Memaparkan catatan dengan label zulfikar samsuri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zulfikar samsuri. Papar semua catatan

11 Jun 2008

Baik haramkan saja Islam Hadhari ini

Oleh Zulfikar Samsuri

editorialSah, Pulau Pinang tidak akan mempromosikan lagi apa yang dipanggil Islam Hadhari di negeri itu. Ini memetik kata timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin kepada akhbar atas talian Malaysiakini bertarikh 9 Jun 08.

Katanya lagi, "[k]ita akan menumpukan untuk membangunkan dan menggerakkan sebanyak-banyaknya segala program-program Islam yang telah sedia ada dan kita syiarkan tujuan itu tanpa perlu menggunakan istilah-istilah yang mengelirukan.”

Mengutip apa yang diperkatakan oleh Luthfi Assyaukanie dalam ruangan editorialnya di web rasmi Jaringan Islam Liberal, “[n]amun, Islam Hadhari yang diperkenalkan Badawi tampaknya hanya sekadar retorika belaka. Sambil terus mempromosikan konsep itu, dia melakukan kebijakan-kebijakan politik yang sesungguhnya bertentangan dengan semangat Islam Hadhari. Misalnya, dalam dua tahun terakhir pemerintahannya, Badawi adalah penguasa Malaysia yang paling sering mengeluarkan daftar buku-buku terlarang, khususnya buku-buku yang terkait dengan sejarah dan pemikiran Islam.”

Tulisan beliau yang bertajuk Runtuhnya Islam Badawi itu bertarikh 15 Mac 2008 iaitu beberapa hari sejurus selepas Pilihan Raya Umum 12 pada 8 Mac lalu. Jika benar apa yang diperkatakan oleh Luthfi itu, maka lebih baik diharamkan saja Islam Hadhari. Ia jika digambarkanan oleh Luthfi itu ternyata sangat bertentangan sekali dengan semangat kebebasan yang dicita-citakan oleh Islam Hadhari.

Dua baris yang terakhir petikan tersebut yang berbunyi, “Badawi adalah penguasa Malaysia yang paling sering mengeluarkan daftar buku-buku terlarang, khususnya buku-buku yang terkait dengan sejarah dan pemikiran Islam.” Dengan jelas menggambarkan bagaimana sikap Islam Hadhari yang sebenar. .

Dalam sebuah artikel di web rasmi Islamhadhari.net, di bawah tulisan bertajuk “‘Keterbukaan’ dalam Islam Hadhari”, Abu Hatim penulis artikel tersebut telah menggambarkan tentang keterbukaan Islam Hadhari ini.

“Begitu luas dan tingginya ajaran agama Islam itu sedangkan pemahaman umat Islam kini masih lagi tertutup sehingga ada yang menganggap mempelajari sains pun adalah haram dengan memberikan alasan bahawa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, sedangkan sains menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain. Bagi mereka, hanya bahasa Arab yang diperakui kesucian dan ketulenannya di sisi Allah s.w.t.”

Nampak ada pertentangan di sini; di antara apa yang ditulis oleh Abu Hatim dengan tulisan Luthfi Assyaukanie. Mana mungkin Islam Hadhari yang terbuka ini dilihat tertutup dengan sikap-sikap yang telah ditunjukkan oleh Pak Lah.

Lagi, jangan kita haramkan Islam Hadhari tetapi biarlah ia tidak menjadi ideology sesebuah negeri. Apabila ia menjadi semacam ideology bagi sesebuah negeri – tanggungjawab bagi negeri tersebut untuk menyebarkan ideology ini – maka dengan sendirinya akan ada peruntukkan bersifat kewangan untuk menyebarkan ideology tersebut.

Bukankah itu merupakan sesuatu yang membazir di kala rakyat dihadapkan dengan krisis ekonomi yang begitu mencengkam.

Sebaiknya kita tak mengharamkan Islam Hadhari tetapi cukuplah cuma ia tidak perlu lagi menjadi ideologi sesebuah negeri. Jika ada orang perseorangan atau sesebuah entity bukan kerajaan yang mahu mengangkat Islam Hadhari menjadi ideology mereka silakan, jangan larang.
Dan, seeloknya kerajaan dikedua-dua buah negeri bisa mengamalkan Islam yang lebih progresif dan menitik beratkan nilai-nilai demokrasi yang tinggi kerana begitulah Islam itu wujud!



Zulfikar Samsuri
Editor Blogzine Republik Kata


28 Mei 2008

Suara Rakyat: "Bukan kata nak rogol, kadang-kadang tak stim pun!"

beritadikemaskini7:49pmDari isu tentang uniform remaja perempuan di sekolah, isu ura-ura Ezam kembali ke pangkuan UMNO, isu TDM dan hinggalah ke isu pembatalan penggunaan dakwat kekal kami berusaha sekali lagi untuk mencari suara rakyat Malaysia daripada kalangan pelbagai golongan.

Penggunaan serta pembatalan 'dakwat kekal' seakan terburu-buru pada saat-saat akhir sebelum PRU12 hendak dijalankan. Persoalannya sekarang seperti ada konspirasi antara tiga entity utama kerajaan -- Suruhan jaya Pilihan Raya (SPR), Peguam Negara (AG) dan Ketua Polis Negara (KPN).

Pembatalan ini bukan akan mendiamkan mereka yang jelas menentangnya tetapi menguatkan jerit pekik mereka ini. Walau bagaimanapun BERSIH dan NIEI sebagai NGO yang bersifat memantau perlu ada bukti-bukti yang sahih jika tidak mungkin akan mencemarkan kredibiliti SPR.

PKPIM sebagai sebuah NGO Islam perlulah mengkaji sepenuhnya termasuk membuat soalan rambang kepada para pelajar, ibu bapa dan orang ramai. Supaya saranan ini (uniform seksi) akhirnya mendapat sambutan. Jika PKPIM berjaya membuktikan betul dakwaan mereka, rakyat Malaysia pasti akan mengikuti saranan mereka.

