21 September 2008

Geng kedai Lintang

Oleh: Suhaimi Said

Semasa umur saya menghampiri 6 tahun, saya sudah ada geng - Geng Kedai Lintang. Kedai Lintang Temerloh adalah sederet kedai yang dimiliki oleh orang Kampar; Sudirman Haji Arshad tinggal di situ, ayahnya Haji Arshad adalah pemimpin kecil UMNO, seorang Ahli Majlis Bandaran; tetapi kebanyakan pekedai-pekedai disitu adalah anggota Partai Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam.

Geng Kedai Lintang ini terdiri daripada anak-anak Kampar, anak-anak Cina dari Kg Baru Cina, dan anak-anak Cina dari Jalan Ibrahim dan Jalan Abu Bakar, serta anak-anak Melayu dan Kelantan yang tinggal di rumah-rumah rakit Kuala Semantan, dan anak-anak Melayu dari Kg Bukit Pak Silap. Anak-anak Kampar dari Batu Satu, kekadang ikut sekali. Anak-anak India dari Kaman JKR di luar Jalan Abu Bakar yang sekarang
ini dikenali Jalan Ahmad Shah turut sama.

Saya tinggal di rumah rakit, tetapi oleh kerana ayah saya bekerja sebagai tukang masak di Kedai Makan kepunyaan Haji Amin di Jalan Abu Bakar, saya lebih merapati Kedai Lintang di Jalan Ibrahim. Kumpulan Geng ini ramai. Petang-petang kami berkumpul di tepi Sg Semantan, di Kuala Semantan. Kami mandi-mandi hingga air penuh masuk di dalam telinga dan merah-merah mata.

Malam-malam berkumpul di tepi kedai-kedai makan yang ada di Jalan Ibrahim. Malam Selasa (kalau tak silap) kami pergi ke Kem Askar berdekatan Bandar Temerloh (sekarang ini terdapat Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh), kerana setiap malam Selasa ada pertunjukan wayang gambar di Kem itu. Cerita yang kami minat ialah cerita perang, Tarzan dan Cowboy.

Geng Kedai Lintang ini tidak sehaluan dengan geng-geng dari Kg Bangau, Kg Buntut Pulau dan Seberang Temerloh. Kalau bertemu, maka berlakulah gelanggang "bertumbuk", binjol-binjol kena. Sebenarnya, kami tak pandai bertumbuk kerana kami tak belajar silat, sedangkan anak-anak Buntut Pulau, Pangsenam, Seberang Temerloh, Bangau dan lain-lain kampong tu, mereka belajar bersilat.

Satu hari saya bersama kawan-kawan dari Geng Kedai Lintang, anak Kampar, anak Melayu dan Cina. 5, 6 orang; kami menyeberang, Sg Semantan secara berenang, dan mandi di Tg Keramat di sebelah Sg Pahang.

Tiba-tiba datang Geng Bangau serang kami; saya kena sebiji atas mata; benjol besar! Balik kerumah, ayah tanya, kena apa? Saya tak jawab. Dia taulah yang saya dah bertumbuk. Dia bagi lagi dengan 5, 6 kali sebat.

Lain kali jangan bergaduh, bodoh, katanya. Geng Kedai Lintang kami sangat rapat dari kecil hinggalah sekarang. Sekarang pun, masing-masing dah tua, semuanya 60 tahun keatas; ramai dah meninggal dunia, yang lain-lan dah berpindah ke merata tempat di
negeri-negeri lain. Tetapi yang tinggal di Temerloh, seperti Hamid, Wahab, Big Boon, kalau kami berjumpa amatlah mesra. Geng kami itu ada Cina, ada Melayu, ada Kampar dan ada India.

Rupa-rupanya pergaulan masa kecil itu amat penting; walaupun kami dari kaum yang berbeza, kami tidak pernah kekok didalam hubungan persahabatan diantara kami, tak kira Melayu, Cina, India atau Kampar. Bila UMNO, MCA dan MIC memainkan "racism", kami rasa benda tu pelik. Apa hal nak ber-perkauman ni? Kalau berjuang bersama-sama, yang susah ditolong, yang kaya beri pertolongan, kan itu lagi bagus?

Rupa-rupanya UMNO, MCA dan MIC ni mereka tu gila kuasa! Mereka dapat kuasa kerana mereka gunakan sentimen kaum. Sekarang ni, mari kita pulak dapatkan kuasa dengan kekuatan PERPADUAN KAUM. Lagi kokoh, lagi kuat, lagi real. Kita tolak semua parti berasas kaum, dan kita bina parti yang berpadu kaum! PKR? PR? Ya, itulah jawapannya!

