01 Mei 2009

Dari Bangsar Utama: Sajak Hari Buruh

Oleh Amin Iskandar

Sempena Hari Buruh sedunia hari ini, Rahmat Haron telah mencipta satu sajak. Mari kita hayati bersama-sama.

Senjata kita

(sajak satu mei 2009)

Adui. Sesak dalam cemar, bahagia amat jauh untuk hari ini yang keruh. Sakitlah dan mengeluh. Alamak. Tergamak harganya pakaian pelancong angkasa Malaysia seratus lapan puluh empat ribu enam ratus RINGGIT

Duit dibayar MARA

mara mara mara



ammarah rakyat amanahnya pecah dilahap rasuah

angkuh ketamakan cukup gelap mendung belum lagi cerah, kerusi masih lagi merah.

Sia-sia tenaga petani

buruh

pekerja

amanah bertukar jadi majlis najis bersuka ria foya-foya

melantak seenak perut membuncitkan kenyang dan usus siap memberakkan taik

untuk dimakan

sisa-sisa buat petani

buruh

pekerja

sia-sia petani

buruh

pekerja

membayar dua ratus RINGGIT

duit dari tenaga menghamba

pada bebal sombong dan gila sawan angka bermaharajalela, untuk sepasang pakaian pendaftaran anak bersekolah asrama MARA

Amanah telah pecah

mara mara mara rakyat murba.

Amarah membakar serakah

mara mara mara

bermogoklah

berani membantah

ayuh hartal

piket

demonstrasi.

fikir dan bertindaklah

jangan bertani

fikir dan bertindaklah

jangan memburuh

fikir dan bertindaklah

jangan berkerja

semua kita rakyat jelata

mara mara mara

turun ke jalan-jalan bersuara

membantah

merebut hak-hak yang disita

berhentilah

bertani

memburuh

bekerja

sejam

dua jam

sehari

dua hari

tiga hari

sebulan

dua bulan itu telah terlalu lama,

tapi tidak akan sampai setahun.

Kerana tanpa

tani buruh kerja

Tak ada negara

Tak ada kuasa

Tak ada bebal

Tak ada kaya

Tak ada harta

Tak ada hidup

Tak ada gerombolan yang dapat kekal merompak.

rebutlah kembali kekuasaan rakyat

senjata rakyat perpaduan

kukuh bersatu kita merempuh masa depan

hitam

memang gelap jalannya sejarah

mara mara mara berani membara

jangan bekerja

jangan bertani

jangan memburuh

piket

mogok

hartal

demonstrasi

fikirkan sehari, dua hari, tiga hari…..

kekuasaan pasti akan runtuh!

(sekarang ini hiruplah kebusukan, bernafaslah dengan harapan – harum segar bermimpi)

Rahmat Haron