07 Mac 2008

Helme Hanafi: BN akan kembali berkuasa, cuma banyak hilang kerusi

Beliau adalah seorang penulis yang baru mahu meningkat naik. Menjadi pengarang klpos, membuatkannya lebih terkenak. Ditambah lagi dengan kedudukan klpos yang menjadi pesaing (tidak keterlaluan) terdekat bagi malaysiakini, malaysia-today dan tranungkite.

Saya mula kenal dengan Helme, sejak dia di majalah seni politik Siasah (bukan tabloid Siasah), dalam Bengkel Kewartawanan anjuran IKD. Beliau sememangnya peramah, senang saja mahu berbual dengannya. Kami berbual isu politik, seni dan sukan.

Beliau juga adalah pemegang Diploma Tahfiz dari Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, Yayasan Ismail Perlis. Menggemari Sukarnoe bekas presiden Indonesia, beliau mula mengasaskan klpos.com pada sekitar awal tahun 2006. Antara berita yang paling menggoncang pembaca adalah berita mengenai sebuah foto Najib ketika disebuah jamuan.

Berita yang pada mulanya hanya dianggap sebagai khabar angin telah menjadi suatu berita yang menggemparkan seluruh negara apabila Amy sepupunya mendakwa bahawa ada pernah ditunjukkan oleh Altantuya, sekeping gambar antara Altantuya, Razak Baginda, dan seorang pegawai kerajaan Malaysia Najib Razak.

Beliau, memulakan langkahnya sebagai penulis dengan Berita Keadilan dan Suara Keadilan, pimpinan Khalid Jaafar. Tidak beberapa lama sekepas itu, beliau menjadi pengaran no 2. Jawatan sebagai penolong Zunar benar-benar mematangkannya. Namun sebelum itu beliau juga pernah menyertai agendadaily.com.

Beliau adalah penyumbang wawancara yang terakhir. Namun begitu beliau bukanlah terlewat kerana dateline bagi wawancara ini adalah pada malam nanti. (ed: Helme kau tak terlewat)

1. PRU12 dah semakin dekat, apa pendapat Sdr Helme selaku editor Klpos.com tentang pilihan raya ini. Maksud saya, Sdr Helme agak-agak siapa menang, secara keseluruhannya.

Terima kasih. Untuk jujur saya merasakan bahawa dalam pilihanraya ini BN akan kembali berkuasa. Cuma berkemungkinan besar mereka akan kalah di beberapa kerusi di negeri seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Pahang.

2. Dapatkah PAS pegang Kelantan lagi? Saya tengok hampir tiap2 hari TPM Najib, pergi ke sana. Khairy pun dah start serang PAS.

Kelantan masih di tangan PAS. Insyallah, biarpun media mengembar gemburkan bahawa Kelantan akan jatuh, dari pemerhatian saya ketika di Kelantan baru baru ini, secara majoritinya masih menyokong PAS. Saya rasa kegemparan bahawa Kelantan akan jatuh hanyalah 'iklan' di media. Realitinya tidak menggambarkan perkara tersebut.

3. Rasa-rasa Sdr Helme ada tak negeri yang mungkin diambil pembangkang?

Selain Kelantan, saya rasa pembangkang tidak mampu menawan mana-mana negeri. Tetapi mereka akan menang tambahan kerusi di negeri yang saya telah sebutkan tadi.

4. Pembatalan penggunaan 'dakwat celup jari' bukankah menampakkan bahawa ada pakatan antara BN-SPR? Komen?

Saya tidak pasti tentang pakatan. Cuma apa yang orang ramai fikir adalah, SPR gagal untuk membuat kajian terperinci sebelum mengumumkan sesuatu perkara. Ini termasuk soal 'duit sete,' yang diumumkan beberapa hari sebelum penamaan calon dan kemudian ditarik balik. SPR lemah dan tidak berwibawa.

5. Kebangkitan kaum India dengan slogan 'makkal shakti' betul2 menekan kerajaan, pada hemat Sdr Helme mampukah kaum India menjadi penentu bagi PRU12 ini. Bagaimana peluang Samy Vellu, boleh dia menang?