Catatan terkini Kickdefella

sumber: Kickdefella

As the reporters rushed to shoot question to me, I asked them, who is The Prime Minister, one reporter for a TV Station, smiled and said, “Pak Lah lagi”, and I said, “Kalau macam tu saya nak masuk lokap baliklah…” I then turn away from them.

Staying inside the police lock-up in Kota Bharu Police Station and in Dang Wangi Police Station was a very memorable and peaceful experience. I found solitude and I felt very close to god.

I spent my time praying and recite Quran verses. I found a wonderful time to pray for Mama and Abah. My confidence grew and I took all the barrage of insults and turn them into respects. As I walked pass the other detainees for the last time, they took turn to shake my hand. I entered the lock-up as a humble man fighting for the small people, when I left, those small people in the lock-up looked at the small man in me as one of their friend. I shouted ‘Makkal Sakthi” trice and say my salaam. They clapped their hands in return.

One of the Police Personnel there told me he would start blogging immediately after he finished his shift for the day. All of them, yes I mean all, asked me to help to fight for the Polis DiRaja Malaysia as they said, their morals it at the lowest.

I told the press, I got more infos about the police rather than the police getting infos about me and I told the press that we should send Abdullah Ahmad Badawi to the lock-up, so he will finally find his Ghazali. I told the press, I enjoyed my time there and it is a treasure for me. I strongly believed it would be good for Dollah too.

My lawyer and me agreed that I should be charged so we can fight this politically motivated case in court. Abdullah Ahmad Badawi will be one of the witnesses I will call to the stand. Others will include Shahrir Abdul Samad and Deputy Minister Saifuddin Abdullah.

I will ask my lawyer to let me throw questions to Dollah. I hardly wait for the moment.
I had such a great 4 days 3 nights holiday with PDRM and I knew they too enjoyed my company. I made more buddies in the 4 days than I made in a year. I have no complaint about the food, as that is the reality of those poor and small people for which I am fighting.

Of course I do not anticipate Ramadan Buffet during this holiday as that will be a sin for me because those people whom I fight for, never ever even heard the word buffet, leave aside imagining about it in their life’s.
On behalf on my readers, families and friends and myself too, let us thank Chief Inspector Mohd Azuan Hussin, Detective Sabri and Detective Mahathir, Sergeant Halim and all the high-ranking officers in the PDRM for taking a good care of your beloved Kickdefella. Although it would not be a good idea to be seeing you guys often, let me just say this… You are really jolly good fellas.

KICKDEFELLA BEBAS

oleh: Black

Maaf terlambat update tentang ini. Sheih a.k.a Kickdefella telahpun dibebaskan petang tadi. Saya sempat bercakap dengan beliau. Syukurlah beliau diberikan layanan dengan baik semasa dalam tahanan.
Menurut Sheih, beliau tidak pun disoal siasat semasa dalam tahanan. Beliau meresakan penahanannya sekadar “cukup syarat” sahaja untuk memastikan Abdullah Badawi puas hati.

Ini adalah bukti polis juga telah muak untuk memuaskan nafsu politik regim Abdullah-Najib.

Polis terpaksa menahan Kickdefella demi kerana ego regim Abdullah-Najib yang sentiasa mahu membungkam suara-suara yang kritis terhadap mereka.

Jika polis telah mula membebaskan diri daripada cengkaman ahli politik, petanda baik untuk negara. Malaysia akan menuju kearah masa depan yang gemilang.

Syabas Polis!!!




DYMM Yang DiPertuan Agong Boleh Bertindak - Aziz Bari

Oleh: Professor Dr. Abdul Aziz Bari (www.WauBebas.org)

Cara Datuk Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu. Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai. Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit ‘di luar perlembagaan’ (extra-constitutional) untuk menangani keadaan. Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.
Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan. Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda.

Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet. Ini boleh berlaku selepas pilihanraya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Perletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya perletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977.

Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu perletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu perletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan. Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.


Apa peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa. Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang Di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihanraya Mac lalu.

Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan. Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, perletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang Di-Pertuan Agong memecat perdana menteri dalam situasi sedemikian. Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang Di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri. Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihanraya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang Di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihanraya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihanraya.

