"KEMELUTMENCARICINTA"
::PERJUANGAN YANG BERMULA TANPA ADA KESUDAHAN::
BICARA BERSAMA
PENULIS TERSOHOR INDONESIA
USTAZ HERRY NURDI
KETUA EDITOR MAJALAH SABILI
SELASA
27 MEI 2008
3.30 PETANG
SARA GEDUNG LALANG
AMPANGAN
SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MALAYSIA
ANJURAN UTAMA
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN
TERAS
SEKALIAN WANITA & MUSLIMAT DIJEMPUT HADHIR
MOGA ADA MANFAATNYA
26 Mei 2008
Anwar nak bertanding kat Kuala Kangsar?
beritaDatuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang baru sahaja habis edah politiknya pada 14 April sudah dikatakan akan bertanding dalam rilihan raya kecil yang akan diadakan sedikit masa lagi di Kuala Kangsar.Pertama kali beliau disifatkan bakal bertanding di Kuala Kangsar ialah pada sebelum pilihan raya umum ke 12 (PRU 12). DSAI memaklumkan kepada khalayak yang mengikuti program sepetang bersama rakyat di Kg. Sayong Lembah pada 6 Januari yang lepas.
DSAI dilaporkan seperti di dalam berita di Harakahdaily bahawa beliau mahu jadi calon di Parlimen Kuala Kangsar untuk tujuan melakukan perubahan yang menguntungkan semua rakyat di bandar Diraja itu.
Katanya menurut laporan yang sama, "[b]iar ada perubahan di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar sudah 50 tahun beri umno/Barisan Nasional pegang. Maka dikali ini rakyat berilah pula kepada Parti KeADILaan dan PAS. Juga biar ada perubahan di Ipoh dan di seluruh pelusuk negeri Perak dan negara. Kawan-kawan semua tolong kerja kuat demi supaya perubahan itu menjadi kenyataan."
Isu ini (isu DSAI nak bertanding di Kuala Kangsar) berbangkit semula selepas pilihan raya pula, di perasmian Sidang Dewan Rakyat, di Parlimen baru-baru ini. Ketika ditanya wartawan tentang di mana beliau akan bertanding di pilihan raya kecil selepas habis edah politiknya.
Beliau berkata, "I told you the possibility of Kuala Kangsar and some other place. (Saya dah beritahu dah kan, kemungkinan di Kuala Kangsar dan lain-lain tempat.)"
Walaupun kenyataan beliau itu diakhiri dengan senyuman panjang dari beliau, tetapi kemungkinan besat beliau akan bertanding di Kuala Kangsar tidak boleh ditolak seratus peratus.
"Dalam banyak-banyak tempat di Malaysia mengapa hanya Kuala Kangsar yang beliau sebut," kata seorang ahli politik PAS dengan yakin bahawa DSAI akan bertanding di Kuala Kangsar.
Dan kemudian isu ini nyata semacam mempunyai kebenarannya apabila dirujuk pula kepada blog Mat Saman Kati. Di bawah posting pada hari ini, bertajuk Hari-hari terakhir Rafidah Aziz beliau ada menyebut bahawa DSAI akan bertanding di Kuala Kangsar.
Katanya, "[p]etang tadi, aku mendapat satu pangilan telefon dari seorang member yang merupakan seorang pegawai tinggi CIMB. Dia minta aku carikan sebuah rumah fully furnished untuk disewa mulai Jun ini. Terkejut juga, sebab dia ni dah ada banglo besar kat Damansara. Bila aku tanya, dia jawab, nak standby for by-election diKuala Kangsar!
"Hello brader! Petisyen pilihanraya baru saja masuk mahkamah, tak kan cepat sangat? Dia bagi tau, bukan itu sebabnya. Ada satu pertikaian diantara CIMB dengan NAZA yang melibatkan Opah Pidah(Rafidah Aziz). Opah Pidah diberi pilihan, sama ada meletakkan jawatan sebgai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, atau menghadapi tindakan mahkamah yang melibatkan jutaan ringgit. Dalam keadaan sekarang, pilihan terbaik bagi Opah Pidah ialah meletakkan jawatannya."
