19 Jun 2008

Khabonyer: “Roslan Aziz ulama sekular”





Dalam konteks Roslan Aziz menyalahkan negeri Kelantan mengharamkan konsert ttp masalah melahirkan anak luar nikah adalah lebih kepada melepaskan geram, sedangkan dalam konteks Islam solat itu mencegah daraipada kemungkaran.

Yahudi telah berjaya menjajah pemikiran budaya dan cara percakapan rakyat malaysia tidak kira Melayu, Cina dan India. Nah, cuba kita lihat dari dulu hingga sekarang, sesudah 50 tahun kita merdeka, setiap pemimpin UMNO tidak pernah pun melaungkan HIDUP ISLAM.

Sedih Sedih aper yg terjadi sekarang ialah yg mencerca ustaz, org yg memperjuangkan agama dicerca oleh org melayu yg kononnya Islam. Kata-kata Roslan Aziz melambangkan dia dilahirkan sebagai seorabg secular

Seorang Melayu yg bangsat.

Ungkapan kata-kata yg lahir yg terbit dari bibir adalah hujah lebih kepada duniawi. Kenapa cuba kaitkan perlaksanaan Islam sebagai satu yg menyusahkan.adakah dengan adanya konsert akan melahirkan rohani yg bersih. Pernah tak kita fiki, .konsert mula pukul 8.30 malam tapi sebelum maghrib org dah penuh (kat venue).

Adakah itu pembentukan rohani yg sihat. Banayak perkara boleh menyebabkan murtad tanpa kita sedari.murtad dari segi percakapan atau perbuatan. Disebabkan itu Allah telah meberikan kita peluang melalui solat 5 waktu agar perkara yg kita lakukan diampuni oleh Allah.dan solat lima waktu juga sebanyak 9 kali kita mengucap dua kalimah shadat.

Adakah Roslan Aziz ni betul betul seorang yg berjaya. Bagi aku dia pernah gagal dalam perkahwinan dia. Cara dia aku lihat semasa dia jadi pengetua dalam AF nyata menampakkan sikap egois yg melampau.

Ungkapan kata-kata yg angkuh melambangkan dia sebenarnya seorang yg lemah. Adakah seorang yg berjaya mengatakan dia seorang yg berjaya. Adakah org yg berjaya menyalahkan org lain bila ditimpa musibah.

Di situ kita dapat lihat sejauh mana keimanan seorang Islam. Dalam konteks Roslan Aziz menyalahkan negeri Kelantan mengharamkan konsert ttp masalah melahirkan anak luar nikah adalah lebih kepada melepaskan geram, sedangkan dalam konteks Islam solat itu mencegah daraipada kemungkaran.serupa juga dalam hal ini adakah yg melahirkan anak luar nikah itu mendapat pendidikan sempurna agama Islam daripada kedua ibu bapa mereka ataupun ibu bapa mereka pemikiran seperti Roslan Aziz.

Dalam konteks pentadbiran menegakkan Islam dalam kerajaan adalah wajib serta melarang dan membenteras kemungkaran adalah wajib. Gejala anak luar nikah pada masa kini di negeri Kelantan telah bayak sangat berkurangan berbanding dengan tempat tinggal Roslan Aziz.

Kenapa mesti marah mufti bila mengharamkan seseorang artis yg kurang berdisplin masuk ke negeri mereka?

Kenapa mesti samakan mufti dengan ahli parlimen.

Kebanyakan ahli parlimen perlis org UMNO. Yg mane perwatakan, attitude, budaya dan pemikiran mereka sama seperti Roslan Aziz. Itu sebab pada satu ketika dahulu anak Roslan Aziz pernah kena cekup dalam satu operasi pejabat agama KL kerana terjebak dengan parti liar.

Itulah didikan sempurna daripada Roslan Aziz, ulama sekular yg berjaya pada abad ini. Beberapa foto anak perempuan Roslan Aziz dengan aksi berani luar batasan melambangkan Roslan Aziz tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu.

Masalah Roslan Aziz tidak mengundi melambangkan dia seorang yg tidak petriotik. Tidak ambil tahu langsung pasal politik negara. Mengata pemimpin yg ada tidak boleh harap.

Yg mana dalam dunia ni yg boleh pakai, dia sorang je. Udahlah Roslan Aziz kamu tak layak berbica isu agama.dalam pimikiran kamu adalah idealogi sekular. Kamu jagalah anak kamu jgn sampai apa yg kamu bicara mengenai anak luar nikah terjadi kepada anak perempuan kamu.

Elok lah selalu ke masjid mendengar ceramah ugama supaya apa tobat kamu betul-betul nashuhah!

Demo protes harga minyak ditukar ke 6 Julai

Oleh Malaysiakini

Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.


19/06/08Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.

Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.

"Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.

"Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.

Sewa bas

Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.

Katanya, sasaran untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes boleh dicapai kerana ia disertai oleh rakyat seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Saya dimaklumkan rakyat di pantai timur sudah mula menyewa bas untuk menyertai protes tersebut," katanya lagi.

Dr Hatta berkata, beliau berkata, Protes tidak akan memohon permit polis kerana menurutnya ia merupakan satu perhimpunan aman.

Bagaimanapun, katanya, penganjur ada memberitahu polis mengenai perhimpunan tersebut dan berharap mereka boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.

"Kita juga menyediakan 3,500 petugas untuk membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang hadir sama dalam sidang media tersebut mengajak anak-anak muda menyertai protes tersebut.

Katanya, kenaikan harga minyak adalah merupakan isu negara yang memeberi kesan kepada semua orang.

