam masa yang sama, kita jugak mungkin boleh berdagang dengan mereka untuk memulihkan kembali ekonomi dunia yang teruk meleset ni.

Dan bila ianya sudah sampai ke tahap ini, maka apa saja perkara yang membabitkan tahyul senang saja untuk digunakan sebagai hujah. Ia akan digunakan pada bila2 masa yang dirasakan sesuai. Bila dirasakan sudah tiada asas dan bukti kukuh, maka "bukti mistik" akan dijadikan alat untuk mempengaruhi rakyat. Ya, ianya mungkin tak boleh dijadikan bukti dalam mahkamah, tetapi jika dibenarkan perkara ini diceritakan dalam kamar perbicaraan, dalam keadaan rakyat yang telah dicuci otak agar taksub dengan perkara2 mistik, hasilnya sungguh superb.

Konfius? Tak faham kenapa aku sampai ke dalam mahkamah sedangkan aku bercerita tentang mandrem yang setakat ini tiada pihak yang bertanggungjawab? Apa kaitan mandrem Paklah dan kes di mahmakah?

Aku nak jawab. Memang gatal tangan aku nak jawab. Tapi melihatkan ada blogger yang kena kejar dengan polis hanya sekadar menulis tentang STD, aku terpaksa reservekan dulu jawapan aku. Lagipun jawapan tu korang akan tau sendiri. Tak lama dah.

Tunggu tiga pat bulan lagi.

Sementara tu, rajin2kanlah diri tengok siri Mind Control. Mungkin ada yang nak guna teori psikik pulak kalau tembelang mistik dah tak menjadi!

Selamat bersidang.


Dari Bangsar Utama: Muhyiddin mula gelabah

Muhyiddin Yassin mula gelabah dengan reaksi dan kemarahan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong Ali Rustam. Baca berita dari Utusan Meloya dibawah:

‘Fitnah paling buruk’

KUALA LUMPUR 18 Mac - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan bahawa beliau melakukan konspirasi bagi memastikan calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd.Ali Rustam tidak layak bertanding pada pemilihan parti minggu depan sebagai satu tohmahan dan fitnah.

Sambil menafikan dakwaan itu dengan sekeras-kerasnya, Muhyiddin yang turut bertanding jawatan berkenaan berkata, perwakilan seharusnya tidak terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana ia seolah-olah mempertikaikan kewibawaan dan kebebasan Lembaga Disiplin UMNO yang menjatuhkan hukuman ke atas Ketua Menteri Melaka itu.


“Kenapa perlu mempersoalkan kewibawaan Lembaga Disiplin, seolah-olah kalau Muhyiddin suruh, dia buat (jatuh hukuman), kalau Muhyiddin tak suruh, dia tak buat. Siapalah saya? Perwakilan kena fikir, mereka tidak harus terpengaruh begitu, apakah Lembaga Disiplin tidak ada status bebas dan berwibawa sehingga mudah terpengaruh dengan orang sekerdil saya ini bagi menentukan hukuman?

“Dalam soal ini, mereka yang terlibat harus lihat pada diri sendiri dan bukannya bila hukuman dijatuhkan maka orang lain disalahkan sedangkan orang yang melakukan perbuatan itu seolah-olah tidak bersalah,” katanya dalam pertemuan khas dengan Utusan Malaysia di kediamannya, di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tersebar sejak semalam yang mendakwa beliau melakukan konspirasi bagi membolehkan Mohd.Ali dijatuhkan hukuman tidak dibenarkan bertanding kerana tiga ejennya didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang menyifatkan perbuatan memfitnah yang dialami itu sebagai usaha paling buruk mencemarkan nama baiknya sepanjang terlibat dalam politik berkata, beliau tidak tahu kenapa beliau yang menjadi sasaran apabila hukuman ke atas Mohd. Ali dijatuhkan.

“Mungkin kerana saya pesaing utama, maka ini dilakukan bagi menjatuhkan imej dan nama baik saya sedangkan ramai perwakilan tahu siapa saya.