Berita ini dilihat seakan menolak khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa DSAI akan bertanding pada pilihan raya kecil di Permata Pauh, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak atau Kelana Jaya. yang ditinggalkan kosong oleh Dati Seri Wan Azizah, Nurul Izzah, Khalid Ibrahim atau Loh Gwo Burne kerana memberi laluan kepadanya.24 Mei 2008
Ramly Zahari di sebut-sebut ganti Tajol Rosli
beritaRK mendapat maklumat bahawa wakil rakyat Manong Datuk Ramly Zahari adalah antara calon yang dikatakan akan mengisi jawatan Ketua Perhubungan UMNO Perak bagi menggantikan Datuk Seri Tajul Rosli bin Ghazali.Datuk Seri Tajul Rosli dikatakan akan meletak jawatan berkenaan kerana sikap bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti UMNO di Perak pada pilihan raya yang lepas.
Untuk rekod, kerajaan negeri sekarang dipimpin oleh kerajaan campuran Pakatan Rakyat (Pakatan) yang berjaya memenangi 31 daripada 52 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan. Manakala BN hanya mendapat 28 kerusi.
RK juga difahamkan bahawa sesetengah rakyat negeri Perak masih lagi yakin bahawa BN akan kembali memerintah dalam jangka masa terdekat ini. Menurut salah seorang daripada pemberi maklumat kepada RK yang juga enggan memberikan namanya, "Ramly Zahari akan naik jadi MB."
Beliau yang juga merupakan salah seorang pegawai kerajaan berkata dengan yakin bahawa Ramly Zahari akan mengganti Datuk Seri Ir Nizar sebagai MB dan bukan sahaja sebagai ketua perhubungan parti berkenaan.
Walau bagaimapun, RK masih belum metahui dan masih belum mendapat maklumat bagaimana proses peralihan kuasa dilakukan.
Labels:
ahli pas seumur hidup,
berita,
dap,
nizar,
pkr,
ramly zahari,
umno
Selepas Ezam, Che'Gu Bard pula khianat?
Oleh Anti Khairy
eseimestibacaKami menerima maklumat daripada pembaca blog Anti Khairy bahawa terdapat satu pertemuan sulit diantara calon ahli parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard dengan Ezam Mohd Noor beberapa minggu yang lalu disebuah tempat yang dirahsiakan.
Pengirim email yang mahu namanya dirahsiakan menyatakan pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai kemasukkan Ezam kedalam UMNO. Ezam dan Badrul seperti yang diketahui umum bersama-sama menubuhkan GERAK.
Dalam pertemuan tersebut, Ezam meyakinkan Badrul agar menyertai beliau kedalam UMNO untuk memperkukuhkan Pak Lah sekaligus menyekat kemaraan penentang-penentang Pak Lah. Dengan ini "reformasi" dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan.
Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk UMNO.
Dalam email tersebut, pengirim tersebut turut menyatakan yang Badrul adalah teman baik kepada Anuar Mohd Noor, pengendali laman web Umno-Reform dan blog Arah Kita yang juga pengarah kepada Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA). Kedua-dua mereka ini pernah bekerja di Institut Kajian Dasar (IKD).
Apakah Anuar Mohd Noor, balaci Norza Zakaria terlibat dalam percaturan ini?
Yang memeranjatkan kami, pengirim email tersebut menyatakan yang Ezam meletakkan Badrul Hisham Shaharin untuk melawan menantu PM untuk memastikan menantu PM menang di Rembau walaupun dengan majoriti yang kecil pada PRU 12 yang lalu.
Blog Anti Khairy masih menganggap email yang diterima ini sekadar khabar angin. Akan tetapi kami menuntut penjelasan daripada saudara Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard mengenai isu ini.
Blog Anti Khairy menyokong Badrul Hisham Shaharin dalam PRU 12 yang lalu walaupun beliau datang dari PKR hanya kerana satu tujuan, "Menyekat Kemaraan Menantu Pak Lah".
Jika terbukti Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard sebenarnya bersekongkol dengan menantu PM, Blog Anti Khairy tidak akan memaafkannya!!!
