03 Oktober 2007
Beyonce protes kod etika persembahan kerajaan Malaysia
KUALA LUMPUR: Bintang R&B Beyonce Knowles membatalkan konsertnya di Malaysia sebagai tanda protes terhadap kod etika persembahan ketika mengadakan konsert.
Dia dijadualkan mengadakan konsert di sini dalam masa terdekat. Reuters semalam melaporkan bahawa terdapat juga kebimbangan terhadap protes golongan konservatif agama jika persembahan diteruskan.
Mengikut sumber yang diperoleh agensi berita itu, pengurus Beyonce secara tidak rasmi menyatakan perasaan tidak gembira terhadap halangan-halangan sedemikian di negara-negara Islam.
"Jika dia (Beyonce) datang ke Kuala Lumpur, akan ada protes terhadapnya. Mereka tidak mahu perkara ini berlaku,” kata sumber itu.
Beyonce sinonim dengan pakaian seksinya ketika di pentas. Kod etika persembahan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia menggariskan arahan tidak boleh berpakaian seksi dan melakukan aksi ghairah dan 'keterlaluan'.
"Sebenarnya kerajaan mahu dia berdiri depan mikorfon, menyanyi dan jangan bergerak," kata sumber itu lagi.
Ironinya Beyonce dijadualkan persembahan di Jakarta pada 1 November depan. Indonesia merupakan negara umat Islam terbesar di dunia.
Ogos lalu, konset Gwen Stefani mendapat tentangan pelajar Islam yang menuntut persembahan itu dibatalkan walau pun dia berpakaian mengikut etika pakaiaan yang ditetapkan. - Jimadie Shah Othman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan