Memaparkan catatan dengan label antara bangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label antara bangsa. Papar semua catatan

01 Oktober 2007

Beratus Sami di Khuatiri Terbunuh


Ribuan pemprotes mati dan beratus mayat sami Buddha ditembak dan dicampakkan ke dalam hutan dedah seorang bekas pegawai perisik yang berkhidmat untuk rejim tentera suatu masa dahulu.

Seorang diplomat Sweden pula yang melawat Rangoon berkata Revolusi di Burma kali ini adalah gagal. Kata Liselotte Agerlid, yang sekarang berada di Thailand, "rejim sudah menang dan generasi baru Burma ini sekarang berhadapan dengan tekanan yang lebih hebat dan teruk dinafikan hak-hak demokrasi.

"Sekarang pihak rejim telah berjaya membasmikan revolusi ini dan hasilnya rejim akan terus berkuasa dengan nyaman, lagi 20 tahun, ruling by fear." (thisislondon)

30 September 2007

Revolusi Dari Atas Talian

terima kasih tolimoli
video asal SBS Australia

Protes Baru di Burma


Hampir seribu orang mengadakan demonstrasi di kota raya Rangoon, bandar utama di Burma. Walaupun sudah masuk hari ke-3 pihak rejim tentera melakukan pembasmian protes secara ganas, rakyat tetap keluar beramai-ramai di jalan raya.

Jumlah kali ini dilaporkan lebih kecil daripada jumlah yang mengikuti perarakan para sami Buddha tempoh hari. Para demonstran melaungkan slogan-slogan anti junta dan pro demokrasi sebelum dipukul oleh pihak berkuasa anti-rusuhan.

Demonstrasi dan protest ini adalah bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan delegasi khas dari PBB Ibrahim Gambari. Duta besar UK ke Burma, Mark Canning berkata bahawa pekung di dada dapat disorok, tetapi tekanan tetap ada.

Di tengah-tengah pekan kecil Pakokku, ratusan sami Buddha didapati mengetuai perarakan aman ribuan demonstran. Stesyen TV milik kerajaan terdahulu mengisytiharkan keadaan Burma sekarang sudah kembali aman dan tenang. Stesyen TV itu juga turut melaporkan bahawa di sebuah negeri di utara Burma -- Kachin, perhimpunan pro kerajaan telah di adakan. (sumber: BBC World)



terima kasih
tolimoli
video asal SBS Australia

28 September 2007

9 Terbunuh Pada Hari Kedua Pertempuran


RANGOON: Stesyen televisyen kebangsaan melaporkan bahawa angka kematian meningkat seramai 9 orang pada hari kedua pertempuran antara polis anti-perusuh dengan para demonstran yang diketuai oleh sami-sami Buddha dari daerah ini.

9 yang mati termasuk 8 perserta demonstrasi dan seorang yang dikatakan sesetengah pihak sebagai salah seorang video journalis yang sedang bertugas. 11 demonstran dan 31 orang tentera pula dilaporkan tercedera. Sementara beratus lagi ditangkap oleh pihak berkuasa.

Anggota-anggota majlis keselamatan PBB mengalu-alukan rancangan untuk menghantar seorang utusan khas dari petubuhan dunia itu, Ibrahim Gambari untuk berbincang dan mencari jalan perdamaian dengan pihak junta.

Penganalisis bimbang akan tercetus kembali insiden tahun 1988 yang telah mengorbankan seramai ribuan orang. Protes yang diketuai oleh pihak sami ini, berpunca dari cadangan kerajaan untuk menggandakan nilai minyak bulan lepas, menyebabkan rakyat Burma mengalami kesulitan dalam ekonomi.

Pada masa ini tiada petunjuk bahawa pihak junta akan beralah untuk menyerahkan kuasa mereka kepada rakyat Burma lebih-lebih lagi kepada sosok yang paling ditakuti, Aung San Suu Kyi. (sumber: BBC World)



terima kasih youtube dan SBS Australia.

27 September 2007

3 Terbunuh Sami Buddha Bertempur


YANGOON: 2 orang sami dan seorang rakyat biasa maut dibunuh pihak berkuasa dalam perhimpunan besar-besaran, proses anti-junta yang masuk hari kesembilan demonstrasi.

