Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan

12 Mei 2009

Kenyataan Media: High Court Ruling on the Menteri Besar of Perak


Alhamdulillah saya menyambut baik keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mengistiharkan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini.

Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan. Sejajar dengan itu adalah penting untuk kita mengiktiraf sidang bawah pokok yang berlangsung pada 3hb Mac 2009 serta segala resolusi yang diluluskan pada hari tersebut.

Bagi menyelesaikan kemelut politik di Negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta merta. Ini membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

Kami yakin rakyat pasti memilih yang terbaik buat masa depan mereka dan negara ini. Sepanjang kemelut di Perak, Pakatan Rakyat menunjukkan iltizam untuk tetap teguh menjunjung Keluhuran Perlembagaan serta konsisten membawa Perubahan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT


We welcome the decision of the Kuala Lumpur High Court to declare Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin as the rightful Perak Menteri Besar. He should be reinstated immediately.

The High Court’s decision is a triumph of the Rule of law and affirms that the Constitution is the highest law of the land. Its ruling reasserts Constitutional provisions for the separation of powers and a delineation of the jurisdiction of the executive, legislature and the judiciary. Given this confirmation of the legitimacy of the Pakatan Rakyat government in Perak we urge that the resolutions passed by Perak State Assembly convened under the tree in Ipoh on 3rd March 2009 be respected.

After the dark and sinister events that transpired on 7th May in Perak the restoration of justice and of the principles of democracy is long overdue. For three months the people of Perak have endured the unprecedented abuse of power by the BN while the institutions of the state, the police and the mainstream media have conspired to confer legitimacy upon the sham BN administration.

We reiterate our call for the Assembly to be dissolved immediately and for the people of Perak to renew their mandate for their government at the ballot-box.

ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
DEWAN RAKYAT


11 Mac 2009

Pertemuan Dengan Pak Lah


Oleh Anwar Ibrahim

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!

Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.

Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.



21 September 2008

DYMM Yang DiPertuan Agong Boleh Bertindak - Aziz Bari

Oleh: Professor Dr. Abdul Aziz Bari (www.WauBebas.org)

Cara Datuk Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu. Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai. Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit ‘di luar perlembagaan’ (extra-constitutional) untuk menangani keadaan. Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.
Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan. Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda.

Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet. Ini boleh berlaku selepas pilihanraya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Perletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya perletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977.

Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu perletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu perletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan. Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.


Apa peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa. Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang Di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihanraya Mac lalu.

Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan. Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, perletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang Di-Pertuan Agong memecat perdana menteri dalam situasi sedemikian. Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang Di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri. Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihanraya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang Di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihanraya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihanraya.

**Professor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa

- Suara Keadilan

Mujahid: Pakatan hantar surat pada Agong

sumber: malaysiakini

Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu, memohon mengadap Seri Paduka, kata Ahli Parlimen PAS bagi Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam forum anti-ISA di Pulau Pinang malam tadi.

Jika Seri Paduka memberi perkenan, sepertimana yang diharapkan oleh pemimpinan Pakatan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya untuk meyakinkan Seri Paduka bahawa peralihan kuasa di Putrajaya tidak dapat dielakkan.

Mujahid berkata, Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan.

Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang, Mujahid berkata, pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Mengikut perlembagaan

Beliau berkata, keutamaan Pakatan ialah untuk menggunakan semua cara yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Katanya, Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yan gdiperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar.

Anwar mendakwa Pakatan mendapat sokongan majoriti daripada 222 ahli Parlimen (MP), termasuk yang MP Barisan yang didakwanya melompat menyertai pembangkang, bagi mengambil alih kerajaan.

Para pemimpin BN, termasuk perdana menteri, telah menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan.

Setakat ini, usaha Pakatan untuk mengambil alih kuasa secara perlembagaan belum berhasil.

Abdullah juga enggan bertemu dengan Anwar untuk membincangkan peralihan kuasa. Beliau juga menolak permintaan pembangkang supaya memanggil sidang khas Parlimen bagi membentangkan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Oleh itu, kata Mujahid lagi, langkah seterusnya ialah Istana Negara dan Pakatan berhadap Seri Paduka akan campurtangan dan menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen.

Dengan cara itu, kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dapat membuktikan siapa yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Sebelum itu, ketika bercakap di forum tersebut di Georgetown, Mujahid mendesak pemimpin BN, terutama dari Umno, bahawa mereka tidak akan memerintah untuk selama-lamanya.

Sebaliknya, kata beliau, BN harus menerima realiti politik dan bersedia menyerahkan kuasa kepada Pakatan.

Ekoran penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, pembangkang telah menganjurkan siri pertemuan dan majlis menyalakan lilin, untuk membantah undang-undang tersebut.

Pakatan juga turut mengambil peluang daripada pertemuan-pertemuan tersebut untuk mendapatkan sokongan badan-badan sivil dan rakyat untuk menrealisasikan usaha peralihan kuasa tersebut.



16 September 2008

"Cukup, jumlahnya lebih dari cukup.."

PETALING JAYA, MALAYSIA, 16 SEPTEMBER 2008

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :


1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen
Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;


3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis,
atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat


12 September 2008

Detik 916

Oleh: Khalid Samad

Dari sudut hujjah2 Mustafa Ali saya telahpun memberi komen saya. Dari sudut alasan teknikal ada hujjah yang sebaliknya yang saya tidak kemukakan secara detail dulu. Ada yang minta saya detailkan. Sila lihat hujjah yang dikemukakan dalam mimpiboneka yang sebahagiannya saya ‘cut & paste’ dibawah. Kata empunya blog dia hanya blogger kampungan sahaja. Kalau kampungan dah begini, alamat makin hancurlah UMNO. Sila kunjungi Blog beliau untuk maklumat yang menarik yang lain juga.


“Ini kerana mengikut Artikel 40a, Kurungan (2),
sub-kurungan (a), Perlembagaan Malaysia, kuasa melantik seorang perdana menteri itu adalah semata-mata di atas perkenan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia
DiPertuan Agong.



Article 40a
40a.
(2) The Yang di-Pertuan Agong may act in his
discretion in the performance of the following functions, that is to say –
o
(a) the appointment of a Prime Minister;


Seterusnya kriteria yang
ditetapkan oleh Perlembagaan bagi DYMM Agong memilih seorang Perdana Menteri bukanlah takluk kepada hari apa, atau musim mana, sebaliknya tertakluk kepada klausa yang beri oleh Artikel 43, Kurungan (2), sub-kurungan (a) yang berbunyi.

Article 43
(2) The Cabinet shall be appointed as follows, that is to
say -
o (a) the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri
(Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of
Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the
majority of the members of that House; and

Maksud jelas yang menerkam
bila Artikel 40(a) dan 43 dibaca bersama ialah: DYMM Agung boleh lantik ahli parlimen mana yang Tuanku berkenan, yang dalam pertimbangan Tuanku si-polan itu mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Yang mana implikasi praktis
Artikel 40(a) dan 43 dalam konteks polemik panas dewasa ini – samada Anwar Ibrahim mampu merealisasikan objektif ‘September 16’ – adalah tersangat mudah: DYMM Agong pada bila-bila masa boleh melantik Anwar Ibrahim (hatta orang lain) sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Tuanku dapati Dolah Badawi itu sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen”.


Saya setuju dengan tafsiran di atas. Namun tak kata semestinya tafsiran ini yang betul atau sebaliknya. Hanya untuk mengatakan tafsiran ini kelihatan kukuh. Sepertimana saya sebut dulu, tidak ada precedent. Maknanya benda baru yang tak pernah dibuat lagi maka akan ada beberapa pandangan yang berbeza walaupun di kalangan peguam.

Soalnya mengapa Cikgu Pa nak kata mustahil dan dikatakan ‘gimik’ dan ‘janji kosong’? Itu memberikan gambaran seolah-olah Anwar saja menipu rakyat. Biarlah Anwar usahakan dan kita tolong. Kecuali kita sendiri tak setuju penukaran kerajaan itu dilakukan!

Menempelak Anwar?

Saya pun sebenarnya hairan dengan sikap Cikgu Pa kebelakangan ini. Kenapa dia nak masuk campur dalam isu yang dia anggap sebagai ‘agenda PKR dan bukan agenda PAS’? Kalau benar ianya agenda PKR dalam erti-kata tarikh 16 September ditentukan oleh mereka tanpa persetujuan (atau penolakan) dari PAS, kenapa dia yang nak ke depan untuk memberi penjelasan? Sekiranya dia khuatir pada tarikh itu tidak terjadi apa yang dijanjikan, biar Anwar sahajalah yang keluarkan kenyataan bukan dia. Kalau tidak nampak macam seolah-olah dia nak ambil kesempatan menempelak Anwar. Takkan dia tak tahu? Adakah itu tujuannya?

Mungkin bukan sekadar Anwar yang disasarkan tetapi PR itu sendiri. Adakah ini langkah mula kea rah menyediakan ahli2 PAS untuk keluar PR? Saya rasa Cikgu Pa kena menghayati keputusan yang dibuat dimuktamar baru2 ini. Sedih sangat kalau dilihat pemimpin yang tidak memahami disiplin parti.

Berita muka depan Harakah terbaru – salah guna kuasa?

Buat kali pertamanya dalam sejarah, saya difahamkan, Cikgu Pa mengarah Harakah menyiarkan berita berhubung pendirian peribadi beliau sebagai berita muka depan. Biasanya beliau tidak akan campur dalam soal muka depan dan membenarkan pihak pengurusan, khususnya Ketua Pengarang, menentukannya sendiri. Tetapi tidak kali ini.