Ini memandangkan bahawa nafsu manusia bergantung kepada orang yang tertentu. Betul kata seorang responden yang kami hubungi, “[s]elera seks orang berbeza-beza. Macam-macam channel. Kalau ada jenis yang tengok tiang lampu pun dah terbangkit nafsu, nak tukar tiang lampu? Pakai baju besi pergi sekolah pun, kalau dah selera besi, besi juga.”

TDM keluar Ezam masuk. Mungkin kedua-dua saling mengait.

Seperti kata Musa Hitam bahawa duri dalam daging sudah terkeluar tetapi mungkinkah yang akan masuk menggantikan duri adalah penawar daripada luka menjadi semakin parah atau boleh saja sembilu pula menggantikn duri.

Menurut kata seorang responden beliau menolak seandainya Ezam bertindak masuk UMNO tetapi katanya lagi keadaan itu seperti seakan DSAI mahu bertindak masuk UMNO.

TDM pula mempunyai alasan-alasan tersendiri berbuat demikian (keluar parti). Kita tidak boleh menolak sifat beliau yang strategis dan hanya memandangkan tindakan beliau hanya satu lapis sahaja. Seboleh-boleh mestilah bertindak strategis seperti beliau juga.

Tentang baju-sekolah-budak-perempuan seksi

matsamankati Saya rasa, kenyataan itu dibuat berdasarkan persepsi, bukan melalui kajian ilmiah. Masa saya sekolah dulu, semua perempuan pakai pinnafore, tak ada pun kes rogol. Lepas sekolah, aku campur dengan amoi, perempuan Mat Salleh, tok sah kat nak rogol, kadang-kadang tak stim pun.

Asyran Sham Kita sebagai manusia biasa mempunyai naluri dan nafsu. Itu adalah fakta. Yang penting ialah bagaimana kita menyalurkan kehendak naluri dan nafsu kita itu ke tempat yang sepatutnya, dan juga kaedah kita membendung naluri dan nafsu kita itu supaya kita menjadi manusia dalam ertikata yang sebenar. Hanya haiwan sahaja yang tidak mempunyai akal untuk membendung nafsunya, persoalannya adakah kita mahu menjadi haiwan?

Isu ini sebenarnya terletak kepada diri kita sendiri, apakah baju atau pakaian pula yang dipersalahkan sedangkan tanggungjawab besar bermula dari diri kita sendiri. Bagi orang yang melihat baju sekolah yang nipis itu sebagai satu penyumbang kepada gejala rogol mungkin juga benar yakni dari satu aspek yang menyumbang tetapi bagi saya itu bukanlah satu cabang utamanya.

Bagi saya yang penting bagaimana kita memupuk dan membina benteng susila/moral/iman dalam diri untuk berjaya menghindarkan diri dari fitnah besar ini. Salah satu cara yang telah diajar secara tidak langsung di dalam Islam adalah dengan menundukkan pandangan.
Jikalau perkara ini dilakukan, mungkin agaknya kita dikelilingi oleh 10 wanita telanjang sekalipun kita tidak akan terjerumus ke dalam perbuatan maksiat apatah lagi merogol, kerana merogol itu satu jenayah yang berlaku secara paksaan.

Mohazo Oryza Bukan sebab baju. tapi banyak sebab. Pertama, famili-- famili taboo dengan seks. Dua, social --bahan porno murah. Tiga, cikgu-- ada cikgu perempuan seksi, cikgu tak ajar moral dan agama dengan betul. Baju cuma pemangkin untuk jiwa remaja yang bergelora dan asyik berfantasi.

Pakcik Luarotak Saya pernah bersekolah di sekolah kerajaan selama sepuluh tahun. Lima tahun pertama, baju kurung putih perempuan selalu kotor dengan sambal. Itu normal. Lima tahun kedua, saya mengalami kematangan biologi. Begitu juga kaum hawa. Keperluan pakaian tambahan bagi menyokong aset biologi kaum hawa adalah wajib. Dan bagi saya, yang sudah cukup kitaran biologi, ini yang saya, atau kami tunggu. Mereka yang berkurung putih, DAN bertudung mini, sudah cukup membuatkan, kurung kain, putih, agak jarang, dan see through itu, menampakkan jenis dan warna pakaian tambahan mereka. Untuk lebih memenuhi konteks ini, boleh nampak baju dalam. Coli. Bra. Dan kami, yang masih belum boleh mengawal hormon kematangan, gembira dengan situasi ini. Bonus, jika hujan. Selebihnya, kita sama-sama fikirkan.

Muhammad Fadhli al-Akiti Tidak wajar. Pelajar perempuan sekolah Malaysia masih tertutup dan sopan pemakaiannya jika hendak dibandingkan dengan negara Jepun atau negara barat seperti UK. Pihak lelaki dewasa yang kurang sifat 'sabar' dan mengikut nafsu diri tanpa kawalan, oleh kerana kurang pengajaran adab, tasawuf (mengajar pada pembersihan hati dan penahanan diri) dan moral (sedar yang mana betul yang mana salah bila dicampak dalam satu-satu situasi) yang menyebabkan perkara seperti rogol berlaku.

Jose Maurinhi Apahal dengan baju sekolah? Banyak lagi baju lain dalam dunia ni yang boleh membangkitkan nafsu. Baju kelawar misalnya. Mengarutlah. Selera seks orang berbeza-beza. Macam-macam channel. Kalau ada jenis yang tengok tiang lampu pun dah terbangkit nafsu, nak tukar tiang lampu? Pakai baju besi pergi sekolah pun, kalau dah selera besi, besi juga.

Ajami Hashim Jangan bakar kelambu kalau marahkan nyamuk! Permasalahan ini boleh dikembalikan kepada empunya pelajar iaitu ibubapa kerana merekalah yang 'membelikan' setiap helai pakaian seragam sekolah anak-anak mereka.

