09 September 2008

Kita semua rakyat Malaysia.

Oleh: Kuda Ranggi

Pada mulanya saya agak keberatan nak ulas kekecohan yang berpunca ekoran daripada kenyataan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang bernama Ahmad bin Ismail. Sama ada benar atau tidak apa yang didakwa dikatakan olehnya mengenai rakyat Malaysia keturunan Cina bukan persoalannya kerana isu tersebut sudahpun merebak dan mengapi-apikan keadaan.

Jika tidak ditangani dengan cermat, teliti dan bijak, isu itu boleh ditangguk dalam air yang keruh oleh anasir-anasir yang ingin melihat negara ini hancur serta mengundang campur tangan kuasa asing. Dalam zaman dunia tanpa sempadan dan liputan meluas dan segera oleh media elektronik antarabangsa, apa yang berlaku di sesebuah negara itu tidak dapat disembunyi atau dinafikan.

Isu pokok yang dibangkitkan oleh Ahmad Ismail membabitkan persoalan "menumpang" iaitu rakyat Malaysia keturunan Cina adalah penumpang di negara ini. Beliau menjelaskan bahawa ia merujuk kepada zaman pra-Merdeka. Bagaimanapun, sensitiviti rakyat Malaysia keturunan Cina telah terguris.

Saya tidak mengenali secara peribadi Ahmad Ismail, tetapi kenal agak rapat dengan Allahyarham abangnya, Abdul Rahim Ismail, pemilik Syarikat Pembinaan Rahim yang pada satu ketika dahulu agak terkenal sebagai sebuah firma pembinaan Bumiputera yang unggul di Pulau Pinang. Saya tidak tahu apa dah jadi dengan syarikat itu selepas Abdul Rahim meninggal dunia.

Secara peribadi, saya tidak setuju dengan apa yang didakwa dikata oleh Ahmad Ismail atas beberapa sebab.

Bagi saya, hampir 90 peratus rakyat Malaysia, khususnya di Semenanjung, adalah pendatang dan kita semua sebenarnya menumpang hidup di bumi Allah. Kita bukan pemilik kekal tetapi hanya menumpang.

Sebagai contoh, saya sendiri adalah keturunan pendatang yang menumpang hidup di bumi bertuah ini. Datuk nenek di sebelah bapa saya berhijrah dari Makkah dan dari Brunei ke sini manakala di sebelah ibu pula dari Hadhramut, Yaman. Kami adalah pendatang dan penumpang sama seperti hampir semua penduduk negara ini khususnya di Pulau Pinang.

Bagi Ahmad Ismail, dia juga datang dari keluarga pendatang dan menumpang hidup di negara ini. Ahmad Ismail tidak boleh menafikan hakikat bahawa datuk neneknya adalah pendatang dari India untuk menerokai penghidupan yang lebih baik dan selesa di bumi bertuah ini.

Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad juga tergolong dalam kategori yang sama. Datuknya di sebelah ibu adalah pendatang dari wilayah Guandong, China. Pendek kata, datuk Pak Lah iaitu bapa Allahyarhamah Kailan bernama Hassan Salleh atau Hah Su Chiang adalah seorang pendatang. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu dari wilayah Guandong (Kwantung) pada pertengahan abad ke-19 dan menetap di Bayan Lepas sebagai pekebun getah, pesawah padi dan kemudian saudagar intan berlian.

Najib Tun Razak, Timbalan PM juga berasal daripada keluarga pendatang iaitu dari Sulawesi, Indonesia atau lebih senang disebut orang Bugis manakala sepupunya Hishamudin Hussein tidak terlepas daripada darah keturunan Turki.

Datuk nenek mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad juga pendatang dari Kerala, India manakala ibu Almarhum Tunku Abul Rahman berasal dari negeri Siam (Thailand).

Kesultanan Melayu Melaka pun dibuka oleh orang pendatang dari Sumatra bernama Parameswara, seorang anak raja atau bangsawan beragama Hindu.

Dalam sejarah kesultanan Melayu, kita dapati ada yang ditubuh oleh pendatang dari Bugis dan ada pula dari Hadhramut selain dari Minangkabau.

Hampir semua orang Melayu di sini berasal dari luar Tanah Melayu tetapi diiktiraf sebagai "bangsa Melayu" oleh Perlembagaan Persekutuan. Kita adalah "Melayu mengikut takrifan Perlembagaan" iaitu beragama Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Malangnya, bahasa Melayu nampaknya dimatikan oleh orang Melayu (UMNO) sendiri apabila dinamakan sebagai bahasa Malaysia.

Oleh itu, orang Arab seperti Syed Hamid Albar dan saya, orang Aceh seperti Sanusi Junid, orang India seperti Kader Sheikh Fadzir dan Nor Mohamed Yakcop, orang Bugis seperti Najib, orang Minang seperti Rais Yatim, orang Jawa seperti Mohamad Rahmat dan yang lain seperti dari Madura, Pulau Boyan, Siam, Burma, Yunnan (China) dan selatan Filipina dengan mudah boleh diiktirf sebagai "Melayu".

Mereka diterima sebagai orang Melayu tidak kira sama ada mereka bertutur bahasa Melayu atau tidak di rumah umpamanya si Arab berbahasa Arab, si Jawa berbahasa Jawa dan si Minang berbahasa Minang atupun si Mamak berbahasa Tamil.

Bahasa-bahasa yang disebut itu bukan bahasa Melayu dan jika dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh diterima atau diiktiraf sebagai bangsa Melayu. Walau bagaimanapun, atas kepentingan dan faktor politik, semuanya diterima sebagai Melayu dan Bumiputera.

Oleh itu, adalah tidak adil untuk menuding jari kepada orang Cina yang juga kaum pendatang sama seperti orang Arab, India, Aceh, Minang, Batak, Mandailing, Jawa, Madura mahupun Bugis, sebagai menumpang di negeri ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa sebilangan besar datuk nenek orang Cina telah berhijrah ke negeri ini semasa Kesultanan Melayu Melaka, bahkan kesultanan-kesultanan terdahulu di Kedah mahupun Terengganu dan Kelantan serta semasa Francis Light berjaya menipu Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang pada 1786.

Kita adalah kaum pendatang yang menumpang hidup di negeri ini. Golongan yang boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen adalah mereka yang kita kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat, Senoi dan suku kaum masyarakat Asli lain yang masih menjadi penghuni belantara.

Kita tidak harus lupa akan sumbangan dan pengorbanan semua kaum dan suku kaum untuk membangunkan Malaysia sama ada dari sudut ekonomi, kemasyarakatan, keselamatan dan yang paling penting kesepakatan dan perpaduan. Semua orang yang kena dan seharusnya membayar cukai, berbuat demikian tanpa mengira kaum atau asal keturunan, sama ada pendatang atau penumpang.

Kita semua adalah rakyat Malaysia.

08 September 2008

Faktor Anwar berjaya ubah undi bukan Melayu tidak undi Melayu - Mat Sabu

Oleh: Jimadie Shah Othman (malaysiakini)

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berkesan mengubah undi bukan Melayu, tetapi kurang berkesan di kalangan orang Melayu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“Faktor Anwar di kalangan orang bukan Melayu. Beliau hendak memperkenalkan dasar baru. Walaupun beliau tidak lagi meletakkan apakah dasar baru itu, tetapi memberi harapan kepada orang bukan Melayu,” kata Mohamad.

“Bagi orang Melayu, faktornya ada tetapi tidak sebesar mana. Kepada orang bukan Melayu, memberikan harapan,” katanya ketika diminta mengulas sejauhmana Anwar menjadi faktor kemenangan besar parti-parti dalam Pakatan Rakyat – termasuk PKR dan DAP -- dalam pilihanraya umum lalu.