“Saya mengelakkan daripada amalan rasuah politik kerana saya tidak mahu sejarah pengorbanan saya selama 40 tahun dalam politik tercemar kerana perbuatan itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, dalam berhadapan dengan dakwaan ini, semua pihak termasuk perwakilan menilai keputusan Lembaga Disiplin yang dibuat atas budi bicara berdasarkan kepada hak dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

“Sejak dulu pun ada hukuman, kenapa kes-kes lain tidak dikaitkan dengan saya, apa kerana saya juga bertanding jawatan yang sama maka saya dijadikan sasaran? Bagi saya ini adalah sesuatu yang tidak adil,” katanya.

Muhyiddin yang ternyata kecewa dengan perkembangan tersebut turut kesal kerana dikaitkan pengeluaran Permit Import (AP) kepada orang tertentu.

“Kementerian saya memang mengeluarkan AP bukan saya, itu sudah lama sejak zaman Tan Sri Rafidah Aziz lagi dan ia diberikan kepada syarikat yang layak, itu saja, bukan ada orang lain.

“Malah baru-baru ini kita mengkaji semula pemberian AP supaya mereka yang tidak buat betul, kita kurangkan jumlahnya, ada yang tidak puas hati tetapi itu untuk memperkemaskan pengurusan, kenapa dikaitkan dengan pemilihan parti,” tegasnya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Muhyiddin berkata, beliau akan meneliti sama ada fitnah itu akan berterusan atau tidak dalam usaha pihak tertentu mencemarkan nama baik dan menjejaskan peluangnya untuk terpilih dalam pemilihan kali ini.

“Dalam etika pemilihan sudah dinyatakan dengan jelas supaya kita tidak boleh membuat fitnah dan tohmahan, kalau betul saya terlibat buktikan, jangan membuat tuduhan melulu,” katanya.

Jika sebelum ini Muhyiddin dimarahi oleh orang-orang Abdullah diatas tindakannya yang menyebabkan pelan peralihan kuasa dipercepatkan, kini beliau turut dimarahi oleh orang-orang kepada Ali Rustam. Kemungkinan besar, satu sen habuk pun Muhyiddin tidak akan mendapat sebarang undi daripada negeri Melaka.

Maka keuntungan dapat kepada Muhammad Taib yang tenang sahaja menyaksikan perkembangan ini.

16 Mac 2009

Awas dengan Idea Bulan Mac

Oleh Amin Ahmad

Saat Julius Caesar diingatkan dengan kata “Beware the Ides of March”, beliau mungkin memandang mudah dan beranggapan bahawa Ides (yang merujuk hari kelima belas dalam ekspresi Roman) tidak lebih sekadar hari biasa yang dilaluinya dengan berani. Kematian Caesar pada tarikh itu di kurun 44 sebelum Masehi sampai hari ini memberi kesan kepada mereka yang mencintai sejarah.

Sejarah tentu saja peristiwa yang lepas dan tidak mungkin berulang dalam bentuknya. “Tapi nilai dan perilaku sejarah itu sentiasa hidup”, begitu lebih kurang Allahyarham Hamka, ulama’ dari Indonesia yang cukup terkenal di rantau ini mengingatkan anak-anaknya sebelum beliau meninggal. Sebab itu, barangkali, kisah-kisah dalam sejarah termaktub di dalam Al-Quran serta sirah juga mendapat tempat yang tinggi dalam dunia keilmuan Islam.

Mac 2008 untuk rakyat Malaysia mungkin bukan Mac yang biasa. 8 Mac menjadi batu tanda penting untuk masa depan Malaysia. Jika tidak seluruhnya, sekurang-kurangnya ia adalah titik mula yang lebih jelas berbanding September 1998 – hampir satu dekad sebelumnya. Barisan Nasional hilang dua pertiga majoriti di Parlimen selain beberapa negeri penting dalam pertumbuhan di Malaysia.