Tony Yew Sebagai wakil pertubuhan yang berasaskan agama, seseorang harus mengingatkan sendiri bahawa kemungkinan kenyataan-kenyataan seperti ini mungkin tidak dapat diterima oleh segolongan rakyat. Baju sekolah yang sedia ada sekarang ini telah di gunakan di sekolah sejak dahulu lagi. Sekiranya kadar jenayah rogol sedang meningkat, kemungkinan ini dapat dikaitkan kepada penjenayah yang makin berani kerana kekurangan penguatkuasa dari pihak polis. Selama ini, negara kita selalu mengamalkan sikap 'open' kepada semua rakyat tak kira kaum.

Sekiranya setiap kali satu pertubuhan membuat kenyataan untuk memupuk cara Islam, maka mungkin tertimbul rasa ''Islamisation' terhadap kaum yang lain.

Tentang ada konspirasi untuk batalkan penggunaan dakwat kekal serta BERSIH dan NIEI buat laporan polis

matsamankati Ni semua putarbelit Umno dan SPR. Memang patut pun laporan polis dibuat, walaupun kita tahu, polis tak kan buat apa-apa. Rashit tu ejen Umno, tak kan tak tau.

Asyran Sham Memang nampak ini berlaku kerana kenyataan pengerusi SPR yang bercanggah semasa sebelum pilihanraya dan baru-baru ini. Baru-baru ini di UIA kenyataan 'kepala' SPR tersebut dengan jelas menyatakan bahawa Kabinet tidak meluluskan pada hari pembubaran parlimen. Agaknya kalau kita belajar setakat darjah enam bolehlah hendak ditipu-tipu. DUlu cakap ada penyeludupan dakwat kekal itu yang boleh mengancam keselamatan. Mana dia tangkapannya?

Bagi saya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat, mudah saja, langkah pertama bebaskan sepenuhnya SPR letakkan ianya di bawah parlimen tanpa ada tangan2 ghaib dari Badan Eksekutif ini yang menjadi dalang wayang setiap kali PRU berlangsung. Tak perlulah nak beli2 jiwa rakyat lagi, kita dah muak dah...

Mohazo Oryza membazir. baik tak payah buat. hapus undi pos. undi guna mykad.

Pakcik Luarotak Konspirasi bernada jahat. Pakatan berbunyi baik. Tetapi modus operandinya sama. Penghasilan kepada rakyat dunia dan akhirat? Sama-sama kita fikirkan.

Jose Maurinhi Cilakak. Gua tak tahu langsung rupa paras dakwat kekal tu. Bawa pen sendiri masing-masing tak boleh ye?

Ajami Hashim Penggunaan 'dakwat kekal' seakan terburu-buru di saat-saat akhir sebelum PRU12 hendak dijalankan dan kemudiannya dibatalkan pula. Ia mungkin akan menimbulkan tandatanya kepada rakyat Malaysia tentang kenapa cadangan penggunaannya tidak disarankan sebaik sahaja selepas PRU11 dahulu? BERSIH dan NIEI mesti dapatkan dahulu bukti-bukti yang sahih untuk membawa perihal ini ke muka pengadilan kerana ia mungkin akan menimbulkan pula keraguan rakyat Malaysia kepada kredibiliti SPR.

Tony Yew Sebelum PRU12, SPR telah mengumumkan bahawa dakwat kekal akan digunakan pada pilihanraya ini, bagaimanapun, Pihak Polis telah mendakwa bahawa adanya pihak yang telah membawa masuk dakwat berkenaan jadi tertimbulnya kemungkinan adanya pihak yang ingin membuat penipuan. tetapi, selepas pihak Pembangkang telah menang besar, diberitahu pulak bahawa tidak terdapat bukti yang kukuh dari mana mana pihak, dan kesimpulan dibuat ataas laporan polis sahaja! Ini merupakan sebuah daya penipuan yang sering digunakan oleh kerajaan sekarang, tanpa memberi sebarang bukti, dan cuma kata-kata sahaja!

Tentang Pak Lah dan Karpal v Sultan

Asyran Sham Bagi saya dua2 parti kena tahu menghormati hak2 masing2. Mereka perlu tahu bidang kuasa supaya PM/sultan/rakyat biasa tidak melangkaui hak masing-masing.

Mohazo Oryza Ada 2 perkara. satu, PM lemah sebab tu Sultan guna kuasa. dua, Sultan guna kuasa sebab PM lemah.

Pakcik Luarotak Ini, dari mata marhaen busuk cetek ilmu seperti saya, saya tidak dapat hurai panjang. Cuma boleh buat pembezaan, berdasarkan apa yang Buletin Utama paparkan. Perak, Uncle Lim. Terengganu, Pak Lah. Sama tak serupa.

Muhammad Fadhli al-Akiti Persoalan peribadi seperti ini, saya menyalahkan PM = menderhaka. Sebenarnya dalam konstitusi, memang Agung disifatkan hanya 'memberi nasihat' kepada PM, malah melihat daripada populariti raja di kalangan populasi yang sebenarnya menyebabkan 'pengaruh' itu berpengaruh atau bernilai atau tidak. Kini, kita dapat lihat bahawa 'perintah Raja' kelihatan 'berdaulat' dan memberi nilai pengaruh yang tinggi kepada rakyat (bermakna, apa yang dipilih Raja, mendapat sokongan rakyat), maka populariti Raja lebih tinggi daripada PM (perkara ini tidak berlaku sewaktu Sultan Johor memukul guru dengan kayu golf pada 1990an). Malah, keadaan PM kini dianggap 'menderhaka' menarik kerana perkara sebegini sangat berlainan waktu 90an dulu (di mana istilah "Raja disanggah" begitu popular atas luahan Dr. M).

Ajami Hashim Perihal ini perlu dirujuk betul-betul dahulu iaitu sejauh mana maksud 'menderhaka' itu dalam Undang-undang dan Perlembagaan Malaysia sebelum sebarang pendakwaan dilakukan.

Tentang ura-ura Ezam masuk UMNO

matsamankati Dia datang dari lubuk Umno. Pemikirannya pemikiran Umno. Aku ucapkan tahniah la. Duduk dalam PKR pun tak sesuai bagi dia.

