Memaparkan catatan dengan label dalam negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dalam negeri. Papar semua catatan

10 Oktober 2007

Nazri Mengaku Silap


skandal CJMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz mengakui bahawa kenyataannya dalam akbar berbahasa Inggeris News Strait Time (NST) bertarikh 7/10/2007 adalah silap dan beliau sendiri menyatakan bahawa Rang Undang-undang Perlindungan Saksi itu tidak wujud.

Tetapi beliau tidak menolak bahawa pihak kerajaan dalam usaha untuk merangkakan undang-undang semacam tersebut.

Menurut akhbar The Sun hari ini, Nazri telah memberitahu setiausaha akhbarnya supaya menjelaskan tetang isu itu pada pihak akhbar.

Pada beberapi hari yang lepas Nazri mengatakan bahawa saksi untuk kes Pita Lingam tidak perlu takut, kerana mereka dilindungi oleh Akta Perlindungan Saksi. (The Sun dan malaysiakini)

03 Oktober 2007

Beyonce protes kod etika persembahan kerajaan Malaysia


KUALA LUMPUR: Bintang R&B Beyonce Knowles membatalkan konsertnya di Malaysia sebagai tanda protes terhadap kod etika persembahan ketika mengadakan konsert.

Dia dijadualkan mengadakan konsert di sini dalam masa terdekat. Reuters semalam melaporkan bahawa terdapat juga kebimbangan terhadap protes golongan konservatif agama jika persembahan diteruskan.

Mengikut sumber yang diperoleh agensi berita itu, pengurus Beyonce secara tidak rasmi menyatakan perasaan tidak gembira terhadap halangan-halangan sedemikian di negara-negara Islam.

"Jika dia (Beyonce) datang ke Kuala Lumpur, akan ada protes terhadapnya. Mereka tidak mahu perkara ini berlaku,” kata sumber itu.

Beyonce sinonim dengan pakaian seksinya ketika di pentas. Kod etika persembahan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia menggariskan arahan tidak boleh berpakaian seksi dan melakukan aksi ghairah dan 'keterlaluan'.

"Sebenarnya kerajaan mahu dia berdiri depan mikorfon, menyanyi dan jangan bergerak," kata sumber itu lagi.

Ironinya Beyonce dijadualkan persembahan di Jakarta pada 1 November depan. Indonesia merupakan negara umat Islam terbesar di dunia.

Ogos lalu, konset Gwen Stefani mendapat tentangan pelajar Islam yang menuntut persembahan itu dibatalkan walau pun dia berpakaian mengikut etika pakaiaan yang ditetapkan. - Jimadie Shah Othman

01 Oktober 2007

KJ Kudeta Penyerahan Memorandum Oleh NGO


Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berjaya mengkudeta perarakan anti-junta Burma yang dianjurkan dan diketuai oleh 4 badan bebas belia kebangsaan.

Setibanya mereka di pagar Kedutaan pada kira-kira pukul 11 pagi, program telah bertukar secara tiba-tiba dan Khairy telah 'melompat' ke hadapan proses penghantaran memorandum. Beliau telah diminta untuk membacakan memorandum tersebut oleh para penyokongnya yang kebanyakkannya pemuda UMNO.

Sepatutnya memorandum tersebut akan dibacakan oleh Stephen Doss, ketua bagi kedua-dua NGO yang menganjurkan perarakan tersebut -- Young Malaysians Movement dan National Association of Malaysian Youth.

Terdahulu DAPjuga ada menghantar memorandum tersebut yang turut ditandatangani oleh International Union of Socialist Youth-Asia Pacific itu. Memorandum berkenaan yang antara lain menyatakan pendirian supaya perutubuhan serantau Association of Southeast Asian Nations (Asean) mengenakan tekanan politik ke atas Burma dan mengenakan sekatan ekonomi kepada rejim. Memorandum tersebut juga menyeru supaya keahlian Burma di dalam ASEAN dikaji semula. (sumber: malaysiakini)

30 September 2007

DSAI Akan Dedahkan Lagi Baki "Pita Lingam"


DSAI berkata bahawa nama Tun Ahmad Fairuz disebut di dalam bahagian kedua "pita lingam" itu. DSAI berkata, "[p]ada bahagian kedua klip itu personaliti lain akan kelihatan. Di dalam klip itu juga nanti, nama Ahmad Fairuz disebut oleh VK Lingam."

Kalau sebelum ini tiada petunjuk yang menunjukkan bahawa VKLingam sedang bercakap dangan Tun Ahmad Fairuz yang ketika itu masih memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Malaya, kali ini pada pita kedua semuanya kelihatan terang.