Mohamad berkata, cabaran utama PAS adalah untuk “mempertahankan dasar Islam dan dalam masa yang sama berkawan dengan parti-parti lain”.

Isu-isu seperti negara Islam, terutamanya dengan DAP dilihat masih menghantui parti itu.

“Bagi kami, itulah, dalam hendak mempertahankan dasar Islam, dan DAP yang secara terang menyebut dia menolak negara Islam dan sebagainya, bagaimana dua kumpulan ini hendak bekerjasama? Ini merupakan cabaran yang besar kepada kami.

“Tetapi kami tidak melihat itu sebagai satu masalah yang tidak boleh selesai,” kata Mohamad yang ditugaskan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berhubung dan “tinjau-tinjau” dengan pimpinan DAP ke arah membentuk kerajaan bersama di empat negeri – selain Kelantan – sehari selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Sukar tetapi boleh dilalui. Sukar sebab kita mentadbir manusia. (Ketawa) Umno sama Umno pun kita tengok lagi teruk. Tidak ada benda yang tidak boleh kita cabar,” kata Mohamad kepada Malaysiakini ketika diwawancara di rumahanya, di Shah Alam kelmarin.

Tuan Haji sebut kemenangan besar PAS disebabkan peralihan undi dari bukan Melayu. Jadi, apakah makna peralihan undi ini kepada PAS?

Politik Malaysia ini lebih berdasarkan kaum, terutamanya selepas merdeka, memang parti Umno, walaupun memperjuangkan Melayu, tetapi orang-orang bukan Melayu merasakan mereka sebagai sahabat, sebagai kawan. Tetapi PAS memang ditakuti orang Melayu, terutamanya orang bukan Melayu.

Kita tahulah, pilihanraya, parti politik, ini atas persepsi. Kita boleh bercakap apa pun tetapi persepsi orang begitu, digambarkan begitu. Jadi, kita kata dua parti dominan pembangkang – PAS dengan DAP – selagi orang Melayu takut kepada DAP, selagi DAP takut kepada PAS, selagi itulah BN akan berkuasa.

Ini trend politk dalam negara kita. Sebab itu kita lihat pada tahun 1986, 1994 dan 1999, isunya banyak, tetapi kita hendak bawa orang Cina mengundi PAS, orang PAS mengundi DAP memang agak sukar, walaupun kami di peringkat pimpinan, boleh bertemu dan berbincang.
Oleh kerana berlaku peristiwa (perhimpunan besar) Bersih, Hindraf , kemudian dengan (krisis badan) kehakiman, (kes) VK Lingam, berlaku kenaikan harga minyak pada waktu tu, kenaikan harga barang, maka rakyat kali ini tidak peduli, sampai orang buat khidmat pesanan ringkas (SMS) mudah - ABU - Asalkan Bukan Umno - kita undi.

Tuan Haji lihat peralihan undi daripada golongan Cina ini menggambarkan mereka mula menerima dasar-dasar PAS, bersifat sementara kerana tidak sukakan BN atau tanda demokrasi kita makin matang?

Saya melihat tanda demokrasi semakin matang. Perkara ini bukan jadi dengan begitu saja, walaupun ia tsunami. PAS sendiri membuat pendekatan dengan orang bukan Melayu ini secara agak agresif, bermula pada pilihanraya umum 1986 melalui Majlis Perundingan Cina (CCC). Tetapi oleh kerana badan itu kecil, ia kurang berjaya.

Kemudian, kita terus dengan DAP pada tahun 1999. Tetapi propaganda BN menyebabkan orang Tionghua sendiri takut untuk mengundi DAP. Disebarkan di Pulau Pinang (foto) Lim Kit Siang pakai serban dalam pilihanraya itu. Jadi, itu propaganda. Jadi, sampai bila rakyat Malaysia hendak berada dalam suasana itu?

Sekarang ini rakyat Malaysia ada akses kepada internet, kepada laman-laman web, blog dan sebagainya.

Jadi, teknologi informasi membantu kemenangan PAS?

Ya, juga pendekatan PAS kebelakangan ini.

Tetapi adakah dasar-dasar PAS itu dapat diterima?

Kita tidak kata mereka menerima secara bulat. Sekarang ini mereka datang dengar penerangan langsung daripada kita. Dan saya rasa perubahan ini tidak sementara. Tetapi kita tidak boleh diam begitu sahaja. Kena teruskan pendekatan yang dibuat.

Bagaimana faktor Anwar Ibrahim memainkan peranan mengubah undi?

Faktor Anwar Ibrahim di kalangan orang bukan Melayu. Beliau hendak memperkenalkan dasar baru. Walaupun beliau tidak lagi meletakkan apakah dasar baru itu, tetapi memberi harapan kepada orang bukan Melayu.

Bagi orang Melayu, faktornya ada tetapi tidak sebesar mana. Kepada orang bukan Melayu, memberikan harapan.

Bagaimana peranan beliau menggabungkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan?

Setakat ini, kita di peringkat jawatankuasa penyelaras. Sudah ada di peringkat pusat. Ia berjalan dengan baik di Perak dan di lain-lain negeri. Kita buat dalam bentuk mesyuarat. Pertama sekali, Pakatan ini berjalan dengan baik walaupun kita, majoritinya kecil di Perak ini, tetapi berjalan dengan baik.

Selain itu ada dakwaan PKR mendominasi Pakatan sedangkan semua parti-parti yang bergabung bersetuju tiada pihak lebih besar dalam Pakatan.

Iyalah, siapa pun mendapat kerusi lebih, jadi mereka merasa mereka hebat. Biasalah itu. Macam dalam BN, Umno kerusi terbanyak. Sekarang dalam Pakatan, dalam pilihanraya lepas, keadilan yang terbanyak (dengan) 31 kerusi, DAP 28 kerusi, PAS 22 kerusi. Jadi, kalau orang-orang PKR merasakan begitu, tidak ada masalah. Sebab dia masa sekarang ini mendahului daripada sudut jumlah kerusi. Tetapi dominan saya tidak nampak, tidak timbul dalam parti (PAS) ini.

Anwar Ibrahim yang dominan membuat kenyataan bagi pihak Pakatan, adakah itu juga pandangan bersama PAS dan DAP bersama?

Kenyataan Anwar dalam bentuk umum, kita kata itu pandangan beliaulah. Jadi, beliau sendiri pun jarang membuat kenyataan di atas nama Pakatan Rakyat, di atas nama peribadi dia. Tetapi kenyataan misalnya kalau memerintah, harga minyak akan turun, walaupun itu peribadi, tetapi itu boleh diterima akal. Itu tidak ada masalah.

PAS setuju bincang dengan DAP dan masalahnya persepsi media?

Orang Melayu tidak ada masalah dah sejak tahun 1999 lagi. Tetapi kita faham masalah DAP ini, orang Cina takut kepada negara Islam. Sebab itu kita kata, persefahaman, perundingan itu banyak berlaku dan orang tengahnya adalah PKR.

Persefahaman parti-parti dalam Pakatan dikatakan sebagai “tersimpul mati”?

(Ketawa) Tidak sampai “tersimpul mati”. Itu bahasa saya. Itu hendak gambarkan perpaduan, sebab dalam politik ini, payah hendak baca. Buat masa sekarang, Pakatan itu makin baik.

Maksudnya PAS masih merisaukan hubungan dalam Pakatan di masa akan datang? Begitu? Tidak “tersimpul mati” itu maksudnya ada kerisauan lagi.

Ya, Kita kena terbukalah. Sikap parti politik ini memang begitu keadaannya.