Sejak Mac 2008, kisah politik Malaysia tidak menunjukkan tanda mahu surut biarpun perkembangan ekonomi dunia menghadapi ribut yang lebih besar dari sebelumnya. Dari isu di negeri Perak yang tak kunjung selesai, isu peralihan kepimpinan nombor wahid dalam parti UMNO yang selama ini berhegemoni dengan kuasanya, ia hanya cebisan daripada pelbagai isu lain misalnya bicara bunuh Altantuya serta bicara Raja Petra yang terkait dengannya dan siri Pilihan Raya kecil di beberapa tempat!

Mac 2008 nyata tidak berdampak kecil jika tidak pun setara dengan ungkapan Cicero sesudah sepurnama pemergian Caesar bahawa “Ides telah mengubah segalanya!”.

Entah berapa ramai anak muda yang ada pada hari ini benar-benar mula memikirkan politik melangkaui zaman Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak. Tapi dari pengalaman saya, ia tidak sedikit jika tidak terlalu ramai yang menonjol pun – politik apa, bagaimana dan siapa? Yang nampak dari transisi Dr. Mahathir-Abdullah hanya “saya akan meneruskan dasar-dasar yang dilaksanakan Dr. Mahathir”. Dan percubaan mengikis ingatan pada mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu nyata membangkitkan kemarahan bukan kepalang. Suka atau tidak, Mac 2008 menjadi kegembiraan pada sebahagian yang berharap sungguh dapat ‘tertawa’ pada hujung Mac 2009 ini. Memang status quo itu punya ramai peminatnya!

Rome telah lama membuang raja mereka – seawal kurun 509 sebelum Masehi. Caesar “berhemah” menolak pertabalan menjadi Raja kerana beliau telah menjadi diktator (yang menjadi sifat raja pada waktu itu) dan ini menjadi “sebab paling ampuh” bagi para konspirator termasuk Marcus Brutus, si gunting dalam lipatan untuk menamatkan riwayat pengancam sistem Republikan yang ada.

Brutus nyata bukan anak muda yang biasa dan Caesar sebagaimana Hitler, seorang lagi diktator sentiasa “menghargai bakat anak muda”. Susur galur Brutus juga bukan susur galur yang biasa. Raja terakhir Rome, Tarquin Superbus dijatuhkan oleh Lucius Junius Brutus – entah moyang generasi ke berapa dari keluarga Brutus. Spurius Maelius, seorang lagi diktator zaman lampau dihumban Ahala, moyang dari susur galur ibu Brutus.

Debat sekitar Caesar dan Brutus ini mungkin mirip dengan debat Hang Tuah dan Hang Jebat yang tiba-tiba muncul di Malaysia dari perkembangan di Perak. Shakespeare mengangkat The Life of Brutus, karya Plutarch dengan gambaran Brutus sebagai hero dan Caesar sebagai diktator yang “harus dimatikan” sementara Dante mengecam Brutus sebagai penggugat kestabilan sistem ditambah dengan penegasan sebagai “orang yang tidak tahu bersyukur terhadap jasa-jasa Caesar”.

Aku tersenyum mendengar Dato’ Seri Anwar Ibrahim memperihalkan derhaka Tun Perak, Bendahara Melaka yang membelakangkan titah Tuanku untuk membunuh Hang Tuah di Parlimen akhir Februari lepas. Ternampak seakan sejarah Melayu, meski ada yang mendakwa mitos, lebih halus dalam memperincikan sifat watak manusia untuk menjadi teladan ramai.

Sejarah akhirnya tentang tingkah laku manusia dalam konteksnya – dan nilai di dalamnya akan terus hidup bersama waktu.

Akal budi kita tidak mungkin mahu menerima kematian di Curia Pompeii dan perang sivil selama 13 tahun sebagaimana berlaku di Rome.