Surat Jemputan

PROTES akan mengadakan Sidang Akhbar Tergempar esok (Khamis) bersamaan dengan 19 Jun 2008 di Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut pada pukul 3.00 petang.

PROTES memanggil sidang akhbar ini diadakan untuk mengumumkan "PROTES Sejuta Rakyat TURUN" yang telah dipinda ke tarikh 6.7.08 dan bertempat di Padang Timur (hadapan AMCORP Mall), Petaling Jaya, Selangor.

Semua pihak media dan bloggers dijemput hadir.

Sekretariat PROTES

18 Jun 2008

Pendirian SAPP: Bukti Malaysia mula tolak politik perkauman

Oleh Suhaimi Said

18/06/08 Anwar sudah katakan bahawa beliau sudah bertemu dengan mereka itu di Hong Kong, Singapura dan Manila supaya pertemuan itu menjadi rahsia dan tidak diintip oleh agen-agen BN.

Oleh Suhaimi Said

Baru semalam, 17hb Jun, 2008 pemimpin penting SAPP menafikan bahawa parti itu akan keluar dari Barisan Nasional, ya, baru semalam. Namun pada hari ini, Yong Teck Lee umumkan SAPP keluar dari BN. Adoih...sakitnya hati Pak Lah, habis sudah wang ditabur untuk pikat supaya MP-MP BN di Sabah tidak keluar parti.

Sebenarnya MP-MP itu tidak keluar parti, mereka kekal dalam SAPP. Namun itu lebih parah kerana SAPP sendiri yang keluar BN membawa bersama-samaya bukan saja MP-MPnya, bahkan organisasinya dan kesemua ahli-ahlinya.

MCA hari semalam menafikan bahawa ada diantara MP-MPnya akan keluar parti! Kita tunggulah beberapa ketika lagi, jangan terperanjat jika bukan saja MP-MPnya saja yang keluar, bahkan ada Menteri mereka yang turut keluar.

Ada orang-orang kuat UMNO yang mengatakan bahawa Anwar saja-saja mahu pukul canang saikologi dengan meniupkan pembohongan bahawa MP-MP BN akan keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat.

Anwar bercakap kerana beliau telah bertemu dengan MP-MP itu, bukan cakap-cakap atas angin seperti yang diigaukan oleh pemimpin-pemimpin BN dan UMNO. Anwar sudah katakan bahawa beliau sudah bertemu dengan mereka itu di Hong Kong, Singapura dan Manila supaya pertemuan itu menjadi rahsia dan tidak diintip oleh agen-agen BN.

Agen-agen BN berkeliaran, bahkan sudah dihantar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Nampaknya agen-agen itu bukan sahaja gagal menjalankan tugas mereka dengan baik bahkan dianggap menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan MP-MP Sabah dan Sarawak seolah-olahnya mereka itu masih budak-budak yang mesti dijaga dan
diperhatikan. Pergerakan MP-MP yang akan keluar dari BN sehingga kini tidak dapat dikesan oleh pimpinan BN.

Tengku Razaleigh Hamzah dianggap lebih cekap kerana pendedahan beliau telah menjadi kenyataan.

Jangan-jangan nanti di ketiak Pak Lah di Kuala Lumpur akan keluar beberapa ramai MP-MP dari UMNOpula, suatu kemungkinan yag sukar ditolak kerana apa jua ramalan sebelum ini oleh Barisan Nasional terbukti tidak memihak kepadanya. Ramai juga MP-MP UMNO sangat tidak berpuashati dengan pemerintahan Pak Lah pada hari ini. Rakyat semakin
susah, harga barang semakin naik, parti-parti BN asyik bertelagah, pemimpin-pemimpin UMNO bertikam sesama sendiri.

Ada MP-MP UMNO tidak suka melihat keadaan ini, mereka mahukan pemerintahan yang setabil dengan Kerajaan menjaga kebajikan rakyat. Apa yang mereka nampak didepan mata mereka pada hari ini adalah kemerosoan kuasa politik, kemerosotan ekonomi, ketidakpercayaan rakyat terhadap pemerintahan Barisan Nasional, dan ketidaperihatinan
Kerajanan diatas penderitaan rakyat.

Kenaikan harga minyak yang begitu tinggi bukan sahaja memeranjatkan rakyat bahkan juga mengeciwakan ramai MP-MP dari UMNO dan BN. Bahkan jika diamati ramai pula MP-MP dari Sabah melahrkan rasa tidak puashati mereka diatas kenaikan harga minyak untuk Sabah manakala Negeri itu menyumbangkan pengeluaran minyak yang besar untuk Negara. Takkan tidak diperhatikan oleh rakyat Sabah bahawa di Negara-Negara pengeluar minyak di dunia ini kesemuanya menawarkan harga petrol yang rendah kepada penduduknya, tidak seperti Malaysia yang mengeluarkan minyak dan ekspot minyakya melebihi impotnya dengan keuntungan yang besar namun rakyatnya dibelenggu dengan harga minyak yang tinggi.

Rakyat mengalu-alukan SAPP yang keluar dari BN; ini adalah gelombang permulaan kegoncangan bahtera BN yang menuju kehancuran besar. Mana mungkin MP-MP mahu kekal didalam bahtera sedemikian rupa. Mana mungkin mereka mahu bertuankan nakhoda yang sedemikian lemah sifatnya; dan apabila sudah jelas nakhoda itu mahu membawa bahtera itu tenggelam di lautan yang bergelora itu, mana mungkin mereka membiarkannya tanpa
menyelamatkan diri, kerana jika mereka selamat ramai lagi anak-anak kapal itu boleh diselamatkan bersama mereka.

