Memaparkan catatan dengan label gelombang kuning. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gelombang kuning. Papar semua catatan

14 November 2007

Demokrasi Cara Malaysia









"This is democracy Malaysian's style. (Ini adalah demokrasi cara Malaysia)"

Kata-kata di atas adalah kata-kata yang keluar dari mulut seorang wartawan asing yang terkena tembakan meriam air dan percikan gas pemedih mata. Wartawan tersebut mencari berita untuk Al-Jazeera, sebuah media yang dikenali ramai akan ketelusannya menyebarkan berita-berita sensasi lagi berani. Media inilah yang bertanggung jawab menyiarkan footage-footage Usama bin Laden.

Dan pada satu masa dahulu media ini juga amat dipuji ketelusannya oleh pemerintah Malaysia dalam menyampaikan berita-berita berkenaan Islam. Seterusnya pihak pemerintah Malaysia juga mengizinkan pejabat Al-Jazeera Edisi English beroperasi di Malaysia.

Dengan membenarkan pejabat Al-Jazeera beroperasi di negara ini, pihak pemerintah mahu dunia melihat bahawa negara Malaysia adalah jagoan negara membangun yang membenarkan “ketelusan” beroperasi di Negara ini. Pemerintah juga mahu dunia melihat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang terbuka lagi positif.

Tetapi situasi yang berlaku di negara ini, seperti yang dilaporkan oleh Al-Jazeera English Edition pada hari Sabtu yang baru lepas menunjukkan ketidak telusan pemerintah. Kejadian perhimpunan rakyat aman dan cara polis mengendalikan para demonstran amat memalukan.

Ini ditambah dengan gelagat "lucu" Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin atau panggilan mesranya ZAM. Jelas terpancar sikap Zam yang emosional; menjawab sementara wartawan sedang bercakap atau ingin menanyakan soalan tambahan. Amat memalukan.

Hamish MacDonald, wartawan dari Al-Jazeera itu secara tulus menyampaikan berita untuk tatapan jutaan penonton. Seperti Al-Jazeera suasana itu dikongsi bersama oeh BBC, CNN dan beberapa lagi agensi berita antara bangsa seperti AP, AFP, Reuters dan lain-lain lagi.

Jika Al-Jazeera mengelirukan rakyat, maka samalah juga keadaannya dengan BBC, CNN, AP, AFP, dan Reuters. Mungkin ada "konspirasi peringkat tertinggi", untuk membunuh imej negara terutamanya parti pemerintah. Mungkin. Tak masuk akal.

Di sisi lain pula, media arus perdana seperti mahu bersekongkol dengan parti pemerintah; menutup apa sebenarnya yang terjadi Sabtu lepas. Jumlah yang menghadiri perhimpunan itu kata mereka 4 ribu lebih orang sahaja, sedangkan laporan dari akhbar-akhbar dari luar negara mengatakan menurut laporan polis seramai 30 000 orang dan menurut BERSIH pula 40 000 orang menghadiri perhimpunan raksasa itu.

Betul kata Prof Dr. Hamdan Adnan, sikap ketidak telusan hanya akan menyebabkan masyarakat pembaca akhbar tidak akan membeli akhbar atau pergi ke sumber alternative lain. Seperti yang terjadi ketika pada zaman reformasi 1998. Kredibiliti akhbar dalam melaporkan hal sebenar diragui.

Dan situasi pada masa kini seakan membenarkan Indeks Kebebasan Akhbar RSF (Reporters Without Borders) yang meletakkan Malaysia di tangga ke 124 turun dari kedudukan tahun lepas iaitu di tangga 92. Tahap rating Malaysia amat mengecewakan jika mahu dibandingkan dengan beberapa buah lagi negara kecil dan miskin lain seperti Mongolia (74), Kemboja (85), Timor-Leste (94), dan Bhutan (116).

Apa yang terjadi Sabtu lepas, merupakan lubang kubur yang sudah siap digali, tinggal hendak memasukkan jenazah ke dalam kubur. Mahu dibawa beramai-ramai ke bawah, ke dalam kubur atau mahu sahaja jenazah menggolek-golekan diri, turun sendiri ke dalam kubur -- namun ia pasti sukar dilakukan atau boleh sahaja tidak mungkin dilakukan.