Mac 2008 telah beransur setahun. Mac 2009 punya tanda masa depan untuk kita – anak muda yang percaya tentang keadilan dan kebebasan. - JalanTelawi

Amin Ahmad, mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah mantan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan pernah memegang beberapa jawatan lain di peringkat Kolej, Fakulti Pengajian dan Universiti. Pernah mewakili delegasi Malaysia dalam Program Pembangunan Kepimpinan Belia ASEAN. Alumni Kepimpinan Muda Nahdah Asia, sebuah projek kerjasama Institut Kajian Dasar dan Yayasan Aman Sasakawa (SPF) dan alumni Cato University. Kini merupakan Penyelidik bagi Malaysia Think Tank.

15 Mac 2009

Reformasi: Awal Pencerahan Seorang Anak Muda

Ledakan reformasi 1998 meninggalkan kesan yang tak sedikit buat ramai anak muda. Waktu itu saya dalam fasa peralihan kanak-kanak menjadi remaja dan minat yang mendalam terhadap buku mulai terbaja.

Peristiwa penyingkiran Anwar Ibrahim jujurnya tidaklah berapa menyentak saya, dalam ertikata lain – saya tidak berapa ambil peduli pergolakan politik waktu itu. Namun, tatkala menonton siaran-siaran berita di rangkaian televisyen nasional, jiwa saya cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Saya fikir ini tuduhan gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual!

Selang beberapa ketika sebaik beliau dipecat – dengan meminjam semangat reformasi dari Indonesia – Anwar mengisytiharkan gerakan reformasi nasional dan memulakan road tour ceramah di beberapa buah negeri bagi membersihkan namanya dan menuntut Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan. Amat mengejutkan kerana gagasan yang dilontarkan beliau itu disahut rakyat terutamanya orang Melayu. Seperti bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletup, ribuan warga hadir di majlis-majlis ceramah Anwar yang mana turut dibarisi oleh pendukung-pendukung setia beliau sewaktu dalam UMNO dulu.

Kemuncak awal permulaan gerakan reformasi seterusnya disaksikan pada petang 20 September 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Hampir 100 ribu warga tanpa mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk mendengar ucapan ‘terakhir’ dari Anwar sebelum beliau ditahan oleh pihak polis pada sebelah malamnya.

Saya cukup teruja dan terpinga-pinga melihat perkembangan ini. Ah, mana mungkin rakyat Malaysia bisa jadi seberani ini! Mustahil reformasi ala Indonesia terealisasi di sini. Dengan tertangkapnya Anwar, saya menjangkakan gerakan reformasi akan musnah dan bakal ditalkinkan. Namun, apa yang pasti, congakan saya seakan-akan meleset!

Ketika itu, meja tamu di rumah dipenuhi dengan makalah-makalah politik dan slebaran-slebaran yang dibawa pulang oleh bapa saya. Akhbar Harakah yang suatu masa dahulu sekadar dibaca oleh aktivis PAS kini melonjak jualannya dan mulai dibaca secara terbuka oleh rakyat.

Di sekolah pula, sekumpulan pelajar berlatarbelakangkan keluarga ‘anti-Mahathir’ dengan beraninya memakai lencana dan tag yang tertera slogan ‘reformasi’, ‘keadilan’, ‘lawan tetap lawan’ dan ada juga yang terlalu berani dengan membalut buku-buku kerja mereka dengan poster wajah Anwar Ibrahim!

Persekitaran berjaya merubah saya. Dari seorang anak muda – yang memerhati dan sekadar menilai, saya mulai ikut berpartisipasi dalam arus perkembangan reformasi yang meletus. Seingat saya, beberapa bulan sebelum gegak reformasi, bapa saya sudah melanggani majalah Tamadun dan sering membawa pulang buku-buku politik semasa.

Kecenderungan terhadap buku-buku bertema keanak-anakan lenyap dan saya mulai membina kematangan dengan menyelak makalah-makalah milik bapa. Kala itu, saya mulai serius mengikuti ulasan dan rencana-rencana politik antaranya yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, Fathi Aris Omar, Rustam A. Sani dan Suria Janib.