"Menarik untuk diperhatikan ketua hakim sudah menfikan (pembabitan beliau). Saya suka sangat tengok dia mempertahankan diri selepas ini", katanya lagi di Forum bertajuk 'From Nurin to chief justice: A collapse of law and order?'.

Responnya kepada panel bebas yang dibentuk kerajaan katanya, "adakah kita patut biarkan sahaja pihak eksekutif menetapkan apa yang sepatutnya ditetapkan oleh pihak kehakiman? Naifnya."

Beliau akan mendedahkan bahagia kedua "pita Lingam" itu "pada masa yang sesuai." (sumber: malaysiakini)

29 September 2007

"Suruhanjaya diRaja!" - Pemuda BA


Siasatan kesahihan klip video yang memaparkan perbualan telefon antara VK Lingam dengan seorang yang dikatakan sebagai Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz untuk menetapkan perlantikan hakim-hakim dapat dikenal pastidengan menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan diRaja bukannya suatu panel bebas yang diragui kebebasannya.

Itulah kesimpulan yang boleh diperolehi hasil daripada kenyataan oleh kedua-dua orang pemuda dari Barisan Alternatif (BA).

Lagi, kata Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK), AMK menolak penubuhan panel siasatan bebas kerana ia tidak mempunyai kuasa menjalankan siasatan penuh. Beliau berkata demikian ketika membuat kenyataan di satu perhimpunan di Masjid Negara hari ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pula berkata, penubuhan suruhanjaya diraja penting untuk membolehkan mereka yang terlibat dengan skandal tersebut dibawa ke muka pengadilan.

Pada perhimpunan selepas solat Jumaat itu juga BA mengumumkan akan mendedahkan lagi lapan minit baki klip video itu di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam esok. (sumber: malaysiakini, harakahdaily, AMK)

28 September 2007

Kedutaan Burma Dibanjir Lautan Merah


Kira-kira 2000 orang berhimpun secara aman di hadapan kedutaan Burma di Jalan Ampang seawal pukul 9:45 pagi. Para peserta perhimpunan yang terdiri daripada kebanyakannya warga Burma menyanyikan lagu kebangsaan mereka diiringi laungan pro-demokrasi dan anti-junta.

Juga para perserta perhimpunan, membawa pelbagai banting serta gambar ikon pro demokrasi, Aung San Suu Ky; meminta pihak junta mencari jalan damai segera -- serahkan kuasa kepada rakyat.

Selepas beberapa ketika, perhimpunan juga turut diadakan di luar kedutaan Russia dan China yang berada tidak jauh daripada kedutaan Burma.


Kawasan sekitar tempat perhimpunan diawasi oleh Polis Simpan Persekutuan (FRU) berserta dengan beberapa buah trak dan meriam air.

Penganjur protes tersebut termasuklah parti yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi, National League for Democracy (NLD) juga sebuah kumpulan bebas All Burma Democratic Force.

Jurucakap NLD Kyaw Kyaw Min berkata bahawa demonstrasi berkenaan bertujuan untuk mendesak pihak antara bangsa menamatkan pertelingkahan yang sudah pun masuuk hari kedua sejak rejim tentera melakukan kekerasan. (sumber: malaysiakini)

27 September 2007

Walk 4 Justice dan Revolusi Oren


Walaupun tidak berjaya menyaingi 'Revolusi Oren' di Myanmar, yang dengar ceritanya dah berjaya mencatatkan jumlah demonstran seramai ratusan ribu orang dan membunuh 3 orang, Walk 4 Justice tidak kurang hebatnya.

Perarakan yang disifatkan oleh Edmund Bon dari Majlis Peguam sebagai paling besar pernah dianjurkan oleh NGO, telah berjaya mengumpulkan hampir 2 ribu orang peserta. Dalam mesej ringkasnya kepada semua yang terlibat beliau mengucap berbanyak terima kasih.

Katanya, "[t]hank you 4 attending/supporting the largest non-political party based protest march with a historic 2000. I am proud to be fighting the causes with u."

Sementara itu di blog Patrick Teoh, Niamah terdapat beberapa keping foto dan ulasan suasana di sekitan perarakan tersebut. Beliau menyifatkan apa yang ada di hadapannya seperti Hollywood.