Berita yang dianggap begitu sensasi dan mengagumkan itu, yang menyebabkan perlunya kebiasaan selama ini diketepikan, adalah berhubung isu 16hb September. Pendirian peribadi beliau yang menyatakan tak mungkin atas sebab teknikal dan politik serta persoalan moralitinya ingin ditonjolkan. Soalnya untuk apa?

Isu ini semenangnya dianggap hebat oleh pihak BN dan cara ianya disiarkan oleh Utusan Malaysia di muka depannya di mana gambar Cikgu Pa dan Anwar diletak sebelah menyebelah jelas menunjukkan betapa ia dianggap menguntungkan BN. Kenyataan kedua-dua mereka yang saling bercanggah satu sama lain ditonjolkan untuk membuktikan wujudnya ketidak sealiran pemikiran di antara mereka.

Dari sudut PAS pula, khususnya ahli2nya, yang kedengaran adalah hanya keluhan dan kemarahan. Dari satu sudut lain pula, jelas bahawa Cikgu Pa menyalah-gunakan kedudukannya sebagai Pengerusi untuk menyiarkan berita yang merupakan pendirian peribadinya dan diarahkan pula untuk dimuatkan di muka depan.

Bawah Tempurung bersama Cikgu Pa

Dikatakan bahawa PAS tak terlibat dalam perbincangan mengenai 16 Sept. Saya rasa hairan. Setahu saya tarikh ini diketahui umum. Dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat sudah pasti dibincang. Soal setuju tak setuju cerita lain. Begitu juga dalam mesyuarat Lujnah Politik Pusat yang saya terlibat. Saya memang ingat ada diupdatekan status berapa dan siapa secara umum. Memanglah tak boleh sebut secara detail kerana perlu dirahsiakan sebahagian dari mereka atas permintaan orang2 berkenaan.

Begitu juga dalam mesyuarat PAS Pusat. Saya difahamkan dibincang dengan begitu hangat. Tetapi hujjah2 berhubung bermoral atau tidak, mustahil atau tidak, ini semua tidak dibawa pada masa itu.

Soalnya, sekiranya tarikh tersebut dilihat mustahil kenapa tidak dibincang bersama dalam mesyuarat2 tersebut. Takkan baru sedar Parlimen tidak akan bersidang pada tarikh itu? Kalau soal hijrah dilihat tidak bermoral, kenapa tidak dibincang dulu? Takkan duduk bawah tempurung dan baru sedar sekarang?

Wallahu ‘Alam

10 September 2008

Kes Anwar ditangguh kepada 24 Sept

Oleh: malaysiakini











kemaskini 11:40 pgMahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes liwat terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan ekoran bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Apabila kes itu disebut pada jam 9.58 pagi tadi di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, para peguam Anwar mempertikaikan perintah tersebut kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani, yang menurut mereka, tidak sepatutnya terbabit dalam kes tersebut kerana beliau adalah pihaknya disebut dalam aduan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung dakwaan mereka bukti terhadapnya pada 1998.

Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Anwar telah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani dan Musa yang didakwanya telah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya 10 tahun yang lalu.

Hakim Komathy kemudian menetapkan 24 September untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah terhadap kesahihan perintah pemindahan kes yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu.

Anwar meninggalkan mahkamah pada kira-kira jam 11.14 pagi.

Diserbu wartawan

Sebelum itu, Anwar tiba di Mahkmah tersebut jam 9.30 untuk sebutan tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Anwar tiba dengan diiringi oleh peguamnya Sankara Nair; isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta dua orang anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Hanna.

Sebaik sahaja tiba, Anwar diserbu oleh para wartawan dan jurugambar yang berada di situ untuk membuat liputan kesnya pagi ini.

Bagaimanapun, mantan timbalan perdana menteri itu tidak bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 100 penyokong penyokongnya turut hadir. Anwar masuk ke bangunan mahkamah pada kira-kira jam 9.35 pagi.

Beliau dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos lalu atas tuduhan tersebut dan Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada hari ini.

Lima trak FRU


Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan tuduhan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pemimpin PKR telah memberi amaran akan berlakku protes jalanan sekiranya ikatjamin terhadap Anwar dibatalkan.

Anwar, yang menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, berkata beliau bakal menubuhkan kerajaan baru lewat bulan ini dengan bantuan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang menurutnya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan kawalan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Sekurang-kurangnya lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempat di situ.

Para wartawan pula diminta mendaftarkan di tiga tempatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan mahkamah untuk mengikuti kes Anwar

08 September 2008

Faktor Anwar berjaya ubah undi bukan Melayu tidak undi Melayu - Mat Sabu

Oleh: Jimadie Shah Othman (malaysiakini)

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berkesan mengubah undi bukan Melayu, tetapi kurang berkesan di kalangan orang Melayu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“Faktor Anwar di kalangan orang bukan Melayu. Beliau hendak memperkenalkan dasar baru. Walaupun beliau tidak lagi meletakkan apakah dasar baru itu, tetapi memberi harapan kepada orang bukan Melayu,” kata Mohamad.

“Bagi orang Melayu, faktornya ada tetapi tidak sebesar mana. Kepada orang bukan Melayu, memberikan harapan,” katanya ketika diminta mengulas sejauhmana Anwar menjadi faktor kemenangan besar parti-parti dalam Pakatan Rakyat – termasuk PKR dan DAP -- dalam pilihanraya umum lalu.

Mohamad berkata, cabaran utama PAS adalah untuk “mempertahankan dasar Islam dan dalam masa yang sama berkawan dengan parti-parti lain”.

Isu-isu seperti negara Islam, terutamanya dengan DAP dilihat masih menghantui parti itu.

“Bagi kami, itulah, dalam hendak mempertahankan dasar Islam, dan DAP yang secara terang menyebut dia menolak negara Islam dan sebagainya, bagaimana dua kumpulan ini hendak bekerjasama? Ini merupakan cabaran yang besar kepada kami.

“Tetapi kami tidak melihat itu sebagai satu masalah yang tidak boleh selesai,” kata Mohamad yang ditugaskan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berhubung dan “tinjau-tinjau” dengan pimpinan DAP ke arah membentuk kerajaan bersama di empat negeri – selain Kelantan – sehari selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Sukar tetapi boleh dilalui. Sukar sebab kita mentadbir manusia. (Ketawa) Umno sama Umno pun kita tengok lagi teruk. Tidak ada benda yang tidak boleh kita cabar,” kata Mohamad kepada Malaysiakini ketika diwawancara di rumahanya, di Shah Alam kelmarin.

Tuan Haji sebut kemenangan besar PAS disebabkan peralihan undi dari bukan Melayu. Jadi, apakah makna peralihan undi ini kepada PAS?

Politik Malaysia ini lebih berdasarkan kaum, terutamanya selepas merdeka, memang parti Umno, walaupun memperjuangkan Melayu, tetapi orang-orang bukan Melayu merasakan mereka sebagai sahabat, sebagai kawan. Tetapi PAS memang ditakuti orang Melayu, terutamanya orang bukan Melayu.

Kita tahulah, pilihanraya, parti politik, ini atas persepsi. Kita boleh bercakap apa pun tetapi persepsi orang begitu, digambarkan begitu. Jadi, kita kata dua parti dominan pembangkang – PAS dengan DAP – selagi orang Melayu takut kepada DAP, selagi DAP takut kepada PAS, selagi itulah BN akan berkuasa.

Ini trend politk dalam negara kita. Sebab itu kita lihat pada tahun 1986, 1994 dan 1999, isunya banyak, tetapi kita hendak bawa orang Cina mengundi PAS, orang PAS mengundi DAP memang agak sukar, walaupun kami di peringkat pimpinan, boleh bertemu dan berbincang.
Oleh kerana berlaku peristiwa (perhimpunan besar) Bersih, Hindraf , kemudian dengan (krisis badan) kehakiman, (kes) VK Lingam, berlaku kenaikan harga minyak pada waktu tu, kenaikan harga barang, maka rakyat kali ini tidak peduli, sampai orang buat khidmat pesanan ringkas (SMS) mudah - ABU - Asalkan Bukan Umno - kita undi.

Tuan Haji lihat peralihan undi daripada golongan Cina ini menggambarkan mereka mula menerima dasar-dasar PAS, bersifat sementara kerana tidak sukakan BN atau tanda demokrasi kita makin matang?

Saya melihat tanda demokrasi semakin matang. Perkara ini bukan jadi dengan begitu saja, walaupun ia tsunami. PAS sendiri membuat pendekatan dengan orang bukan Melayu ini secara agak agresif, bermula pada pilihanraya umum 1986 melalui Majlis Perundingan Cina (CCC). Tetapi oleh kerana badan itu kecil, ia kurang berjaya.

Kemudian, kita terus dengan DAP pada tahun 1999. Tetapi propaganda BN menyebabkan orang Tionghua sendiri takut untuk mengundi DAP. Disebarkan di Pulau Pinang (foto) Lim Kit Siang pakai serban dalam pilihanraya itu. Jadi, itu propaganda. Jadi, sampai bila rakyat Malaysia hendak berada dalam suasana itu?

Sekarang ini rakyat Malaysia ada akses kepada internet, kepada laman-laman web, blog dan sebagainya.

Jadi, teknologi informasi membantu kemenangan PAS?

Ya, juga pendekatan PAS kebelakangan ini.

Tetapi adakah dasar-dasar PAS itu dapat diterima?

Kita tidak kata mereka menerima secara bulat. Sekarang ini mereka datang dengar penerangan langsung daripada kita. Dan saya rasa perubahan ini tidak sementara. Tetapi kita tidak boleh diam begitu sahaja. Kena teruskan pendekatan yang dibuat.

Bagaimana faktor Anwar Ibrahim memainkan peranan mengubah undi?