Sekat Menantu PM! Tolak Ezam!
eseimestibacaKami menerima maklumat daripada pembaca blog Anti Khairy bahawa terdapat satu pertemuan sulit diantara calon ahli parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard dengan Ezam Mohd Noor beberapa minggu yang lalu disebuah tempat yang dirahsiakan.Pengirim email yang mahu namanya dirahsiakan menyatakan pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai kemasukkan Ezam kedalam UMNO. Ezam dan Badrul seperti yang diketahui umum bersama-sama menubuhkan GERAK.
Dalam pertemuan tersebut, Ezam meyakinkan Badrul agar menyertai beliau kedalam UMNO untuk memperkukuhkan Pak Lah sekaligus menyekat kemaraan penentang-penentang Pak Lah. Dengan ini "reformasi" dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan.
Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk UMNO.
Dalam email tersebut, pengirim tersebut turut menyatakan yang Badrul adalah teman baik kepada Anuar Mohd Noor, pengendali laman web Umno-Reform dan blog Arah Kita yang juga pengarah kepada Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA). Kedua-dua mereka ini pernah bekerja di Institut Kajian Dasar (IKD).
Apakah Anuar Mohd Noor, balaci Norza Zakaria terlibat dalam percaturan ini?
Yang memeranjatkan kami, pengirim email tersebut menyatakan yang Ezam meletakkan Badrul Hisham Shaharin untuk melawan menantu PM untuk memastikan menantu PM menang di Rembau walaupun dengan majoriti yang kecil pada PRU 12 yang lalu.
Blog Anti Khairy masih menganggap email yang diterima ini sekadar khabar angin. Akan tetapi kami menuntut penjelasan daripada saudara Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard mengenai isu ini.
Blog Anti Khairy menyokong Badrul Hisham Shaharin dalam PRU 12 yang lalu walaupun beliau datang dari PKR hanya kerana satu tujuan, "Menyekat Kemaraan Menantu Pak Lah".Jika terbukti Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard sebenarnya bersekongkol dengan menantu PM, Blog Anti Khairy tidak akan memaafkannya!!!
Sekat Menantu PM! Tolak Ezam!
Dari UMNO ke PKR ke GERAK ke UMNO semula?
Oleh Mat Saman Kati

eseiMestiBacaIni betui-betui kes anak haram. Selama ni, aku ingat bila dia pakai baju kurung, Tudung labuh, ingatkan dia dah bertaubat, nak ikut Quran dan Sunnah Rasul, rupa-rupanya dia mengandung anak haram. Bila anak dilahirkan, baru pecah tembelang.
Ini bukan cerita aku nak jual bayi, yob! Tapi cerita GERAK.
Bila Ezam keluar dari PKR, dia tubuhkan GERAK. Macam anak dara pakai baju kurung dan bertudung. Kita pun puji melangit kerana dia kata nak perangi rasuah. Hang tinggal mak bapak kaki rock pun tak apa, sapa pun tak marah kerana ingatkan hang nak berdakwah. Rupa-rupa nya, dalam diam-diam hang ada secret affair.
Hang kata hang nak perangi rasuah, tapi.... dalam terang-terang, hang maki mak bapak hang. Dalam terang-terang, hang pi buat baik dengan bapak angkat hang, Pas. Dalam diam-diam, hang nak jahanamkan mak bapak hang. Dalam diam-diam, hang nak pelingkupkan bapak angkat hang.
Dalam diam-diam, hang jadi barua kepada Khairy dan Norza, untuk melingkupkan Pas dan PKR. La ni baru aku tau GERAK tu bekerja untuk siapa.
Siapa dia Mohd. Nazree Yunus? Dia adalah Pengerusi Jaringan Anak Muda INSKA, sebuah NGO dibawah naungan Norza Zakaria, orang kanan Khairy dan juga Bakal Pengerusi GERAK.