Samy Vellu akan menang. Tapi di mana-mana kita boleh lihat kebangkitan orang India. Ia sesuatu yang baru dalam politik di Malaysia. Selama ini kita lihat kebangkitan rakyat bergilir antara kaum Melayu dan Cina, ini kali pertama orang India menunjukkan sikap mereka menentang BN. Tapi pada saya ia masih di tahap ombak, belum mampu mencetus gelombang.

6. Sdr Helme rasa iternet kini, sudah menjadi alat mencari kebenaran atau tidak atau keberkesanannya kini adalah menjadi penghasut supaya rakyat di negara ini membenci kerajaan. Tolong komen?

Pada saya internet sekarang menjadi media baru kepada pembangkang. Sata wahana selain ceramah dan risalah. Cuma penggunaan teknologi ini masih belum meluas di kalangan orang Malaysia. Jadi kalau hendak kata ia merupakan penghasutpun masih belum cukup untuk menjatuhkan kerajaan.

7. Dalam pada media arus perdana, digunakan secara maksimum oleh kerajaan, saya rasa rakyat mula muak dan beralih ke media alternatif yg lain. Apa pula pendpt Sdr Helme?

Bukan rakyat. Tetapi aktivis pembangkang dan mereka yang berminat dengan hal ehwal politik semasa. Ini fenomena biasa kerana berita pembangkang tidak disiarkan oleh media arus perdana jadi mereka beralih kepada media baru seperti internet untuk mencari berita. Sedangkan rakyat secara keseluruhannya masih bergantung kepada media konversional seperti akhbar dan media elektronik.

8. Ada dakwaan dari beberapa pihak, bahawa akan ada pengundi2 hantu. Apa benar dakwaan ini pd pendpt Sdr Helme?

Pertama, definasi hantu itu tidak jelas. Apakah ia merujuk kepada orang mati yang mengundi, atau pengundi yang menggunakan identiti orang mati, atau ia merupakan pengundi luar yang di alihkan secara sistemetik untuk memenangkan sesuatu parti tanpa menyalahi peraturan disediakan.

Jadi saya fikir definasi pengundi hantu itu sendiri masih kabur. Apa yang saya perhatikan adalah, pengundi dari luar, yang dibawa masuk secara sistematik, dengan perancangan rapi untuk mengundi di satu-satu kawasan. Contohnya, saya ahli Umno di Segambut. Parlimen Segambut kerusi GERAKAN, jadi saya dipindahkan secara sistemetik oleh pejabat bahagian saya untuk mengundi di Shah Alam, kerusi yang ditandingi Umno. Dari segi undang-undang tidak salah.

9. Mungkin betul kata KPN, bahawa bas yang akan memasuki Terengganu dan Kelantan nanti adalah bas yang mengangkut pengundi Terenganu yang duduk di luar. Komen sdr.

YA, berkemungkinan sekali berdasarkan kaedah yang saya terangkan tadi.

10. Loh Gwo Burne, Nurul Izzah, Amir Sari, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, Jonah adalah sabahagian daripada anak2 muda yang mengambil bahagian menjadi calon dalam pilihan raya kali ini. Siapa pada pendapat sdr akan menang dan siapa pula yang akan kalah.

Payah soalan ini, cuma saya berdoa supaya golongan muda ini menang semuanya agar Parlimen kita lebih berseri. Memang patut golongan tua yang suka dengan sindiran lucah di Parlimen digantikan oleh golongan muda yang lebih agresif.

Terima kasih, Helme.

Black: SPR batal guna dakwat kekal, beri gambaran pengundi hantu memang wujud

Saya masih ingat lagi zaman tu, duduk lepak-lepak kat Kedai Mamak Maidin bawah UBU(Universiti Bangsar Utama) kat Bangsar Utama. Tempat lepak itu merupakan antara tempat lepak favourite saya selain Restoran Hamid di CM (Central Market), Devi’s Corner dan Restoran Khalifah di Telawi, Restoran Dawood dan Restoran Darhus di Shah Alam.