Artikel Fathi Aris yang berjudul ‘Sepetang di Kampus Anwar’ (Tamadun, Oktober 1998) merupakan antara suntikan awal yang mengilhami saya terus bergelut dalam arus reformasi yang tercetus.

“Reformasi ini sebetulnya bukanlah sesuatu yang asing,” demikian tulis beliau. Apa yang terjadi ialah, ide dan gagasan dari pengalaman beliau mengikuti perkembangan gerakan reformasi di Indonesia, tidak berjaya dimanfaat dan diterjemahkan secara berani dan tersusun pada waktu itu. Dan Anwar hadir melanjutkan sentimen yang sedari awal telah wujud di kalangan beberapa orang penulis dan pemikir termasuk Fathi Aris.

Sentimen ini – meskipun selepas Anwar dipenjara –secara berterusan telah dibaja dan didukung oleh kalangan mereka yang yakin bahawa detiknya telah tiba buat negara untuk kembali diberikan nafas baru dan reformasi perlu terus diperjuangkan. Maka jalur-jalur pembaharuan mulai direncana melalui demonstrasi-demonstrasi jalanan yang diadakan hampir setiap hujung minggu dalam usaha meneruskan kelangsungan gagasan yang dicetuskan oleh Anwar.

Refomasi berjaya mewujudkan tingkat kesedaran baru dalam politik. Anak-anak muda yang sebelum ini hanya diam di bilik kuliah, kantor kerja dan studio jamming mulai berani berkumpul di warung-warung kopi dan berdebat isu-isu politik, sosial dan kebudayaan secara terbuka dan bebas. Suara-suara mereka menuntut perubahan juga kedengaran saban minggu di tepi-tepi jalan sekitar Kuala Lumpur. Ada antara mereka yang dipukul oleh polis, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ada juga yang dipecat dari kampus.

Saya melihat elemen reformasi inilah yang perlu direnung semula. Reformasi bukan sekadar pertarungan politik Mahathir-Anwar semata-mata. Ianya turut menempiaskan kocakan spontan baik dari sudut politik, kebudayaan, agama, akademik dan ekonomi.

Tanpa sedar, reformasi membenihkan kelompok anak muda yang cuba lari dari tradisi dan memecahkan tabu ketidakmatangan melalui entiti dan jalur pemikiran mereka sendiri melalui kewujudan antaranya Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) dan Universiti Bangsar Utama (UBU). Perkumpulan yang didukung oleh anak-anak muda dari pelbagai latar kehidupan, agama, pemikiran dan ras ini aktif dalam mendukung kerencaman wacana dan senantiasa bergelut dengan ide-ide yang acapkali disalahtafsir oleh umum di sekeliling mereka.

Penggiat media yang selama ini terbelenggu dengan segala macam akta mengongkong juga ikut berkembang dan turut berpartisipasi dalam arus reformasi negara. Sekumpulan wartawan dan penulis antara lain bertindak menggerakkan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) sebagai satu platform untuk mereka bertindak secara solidariti terhadap sesuatu isu yang melibatkan kebebasan media. Kemunculan laman-laman web seperti Mahazalim, Mahafiraun dan Malaysiakini juga berjaya memecahkan hegemoni media yang selama ini dimonopoli sepenuhnya oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Akhbar-akhbar alternatif dan makalah-makalah politik turut berkembang dengan giat. Majalah Wasilah, Siasah, Detik dan akhbar Eksklusif merupakan antara yang mendapat tempat di pasaran media cetak. Isu-isu serta laporan-laporan yang digelapkan dan tidak dilaporkan oleh media arus perdana boleh diperolehi secara langsung oleh rakyat menerusi media alternatif ini.