Yang anehnya, Che'gu Bard, orang kuat PKR juga merupakan orang kuat Ezam didalam GERAK. Dan dalam pilihanraya yang lalu, Che'gu Bard menentang Khairy! Sebelum pilihanraya, Che'gu Bard pernah cakap, dia akan menentang Khairy, walau dimana saja Khairy bertanding. Kuat sangat ka Che'gu Bard? Ataupun dia mahu memastikan Khairy menang?
Bila keluar PKR, Ezam menetapkan syarat tidak mahu berceramah kalau ada bendera PKR, tapi berterima kasih kepada PAS kerana menyediakan pentas untuknya. Dalam ceramah, dia hentam PKR, puji Pas. Orang Pas pun takbir. Tapi apa tujuannya?
Tujuannya, untuk memisahkan Pas dengan PKR. Tapi tak menjadi. Sebaliknya, Pakatan Rakyat pula timbul.Lantas selepas pilihanraya, kerja mereka ini ialah untuk memecahbelahkan PR. Nazree jadi tukang api Pas lawan DAP. Hebat sungguh!
DiSelangor, Nazree persoalkan Pakatan Rakyat dimana bukti rasuah yang dilakukan oleh kerajaan Umno yang dulu. Hang nak membenteras rasuah atau nak membela Khir Toyo? Pasai apa GERAK tak bantu siasat rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo? Sepatutnya hang kena selidik tentang fail-fail yang hilang dan dimusnahkan. Daripada badan NGO yang menentang rasuah, GERAK jadi talibarut UMNO.
Apabila semua ini tidak berjaya, sekarang mereka sedang mengajak Pas untuk bermuafakat dengan Umno. Islam dan perpaduan Melayu dijadikan komoditi untuk dijual kepada Pas dan Pas nampaknya sudah bersedia untuk dirogol sekali lagi. (Baca siasah keluaran hari ini).
Aku pernah kata, Khairy ni panjang akai. Mahathir yang terror pun boleh out, inikan pulak Tok-Tok Guru yang macam keramat hidup.
Untuk mengaburi masyarakat umum, Ezam hantar satu lapuran tentang salahlaku seorang Menteri kanan kepada Pak Lah. Pasai apa tidak kepada BPR? Ada sapa tau tentang laporan itu? Jangan-jangan lagi satu kotak kosong.
Dan untuk mengekalkan imej GERAK sebagai anti rasuah, Nazree pun menyatakan kekesalan kerana siasatan terhadap MSN ditutup. Tak kan tak tau, Azalina tu member kamcing Khairy, sejak jadi host Dateline Malysia kat NTV7 tahun 99 dulu? Tak kan Khairy nak pekena member dia!
Semua kena jual hidup-hidup.

eseiMestiBacaIni betui-betui kes anak haram. Selama ni, aku ingat bila dia pakai baju kurung, Tudung labuh, ingatkan dia dah bertaubat, nak ikut Quran dan Sunnah Rasul, rupa-rupanya dia mengandung anak haram. Bila anak dilahirkan, baru pecah tembelang.
Ini bukan cerita aku nak jual bayi, yob! Tapi cerita GERAK.
Bila Ezam keluar dari PKR, dia tubuhkan GERAK. Macam anak dara pakai baju kurung dan bertudung. Kita pun puji melangit kerana dia kata nak perangi rasuah. Hang tinggal mak bapak kaki rock pun tak apa, sapa pun tak marah kerana ingatkan hang nak berdakwah. Rupa-rupa nya, dalam diam-diam hang ada secret affair.
Hang kata hang nak perangi rasuah, tapi.... dalam terang-terang, hang maki mak bapak hang. Dalam terang-terang, hang pi buat baik dengan bapak angkat hang, Pas. Dalam diam-diam, hang nak jahanamkan mak bapak hang. Dalam diam-diam, hang nak pelingkupkan bapak angkat hang.
Dalam diam-diam, hang jadi barua kepada Khairy dan Norza, untuk melingkupkan Pas dan PKR. La ni baru aku tau GERAK tu bekerja untuk siapa.