**Professor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa

- Suara Keadilan

Mujahid: Pakatan hantar surat pada Agong

sumber: malaysiakini

Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu, memohon mengadap Seri Paduka, kata Ahli Parlimen PAS bagi Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam forum anti-ISA di Pulau Pinang malam tadi.

Jika Seri Paduka memberi perkenan, sepertimana yang diharapkan oleh pemimpinan Pakatan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya untuk meyakinkan Seri Paduka bahawa peralihan kuasa di Putrajaya tidak dapat dielakkan.

Mujahid berkata, Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan.

Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang, Mujahid berkata, pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Mengikut perlembagaan

Beliau berkata, keutamaan Pakatan ialah untuk menggunakan semua cara yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Katanya, Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yan gdiperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar.

Anwar mendakwa Pakatan mendapat sokongan majoriti daripada 222 ahli Parlimen (MP), termasuk yang MP Barisan yang didakwanya melompat menyertai pembangkang, bagi mengambil alih kerajaan.

Para pemimpin BN, termasuk perdana menteri, telah menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan.

Setakat ini, usaha Pakatan untuk mengambil alih kuasa secara perlembagaan belum berhasil.

Abdullah juga enggan bertemu dengan Anwar untuk membincangkan peralihan kuasa. Beliau juga menolak permintaan pembangkang supaya memanggil sidang khas Parlimen bagi membentangkan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Oleh itu, kata Mujahid lagi, langkah seterusnya ialah Istana Negara dan Pakatan berhadap Seri Paduka akan campurtangan dan menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen.

Dengan cara itu, kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dapat membuktikan siapa yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Sebelum itu, ketika bercakap di forum tersebut di Georgetown, Mujahid mendesak pemimpin BN, terutama dari Umno, bahawa mereka tidak akan memerintah untuk selama-lamanya.

Sebaliknya, kata beliau, BN harus menerima realiti politik dan bersedia menyerahkan kuasa kepada Pakatan.

Ekoran penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, pembangkang telah menganjurkan siri pertemuan dan majlis menyalakan lilin, untuk membantah undang-undang tersebut.

Pakatan juga turut mengambil peluang daripada pertemuan-pertemuan tersebut untuk mendapatkan sokongan badan-badan sivil dan rakyat untuk menrealisasikan usaha peralihan kuasa tersebut.



20 September 2008

Dari Bangsar Utama: Saya sokong Teresa Kok saman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo





Syukur…. Teresa Kok telah dibebaskan.

Selepas tujuh hari ditahan, polis membebaskannya oleh kerana tidak ada sebab lagi untuk menahannya.

Ini bukti bahawa ISA digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk melindungi kesejahteraan politik Barisan Nasional dan bukan bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam.

Teresa Kok mahu menyaman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo diatas penahanan beliau. Klik disini.

Saya sokong. Ketiga-tiga pihak ini memang patut disaman dan diheret ke mahkamah.

Kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo memang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan kaum.

Untuk mengajar lagi ketiga-tiga pihak yang jahat ini, saya cadangkan agar Teresa Kok dan Pakatan Rakyat membawa isu ISA ini ke mahkamah pengadilan antarabangsa di The Hague.

Kerajaan Malaysia telah menggunakan ISA untuk mengekalkan kuasa mereka selama berpuluh tahun lamanya.

Masa telah tiba untuk mengajar mereka.

Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan tentang konspirasi liwat terhadap Anwar Ibrahim masih lagi merengkok dalam tahanan ISA.

Protes dan perjuangan untuk membebaskan beliau harus diteruskan. Begitu juga dengan tahanan-tahanan ISA lain yang menderita selama bertahun-tahun lamanya di Kem Tahanan Kamunting.

Mereka berhak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah jika benar-benar bersalah.

Tidak ada bezanya kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional dengan Imperialis Amerika Syarikat yang telah memenjarakan ramai orang tanpa bicara di Guantanamo Bay.

ISA adalah musuh negara. ISA adalah warisan penjajah British. Umno dan BN mahu mempertahankan ISA kerana mereka dahulu adalah boneka penjajah British.

Islam pula diperalatkan oleh regim Abdullah-Najib untuk mengekalkan kuasa. Islam digunakan untuk memenjarakan Raja Petra dan Teresa Kok untuk survival politik BN.

Sedangkan regim Abdullah - Najib memenjarakan kumpulan-kumpulan Islam seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI) untuk menyokong kempen “perang anti-terorisme” George Bush.

Tidakkah anda melihat pembohongan mereka?