Tetapi kerunsingan utama PAS atas dasar apa?

Politik ini adalah saingan kuasa. Dan PAS tidak dapat lari, kelangsungannya selama 57 tahun di atas dasar Islam. Sebab itu kita hendak mempertahankan dasar, dalam masa yang sama bekerjasama dengan orang lain. Bila ahli kita melihat PAS tidak lagi memperdulikan soal dasar dan sebagainya, itulah yang merunsingkan kita.

Jadi, jaminan hendak mempertahankan perlembagaan PAS, sebab apabila tandatangan saja borang PAS, kalau dia seorang cikgu, mungkin dia kena tukar. Kalau dia pegawai, mungkin tidak naik pangkat. Dan dia memilih PAS kerana dia menjunjung dasar yang kita janjikan.

Sebab dalam Pakatan, kita hendak berkawan dan bagaimana dengan mempertahankan dasar kita itu. Ini yang menjadi, bukan kerunsingan, tetapi antara cabaran yang kita kena (hadapi)...

Oleh kerana hubungan persefahaman yang kuat setakat ini, kenapa ada suara-suara dalam PAS ingin berunding dengan Umno?

Begini, berunding bukan hendak berkuasa bersama. Sebab ada di kalangan pemimpin dan ahli-ali PAS melihat orang-orang Islam berpolitik, bergaduh dalam semua perkara.

Kita lihat misalnya kalau di kalangan parti-parti politik bukan Melayu ini, ini fikiran orang yang hendak berbincang dengan Umno, kita lihat dalam isu pelajaran, DAP dan MCA berlainan parti tetapi bercakap mempertahankan hak bangsa, kaum mereka senada. Ada juga di kalangan intelektual Melayu senada, kenapa orang Islam tidak boleh buat begitu?

Dalam Pakatan, apa masalah lain yang dihadapi untuk ke depan?

Bagi kami, itulah, dalam hendak mempertahankan dasar Islam dan DAP yang secara terang menyebut mereka menolak negara Islam dan sebagainya, bagaimana dua kumpulan ini hendak bnekerjasama. Ini merupakan cabaran yang besar kepada kami. Tetapi kami tidak melihat itu sebagai satu masalah yang tidak boleh selesai.

Yang paling penting sekali ialah bersedia duduk semeja berunding. Itu yang paling penting.

Macam mana hendak selesai? Baru-baru ini, dalam kongres DAP, beberapa perwakilan mendakwa PAS tidak menghargai undi bukan Melayu kerana hendak melaksanakam undang-undang Islam, sedangkan DAP tetap dari dulu hingga sekarang menolak sebarang usaha menjadikan Malaysia sebagai negara teokratik. Bagaimana kita hendak mempertemukan kedua-dua pandangan itu?

Ini satu cabaran kepada kita. (Penyelesaian objektif) A, B, C, D tidak boleh. Ini soalan kemanusiaan, soal persepsi. Bagi kita, pencapaian setakat ini pun orang PAS mengundi calon DAP, orang Cina mengundi calon PAS. Itu sudah besar. Jadi yang lain-lain, prosesnya mesti melalui pertemuan dan perundingan. Akan ada pantang laranglah.

Setakat mana PAS boleh bertolak ansur tentang dasar, undang-undang Islam?

Sekurang-kurangnya paling minimum ialah perlembagaaan, Islam agama rasmi, kuasa Islam di peringkat negeri dan sebagainya. Dan saya rasa DAP pun tidak ada masalah. Di sini ada pertemuan. Dan kita pun sebut, kalau di peringkat persamaan undang-undang syariat, dia akan kena pada orang Islam.

Iyalah, tetapi itu pun tidak dapat diterima oleh DAP untuk penguatkuasaan undang-undang Islam itu?

Tidak mengapa. Dari masa ke semasa kita bincang teruslah, kalau kita hendak menjadi parti pemerintah. Tidak menjadi masalah kepada kita untuk terus berbincang. Macam sekarang ini, kita boleh berjalan di Perak, di Selangor.

Jadi, adakah Tuan Haji melihat sebuah jalan yang sukar oleh PAS dalam Pakatan untuk tempoh akan datang?

Sukar tetapi boleh dilalui. Sukar sebab kita mentadbir manusia. (Ketawa) Umno sama Umno pun kita tengok lagi teruk. Tidak ada benda yang tidak boleh kita cabar, benda-benda seperti ini.
Sekarang ini PAS disebut-sebut mempunyai dua aliran, pertama moderat, kedua konservatif. Apa komen Tuan Haji?

Itu biasa dalam mana-mana parti politik dan aliran pemikiran. Jadi, parti politik yang mencecah sejuta, aliran-alirannya itu adalah perkara biasa. Tetapi sudah tentu keputusan parti, keputusan muktamar itu yang didokong bersama. Aliran pemikiran tidak ada masalah.

Maksudnya wujud?

Dalam mana-mana parti politik biasalah. Macam Umno dulu, kononnya ada aliran kiri, ada aliran kanan. Tetapi mereka itu Umno-lah. Ini pun semacamlah, ada dikatakan aliran keras, ada aliran sederhana. Tetapi semuanya mendokong dasar Islam. Bagi saya berlainan pendekatan itu lumrah.

Sebenarnya, berapa aliran dalam PAS setakat ini?

(Ketawa) Satu aliran saja, aliran Islam.

Apa perbezaan antara kedua-dua aliran tadi (konservatif dan moderat)?

Kalau di sebelah Pantai Barat, tentulah kecenderungan hendak mendekatkan ideologi Islam kepada non-muslim menjadi agenda utama. Kalau di sebelah Pantai Timur, bagaimana hendak mendekatkan Islam kepada orang yang sudah Islam menjadi agenda utama.

Jadi, kalau kita lihat, secara individunya, orang-orang itu, tidak ada perbezaan sama ada satu kumpulan menerima pandangan komunis (contohnya) atau satu kumpulan pandangan Islam. Tidak ada sampai ke peringkat itu.

(Ketawa) macam kita kata, gaya belah rambut sahaja. Sama ada hendak belah tengah atau belah tepi. Sampai peringkat pertarungan ideologi dalam parti, itu tidak ada.

Tuan Haji dengar, baru-baru ini ada satu kumpulan dalam PAS dikenali sebagai Kumpulan Erdogan disebut dalam sebuah blog. Katanya Kumpulan Erdogan ini diketuai Datu Husam Musa. Beberapa pemimpin PAS diletakkan dalam kategori ini?

Saya berpendapat, begitulah, kalau ada, pandangan-pandangan peribadi, tetapi semuanya bekerja dalam konsep tidak lari daripada dasar Islam tadi.

Tetapi kumpulan ini wujud atau tidak dari segi kesefahaman, ideologi dan pendekatan yang serupa?

Tidak ada, tidak ada. Saya tidak nampak ada.


07 September 2008

PUTRAJAYA 916 : 16 SEPTEMBER PASTI BERLAKU...


'Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu sahaja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain Allah, Rasulnya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
( 9:16 )

Surah At-Taubah – Surah ke - 9 : Ayat 16

16 September atau 916 semakin hampir dan Ia PASTI BERLAKU. Selepas ini Dato Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan satu lagi sumpah yang ditunggu-tunggu selama ini. Sumpah keramat kali ini akan menamatkan terus pemerintahan Barisan Nasional selama 50 tahun. Jika selama ini pelbagai pihak mendesak Dato Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan sumpah. Tetapi sumpah selepas ini akan menyebabkan mega tsunami yang akan menenggelamkan kapal Titanic Barisan Nasional selaku regim parti pemerintah sekarang. Sumpah tersebut adalah sumpah taat setia di hadapan Yang DiPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang baru.