Ketika itu (lebih kurang 4 tahun sudah), sebelum pergi ke kempen pilihan raya bersama Hishamuddin Rais untuk membantu calon PKR melawan Sharizat di Parlimen Lembah Pantai, beliau (yang lebih mesra dengan panggilan Black) dengan gitar tongnya menyanyikan lagu Internationale, sebuah lagu anthem komunisma.

Saya tahu, beliau antara lain meminati muzik. Gaya mainan gitar dan nyanyiannya pada hari itu saling tak tumpah seperti Iwan Fals penyanyi dan pemuzik folk dari Indonesia. Beliau sudahpun mengeluarkan album berkonsepkan folk dan ada menyertai konsert-konsert kecil atau gig indie yang dianjurkan di serata KL.

Namun begitu, beliau adalah aktivis 'pemantau pilihan raya' -- sudah pergi hingga ke Sri Lanka, India, Indonesia dan Filipina untuk memastikan pilihan raya di sana kekal bersih. Dicuplik dari blognya, "… beliau juga merupakan seorang aktivis sosial yang bercita-cita untuk menegakkan demokrasi tulen di Malaysia. Beliau tidak melibatkan diri dengan mana-mana parti politik kerana mempercayai gerakan rakyat di luar rangkuman parti politik."

Pengalamanya luas tentang selok belok pilihan raya. Kerana pengalamannya itu, saya percaya bahawa langkah SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal, sangat mengecewakannya,

Pengalamannya juga sangat luas dalam bidang penulisan. Beliau antara lainnya pernah menyumbang artikel untuk majalah-majalah Terbitan Suria Janib, Berita Keadilan, Suara Keadilan dan beberapa lagi penerbitan yang tidak berkala.

Sekarang Amin Iskandar atau Black adalah seorang kolumnis kepada Malaysiakini.com. Sebuah akhbar harian elektronik bebas yang wujud di alam siber. Beliau mengendalikan kolum "Borak-borak" yang baru bermula pada 29 Mei 2007 yang lalu.

Ikuti wawancara saya, Zulfikar Samsuri, dengan Sdr Amin Iskandar atau lebih mesra dipanggil dengan nama Black:

1. Tindakan pembatalan penggunaan dakwat celup jari nyata tindakan kebelakang SPR, ini akan dengan jelas seperti memberitahu kita bahawa ada wujudnya pakatan antar BN-SPR. Apa pula pandangan Sdr Black?

Isu penggunaan dakwat kekal ini, diperingkat awal lagi saya telah melihat ketidaksungguhan SPR dan kerajaan untuk melaksanakannya. Pertama, peraturan pilihanraya tidak dipinda untuk mewajibkan penggunaan dakwat kekal bagi setiap pengundi di Malaysia. Sedangkan untuk memastikan Tan Sri Rashid terus berkhidmat, perlembagaan telah dipinda dan kuasa 2/3 BN diparlimen digunakan untuk memastikan pindaan ini berjaya.

Kedua, SPR tidak pernah mengadakan sebarang program pendidikan untuk mengajar rakyat proses mengundi dengan menggunakan dakwat hitam.

Mengenai pakatan diantara BN dan SPR, pembatalan penggunaan dakwat hitam ini mengesahkan lagi tuduhan ini.

2. Ada tak peluang untuk pembangkang menang secara keluruhan di Malaysia selepas SPR mengambil tindakan ini.

Agak sukar. Tambahan lagi pembangkang tidak diberikan akses media seperti apa yang diperolehi oleh BN.

3. Ada pihak yang mendakwa wujudnya pengundi hantu, apa benar dakwaan itu, atau cuma helah politik pembangkang untuk mendapatkan kuasa.

Mungkin ia atau mungkin tidak. Apabila SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal, ia memberikan gambaran bahawa pengundi hantu memang wujud.