17 September 2008

PAS tahu senarai MP lompat

Oleh: Jimadie Shah Othman (malaysiakini)

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto)

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

"Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Lima kupang: Masa untuk Perubahan





So, sekarang bloggers betul2 menjadi sasaran amukan pak lah dan rejimnya yang tenat. Semalam, sorang lagi sahabat blogger, walaupun dalam team yang berlainan, dah ditahan bawah ISA. Tahun ini, dah tiga orang ditahan sebab memblog. Seorang ahli parlimen ditahan sebab bercakap, dan seorang lagi sebab bekerja. Kesalahan mereka hanyalah satu, memberi harapan kepada rakyat untuk melihat perubahan. Bloggers mendesak perubahan. Wartawan melaporkan hasrat untuk melihat perubahan. MP cuba melaksanakan perubahan.

Minggu ini juga menyaksikan dua kejutan. Menteri yang jaga undang2 letak jawatan. Parti SAPP keluar barisan tunggu nak masuk pakatan. Anwar juga berjaya capai deadlinenya pada 16 haribulan yang mana target untuk mendapatkan ahli parlimen untuk "bertaubat nasuha" telah berjaya. Mereka ini juga ingin mencapai perubahan.
Bulan ini pula dua kampeni kewangan terbesar di amerika tutup kedai, dan satu lagi tengah kemas laci meja. Saham dunia menjunam bagaikan budak2 kampung buat terjun tiruk dalam sungai batas ban. Bursa negara2 di asia tersentot dan sedikit panik bila melihat kelaku pelabur di wall street ambik sikap tak bertanggungjawab. Ini memberi idea kepada bakal-bakal presiden amerika untuk membuat perubahan di wall street bagi mengelakkan perkara berulang.

Dan bulan ini jugak harga minyak menggelungsur dengan hensemnya ke paras kurang lebih 90 dolar setong daripada 140 dolar. Memberi harapan kepada rakyat untuk melihat perubahan harga minyak di bumi malaya ini.

Yang paling menariknya, bulan ini jugalah pak lah dan sekerat dua kompoak bn bermati2an menuduh Anwar sebagai pembohong sebab gagal "menepati janji 16 September". Katanya kerajan masih kukuh dan utuh, dan Anwar gagal tukar kerajaan pada 16 September. Anwar mungkir janji dan membohongi rakyat. Anwar penipu dan membuang masa rakyat. Anwar patut berhenti daripada menggulakan rakyat dengan janji2 manis. Dan seribu satu macam lagi tuduhan yang dilemparkan pada Anwar sebab "mengecewakan rakyat pada 16 September". Mereka cuba sedaya-upaya untuk menfikan harapan rakyat melihat perubahan yang dijanjikan.

Dalam pada masa yang sama, pak lah juga secara terang tanpa bersuluh mula menunjukkan rupanya sebenar. Menuduh Anwar, ketua pembangkang, memburukkan kerajaan BN di luar negara. Menakut2kan pelabur asing. Dan menyebabkan huru-hara pada ekonomi tanah melayu. Marah pada Anwar kerana membuatkan pelabur enggan datang melabur disebabkan "ketidaktentuan politik", dalam masa yang sama menafikan hujah Anwar bahawa FDI di malaya jatuh dengan teruknya. Sangat ironi.

Baca betul2. Pak lah mengatakan Anwar berbohong, kerajaannya masih kuat dan utuh, dalam masa yang sama memberitahu rakyat bahawa Anwar mengancam ekonomi negara dengan menakut2kan pelabur. Statement ni agak kelakar. Sebab, yang menjadi tanda tanya pada aku, adakah FDI di tanah melayu ni bergantung pada pelabur2 yang mudah dibohongi? Adakah selama ini pelabur asing datang melabur disebabkan siapa yang lebih kuat berbohong? Kita bercakap tentang syarikat2 gergasi besar yang ingin datang melabur, dengan kekuatan data dan statiskik pelaburan dan unjuran keuntungan yang mereka ada, mereka buat keputusan hanya dengan mendengar daripada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim?

Adakah para pelabur asing ini datang melabur dengan berjumpa dahulu dengan ketua pembangkang? Atau membuat kesimpulan daripada risikan pasaran? Adakah mereka ini tunggul yang hanya ternganga2 dengar cerita daripada seorang yang tak berkuasa untuk membuat penilaian?!