Tarikh 16 September juga kelak akan menjadi titik terpenting dalam sejarah masa hadapan Malaysia. Harapan baru rakyat Malaysia terhadap sistem pemerintahan negara bakal melakar satu lembaran baru. Selepas bergelut dengan pelbagai kemelut ekonomi, rasuah, sistem kehakiman , sistem demokrasi dan sosial. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya wajar bangkit semula untuk meletakkan negara pada kedudukan dan standart yang tinggi di mata dunia.

Semangat dan inspirasi baru perlu ditiupkan kepada seluruh warga Malaysia. Dengan harapan baru kebangkitan rakyat Malaysia selepas 51 tahun negara mencapai kemerdekaan. Suntikan semangat dengan halatuju dan agenda baru perubahan negara akan melonjakkan Malaysia berada ditahap global. Kita perlu memahami realiti semasa dengan perubahan dunia yang semakin pantas bergerak maju dan semakin bersifat global. Justeru tindakan dan fikiran juga menuntut standart yang tinggi dan bersifat global dan futuristik.

Malahan harapan selepas 16 September adalah untuk melihat Malaysia bangkit dalam menghadapi kemelut ekonomi dan sistem keadilan. Dunia juga mengharapkan khususnya negara-negara Islam agar Malaysia menjadi jurubicara dunia Islam dan negara-negara membangun dalam menangani persoalan ketidakadilan global yang semakin memisahkan dan melebarkan jurang pertembungan tamadun atau Clash of Civilization yang diungkapkan oleh Samuel Huntington dalam karya agungnya.

Kita juga mengharapkan sinar baru harapan Malaysia akan muncul pada fajar 16 September. Sinar ini yang akan menerangi seluruh zaman kegelapan Malaysia dalam aspek sistem keadilan,sosial, ekonomi dan pentadbiran negara. Sinar harapan baru rakyat Malaysia untuk kembali bangkit menjadi bangsa yang menyumbang kepada kepesatan dan ketamadunan dunia. Kita juga akan bangkit bukan sekadar untuk menyaingi prestasi ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Tetapi juga kita bangkit untuk membangunkan ekonomi yang akan menjadi role model dunia dan ummah sejagat di masa hadapan.

Apa jua halangan dan rintangan yang cuba dilaksanakan oleh regim pemerintah masa kini untuk menidakkan berlakunya peralihan kerajaan 16 September. Realiti sebenarnya 16 September pasti akan berlaku juga. Kini bidak catur berada pada giliran Pakatan Rakyat untuk menggerakkannya. Hanya tinggal beberapa langkah lagi percaturan ‘checkmate’ akan terus menamatkan permainan kotor regim pemerintah masa kini selama 50 tahun.

Kini seluruh dunia sedang memfokuskan kamera mereka ke arah Malaysia. Kerajaan Pakatan Rakyat 916 akan mengambil alih kerajaan persekutuan Malaysia. Kita mengharapkan proses peralihan tampuk pemerintahan negara akan berjalan lancar dan aman. Dunia juga sebenarnya ternanti-nanti satu peristiwa bersejarah yang akan mengubah landskap politik Malaysia pada masa hadapan. Kita juga wajar meraikan 16 September ini sebagai Kemerdekaan Malaysia Ke-2 yang bebas daripada sistem rasuah dan kezaliman. Kibarkan bendera Malaysia sebanyak yang mungkin tanda kemenangan kita dalam mendapatkan kemerdekaan yang sebenar yang kita bukan bebas daripada penjajahan fizikal tetapi kita bebas daripada penjajahan minda.

Kita merdeka daripada penjajahan minda untuk menjadikan Malaysia dan warganya mempunyai nilai maruah yang tinggi pada pandangan dunia. Bebas merdeka daripada penjajahan minda merupakan pembebasan yang cukup tinggi nilainya kerana dengan bebas daripada minda sahaja kita mampu bangkit membina negara menjadi sebuah negara madani yang bertamadun tinggi dan nilai akal budi murni yang terpuji.

Mengungkap sepotong ayat Al-Quran daripada Surah Al-Taubah yang merupakan surah ke 9 dan memetik pada ayat ke 16. Kita wajar memahami dan menghayati maksud ayat tersebut dengan mendalam yang membicarakan soal ujian keimanan dalam proses perjuangan yang akan dihadapkan dengan pelbagai ujian sebelum layak kita mengecap nikmat manis kejayaan tersebut.

Proses reformasi yang bermula 10 tahun lepas baru kini nampak hasilnya. Tetapi 16 September ini adalah proses permulaan dalam satu langkah panjang membawa negara ke arah era baru negara madani. Sempena meraikan 16 September ini di seru seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama menanamkan iltizam dan tekad baru untuk membawa Malaysia yang lebih gemilang di masa hadapan. 16 September adalah detik kebangkitan Malaysia menjadi warga negara yang lebih bermaruah. 16 September adalah Malaysia Baru untuk menjadi sebuah Negara Madani.

Semoga 16 September akan membawa Malaysia menjadi perintis kepada perjuangan menegakkan keadilan di peringkat global pula. 16 September bukan destinasi berhentinya perjuangan tetapi adalah sebuah perjalanan perjuangan yang panjang. Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-2 pada 16 September. Semoga 16 September adalah detik permulaan sinar aura harapan baru Malaysia untuk melakar sejarah tamadun ummah sejagat di masa hadapan.

06 September 2008

Riang-riang: Allah itu tenaga







Manusia dan alam digerakkan oleh satu tenaga. Tenaga itulah Tuhan. Hanya satu Tuhan. Jika kita mengatakan tenaga atom dan nuklear ialah tenaga yang paling kuat dan menakutkan, tetapi, tenaga bagaimana pula dengan tenaga yang terhasil di lubang hitam di angkasa lepas? Tenaga tsunami dan gunung berapi yang lahir dari perut bumi dan tenaga dari ruang atmosfera - udara?

Tenaga inilah yang menggerakkan fizikal manusia dan alam malah tenaga juga menggerakkan masa. Tapi, di Malaysia, manusianya digerakkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Hahaha...


Kita, secara kasarnya tidak boleh melihat tenaga apalagi memegangnya. Kita cuma boleh RASA. Jika hujan lebat dan guruh berdentum-dentam, kita secara sedar atau tidak, merasakan ada suatu tenaga yang dahsyat telah menghempap mukabumi. Begitu juga apabila kita demam panas sehingga tidak dapat berjalan. Tetapi, dapat lagi kita merasakan ada suatu tenaga yang memampukan kita menggerakkan mata.

Untuk mengenal tenaga ini, kenalah minum banyak-banyak minuman bertenaga. Hehehe...

Tenaga itulah Tuhan dan apa yang aku maksudkan dalam 'AKU DI DALAM KAU, KAU DI DALAM AKU'. Hanya ada satu Tuhan. Alam yang sikit punya besar ni takkan satu je Tuhan yang kontrol? Ye, hanya satu. Kalau banyak tuhan, teruk lah orbit berlanggaran sebab tak sebulu. Kalau tuhan yang satu ni tak boleh kontrol semua alam, jangan dipanggil Tuhan. Panggil saja Najib Razak. Dan Tuhan yang satu ni tidak pula dizahirkan tubuh badannya kerana ianya sebentuk TENAGA. Bagaimana mahu menzahirkan tenaga? Hanya dengan rasa.