Siapa dia Mohd. Nazree Yunus? Dia adalah Pengerusi Jaringan Anak Muda INSKA, sebuah NGO dibawah naungan Norza Zakaria, orang kanan Khairy dan juga Bakal Pengerusi GERAK.Yang anehnya, Che'gu Bard, orang kuat PKR juga merupakan orang kuat Ezam didalam GERAK. Dan dalam pilihanraya yang lalu, Che'gu Bard menentang Khairy! Sebelum pilihanraya, Che'gu Bard pernah cakap, dia akan menentang Khairy, walau dimana saja Khairy bertanding. Kuat sangat ka Che'gu Bard? Ataupun dia mahu memastikan Khairy menang?
Bila keluar PKR, Ezam menetapkan syarat tidak mahu berceramah kalau ada bendera PKR, tapi berterima kasih kepada PAS kerana menyediakan pentas untuknya. Dalam ceramah, dia hentam PKR, puji Pas. Orang Pas pun takbir. Tapi apa tujuannya?
Tujuannya, untuk memisahkan Pas dengan PKR. Tapi tak menjadi. Sebaliknya, Pakatan Rakyat pula timbul.Lantas selepas pilihanraya, kerja mereka ini ialah untuk memecahbelahkan PR. Nazree jadi tukang api Pas lawan DAP. Hebat sungguh!
DiSelangor, Nazree persoalkan Pakatan Rakyat dimana bukti rasuah yang dilakukan oleh kerajaan Umno yang dulu. Hang nak membenteras rasuah atau nak membela Khir Toyo? Pasai apa GERAK tak bantu siasat rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo? Sepatutnya hang kena selidik tentang fail-fail yang hilang dan dimusnahkan. Daripada badan NGO yang menentang rasuah, GERAK jadi talibarut UMNO.
Apabila semua ini tidak berjaya, sekarang mereka sedang mengajak Pas untuk bermuafakat dengan Umno. Islam dan perpaduan Melayu dijadikan komoditi untuk dijual kepada Pas dan Pas nampaknya sudah bersedia untuk dirogol sekali lagi. (Baca siasah keluaran hari ini).
Aku pernah kata, Khairy ni panjang akai. Mahathir yang terror pun boleh out, inikan pulak Tok-Tok Guru yang macam keramat hidup.
Untuk mengaburi masyarakat umum, Ezam hantar satu lapuran tentang salahlaku seorang Menteri kanan kepada Pak Lah. Pasai apa tidak kepada BPR? Ada sapa tau tentang laporan itu? Jangan-jangan lagi satu kotak kosong.
Dan untuk mengekalkan imej GERAK sebagai anti rasuah, Nazree pun menyatakan kekesalan kerana siasatan terhadap MSN ditutup. Tak kan tak tau, Azalina tu member kamcing Khairy, sejak jadi host Dateline Malysia kat NTV7 tahun 99 dulu? Tak kan Khairy nak pekena member dia!Semua kena jual hidup-hidup.
23 Mei 2008
Mahathir mudah lupa!
Oleh Ahli Pas Seumur HidupGempak Tun Dr Mahathir (TDM) keluo UMNO.
Gimik politik TDM jauh lebih advance daripada pemikiran orang-orang umno yang sedia ada.daripada pedajal Anwar Ibrahim (DSAI), lepas tu pengunduran beliau daripada jadi Perdana Menteri (PM), serangan hebat kepada pimpinan UMNO sepanjang pilihan raya, kenyataan pedas terhadap kepimpinan UMNO dan yang terakhir keluo daripada jadi ahli UMNO.
Pergh...
Segalanya tersusun rapi. Segala harta benda dia dah bolot, dia dah buat duit dengan hasil bumi Malaysia tercinta, dah papa kedanakan negara, kurangkan kuasa raja dan mencampuri sistem perundangan Malaysia. Beliau jugalah yang mengadakan peraturan tiada siapa yang boleh bertanding untuk lawan jawatan Presiden UMNO, tetapi last-last beliau yang menentang kembali peraturan tersebut.