Asyran Sham Itu hak dialah, dia sendiri tahu niat sebenar didalam hatinya sendiri.

Mohazo Oryza Ada 2 perkara. satu, Ezam macam hero sebab berani lawan dan tunjuk kebenaran. dua, hero tak akan mcm Ezam sebab pilih UMNO.

Pakcik Luarotak Nak, buat cara nak. Tak nak, sudah. Cari lain.

Muhammad Fadhli al-Akiti Tak mungkin. Hanya jika Anwar ada ura-ura mahu menyertai UMNO semula, baharu anak-anak buhanya mengikut. Tetapi jika PR boleh berdiri sendiri mencipta satu kuasa politik alternatif buat sokongan majoriti rakyat, Anwar ataupun Ezam tidak akan berubah arah.

Jose Maurinhi Gua tak kenal Ezam. Dia tak top. Pengaruh MTV lagi kuat daripada dia rasanya.

Ajami Hashim Tindakan 'lompat parti' bukan perkara baru dalam mana-mana senario politik di seluruh dunia. Seandainya tujuan beliau 100% untuk kebaikan rakyat dan negara Malaysia, apa salahnya?

Tony Yew Dulu Umno, kini Umno, Umno selama lamanya.....memang boleh dihafal oleh setiap ahli ataupun bekas ahli umno. Oleh kerana ini PKR juga merupakan sebuah 'cawangan' Umno! DSAI juga pernah menunjukkan cara pengendaliannya yang mungkin boleh dianggap sebagai mirip Umno!

Tentang Tun Dr. Mahathir (TDM) keluar UMNO

matsamankati Aku melihat Mahathir bukan bodoh. Ada strategi yang cuba dilakukannya. Dan aku juga rasa, bukan Pak Lah sasarannya tetapi Anwar.

Asyran Sham TDM mahu mendapatkan simpati org UMNO untuk menjatuhkan pak lah saja tu, tak lebih dari itu agendanya. Tak berminat. Maksud saya, tak minat nak follow wayang orang UMNO ni.

Mohazo Oryza Sokong. Tun tetap diingati PM penuh kontroversi.
Pakcik Luarotak Itu usaha dia.

Muhammad Fadhli al-Akiti Tun Mahathir bodoh. Itu saja. Penjelasan panjang lebar boleh dilihat dalam ulasan Raja Petra dalam blognya.

Jose Maurinhi Oh eloklah. Dia dah tua. Tak lama lagi nak mati. Kesian gua tengok dia sibuk sana-sini pakai smart. Sedang umur macam tu patutnya duduk rumah dressing kain pelikat layan pertandingan mengaji. Orang kerja kerajaan yang tahun depan nak pencen pun banyak merepek daripada produktif.

Ajami Hashim Tun ada sebab-sebab peribadi (hanya beliau yang tahu) yang mungkin pada pandangan beliau dengan tindakannya itu mampu 'mengubah' sesuatu dalam senario politik di Malaysia yang akan mematlamatkan kepada kebaikan rakyat dan negara Malaysia.

Tony Yew TDM sudah tiada jalan lain kecualil keluar Umno, jika dikaji dengan lebih dlam lagi AAB (Pak Lah) telah memastikan bahawa TDM tidak dapat sebarang sokongan dari ahli ahli UMNO....kecuali mereka yang mengangap mereka berhutang budi kepada TDM....

Tentang TDM desak Pak Lah letak jawatan

matsamankati Aku mengharapkan Pak lah tak letak jawatan. Lagi lama dia kat situ, Umno lagi lemah.

Asyran Sham Wajar. Orang dah desak-desak tu turun ajelah, lagipun slow sangatlah pak lah ni. Org tak nampak kredibilitinya sebagai seorang pemimpin. Namun kalau turun pun tak nampak pulak org yang layak dari kalangan org UMNO, semuanya berkepentingan peribadi. Tukar sahaja kerajaan, nasihat kepada PR cepat2 la ambil peluang untuk mentadbir kerajaan dari tgn Umno dan konco2nya.

Mohazo Oryza Sangat wajar

Muhammad Fadhli al-Akiti Pak Lah wajar turun kerana negara demokratik tidak setuju dengan kuasa yang tiada lagi sokongan rakyat. Jika cetusan arus baru yang Pak Lah cuba sampaikan tidak menjadi-jadi (membuka penjualan kes lingam pada awam), jadi eloklah Pak Lah berundur. Ini tiada kena mengena dengan aksi TDM itu.

Jose Maurinhi Kalau dia letak jawatan, macam mana dengan itu hadhari? Tak cool laa..

Ajami Hashim Perletakan jawatan seorang Perdana Menteri selepas kekalahan besar parti kerajaan mungkin boleh dianggap sebagai 'tanggungjawab' beliau. Namun begitu, seseorang Perdana Menteri juga mesti menyelesaikan dahulu apa jua yang telah beliau rancangkan semasa memegang teraju negara supaya pelepasan jawatannya tidak membebankan pengganti selepas beliau. Lalu, setelah semuanya diselesaikan dengan betul dan teratur, wajarlah beliau meletakkan jawatan secara terhormat dan bukan kerana atas dasar desakan melulu dari mana-mana pihak. Peralihan kuasa ini juga perlu dilakukan dengan teliti kerana kita tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' dan mesti dilakukan dalam jangkawaktu yang lekas untuk mengelakkan sebarang mungkinnya berlaku ketidakstabilan ekonomi negara seandainya perihal itu berlarutan.

Tony Yew Samada (Pak Lah)AAB meletak jawatan tidak lagi menjdai isu, malah soalan yang patut ditanya ialah adakah Umno bertujuan untuk menyatupadukan negara Malaysia atau pun untuk memecah belahkan unsur perpaduan yang sering dikatakan oleh Pemimpin Pemimpin BN!