Pakatan Rakyat adalah BAHTERA besar yang dikemudikan oleh Nakhoda yang lasak dan berpengalaman yang boleh menyelamatkan semua anak-anak kapal, mereka tidak perlu tenggelam dan semua anak kapal akan terselamat.

Hari ini SAPP, mana tahu hari esuk MCA atau Gerakan?

Malaysia hari ini sudah mulai menolak politik perkauman. Mereka menolak pemimpin-pemimpin yang memperalatkan perkauman. Mereka mahu tegakkan Malaysia dimana didalamnya ujud rakyat pelbagai kaum yang mahu hidup berharmoni diantara satu sama lain. Mereka ingin dikenali sebagai bangsa Malaysia untuk mereka megahkan keserata dunia bahawa mereka adalah rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia mahukan keadilan bukan kerana mereka berbangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Orang Ulu, Penan, Orang Asli atau sebagainya tetapi mereka mahukan keadilan berlandaskan keperluan.

Pakatan Rakyat ingin meneraju Negara ini dengan pemerintahan yang adil dan saksama, keadilan untuk semua, kesaksamaan untuk semua, kebajikan untuk semua dengan pengkhususan kepada keperluan.

16hb September adalah Hari Keramat; pada atau sebelum tarikh itu akan terbentuklah sebuah Kerajaan Baru mengganikan Barisan Nasional dengan Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menterinya.

Khabonye: Khairi buat duit lagi?





18/06/08Penindasan demi penindasan di lakukan oleh UMNO dan BN rakyat terutama org Melayu terus di perbodohkan, org Melayu terus dilondehkan baju mereka dikhalayak ramai. Maruah Melayu di tapak kaki pemimpin mereka sanjungi.

Oleh Ahli Pas Seumur Hidup

Terpacul kata-kata kurang senang dalam hati aku. Dengan benda nilah cara aku nak luahkan. BN memang haprak.pilih menteri fikir perut sendiri. Dalam keadaan kalut, adakah syor untuk gaji kakitangan kerajaan 2 kali sebulan. Walaupun aku ni tak skor subjek ekonomi masa sekolah -- time Che Esah dgn Mat Over ngajo dan mase aku kat U dulu -- tapi aku faham aper itu inflasi.

Cuma aku ni tak reti nak cakap cara global apa itu inflasi. Dalam erti kata bodoh kalau rakyat dah kurang berbelanja dalam negara maka pusingan wang tidak begitu cantik. Lagi satu dahla rakyat kurang berbelanja, warga asing pulak ramai maka duit bank draf yang dibuat oleh Babu, Anamalai, Aun Ning. Ini menyenabkan mata wang negara akan keluar dan mereka tadi juga melabur dalam negara yg mana ekonomi yg kurang membangun.

Itulah sebab mata wang Malaysia ni pelan lama, pelan takde volue nilainya. Dan bila menteri besar selangor membuat atu plan yg mana mengenakan caj RM 10 kepada setiap warga asing maka dengarlah suara ayam yg berkokok,itik yang mengkuek dan kambing yg mengembik.

Org UMNO dan BN tak nampak statistik menunjukkan di Selangor pekerja asing telah mencecah seramai 1.2 juta org. Bila dikira kira 1.2 juta di darab RM 10 maka kerajaan Selangor akan mendapat pendapatan sekitar 12 juta sebulan.

Adakah itu keterlaluan? Bagi aku tidak.

Dengan duit itu berkemungkinan Selangor akan jadi salah satu negari sifar kemiskinan. Adakah itu membebankan rakyat. Ianya mudah-mudahan tiada kena mengena langsung dengan rakyat dan perlaksanaannya menguntungkan rakyat.

Org UMNO bising bukan apa, sebab geng UMNOla yg suply warga asing dan jika perlaksanaan ini dilakukan maka terbantutlah side income. Sebut pasal side income baru semalam aku sembang dengan kawan di Shah Alam.

Khairy Jamaluddin buat duit lagi. Dalam satu hari income dia 2 juta something. Pergh gila aku pon nak joinlah cam tu. Bila dengor dia pulun duit rakyat darah aku berderu -- haram jadah. Bile nak tobat.

Setiap rebat yg diwar-warkan kepada rakyat mengenai subsidi road tax rupa-rupanya dia dah pulun 10% daripada setiap rebet. Manakah keadilan di Malaysia. Dahlah Pak Mentua naikkan harga petrol, diesel, gas, beras, tepung, gula dan letrik, menantu pulak sapu duit subsidi.

Penindasan demi penindasan di lakukan oleh UMNO dan BN rakyat terutama org Melayu terus di perbodohkan, org Melayu terus dilondehkan baju mereka dikhalayak ramai. Maruah Melayu di tapak kaki pemimpin mereka sanjungi. Keris dihunus menandakan merekalah pendekar tetapi mereka ini sebenarnya Pak Pandir, ayam menang kampung tergadai.

Mereka ini mengugut rakyat supaya mengenangkan perjuagan UMNO dalam memperjuangkan kemerdekaan, mengatakan melayu ini mudah lupa tapi sedarkah mereka apa ada pada bangsa tidakkah mereka belajar daripada sejarah islam.

Org yg dilaknat oleh Allah bila mereka memperjuangan selain daripada Islam begitulah terjadi kepa kaum ad, kaum firuan dan kaum nabi lut di mana bangsa melebihi agama. Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan adakah Rasullulah mengangongkan kaum Arab.