Jangan pula jenazah itu demokrasi, demokrasi yang gagal untuk marak di rantau ini atau sahaja ke alam dunia membangun atau dunia ketiga. Walaupun gagal untuk marak, namun ia tetap berkembang pesat; nyaris ada dunia siber ini. Pihak pemerintah mungkin boleh mengharamkan kritik kepadanya tetapi di dunia siber ini masalah jurisdiksi menjadi penghalang.

Dunia sekarang berteraskan demokrasi yang mementingkan hak asasi manusia, kebebasan akhbar dan lain-lain. Gelombang kuning Sabtu lepas mengisyaratkan kepada yang berkenaan bahawa demokrasi cuba untuk hidup di Malaysia; menggunakan talian hayat perhimpunan raksasa aman. Cuma persoalannya sekarang adakah demokrasi di Malaysia perlu satu lagi talian hayat selepas ini untuk menyelamatkannya dari terus mati dan terkubur. Mungkin. -- Zulfikar Samsuri

11 November 2007

BBC: BERSIH Rally for Electoral Reform in KL, Malaysia



From: daulattuanku

Gathering in Kuala Lumpur 10 Nov 2007 - NTV7 version



From: matsputnik

CNN: BERSIH Rally for Electoral Reform in KL, Malaysia



From: daulattuanku

Zainuddin at AlJazeera: BERSIH Rally for Electoral Reform



From: daulattuanku

Berita Dari Luar Negara Tentang Perhimpunan 10 November

p/s - ini sahaja yang pihak kami sediakan. Ada yang menggunakan pelbagai tajuk tetapi beritanya sama sahaja. Ini kerana syarikat-syarikat penerbitan itu mengguna berita daripada agensi berita. Senarai ini, kali terakhir dikemaskini pada jam 5:01 minit petang.

Liputan Video Perhimpunan BERSIH oleh Malaysiakini



10 November 2007

Violence reigns Malaysia opposition protests - 10 Nov 07



dari AlJazeeraEnglish
tarikh 10/11/07

PM: Mereka Bukan Cabar Saya, Tapi Undang-undang dan Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (atau juga, panggilan mesranya Pak Lah) menganggap bahawa Bersih mencabar bukan dirinya, tetapi undang-undang dan rakyat yang mahukan negara aman, selamat dan stabil sepanjang masa.

Beliau berkata demikian susulan daripada pendirian Bersih yang tetap mahu adakan perhimpunan raksasa 1000 000 orang, walaupun pehimpunan itu akan diadakan secara haram (permohonan untuk mendapatkan permit ditolak) - dan sudah beberapa kali amaran dikeluarkan.

Dipetik dari malaysiakini beliau sebagai berkata,"[i]tulah yang mereka cabar, bukan saya... tapi saya pantang dicabar. Bila polis kata jangan, mereka hendak (adakan) juga, tentukan akan berlaku sesuatu yang tidak baik, biasanya tindakan itu akan jadi kacau..."

Katanya lagi, dalam berita yang sama, "[t]engok apa yang berlaku di Terengganu baru-baru ini, satu kejadian yang kita tidak dapat diterima, satu kejadian liar, bukan cara kita, bukan cara Malaysia, bukan cara demokrasi Malaysia, amalan demokrasi jalan, kita tidak dapat terima langsung."

Pak Lah juga mempersoalkan niat mereka yang mahu berhimpun; jika benar mereka mahu suatu sistem pilihanraya bebas dan adil, tentu tiada negeri yang akan dimenangi oleh pembangkang. - malaysiakini

08 November 2007

Pulihkan Institusi Demokrasi: DSAI

Ratusan ribu Rakyat akan tetap turun ke Dataran Merdeka walaupun sudah ada amaran dikeluarkan. Pihak berkuasa dan pemerintah nampaknya gagal menegah mereka dari berhimpun.

Ada di antara mereka berkata bahawa cara mereka itu sah di segi undang-undang dan amalan ini adalah amalan biasa bagi sebuah negara demokrasi, walaupun pihak polis berkali-kali memberi peringatan bahawa sesiapa yang hadir ke perhimpunan tersebut bisa dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam kenyataannya yang keluar pada awal hari ini sempena perhimpunan 100 000 rakyat yang akan diadakan pada hari sabtu ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengingatkan kembali kepada kerajaan bahawa suara rakyat akan kembali bergema di Dataran Merdeka pada hari sabtu ini.