Kesan reformasi terhadap institusi media negara jelas tampak melalui kemunculan laman-laman berita secara maya seperti laman Malaysiakini (kini muncul sebagai portal berita online paling berpengaruh di Malaysia), laman The Malaysian Insider (yang baru dibangunkan pada tahun 2008) dan juga laman blog Malaysia Today (dikendalikan oleh blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin). Apa yang menarik, laman-laman berita di alam maya ini berjaya menggugat institusi politik parti pemerintah setelah hampir 10 tahun ianya dibaja. Tsunami politik 8 Mac 2008 jelas membuktikan bahawa rakyat semakin matang dan terdedah dengan pelbagai maklumat. Fenomena blog – yang pada mulanya dikesampingkan – mulai menguasai medan maklumat rakyat.

Sebagai remaja yang mendewasa di zaman reformasi, pastinya saya sendiri hanyut dan terkesan dengan impak yang muncul. Iltizam mendukung perubahan yang terbina sejak sekolah menengah dibawa sehingga saya menyambung pengajian di kampus. Keupayaan kewangan yang mulai kelihatan ‘sedap’ memungkinkan saya untuk membeli dan menikmati buku-buku yang baik dan berwibawa.

Secara kebetulan, di waktu itu kegiatan menghimpun dan membukukan catatan-catatan pengalaman para aktivis reformasi ini sedang rancak dilakukan. Fathi Aris tampil dengan Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi, Khalid Jaafar dengan Tumit Achilles, dan Rustam A. Sani menerbitkan catatannya dengan judul Menjelang Reformasi. Saya memiliki ke semua catatan tersebut (juga himpunan catatan yang tidak dinyatakan seperti yang dihasilkan oleh Dr. Syed Husin Ali, Hishamuddin Rais, Dr. Farish A. Noor dll.) dan menghadamnya dengan penuh asyik dan kagum.

Saya kira pemerhatian dan permenungan ke atas himpunan penulisan ini merupakan proses serius yang mempengaruhi kesedaran intelektual saya. Jika sebelum ini saya melandaskan diri dan aliran pemikiran dalam skop sebagai seorang aktivis dakwah di kampus; maka setelah menggali dan memahami tema-tema besar yang dicanai menerusi penulisan era reformasi, saya berjaya membebaskan diri dari apa yang boleh dipanggil ‘perangkap kesedaran’ yang selama ini membentuk pemikiran saya untuk bersikap autokratik dan menolak sebarang perbedaan pendapat.

Saya percaya bahawa saya tidak keseorangan dalam menemukan makna pencerahan ini. Period 10 tahun selepas reformasi berjaya merubah dan meninggalkan kesan yang tak sedikit buat lapisan baru generasi muda negara. Benar, reformasi berjaya menemukan saya dengan pencerahan. Namun tak bermakna ianya berakhir setakat itu. Reformasi akan selamanya mencerahkan. Dan saatnya pasti tiba untuk kita melihat ianya mencerahkan rakyat dan masa depan negara ini.

Riwayat Hayat

12 Mac 2009

Tipudaya Sosialis Era Kemelesetan

sumber: jalantelawi.com

Banished: ‘The Forsaken’, adalah sebuah buku yang menyedihkan, kisah ribuan warga Amerika yang semasa Kemelesetan, diperdaya dengan propaganda Soviet yang disebarkan oleh orang seperti George Bernard Shaw dan koresponden Moscow New York Times, Walter Duranty, berhijrah ke USSR untuk mencari pekerjaan dan memainkan peranan dalam membina sosialisme. Kata penulisnya, ia merupakan migrasi besar yang paling kurang dihebahkan dalam sejarah Amerika dan pada ketika buat pertama kali dalam sejarah, lebih ramai orang meninggalkan Amerika. Kebanyakan dari mereka bukan intelektual tetapi pekerja biasa, yang setibanya di sana berasa kecewa dan mahu kembali tetapi mendapai Moscow menganggap mereka sebagai warga dan tidak membenarkan mereka pulang. Tidak diendahkan oleh kerajaan Amerika, ramai yang berakhir di gulag.