Kepada menteri UMNO hari pembalasan akan tiba setiap kemungkaran yg kamu semua lakukan akan diadili oleh Allah dengan seadil adilnya. Setiap kemusnahan dan setiap penipuan, setiap penindasan serta setiap penyelewengan agama ,wang dan tangungjawab akan kamu tangung di dunia dan akhirat.

Kami rakyat tidak akan memaafkan kamu kecuali kamu bertaubat nasuhah.

SAPP akan bawa usul undi tidak percaya ke atas PM

Oleh Mstar
Rabu, 18 Jun 2008

berita terkiniSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berada di Kota Kinabalu memberitahu beliau tidak dimaklumkan mengenai ada parti komponen BN di Sabah akan keluar dalam waktu terdekat.

Undi tidak percaya terhadap PM di parlimen Isnin ini

PARTI Maju Sabah (SAPP) - salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) - mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin ini.

Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

Ia diumumkan pada sidang akhbar sebentar tadi di Kota Kinabalu.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berada di Kota Kinabalu memberitahu beliau tidak dimaklumkan mengenai ada parti komponen BN di Sabah akan keluar dalam waktu terdekat.

"Saya tiada diberitahu apa-apa mengenainya," katanya.





Sanglang akan ada pilihan raya kecil


Oleh Malaysiakini

Hashim mendakwa, beliau sepatutnya diisytiharkan pemenang berasaskan kepada perjumlahan undi dalam manakala Abdullah pula memperolehi 3,286 undi, dan dengan itu, menang dengan majoriti 47 undi.

Sanglang akan ada pilihan raya kecil
Jun 18, 08 12:48pm


Oleh Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kangar hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) adalah pilihanraya umum lalu dikosongkan.

Ini berikutan keputusan mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihanraya Pas bagi kerusi itu.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan bekas calon PAS, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.

Kes tersebut didengar oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani

Keputusan itu bakal menyaksikan pilihanraya kecil untuk kawasan tersebut.

Hashim, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Abdullah Hassan, pegawai pengurus pilihanraya, Muhamad Daud Abdull Hamid dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defenden, demikian menurut laporan Bernama.

Abdullah, calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan pemenang DUN Sanglang dengan majoriti 149 undi selepas memperolehi 3,384 undi berbanding 3,235 undi yang diperolehi Hashim, yang merupakan penyandang kerusi tersebut sejak dua penggal lalu.

Hashim memfailkan saman asal pada 17 Mac untuk mendapat pengisytiharan bahawa beliau adalah pemenang kerusi DUN tersebut.

Hashim mendakwa, beliau sepatutnya diisytiharkan pemenang berasaskan kepada perjumlahan undi dalam manakala Abdullah pula memperolehi 3,286 undi, dan dengan itu, menang dengan majoriti 47 undi.

Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Mastika Junaidah Husin.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi oleh calon PAS, Rus'selle Ezlan di DUN Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi.






Bantah konsert 'ego orang agama'

Jimadie Shah Othman (Malaysiakini) Jun 17, 08

"Kalau nak ikut betul-betul, berapa ramai ahli parlimen tidak boleh masuk Perlis. Tengoklah perangai mereka dalam parlimen macam mana. Itu lebih teruk daripada Faizal Tahir."


Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.

Menurut Roslan (foto), bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik.

"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.

"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.

"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.

Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.

"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.

"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.

Dihubungi Malaysiakini berhubung memorandum Pemuda PAS itu, setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menteri besar sedang menelitinya.

Tindakan selanjutnya bergantung kepada menteri besar, tambahnya lagi.

Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella (foto). Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.

Gaya hidup mewah

Selain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.

Roslan menggesa seniman mencari alternatif untuk mengetengahkan idea mereka dan tidak tunduk kepada bantahan sebegini.

"Jangan tunduk. Jika tunduk, kita seolah-olah akui kita salah.

"Kalau saya, waktu mula-mula masuk dulu, saya nak ketengahkan muzik Melayu ke seluruh dunia.

"Saya akan buat. Tak apa, saya tak hairan kalau tak boleh pergi Kelantan. Saya cari jalan lain," tambahnya, yang mulai dikenali meluas selepas kejayaan album Sheila Majid dan Zainal Abidin pada akhir 1980-an.

Seniman beragama Islam, tambahnya, tidak pernah berniat melawan nilai-nilai Islam.

Mengulas larangan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap penyanyi Faizal Tahir, Roslan berkata:

"Kalau nak ikut betul-betul, berapa ramai ahli parlimen tidak boleh masuk Perlis. Tengoklah perangai mereka dalam parlimen macam mana. Itu lebih teruk daripada Faizal Tahir."

Kumpulan rock terkenal Nitrus pula berkata Pemuda PAS berhak membantah tetapi tidak boleh mengetepikan hak orang lain.

"Dia ada hak beri pandangan mereka. Pihak yang lain juga ada hak. Yang perlu dibuat adalah diskusi, mesyuarat. Soal aurat, suara perempuan itu tidak terperinci (dijelaskan). (Bantahan) itu sesuatu yang kritikal. Ramai orang Islam yang cari makan dengan muzik, macam kami.

"Perkembangan budaya juga penting untuk pembangunan masyarakat. Diskusi patut melibatkan ahli akademik dan orang industri sendiri. Bincang, kemudian umumkan," kata vokalis kumpulan bebas itu Syed Helmy Syed Hood.