NOTA: Semua jawapan di atas adalah dari pendapat umum peribadi mereka sahaja sebagai seorang rakyat Malaysia dan tidak menggambarkan sebarang biasnya mereka kepada mana-mana parti politik di Malaysia.

22 Mei 2008

Ke mana arah Mukhriz?

Oleh Zulfikar Samsuri

eseiLangkah Mukhriz untuk tidak mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai suatu langkah yang mempunyai niat di sebaliknya. Bagai sang udang berada di sebalik batu.

Menurut laporan akhbar atas talian Malaysiakini, Mukhriz Tun Mahathir bertindak sedemikian (enggan untuk keluar parti) kerana ingin membuat perubahan dari dalam. Walaubagaimanapun beliau mendesak Pak Lah supaya meletakkan semua jawatan UMNO, BN dan terutamanya jawatan di kerusi panas perdana menteri.

Pelbagai akhbar, baik yang di atas talian mahupun yang tidak melaporkan bahawa beratus-ratus cawangan UMNO di Kedah dan Johor telah dibubarkan, mengikut jejak langkah Mahathir tetapi tidak anak lelakinya itu.

Baru hari ini (21/5/08) abangnya pula, Mokhzani Tun Mahathir bertindak keluar parti, mengikut jejak langkah Mahathir dan isterinya Tun Siti Hasmah yang telah lama bertindak sedemikian.

Menurut Amin Iskandar atau lebih mesra dipanggil Black, seorang blogger dan sukarelawan pemantau pilihan raya, “Dr. Mahathir hari ini menerima tamparan hebat apabila anak bongsunya, Mukhriz Mahathir tidak mengikut jejak langkahnya untuk keluar dari Umno.”

Beliau berkata demikian di blognya di http://aminiskandar.wordpress.com posting pada 21/5/08. Beliau yang sudah sampai ke Filipina, Bangkok, Nepal dan Sri Lanka bagi tugas-tugas memantau pilihan raya juga berkata, “Mukhriz boleh dikatakan belot kepada bapanya.”

Sambungnya lagi, “[j]ika Mukhriz tidak berani mengikut jejak bapanya, siapa lagi yang berani? Kasihan Mahathir. Nasib baik isternya Siti Hasmah dan Sanusi Junid tetap setia.”

Sementara itu A Kadir Jsin di dalam blognya The Scribe berpandangan, “ada di kalangan mereka (para anggota UMNO) akan kekal dalam parti dan kerajaan untuk memperjuangkan perubahan, termasuk mengubah kepemimpinan parti dan kerajaan, dari dalam.”

Yang disebutkan saru sahaja tadi ialah salah satu reaksinya sebaik selepas Tun Mahathir bertindak keluar UMNO dan mungkin pandangannya itu ditujukan kepada Mukhriz anak Tun Mahathir sendiri.

Mungkin ada betulnya kata The Scribe yang menyatakan bahawa 'mereka' ingin membawa perubahan dari dalam kepada UMNO.

Namun, pertanyaan daripada seorang blogger kepada Mukhriz amat menarik sekali. Adihamka di hujung sebuah postingnya yang bertajuk "Apa Langkah Mukhriz?" menanya Mukhriz "[a]pakah beliau akan menyahut cabaran ayahnya agar ahli-ahli Umno turut serta meninggalkan Umno, ataupun beliau akan mengikuti jejak langkah Allahyarham Tun Hussien Onn sewaktu Almarhum Dato’ Onn keluar Umno pada tahun 1951 untuk terus berada di dalam parti dan ‘menjajat ke puncak dalam diam’."

15 Mei 2008

Suara Rakyat: “Islamnya Siti Fatimah hanya di atas kertas”

Oleh Zulfikar Samsuri

Mutakhir ini isu ketuanan Melayu dibangkitkan. Semuanya berpunca dari Karpal Singh yang mempersoalkan kedudukan raja-raja: mempersoalkan kuasa Sultan Azlan Shah menarik balik arahan penukaran tempat kerja Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury, mempersoalkan siapa sebenarnya yang menulis teks titah diraja oleh YDP Agung semasa perasmian siding dewan rakyat dan yang terkini mempersoalkan pihak istana negeri Selangor sebagai campur tangan dalam urusan eksekutif negeri.

Klip Video VK Lingam sudah selesai disiasat. Hasil siasatan dan laporannya telah pun diserahkan kepada YDP Agung. Kerajaan menerusi mesyuarat kabinetnya Jumaat ini akan memutuskan sama ada mahu didedahkan kepada umum atau tidak. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menyeru baru-baru ini supaya didakwa mereka yang terlibat dalamm percaturan hakim-hakim seperti perbualan oleh VK Lingam dalam pita itu. Publik telah mengikuti kes ini dari seawalnya, jadi kemungkinan mereka ingin mengetahui akan akhiran plotnya.

Dalam UMNO sibuk berteriakkan Hidup Melayu, ada permohonan untuk keluar Islam diterima di Mahkamah Penang. Pembenaran oleh mahkamah ini nyarisnya terselindung kerana isu Karpal sedang heboh diperdebatkan.

“Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia (SARM) yang akan ditubuhkan kelak, tidak akan diletakkan secara khusus di bawah tanggungjawab Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.” -- petikan Malaysiakini.

Wajar Karpal Singh dikenakan tindakan kerana mempersoal institusi raja?

Mohd Farid, Karpal tidak wajar menyentuh bidang kuasa YTM Sultan Perak, namun ia wajar bagi seseorang menyuarakan atau membantah sesuatu yang tidak memberi kebaikan pada asasnya di atas prinsip demokrasi. Seperti umum mengetahui Datuk Jamry Suri tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sekarang, oleh itu sepatutnya ia ditukar.

Laporan polis patut dibuat jika ia betul-betul mencabar atau menghina kuasa Diraja, termasuk penghinaan luar biasa oleh UMNO Terengganu ke atas Tuanku Mizan Mac lalu. Namun kes Karpal langsung tak nampak dia menderhaka. Isu ini sangat dimainkan oleh UMNO sempit yang bermain dengan sentimen kaum. Tindakan berdiam diri DAP/Pakatan Rakyat atas konflik Karpal-UMNO ini satu tindakan yang bijak berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka menghadapi segala manipulasi (media) oleh BN.