Atheism - yang tidak percaya kewujudan tuhan, aku sangatlah menyokong mereka ini kerana mereka berani dan mereka ini lebih mendalami ilmu makrifat sebenarnya. Kenapa mereka berfikir tuhan tidak wujud? Sebab mereka percaya pada tenaga. Setiap gerak mereka berdasarkan tenaga. Ini samalah dengannya lafaz sumpah / ikrar (bukan sumpah epul), semasa individu muslim mendirikan solatnya - doa iftitah: "inna solati, wanusuki, wamahyaaya, wamamaati, lillahirob bil 'alamin - sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, adalah demi Allah tuhan sekalian alam".

Quran, Bible dan Torah menyuruh kita percaya pada kewujudan tenaga ini yang bernama Allah Ta'ala.

Mekah dan islam

Ialah sebuah lembah kering kontang yang diteroka oleh Siti Hajar dan anaknya, Ismail. Sejak penemuan telaga zam-zam, Mekah semakin hari, semakin menjadi sebuah kawasan yang maju lagi berdayasaing.

Apa yang dikatakan dengan masyarakat Arab Jahiliah? (aku sebenarnya dah tulis benda ni dalam skrip aku - Muhammad & Lahab). Tapi, takpe - ilmu mesti dikongsi bersama.

Kalau semasa sekolah dulu, ustazah kita mesti ajar masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang pincang akhlaknya. Anak perempuan ditanam dan penyembahan berhala berleluasa. Kenapa masyarakat Arab ketika ini pincang? Apakah puncanya?

Mekah sewaktu jahiliah, dikuasai oleh beberapa orang taikun seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan Abdul Muthalib serta Abi Talib. Mereka ini dari keluarga Quraisy dan merupakan keturunan Nabi Ismail. Taikun-taikun inilah yang menjaga telaga zam-zam, kaabah serta mengutip cukai-cukai perdagangan (oh, ya - Mekah masa tu merupakan pusat dagangan), perniagaan tuhan, dan yang paling penting - RIBA dan TIPU TIMBANG, dan hasil dari ketamakan mereka ini, maka terhasil lah jurang masyarakat yang tinggi - bangsawan dan hamba abdi. Apabila jurang masyarakat wujud, maka berlakulah penindasan. Ini situasi yang biasa berlaku dalam dunia imperialis kapitalis.

***hal ini sedang berlaku di Malaysia sekarang ini ye... sila tajamkan mata dan fikiran kalian.

Muhammad diberikan idea (wahyu) untuk menghapuskan kepincangan ini. Islam dicipta ini samalah dengan Voltaire, Rousseau, Marx, Engels, Mao, Gandhi, dan Guevara yang juga menerima idea untuk menghapuskan kepincangan masyarakat ini. Islam, samalah dengan SOSIALISME dan KOMUNISME. Ekonomi sosialis - menagihkan kekayaan negara kepada semua rakyatnya. Islam pun begitu - sebab tu kena ada zakat dan badan zakat atau baitulmal amat penting dalam sebuah negara. Bukan sekadar syarat sebuah negara islam (konon, cet!)

Bagi Melayu bodoh yang mengatakan komunis itu jahat, samalah dia dengan menghina islam (sebenarnya apa fahaman pun tujuannya mulia, tapi manusia yang membawa fahaman tu yang tak boleh dipakai sangat). Bagi Melayu bangang, asalkan Cina je, komunis. Hahahaha, lawak betul lah. Terutama Melayu UMNO dan PEKIDA. Mereka inilah yang merosakkan fahaman islam sebenarnya. Pemikiran mereka ditutup dengan slogan 'KETUANAN MELAYU' - kepala butoh dia (alamak, kurang pahala puasa aku, hahaha).

Jika komunisme, sosialisme dan demokrasi tulen menggabungkan umat manusia yang tiada beza tarafnya dari segi kedudukan dan ekonomi, tetapi islam menambah satu lagi - menyembah tuhan yang satu - dan ini lebih kuatkan lagi perpaduan manusia dan lebih membuatkan manusia berasa lebih rendah diri.

Judaism dan Kristian juga menyeru kita menyembah Tuhan yang satu. Undang-undang sivil di dalam Talmud dan Pejanjian Lama, adalah undang-undang menyeru kepada pembentukan sebuah masyarakat yang samarata lagi adil saksama. Hak perempuan dan perkahwinan juga terdapat di dalam Talmud dan Perjanjian Lama - begitu juga di dalam Quran!

Aku bukannya ulamak fahaman PLURALISME. Tapi sebagai manusia, aku mesti mengingatkan manusia lain terutama dalam konteks Melayu sebab aku lahir dalam kelompok ini. Keterbukaan fikiran dan kebebasan bermasyarakat bukanlah KAFIR hukumnya. Neraka cuma rasa tidak senang sebab itu ianya digambarkan sebagai api, manakala syurga pula rasa senang yang amat sangat. Hukum karma dan 'Hari Pembalasan' adalah sama. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Itu saja...

Di dunia ni, dengan siapa lagi kita berkongsi kalau bukan alam dan manusia. Apa salahnya kita hidup bersama-sama sebab kita semua manusia MENYEDUT OKSIGEN YANG SAMA. Apa lagi nak dibezakan dengan warna kulit dan bahasa? Cuma yang kita perlu tentang ialah tokeh-tokeh, taikun-taikun, sultan-sultan dan BARISAN NASIONAL, kerana mereka inilah yang meletak pagar yang memisahkan masyarakat!

Khabonye: Bila masjid hanya tempat bersolat





Pada bulan yang mulia ini aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan bagi membolehkan aku bersahur dan berbuka walaupon seteguk air zam zam dan sebiji buah tamar.Tapi aku terpukul bila lihat keadaan masjid yang lenggang di kampung kampong bila waktu moreh dan solat sunat terawih.

Compius compius dibuatnya. Mana daknya moreh di masjid masjid menyediakan juadah berbuka puasa yang aku boleh gredkan sebagai lazat kerana lauk ayam, daging, sayur, ikan, nasi putih dan nasi minyak. Takan meriah juadah berbukak di masjid. Bukan pasal menu yang aku nak tekankan tetapi persoalanya kenapa umat manusia khususnya yang beragama Islam ini telah mengabaikan salah satu sunnah Rasulullah yang dituntut dalam Islam yang iaitu mengimarahkan masjid sewaktu berbuka puasa.

Ini kerana yang kaya, sederhana dan miskin dapat menikmati juadah @ menu berbuka yang sama dan dapat duduk satu meja tanpa mengira status. Dan seterusnya dengan berbuka bersama yang kaya boleh bertanyakan khabar kepada yang miskin dan yang paling penting dapat mengeratkan lagi hubungan siratulrahim yang mana selama ini telah berenggang.

Sepanjang yang aku hadiri moreh aku dapat rasakan semakin kurang golongan muda dan peringkat umur pertengahan yang hadir. Aku dapat rasakan semangat moreh telah berkurangan mungkin disebabkan kita kekerangan maklumat mengenai fadihlat moreh. Mungkin mereka ini lebih senang makan beradap dengan isteri dan anak masing masing dan tanpa mereka sedari mereka mereka ini sebenarnya telah menjauhkan diri daripada hal hal orang kampung.

Aku dapat rasakan yang sedemikian dan aku pon telah melalui hal yang sedemikian rupa. Aku jarang menghadiri moreh kerana pak pak menteri dan adun pada masa nilah nak menunjukkan yang mereka inilah dermawan. Dan yang paling aku tak tahan lihat bila orang sekeliling yang mana kaki bodek kaki ampu dan kaki jilat ini memainkan peranan yang mana merakalah yang telah menjadikan masjid ini ibarat bangkai bernyawa. Merekalah yang telah membuang dan menyikirkan pembangkang daripada mengimiarahkan masjid ini dengan kuliah kuliah pengajian dan aktiviti agama dan merekalah yang telah menjadikan masjid ini ibarat istana dan menghiasi plaster syiling, lampu lip lap lip lap, membuat tandas seperti hotel, pasangkan air corn sbb takut panas didunia tapi bukan di akhirat. Yang paling aku tak paham kenapa si kaki bodek ini menghalang orang kampung daripada menjalankan aktivit yang berkaitan dengan agama. Adakah dengan pendedahan isu murtad,isu memilih pemimpin yang soleh telah memyebabkan beberapa imam dan ustaz ustaz dilarang daripada memberikan khutbah dan mengajar dimasjid.