Pak lah mengaku bahawa Anwarlah penyebab FDI susah nak masyuk. Hebat sungguh Anwar ni! Pelabur lebih suka dengar cakap Anwar sekarang daripada kerajaan!

Dan nampaknya bukan setakat pelabur saja yang suka dengar cakap Anwar, rakyat juga nampaknya lebih suka "bermimpi dan berharap" agar Anwar menjadi ketua kerajaan. Ini diakui sendiri oleh pak lah dan najib dari cara mereka "menegur" rakyat untuk "tidak terpesona" dengan cara Anwar. Berhenti bercakap, dan buat kerja. Kurangkan sembang kedai kopi isu ni, dan bantu kerajaan untuk pulihkan ekonomi.

Dalam sehari dua ni, pak lah lebih banyak menyerang Anwar. Dari cara percakapannya, nyata sekali dia gusar bila melihat Anwar mendapat perhatian. Terpesona. Ditipu. Mat Jenin. Membohong. Itulah label2 yang digunakan sekarang. Ironinya berita dan akhbar masih terusan mencetak dan menyiarkan tentang "cerita mat jenin" ni. Kenapa ianya berlaku? Jawapannya mudah : Kerana ianya boleh dijual.

Ia boleh dijual. Sebab rakyat sanggup membeli!

Rakyat nak "angan2″ ini berterusan. Rakyat nak "cerita mat jenin" ini terus disiarkan. Rakyat nak sangat baca dan ambik tau semua ini. Kenapa? Jawapannya senang : rakyat mengharapkan perubahan! Dalam pertandingan membuat perubahan antara pak lah dan anwar, nampaknya perubahan yang ingin dibawa oleh Anwar lebih diyakini oleh rakyat berbanding pak lah. Itu adalah hakikat yang tak boleh dinafikan hatta oleh Ibrahim Ali!

Dan dalam kemeruduman ekonomi dunia yang tempiasnya terkena pada tanah melayu ini, rakyat perlukan harapan untuk meneruskan hidup dan menguatkan semangat bagi menempuh hari2 mendatang. Harapan rakyat cuma satu - ingin melihat perubahan.
Dan inilah yang dijanjikan oleh Anwar kepada rakyat. Harapan baru untuk Malaysia - Masa untuk perubahan!

Riang-riang: Lambang kuasa





Hahahaha hehehe hihihihih huhuhuhuhu... apa lah punya pemikiran rakyat Malaysia ni. Dah la tak berapa bertamadun (termasuk aku), kemudian kerjanya nak buat lawak je lah. Adui... adui... pecah testikal aku gelak. Pasti lepas ni kalau aku pergi jumpa pakar penyakit 'angin pasang' aku mesti dia kata penyakit aku dah sembuh!

Sebelum ni, kita dah tau rancangan paling lawak di TV. Kemudian pilihanraya paling lawak dalam sejarah. Pastu, Perdana Menteri paling lawak, bangsa paling lawak, agama paling lawak, eh, boleh dikatakan semua yang paling lawak ada di Malaysia ni lah!

Kuikuikuikui...

Okehlah, aku taknak sentuh pasal politik buat masa ni. Kita semua dah semak. Lebih semak dari Perdana Menteri Thailand - Samak! Aku nak tulis yang ringan-ringan je lah. Ni pasal budaya dan kuasa.

Perhatikan, sekarang ni, kenderaan-kenderaan di Malaysia terutama kereta lah - mesti ada 'sticker' pada cermin, tak pun di plat nombor pendaftarannya. Okehlah, aku bukan nak kata pasal 'sticker' PEKIDA dengan sarang labah-labahnya ataupun 'sticker' cukai jalan yang berderet tersusun. Tapi, ini lebih kurang 'sticker' PEKIDA' tu lah.

Sekarang ni, aku perhatikan, ada beberapa lagi 'sticker' yang boleh menunjukkan kekuasaan pemilik kereta tersebut. Antaranya ialah 'sticker' ANSARA, MCOBA, GERAK KHAS, BAR COUNCIL, PDRM, PERSATUAN BEKAS PEGAWAI POLIS, dan UMNO ataupun JATA MALAYSIA.

Bayangkan, semua 'sticker' ini ditampal pada cermin kereta, dan pemandunya akan sesuka hati meletakkan kederaannya di mana-mana dan akan kedengaran ngauman enjin keretanya berserta muka bongkak ketika memandu di jalanraya. Tak kiralah kereta atau motosikal jenis apa pun. Aku yang jalan kaki ni pun nak dilanggarnya sebab aku ganggu jalan dia. Aku fikir balik, adakah sebab 'sticker'-'sticker' tu yang buatkan dia rasa berkuasa ataupun dia memang tak nampak sebab 'sticker' dah penuh sangat?