4. Baru2 ini sebuah gabungan NGO dan parti2 pembangkang telah melakukan sebuah demonstrasi yang berjaya mengeumpulkan lebih 50 000 orang. Bagaimana anda melihat demonstrasi ini. Berjaya atau tidak dalam melahirkan pendapat?

Pada pandangan saya, tuntutan rakyat hanya akan dilayan selepas berlakunya demonstrasi. Contohnya kita lihat pada era reformasi, demonstrasi demi demonstrasi telah menyebabkan kerajaan menubuhkan Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia).

Demonstrasi yang dilakukan oleh Bersih telah membuka mata dunia mengenai ketidakadilan pilihanraya di Malaysia. Human Rights Watch yang berpengkalan di New York telah mengeluarkan satu kenyataan dua hari lalu bahawa rakyat Malaysia dinafikan hak untuk mendapatkan pilihanraya yang bebas dan adil.

Manakala demonstrasi Hindraf pula menyaksikan kerajaan memberikan respon segera. Cuti Thaipusam diberikan kepada beberapa negeri tanpa diminta. Peruntukkan demi peruntukkan dihantar kepada masyarakat India untuk memujuk mereka.

Ini yang majoriti orang Melayu kena belajar.

5. Juga baru2 ini sebuah NGO India membuat demonstrasi di Ibu Negara untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap status mereka di Malaysia. Bg anda, wajar atau tidak mereka berdemonstrasi.

Saya menyokong hak setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Polis harus professional.

6. Baru2 ini saya didatangi oleh dua orang anak muda bertanyakan tentang siapa di belakang Hindraf. Mereka tegas mengatakan bahawa DSAI berada di belakang NGO itu. Apa benar DSAI berada di belakang NGO itu. Komen.

Mengenai Anwar Ibrahim dan Hindraf, saya tidak boleh komen kerana saya bukan ahli mana-mana parti politik termasuk Parti Keadilan Rakyat.

7. Anda rasa adakah Kelantan akan dipegang lagi oleh PAS?

Jika tidak ada sebarang taktik kotor, PAS akan mempertahankan Kelantan. Ini berdasarkan kepada tinjauan yang saya lakukan dibeberapa buah kawasan. Selain daripada itu, jentera-jentera PAS bekerja dengan semangat untuk mempertahankan Tok Guru Nik Aziz. Kempen yang dasyhat oleh BN menggunakan media arus perdana untuk menawan Kelantan telah seperti "backfire" kembali kepada mereka. Tambahan lagi Pak Lah dan menantunya yang kelihatan sangat angkuh dan rakus untuk menawan Kelantan. Ini mungkin akan menyebabkan rakyat Kelantan menjadi defensive untuk mempertahankan PAS Kelantan.

8. Dengar2 cerita bahawa beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu, Perlis, Kedah, Penang, Kelantan dan Terengganu akan menjadi milik Barisan Rakyat. Boleh anda ulas tentang perkara ini?

Perkara ini tidak mustahil oleh kerana sentimen rakyat terhadap kenaikkan harga barang yang berterusan.

9. Anda rasa adakah mungkin kaum india menjadi penentu undi bagi sesetengah kawasan?

Selama ini, kaum India berdiri teguh dibelakang BN. Namun kali ini kelihatan sudah berubah. Mereka lebih dekat kepada pembangkang. Mungkin ini akan menjadi penyebab pembangkang menang lebih banyak kerusi. Itupun kalau tidak ada penipuan.

Masyarakat India juga kini ramai yang mengahadiri ceramah anjuran pembangkang termasuk PAS.

10. Nampaknya Dr Jayakumar memberikan tentangan yang sengit kepada SSamy Vellu. Mampukah Dr Jayakumar menang, pada penelitian anda di kawasan itu, mungkinkah para pengundi beralih arah ke PKR (PSM)

PKR akan memberikan tentangan yang sengit. Sammy Vellu tercabar. Beliau berkampung di Sungai Siput dan kurang berkempen diluar. Ertinya beliau juga perlu bekerja keras untuk menghadapi Dr. Jeyakumar. Ini menunjukkan yang beliau tercabar.