Nordin Ismail, Sesiapa saja wajib menegur raja sekiranya tindakannya tersasar. Inilah peranan rakyat. Teguran ini atau mana-mana teguran lain bermaksud kita mahu raja bertindak dengan betul dan mahu melihat semua keputusan raja adalah betul tanpa cacat cela. Kerana raja adalah payung dan pelindung rakyat. Kalau ada tindakan raja itu tidak betul ia akan menimbulkan aib kepada raja berkenaan dan kepada rakyat dan negara juga.

Namun demikian, institusi raja di negara kita tidak boleh dijadikan bahan public debate. Oleh itu sesiapa ingin menegur raja tidak boleh membuatnya secara terbuka. Ia boleh dibuat sama ada mengadap raja berkenaan atau menulis surat kepada majlis raja-raja. Semua pihak, makna raja dan rakyat, kena faham makna raja berpelembagaan.

Pita Lingam, perlu atau tidak didedahkan kepada umum?

Najmuddin Yusoff, Ya, perlu.

CJCM, The KL Traveller, Hasil siasatan berkenaan dengan Pita Lingam perlu di dedahlkan kepada umum kerana:

I. Memberi gambaran jelas kepada rakyat tentang apa yang berlaku didalam sistem perundangan kita.

II. Membuktikan keikhlasan ketelusan kerajaan BN yang diterajui Pak Lah didalam soal mengembalikan integriti badan kehakiman negara kita

Herman Samsudeen, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah
dan; Koordinator Sekretariat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat WP, Pada pandangan saya isu Pita Lingam didedah atau tidak adalah persoalan No. 2, kerana DSAI telah menyebarkan Klip Video berkenaan sebelum dan semasa Persidangan Suruhanjaya dibuat.

Rakyat sudah tahu apa yang berlaku, dan semua sudah mengakui bahawa sistem kehakiman negara bermasalah. Zaid Ibrahim yang dilantik jadi Menteri pun dah ikrar buat perubahan setelah melihat sendiri gelombang kebangkitan rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Kalau nak dedah keputusan siasatan suruhanjaya berhubung kes berkenaan tiada masalah. Kita tetap akan dengar dan rakyat boleh melihat bagaimana Suruhanjaya ini mainkan peranan dalam melengah-lengahkan kes ini.

Sewajarnya kes ini dari awal lagi dibicarakan di Mahkamah Terbuka bukannya melalui Suruhanjaya kerana bahan bukti sudah ada. Siasatan bagi mengesahkan kesahihan pita itu hanya perlu dilakukan oleh Polis yang mempunyai kepakaran dalam menganalisa bahan rakaman digital atau video seperti ini. Kewujudan Suruhanjaya ini pada asalnya tidak releven kerana hanya buang masa dan dana rakyat sahaja.

Kalau pihak Peguam Negara bawa kes ini masuk mahkamah awal-awal dulu, rasanya kes ini boleh selesai cepat dan kita tahu siapa yang bersalah.

Kalau dedah keputusan Suruhanjaya pun kita hanya dapat keputusan sama ada pita itu sahih atau tidak. Soal Linggam dan mereka yang dituduh terlibat itu bersalah belum boleh diputuskan.
Walaubagaimana pun, dari segi politiknya kita juga melihat sedikit manfaat atas tindakan bodoh Kerajaan yang cuba melengah-lengahkan kes ini. Semakin lama, semakin orang ingat dan tahu. Dan akhirnya bila kes ini masih berlangsung hatta dalam musim pilihanraya pun, ianya berjaya membuka mata rakyat secara live untuk melihat sendiri kepincangan undang-undang negara dibawa BN.

Jadi, pada hemat saya, pada masa ini Peguam Negara kenalah bawa Kes ini ke mahkamah dan tidak berhenti setakat sembang-sembang Suruhanjaya yang mana kebanyakkan ahli panelnya adalah mereka yang ada hubung kait dengan kepimpinan negara sekarang.

Apa jua keputusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya ini masih boleh dibatalkan atau pun diabaikan oleh Kerajaan kerana Penubuhan Suruhanjaya berkenaan bukanlah sebagai penegak undang-undang atau keadilan. Mereka hanyalah sekadar pegawai penyiasat yang perlu melapor hasil siasatan kepada Jemaah Menteri untuk dinilai.

Jadi bila-bila masa sahaja Pak Lah boleh reject atau terima keputusan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya yang dianggap tidak 'bergigi' ini.

Sebaiknya kita desak agar kes ini dibawa ke mahkamah dan buatlah perbicaraan terbuka agar rakyat dapat melihat lebih banyak lagi isu yang disembunyikan.

Apakah wajar mahkamah membenarkan permohonan keluar Islam dibuat oleh Siti Fatimah Tan Abdullah?

Najmuddin Yusoff, Setuju. Saya rasa, mahkamah membuat keputusan yang tepat dalam kes ini. Saya bersetuju dengan kenyataan dalam penghakiman tersebut, yang mana Siti Fatimah, walaupun rasminya beragama Islam, tidak pernah hidup sebagai orang Islam. Pandangan Mufti Perlis dalam hal ini juga wajar dibaca (boleh cari di blog beliau). Islamnya siti Fatimah hanya diatas kertas, hakikatnya semua kita tahu.

Herman Samsudeen, Soal keputusan Mahkamah membenarkan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang keluar Islam sebenarnya menunjukkan satu kelemahan dalam sistem undang-undang syariah dan Jabatan Agama Islam di negara kita..

Dalam undang-undang Islam (Hudud), mereka yang masuk Islam dan kemudiannya istihar diri keluar Islam (murtad) wajib dibunuh (Penjelasan terperinci boleh lihat di Hukum Murtad) .

