Ribuan pemprotes mati dan beratus mayat sami Buddha ditembak dan dicampakkan ke dalam hutan dedah seorang bekas pegawai perisik yang berkhidmat untuk rejim tentera suatu masa dahulu.
Seorang diplomat Sweden pula yang melawat Rangoon berkata Revolusi di Burma kali ini adalah gagal. Kata Liselotte Agerlid, yang sekarang berada di Thailand, "rejim sudah menang dan generasi baru Burma ini sekarang berhadapan dengan tekanan yang lebih hebat dan teruk dinafikan hak-hak demokrasi.
"Sekarang pihak rejim telah berjaya membasmikan revolusi ini dan hasilnya rejim akan terus berkuasa dengan nyaman, lagi 20 tahun, ruling by fear." (thisislondon)
Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berjaya mengkudeta perarakan anti-junta Burma yang dianjurkan dan diketuai oleh 4 badan bebas belia kebangsaan.
Setibanya mereka di pagar Kedutaan pada kira-kira pukul 11 pagi, program telah bertukar secara tiba-tiba dan Khairy telah 'melompat' ke hadapan proses penghantaran memorandum. Beliau telah diminta untuk membacakan memorandum tersebut oleh para penyokongnya yang kebanyakkannya pemuda UMNO.
Sepatutnya memorandum tersebut akan dibacakan oleh Stephen Doss, ketua bagi kedua-dua NGO yang menganjurkan perarakan tersebut -- Young Malaysians Movement dan National Association of Malaysian Youth.
Terdahulu DAPjuga ada menghantar memorandum tersebut yang turut ditandatangani oleh International Union of Socialist Youth-Asia Pacific itu. Memorandum berkenaan yang antara lain menyatakan pendirian supaya perutubuhan serantau Association of Southeast Asian Nations (Asean) mengenakan tekanan politik ke atas Burma dan mengenakan sekatan ekonomi kepada rejim. Memorandum tersebut juga menyeru supaya keahlian Burma di dalam ASEAN dikaji semula. (sumber: malaysiakini)
Hampir seribu orang mengadakan demonstrasi di kota raya Rangoon, bandar utama di Burma. Walaupun sudah masuk hari ke-3 pihak rejim tentera melakukan pembasmian protes secara ganas, rakyat tetap keluar beramai-ramai di jalan raya.
Jumlah kali ini dilaporkan lebih kecil daripada jumlah yang mengikuti perarakan para sami Buddha tempoh hari. Para demonstran melaungkan slogan-slogan anti junta dan pro demokrasi sebelum dipukul oleh pihak berkuasa anti-rusuhan.
Demonstrasi dan protest ini adalah bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan delegasi khas dari PBB Ibrahim Gambari. Duta besar UK ke Burma, Mark Canning berkata bahawa pekung di dada dapat disorok, tetapi tekanan tetap ada.
Di tengah-tengah pekan kecil Pakokku, ratusan sami Buddha didapati mengetuai perarakan aman ribuan demonstran. Stesyen TV milik kerajaan terdahulu mengisytiharkan keadaan Burma sekarang sudah kembali aman dan tenang. Stesyen TV itu juga turut melaporkan bahawa di sebuah negeri di utara Burma -- Kachin, perhimpunan pro kerajaan telah di adakan. (sumber: BBC World)
Kira-kira 2000 orang berhimpun secara aman di hadapan kedutaan Burma di Jalan Ampang seawal pukul 9:45 pagi. Para peserta perhimpunan yang terdiri daripada kebanyakannya warga Burma menyanyikan lagu kebangsaan mereka diiringi laungan pro-demokrasi dan anti-junta.
Juga para perserta perhimpunan, membawa pelbagai banting serta gambar ikon pro demokrasi, Aung San Suu Ky; meminta pihak junta mencari jalan damai segera -- serahkan kuasa kepada rakyat.
Selepas beberapa ketika, perhimpunan juga turut diadakan di luar kedutaan Russia dan China yang berada tidak jauh daripada kedutaan Burma.
Kawasan sekitar tempat perhimpunan diawasi oleh Polis Simpan Persekutuan (FRU) berserta dengan beberapa buah trak dan meriam air.
Penganjur protes tersebut termasuklah parti yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi, National League for Democracy (NLD) juga sebuah kumpulan bebas All Burma Democratic Force.
Jurucakap NLD Kyaw Kyaw Min berkata bahawa demonstrasi berkenaan bertujuan untuk mendesak pihak antara bangsa menamatkan pertelingkahan yang sudah pun masuuk hari kedua sejak rejim tentera melakukan kekerasan. (sumber: malaysiakini)
Protes secara perarakan sehinggalah protes bertukar menjadi pertempuran, masih belum ada lagi tanda-tanda kegawatan akan pergi. Pihak rejim tentera, tidak mahu beralah, tidak mahu melunaskan tuntutan-tuntutan para penunjuk perasaan. Biar sekalipun ke meja perundingan. Mencari jalan damai untuk kepentingan rakyat.
Di dalam tempoh aksi yang sudah memakan masa lebih dari seminggu ini, banyak kita dapati berita di lelaman web menggunakan Burma berbanding dengan yang menggunakan Myanmar.
Yang mana satu nama yang patut dipanggil, Burma atau Myanmar?
Burma adalah nama lama bagi Myanmar. Pihak rejim tentera telah menukar nama Burma menjadi Myanmar pada tahun 1989 setahun selepas ribuan manusia mati akibat dibunuh dengan kejam oleh parti pemerintah ketika kebangkitan rakyat Burma yang masih lagi diingati oleh sesetengah orang. Dan seterusnya Rangoon juga dikenali sebagai Yangon hingga ke hari ini. (sumber: BBC)
RANGOON: Stesyen televisyen kebangsaan melaporkan bahawa angka kematian meningkat seramai 9 orang pada hari kedua pertempuran antara polis anti-perusuh dengan para demonstran yang diketuai oleh sami-sami Buddha dari daerah ini.