Katanya, "[a]nd then it got even more Hollywood-like. Across the road I could see what would have looked like SWAT snipers on the roof of the buildings. A noisy police helicopter buzzed the area. The red FRU water cannon trucks rumbled by and parked within sight of all concerned. And on the perimeter of the Palace Of Justice steps policemen, uniformed and plain-clothed walked about busily speaking unsmilingly into squawking walkie-talkies. I looked around. With everybody smiling, laughing, talking loudly, slapping backs it all looked like we were on a Hollywood film set."

Di blog Datuk Seri Anwar Ibrahim [DSAI] -- individu yang mula-mula sekali mendedahkan perihal pita itu -- pula, mengucapkan syabaz dan tahniah atas semangat Majlis Peguam itu. Demi untuk menegakkan keadilan sanggup menghadapi risiko dicerca oleh pihak kerajaan sebagai mempunyai agenda politik pembangkang.

Katanya, "[s]aya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Peguam Negara yang meneruskan perarakan menuntut keadilan untuk mendesak penubuhan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat perkara ini."

Tambahnya lagi, "[h]anya sebuah Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dapat memulihkan keyakinan orang ramai terhadap Sistem Kehakiman negara."

terima kasih youtube.com/malaysiakini.


25 September 2007

Peguam Saingi Sami?


PUTRAJAYA: Jika di Myanmar para Sami Buddha telah turun ke jalan raya, kali ini di sini jalan rayanya akan dibanjiri dengan warna hitam dan putih berarak di jalan raya.

Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia berkata bahawa tindakannya menyeru ahli-ahlinya supaya turun berdemonstrasi pada Rabu depan bukanlah pendirian yang dipegang oleh pihak pembangkang tetapi menegakkan keadilan adalah kepunyaan semua manusia.

Katanya Majlis Peguam bertindak demikian kerana percaya bahawa kebebasan badan kehakiman adalah tingkat tertinggi tegaknya keadilan.

"The Malaysian Bar stands up for justice. It is non-partisan and only issue orientated. Justice is for all people, regardless of political persuasions. The present situation is a matter of justice, not politics," lagi katanya.

Beliau berkata begitu di laman web rasmi organisasi tersebut.

Majlis Peguam mempunyai pendirian sedemikian akibat pendedahan gempar membabit perbualan telefon Tun Ahmad Fairuz dengan VK Lingam. Pendedahan pita video rakaman perbualan telefon tersebut yang dibuat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim anta lain menyebut tentang percaturan hakim-hakim di Malaysia.

Pita video ini membuktikan juga terdapatnya 'konspirasi' di peringkat kehakiman di negara ini.

Selain itu jugapihak Majlis Peguam juga turut serta menyeru supaya rakyat dapat bersama-sama dengan barisan peguam berdemonstrasi di hadapan Palace of Justice tempat dikatakan tertegaknya keadilan di Malaysia.

MEMORANDUM FOR ROYAL COMMISSION - VK Lingam’s Video.
Tarikh: September 26, 2007
Masa: 11pagi
Tempat: Palace of Justice, Putrajaya

Terlalu Banyak Persoalan


KUALA LUMPUR: Begitulah antara intipati kenyataan Sivarasa Rasiah, Naib Presiden KeADILan di dalam kenyataannya yang boleh didapati di laman web rasmi parti itu. Sivarasa mempersoalkan bahawa kenapa kenyataan balas Ketua Hakim Negara itu tidak keluar dari mulutnya sendiri, tetapi Datuk Menteri Nazri Aziz yang memegang portfolio undang-undang di bawah Kementerian di Jabatan Perdana Menteri.

Kata Sivarasah, "[m]engapakah Datuk Seri Nazri Aziz begitu beria-ria bercakap bagi pihak Ketua Hakim Negara Malaysia tentang skandal video ini?

"Pertamanya, agak pelik dan luar biasa bagi seorang Ketua Hakim Negara untuk meminta seorang Menteri mempertahankan integritinya bagi phak beliau. Bilakah permintaan ini dibuat? Menteri Nazri Aziz tidak pula menjawab soalan ini.

"Keduanya, isi responsnya itu tidak kurang peliknya, dan sebenarnya sukar untuk dipercayai. Ini adalah kerana satu-satunya respons yang telah diberikan kepada rakyat oleh Ketua Hakim Negara sendiri, tanpa bantuan sebarang Menteri, hanyalah sekadar kenyataan 'Tiada komen' dalam tulisan semata-mata, iaitu dua hari selepas pendedahan dibuat. (lihat surat di Malaysiakini, 21 September)

"Sememangnya amatlah tidak elok untuk seorang ahli bidang Eksekutif - apatah lagi seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri - bercakap bagi pihak pegawai tertinggi bidang Kehakiman kita."

kenyataan penuh