Apa yang beliau dah buat? Bukankah tindakan beliau itu ibarat Mahathir mudah lupa. Kesian Pak Lah. Orang dah ketuk kepala dia, dia biarkan saje. Tak seperti Karpal Singh (oops.. bukan aku nak banggakan bangsa bukan Melayu, tapi kalau bangsa sendiri memang suka ditindas apa kejadahnya), karpal dengan lantangnya menyuarakan bahawa Mahathir sepatutnya dihadapkan ke mahkamah kerana penyalah guana kuasa semasa zaman pemerintahannya.Mahathir sepatutnyer dimasukkan ke ISA kerana kata-kata yang dikeluarkan berbaur hasutan. Memang aku setuju bangat (tuko slang Indonesia sikit), apa yang cuba disampaikan oleh Karpal, tidakkah kita sedar Mahathir juga pada zaman pemerintahannya terlalu banyak jenayah koler putih, biru, kelabu dan macam-macam ada. Sampaikan pada satu ketika untuk jadi hakim negara terpaksa melobi, ingatkan untuk dapat tender buat kerja JKR, PLB MAJLIS DAERAH saje kena suap, nak jadi hakim pun nak kena suap.
Macamana undang-undang nak jatuhkan hukuman dengan tulus. Banyak sangat pembangunan yang dibuat oleh Mahathir sampaikan makanan asasi manusia -- beras, pun dah kurang. Tanah bendang buatnya bangunan, tempat kilang dan tempat maksiat.
Mahathir pada zaman pemerintahannya tok guru agama dijadikan musuh, tegur pasal ratu cantik orang Melayu beragama Islam haram masuk ratu cantik. Kat Selangor aleh-aleh mufti kene buang. Tak siapa penduli Dato Ishak Baharom kene buang.tapi kalau pegawai agama negeri Perak kena buang oleh Menteri Besar kecoh satu dunia sebab MB tu datang dari pemerintahan PAS. Tapi bila orang UMNO yang buang tak pe.
Mungkin aku terlupa pada zaman pemerintahan Mahathir dia dikenali dengan gelaran mahafiraun. Angkuh, berkuasa, kebal, terlalu pandai sampaikan UMNO pun jadi bodoh aje. dok asyhik dengor cakap dia.aku bukan ngomong kosong.
Aku terkenang pada zaman Mahathir yang amat dasat dengan penindasan, korup, penyelewengan dan pelbagai benda lagi. Habis jahanam Malaysia, ingatkan ganti Pak Lah elok, tapi lagi maha jahanam satu sen pun tak guna. Tapi kena terima kasih gak sebab pemerintahan Pak Lah negeri aku Pakatan Rakyat (Pakatan) yang merintah. Bagaimana dengan negeri yang UMNO jajah. Bila nak tuko yop?
Sekarang ni, kita tengok UMNO dah hina Sultan Terengganu iaitu Yang DiPertuan Agong Malaysia sekarang. Sultan Mizan dipanggil dengan panggilan natang... Ampun patik tuanku walaupun patik rakyat negeri Perak tapi patik tahu natang tu apa. Adakah itu dipanggil derhaka? Dan adakah bila Karpal menghuraikan hujah mengikut perlembangaan dikatakan menghina sultan? Bagaimana dengan yang di Perlis, adakah perbuatan memulaukan perlantikan MB itu bukan suatu derhaka?
Orang UMNO memang dah dilatih macam tu. Sebab deme rasa Malaysia ni deme yang punya. Menteri Kerja Raya kata nak turunkan tol jangan sampai teman report polis sebab miker tak tunaikan janji miker. Sebab ari tu, miker siap keluo statment dalam paper nak turun kadar tol kepada rakyat Malaysia.
Kome tau ke konsesi tu aper. Tapi kalau konsesi tu nak kene bayar kepada syarikar Jerman dan Korea, perjanjian tu dah lame tamat. Perjanjian tue cuma 20 tahun saje... jadi janganlah belajo menipu rakyat dah tu pulak kome kate Samy Vellu tu kuat belit. Buktikan ler.Surat Jemputan: Amnesty International Anual Report 2008 "State Of The World's Human Rights"
Yohendra invited you to "Amnesty International Anual Report 2008" on Wednesday, May 28 at 3:00pm.
