30 Julai 2007

Mungkin tersilap agaknya... - Adlan Razak


SHAH ALAM - Seorang pensyarah undang-undang di sini hari ini mengeluarkan pendapat bahawa Raja Petra Kamaruddin mungkin tersilap dalam menyatakan pendapat tentang masalah jurisdiksi internet.

Menurut Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam artikelnya di Malaysia Today, yang berjudul "A comedy of errors, ""Let me put it another way," I told the police. "Sodomy is a crime in Malaysia and you can get sent to jail for nine years for the crime of sodomy even if you are a Deputy Prime Minister. In England, men can marry men and you will even receive a congratulatory message from the British Prime Minister. So, sodomy is not a crime in the UK and you do not go to jail.""

Raja Petra Kamaruddin juga berpendapat bahawa Akta Hasutan Malaysia tidak boleh dikenakan ke atas dirinya. Ini kerana baginya, blognya itu adalah "rakyat negara luar", maka undang-undang Malaysia tidak tertakluk pada blognya.

Dalam pendapat ringkasnya Adlan Razak ketika dihubungi wakil RK berkata, "[s]aya rasa RPK silap buat kenyataan agaknya, sebab kita masih boleh memastikan jurisdiksinya dalam hal ini. Cumanya kita nak [cuba cari] bukti sama ada yang dia boleh atau tidak mengawal komen-komen yang muncul diblognya."

Dalam perkembangan berkaitan, Rosli Ismail seorang penulis dari web berita AgendaDaily.com menulis di dalam artikelnya yang disiarkan di blog Malaysia Today, berjudul "Raja Petra cetuskan persoalan besar…" bertarikh 27/07/o7, berkata, "[s]eorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina kedengaran bertanya rakannya, "Katakan seorang pelancong asing datang ke Malaysia dan melakukan jenayah membunuh orang di sini apakah dia tidak tertakluk di bawah undang-undang Malaysia atas alasan dia bukan pemegang paspot Malaysia." Rakannya yang kelihatan mengaru kepala menjawab, "Kita selalu dengar orang asing dihadapkan ke mahkamah di sini kerana buat salah."

Mohd Sayuti Omar (MSO) di dalam artikelnya berjudul "Jangan tutup pintu 'Ijtihad' IT negara!" pula mengatakan bahawa "...perkara yang sedang diujikaji dan tindakan ke atas Raja Petra itu sebagai cubaan terhadap kekebalan undang-undang negara ini dan sejauh mana universal bidang kuasanya. Adalah dipercayai undang-undang yang diujikaji ke atas fenomena ini ialah seperti Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama-sama kita tunggu apakah Raja Petra akan disabitkan dengan mana-mana akta berkenaan." -- Zulfikar Samsuri

29 Julai 2007

Iraq juara Piala Asia


JAKARTA - Younis Mahmoud membuktikan pada minit ke 71, bahawa sebuah negara yang bergolak tidak menghalang mereka untuk jadi juara. Gol daripada hantaran sepakan sudut tersebut, yang kemundiannya disambut dengan tandukan bebas berjaya membawa Iraq menjadi pemenang kali yang ke 13.

Iraq yang mempunyai banyak peluang untuk mendahului Arab Saudi dan menambah jaringan, dikecewakan oleh ketangkasan penjaga gol Arab Saudi, dan kegagalan barisan serangan yang diketuai oleh ketua pasukan, Younis Mahmoud.
Pun begitu, Iraq berjaya juga mengatasi Arab Saudi dengan kelebihan cuma satu jaringan, iaitu hasil jaringan Younis Mahmoud itu. Younis juga menjadi turut memenangikasut emas bersama-sama dengan Naohiro Takahara (Jepun) danYasser Al Qahtani (Saudi Arabia) dengan menjaringkan empat gol. Jumlah itu juga termasuk dengan jumlah gol yang dijaringkan semalam.
Malaysia yang turut menyertai kejohonan tersebut [melalui quota tuan rumah] hanya berada di peringkat kumpulan sahaja dengan menjadi pasukan yang mendiami tempat tercorot kumpulan selepas dibelasah teruk 5-1 dengan China, 5-0 dengan Uzbekistan dan 2-0 dengan Iran.

22 Julai 2007

Dakwat: Boleh padam?


beritaPetaling Jaya: Sistem terbaru, menggunakan dakwat sebagai tanda sudah mengundi, dikatakan akan diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] dalam pilihan raya umum ke-12 [PRU12] yang akan berlangsung pada bila-bila masa.

Dakwat itu dikatakan akan kekal selama beberapa hari di ibu jari. Tetapi benarkah, dakwat yang dikatakan akan kekal, akan terus kekal mengikut selama mana waktunya?