Faktor Anwar Ibrahim di kalangan orang bukan Melayu. Beliau hendak memperkenalkan dasar baru. Walaupun beliau tidak lagi meletakkan apakah dasar baru itu, tetapi memberi harapan kepada orang bukan Melayu.

Bagi orang Melayu, faktornya ada tetapi tidak sebesar mana. Kepada orang bukan Melayu, memberikan harapan.

Bagaimana peranan beliau menggabungkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan?

Setakat ini, kita di peringkat jawatankuasa penyelaras. Sudah ada di peringkat pusat. Ia berjalan dengan baik di Perak dan di lain-lain negeri. Kita buat dalam bentuk mesyuarat. Pertama sekali, Pakatan ini berjalan dengan baik walaupun kita, majoritinya kecil di Perak ini, tetapi berjalan dengan baik.

Selain itu ada dakwaan PKR mendominasi Pakatan sedangkan semua parti-parti yang bergabung bersetuju tiada pihak lebih besar dalam Pakatan.

Iyalah, siapa pun mendapat kerusi lebih, jadi mereka merasa mereka hebat. Biasalah itu. Macam dalam BN, Umno kerusi terbanyak. Sekarang dalam Pakatan, dalam pilihanraya lepas, keadilan yang terbanyak (dengan) 31 kerusi, DAP 28 kerusi, PAS 22 kerusi. Jadi, kalau orang-orang PKR merasakan begitu, tidak ada masalah. Sebab dia masa sekarang ini mendahului daripada sudut jumlah kerusi. Tetapi dominan saya tidak nampak, tidak timbul dalam parti (PAS) ini.

Anwar Ibrahim yang dominan membuat kenyataan bagi pihak Pakatan, adakah itu juga pandangan bersama PAS dan DAP bersama?

Kenyataan Anwar dalam bentuk umum, kita kata itu pandangan beliaulah. Jadi, beliau sendiri pun jarang membuat kenyataan di atas nama Pakatan Rakyat, di atas nama peribadi dia. Tetapi kenyataan misalnya kalau memerintah, harga minyak akan turun, walaupun itu peribadi, tetapi itu boleh diterima akal. Itu tidak ada masalah.

PAS setuju bincang dengan DAP dan masalahnya persepsi media?

Orang Melayu tidak ada masalah dah sejak tahun 1999 lagi. Tetapi kita faham masalah DAP ini, orang Cina takut kepada negara Islam. Sebab itu kita kata, persefahaman, perundingan itu banyak berlaku dan orang tengahnya adalah PKR.

Persefahaman parti-parti dalam Pakatan dikatakan sebagai “tersimpul mati”?

(Ketawa) Tidak sampai “tersimpul mati”. Itu bahasa saya. Itu hendak gambarkan perpaduan, sebab dalam politik ini, payah hendak baca. Buat masa sekarang, Pakatan itu makin baik.

Maksudnya PAS masih merisaukan hubungan dalam Pakatan di masa akan datang? Begitu? Tidak “tersimpul mati” itu maksudnya ada kerisauan lagi.

Ya, Kita kena terbukalah. Sikap parti politik ini memang begitu keadaannya.

Tetapi kerunsingan utama PAS atas dasar apa?

Politik ini adalah saingan kuasa. Dan PAS tidak dapat lari, kelangsungannya selama 57 tahun di atas dasar Islam. Sebab itu kita hendak mempertahankan dasar, dalam masa yang sama bekerjasama dengan orang lain. Bila ahli kita melihat PAS tidak lagi memperdulikan soal dasar dan sebagainya, itulah yang merunsingkan kita.

Jadi, jaminan hendak mempertahankan perlembagaan PAS, sebab apabila tandatangan saja borang PAS, kalau dia seorang cikgu, mungkin dia kena tukar. Kalau dia pegawai, mungkin tidak naik pangkat. Dan dia memilih PAS kerana dia menjunjung dasar yang kita janjikan.

Sebab dalam Pakatan, kita hendak berkawan dan bagaimana dengan mempertahankan dasar kita itu. Ini yang menjadi, bukan kerunsingan, tetapi antara cabaran yang kita kena (hadapi)...

Oleh kerana hubungan persefahaman yang kuat setakat ini, kenapa ada suara-suara dalam PAS ingin berunding dengan Umno?

Begini, berunding bukan hendak berkuasa bersama. Sebab ada di kalangan pemimpin dan ahli-ali PAS melihat orang-orang Islam berpolitik, bergaduh dalam semua perkara.

Kita lihat misalnya kalau di kalangan parti-parti politik bukan Melayu ini, ini fikiran orang yang hendak berbincang dengan Umno, kita lihat dalam isu pelajaran, DAP dan MCA berlainan parti tetapi bercakap mempertahankan hak bangsa, kaum mereka senada. Ada juga di kalangan intelektual Melayu senada, kenapa orang Islam tidak boleh buat begitu?

Dalam Pakatan, apa masalah lain yang dihadapi untuk ke depan?

Bagi kami, itulah, dalam hendak mempertahankan dasar Islam dan DAP yang secara terang menyebut mereka menolak negara Islam dan sebagainya, bagaimana dua kumpulan ini hendak bnekerjasama. Ini merupakan cabaran yang besar kepada kami. Tetapi kami tidak melihat itu sebagai satu masalah yang tidak boleh selesai.

Yang paling penting sekali ialah bersedia duduk semeja berunding. Itu yang paling penting.

Macam mana hendak selesai? Baru-baru ini, dalam kongres DAP, beberapa perwakilan mendakwa PAS tidak menghargai undi bukan Melayu kerana hendak melaksanakam undang-undang Islam, sedangkan DAP tetap dari dulu hingga sekarang menolak sebarang usaha menjadikan Malaysia sebagai negara teokratik. Bagaimana kita hendak mempertemukan kedua-dua pandangan itu?

Ini satu cabaran kepada kita. (Penyelesaian objektif) A, B, C, D tidak boleh. Ini soalan kemanusiaan, soal persepsi. Bagi kita, pencapaian setakat ini pun orang PAS mengundi calon DAP, orang Cina mengundi calon PAS. Itu sudah besar. Jadi yang lain-lain, prosesnya mesti melalui pertemuan dan perundingan. Akan ada pantang laranglah.

Setakat mana PAS boleh bertolak ansur tentang dasar, undang-undang Islam?

Sekurang-kurangnya paling minimum ialah perlembagaaan, Islam agama rasmi, kuasa Islam di peringkat negeri dan sebagainya. Dan saya rasa DAP pun tidak ada masalah. Di sini ada pertemuan. Dan kita pun sebut, kalau di peringkat persamaan undang-undang syariat, dia akan kena pada orang Islam.

Iyalah, tetapi itu pun tidak dapat diterima oleh DAP untuk penguatkuasaan undang-undang Islam itu?

Tidak mengapa. Dari masa ke semasa kita bincang teruslah, kalau kita hendak menjadi parti pemerintah. Tidak menjadi masalah kepada kita untuk terus berbincang. Macam sekarang ini, kita boleh berjalan di Perak, di Selangor.

Jadi, adakah Tuan Haji melihat sebuah jalan yang sukar oleh PAS dalam Pakatan untuk tempoh akan datang?

Sukar tetapi boleh dilalui. Sukar sebab kita mentadbir manusia. (Ketawa) Umno sama Umno pun kita tengok lagi teruk. Tidak ada benda yang tidak boleh kita cabar, benda-benda seperti ini.
Sekarang ini PAS disebut-sebut mempunyai dua aliran, pertama moderat, kedua konservatif. Apa komen Tuan Haji?

Itu biasa dalam mana-mana parti politik dan aliran pemikiran. Jadi, parti politik yang mencecah sejuta, aliran-alirannya itu adalah perkara biasa. Tetapi sudah tentu keputusan parti, keputusan muktamar itu yang didokong bersama. Aliran pemikiran tidak ada masalah.

Maksudnya wujud?

Dalam mana-mana parti politik biasalah. Macam Umno dulu, kononnya ada aliran kiri, ada aliran kanan. Tetapi mereka itu Umno-lah. Ini pun semacamlah, ada dikatakan aliran keras, ada aliran sederhana. Tetapi semuanya mendokong dasar Islam. Bagi saya berlainan pendekatan itu lumrah.

Sebenarnya, berapa aliran dalam PAS setakat ini?

(Ketawa) Satu aliran saja, aliran Islam.

Apa perbezaan antara kedua-dua aliran tadi (konservatif dan moderat)?

Kalau di sebelah Pantai Barat, tentulah kecenderungan hendak mendekatkan ideologi Islam kepada non-muslim menjadi agenda utama. Kalau di sebelah Pantai Timur, bagaimana hendak mendekatkan Islam kepada orang yang sudah Islam menjadi agenda utama.

Jadi, kalau kita lihat, secara individunya, orang-orang itu, tidak ada perbezaan sama ada satu kumpulan menerima pandangan komunis (contohnya) atau satu kumpulan pandangan Islam. Tidak ada sampai ke peringkat itu.

(Ketawa) macam kita kata, gaya belah rambut sahaja. Sama ada hendak belah tengah atau belah tepi. Sampai peringkat pertarungan ideologi dalam parti, itu tidak ada.

Tuan Haji dengar, baru-baru ini ada satu kumpulan dalam PAS dikenali sebagai Kumpulan Erdogan disebut dalam sebuah blog. Katanya Kumpulan Erdogan ini diketuai Datu Husam Musa. Beberapa pemimpin PAS diletakkan dalam kategori ini?

Saya berpendapat, begitulah, kalau ada, pandangan-pandangan peribadi, tetapi semuanya bekerja dalam konsep tidak lari daripada dasar Islam tadi.