Bercanggah dengan manifesto

Ditanya sama ada mereka bersetuju dengan alasan moral dan pembaziran yang diberikan Pemuda PAS, Syed berkata:

"Kurang setuju. Tuduhan itu kurang konkrit, macam cakap tak ada dalil, tak ada alasan (terperinci). Kalau kata tak setuju, nyatakan batasan, garis panduan yang jelas.

"Budaya seni tidak boleh dipanjang remeh. Ia adalah sebahagian daripada kita," tambahnya.

Sementara itu, penggiat muzik dan pelukis Mazir Ibrahim pula berkata, bantahan Pemuda PAS itu tidak wajar.

"Kerajaan baru harus utamakan pembangunan masyarakat, bukan politik semata-mata. Takkan kerajaan baru kerjanya hanya mengharamkan. (Mereka) mesti sediakan (ruang) untuk semua. Bukan hal-hal yang dia suka saja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, hujah Pemuda PAS bahawa konsert itu akan "mengundang risiko moral yang tinggi" sebagai tidak relevan.

"Hujah yang dikemukakan mereka tidak relevan sama sekali. Tujuannya satu, untuk 'menghijaukan' (melebarkan pengaruh PAS di) Selangor sebab bertolak daripada premis politik.

"Tidak ada konsert, di Kelantan ada juga anak luar nikah. Ini soal pembangunan budaya. Ini juga tentang cari makan. Konsert kalau tidak benarkan, mesti beri alternatif lain," tambahnya, yang juga koordinator Music Forum.

Aktivis politik Amin Iskandar berkata tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai "menipu" rakyat kerana bercanggah dengan manifesto parti itu dalam pilihanraya umum lalu.

"Tindakan ini tidak demokratik. Kenapa tidak tulis dalam manifesto dulu? Tindakan ini menipu rakyat. Kalau dulu tulis, itu OK. Dia kena sedar, Pakatan menang, termasuk PAS, dalam kawasan berkomposisi pelbagai kaum. Jadi tuntutan itu tidak sesuai dengan aspirasi Pakatan.

"Yang memenangkan mereka dulu bukan (penyokong) PAS saja, tetapi semua pihak. Jangan lupa pada Cina yang buka bilik gerakan untuk mereka dan India yang bertakbir selepas ceramah PAS dulu," katanya.

Tindakan Pemuda PAS ini hanya menunjukkan parti itu tidak bersedia memerintah Malaysia, tambahnya.

Q & A Zaki Yamani: “Apa kata kalau Abdullah masuk KeAdilan?”

Wawancara dan susunan oleh: Zulfikar Samsuri
Responden: Zaki Yamani

Anwar kukuh dalam keadilan, kenapa dia nak masuk ke UMNO. Ezam masuk UMNO pun belum dapat buat apa-apa. Apa kata kalau Abdullah masuk KeAdilan?

Responden yang kami wawancara kali ini pada zaman mudanya begitu aktif dalam gerakan kemahasiswaan. Dan pernah dikenakan tindakan pecat dari universiti kerana terlibat dengan gerakan reformasi.

Saya berpeluang berbicara di ruang siber beberapa hari sudah dengannya. Perbualan kami tidak lebih berkisar daripada beberapa perkara -- minyak, masa depan politik Malaysia, AMK dan Anwar sendiri..

Nama betul beliau ialah Ahmad Zaki Yamani bin Zainon dilahirkan di Alor Setar pada 30 November 1976. Beliau pernah memegang amanah memimpin beberapa buah persatuan pelajar di ITM. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Setiausaha Majlis Pelajar Malaysia (MPM) 1999-2000 sebelum menyertai keADILan.

Zaki Yamani sekarang memikul tugas sebagai Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Shah Alam, Ahli Jawatankuasa Bahagian Shah Alam dan Setiausaha Politik kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Di bawah merupakan transkrip perbualan ringkas kami:

Tentang kenaikan harga minyak

Zulfikar Samsuri (ZS): Kenaikan harga minyak, sejauh manakah ia membebankan sdr?

Zaki Yamani (ZY): Membebankan, daripada penggunaan biasa. Saya akan menanggung tambahan belanja RM3, 500 setahun.

ZS: Agak-agak cukup tak rebat tu?
ZY: Saya hanya dapat RM625 maka saya perlu berusaha mendapatkan hampir 3 ribu lagi. Kos sara hidup lain juga meningkat. Andai saya membelanjakan 24 ribu setahun, saya akan terpaksa mencari pendapatan tambahan sekitar 10 ribu setahun, jika kenaikan kos 40%.

ZS: Ermm... jd solusinya..?
ZY: Solusinya berusaha tukar kerajaan dengan seberapa segera.

ZS: Jadi sdr fikir, semua masalah ini boleh diselesaikan dgn menukar kerajaan? Tentu anda fikir DSAI boleh memberikan solusi yang baik, iaitu dengan menurunkan harga minyak? Jika dibandingkan dengan apa kerajaan cakap, bukankah ia sesuatu yang mustahil untuk Anwar menurunkan harga minyak?
ZY: Itu janji Anwar. Dibandingkan dengan keadaan BN sekarang, Anwar tidak mungkin boleh melakukan yang lebih buruk kerana pentadbiran Abdullah terlalu buruk

Kata-kata Anwar

ZS: Banyak kata-kata Anwar akhir-akhir ni ramai yang take it for granted je? Menganggap enteng; contohnya isu cross over, isu minyak dll. Bagi sdr, Anwar ni boleh dipercayakah?
ZY: Sebelum pilihan raya umum pun orang pandang enteng kepada Anwar dan keupayaan pakatan rakyat, natijahnya BN hampir tersungkur. Sebelum pilihanraya saudara percaya BN boleh begini teruk keadaannya? Sehinggakan parti kedua, 3 dan 4 terbesar dalam parlimen adalah daripada Pakatan Rakya. BN hanya menduduki tempat ke5.