Allah itu maha kuasa. Sesungguhnya Doa orang Islam yang beriman kepada Allah orang yang tertindas itu akan dimakbulkan oleh Allah. Maka setelah hampir 12 tahun kepimpinan masjid dibawah kepimpinan UMNO laknatullah maka dengan kuasa Allah maka pada akhir akhir ini masjid masjid telah berjaya diambil alih, ceramah dan kuliah agama silih berganti, penceramah berkobar kobar memberikan pandangan,mengulas tafsiran Al Quran, dan mengajak jemaah menetang kemungkaran.

Tapi sayang hanya masjid di badar bandar dan pekan pekan sahaja yang mendapat sambutan tapi masjid di kampung kampung beberapa kerat sahaja yang menghadirinya. Untuk mendapat 4 saf tau 3 saf penuh pun susah maka hati mereka masih sayang kepada kepimpinan sekular yang telah menghitamkan hati hati mereka. Apa yang menyedihkan lagi kemana perginya anak muda kampung. Kalau bila petang ramainya dipadang kalau nak bilang tak cukup jari kaki dan tangan tapi kalau bab ke masjid masyallah nak jumpe sekor pon susah.

Aku bukan nak perli tapi itulah kebenaran pada hari ini. Bila kita menjadikan masjid semata mata tempat bersolat maka ianya tidak ubah seperti gereja dan kuil. Kenapa kalau kita susah baru nak berdoa dan kalau kita nak berSUMPAH baru kita terpandang masjid. Kita seharusnya menjadikan masjid sebagai pusat perjumpaan orang ramai. Kalau dikampung jadikan ia sebagai tempat perjumpaan orang orang kampung, buat mesyuarat dimasjid, hidupkan masjid dengan aktiviti keagamaan. Dan dengan ini hati yang gelap akan mendapat Nur daripada Allah.

Berbalik pada cerita moreh tadi. Adakah kita terfikir dengan berbuka puasa secara moreh akan menjimatkan duit poket kita. Kalau kita beli atau memasak lauk pauk berapa RM kita akan keluarkan daripada poket kita. SEMPENA DENGAN TITLE PAKATAN RAKYAT YANG MEMEGANG PRINSIP NEGARA BERKEBAJIKAN kita seharusnya mengamalkan prinsip berjimat cermat dan aku rasa cara yang paling ideal waktu ini sempena Ramadhan marilah kita memenuhi waktu berkukak puasa di masjid.

05 September 2008

Dari Bangsar Utama: Sah, Umno Pulau Pinang mengapi-apikan sentimen perkauman!!!





Sebentar tadi Umno Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar. Mereka menyatakan sokongan kepada Ahmad Ismail diatas tindakan untuk tidak memohon maaf diatas ucapannya yang menghina kaum Cina dinegara ini dalam ucapannya sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.

Mereka tidak punyai niat lain selain daripada untuk menghuru-harakan negara ini.

Diharap pihak-pihak lain jangan terperangkap dengan permainan ini.

Ini adalah taktik lama. Hanya orang bodoh sahaja yang akan terjerat dengan permainan Umno Pulau Pinang ini.

Mereka mahukan ada kelompok Cina yang respon agar pergaduhan kaum dapat dimulakan.

Apabila pergaduhan kaum bermula, maka undang-undang Darurat akan digunakan.

Apabila darurat berjalan, maka halallah tindakan kerajaan untuk menangkap sesiapa sahaja dan ini sekaligus akan menghalang Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan. Apakah ini ada kena mengena dengan kenyataan Dollah Tidur hari ini yang berbunyi, ‘Saya Pastikan 16 Sept Tidak Akan Berlaku,’ Kata Abdullah.

Awas, jangan terperangkap dengan percaturan sempit ini!!!

Nota: Beliau adalah seorang aktivis 'pemantau pilihan raya' -- sudah pergi hingga ke Sri Lanka, India, Indonesia dan Filipina untuk memastikan pilihan raya di sana kekal bersih. Juga merupakan seorang kolumnis di akhbar elektronik bebas http://malaysiakini.com. Kolum Borak-borak kendalian beliau mula beroperasi di malaysiakini pada 29 Mei 2007 yang lepas.

"Pelapis Ulama PAS mengecewakan" - Mat Sabu

Oleh: Jimadie Shah Othman (malaysiakini)

Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja, kata naib presidennya Mohamad Sabu.

"Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip. Daripada ucapannya, kita tahu daripada sudut bacaannya," katanya kepada Malaysiakini.

"Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak diperkenalkan awal 1980-an selepas terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam Iran.

Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan.

"Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.

"Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator.

"Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku untuk lulus peperiksaan. Itu yang saya rasa rimas sikit dengan perkara-perkara macam ini," katanya sewaktu ditemui di kediamannya di Shah Alam semalam.

"Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India.

"Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu."

Bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran semasa dan ilmu agama.

"Kita harap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang.

"Jadi, kepimpinan ulama perlu dipertahankan, tetapi perlu peningkatan," katanya.

04 September 2008

Belasungkawa: A Samad Ismail meninggal

Oleh Malaysiakini

Tokoh Kewartawanan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia kira-kira 5.58 petang tadi di Pusat Perubatan Pantai selepas menghadapi jangkitan paru-paru penghujung bulan lalu.

Kesihatan keadaan allahyarham semakin merosot hari ini, dengan buah pinggangnya sangat lemah, kata anaknya Nuraina.

"Keadaannya tidak bagus langsung, walaupun mesin dialisis sudah dipasang ia tidak menunjukkan perubahan.

"Malah doktor memberitahu buah pinggang ayah sangat lemah ketika ini dan hari ini doktor akan melakukan dialisis lagi untuk melihat perkembangan seterusnya," katanya tengah hari tadi.

Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pantai pada 25 Ogos lalu akibat jangkitan paru-paru.

Keadaan kesihatan beliau, yang juga mesra dengan panggilan Pak Samad, menunjukkan kemajuan pada peringkat awal sebelum kembali tenat sejak Sabtu lepas setelah masalah jangkitan paru-parunya merebak ke organ lain.

Jenazah beliau akan disemadikan di perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat, esok.

Pak Samad, dilahirkan di Geylang, Singapura pada 18 April 1924. Beliau menamatkan persekolahan Senior Cambridge pada 1940.

Pak Samad mula menempuh alam pekerjaan dengan Utusan Melayu ketika berusia 16 tahun, kemudian sebagai pengarang Berita Malai (1944) pada zaman Jepun sewaktu berusia 20 tahun.

Pada 1946, beliau dilantik sebagai penolong pengarang, Utusan Melayu. Beliau juga pernah bertugas sebagai wakil Utusan Melayu di Jakarta.

Pada 1959, Pak Samad dilantik sebagai pengarang pertama akhbar Berita Harian, sebelum menjadi pengarang urusan bagi kumpulan akhbar The New Straits Times (1974).

Pada 1984, Pak Samad dilantik sebagai penasihat jabatan pengarang bagi kumpulan akhbar berkenaan sehingga beliau bersara pada 1988.