Tetapi kumpulan ini wujud atau tidak dari segi kesefahaman, ideologi dan pendekatan yang serupa?

Tidak ada, tidak ada. Saya tidak nampak ada.


07 September 2008

PUTRAJAYA 916 : 16 SEPTEMBER PASTI BERLAKU...


'Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu sahaja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain Allah, Rasulnya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
( 9:16 )

Surah At-Taubah – Surah ke - 9 : Ayat 16

16 September atau 916 semakin hampir dan Ia PASTI BERLAKU. Selepas ini Dato Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan satu lagi sumpah yang ditunggu-tunggu selama ini. Sumpah keramat kali ini akan menamatkan terus pemerintahan Barisan Nasional selama 50 tahun. Jika selama ini pelbagai pihak mendesak Dato Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan sumpah. Tetapi sumpah selepas ini akan menyebabkan mega tsunami yang akan menenggelamkan kapal Titanic Barisan Nasional selaku regim parti pemerintah sekarang. Sumpah tersebut adalah sumpah taat setia di hadapan Yang DiPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang baru.

Tarikh 16 September juga kelak akan menjadi titik terpenting dalam sejarah masa hadapan Malaysia. Harapan baru rakyat Malaysia terhadap sistem pemerintahan negara bakal melakar satu lembaran baru. Selepas bergelut dengan pelbagai kemelut ekonomi, rasuah, sistem kehakiman , sistem demokrasi dan sosial. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya wajar bangkit semula untuk meletakkan negara pada kedudukan dan standart yang tinggi di mata dunia.

Semangat dan inspirasi baru perlu ditiupkan kepada seluruh warga Malaysia. Dengan harapan baru kebangkitan rakyat Malaysia selepas 51 tahun negara mencapai kemerdekaan. Suntikan semangat dengan halatuju dan agenda baru perubahan negara akan melonjakkan Malaysia berada ditahap global. Kita perlu memahami realiti semasa dengan perubahan dunia yang semakin pantas bergerak maju dan semakin bersifat global. Justeru tindakan dan fikiran juga menuntut standart yang tinggi dan bersifat global dan futuristik.

Malahan harapan selepas 16 September adalah untuk melihat Malaysia bangkit dalam menghadapi kemelut ekonomi dan sistem keadilan. Dunia juga mengharapkan khususnya negara-negara Islam agar Malaysia menjadi jurubicara dunia Islam dan negara-negara membangun dalam menangani persoalan ketidakadilan global yang semakin memisahkan dan melebarkan jurang pertembungan tamadun atau Clash of Civilization yang diungkapkan oleh Samuel Huntington dalam karya agungnya.

Kita juga mengharapkan sinar baru harapan Malaysia akan muncul pada fajar 16 September. Sinar ini yang akan menerangi seluruh zaman kegelapan Malaysia dalam aspek sistem keadilan,sosial, ekonomi dan pentadbiran negara. Sinar harapan baru rakyat Malaysia untuk kembali bangkit menjadi bangsa yang menyumbang kepada kepesatan dan ketamadunan dunia. Kita juga akan bangkit bukan sekadar untuk menyaingi prestasi ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Tetapi juga kita bangkit untuk membangunkan ekonomi yang akan menjadi role model dunia dan ummah sejagat di masa hadapan.

Apa jua halangan dan rintangan yang cuba dilaksanakan oleh regim pemerintah masa kini untuk menidakkan berlakunya peralihan kerajaan 16 September. Realiti sebenarnya 16 September pasti akan berlaku juga. Kini bidak catur berada pada giliran Pakatan Rakyat untuk menggerakkannya. Hanya tinggal beberapa langkah lagi percaturan ‘checkmate’ akan terus menamatkan permainan kotor regim pemerintah masa kini selama 50 tahun.

Kini seluruh dunia sedang memfokuskan kamera mereka ke arah Malaysia. Kerajaan Pakatan Rakyat 916 akan mengambil alih kerajaan persekutuan Malaysia. Kita mengharapkan proses peralihan tampuk pemerintahan negara akan berjalan lancar dan aman. Dunia juga sebenarnya ternanti-nanti satu peristiwa bersejarah yang akan mengubah landskap politik Malaysia pada masa hadapan. Kita juga wajar meraikan 16 September ini sebagai Kemerdekaan Malaysia Ke-2 yang bebas daripada sistem rasuah dan kezaliman. Kibarkan bendera Malaysia sebanyak yang mungkin tanda kemenangan kita dalam mendapatkan kemerdekaan yang sebenar yang kita bukan bebas daripada penjajahan fizikal tetapi kita bebas daripada penjajahan minda.

Kita merdeka daripada penjajahan minda untuk menjadikan Malaysia dan warganya mempunyai nilai maruah yang tinggi pada pandangan dunia. Bebas merdeka daripada penjajahan minda merupakan pembebasan yang cukup tinggi nilainya kerana dengan bebas daripada minda sahaja kita mampu bangkit membina negara menjadi sebuah negara madani yang bertamadun tinggi dan nilai akal budi murni yang terpuji.

Mengungkap sepotong ayat Al-Quran daripada Surah Al-Taubah yang merupakan surah ke 9 dan memetik pada ayat ke 16. Kita wajar memahami dan menghayati maksud ayat tersebut dengan mendalam yang membicarakan soal ujian keimanan dalam proses perjuangan yang akan dihadapkan dengan pelbagai ujian sebelum layak kita mengecap nikmat manis kejayaan tersebut.

Proses reformasi yang bermula 10 tahun lepas baru kini nampak hasilnya. Tetapi 16 September ini adalah proses permulaan dalam satu langkah panjang membawa negara ke arah era baru negara madani. Sempena meraikan 16 September ini di seru seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama menanamkan iltizam dan tekad baru untuk membawa Malaysia yang lebih gemilang di masa hadapan. 16 September adalah detik kebangkitan Malaysia menjadi warga negara yang lebih bermaruah. 16 September adalah Malaysia Baru untuk menjadi sebuah Negara Madani.

Semoga 16 September akan membawa Malaysia menjadi perintis kepada perjuangan menegakkan keadilan di peringkat global pula. 16 September bukan destinasi berhentinya perjuangan tetapi adalah sebuah perjalanan perjuangan yang panjang. Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-2 pada 16 September. Semoga 16 September adalah detik permulaan sinar aura harapan baru Malaysia untuk melakar sejarah tamadun ummah sejagat di masa hadapan.

30 Ogos 2008

Bila BN Mencari Geruh Di Permatang Pauh

Oleh: Zukri Aksah

Geruh siapa lagi, kalau bukan geruh Anwar Ibrahim…:-)

Saya tulis ini ketika sedang menonton rancangan Analisis Awani saluran 501 Astro, sewaktu Saudara Anwar Ibrahim telah disahkan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam “pilihanraya kecil paling ganas” (hahaha… entah berapa orang mati tertikam tiang bendera atau terjerut tali poster), dengan majoriti 15,671 undi.

Saya kata BN sengaja mencari geruh Anwar kerana Permatang Pauh sudah terbukti kubu kebal beliau, tujuh penggal (termasuk ketika diganti sekejap oleh Dr. Wan Azizah) beliau menjadi Ahli Parlimen di situ membuktikan segala-galanya. Kenapalah tidak ada pimpinan BN yang ingin mendengar nasihat Anuar Musa.

Banyak analisis yang diperkata dan diberikan dalam rancangan Analisis Awani ini, oleh ramai penganalisis politik “hebat,” mereka cuba mengandai dan merumuskan kemenangan besar Saudara Anwar Ibrahim dengan menggunapakai rujukan pola pengundian orang muda, pola pengundian pengundi bukan Melayu, kesesakan lalu-lintas, hujan, kempen defensif dan ofensif, kempen pasif dan proaktif serta sebagainya. Walaupun saya akui kesemua ini ada peranannya dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tetapi saya tidak boleh mengelak untuk kadang-kadang merasa bahawa mereka yang suka digelar sebagai penganalisis politik ini lebih gemar bercakap atas persepsi mereka sendiri, bukan persepsi rakyat!

Dalam banyak lontaran suara yang diperdengarkan, apa yang diperkatakan oleh Saudara Suhaimi Sulaiman sedikit menangkap, ceritanya tentang respon dari rakyat biasa di Permatang Pauh tentang kempen yang dijalankan telah dikiaskan sebagai “kalau kita masuk ke rumah orang, jangan cakap anak orang itu jahat” menghilangkan terus konsentrasi saya kepada rancangan Analisis Awani tersebut, sebaliknya memaksa saya untuk berfikir mencari lapis maknanya.

Takrifan lapis pertama mudah difahami, memberitahu kita bahawa orang Permatang Pauh tidak suka orang luar datang dan bercerita bukan-bukan pasal Anwar. Takrifan lapis kedua pula menggambarkan bahawa struktur ayat itu bernada marah, sepertinya orang Permatang Pauh sudah muak dengan drama liwat Anwar; liwat Sukma, liwat Azizan, liwat tilam, liwat Saiful dan yang terakhir sumpah liwat!

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah takrifan lapis ketiga. Betapa orang Permatang Pauh bukanlah dungu, bengap, jumud dan mandom. Mereka tidak perlu terlalu dimomokkan dengan isu liwat Anwar, mereka jadi rimas! Ibubapa manapun, walaupun sedar akan kejahatan anaknya, tetap akan membela anaknya di depan orang lain. Melainkan jika orang lain itu berjaya membuktikan anak dia ini memang jahat, maka siaplah anaknya itu, di depan orang lain itu juga anak ini akan disebat dan dihukum.