9 yang mati termasuk 8 perserta demonstrasi dan seorang yang dikatakan sesetengah pihak sebagai salah seorang video journalis yang sedang bertugas. 11 demonstran dan 31 orang tentera pula dilaporkan tercedera. Sementara beratus lagi ditangkap oleh pihak berkuasa.
Anggota-anggota majlis keselamatan PBB mengalu-alukan rancangan untuk menghantar seorang utusan khas dari petubuhan dunia itu, Ibrahim Gambari untuk berbincang dan mencari jalan perdamaian dengan pihak junta.
Penganalisis bimbang akan tercetus kembali insiden tahun 1988 yang telah mengorbankan seramai ribuan orang. Protes yang diketuai oleh pihak sami ini, berpunca dari cadangan kerajaan untuk menggandakan nilai minyak bulan lepas, menyebabkan rakyat Burma mengalami kesulitan dalam ekonomi.
Pada masa ini tiada petunjuk bahawa pihak junta akan beralah untuk menyerahkan kuasa mereka kepada rakyat Burma lebih-lebih lagi kepada sosok yang paling ditakuti, Aung San Suu Kyi. (sumber: BBC World)
YANGOON: 2 orang sami dan seorang rakyat biasa maut dibunuh pihak berkuasa dalam perhimpunan besar-besaran, proses anti-junta yang masuk hari kesembilan demonstrasi.
Pihak Amerika Syarikat [AS] dan pihak Kesatuan Eropah [EU] mengkondem keganasan yang berlaku itu dan memohon pihak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu supaya menimbangkan sekatan dikenakan ke atas Myanmar. Majlis Keselamatan PBB telah merangkakan sebuah perjumpaan khusus untuk membincangkan tentang krisis demokrasi di Myanmar nanti.
Terdahulu pada sebelah tengah hari tadi, polis anti-rusuhan menembak gas pemedih mata ke arah para sami Buddha yang cuba menolak untuk melepasi halangan di Pagoda Shwedagon, tempat ibadah penganut Buddha yang suci dan tempat bermula demonstrasi yang memakan masa lebih seminggu itu. [sumber: reuters]
YANGOON: Ribuan Sami Buddha dan warga negara lain yang bersimpati dengan perjuangan mereka menolak arahan kerajaan supaya menjauhkan diri dari politik. Dan kira-kira lebih 700 orang lagi melakukan protes dan aksi di Mandalay.
Didapati bertrak-trak askar telah dikerahkan untuk 'berkubu' di sini, bandar raya paling besar di Myanmar.
"People do not tolerate the military government any longer," kata seorang sami kepada wakil Assosiated Press (AP).
Presiden Bush tadi mengumumkan sekatan ekonomi baru Amerika Syarikat (AS) ke atas Myanmar. Mendakwa bahawa regim tentera negara itu mengamalkan pemerintahan kuku besi menidakkan hak asasi untuk berbicara, berhimpun dan menjalankan ibadah. (yahooxtranews) - Zulfikar Samsuri
YANGOON: Sami-sami yang berdemonstrasi, berarak di jalan - jalan raya akan berhadapan dengan tindakan undang-undang jika terus berbuat demikian.
Brig Gen Thura Myint Maung, Menteri Agama Myanmar juga sebelum itu memberi amaran supaya para sami itu tidak melanggar ajaran agama Buddha yang lebih suka pada cara damai dan bukannya cara kasar seperti berdemonstrasi ini.
Demonstrasi ini sudah masuk hari ke lapan dalam usaha untuk menjatuhkan rejim tentera yang sudah bertapak di Myanmar ini lebih dari 20 tahun. Di lihat bahawa kebangkitan kali ini adalah yang terbesar sejak tahun 1988. Penubuhan sebuah organisasi bernama Alliance of All Burmese Buddhist Monks -- yang tertubuh hasil dari demonstrasi ini, berjanji bahawa mereka tidak akan berundur selagi belum "membersihkan" Myanmar dari kediktatoran tentera.
Selain di Yangoon terdapat hampir 20 buah pekan kecil dekitarnya, termasuk yang di Mandalay, Pakokku dan Sittwe yang terlibat dalam perhimpunan raksasa ini. Perhimpunan raksasa itu berjaya mengumpulkan hampir 100 000 rakyat Myanmar terutamanya para sami itu. (sumber BBC) -- Zulfikar Samsuri
YANGON: BBC, sebuah media antara bangsa yang berpengkalan di U.K, melaporkan kira-kira seramai 5 000 orang sami Buddha yang disertai oleh ratusan orang rahib berarak di jalan raya menunjukkan protes mereka kepada kerajaan tentera dan menuntut supaya kerajaan tentera di Myanmar supaya berakhir.
Difahamkan, demonstrasi dan protes itu adalah perarakan terbesar yang dianjurkan pihak pembangkang sejak kebangkitan tahun 1988. Menurut laporan itu lagi, "[p]ada Jumaat lepas, Alliance of All Burmese Buddhist Monks, yang mengetuai demonstrasi, bersumpah untuk meneruskan (demonstrasi) itu sehingga mereka berjaya "menyapu kediktatoran kerajaan tentera di Myanmar ini".
Pada Sabtu lepas kira-kira 2,000 orang sami berarak di jalan di sini, 10,000 orang di Mandalay dan ribuan lagi di 5 buah bandar di sekitar Myanmar.
Ms Suu Kyi emerged tearfully on Saturday from the home where she has been under house arrest since 2003 to pray with the monks, after they were allowed through a roadblock.