Pada 1998, petang sewaktu DSAI akan ditahan polis, satu perhimpunan raksasa melibatkan hampir 300 000 (ada yang mengtakan jumlah itu mencapai angka jutaan) rakyat berlangsung di Dataran Merdeka. Ketika itu, kata yang dilaungkan ialah "re-for-ma-si!."

Dalam kenyataan itu juga, DSAI mendesak pihak kerajaan supaya melaksanakan perubahan kepada institusi demokrasi di negara ini dn sistem pilihan raya dijamin sebagai telus dan adil.

"Desakan kami kepada kerajaan untuk melaksanakan perubahan ini tidak diendahkan. Mereka telah mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan institusi demokrasi di negara kita dapat berfungsi dengan baik. Maka rakyat Malaysia menuntut dari Raja-Raja Melayu untuk memastika kerajaan Malaysia melaksanakan amalan asas bagi pilihan raya yang telus dan adil sebagaimana dilaksanakan di demokrasi moden di seluruh dunia," antara lain tulisnya di dalam kenyataan sepanjang tujuh perenggan itu.

Beliau turut menyentuh soal skandal kehakiman yang melibatkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz, tentang penggunaan pengundi hantu dan tekanan terhadap pengundi.

"Seramai 40,000 undi haram telah dikenalpasti di Selangor sahaja bagi Pilihan Raya Umum 2004. Dalam 12 bulan kebelakangan ini, kami mempunyai bukti bagaimana pengundi yang dikira menyokong pembangkang dipindahkan keluar dari daerah-daerah di mana sokongan UMNO lemah," tambah beliau lagi.

"Jika Suruhanjaya Pilihan Raya yakin dengan ketelusan pengurusan pilihan raya, mengapa mereka tidak membenarkan pemantau antarabangsa untuk masuk ke negara bagi memerhati dan melaporkan proses pilihan raya kita? Mengapakah tawaran kerjasama oleh badan antarabangsa dan serantau tidak diendahkan atau ditolak?"

[kenyataan penuh]

09 November 2000

Kenyataan Akhbar Anwar Ibrahim

Petaling Jaya, Malaysia - Suara rakyat akan kembali ke Dataran Merdeka Sabtu ini apabila puluhan ribu rakyat Malaysia akan melaksanakan hak demokratik meeka untuk berhimpun secara aman menuntut perubahan sistem pilihan raya negara.

Desakan kami kepada kerajaan untuk melaksanakan perubahan ini tidak diendahkan. Mereka telah mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan institusi demokrasi di negara kita dapat berfungsi dengan baik. Maka rakyat Malaysia menuntut dari Raja-Raja Melayu untuk memastika kerajaan Malaysia melaksanakan amalan asas bagi pilihan raya yang telus dan adil sebagaimana dilaksanakan di demokrasi moden di seluruh dunia.

Bukti penipuan cukup jelas dan lengkap. Skandal kehakiman terbaru membabitkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz menunjukkan seluruh jentera kerajaan telah disalahgunakan untuk melindungi dan memelihara kedudukan pimpinan UMNO.

Media bebas telah menerbitkan analisa yang cukup mendalam tentang kesan penipuan termasuk penggunaan pengundi hantu dan tekanan terhadap pengundi. Seramai 40,000 undi haram telah dikenalpasti di Selangor sahaja bagi Pilihan Raya Umum 2004. Dalam 12 bulan kebelakangan ini, kami mempunyai bukti bagaimana pengundi yang dikira menyokong pembangkang dipindahkan keluar dari daerah-daerah di mana sokongan UMNO lemah.

Jika Suruhanjaya Pilihan Raya yakin dengan ketelusan pengurusan pilihan raya, mengapa mereka tidak membenarkan pemantau antarabangsa untuk masuk ke negara bagi memerhati dan melaporkan proses pilihan raya kita? Mengapakah tawaran kerjasama oleh badan antarabangsa dan serantau tidak diendahkan atau ditolak?

Saya mendesak pihak berkuasa untuk menghormati hak rakyat unuk berhimpun secara aman.

Saya mengalu-alukan inisiatif Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) kerana menganjurkan perhimpunan aman ini dan saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam acara bersejarah ini. Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajan demokratik yang boleh dibanggakan dan kita mesti bersedia untuk berjuang mencapai matlamat tersebut.

ANWAR IBRAHIM