Soalnya, mengapa Permatang Pauh tidak “menyebat” dan menghukum anaknya, Saudara Anwar Ibrahim? Walhal BN dan pihak-pihak yang berkaitan sudah melakukan segalanya bagi membuktikan kejahatan Anwar, Anwar ini kaki liwat! Apakah setelah banyak kali sangat Saudara Anwar dituduh dengan tuduhan yang sama, orang biasa di Permatang Pauh tidak mula merasa was-was dan ragu-ragu? Mereka orang biasa, saya juga orang biasa, kadang-kadang terdetik juga, tetapi…

Masalahnya, BN dan pihak-pihak lain ini, setiap kali mencuba mahu membuktikan perilaku jahat Anwar yang kaki liwat ini, setiap kali itulah juga akan ada kepelikan berlaku, seolah-olah wujudnya perancangan, dan kepelikan ini menjadi “bahagian yang gagal” dalam perancangan tersebut. Contoh mudahnya, Saiful yang menuduh Saudara Anwar meliwatnya itu bekerja di pejabat Anwar, peliknya dia adalah bekas pemimpin mahasiswa pro-aspirasi yang kenal baik dengan pegawai khas Najib Tun Razak, bahkan pernah berjumpa Najib. Saya boleh terima kalau kata Najib perjumpaan itu kerana Saiful ingin memohon biasiswa, Saiful mungkin merasa lebih berpeluang mendapat biasiswa jika dia terus berjumpa Najib, apatah lagi sandaran hubungan baiknya dengan pegawai khas beliau. Namun begitu wujud lagi satu kepelikan, mengikut rekod pengajian universiti Saiful yang didedahkannya sendiri, dia telah gagal tiga semester! Lulus bersyarat pun hanya dibenarkan untuk dua semester. Sepengalaman saya sebagai bekas pelajar universiti, jika anda mendapat CGPA seperti Saiful, anda bukan “berhenti dari pengajian” seperti didakwa Saiful, tetapi lebih tepat anda diberhentikan, atau lebih jahat bahasanya dibuang dan ditendang dari universiti. Jadi, dengan rekod sebegini, bagaimana Najib boleh bersedia berbincang dengan Saiful berkaitan biasiswa?

Kepelikan berlaku terus… Oleh kerana kredibiliti akademiknya mula dipersoalkan yang memungkinkan tuduhannya tidak akan dipercayai, Saiful mengambil pendekatan yang lebih berani dan ekstrim. Kali ini dia ke masjid Wilayah Persekutuan, sehari sebelum penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, bersumpah laknat di hadapan ayahnya, Pengarah JAWI, salah seorang imam masjid, Ustaz Ramlang Porigi dan beberapa orang lain lagi. Tidak banyak yang pelik tentang majlis itu melainkan tindakan Saiful memegang Al-Quran (dan memegangnya dengan tangan kiri pula) ketika melafazkan sumpah jelas bukan sebahagian dari yang diajar Islam.

Kepelikan majlis ini muncul bila imam yang hadir sama iaitu Ustaz Ramlang Porigi tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dia telah diarahkan untuk turut sama berada dalam majlis Saiful itu. Yelah, anda boleh bersumpah di mana-mana dan tidak perlukan saksipun, tetapi bila anda ke masjid yang punya sembilan orang imam, mendakwa jujur mahu bersumpah laknat, dan tidak ada seorang imampun dari sembilan orang itu yang mahu berada dalam majlis sumpah anda, tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan anda di kacamata imam-imam tersebut. Siapa yang mengarahkan Ustaz Ramlang Porigi?

Saya melihat upaya Anwar untuk memintas kepelikan-kepelikan ini, maksudnya Anwar akan melakukan sesuatu sebelum suatu kepelikan berlaku. Anwar perlu masuk Parlimen secepat mungkin kerana kesnya akan dibicarakan pertengahan September ini, mungkin banyak lagi kepelikan akan berlaku. Apakah ini sememangnya petunjuk dari Tuhan, cuba memberitahu bahawa ada perancangan besar sedang dilakukan terhadap Saudara Anwar, dan kepelikan-kepelikan ini, seperti yang saya katakan sebelum ini adalah “bahagian yang gagal” dalam perancangan tersebut. Atau sekadar Anwar ini sememangnya manusia yang hebat, sehingga geruhnya tidak langsung boleh dicari, apalagi di kawasannya di Permatang Pauh.



Merdeka rakyat negara perkasa

oleh: Anwar Ibrahim

Tarikh 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia menandakan kita merdeka dari penjajahan yang sudah sekian lama menzalimi serta menindas. Beberapa hari lagi maka genap 51 tahun kita merdeka, 51 tahun sudah negara tercinta ini bebas dari penjajahan yang menindas. Namun kita melihat selepas 51 tahun keadaan menjadi lebih buruk. Pengangguran bertambah berkali-kali ganda, inflasi berada di paras tertinggi dalam sejarah yang mengakibatkan kenaikan harga barang secara mendadak, manakala kerajaan tidak mampu untuk menurunkan harga minyak ke paras yang munasabah bagi mengurangkan beban rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO sudah tempang dan gagal memenuhi hasrat rakyat yang inginkan perubahan demi kehidupan yang lebih baik, makmur, harmoni dan adil. Akan tetapi kita kesal demi menggelincirkan proses perubahan, Barisan Nasional sanggup untuk menggunakan politik fitnah dan adu domba.


Saya menyeru penduduk Permatang Pauh agar bersama-sama menolak segala penipuan dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Mari kita kuatkan iltizam serta perkukuh tekad perjuangan di dalam kita melawan fitnah serta perancangan jahat Barisan Nasional yang diketuai UMNO.

Marilah kita merdeka dari politik fitnah dan adu domba ini. Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan anbiya lainnya seharusnya dijadikan iktibar. Saya menyeru kepada mereka yang terbabit supaya jangan menghina Syariah demi kepentingan politik. Kemukakan bukti dan saksi di Mahkamah Syariah bukannya bersumpah demi memenuhi nafsu politik semata!

26 Ogos 2008, undilah saya demi untuk keluar dari kesengsaraan hidup, rasuah dan kerencatan ekonomi. Bersempena bulan Merdeka ini marilah kita bersama-sama di Permatang Pauh ini mendakap semangat merdeka yang sebenarnya. Kita sampaikan kepada rakyat sudah tiba masanya untuk merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari rasuah dan merdeka dari keadaan ekonomi yang lembap. Marilah kita Memerdekakan Rakyat! Demi Memerdekakan Negara!


24 Ogos 2008

Sumpah

Oleh: Adihamka

Saya bukan ustaz, bukan daie, dan paling pasti, bukan ulama.

Tetapi saya tegas menyatakan bahawa sumpah Saiful pada 15 Ogos lepas adalah sumpah yang busuk lagi membusukkan. Saya tidak nampak tujuan lain, selain dia mahu membuktikan bahawa memang dia menjadi mangsa Anwar Ibrahim.

Saya seorang Muslim, kemudian baru orang Melayu. Justeru saya pantang agama dan Tuhan saya diperlekehkan.

Sesumpah (baca: sumpah menyumpah) sudah menjadi semacam satu bentuk tindakan untuk melepaskan diri daripada dituduh melakukan apa jua perkara. Bersumpah seolah-olah bisa mengendurkan pandangan masyarakat. Ini norma orang Melayu.

[
Pendapat Dr Danial Tentang Sumpah Saiful
]



Disebabkan sumpah laknat ini,maka mata masyarakat Melayu khususnya terarah kepada Anwar,menggesa beliau bersumpah juga untuk menafikan beliau meliwat Saiful.

Masalah besar orang Melayu ialah mudah terperdaya dengan sumpah. Sebab apa?

Sebabnya sumpah telah menjadi mainan mulut hatta di kalangan budak-budak kecil lagi, kalau mereka mahu menafikan sebarang benda yang mereka tidak buat.

Ungkapan “Sumpah WalLah aku tak buat”, “Alif Lam Lam Ha”, sudah semakin mudah dipermainkan. Bukan setakat kanak-kanak, malah suami kalau mahu tipu isteri tak pergi ke dangdut pun akan bersumpah untuk menafikan. P Ramlee sudah ungkap realiti ini dalam banyak filem Allahyarham.



Justeru bila Saiful bersumpah, ia secara tidak langsung akan ‘memadamkan’ ingatan masyarakat Melayu khususnya tentang pendedahan laporan pemeriksaan kesihatan Saiful, akuan bersumpah Dr Mohd Osman Abdul Hamed. Orang Melayu lebih percaya sumpah daripada fakta, alibi Anwar Ibrahim sendiri, dan paling penting ialah mencari rasional sejauh mana lelaki muda yang tegap diliwat warga emas yang lemah tulang belakang!

Bila timbul perkataan Wata’alahi, cukup untuk membuat saya ketawa. Baca teks pun boleh salah!

Tuan Guru Hadi Awang tegas menyebut sumpah itu perbuatan bodoh, Tuan Guru Nik Aziz katakan hanya sumpah kaedah Kristian yang mengaplikasikan pegang atau junjung kitab.

Video di atas adalah merupakan rakaman ulasan Dr. Danial Zainal Abidin tatkala mengulas pertanyaan seorang hamba Allah sewaktu sesi kuliah beliau yang sama ambil di Youtube.

Tak cukup dengan itu, pertikaian Shamsul Iskandar di dalam kenyataan media beliau sangat menarik. Kata orang (bukan saya), itu ‘laknat’ pertama Allah atas ‘kesanggupan’ Saiful bersumpah.


Kemudian Abg Mat Saman Kati pun mendedahkan siapa Ramlang Porigi. Najwan pun syok tambah nasi.