Harap saudara berpuas hati dengan jawapan saya.

Sudah semestinya, terima kasih.

05 Mac 2008

Rocky: PRU12 Antara PRU yang terkotor

Siapa yang tak kenal dengan Ahirudin Attan AKA Rocky Bru, blogger terkenal tanah air dan juga merupakan blogger pertama dengan Jeff Ooi (Screenshot) yang menghadapi saman dari pihak News Straits Time (NST).

Beliau seorang yang benar-benar merendah diri, menjawab emel yang saya kirimkan dalam masa yang sangat singkat. Walaupun pada hari semalam beliau berada dalam keadaan mengantuk (akibat menunggu statement dari Husam Musa berhubung pembatalan penggunaan dakwat kekal) tetapi beliau tetap dengan sepenuh hati menjawab soalan-soalan yang saya tanyakan.

Ahirudin Attan, merupakan bekas pengarang eksekutif akhbar harian Malay Mail dan beliau juga (seperti yang boleh dilihat dalam blognya) merupakan Presiden Penaja grup National Alliance of Bloggers (All-Blogs). Sebuah grup yang mengumpulkan semua blogger "heavyweight"). Beliau sekarang dalam proses untuk menyiapkan bukunya yang pertama.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan kolumnis pelbagai akhbar dan tabloid dan juga penasihat bagi National Press Club. Mula berblog pada 21 Mei 2006 dan kini telah mencapai hits sebanyak 3 198 484 (seperti yang tertulis pada laman blognya -- rocky's bru).

Ikuti soalan yang saya, Zulfikar Samsuri, tanyakan kepada beliau dan jawaban dari beliau sendiri:

1. Lebih rapat kalau saya panggil Sdr Rocky saja, apa pendapat Sdr Rocky tentang pilihan raya ini. Maksud saya, siapa menang, secara keseluruhannya.

Persepsi setakat ini, Pru12 Antara Pru yang terkotor. Ada yg kata RM20 billion taxpayers' money dilebur untuk Pru12. RM500 million untuk bawak anak2 Kelantan di negeri2 lain balik mengundi untuk BN. Ink "ghaib" betul2 ghaib, 3 hari sebelum pilihanraya. Propaganda press dan tv menjadi-jadi. Untung ada alam siber, tapi tak cukup untuk menyuci keadaan.

2. Dapatkah PAS pegang Kelantan lagi?

Kelantan tetap milik Pas. Tapi kata2 AAB semalam bahawa ada pihak yang cuba sabotaj Pru di Kelantan adalah membimbangkan. Husam Musa pula kata ada pihak luar yang telah mencetak 20,000 t-shirt Bersih untuk tujuan yang dah tentu kurang baik. Polis tak cakap pulak pasal t-shirt kuning Bersih ni.

3. Rasa-rasa Sdr Rockylah ada tak negeri yang mungkin diambil pembangkang?

Pulau Pinang bergelora. Silap hari karam bahtera BN di pulau tu. Kalau menang pun BN, banyak akan terkorban. Puncanya mulut celupar Khairy jugak, main api dengan sentimen kaum pada akhir tahun 2006. . Susah nak padam api kemarahan sesuatu bangsa. Lihat saja Hindraf.

4. Pembatalan penggunaan 'dakwat celup jari' bukankah menampakkan bahawa ada pakatan antara BN-SPR? Komen?

Bukan saja dengan SPR tapi juga dengan PDRM dan pejabat Peguam Negara dan media massa arus perdana. Itu persepsinya.

5. Kebangkitan kaum India dengan slogan 'makkal shakti' betul2 menekan kerajaan, pada hemat Sdr Rocky mampukah kaum India menjadi penentu bagi PRU12 ini. Bagaimana peluang Samy Vellu, boleh dia menang?

