Aku tanak tulis pepanjang. Bukan sebab aku takut butang blekberi bold aku lekang sebab masih dalam mode menciwi, tapi sebab apa yang aku nak tulis ni adalah ulangan daripada apa yang pernah aku tulis sebelum ini.
Tentang kes Altantuya dan Malaysia.
Tiada sebarang kompromi lagi bahawa, sepertimana saranan mahadet, najib harus membersihkan namanya yang teruk dilibas oleh media, pembangkang, dan juga khalayak antarabangsa yang masih belum berpuas hati dengan caranya menepis isu Altantuya ini.
Terbaru, video tentang cerita ceriti perihal Rosmah pula dibangkitkan dalam Youtube - Perempuan Puaka. Walaupun kurang jelas, tetapi di akhir video adik rosmah menggambarkan seolah2 kakaknya terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Kepada yang belum menonton video tersebut, sila ke laman youtube dan cari "perempuan puaka"
Kata dua amat mudah, buktikan di luar keraguan munasabah bahawa rosmah dan lakinya tidak terlibat langsung, atau letak jawatan! Masa depan Tanah Melayu tidak boleh digadaikan oleh pemimpin yang berkemungkinan mempunyai fail2 jenayah dan bermasalah yang boleh digunakan oleh agen-agen negara luar untuk memblackmail Malaysia bagi kepentingan mereka!
Ini masa depan negara. Kita sekarang berhadapan dengan pemimpin yang bukan sahaja dituduh mempunyai jenayah lokal, tetapi juga global! Pemimpin Jenayah GLOKAL! Ekonomi dan kemakmuran negara sekarang bergantung sepenuhnya pada PM yang sampai sekarang dilihat begitu lemah dan penuh dengan tanda soal. Rakyat Malaysia terus risau dengan perkembangan ini dan melihat masa depan Malaysia yang kemungkinan besar akan dijajah semula oleh negara luar.
Najib, letak jawatan atau bertarung membersihkan nama kamu dalam kandang tertuduh di mahkamah. Buktikan bahawa kamu langsung tidak ada kena mengena dalam hal ini. Ini bukan lagi masalah peribadi rumahtangga kamu, tetapi telah menjadi isu yang mampu mengancam keselamatan, hala tuju dan kemakmuran negara.
Rakyat Malaysia, sila sedar dengan ancaman yang kita hadapi sekarang bahawa Perdana Menteri kita berkemungkinan besar tidak mampu membuat keputusan yang rasional kerana berhadapan dengan tekanan negara luar yang mungkin mempunyai bukti lebih hebat daripada Bala ataupun Raja Petra!
Kita semua telah diberi amaran.