Matkeri dedahkan emel yang Saiful pernah hantar kepada beberapa orang.Mungkin wajar kita cabar Saiful baca doa qunut secara spontan, kalau sebut nama Allah pun salah,mungkin boleh masuk kategori jahil.Bila dah jahil,apalah sangat untuk bersumpah kan? Small matter beb!
Dan tatkala Saiful menafikan sumpahnya bukan bertujuan untuk politik, laporan Malaysiakini hari ini saya kira boleh ‘menebas’ hujah beliau:

Before the ceramah began last night, the organiser played the video clip of Saiful’s swearing in the mosque - which has almost become a norm in every BN gatherings.

BN continues to highlight the controversy, which may sway away some elderly Malay votes from PKR. Malays make 69.4 percent of the total voters here.

Saya pelik, pertentangan di Permatang Pauh ini untuk apa? Apakah pertentangan antara dasar vs dasar, atau dasar vs pembunuhan karakter Anwar Ibrahim?

Siapa perlu dibela sebenarnya?

Politik Malaysia makin mual. Bikin saya menyampah!



KJ jangan lupa Kelantan....


Begitu angkuh sekali Kj yang umumkan nak tamatkan Anwar di Permatang Pauh kali ini... lupakah kamu Kj yang hampir kesemua negeri yang kamu lawat dan khususnya Kelantan yang dia istihar nak rampas dan tumbangkan tapi Bn tewas teruk.

Kj perlu sedar dalam PRU yang lalu Umno Rembau juga tidak mendokong dia. Dia menang kerana berjaya memperalatkan jentera kerajaan dan penipuan SPR yang berlaku kerana takutkan dia selaku menantu PM.

Malam ini InsyaAllah seramai 60 lebih ahli Umno Rembau dan termasuk pimpinan akan hadir ke Permatang Pauh untuk istihar 'bosan' dengan politiking Umno dan Khairy sendiri. Mereka akan menyerahkan borang menyertai keADILan.

Semua dijemput ke Ceramah Perdana : Selamat Tinggal Umno - 23 Ogos 2008 - 9.00 malam - Depan Masjid Kubang Semang.


Dalam perkembangan lain pula che'GuBard mengutuk tindakan memperkudakan polis dan undang - undang negara dalam usaha terdesak Bn memastikan Anwar tewas. Sekurang - kurang nya 4 orang penduduk kampung yang kuat menyokong keADILan ditahan tanpa alasan. Semua mereka ditahan di tempat umum.

Seorang pemuda Khairi dari Kubang Semang telah ditahan 3 hari kononya di bawah keselahan Pilihanraya. Dia ditahan oleh sekumpulan anggota polis ketika bermain bolasepak di kampungnya.

Sehingga semalam keluarganya juga gagal untuk mendapat kebenaran bertemunya. Pegawai penyiasat mengatakan kononya polis mendapat perintah reman tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Sekurang kurangnya 100,000 anggota keselamatan dikerahkan ke Permatang Pauh. Ini satu angka yang melampau. Unit 'UTK' dan Komando juga dikatakan berkeliarana di beberapa kawasan untuk menakutkan pengundi.

20 Ogos 2008

Khabonyer: Sifat haram jadah







Dalam bulan ni aku sibuk betui pasal kerja, pasal hal peribadi, bini nak beranak, anak tak sihat, prestasi kerja yang merosot, tapi itulah dugaan yang Allah bagi kat aku supaya tidak lalai daripada mengigati-Nya.

Bukan nak mengadu nasib, tapi aku dah fedup dengan pemimpin yang ada. Minggu lalu aku berkesempatan singgah sekejap kat permatang pauh. Punya ler ramai orang - sendat giler, sampaikan highway pon dari 3 line dah turun pangkat jadi 1 line. Aku rasa anggaran dalam 40 ribu manusia yang membanjiri Permatang Pauh. Kome boleh bayangkan lautan manusia.dalam tempoh dalam sebulan ni macam macam hal yang berlaku dalam malaysia nie.

Paling aku tunggu ialah hal muktamar PAS yang julung kali dibuat kat Perak. Tapi aku rasa tak semeriah seperti di kelantan tapi itu bukan ukuran kegagalan penganjuran tapi yang penting muzakarah sesama ahli PAS dalam membentuk sebuah parti yang disegani.

Pelbagai isu yang diutarakan tapi banyak perwakilan yang smash ahli tertinggi dan ahli tertinggi menerima dengan hati yang terbuka tanpa ada sifat wasangka. Cuma yang aku terkilan aku tak sempat bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang.

Kita lupakan slot muktamar PAS dan tumpukan sekarang bagaimana isu di Permatang Pauh. Khabonye member aku mengatakan Jalil ketua pemuda Umno hangin satu badan, sebab namanya tak naik jadi calon utk pilihan raya kecil nanti. Bukan aper semasa Umno tidak mempunyai calon yang sesuai muka mamat jalil nie ler dok asyik keluo tv provok lebih. Alih-alih Pak Lah calon Arif Shah taikun nasi kandar kat penang.

Maka dengan hati yang terbakar berlaku pertengkaran kecil antara Jalil dengan Umno dan jika kita lihat mana ada muka Jalil selepas penamaan calon. Sebelum penamaan calon kita dapat lihat bagaimana ahli parlimen UMNO mengatakan DSAI sebagai jaguh kampong yang mana bertanding di kawasan selamat.

Tidakkah AYAT JAGOH KAMPUNG ADALAH SESUAI DITUJUKAN KEPADA AHLI UMNO SAHAJA KERANA KALAU MEREKA NAK SELAMAT MEREKA INI AKAN BERTANDING DI JOHOR SEPERTI NOH OMAR, HAMID ALBAR, HISHAMUDDIN, AZALINA, NORAINI DAN BEBERAPA LAGI ORG UMNO YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Percakapan kita menandakan sepanjang mana akal kita. Akal adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Dengan adanya akal dapat membandingkan sesuatu buruk dan baik dalam kehidupan kita. Dan memilih yang mana makruf dan mungkar. Tapi sayang manusia lebih memilih jalan mungkar di sebab ajakan syitan.

Semalam aku menghadiri satu kuliah agama di mana manusia selalu menyalah tafsirkan sesuatu yang baik menjadi buruk. Contoh perkataan khalwat iaitu bermaksud berdua dua bersama orang yang tercinta bermunajat dan mengadu nasib di dalam keadaan gelap. Ini bermaksud yang tercinta itu bukanlah seorang manusia tetapi tercinta itu adalah ALLAH.

Maka pada hari ini khalwat sewenag-wenangnya ditujukan kepada sesuatu perbuatan yang terkutuk. Dan lagi satu perkataan ialah haram jadah. Haram bermaksud haram dan jadah lebih menjurus kepada yang bermaksud amat/teramat. Maka haram jadah bermaksud haram yang amat amat haram. Tapi dalam kehidupan kita haram jadah adalah satu perkataan yang lebih kepada mencarut. Maka dalam kes mubahalah Saiful Bukhari adalah perbuatan haram jadah kerana dia bukan lah orang yang difitnah atau orang yang dituduh.

Maka sebelum membuat mubahalah seseorang itu mestilah membuktikan dirinya teraniaya dan muhabalah ini adalah satu cara atau jalan yang terakhir utk membuktikan dirinya tidak bersalah. Tiada istilah menjujung Al Quran kerana tradisi ini adalah adat manusia dan ianya lebih kepada meniru orang kristian. mubahalah adalah proses angkat sumpah yang mesti dilakukan dipadang lapang dan segala binatang ternakan dan makhluk yang bernyawa dikumpulkan di padang dan orang yang difiatnah itu bersumpah dgn menyebut wallahi wabillahhi wataulahhai yang bermaksud DEMI ALLAH DENGAN ALLAH DAN SESUNGGUHNYA.

Maka setelah ungkapan ini disebut di hadapan makhluk yang hidup maka barulah proses itu sah. Kita bukan tunggu utk bersumpah menjunjung Al Quran, kita bukan buat di dalam masjid dan menghadap kiblat. Adakah kita perasan atau tidak perbuatan Saiful Bukahri itu lebih menjurus kepada ajaran Kristian dan perbuatannya adalah haram jaddah.

APA YANG AKU SEDIH PUAK-PUAK UMNO INI SANGGUP MENGADAI AGAMA DAN MENJEMPUT PENGARAH JAWI SEBAGAI SAKSI ADALAH BOLEH DIANGGAP BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH MANUSIA DAN YANG PENGAWAI JAWI ITU SEBENARNYA TELAH MEMPERBODOHKAN DIRI NYA DEMI MENJAGA KEPENTINGAN PERIBADI DAN INI ADALAH SIFAT HARAM JADDAH.

Saiful Bukhari sebenarnya boleh didakwa di bawah akta hasutan kerana mahkamah sivil telah memutuskan bahawa kejadian liwat itu berlaku suka sama suka. Maka dengan ini tiada unsur ROGOL seperti mana yang didakwa oleh Pak Lah.

Siaran langsung angkat sumpah Saiful Bukahari telah berlangsung sehari sebelum penamaan calon menampakan satu tektik kotor UMNO dalam memenangi semula hati rakyat di permatang pauh. UMNO sendiri adalah satu parti terdesak yang mana pada hari ini melahirkan PEMIMPIN YANG HARAM JADAH. Yang tidak berakhlak. Kita lihat sahaja pada malam Isnin di TV 9 forum Hujah, bagaimana ahli parlimen Lenggong mengatakan UMNO adalah kuat yang mana ahlinya telah memenangi banyak kursi dalam pilihanraya yang lepas tapi adakah mereka sedar yang MEMBOLEHKAN MEREKA MEMIMPIN MALAYSIA PADA HARI INI ADALAH KEMENANGAN BESAR DI SABAH DAN SARAWAK DAN IANYA BUKAN DARIPADA UMNO TETAPI DARIPADA PARTI KOMPOEN BARISAN NASIONAL.

