15 Jun 2009

Riang-riang: Muzikal, pentas bergerak & murid

Oleh Hariry Jalil
Sebuah teater muzikal ampu (Najib) 'Razak' akan dipersembahkan di Istana Budaya, tak tahu bila, mungkin bulan Ogos. Saja malas nak ambil tahu sebab langsung tak berminat. Baru-baru ni aku menonton persembahan tari di ASWARA dan di lobi Panggung Eksperimen terpamer sebahagian dari set muzikal ampu (Najib) 'Razak', iaitu dua buah kerusi dan meja kopi, pasu bunga dan apa benda lagi entah perabot yang ditaruhnya. Mungkin itu pejabat Tun Razak atau ruang tamu rumah Tun Razak. Maaf, aku tak tahu langsung.




Bila aku tak tahu langsung pasal muzikal ampu ni, tak bermakna aku langsung tak mengambil tahu pasal sejarah dan mungkin kau orang boleh tuduh aku langsung tak baca biografi Tun Razak ataupun sewaktu pertandingan melukis darjah enam dulu, aku langsung tak melukis potret Perdana Menteri kedua ni. O, bukan sampai macam tu tahapnya...

Dengarnya, muzikal ampu ni pernah dipentaskan di Panggung Eksperimen ni, dikerjakeraskan oleh ASWARA. Seperti biasa, sebuah projek ampu akan mendapat tempat yang dilabelkan oleh pengampu-pengampu ni sebagai tempat yang lebih mulia lagi bermartabat iaitu Istana Budaya. Wop, jangan ingat aku tak dapat buat kerja di Istana Budaya sebab tu aku kutuk Istana Budaya, ya!

Aku bukan apa, cukup-cukuplah buat projek membazir ni. Banyak keburukannya. Dan yang paling buruk sekali kesannya ialah - yang terlibat dalam projek ampu ni semuanya hebat-hebat belaka dan ada tanggungjawab iaitu anak murid. Di dalam kelas, mereka melarang anak murid mereka jangan buat seperti ini, tapi mereka buat! Ini lebih teruk kesnya dari 'cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari'. Dan lebih dahsyat lagi apabila mereka yang hebat ni menyokong kepuraan - tu, program 'Anak Wayang Astro' tu!

Apa kata anak murid mereka bila melihat cikgunya taklah sehebat dan segah mana. Cikgu-cikgu mereka ni hanya bernostalgia zaman primadona! "Aku hebat suatu ketika dahulu dan inilah hasil yang aku buat hari ini". Hasilnya dilihat sebagai ... (tak ada perkataan kerana lebih teruk dari tahi)! Kemudian, apabila melihat hasilkerja anak murid, mereka menyalahkan anak murid kerana tidak memahami apa yang diajar. Halo, macam mana nak faham kalau kau orang bagi contoh macam ... (tak ada perkataan kerana lebih teruk dari tahi)!

Teruk kan jadi cikgu... Hehehehe. Tapi lebih teruk untuk berlaku jujur dan ikhlas.

Bila difikirkan balik, ada bagusnya juga bila wujud istilah dan label 'teater ampu' atau 'teater islam' (ni satu lagi kes - kakakakaka - islam konon, cait! Teater islam mesti pakai tudung Waheeda - hahahahaha - untung makcik-makcik yang jual tudung ni kat Masjid India). Sebagai murid yang bijak dan bersungguh dalam belajar, murid-murid ini akan melihat keburukan dan mereka akan belajar dari situ. "O, jangan buat begini - tak bagus." Paling tidak pun murid ini akan fikirkan "bagaimana untuk tidak menggunapakai pentas wagon di Istana Budaya".

Cis, sebenarnya aku nak tulis pasal teater 'Dumb Waiter' hasil tulisan Harold Pinter yang dipentaskan di Kotak Hitam, ASWARA, 7 Jun itu hari. Sebuah projek penilaian akhir. Aku datang dengan harapan yang menggunung tinggi bahawa ianya sebuah teater yang, yang 'wow'! Tapi aku juga dah bersedia untuk kecewa dan selepas menonton, aku terus kecewa. Tak mahu menilai lebih-lebih, tapi aku syorkan kepada penyelia murid-murid ni supaya memikirkan sama keselesaan penonton. Aku tahulah teater murid-murid ni bukan muzikal ampu yang tak ada permaidani merah dan bunga manggar, tapi jangan lah lepas tangan habis-habisan.

Aku taklah menganggap mereka tu semua sibuk dengan muzikal ampu sehingga lupa mereka ada anak murid, tidak.... Aku cuma mengingatkan bahawa muzikal ampu itu memanglah lumayan tapi merosakkan pemikiran dan menjadikan pentas Istana Budaya tu seperti pasar malam, adalah dosa besar. Kakakakakaka

Kepada penulis skrip muzikal ampu ni, aku cadangkan di penamatnya, akan muncul sebuah kapal selam dari bawah pentas dan jalur gemilang dikibarkan dengan meriahnya.

Apa dia? Hah! Aku salah cerita? Bukan cerita Tun Razak Hussein? Habis tu cerita siapa? Hah? Razak Baginda? Alamak...

Hahahahahahahahaha