Mereka datang ke Rusia penuh dengan semangat, dan bersedia untuk menyesuaikan diri. Orang Rusia berasa susah untuk mempercayai kisah Amerika tentang kesusahan hidup apabila terlihat pakaian mereka yang mewah menurut standard Rusia. Dan para pendatang itu tidak bersedia untuk kemiskinan dan keruntuhan undang-undang yang digambarkan dalam kehidupan di bawah Stalin, dan ramai dalam kebanyakan kes mahu pulang. Mereka kemudian menyedari, apabila mereka menyerahkan pasport Amerika sebaik tiba di Soviet (yang kemudiannya digunakan agen Soviet di Amerika), mereka secara automatik menjadi warga Soviet. Protes dan rayuan kepada pihak Amerika menyebabkan mereka dilihat sebagai pengacau oleh Moscow dan menyebabkan tangkapan dan akhirnya dihantar ke kem tahanan.

Stalin, dengan yang paranoia semakin membesar, tidak mempedulikan pendatang ini. Sebab pertamanya kerana beliau bimbang mereka akan menyebarkan rasa tidak puas hati di kalangan warga Soviet. Satu lagi adalah bimbang penghantaran pulang mereka akan menyebabkan pendatang ini menyedarkan warga Amerika lain tentang keadaan teruk di USSR. Jadi beliau mengarahkan supaya mereka dilayan sebagai warga Soviet, dituduh dengan pengkhianatan dan diasing dalam Gulag yang kemungkinan besar berakhir dengan kematian.

Penulis, Tim Tzouliadis, yang kini seorang pembuat dokumentari dan wartawan televisyen, memberikan contoh bagaimana Jabatan Negara Amerika dan pegawai konsular di Moscow tidak menghiraukan rayuan bantuan daripada pelarian ini. Namun, beliau berlaku tidak adil terhadap pihak berkuasa Amerika dalam menekankan kegagalan mereka memberikan bantuan. Tambahan pula, mereka tidak diculik, tetapi pergi ke Rusia secara sukarela dan dalam kebanyakan kes, pihak berkuasa Amerika tidak dapat menentukan sama ada kerakyatan Amerika mereka diserahkan secara sukarela atau tidak.

Buku ini turut menyentuh hubungan Amerika-Soviet pada tahun 1930an dan 1940an, dan pandangan tokoh-tokoh Amerika ketika itu. Kita juga diberikan contoh kenaifan Franklin Roosevelt, yang tidak mempunyai pengetahuan asas tentang rejim Komunis apabila beliau dilaporkan berkata, “Bagaimana Stalin mampu membeli kesemua kilang ini?” Begitu juga dengan Naib Presiden, Henry Wallace yang melawat kem tahanan d Magadan dan mendapati tidak ada apa-apa masalah. Sementara duta Amerika ke Moscow, Joseph Davies menerima sahaja perbicaraan Stalin. Tokoh-tokoh ini menenggelamkan mereka yang melarikan diri ke Soviet, yang hanya muncul dalam buku ini tanpa wajah dan nama.

Satu-satunya imigran yang hadir dengan personaliti berbeza adalah Thomas Sgovio, seorang artis dari Buffalo dan anak kepada Komunis Amerika, yang terselamat di kem Kolyma dan sekembalinya ke Amerika menerbitkan memoirnya.

Sgovio tiba di Moscow pada tahun 1935. Pada mulanya semuanya baik. Tetapi pada tahun 1938, bapanya dan kawan-kawannya ditahan, Sgovio pergi ke kedutaan Amerika untuk meminta bantuan. Beliau ditahan selepas itu dan dipenjara lima tahun di kem Kolyma, sebuah tempat yang mempunyai cuaca terendah di dunia. Apabila tamat tempohnya, beliau dipenjarakan: daripada 25 tahun beliau hidup di Soviet, 16 tahun dihabiskan di kem tahanan. Akhirnya pada tahun 1960 beliau dibenarkan kembali ke Amerika. Tragedi yang menimpanya turut dialami mereka yang lebih buruk nasibnya, termasuk bapanya, yang menghabiskan masa sepuluh tahun memburuh, dan mati selepas dibebaskan.