Itulah ahli parlimen UMNO bercakap tanpa membuat analisis bodoh tua.dan lagi satu yang aku tertarik bila pengerusi bertanya pada hari ini rakyat mahukan perubahan maka dengan selumber AHLI PARLIMEN LENGGONG MENJAWAP UMNO TELAH MEMBERIKAN BANYAK PERUBAHAN DAN PERUBAHAN PALING BESAR PADA 2010 NANTI, MAKA PERALIHAN KUASA AKAN BERLAKU DI MANA PAK LAH AKAN MEMBERIKAN KUASA KEPADA NAJIB.

Adakah itu yang dimahukan oleh rakyat. perubahan kuasa itu adalah kemahuan daripada ahli UMNO bukan Rakyat. SEBAGAI RAKYAT MEREKA TIDAK MAHU PEMIMPIN DARIPADA KALANGAN UMNO KERANA MEREKA UMNO SAMA SAHAJA.GILER KUASA DAN GLAMOR.

Perubahan yang rakyat mahukan adalah kembali kepada ajaran Allah bagi yang Islam perubahan daripada pemerintahan sekular, pemerintahan yang komunis, pemerintahan kronisma, permerintahan zalim dan mungkar. Bukan tukar buaya ambik harimau.

Isu yang aku suka pada hari ini bagai mana UMNO telah menipulasikan pemikiran student UITM dalam melancarkan perang saraf terhadap Pakatan Rakyat. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA WARTAWAN MENAYAKAN PANDANGAN MB SELANGOR TERHADAP KEMASUKAN NON BUMIPUTERA KE DALAM UITM DAN PANDANGAN MB SELANGOR ADALAH IKHLAS MENYATAKAN MINIMUMKAN KEMASUKAN NON BUMI PUTERA SERENDAH YANG MUNGKIN DALAM 10% HANYA UTK FAKULTI KEJURUTERAAN SAHAJA.10% INI MERANGKUMI PELAJAR CINA INDIA DAN LUAR NEGARA.

Sebelum ini Pak Lah pon ader offer kepada MIC dan MCA tetapi mereka menolak tapi adakah berita sensasi ini tidak dikeluarkan di tv dan tiada satu pon perarakan dibuat. Aku pon ader cerite di sebalik cerite pasal UITM in,i memang penoh kontroversi satu macam member aku .

Dia memang ada pontensi jadi lawyer dia memang minat nak jadi lawyer itu memang kenyataan tapi ada satu sem tu pointer kurang bagus maka ada pilihan sama ada dia kena reject atau seorang lagi student pempuan yang cantik dan yang mana merupakan seorang selebriti iklan yang mana pointer dia lebih rendah daripada member aku.

Tapi diatas sikap haram jadah, member aku kena rejeck dan cerita selanjutnya tak dapat aku ceritakan aper yang terjadi kat dia sebab biar aku dia dan member kami yang tahu. TAPI ADAKAH MEREKA INI SEDAR MRSM TELAH MENERIMA 10% NON BUMI PUTERA TAPI ADA SESIAPA YANG BISING IAITU ALASAN MEREKA ADALAH MENGGALAKKAN PERSAINGAN YANG SIHAT.TAPI TAKDER SATU BANTAHAN YANG DI BUAT. SEBAB CADANGAN YANG MAHA HEBAT DATANGNYA DARIPADA UMNO YANG BIJAK SANA.MAKA MENGAPA TIDAK SAJA DITUKARKAN NAMA.

JANGAN DIGUNAKAN NAMA MARA KERANA MARA MERUPAKAN HAK ORANG MELAYU YANG DI AGONG AGONGKAN OLEH UMNO.STUDENT UITM MEMANG KESIAN SEBAB JADI BARUA UMNO. BIAR PERARAKAN.

SEDANGKAN MRSM SENDIRI DIROGOL OLEH UMNO DALAM MENJAMIN PERJALANAN POLITIK MEREKA.KALAU KOME NAK TAHU YANG MERAMPAS HAK MELAYU ADALAH ORANG YANG BERSUNGGUH SUNGGUH BERJUANGKAN MELAYU. KALAU KOTANG PANDAI JAWAPANNYA DI DEPAN MATA.KEPADA STUDENT UITM JANGAN MELENTING KERANA ITU ADALAH CADANGAN SAHAJA SEDANGKAN YANG BUAT KEPUTUSAN YANG MEMBOLEHKAN MEMBUAT KEPUTUSAN ADALAH CHANSSELOR KORANG DAN MENTERI PELAJARAN.

SEBAB MEMANG DARI DULU LAGI UMNO CANDANG NAK BERI 10 % KEPADA NON BUMI TAPI DIAORANG YANG TAK NAK SEBAB SILIBUS KORANG DALAM KEJURUTERAAN TAK SETARAF DIPERINGKAT ANTARABANGSA.BUKAN AKU CAKAP TAPI KORANG KAN BIJAK PANDAI PANDAI BUAT DEMONTRASI. NAK TAHU JAWAPAN KORANG TANYA BIRO MIC DAN MCA TU SEBAB DIAORANG BUAT U SENDIRI DAN SILIBUS BERTARAF INTERNASIONAL.


19 Ogos 2008

Lima kupang: Saiful - Pejuang Agama yang tak reti sebut nama Tuhan!





Rakan2 dok sibuk tanya komen aku tentang sumpah saiful. dengaq dari cara tanya, aku tau ramai yang serabut perut dengan budak sekoq ni. masa balik kenduri kat kampung ujung minggu baru ni pun ramai pak2 menakan sepupu sepapat mai dok besila keliling tanya apa dah jadi? masing2 keluaq pendapat masing2. yang paling bestnya tok tam kob aku yang buta hurup dok menyindir sambil besandaq kat tepi tangga. dia kata, dan aku quote "susah apa, dapat lima juta, pi mekah tawaf ka'bah sampai penin. teghiyak tobat sampai buta. balik bagi makan orang miskin. bayaq kifarah. habih".

orang kampung ni, walaupun mengaji tak tinggi, tapi analitiknya sangat tajam. bab tu yang aku suka besembang dengan depa.

OKlah. aku mulakan blog kali ni dengan menempekkan satu email khas daripada sahibul fadhilah al-ustadz saiful al ghuyub yang dihantar pada keesokan tengah paginya selepas dia membuat laporan polis. aku tak tau kenapa dia tiba2 hantaq email ni, tapi kebangangannya nyata teserlah sekali.

from sai7ul@gmail.com
to xxxxxx
date Sun, Jun 29, 2008 at 1:52 AM

Salam,

Atas nama Allah s.a.w saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh DS Anwar Ibrahim. Allah s.a.w telah memberi saya kekuatan untuk bangkit dari ketakutan bagi menentang orang Munafik ini.

Saya sanggup korbankan seluruh masa depan saya Demi Allah, Agama, Negara dan Bangsaku.

Sent via BlackBerry from Maxis


Ya sheikh. Sebab tu setiap kali hang becakap pasai Tuhan, pasai Munafik, pasai Agama, pasai Perjuangan, aku terpaksa menggaruk dahi bertenang supaya aku tak terasa sangat ralat penah bekawan dengan manusia macam hang ni. Sebut nama Tuhan sendiri pun tak betoi! Inilah Saiful, manusia yang pernah dilaporkan oleh media massa sebagai "seorang bekas pempimpin persatuan Islam semasa di Universiti"nya dulu.

Nah, sekarang anta telah bersumpah. Masya'Allah! Anta sangat hebatlah! Ana tamau nak pertikaikan bab anta pegang Quran tangan kiri dan baca teks tangan kanan. Ana jugak malas nak ingat2 balik betapa anta berusaha sedaya upaya "meng'arabkan" bacaan Fatihah semasa opening nak bersumpah. Yang ana nak bisik kat anta kali ini ialah : lengkali jangan belakon hero teruk sangat. kantoi nanti senak perut! hantaq email dah kantoi sekali. angkat sumpah pun kantoi lagi!

Ya syeikh. masa ana dok tengok anta tergugup2 baca kertas putih untuk upacara angkat sumpah tu, ana dah rasa mesti anta akan kantoi sikit sebanyak. Rupanya betoi ya syeikh, "watallahi" pun anta dah salah! MasyaAllah syeikh… itu basic sumpah tu. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Kalau anta dok sibuk pasai usul sumpah, dan terkinja2 sangat nak bersumpah, mesti anta tau camana nak sebut lafaz sumpah, kan? Aiii… takkan orang macam anta tak tau lafaz sumpah kot? Kalau tak tau, yang anta dok terkinja2 selama hari ni besungguh suruh orang bersumpah sebab apa? Sebab anta memang terer bersumpah ka? Atau sebab orang lain dok suruh anta suruh orang lain bersumpah?

Ana tak tau la samada anta ada jumpak ezam untuk belajaq sebut sumpah yang betoi sebelum ni. Walaupun ana ada sikit2 dengaq tentang anta dan ezam, tapi ana tamau libatkan ezam yang sedang sibuk dok larikan diri daripada isu kotak dokumen rahsia tu menjawab pulak isu anta. Ana rasa ezam dah cukup kenyang makan sumpah. Biaqla dia makan kotak pulak lepas ni. Tapi bab anta melafaz basic sumpah yang secara nyata terpaksa membaca dari kertas, dan SALAH pulak tu, betoi2 membuatkan ana beristighfar panjang sambil geleng2 kepala. Bagi ana, Allah dah balas cash kat anta depan seluruh dunia. Tergagap bersumpah dengan tangan kiri memegang Quran. Bab tangan kiri pegang Quran ni pun satu hal lagi. Tapi ana tamau nak ulas bab tu sebab ana takut Ustadz Mujahid Astora Jabat akan keluaqkan bejuta nas tentang perkara ni yang dipetik daripada perawi2 yang kebanyakannya orang arab sendiri pun tak penah dengaq. Tapi ana suka bila tengok balik rakaman kat TV3 bab anta sebut lafaz sumpah nama Allah yang ketiga tu tak betoi.Terpaksa ditegur. Itu basic sebutan sumpah. Nak sumpah, WAJIB sebut tiga tu. Budak taski abim taman malik pun tau!