Dalam sebuah laporan oleh akhbar online mSTAR bertarikh 19-07-2007, mendedahkan bahawa The Times of India pada ketika pilihan raya umum di negara itu pada 2004, melaporkan bahawa terdapat banyak pihak mendakwa, dakwat yang diguna boleh dicuci dengan campuran kimia tertentu. Dan campuran itu dikatakan telah dikeluarkan oleh pengeluar tempatan, setiap kali menjelang pilihan raya.

Walaubagaimanapun menurut laporan itu lagi, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata kepada wakil media itu, "[s]ama ada ia (dakwat) boleh dibasuh atau tidak, tidak menjadi asas bagi kita membuat keputusan. Lagipun, kita telah uji keberkesanan dakwat yang digunakan SPR India. Dua orang ahli suruhanjaya telah menyapukan dakwat itu ke jari masing-masing hampir sebulan lalu, sehingga hari ini pun jari mereka masih bertanda. Mereka beritahu saya, telah bermacam-macam cara digunakan, termasuk menggunakan alkohol bagi menghilangkan tanda itu, tetapi ia kekal sehingga hari ini."

20 Julai 2007

Kaitan Undang-undang dan Sepasang Bra






Begitu juga dengan coli yang sudah lapuk. Coli atau bra yang sudah lapuk, ibarat undang-undang lama yang ketinggalan zaman. Kusam, masam dan berkuman. Getahnya juga longgar. Cangkuknya kadang-kadang ada yang patah. Bahaya untuk kesihatan! [lagi]

14 Julai 2007

PIDATO MALAM APUKe-9


Oleh Komunite Seni Jalan Telawi (KSJT)
Bangsar, Kuala Lumpur. 26 september 2003.

Dalam sejarah moden, betapa pesatnya produk animasi, seperti di jepun sejak lebih 20 tahun lalu , telah mampu bikin kikta ketawa dengan Doraemon, menonton Transformer, atau Ultraman. Kita juga kagum dengan kegigihan pengkarya filem Iran untuk menggelecek setiap kon undang- undang penapisan yang di pasang pemerintah negara itu. Jepun yang jauh lebih maju, Iran pula yang serba kurang: sama-sama kongsi asas kesenian, iaitu jiwa merdeka. [lagi]



13 Julai 2007

Bersama Sdr MR al-Mustaqeem (ketika itu Editor Majalah Siasah)


Sebetulnya, saya tidak minat dengan politik kepartian dan tidak banyak bercampur dengan orang-orang parti walaupun pernah menulis di tabloid yang saudara sebutkan. Fathi Aris Omar pernah menulis tentang MASPARTI (Masyarakat Politik Tanpa-Parti) dan saya amat menyukai istilah serta menyetujui gagasannya. Parti politik perlu dan harus terus wujud. Dalam masa yang sama, ruang publik perlu dibesarkan. Masyarakat Madani yang pernah dihebahkan dulu perlu diteruskan wacana tentangnya. Pemikiran Habermas tentang "public sphere" perlu diteliti. [lagi]

Pena: Mungkinkah Selesai Masalah?

Oleh Pauh Janggi dan Sam Ahmad

Kejatuhan imprealis-imprealis ini yang terdiri daripada bangsa sendiri juga memerlukan peranan penulis. Das Kapital hasil penulisan Karl Marx, memainkan peranannya di Rusia. Risalah-risalah dan tulisan-tulisan berbau revolusi juga tersebar dengan meluas di Iran. Sama seperti peranan al-Imam, Saudara, Idaran Zaman, Panduan, Lidah Benar dan Novel Hikayat Faridah Anum di Tanah Melayu sebelum merdeka. Menjadi suara penentang kepada ketidakadilan dan penjajah yang menyekat kebebasan rakyat. [lagi]


Media: Bolehkah Sampai Ke Titik Bebas?

Oleh Zulfikar Samsuri

Mungkin jika aku tanya soalan ini pada aktivis reformasi, mereka mungkin akan menjawab: "Jika takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan." Aku tak puas dengan jawapan tersebut. Dan pula jika aku bertanya pada seorang yang pro kerajaan, mungkin ini jawapannya: "Apa perkara yang benar? Semua sudah benar sekarang! Yang kau cari pasal, nak tegakkan benang yang basah, buat apa?" [lagi]

Provokasi

Oleh Zulfikar Samsuri

Lihat sahaja baginda yang pernah dimarahi oleh orang yang berbangsa Yahudi, dilempar tahi, dipenggal sampah tidak melawan kembali perbuatan yang dilakukan orang Yahudi berkenaan kerana bagi baginda perbuatan yang tak elok mestilah dibalas dengan baik. Baginda menafikan konsep "eye for an eye" yang sudah sebati dengan budaya raja-raja Inggeris pada ketika itu. [lagi]