Bagi mereka yang berfikiran sebegini, 'sticker' tu melambangkan kuasa dan penyataan yang dia nak bagitau - 'JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AKU' atau 'TENGOK STICKER DULU BARU SAMAN'. Lebih kurang beginilah.

Tapi, kalau kalian pergi ke KLIA atau LCCT lebih ketara - kereta-kereta yang 'parking' di bahu jalan tak ada 'sticker' apa pun tapi ada kertas A4 yang bertulis 'ANGGOTA PDRM SEDANG BERTUGAS'. Mula-mula aku tengok tulis dengan marker pen. Pastu aku tengok dah siap print atas kertas yang kita selalu buat laporan polis yang ada kepala surat logo PDRM tu.

Bagi aku, yang paling celaka ialah 'sticker' - KERABAT DIRAJA sekian-sekian negeri. Bongeklah! Bila lihat nombor pendaftarannya - AAB 1 (contoh). Lagilah dengan rasa bongkaknya manusia ni menyusur di jalanraya. Yang 'best' nya, pemandu (drebar) dia tu pun turut sama dapat aura bongkak tu.


* * *

Aku ada cerita, ni berkenaan dengan Sultan dahulukala pada tahun 70an-80an. Sultan ni kuat berjudi tapi dia baik lah, suka jenguk rakyat (menurut rakyat jelata lah). Satu hari, dia ni main judi dengan beberapa orang Cina. Sekali dia kalah teruk. Habis semua duit dia. Cina yang menang ni pun tanyalah dia, "apa lu boleh kasi? Lu mau bagi lu punya tengkolok ka?"

Maka, Sultan ni pun berfikirlah... Hah, dia dapat idea. Dia pun cakap kat Cina yang menang tu - "Teman bagi mike nombor plet!" (nombor pendaftaran kenderaan)

"Lu gila ka mau kasi nombor plet! Gua mau makan apa?"

"Nanti dulu weh..." Balas si Sultan ni. "Ini nombor 1. Raja-raja saja yang makai (pakai/guna). Mike nak ke tak nak?"

Lama jugak Cina ni diam, akhirnya dia terima jugak nombor pendaftaran '1' tu. Balik rumah, Cina ni tak tahu nak letak kat mana nombor tu. Yang dia ada hanyalah bas sekolah.

Hahahahahaha

Dari Bangsar Utama: Solidariti untuk Sheih Kickdefella





kemaskini

Menurut seorang teman di Kota Bharu, Sheih bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPDKB) semalam.

Berlaku perselisihan diantara Polis Bukit Aman dan Polis Negeri Kelantan. Semalam, Timbalan Ketua Polis Kelantan menyatakan bahawa Polis Kelantan tidak tahu menahu mengenai penahanan Syed Azidi. Manakala Timbalan Ketua Polis Negara pula mengesahkan penahanan blogger tersebut.

Pagi ini Polis seharusnya mendapat mendapatkan perintah reman di mahkamah Kota Bharu. Kebiasaanya, pesalah akan dibawa ke mahkamah oleh polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi kerja-kerja soal siasat dijalankan.

Akan tetapi sehingga jam 12 pm, Sheih belum lagi di bawa ke mahkamah. Tempoh maxima tahanan tanpa reman tamat jam 5 petang ini. Ini satu perkara yang luar dr kebiasaan dan “mungkin” pihak polis menghadapi masalah utk mendapatkan perintah reman tersebut.

Kita tunggu dan lihat…..

Laporan terkini akan menyusul….

Posting Asal

Sebagai satu tindakan protes diatas penahanan Syed Azidi Syed Aziz @ Kickdefella, satu perhimpunan “membakar lilin” akan dianjurkan di hadapan Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman pada pukul 8.30 malam ini (18 September 2008).

Perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Ia hanyalah bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada blogger Kickdefella dan membantah tindakan kerajaan Malaysia menggunakan Akta hasutan sebagai satu cara untuk membungkam kebebasan bersuara.

Program ini adalah anjuran teman-teman Kickdefella yang tidak bersetuju dengan penahanan ini.

Sila hadir beramai-ramai untuk menyatakan sokongan. Bawa lilin banyak-banyak…..