Tetapi yang menjadi isu kini, wajarkah beliau dibunuh atau sesuaikah hukuman yang diberikan oleh Mahkamah Syariah sekarang yang membebaskan beliau begitu sahaja.

Kes ini jauh berbeza dengan kes Lina Joy yang sememangnya berasal dari keturunan Islam. Tan sebenarnya tidak layak dipanggil sebagai penganut Islam kalau benar ia sejak dari mula berkahwin dengan Ferdoun Ashanian pada 2004 enggan mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam.

Niat beliau masa mula-mula kahwin dulu pun sudah salah iaitu masuk Islam kerana ingin berkahwin. Maka lafaz dua kalimah yang diucapkannya hanyalah satu penipuan akidah.

Oleh itu, sikap beliau ini wajar dipandang serius dan beliau tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja. Satu hukuman berat wajar diberikan pada beliau agar pada masa akan datang sesiapa yang berniat lain dari niat kerana Allah dalam memeluk Islam akan berfikir dua kali untuk ikuti jejak langkah beliau.

Tindakan beliau ini adalah satu penghinaan kepada Islam kerana dengan mudah beliau diiktiraf Islam tanpa adanya pembuktian dari segi amalan hingga mewujudkan fitnah kepada dunia Islam.

Beliau secara tidak langsung telah menunjukan pada semua bahawa betapa lemahnya Institusi Islam di bawah sistem sekarang hingga sesiapa pun boleh masuk dan keluar Islam sesuka hati tanpa adanya perasaan hormat pada akidah Islam.

Secara peribadi saya bersetuju dengan sebahagian keputusan berkenaan, kerana memang beliau tidak layak di iktiraf sebagai Islam lantaran amalannya yang jauh terpesong dengan Islam.

Dan sebahagian lagi saya tidak bersetuju kerana Mahkamah membebaskan beliau tanpa hukuman kerana apa yang dilakukan itu adalah satu penghinaan kepada Islam.

Soal bahawa suaminya tidak mengajarkannya tentang Islam atau gagal membimbing beliau sebenarnya adalah soal yang kecil untuk dipersoalkan kerana sesiapa sahaja yang ikhlas memeluk Islam tidak akan bergantung pada sesiapa untuk mengharapkan dorongan bagi mempelajari Islam.

Orang yang ikhlas dengan sendirinya akan berusaha mencari dan belajar tentang Islam.

Inilah susahnya bila Islam itu hanya dijadikan bahan 'hantaran perkahwinan' bukannya sebahagian dari roh perkahwinan itu.

Kepada lelaki dan wanita Islam yang ingin berkahwin dengan pasangan yang bukan Islam di luar sana, saya harap dapat berhati-hati dan memastikan pasangan itu benar-benar ikhlas masuk Islam dan bukannya didorong oleh semangat cinta semata.

Jangan fikir seronok diri sendiri sahaja, kerana bila pasangan itu bercerai dan istihar keluar Islam secara tidak langsung ianya menjatuhkan imej umat Islam yang lain dan adalah dosa besar bagi mereka yang memalukan Islam dan 'mengadakan perang dingin sebegini pada Islam'.

CJCM, The KL Traveller, Saya tidak berani menjawab soalan ini kerana melibatkan hukum Islam yang saya sendiri memang tidak arif mengenainya.

Apa perlu SARM diletakkan di bawah parlimen?

Najmuddin Yusoff, Perlu. Kenapa perlu jadi Suruhanjaya kalau masih dibawah PM. Atau ia hanyalah satu lagi episod dalam siri-siri rebranding kerajaan sekarang?

Herman Samsudeen, Suruhanjaya lagi! kenapa bukan BPR diletakkan terus bawah parlimen? Suruhanjaya hanyalah 'budak SURUHAN yang akan diiktiraf berJAYA jika ikut kata BOS dia?

Terlalu banyak agensi Kerajaan diwujudkan sekarang dan kewujudan Suruhanjaya ini pula untuk apa? Tugas membanteras rasuah adalah dibawah bidang kuasa BPR dan sewajarnya BPR diberikan kuasa penuh dan diperkasakan dengan meletakkan beberapa anggota Parlimen Kerajaan dan Pembangkang sebagai Board Of Director agensi ini dengan Agong sebagai Pengerusinya bagi memudahkan tindakan dan laporan dibuat secara terus.

Tak perlu Suruhanjaya kerana Suruhanjaya ini tiada kuasa sama macam SUHAKAM dan lain-lain Suruhajaya. Mereka hanya jalankan siasatan dan yang buat keputusan adalah Jemaah Menteri dan orang-orang berkepentingan.

Penubuhan satu lagi suruhanjaya hanya membazirkan wang rakyat dan tidak efektif bagi kes-kes yang melibatkan undang-undang sebegini. Suruhanjaya wajar diwujudkan bagi membantu Kerajaan menyelesaikan masalah yang melibatkan soal perancangan dan juga agenda Strategik Negara bukannya melakukan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh agensi sedia ada seperti Polis dan BPR yang sememangnya bertindak sebagai badan penyiasat.

Jadi pada saya, Tak perlu wujudkan Suruhanjaya. Letak sahaja BPR terus bawah Parlimen dengan melantik beberapa Ahli Parlimen sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya. Dan segala laporan BPR hendaklah disampaikan terus kepada Parlimen dan bukannya kepada Menteri Dalam Negeri atau PM.

CJCM, The KL Traveller, Kuasa Suruhanjaya Anti-Rasuah perlu di letakkan dibawah Parlimen untuk memastikan badan itu menjalan kan tugas dengan tidak dipengaruhi mana2 pihak atau individu.

23 April 2008

Lompat parti: "Strategi DSAI menstabilkan Pakatan, mengkelam-kabutkan BN" - Fathi Aris Omar

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) mendakwa bahawa ada di kalangan Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) akan bertindak lompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa sebulan dua ini. Pakatan yang mendapat 82 kerusi parlimen hanya memerlukan 30 kerusi di Parlimen untuk mendapat majoriti mudah serta menggulingkan kerajaan BN.

