10 Mei 2009

Lima Kupang: Perjuangan menuntut kemerdekaan bermula sekarang

Oleh Matkeri

Ameno yang merampas Perak sampai sekarang terusan mempertahankan perbuatan mereka kerana katanya "tidak sanggup melihat tanah jatuh ke tangan Cina" sepertimana yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Kata mereka, Perak tidak boleh dibiarkan menjadi seperti Singapura. Kata mereka lagi, Pakatan Rakyat bagaikan Yahudi yang merampas tanah orang Melayu. Mereka mula menyamakan diri mereka seperti pejuang jihad yang berusaha membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman dan rampasan oleh bangsa lain.

Maka dengan itulah mereka tidak segan silu mempertahankan perbuatan bengong di Perak. Bagi mereka ianya sesuatu yang diharuskan. Untuk "kemaslahatan ummat Melayu". Ianya halal. Tidak salah. Dan diwajibkan ke atas mereka.


Tetapi apa yang mereka tak paham ialah apa yang rayat dah nampak dan telah paham hasil daripada tindakan mereka lebih 50 tahun memerintah Tanah Melayu ni. Rakyat telah nampak dan paham bahawa hilangnya Singapura bukanlah disebabkan oleh PAS. Rakyat juga peka dan tidak buta bila Genting Highland diserahkan pada tauke judi bukan dari bangsa Melayu, juga adalah perbuatan terkutuk parti pemerintah yang berjanji untuk menjaga hak bangsa mereka. Bagaimana dengan Bukit Tinggi? Milik siapakah sekarang ini? Melayu? Bagaimana pula dengan YTL? Pulau mana yang dah nak jadi haknya?

Sedara sedari adik kakok sekalian. Seluruh pulau temasek diserahkan pada bangsa Cina oleh pemerintah parti Melayu. Sebijik gunung diberikan kepada tauke judi oleh golongan yang menganggap diri mereka suci, sebiji bukit lagi dihadiahkan bukan kepada bangsa sendiri, dan hampir sebiji pulau diserahkan lagi pada tauke cina. Kemudian mereka mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat meminjamkan tanah kepada pekebun sayur cina sedangkan mereka boleh senyap terus merakus hasil daripada tauke judi dan dua tiga kerat niagawan cina! Sedang Pakatan Rakyat memberi ruang kepada semua orang cina yang susah dan ditindas oleh polisi bobrok dan bebal ameno untuk bercucuk tanam dan berkebun, ameno terusan menghasut bahawa Perak ini akan menjadi Singapura kedua! Kamu bagi gunung dan bukit serta pulau kepada seorang dua tauke judi dan korporat cina, dan kamu maki tindakan PR yang pinjamkan tanah kepada sekerat dua orang cina yang susah untuk memperbaiki hidup mereka dengan bercucuk tanam? Dan kamu ingat semua rayat ini bodoh seperti pengampu2 kamu?

Nah, sekarang kamu seperti Yahudi merampas Perak dengan cara tidak bertamadun. Sepertimana Israel yang terusan menyalahkan Palestin kerana "menyerang", tanpa pernah mengakui punca serangan, kamu juga menggunakan alasan yang sama menuduh PR membuat kecoh di sidang DUN tanpa menjelaskan kenapa. Seperti juga Israel yang menggunakan kekerasan pada tempat yang tidak dibolehkan, kamu juga mengheret polis pada tempat yang diharamkan! Kamu datang, kamu rampas, kamu provok, dan kamu menyalahkan orang lain! Sebijik macam Israel.

Sedara sedari adik kakok sekalian. 50 tahun kita dikatakan merdeka. Tanah kita semakin sedikit dikekahkan kepada tauke judi dan elitis cina oleh ameno, sedang rakyat hanya melihat dengan tangan terikat dan suara disekat. Selama lebih 50 tahun kita dikatakan merdeka, bangsa melayu terus dihina, dibodoh, dan dimalaskan oleh pemerintah melayu sendiri. Selama 50 tanah melayu ini dikatakan merdeka, kita masih berterusan dilagakan oleh pemerintah antara kaum demi untuk memastikan survival perut mereka sedang kekayan dan kemakmuran yang harus dikecapi bersama semakin menipis dan hilang dalam kerakusan elitis pemerintah yang menggunakan sentimen bangsa untuk menyibukkan rakyat dengan nergaduh sedang mereka berlapang membahagikan harta rakyat sesama mereka!

Kita hilang Singapura di bawah mereka. Kita hilang gunung, bukit dan pulau di bawah mereka. Dan sekarang kita secara perlahan2 kehilangan bahasa ibunda dek kerana kerakusan dan kesombongan mereka yang tidak pernah yakin dengan bangsa sendiri. Ya, tangan kita terikat. Ya, suara kita tersekat, tetapi mata kita tidak pernah buta, dan otak kita tidak pernah koma!

Tanah Melayu belum merdeka sebenarnya. Gelombang untuk menuntut kemerdekaan pasti akan tiba. Dan ianya semakin hampir menekan dada mereka!