YANGOON: Sami-sami yang berdemonstrasi, berarak di jalan - jalan raya akan berhadapan dengan tindakan undang-undang jika terus berbuat demikian.
Brig Gen Thura Myint Maung, Menteri Agama Myanmar juga sebelum itu memberi amaran supaya para sami itu tidak melanggar ajaran agama Buddha yang lebih suka pada cara damai dan bukannya cara kasar seperti berdemonstrasi ini.
Demonstrasi ini sudah masuk hari ke lapan dalam usaha untuk menjatuhkan rejim tentera yang sudah bertapak di Myanmar ini lebih dari 20 tahun. Di lihat bahawa kebangkitan kali ini adalah yang terbesar sejak tahun 1988. Penubuhan sebuah organisasi bernama Alliance of All Burmese Buddhist Monks -- yang tertubuh hasil dari demonstrasi ini, berjanji bahawa mereka tidak akan berundur selagi belum "membersihkan" Myanmar dari kediktatoran tentera.
Selain di Yangoon terdapat hampir 20 buah pekan kecil dekitarnya, termasuk yang di Mandalay, Pakokku dan Sittwe yang terlibat dalam perhimpunan raksasa ini. Perhimpunan raksasa itu berjaya mengumpulkan hampir 100 000 rakyat Myanmar terutamanya para sami itu. (sumber BBC) -- Zulfikar Samsuri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan