Memaparkan catatan dengan label dari youtube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dari youtube. Papar semua catatan

30 September 2007

Revolusi Dari Atas Talian

terima kasih tolimoli
video asal SBS Australia

Protes Baru di Burma


Hampir seribu orang mengadakan demonstrasi di kota raya Rangoon, bandar utama di Burma. Walaupun sudah masuk hari ke-3 pihak rejim tentera melakukan pembasmian protes secara ganas, rakyat tetap keluar beramai-ramai di jalan raya.

Jumlah kali ini dilaporkan lebih kecil daripada jumlah yang mengikuti perarakan para sami Buddha tempoh hari. Para demonstran melaungkan slogan-slogan anti junta dan pro demokrasi sebelum dipukul oleh pihak berkuasa anti-rusuhan.

Demonstrasi dan protest ini adalah bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan delegasi khas dari PBB Ibrahim Gambari. Duta besar UK ke Burma, Mark Canning berkata bahawa pekung di dada dapat disorok, tetapi tekanan tetap ada.

Di tengah-tengah pekan kecil Pakokku, ratusan sami Buddha didapati mengetuai perarakan aman ribuan demonstran. Stesyen TV milik kerajaan terdahulu mengisytiharkan keadaan Burma sekarang sudah kembali aman dan tenang. Stesyen TV itu juga turut melaporkan bahawa di sebuah negeri di utara Burma -- Kachin, perhimpunan pro kerajaan telah di adakan. (sumber: BBC World)



terima kasih
tolimoli
video asal SBS Australia

28 September 2007

9 Terbunuh Pada Hari Kedua Pertempuran


RANGOON: Stesyen televisyen kebangsaan melaporkan bahawa angka kematian meningkat seramai 9 orang pada hari kedua pertempuran antara polis anti-perusuh dengan para demonstran yang diketuai oleh sami-sami Buddha dari daerah ini.

9 yang mati termasuk 8 perserta demonstrasi dan seorang yang dikatakan sesetengah pihak sebagai salah seorang video journalis yang sedang bertugas. 11 demonstran dan 31 orang tentera pula dilaporkan tercedera. Sementara beratus lagi ditangkap oleh pihak berkuasa.

Anggota-anggota majlis keselamatan PBB mengalu-alukan rancangan untuk menghantar seorang utusan khas dari petubuhan dunia itu, Ibrahim Gambari untuk berbincang dan mencari jalan perdamaian dengan pihak junta.

Penganalisis bimbang akan tercetus kembali insiden tahun 1988 yang telah mengorbankan seramai ribuan orang. Protes yang diketuai oleh pihak sami ini, berpunca dari cadangan kerajaan untuk menggandakan nilai minyak bulan lepas, menyebabkan rakyat Burma mengalami kesulitan dalam ekonomi.

Pada masa ini tiada petunjuk bahawa pihak junta akan beralah untuk menyerahkan kuasa mereka kepada rakyat Burma lebih-lebih lagi kepada sosok yang paling ditakuti, Aung San Suu Kyi. (sumber: BBC World)



terima kasih youtube dan SBS Australia.

27 September 2007

Walk 4 Justice dan Revolusi Oren


Walaupun tidak berjaya menyaingi 'Revolusi Oren' di Myanmar, yang dengar ceritanya dah berjaya mencatatkan jumlah demonstran seramai ratusan ribu orang dan membunuh 3 orang, Walk 4 Justice tidak kurang hebatnya.

Perarakan yang disifatkan oleh Edmund Bon dari Majlis Peguam sebagai paling besar pernah dianjurkan oleh NGO, telah berjaya mengumpulkan hampir 2 ribu orang peserta. Dalam mesej ringkasnya kepada semua yang terlibat beliau mengucap berbanyak terima kasih.

Katanya, "[t]hank you 4 attending/supporting the largest non-political party based protest march with a historic 2000. I am proud to be fighting the causes with u."

Sementara itu di blog Patrick Teoh, Niamah terdapat beberapa keping foto dan ulasan suasana di sekitan perarakan tersebut. Beliau menyifatkan apa yang ada di hadapannya seperti Hollywood.