ZS: Hari ni (16/6/08) tentang MP dari MCA hendak menyeberang ke Pakatan. Bagaimana tu, boleh percaya ker?
ZY: Hanya masa mampu membuktikan, saya secara peribadi percaya.

Trojan Horse

ZS: Soal ezam jadi trojan horse?
ZY: Ezam boleh jadi macam-macam. Tetapi kata orang Abdullah trojan horse paling besar, apabila menaikkan harga minyak sampai 40%.

ZS: A ha.. Saya pun ader sangsi jugak pasal tu. Tapi saya tolak tepi. Tak masuk akal. Heeheh... tah.
ZY: Mungkin tak masuk akal tapi pada tahun 2004 apakah ada sesiapa yang fikir Anwar akan bebas? Ada yang kata Anwar deal dengan Abdullah, sebab tu Anwar tak attack Pak Lah (pada masa ramai pihak yang menggesa Pak Lah berundur).

ZS: Ezam & DSAI betul-betul ada krisiskan?
ZY: Kata Ezam begitulah

Anwar masuk UMNO

ZS: Ni pasal Anwar, rasa-rasa sdr beliau akan join UMNO?
ZY: Anwar kukuh dalam keadilan, kenapa dia nak masuk ke UMNO. Ezam masuk UMNO pun belum dapat buat apa-apa. Apa kata kalau Abdullah masuk KeAdilan?

ZS: Tolong ulas tentang Abdullah masuk KeAdilan
ZY: Masuk akal atau tidak?

ZS: Masuk akal jugak.
ZY: Ada juga pihak yang berkata Anwar sekarang sedang berunding dengan Mahathir untuk berpakat menjatuhkan Abdullah.... masuk akal tak? Apa fikir saudara?

ZS: Saya fikir tak masuk akal kot.
ZY: Saya fikir ada kemungkinan

ZS: Kenapa pulak?
ZY: kenapa tidak?

ZS: Bukankah TDM yang memasukkannya kedalam penjara.. Saya lebih percayakan Pak Lah berpakat dgn DSAI..
ZY: Pak Lah juga sebahagian daripada konspirasi Mahathir dulu

ZS: Adake? Bukan dia dulu orang panggil MR Clean...
ZY: Clean ke?
ZS: tak de lar.. dier dikenali dgn gelaran tu.. tp tak tau laa... kan?
ZY: Kita tak tau. Sekarang dia kata orang panggil dia "lembik" pula
macam mana? Itu kata Abdullah sendiri on tv.

Pengharaman Islam Hadhari

ZS: Hmm... bagaimana dengan pengharaman Islam Hadhari di Selangor dan Penang. Pandangan sdr?
ZY: Apabila Islam ada Hadhari (bertamadun), mesti ada Islam Badawi. Masuk akalkah Islam Tak Bertamadun? Seorang Muslim belum tentu bertamadun, sebab dalam Islam pun ada Muslim yang bukan Mukmin.

ZS: Jadi sdr fikir, Islam Hadhari tu tak patut ada?
ZY: Niat asal wujudkan Islam Hadhari tu tak baik, untuk saingi Masyarakat Madani.
Sebab tu tak jadi.

ZS: A itu saya setuju.
ZS: kiranya dia nak lawan dengan Masyarakat Madani yang Anwar bawak, jadi Islam Hadhari ni tak lebih dari slogan politik?
ZY: "Pengarang" Islam Hadhari ni Nakhaie Ahmad. Seorang yang baik, banyak ilmu tapi ye lah. buat untik puaskan tuan poliitk.

ZS: Jadi, bukankah elok sekiranya kita tak mengharamkannya tetapi cukup cuma kerajaan negeri tidak perlu menyebarkannya.
ZY: Itu la yang kerajaan negeri buat, tapi sebenarnya kalau ikut strict Islam tambahan kepada Islam, seperti tu dah lari akidah. Simply kata ada Islam yang bertamadun, ada yang tak bertamadun dah terjejas akidah. Eloklah kita kembali kepada Islam dan kita galakkan masyarakat madani, masyarakat yang bertamadun dan mengamalkan nilai-nilai murni.

ZS: Kalau kerajaan pusat nak buat atau orang perseorangan atau NGO nak buat tak perlulah kita halang. Istilah tu mengelirukanlah.
ZY: Jadi kenapa perlu dibiarkan berterusan istilah tu, pemilihan istilah itu satu kesilapan. Mengaku sajalah dan betulkan, kenapa kita manusia perlu takbur sampai enggan mengaku kita silap

ZS: Hmmm... betul tu. Istilah tu tak patut wujud.

17 Jun 2008

Suara Rakyat: Kos sara hidup meningkat 100%

Oleh Zulfikar Samsuri dan Suara Rakyat

[...]saya rasa Anwar tidak sepatutnya berucap macam itu. Subsidi minyak sepatutnya dikurangkan untuk mengelakkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Saya akan berasa lebih gembira sekiranya DSAI...

Lengkap

17/06/08 Nyata, isu pengharaman Islam Hadhari di negeri Selangor dan Pulau Pinang telah ditenggelamkan dengan isu kenaikan harga minyak. Raskyat begitu terbeban dengan masalah kenaikan harga minyak itu.