Pak Samad aktif dalam pergerakan politik. Pada 1947, bersama-sama Abdul Aziz Ishak, beliau menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (Geram). Penubuhan itu menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bawah pimpinan Dr Buhanuddin Al-Helmi dan All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock.

Pak Samad juga terbabit dalaqm pakatan Anti-British League bersama-sama PB Sharma, JJ Putucheary, Devan Nair dan John Eber.

Beliau pernah ditangkap dua kali di Singapura oleh pemerintah British (1946 dan 1951). Ekoran daripada Peristiwa Natrah pada 1951, beliau dipenjarakan di Pulau Sekinchan kerana dituduh sebagai penghasut yang menyebabkan peristiwa perkauman.

Pada 1976, Pak Samad ditangkap lagi, tetapi kali ini oleh kerajaan Malaysia, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersimpati dengan komunis.

Beliau dibebaskan pada 1981 oleh pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Hussein Onn (yang memenjarakan Pak Samad).

Pak Samad turut menyertai rombongan "Malaysia Merdeka" yang pertama ke London (1953). Pembabitan Pak Samad dalam politik secara aktif bermula pada pertengahan dekad 1950-an apabila beliau turut terbabit dalam penubuhan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura pada 1954.

Beliau kemudian menyertai dan memimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) Singapura pada 1958.

Pak Samad menceburi bidang penulisan kreatif sejak zaman pemerintahan Jepun. Cerpen ciptaan awalnya terkumpul dalam antologi seperti Mekar dan Segar (1959) dan Karangan Bunga Dari Selatan (1963).

Cerpen yang ditulis pada dekad 1960-an dan belum pernah tersiar sebelum itu, akhirnya dikumpulkan dalam dua kumpulan persendiriannya yang berjudul Temasya Tinta (1967) dan Mastura (1967).

Antara 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Antara novel yang dihasilkannya ialah Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).

Buku lain termasuklah Mengasah Bakat (1966), Kursus Wartawan (1966), Bimbingan Penulis (1967) dan Memoir A Samad Ismail di Singapura (1993).

Sebagai seorang aktivis bahasa dan budaya, Samad turut menyarankan peningkatan penggunaan bahasa Melayu dan di kemuncak perjuangannya, beliau menyokong penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mula dicetuskan pada 1968.

Selaras dengan perjuangannya dalam bidang sastera, beliau menjadi pengasas Angkatan Sastewawan 50 (Asas 50) di Singapura dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) di Kuala Lumpur.

Pada 1971, Pak Samad dilantik sebagai ahli panel Hadiah Karya Sastera anjuran kerajaan. Pada 1974, Pak Samad menerima Anugerah Ramon Magsaysay.

Pada 1976, Kerajaan Malaysia menganugerahkan Hadiah Pejuang Sastera kepada Pak Samad di atas jasa dan sumbangannya dalam bidang penulisan.

Pada 1987, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh UKM, sementara Institut Akhbar Malaysia (IAM) memberikannya gelaran Tokoh Wartawan Negara.

Tan Sri Samad dilantik sebagai Karyawan Tamu selama dua tahun di UKM (1991-1993). Kemudian mulai Oktober 1993, beliau menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Penulisan Universiti Malaya.

Sejak 1992, Pak Samad dilantik sbeagai pengerusi Panel Menggubal Dasar Komunikasi Negara. Pada tahun itu beliau dianugerahi darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.


Khabonye: Merdeka atau Mauditka?





Alhamdulillah ramadhan menjelma juga. Ada yang mengatakan ramadhan bulan orang pun cari duit, ada yang mengatakan ramadhan bulan Al Quran sebab Ianya diturunkan pada bulan yang mulia, ada yang menyatakan bulan ramadhan bulan yang mana manusia seharusnya mendekatkan diri dengan Allah kerana dibulan ramadhan kita beramai ramai mengimairahkan masjid dengan mengerjakan solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isya' dengan cara berjemaah, berbuka secara berjemaah dan bertadarus secara berjemaah.

Maka dengan ini kita dapat lihat Islam untuk semua, tiada khas untuk orang miskin mahupon yang kaya. Maka dalam bulan ramadhan ini juga kita mengeluarkan zakat fitrah bagi yang berkemampuan bertujuan meringgankan beban kepada fakir miskin. Maka fadhilat pada bulan ramadhan ini besor ertinya yang mana manusia yang beriman dimuka bumi ini seharusnya merenongkan intipati yang terkandung di dalam penghulu segala bulan iaitu bulan ramadhan.

Sebelum menyambut ramadhan rakyat malaysia menyambut bulan kemerdekaan pada tanggal 31 ogos 1957 iaitu merdeka yang ke 51. Dalam erti kemerdekaan ini kita dapat lihat sebenarnya kita masih dijajah oleh anasir barat terutama sekali anasir yang cuba dibawak oleh kristian dan nasrani. Kita dapat lihat juga selepas kemerdekaan kita lupa bahawasa nya bumi malaysia ini atau pada dahulu kala dikenali sebagai tanah melayu ini merupakan satu pengkalan atau pusat atau tempat dimana Agama Islam tersibar luas merangkumi sempadan Pattani dan Acheh di tanah Jawa.

.

Pada hari ini jugak dalam buku sejarah jugak hanya menceritakan bahawasanya Portugis datang ke Malaka bertujuan utk menakluk perdagang rempah daripada negara India tapi tidakkah kita sedar bahawasanya adakah itu sebab dan musabab sebenar kenapa Portugis datang ke Tanah Melayu. Kenapa buku sejarah Malaysia tidak memberikan maklumat yang sebenar kepada rakyat malaysia yang sebenarnya kedatangan Portugis ke tanah Melayu pada ketika itu sebenarnya bertujuan utk memperluaskan ajaran kristian dan seterusnya menghapuskan Islam di Tanah Melayu ini.

Adakah kita lihat pada hari ini orang Portugis menjadi saudagar atau pengimport Rempah yang terbesar di dunia. Jawapanya Tidak. Pada zaman Tanah Melayu alim ulamak merupakan pemangkin dalam mermartabatkan Islam dan menjadi penaik semangat untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada Portugis.

Pada ketika itu Kerajaan Melayu Melaka kerupaka empayar yang besar dalam penyebaran Islam di Asia dan ini terbukti terdapat catitan pada sejarah Pattani dan Acheh yang mana kedua duanya adalah di bawah jajahan kesultanan Melayu Melaka."kalau roboh kota Melaka kota di Jawa hamba dirikan"

Ini terbukti setelah Portugis hampir kalah di Malaka dan di sebabkan pertolongan India menggunakan meriam maka alim ulamak dan rakyat Melaka telah kalah dan beredar ke Pulau Jawa iaitu Melayu Acheh dan telah menjadikan satu lagi empayar Islam yang kuat dan maka timbul lagi satu empayer setelah kejatuhan Jawa iaitu Melayu BUgis.

Begitu kuat kuasa Islam sebelum kemerdekaan. Kita dapat lihat perjanjian Pangkor pada zaman dahulu menggunakan bahasa jawi sebagai bahasa penghantar, perjanjian Stanford Raffle di Pulau Pinang telah menggunakan bahasa jawi sebagai bahasa pengantar dan penyerahan Singapura kepada Francis Light jugak menggunaka bahasa jawi sebagai bahasa pengantar.

Lihat begitu kuatnya Islam yang berkembang di Tanah Melayu sehinggakan penjajah terpaksa akur dan tunduk kepada pemerintahan pada masa itu. Satu lagi bukti menunjukkan Islam itu kuat di Tanah Melayu ialah pengihtiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka juga telah ditulis dalam bahasa Jawi.