Katanya, "[a]nd then it got even more Hollywood-like. Across the road I could see what would have looked like SWAT snipers on the roof of the buildings. A noisy police helicopter buzzed the area. The red FRU water cannon trucks rumbled by and parked within sight of all concerned. And on the perimeter of the Palace Of Justice steps policemen, uniformed and plain-clothed walked about busily speaking unsmilingly into squawking walkie-talkies. I looked around. With everybody smiling, laughing, talking loudly, slapping backs it all looked like we were on a Hollywood film set."

Di blog Datuk Seri Anwar Ibrahim [DSAI] -- individu yang mula-mula sekali mendedahkan perihal pita itu -- pula, mengucapkan syabaz dan tahniah atas semangat Majlis Peguam itu. Demi untuk menegakkan keadilan sanggup menghadapi risiko dicerca oleh pihak kerajaan sebagai mempunyai agenda politik pembangkang.

Katanya, "[s]aya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Peguam Negara yang meneruskan perarakan menuntut keadilan untuk mendesak penubuhan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat perkara ini."

Tambahnya lagi, "[h]anya sebuah Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dapat memulihkan keyakinan orang ramai terhadap Sistem Kehakiman negara."

terima kasih youtube.com/malaysiakini.


3 Terbunuh Sami Buddha Bertempur


YANGOON: 2 orang sami dan seorang rakyat biasa maut dibunuh pihak berkuasa dalam perhimpunan besar-besaran, proses anti-junta yang masuk hari kesembilan demonstrasi.

Pihak Amerika Syarikat [AS] dan pihak Kesatuan Eropah [EU] mengkondem keganasan yang berlaku itu dan memohon pihak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu supaya menimbangkan sekatan dikenakan ke atas Myanmar. Majlis Keselamatan PBB telah merangkakan sebuah perjumpaan khusus untuk membincangkan tentang krisis demokrasi di Myanmar nanti.

Terdahulu pada sebelah tengah hari tadi, polis anti-rusuhan menembak gas pemedih mata ke arah para sami Buddha yang cuba menolak untuk melepasi halangan di Pagoda Shwedagon, tempat ibadah penganut Buddha yang suci dan tempat bermula demonstrasi yang memakan masa lebih seminggu itu. [sumber: reuters]



terimakasih youtube dan SBS Australia
video diupload oleh tolimoli


26 September 2007

19 September 2007

UPM campur tangan pilihan raya kampus
rampas laptop pelajar atas alasan pornografi

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan mempunyai tujuan politik dengan merampas laptop pelajarnya. Namun, pelajar terbabit diajukan soalan berkaitan pilihan raya kampus, risalah yang diedarkan dan aktiviti pelajar ketika sesi memberi keterangan.

Tidak puas hati dengan tindakan ini, pelajar mengambil tindakan merakam perbuatan tersebut dan memuatkan ke dalam laman web YouTube.com. Rakaman tersebut boleh dicapai di http://www.youtube.com/watch?v=ulcf7F8qzV4.
(atau rujuk di bawah)

Video selama 8.58 minit itu, mempamerkan beberapa lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan dihalang daripada meninggalkan tempat kejadian oleh sekumpulan mahasiswa yang tidak puas hati dengan tindakan itu.

Beberapa minit selepas itu, pihak polis datang cuba menteramkan keadaan tetapi setakat video ini diambil, masih tiada penyelesaian dibuat memandangkan pihak Keselamatan UPM mahu berbincang di dalam sebuah bilik dengan mahasiswa terbabit. Pihak mahasiswa pula sebaliknya mahukan perbincangan terbuka.

Rakaman tersebut dimuatkan oleh seorang penyumbang yang meggunakan nama samaran izo4ever dua hari lalu.

HarakahDaily.net (http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=
com_content&task=view&id=9828&Itemid=28) hari ini turut melaporkan empat pelajar Universiti Malaya (UM) yang dibuang kolej tanpa alasan yang jelas. Tindakan tersebut dipercayai ekoran daripada penyertaan mereka semasa menghantar memorandum menuntut pilihan raya kampus yang adil dan bebas di Kementerian Pengajian Tinggi pada 10 Ogos yang lalu.

Laporan itu juga mengatakan, sehingga kini, pilihan raya kampus dicemari dengan insiden rampasan barang peribadi mahasiswa, penggeledahan bilik dan kereta serta gejala SMS ugutan. - Jimadie Shah Othman