Menurut seorang responden perbelanjaan hariannya telah meningkat sebanyak 40%. Tambahnya lagi kos sara hidupnya pula berkemungkinan meningkat seratus peratus.

Namun tawaran yang dibuat oleh Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) jika Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya menubuhkan sebuah kerajaan baru, iaitu mahu menurunkan harga minyak mendapat reaksi bercampur-campur.

Tentang Pulau Batu Putih?

Azad Noor Azman Masalah utamanya adalah kelalaian pihak kerajaan di era Mahathir untuk mengambil tindakan. Isu tersebut hanya berlegar dikalangan pemimpin tertinggi di bahagian-bahagian tertentu. Rakyat tidak diberikan pendedahan dengan baik. Akibatnya, pihak pembangkang tidak mampu untuk berikan tekanan membina kepada pihak kerajaan. Maka tidak hairanlah apabila pulau tersebut jatuh ketangan Singapura. Dimanakah prinsip mengambil berat dan mengambil perhatian apabila kita mengaku bahawa pulau tersebut berada dibawah kedaulatan dan lindungan negara kita? Kerajaan tidak harus bersikap apologis, dengan mengeluarkan kenyataan ‘menang-menang’ kerana ianya melambangkan kita sebagai bangsa yang mudah diperlekehkan!

Kenaikan harga minyak, sejauh manakah ia membebankan?

Wina Hafis Sangat membebankan. Barangan paling murah di pasaraya hiper pun
naik dekat 50 sen, apatah lagi barang keperluan lain.

Mat Saman Kati Memang membebankan. Harga minyak satu hal tetapi kenaikan barang-barang lain menambahkan seksa. Untuk minyak saja, perbelanjaan sudah meningkat sebanyak 40%. Ditambah dengan kenaikan baran-barang lain, kos sara hidup sebenarnya sudah meningkat hampir seratus peratus.

Wei See Chan It certainly affects a lot. I think I have to really "change my lifestyle", say downgrade my lifestyle 20% to save money.

Adakah Anwar bersikap realistik apabila sekali lagi mengatakan bahawa
Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan?


Wina Hafis Turun akan turun, tapi setakat mana? Seperti sebelum ini (i.e 78sen
turun) atau sekadar 50sen aje.

Mat Saman Kati Saya percaya. Kerana ini memang boleh dilakukan tetapi Anwar mungkin terpaksa membatalkan projek-projek mega yang dilancarkan oleh Pak Lah sebelum ini.

Wei See Chan Tidak, saya rasa Anwar tidak sepatutnya berucap macam itu. Subsidi minyak sepatutnya dikurangkan untuk mengelakkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Saya akan berasa lebih gembira sekiranya DSAI berjanji untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam seluruh negara.

Ada kemungkinankah Anwar akan masuk UMNO?

Wina Hafis Banyak cakap-cakap sebegitu yang membuatkan saya hampir percaya.

Mat Saman Kati Saya rasa tidak. Dan kalau Anwar menyertai Umno, dia 'membunuh diri'.

Wei See Chan If you asked this question before Ezam joined UMNO, I'd say absolutely not. After Ezam joined UMNO, I feel think anything is possible

Ada kemungkinankah Anwar menjadikan Ezam sebagai landasan untuk masuk UMNO?

Azad Noor Azman Sekalipun Anwar menginginkan untuk Ezam menjadi espionage untuk membuka pintu gerbang kepadanya untuk kembali kedalam UMNO, saya tidak fikir itu akan terjadi. Pertamanya, UMNO kini telah menjadi suatu parti yang lebih bersifat kritikal berbanding dahulu. Sebarang isu penting akan dipertimbang dalam mesyuarat MT, dan saya tidak fikir MT UMNO akan membenarkan kemasukan Anwar. Keduanya, barisan Pemuda UMNO juga turut tidak ketinggalan dengan menyatakan pendapat mereka dengan lantang. Perwatakan matang Mukhriz semakin terserlah, dan pengaruhnya dalam Pemuda semakin meningkat. Amat mustahil untuk Anwar meraih sokongan daripada pasukan Mukhriz. Ketiga, umur Anwar yang sudah mencecah 60 tahun pastinya menghalang dirinya untuk menjadi Perdana Menteri dibawah UMNO. UMNO sudah mempunyai ‘road-map’, tentang siapakah yang wajar menjadi Presidennya untuk 20 tahun yang akan datang! Maka saya berpendapat bahawa Ezam mungkin diutuskan untuk membuka ruang bagi Anwar, tetapi ianya suatu jalan yang amat sukar dibuka.

Betul atau tidak MP BN akan lompat ke Pakatan Rakyat?

Wina Hafis Hmmm.. betul.

Mat Saman Kati Pertama kali saya mendengar Anwar menyebut perkara ini ialah pada September 2007. Lama sebelum PRU12. Ya, pada masa itu tiada siapa yang percaya termasuk saya tetapi setelah memahami strategi dan saikologi Anwar, bukan setakat 30, malah saya percaya lebih dari itu. Diperingkat awal, Anwar menyediakan sasaran dan mungkin semasa mula-mula diumumkan, ia hanyalah 'gempaq', tetapi Anwar sentiasa melakukan kerja kearah itu. dan akhirnya, sasaran itu akan tercapai juga.

Wei See Chan I believe that as BN is in chaos and PR has the opportunity to form govt.

Hari ini melalui malaysiakini Anwar ada berkata tentang MP dari MCA yang
hendak menyeberang ke Pakatan. Boleh percayake Anwar ni?


Wina Hafis Boleh.