Pihak Amerika Syarikat [AS] dan pihak Kesatuan Eropah [EU] mengkondem keganasan yang berlaku itu dan memohon pihak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu supaya menimbangkan sekatan dikenakan ke atas Myanmar. Majlis Keselamatan PBB telah merangkakan sebuah perjumpaan khusus untuk membincangkan tentang krisis demokrasi di Myanmar nanti.

Terdahulu pada sebelah tengah hari tadi, polis anti-rusuhan menembak gas pemedih mata ke arah para sami Buddha yang cuba menolak untuk melepasi halangan di Pagoda Shwedagon, tempat ibadah penganut Buddha yang suci dan tempat bermula demonstrasi yang memakan masa lebih seminggu itu. [sumber: reuters]



terimakasih youtube dan SBS Australia
video diupload oleh tolimoli


25 September 2007

Sami Teruskan Protes Anti Junta


YANGOON: Ribuan Sami Buddha dan warga negara lain yang bersimpati dengan perjuangan mereka menolak arahan kerajaan supaya menjauhkan diri dari politik. Dan kira-kira lebih 700 orang lagi melakukan protes dan aksi di Mandalay.

Didapati bertrak-trak askar telah dikerahkan untuk 'berkubu' di sini, bandar raya paling besar di Myanmar.

"People do not tolerate the military government any longer," kata seorang sami kepada wakil Assosiated Press (AP).

Presiden Bush tadi mengumumkan sekatan ekonomi baru Amerika Syarikat (AS) ke atas Myanmar. Mendakwa bahawa regim tentera negara itu mengamalkan pemerintahan kuku besi menidakkan hak asasi untuk berbicara, berhimpun dan menjalankan ibadah. (yahooxtranews) - Zulfikar Samsuri

Rejim Tentera Ancam Sami Berdemonstrasi

YANGOON: Sami-sami yang berdemonstrasi, berarak di jalan - jalan raya akan berhadapan dengan tindakan undang-undang jika terus berbuat demikian.

Brig Gen Thura Myint Maung, Menteri Agama Myanmar juga sebelum itu memberi amaran supaya para sami itu tidak melanggar ajaran agama Buddha yang lebih suka pada cara damai dan bukannya cara kasar seperti berdemonstrasi ini.

Demonstrasi ini sudah masuk hari ke lapan dalam usaha untuk menjatuhkan rejim tentera yang sudah bertapak di Myanmar ini lebih dari 20 tahun. Di lihat bahawa kebangkitan kali ini adalah yang terbesar sejak tahun 1988. Penubuhan sebuah organisasi bernama Alliance of All Burmese Buddhist Monks -- yang tertubuh hasil dari demonstrasi ini, berjanji bahawa mereka tidak akan berundur selagi belum "membersihkan" Myanmar dari kediktatoran tentera.

Selain di Yangoon terdapat hampir 20 buah pekan kecil dekitarnya, termasuk yang di Mandalay, Pakokku dan Sittwe yang terlibat dalam perhimpunan raksasa ini. Perhimpunan raksasa itu berjaya mengumpulkan hampir 100 000 rakyat Myanmar terutamanya para sami itu. (sumber BBC) -- Zulfikar Samsuri


23 September 2007

Sami berdemonstrasi


YANGON: BBC, sebuah media antara bangsa yang berpengkalan di U.K, melaporkan kira-kira seramai 5 000 orang sami Buddha yang disertai oleh ratusan orang rahib berarak di jalan raya menunjukkan protes mereka kepada kerajaan tentera dan menuntut supaya kerajaan tentera di Myanmar supaya berakhir.

Difahamkan, demonstrasi dan protes itu adalah perarakan terbesar yang dianjurkan pihak pembangkang sejak kebangkitan tahun 1988. Menurut laporan itu lagi, "[p]ada Jumaat lepas, Alliance of All Burmese Buddhist Monks, yang mengetuai demonstrasi, bersumpah untuk meneruskan (demonstrasi) itu sehingga mereka berjaya "menyapu kediktatoran kerajaan tentera di Myanmar ini".

Pada Sabtu lepas kira-kira 2,000 orang sami berarak di jalan di sini, 10,000 orang di Mandalay dan ribuan lagi di 5 buah bandar di sekitar Myanmar.

Ms Suu Kyi emerged tearfully on Saturday from the home where she has been under house arrest since 2003 to pray with the monks, after they were allowed through a roadblock.