11 Mac 2009

Lima Kupang: Antara 60 biliyon dan santapan tengahari

Oleh Matkeri

Laki Rosmah bentang bajet 60 biliyon! Tapi orang dok sibuk tanya sapa makan tengahari ngan Paklah tadi? Hahaha

Bab makan tengahari Paklah, Anwar, dan Syeikh Mahmud, itu kita biaq para Nostradamus telek dalam timba. Apa yang depa besembang selama sejam sebelum masing2 balik ke Parlimen tersenyum riang, gua no komen. Timba ada ayaq, cuma tadak limau purut nak kacau dengan jari telunjuk. Dok nampak icon kertas koyak saja.

Anyway, aku cuma nak sentuh bab bajet laki Rosmah. 60bilion bukan sikit. Rasanya itulah angka yang akan diprint untuk headline paper pagi besok. Banyakkk.

Ada beberapa komen dari rakyat bangang macam aku di bawah ni. Pertamanya, adakah anak Pak Tam Kob aku yang baru kena buang kerja dari kilang di Penang sebulan lepas akan diambil bekerja sebagai pekerja kontrak membaiki dan membina bangunan2 sekolah seperti yang telah diumumkan? Atau adakah kontraktor2 ini masih dan akan terus menggaji pekerja dari indon dan bangla?

Keduanya, dalam bajet stimulus, laki rosmah ada menyatakan bahawa seratus juta diperuntukkan untuk buat jejantas dan bumbung pejalan kaki kat kawasan strategik dan segitiga emas. Selama tempoh menyiapkan jejantas dan bumbung, apakah jaminan kerajaan agar jalan tu tak jam dan kelewatan orang macam aku sampai ke tempat kerja sebab jam orang tutup sebelah jalan tak dijadikan alasan oleh bos untuk bagi notis sebab "tak menepati masa". Dan kalau aku kena buang, adakah DBKL akan kejar aku dan halau aku kalau aku terpaksa berbusker di bawah bumbung baru untuk mengemis dari pelancong2 yang rata2nya sangat ramai dan kedekut di situ?

Dan yang last, laki Rosmah juga berkata 10 sekolah swasta akan didirikan dan BUKAN bertujuan untuk buat duit. Jika swasta tak buat duit, adakah ia masih dipanggil swasta, atau dipanggil "Public Welfare"? Jika Public Welfare, apakah kriteria yang menjadikan 10 sekolah tadi sebagai "sekolah swasta"? Adakah swasta dan walfare sudah hilang garis pemisahnya? Adakah itu sebabnya kerajaan sekarang dah tak tau mana satu yang patut diberi, dan mana satu yang patut diniagakan? Adakah laki Rosmah makan nasik kandar kuah kari terlebih kas2 masa menulis bajet?

Adussss

So, macamana? Orang macam aku cuma dapat pengecualian cukai ATAS FAEDAH yang dikenakan pada rumah yang dah dibeli. Banyak mana? Cukupla untuk save beli baju pagoda baru lagi dua lai untuk tahun ni. PTPTN? Kot la nak dengaq "kerajaan jugak akan memansuhkan bunga pinjaman selama tiga tahun" ka, hapa kaa. Haram. Subsidi pengangkutan awam untuk orang yang ghagaih LRT dan bas macam aku ni? Hampehs. Tol diturunkan lagi? Jangan harap! "Untuk menggalakkan urusniaga atas talian, kerajaan juga melalui syarikat TM akan menurunkan 50% harga langganan internet" hanya akan disebut bila aku jadi menteri kewangan. Setakat sekarang, laki Rosmah lebih selesa memastikan semua kontraktor2 yang terdiri dari ketua bahagian dan cawangan dan kumpulan G7 (ka G6?) dapat survive untuk mengundi perwakilan2 yang telah dicaturkan.

Rakyat kebanyakan macam kita ni, sekali lagi dipinggirkan. 60biliyon. Berapa sen aku dapat? Dua lai baju Pagoda. Saya sayang Malaysia!

http://www.jahilgoblog.net