Mat Saman Kati Dalam blog saya, saya katakan ' tak boleh harap'. Tapi jangan kata ia tidak akan berlaku. Bagi saya, ia adalah 'mind games' yang bijak dari Anwar.

Islam hadhari tetap di negeri Pakatan?

Wina Hafis Apa itu islam hadhari??!?!?

Mat Saman Kati Islam Hadhari bagi saya hanyalah label. saya tidak berminat dengan label. Katakanlah Islam apa pun, Islam Hadhari, Islam Sebenar, Islam Hakiki, blah...blah....blah. Yang penting ialah nilai yang terdapat didalamnya dan pelaksanaannya. Tak ada guna mengatakan Islam kitalah yang paling baik. Itu bukan kerja kita tapi kerja Tuhan.

Pengharaman Islam Hadhari di Pulau Pinang dan Selangor.

Wei See Chan I don't see the necessity to "haram" Islam Hadhari.

Azad Noor Azman Islam Hadhari jelas merupakan suatu pendekatan politik untuk meraih sokongan masyarakat melayu muslim. Maka tidak hairanlah pihak kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang untuk menggunakan pendekatan politik untuk menyerang balas konsep politik ini. Hakikatnya, program-program yang dianjurkan atas nama Islam perlu untuk digalakkan dan diperhebat disemua peringkat, kerana program-program seperti ini mampu untuk membangunkan jiwa dan menggerakkan wibawa rakyat untuk lebih berdaya saing. Masalahnya ialah apabila kita bermain dengan perkataan-perkataan dengan pakej-pakej tertentu untuk tujuan politik. Sudah pasti pihak kerajaan BN harus menerima padahnya.

Betulkah kerajaan prihatin dengan rakyat dalam kes Bandar Mahkota Cheras?

Azad Noor Azman Jika yang dimaksudkan adalah kerajaan negeri Selangor, dan sekiranya fakta-fakta yang dikemukakan oleh akhbar-akhbar itu benar, maka saya berpendapat bahawa mereka serius dalam menangani masalah GS-BMC. YB Khalid telah buat kenyataan bahawa EGM GS akan diadakan tidak lama lagi, dan wakil daripada kerajaan negeri akan memastikan pihak syarikat akan mengambil tindakan yang sewajarnya, mengikut hasrat kerajaan dan rakyat negeri Selangor, kerana kerajaan negeri mempunyai saham kira-kira 5 peratus melalui syarikat luarnya. Rakyat Selangor akan menjadikan isu GS-BMC sebagai salah satu kayu ukur kredibiliti PR dalam mentadbir, kerana mereka dijanjikan dengan khidmat yang terbaik daripada PR. Rakyat berhak untuk menundukkan PR didalam Pilihanraya ke-13 dan kembali memilih BN, walaupun saya merasakan itu merupakan tindakan yang tidak wajar.

Perlukah Ezam melalui MT untuk masuk UMNO?

Azad Noor Azman Perlu. Pertama, dalam perlembagaan mana-mana parti, keahlian seseorang itu perlu mendapatkan kelulusan daripada MT masing-masing. Peruntukan ini nampak tidak logik bahkan melecehkan! Tetapi disinilah letaknya hikmah didalam politik. Peruntukan ini digunakan untuk menapis mereka yang dikhuatiri mempunyai agenda yang tidak selari dengan aspirasi parti. Kedua, sekiranya Ezam benar-benar ingin membuktikan bahawa dia berpegang dengan prinsip UMNO, maka dia seharusnya berusaha meraih perhatian dan sokongan ahli-ahli MT, kerana MT terdiri daripada orang-orang lama, berpengaruh dan berpengalaman.

Bagaimana prestrasi wakil rakyat ditempat anda dan jika anda diperintah dibawah kerajan Pakatan Rakyat bagaimana juga prestasi kerajaan Pakatan?

Azad Noor Azman Saya sepatutnya mengundi di kawasan Petaling Jaya/Subang Jaya, tetapi saya tidak mampu berbuat demikian atas factor geografi. Saya tahu bahawa wakil rakyat yang dipilih adalah dari DAP, tetapi saya tidak mengenali dan tidak mengetahui latar belakang beliau.

Sekiranya saya dan rakan-rakan berada dibawah pemerintahan kerajaan PR baik diperingkat negeri atau kerajaan pusat, sudah pasti kerajaan PR akan berusaha untuk menjadi suatu alternative yang lebih baik daripada BN, kerana rakyat telah meletakkan kepercayaan dan kayu ukur yang tinggi kepada PR. Keduanya, saya melihat bahawa factor penyatuan didalam PR adalah lebih unik dan baik berbanding didalam BN. Didalam BN, suatu parti (UMNO) menjadi parti utama dan menaungi dan mendominasi parti-parti politik yang lain. Maka wujudnya hegemoni UMNO didalam BN dalam memerintah kerajaan selama 50 tahun sejak merdeka. Pendekatan tersebut perlu diubah. PR menampakkan suatu budaya politik yang lebih matang. PAS, PKR dan DAP berada dipentas yang sama rata, dan meskipun mereka mempunyai ideologi-ideologi yang berbeza, tetapi inilah hikmahnya. Perbincangan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat akan menjadi lebih dinamik dan berterusan. Inilah budaya politik negara moden, dimana setiap parti komponen memainkan peranan yang penting, dan tiada suatu parti mendominasi parti-parti yang lain. Maka saya berpendapat bahawa PR mampu untuk memberikan prestasi yang baik untuk memerintah baik kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat, sekiranya diberi peluang.