40 tahun selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, Malaysia masih dalam keadaan tidak stabil.
Politik perkauman masih lagi menjadi politik mainstream sepertimana yang dilaksanakan oleh penjajah British dahulu.
Sedar tak sedar, selepas lebih 50 tahun merdeka, kita masih lagi gagal dalam membentuk sebuah Negara Bangsa.
Kita masih gagal membentuk Bangsa Malaysia.
Kita sering mengutuk Indonesia dan Thailand diatas pergolakkan politik dinegara mereka akan tetapi kita tidak sedar bahawa Indonesia dan Thailand sudah selesai dengan permasalahan Negara Bangsa.
Sehingga hari ini, rakyat masih dibeza-bezakan mengikut kaum dan agama.
Asakan demi asakan daripada ahli-ahli politik telah menyebabkan perpaduan rakyat yang terbina secara semulajadi hancur sedikit demi sedikit.
Lihatlah di universiti-universiti kita pada hari ini.
Polarisasi berlaku dengan dahsyatnya.
Melayu hanya bersama Melayu.
Cina hanya bersama Cina.
India hanya bersama India.
Begitu juga bangsa-bangsa yang lain.
Apakah mereka-mereka ini yang akan memimpin negara pada masa akan datang?
Hari ini setelah 40 tahun berlakunya tragedi berdarah 13 Mei, kita masih membincangkan permasalahan perpaduan diantara kaum.
Sedarkah kita bahawa Malaysia telah gagal untuk menyatupadukan rakyatnya yang berbilang bangsa?
Mahukah kita terus mengundur kebelakang? Atau mahu maju kedepan?
Tepuk dada tanyalah diri anda sendiri.
Jika mahu terus kekalkan sifat “chauvinis” masing-masing, kita harus tahu bahawa Malaysia tidak akan lama.
Jika mahu terus kedepan, sedarlah bahawa kita semua adalah sama.
Dinegara ini kita bukan Melayu, Cina , India, Iban, Kadazan atau apa bangsa sekalipun.
Kita semua adalah Rakyat Malaysia, We are all Malaysian.
Jadi kita semua adalah anak-anak bangsa Malaysia!
4.56 petang,
Kuala Lumpur.
Video tentang bagaimana V. Sivakumar diheret keluar dari Dewan oleh Polis pada 7 Mei yang lalu. Apakah ini kebangaan Malaysia?