Ana pernah bergurau ngan anta supaya tapayah dok sibuk besumpah dengan nama Allah, cukup sekadar bacakan dulu doa qunut depan ana. Tapi anta tak layan. Anta sebok nak bersumpah. Nak bersumpah dengan "cara sebenar2 Islam", "dinasihati oleh Ulama'", "dalam mesjid", dan macam2 lagi nak tunjuk anta ni pejuang agama. Pejuang agama kepala hotak anta! Sebut nama Tuhan anta pun tak betoi! Bukan sekali diulang sebut, dua kali! Tu pun salah lagi! Nak becakap dan besumpah dengan nama Tuhan?

Ana nak tanya betoi2 kat anta. Anta kenai ka sapa Tuhan anta? Kalau kenai, lagumana bulih dok pi salah taip benda yang paling basic? Kalau kenai, lagumana bulih dok pi salah lafaz nama yang paling Agung? Nyata sekali anta adalah munafik besar dalam abad ini! Penipu dan penjual agama yang paling jelek yang pernah ana kenai! Saiful - kamu mempermainkan agama Islam aku, dan tanpa segan silu MEMPERLEKEHKAN NAMA TUHAN AKU!

Celakalah kamu yang mempermainkan nama Allah, agama Allah, dan semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia - menipu dan berpura-pura atas nama agama demi untuk agenda peribadi kamu sendiri! Kamu boleh berdalih tentang "tersasul" dan "tersalah". Tetapi hanya yang JAHIL MURAQAB sahaja yang tidak boleh menyebut nama Tuhannya dengan lancar dan sempurna! Dan kamu menyerlahkan kejahilan kamu ke seluruh pelusuk alam dengan bersumpah dengan mempermainkan nama Tuhan dalam kegagapan dan ketersasulan!

Dan hanya yang jahil muraqab jugalah yang boleh percaya dengan lakonan sumpah hang ni. Sebab berbeza dengan orang yang berpelajaran dan ada roh agama dalam hati, hanya orang2 ameno yang bejumpak bomoh dan pawang untuk jadi calon saja yang percaya sumpah2 dari orang yang sebegini.

16 Ogos 2008

Perebutan 3 penjuru di Permatang Pauh


Abdul Rahim Sabri (malaysiakini)

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.

Calon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM.

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Menurut Roslan, Suruhanjaya Pilihanraya menerima lims bantahan tetapi semuanya ditolak.

Dr Mansor yang juga timbalan pengerusi biro pilihanraya PKR, mengejutkan banyak pihak pagi tadi apabila mengemukakan borang untuk bertanding sebagai calon bebas.

Ekoran itu, tercetus desas-desus yang mengatakan Dr Mansor adalah calon 'simpanan' PKR sekiranya pencalonan Anwar, ditolak.

Ketika ditemui pihak media kemudiannya, pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh, Mustapha Kamal Yusof mengesahkan bahawa Dr Mansor adalah calon 'simpanan'.

Calon BN, Arif Shah adalah yang pertama menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.12 pagi dan diikuti oleh Anwar pada jam 9.18 pagi.

Dr Mansor pula menyerahkan borang penamaan calonnya pada jam 9.40 pagi, diikuti oleh Hanafi (foto) pada jam 9.55 pagi.

Tarik diri

Roslan bagaimanapun tidak menyentuh langsung mengenai penarikan diri Dr Mansor.

Semasa ditanya pemberita kemudiannya, Roslan berkata Dr Mansor menarik diri tanpa sebab sebelum pengumuman dibuat.

Ekoran itu, Dr Mansor kehilangan depositnya kerana keputusan itu dibuat selepas jam 10 pagi, selepas waktu penyerahan borang pencalonan tamat.

"Malah mana-mana calon (yang bertanding pada pilihan raya kecil itu) masih boleh menarik diri dalam tempoh tiga hari," kata Roslan.

Sementara itu, Dr Mansor yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menarik diri setelah pencalonan Anwar diterima dan mengakui beliau masih anggota PKR dan menyokong Anwar.

'Perang mulut'

Sementara itu sepanjang menunggu proses pengumuman calon, keadaan di luar dewan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'berperang mulut'.

Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang.

Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan 'Hidup BN' oleh penyokong BN.

Kedengaran juga penyokong PKR yang meluangkan 'Saiful penipu' dan 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.

Keadaan tegang sedikit pada kira-kira jam 10.55 apabila seorang penyokong BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan. Dia bagaimanapun dinasihatkan oleh pihak polis supaya jangan berbuat demikian.

Kira-kira 40 anggota FRU kelihatan masuk ke ruang kosong yang memisahkan antara penyokong BN dan Pakatan, tetapi beredar keluar dari situ sejurus kemudian.

Penyokong kedua belah turut membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!.

Sebelum itu, Penyokong BN sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun pada kira-kira jam 8.50 pagi, penyokong kedua belah pihak bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.

Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter.

15 Ogos 2008

Apa kata DSAI berhubung Saiful bermubahalah

Oleh Mstar

PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan akuan bersumpah bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebagai politik murahan ketika "kempen".

Di sini, Anwar berkata ia merupakan permainan taktik kotor Umno dan Barisan Nasional.

Penamaan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pagi esok.

Ketika bercakap kepada wartawan di kawasan Permatang Pasir, di sini malam ini, Anwar berkata beliau telah merujuk dakwaan kes meliwat itu kepada Mahkamah Syariah.


"Saya telah merujuk kepada Mahkamah Syariah berkenaan dakwaan ini sebulan yang lalu dan pihak mahkamah mahu menemui Saiful tetapi polis tidak membenarkan pegawai mahkamah berjumpa dengannya (Saiful).

"Permainan apa ini? Apa polis punya permainan. Kalau nak ikutkan prosedur Islam, pergilah ke Mahkamah Syariah. Ini gimik politik," kata beliau.

Anwar menambah, sehari sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil Parlimen Pematang Pauh beliau telah didakwa di mahkamah dan menjelang hari penamaan calon esok upacara bersumpah Saiful pula diadakan.

"Ini politik kotor Umno yang terdesak," kata beliau

Saiful bermuhabalah

Oleh Jimadie Shah Othman (Mkini)


Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kondominium mewah di Damansara.

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.



"Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat."

Dalam sidang akhbar di sebuah hotel kemudiannya, Saiful berkata, beliau menafikan tindakannya itu bermotifkan politik.

Ini adalah kali pertama beliau muncul di khalayak ramai sejak membuat laporan polis pada 28 Jun lalu, mendakwa, dia diliwat oleh Anwar.

Saiful memberitahu pemberita bahawa dia bersumpah dengan al-Quran hari ini, selepas mengumpul kekuatan untuk berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun, enggan menjawab sebarang soalan mengenai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, Saiful dilaporkan telah menemui Najib di kediaman timbalan perdana menteri sebelum membuat laporan polis.

Saiful turut menayangkan di sidang akhbar tersebut video selama dua minit menunjukkan dia mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi.

Saiful berkata, dakwaan diliwat Anwar itu adalah yang pertama berlaku ke atas dirinya dan dia tidak pernah diliwat sebelum ini.

"Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi
menafikan dakwaan saya adalah tidak benar," katanya lagi.

Saiful ditemani oleh bapanya Azlan Mohd Lazim (foto kanan) dan peguam Zamri Idrus ketika menghadiri sidang akhbar selama 10 minit itu.

Anwar, yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mendakwa ia perbuatan musuh politiknya untuk menyekat beliau kembali semula aktif dalam politik.

Sebelum ini, penasihat PKR itu telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Berikut adalah kenyataan yang dibaca oleh Saiful:

Saya rasa telah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil. Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi mengikut cara yang dituntut oleh agama Islam, sepertimana yang telah dinasihatkan dan ditunjuk ajar oleh ulama dan mufti berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar bin Ibrahim.

Akad sumpah ini saya lakukan dengan kerelaan saya sendiri yang datangnya dari lubuk hati saya yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Saya juga amat memahami bahawa sumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa malapetaka dan bencana kepada saya, serta keluarga, keturunan saya selamanya oleh Allah SWT.

Saya melakukan sumpah dengan nama Allah SWT kerana mahu membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar dan oleh kerana itu, saya amat berani bersumpah. Ini jalan terbaik bagi saya mendapat keadilan di dunia dan akhirat dan mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadu.

Saya melakukannya kerana Allah SWT. Saya bersumpah di dalam rumah Allah yang mulia tadi bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya Anwar bin Ibrahim dan saya tidak memilih berdolak dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat tentang isu dakwaan liwat saya ini seperti yang dibuat oleh Anwar bin Ibrahim.

Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi
menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.

Sesi soalan jawab

Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?

Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Wartawan: Ke mana hilang selama ini?

Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.

Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?

Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.

Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.

Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.

Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?

Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.

Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?

Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.

Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?

Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.

Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.

Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.

Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini... saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.

Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.

Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?

Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan
polis tersebut.

Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.

Video angkat sumpah ditayangkan.

Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.

Mohd Saiful kemudiannya beredar melalui pintu belakang dengan peguamnya dan tidak mahu menjawab lagi soalan wartawan.