Nah apa lagi yang hendak dibuktikan bahawa Islam adalah satu agama, ajaran dan ikutan yang UNGGUL. Tapi sayang setelah memperoleh kemerdekaan kita telah lupa pada asal usul kita. Kita telah membuang jauh jauh tulisan jawi sebagai tulisan pengantar, kita telah telangjangi kedaulautan Islam dengan mencipta undang undang SIVIL, kita juga telah menghina Ulamak dengan mengatakan mereka ini berfikiran kolot dan back to the future.

Kita dapat lihat orang melayu sendiri telah memmertabatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk diajar dalam matematik dan sains, telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk dunia.

Kita hari ini telah lalai dengan Hiburan yang melampau,keseronokan yang tak terhingga dan pergaulan yang tidak terbatas antara lelaki dan perempuan. Maka ajaran sekular manjadi ikutan dan Islam dianggap musuh utama yang mana dengan ajaran Islam akan memundurkan sesuatu intitusi.

MasyaAllah...

Kita telah melakukan sesuatu yang dikehendaki OLEH ORANG KAFIR IAITU MENJAUHKAN ISLAM DARIPADA SKOP KEHIDUPAN, MENJAUHKAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN DAN MENJAUHKAN ISLAM DALAM BERPOLITIK. MAKA SILAP SIAPA ADAKAH PEMERINTAH ATAU RAKYAT?

01 September 2008

Riang-riang: Bicara dengan roh ramadhan - sempena bulan turunnya Quran





Aku pernah memilih untuk tidak menjadi muslim. Ini cerita beberapa tahun lepas. Cerita sewaktu aku menyanyikan Quran lalu mencampaknya ke dinding - apa yang aku lagukan ni? Itu persoalan yang berputar dalam kepala. Aku tak faham apa yang aku nyanyikan - langsung. Sehinggalah ada hantu datang bagi aku tafsir lalu aku membacanya berulang-kali. Hantu tu suruh aku baca tafsir je. "Jangan buat benda yang kau tak faham," katanya.

Okeh, cerita aku memilih untuk tidak menjadi muslim. Kalau Lina Joy tu minta kat kerajaan supaya tajuk Islam di kad pengenalannya dipadamkan, aku mahu minta kat kerajaan supaya tambah tajuk tu jadi 'Islam Hadhari' ataupun 'Islam Kapal Selam'. Aku tak faham kenapa kena letak Islam kat kad pengenalan. Kenapa mesti menekankan Islam di mana-mana di bumi Malaysia ni? Bagus sangat ke Islam ni sehingga jadi penting sangat? Bagi aku, Islam di Malaysia ni samalah dengan henfon ataupun 'laptop'. Ianya tuntutan dan menjadi satu beban. Bukan lagi satu kaedah hidup atau fahaman atau ideologi atau falsafah atau kepercayaan atau suatu gabungan yang lahir ikhlas dari hati dan akal fikiran.

Oleh kerana aku didesak untuk menulis ISLAM sebagai agama di dalam mana-mana borang, maka aku tak ada pilihan dan pilihan aku terbatas pun - untuk menjaga hati keluarga dan masyarakat keliling. Aku nak saja tulis yang aku ni bukan Islam. Aku memilih untuk jadi kafir.

Aku, bukan saja ditipu bahawa negara Malaysia diperintah oleh penipu dari parti tipu. Tapi aku juga ditipu dari sudut pandangan agama Islam. Semasa di luh-mahfuz, aku sudah memilih Islam sebagai agamaku. Tapi, bila lahir ke dunia (rupa-rupanya dunia Melayu Malaysia, alamak...), aku menyesal berjanji dengan Tuhan kerana memilih Islam.

Sekali lagi, aku campak tafsir Quran ke dinding.

Kali ni, hantu tu datang lagi, tapi tak bagi aku apa-apa. Tengok saja. Apa tengok-tengok!

Aku memilih untuk tidak beragama. Aku ingatkan Malaysia yang beragama Islam ni betul-betul dah faham Quran, tapi aku lupa yang Malaysia tak boleh membaca. Aku kosong selama beberapa tahun. Dalam kosong aku itulah aku meneroka alam baru. Aku dikenalkan dengan beberapa orang Nabi dunia baru -dari Prusia dan Perancis. Marxisme dan Existensialisme ialah pemikiran yang baru dan segar. Islam kolot. Pemikiran ini lebih suci dari Suu Kyi di Burma. Lebih kemanusiaan dari kemanusiaan. Lebih alam dari Alam So You Think You Can Dance(hehehe).

Tuhan - aku murka padamu dan aku mahu bersemuka denganmu. Tapi kau tak keluar. Pengecut rupanya...

Dalam pada itu aku minat sejarah dan geografi. Ingin mengetahui sejarah dan keadaan mukabumi memang kesukaan aku dari kecil lagi. Aku suka pergi kat kubur lama dan melihat batu nisan yang sangat berusia. Tapi pergi waktu siang lah. Aku juga suka berbasikal dengan kawan-kawan dan meneroka kampung. Aku suka baca catatan N.A Halim (arwah) tentang kota-kota lama. Selain itu, aku mengembara dengan keretapi dan bas (tapi dengan keluarga aku lah). Pengembaraan itulah yang membuatkan aku kenal geografi dan sekaligus aku ingin tahu sejarah tempat itu, terutama asal-usul nama tempat tu.

Minat ini membuatkan aku berminat meneroka sejarah nabi-nabi. Bila terdetik saja aku nak baca sejarah nabi-nabi, hantu tu datang lagi. Dia bagi aku buku sejarah nabi-nabi: 1. Versi budak-budak yang ada gambar dan hurufnya besar-besar; 2. Versi dewasa yang tulisannya halus-halus dan disertakan dengan ayat-ayat Quran.

Dari sini, aku merasakan cerita-cerita nabi ni belum lengkap. Lalu aku diberikan senaskah 'Bible' oleh hantu ni. Aku membacanya. Kemudian, aku kembali membaca tafsir Quran. IBRAHIM - nama inilah yang membuatkan aku tertarik pada sejarahnya. Sejarah kota Ur di Iraq dan tamadum Mesopotamia, sejarah Palestin dan Mekah dan yang pasti, Ibrahim ialah bapa kepada kepercayaan monotheism - percaya pada satu Tuhan. Dua orang anaknya - Ismail dan Ishak inilah yang membuatkan manusia hari ini tidak bersatu. Padahal manusia-manusia ini sudah pun bersatu sebelumnya ketika banjir alam, di dalam bahtera Nuh. Ismail melahirkan keturunan yang berakhir dengan Muhammad. Manakala Ishak melahirkan keturunan yang berakhir dengan Isa.

Kemudian aku mencari Torah, Tanakh dan Talmud. Hantu ni memang banyak membantu. Dan akhirnya - aku faham sikit APA ITU ISLAM! (akan dihuraikan lagi)

Dalam Quran sudah merangkupi segala falsafah yang ada hari ini kecuali falsafah 'KAPITALISME' dan 'FEUDALISME'. Dua falsafah ini bukan dalam Islam malah inilah musuh Islam. (akan dihuraikan lagi)

Hehe, patutlah Muhammad si rasul tu dikatakan manusia sempurna. Tapi selepas kematiannya, dikatakan ulamak ialah pewarisnya. Tapi, apabila meragukan ulamak-ulamak Syeikh-syeikh, maka carilah ulamak Voltaire, Gandhi, Engels dan seangkatan dengannya.

Tuhan - aku murka lagi padamu. Kenapa tidak kau sedarkan aku dari dulu Yang AKU DI DALAM KAU, DAN KAU DI DALAM AKU? (akan dihuraikan lagi)