Sdr Azmin Ali, naib presiden PKR pula mengatakan bahawa PKR sudah berjaya mendapatkan lebih daripada 30 orang AP BN akan menyertai Pakatan. DSAI sekali lagi, dalam ceramah di malam Gelita 14 atau Black 14, mengtakan bahawa Pakatan sudah bersedia untuk menjadi kerajaan.

Tetapi yang menjadi persoalan kini, jika betul sudah bersedia, mengapa tidak menubuhkan kerajaan sekarang. Umumkan sahaja AP-AP dari BN yang hendak melompat keluar dari parti mereka itu dan masuk ke dalam Pakatan.

Menurut penulis serta editor bagi seksyen bahasa Malaysia Malaysiakini Sdr. Fathi Aris Omar, ini mungkin perang saraf yan dibuat DSAI dan percubaannya hendak menguji sama ada beliau masih lagi popular atau tak pasca pilihan raya ini.

Katanya, "[i]ni strategi kempen DSAI untuk menstabilkan Pakatan Rakyat & mengkelam-kabutkan BN. Aku rasa DSAI cuba "test market" sejauh mana popularnya dia & Pakatan selepas p/raya 8 Mac."

Soalan yang sama ditanyakan -- benar atau tidak dakwaan DSAI -- kepada Al-Mustaqeem Mahmod Radhi bekas editor majalah seni-politik Siasah (bukan tabloid). Ini jawapannya, "cuma dia, Tuhan dan mungkin 2-3 orang yang rapat dengan dia yang tahu. Tentang 30 orang MP nak lompat, siapa yang betul-betul pasti?"

MR Al-Mustaqeem menanbah dengan penuh yakin,"[..] yang agak pasti, perubahan kerajaan persekutuan akan bawa kebaikan untuk negara."

16 April 2008

Provokasi lagi


Oleh Zulfikar Samsuri

editorial: nota zulfikarCis! Satu lagi provokasi dari barat.

Oops.. aku dah berjanji pada diri aku sendiri, aku tak mau termakan dengan provokasi.

Lagipun Geert Wilders seorang ahli politik yang kurang laku di Belanda, tidak, aku tidak akan termakan sekali lagi dengan provokasi.

Seperti kartun yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar di Denmark; yang menyiarkan gambaran kartun rasulullah. Semasa penyiaran kartun itu, aku menolak sifat ekstrem yang ditunjukkan oleh umat Islam. Setiap kali aku menonton Dunia Hari Ini, setiap kali juga aku akan mengeleng kepala.

Beristighfar.

Kali ini sekali lagi aku mengeleng-ngeleng. Beristighfar setiap kali menonton Dunia Hari Ini..

Dasyat sungguh penentangan umat Islam; di Pakistan, Indonesia dan satu dua lagi di negara di Timur Tengah. Apa yang buat perhimpunan sampai pecah cermin kereta, baker patung Geet Wilders dan pelbagai lagi aksi yang menentang Belanda.

Bukankah tindakan ganas hanya akan membenarkan apa yang digambarkan oleh Wilders di dalam doku-short-film, Fitna hasilan Wulders.

Bukankah Muhammad SAW di turunkan ke dunia untuk tujuan rahmat sekalian alam melalui contoh akhlaknya. Akhlaknya adalah akhlak damai yang bertunjangkan al-Quran.

Menurut Karen Armstrong, seorang pengarang yang terkenal dengan buku-buku hasil tulisannya yang bercorak agama: pengarang buku yang diharamkan di Malaysia, History of God, berkata di dalam artikelnya yang berjudul When God Went to War, “[a]khirnya, Muhammad telah membawa kedamaian ke wilayah yang bergolak dengan dasar beraninya menolak keganasan.”

Ya, itulah akhlak Rasulullah, membawa kedamaian dan menolak keganasan. Jika seluruh umat Islam dengan penuh amarah berhimpun menyatakan ketidak puasan hati, apa yang membawa kedamaiannya, apa yang menolak keganasannya.

Rasa-rasa lagi baik kalau kita (umat Islam) membuat satu filem pendek lagi kreatif untuk menjelaskan bahawa kita tidak seperti yang ada dalam filem Fitna.

Sementara itu, Jan Peter Balkenende, Perdana Menteri Belanda berkata:"Islam disamakan dengan keganasan, kami menentang tafsiran (filem) ini. Kebanyakan Muslim menolak ekstremisme dan keganasan dan sebaliknya mangsa adalah dari kalangan Muslim itu sendiri.”
Ah, PM Belanda pun dah cakap bahawa filem itu memaparkan sesuatu yang salah.

Aku ada tanya pada kawan aku tentang filem ini, tentang sama ada filem ini memprovokasi. Kawan aku yang satu ini menjawab, bahawa isu yang kecil ini cuba dibesar-besarkan.

Tah, betul cakap kawan aku, isu ini kecil dan cuba dibesarkan; baik pihak yang sebelah sana mahupun pihak yang sebelah sini. Bagi aku, kepentingan politik memainkan peranan di sini. Si pembuat filem Fitna cuba meraih kembali kuasa politik yang semakin pudar. Manakala pihak sebelah sini juga ada kepentingan politik yang cuba ditagih.

Politik

Tapi aku lega, akhirnya semua ini selesai. Namun penentangan, kebencian dan sikap prejudis tetap ada menjadi pakaian umat manusia. Dan selepas ini dunia akan menyaksikan pertembungan dua tamadun.

13 Julai 2007

Media: Bolehkah Sampai Ke Titik Bebas?

Oleh Zulfikar Samsuri

Mungkin jika aku tanya soalan ini pada aktivis reformasi, mereka mungkin akan menjawab: "Jika takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan." Aku tak puas dengan jawapan tersebut. Dan pula jika aku bertanya pada seorang yang pro kerajaan, mungkin ini jawapannya: "Apa perkara yang benar? Semua sudah benar sekarang! Yang kau cari pasal, nak tegakkan benang yang basah, buat apa?" [lagi]