Event: Amnesty International Anual Report 2008
"State Of The World's Human Rights"
What: Informational Meeting
Host: Amnesty International Malaysian Chapter
When: Wednesday, May 28 at 3:00pm
Where: Shah's Village Hotel

Jemputan: Laporan polis oleh AMK ke atas kerajaan
Kepada semua,
Shamsul Iskandar, Ketua AMK Malaysia, akan membuat satu laporan polis ke atas kerajaan kerana melambat-lambatkan siasatan ke atas enam individu yang disabitkan dengan salahlaku bidang kehakiman seperti yang disimpulkan oleh laporan Suruhanjaya Di raja pada hari esok, Sabtu 24/5/2008 pada pukul tiga petang.
Oleh itu, semua dijemput untuk menunjukkan sokongan pada hari tersebut. Sila berkumpul di hadapan Sogo, Kuala Lumpur dan bergerak bersama-sama ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan polis.
Laporan yang sama juga akan dibuat di semua balai polis utama seluruh negara pada hari Ahad 25/5/2008, pukul 1.00 tengahari (Sila hubungi sekretariat AMK negeri untuk perkara ini).

22 Mei 2008
Laporan Polis BERSIH dan NIEI berhubung isu Dakwat Kekal
Oleh Amin Iskandar
BeritaHari ini, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) dan National Institute for Electoral Integrity (NIEI) membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara dan Pengerusi SPR dalam isu konspirasi pembatalan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum pilihanraya.
BERSIH diwakili oleh Faisal Mustaffa dan NIEI diwakili oleh saya sendiri. Turut bersama-sama kami dalam membuat laporan polis pada hari ini ialah calon parlimen Rembau dalam PRU 12, Badrul Hisham Shaharin.
Kami membuat laporan polis ini oleh kerana percaya terdapat konspirasi terancang oleh keempat-empat penama diatas dalam usaha untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya lalu.
Tambahan lagi, wang rakyat sebanyak RM 2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal dari India tetapi tidak digunakan dan mungkin disimpan dalam “stor SPR” merupakan satu pembaziran wang rakyat yang harus dikutuk.
Dibawah ialah video laporan polis tersebut yang diambil dari Malaysiakini:

Man U juara Champions League
Manchester United lebih duhulu mendahului 1-0 hasil jaringan Ronaldo, namun menjelang akhir babak pertama Frank Lampard menyamakan kedudukan 1-1 yang bertahan hingga ke masa tambahan.Dalam penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 6-5 untuk United, Ronaldo gagal menjaringkan gol sementara dari Chelsea, tendangan John Terry mengenai tiang gawang sementara tendangan Anelka ditangkis kiper Manchester United, Edwin Van de Sar.
Tendangan penalti Nicolas Anelka diselamatkan oleh Edwin van der Sar sehingga memberi kemenangan kepada Manchester United dalam final Champions League setelah menang dalam penentuan sepakan penalti dengan jaringan 6-5 setelah dalam pertandingan 120 minit jaringan terikat 1-1.
Tandukan Cristiano Ronaldo pada pertengahan babak pertama berjaya mendahului 1-0 bagi United yang seharusnya menambah satu dua gol lagi pada babak pertama, tetapi pada minit-menit terakhir Chelsea justeru menyamakan kedudukan menjadi 1-1.
Babak ke dua permainan seringkali dikuasai Chelsea, Didier Drogba yang dikawal ketat oleh Nemanja Vidic sepanajng pertandingan, sempat lolos dari kawalan tetapi tendangannya menghantam tiang gawang.
Michael essien juga mengalami nasib yang sama.
Sepanjang masa permainan 90 minit dan masa tambahan tidak berhasil memisahkan ke dua-dua buah pasukan.
Lebih malang buat Chelsea, Didier Drogba dilayangkan kad merah lima minit sebelum permainan tamat kerana mengasari Vidic.
Selepas itu penentuan sepakan penalti akhirnya berpihak kepada Manchester United dan melayakkan mereka untuk menjulang piala yang berprestij bagi bolasepak eropah, Piala Champions League. - BBCIndonesia.com
kredit gambar: BBCIndonesia.com
Langgan:
Catatan (Atom)