15 Jun 2009

Dari Bangsar Utama: Menanti kepulangan Chin Peng

Oleh Black

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Penh harus dibenarkan pulang untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir hidupnya di tanah airnya.

Isu ini sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk keuntungan politik.

Tidak membenarkan Chin Peng yang lahir di Sitiawan, Perak pulang ke tanah air adalah sama dengan pengkhianatan kerajaan Malaysia terhadap Rundingan Damai Haadyai pada 2 Disember 1989.

Apakah Isi Kandungan Rundingan Damai Haadyai?

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :


* PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
* Parti Komunis Malaya dibubarkan
* Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
* Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
* Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

* Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

* Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

Sepupu kepada PM, Hishamuddin Hussein mahu mengkhianati Rundingan Damai Haadyai apabila beliau mengeluarkan kenyataan seumpama ini.

Sebenarnya anak kepada Hussein Onn inilah yang tidak faham sejarah!

Sewaktu perjanjian tersebut ditandatangani, Malaysia diwakili oleh:

* Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
* Tan Sri Mohd. Hanif Omar – Ketua Polis Negara
* Jeneral Hashim Mohd Ali – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia

Hishmuddin harus berjumpa dengan orang-orang ini agar beliau dapat memahami isi kandungan perjanjian tersebut!

Kalau susah juga nak faham, sila tengok video dibawah:







Jika masih tak mahu benarkan Chin Peng pulang selepas membaca isi kandungan perjanjian dan menonton video diatas, sahlah kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional mahu mengkhianati Perjanjian Damai Haadyai yang telah ditandatangani pada 2 Disember 1989!