Sebagai suatu "force", kaum India kecil bilangannya. Tak ada satu constituency pun yang pengundi India itu majority (lebih 50 peratus). Tapi bilangan yang kecil pun cukup untuk buat sesorang calon kalah dan nampaknya ini ditakuti oleh BN dan bukan pembangkang. Sampai ramai calon MIC telah dipindahkan ke kawasan di mana pengundi India kecil sangat bilangannya. Contoh - K. Parthiban pindah dari Ijok ke Melawati. Samy Vellu silap hari benam.

6. Sdr Rocky rasa iternet kini, sudah menjadi alat mencari kebenaran atau tidak atau keberkesanannya kini adalah menjadi penghasut supaya rakyat di negara ini membenci kerajaan. Tolong komen?

Macam baca benda lain atau tengok tv jugak, selayar Internet kena pilih dengan cerdik. Yang penting, masih ada pilihan, tak macam media tradisional kita. .

7. Dalam pada media arus perdana, digunakan secara maksimum oleh kerajaan, saya rasa rakyat mula muak dan beralih ke media alternatif yg lain. Apa pula pendpt Sdr Rocky.

Setuju. Bab politik memang ramai orang dah muak dengan propaganda NST, Star, Berita Harian maupun Utusan. Tapi orang kampung baca jugak. Dan orang Melayu khususnya suka baca berita2 "geli" di Metro dan Kosmo. Tu sebab laku jualan tabloid Melayu.

8. Ada dakwaan dari beberapa pihak, bahawa akan ada pengundi2 hantu. Apa benar dakwaan ini pd pendpt Sdr Rocky?

Pencuri, pembohong, perogol, penyamun kat mana2. Tapi selagi tak kena tangkap selagi tu kita tak dapat buktikan jenayah yang berlaku.

9. Mungkin betul kata KPN, bahawa bas yang akan memasuki Terengganu dan Kelantan nanti adalah bas yang mengangkut pengundi Terenganu yang duduk di luar. Komen sdr.

Kalau ada bas khusus untuk bawak pengundi saja, mungkin ada elemen rasuah untuk sogok pengundi. Tapi sekali lagi, perlu bukti.

10. Loh Gwo Burne, Nurul Izzah, Amir Sari, Chegu Bard, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, Jonah(menamakan sebahagian kecil) adalah sebahagian daripada anak2 muda yang mengambil bahagian menjadi calon dalam pilihan raya kali ini. Siapa pada pendapat sdr akan menang dan siapa pula yang akan kalah.

KJ dah pasti menang. Sumber dia sebagai menantu PakLah tiada hadnya dan pembangkang tidak mati-matian untuk "membunuh" cita2 anak muda ini. Peluang Mukhriz semakin cerah tapi atas sebab lain. Dia membawa suatu perubahan di mana ceramahnya langsung tak kutuk atau cerca pembangkan atau calon yang menjadi lawan. Nurul popular tapi mungkin next round; pengundi Lembah Pantai noi pelik sikit. Jonah tak patut diletakkan di Pekan, rugi bakat. Dia lebih dikenali di kampungnya di Masjid Tanah, Melaka dan dah banyak buat bakti kat sana. Chegubard kalau kalah pun tak malu, saya rasa. Insyallah, majoriti kalah 2004 boleh dikecilkan jurangnya.

Terima kasih Sdr Ahirudin Attan.

Pilihan raya: Bebaskan Maklumat

EditorialKini, bukan lagi rahsia. Tarikh mengundi telah ditetapkan. Rakyat Malaysia tak perlu lagi berteka-teki. Perayaan demokrasi setiap paling maksimanya lima tahun akan dilansungkan tidak lama lagi.

Segala manipulasi media, putar belit calon dan rasuah pembangunan sudah mula digiatkan. Ayat-ayat seperti "undilah saya untuk kesenangan masa depan adik-adik, kakak-kakak," "undilah saya demi kepentingan agama," dan "undilah saya untuk membolehkan ekonomi sdr sdri stabil."

Paling jelas kelihatan adalah kempen yang dijalankan oleh media arus perdana yang memutar ulangkan di stesen tv mereka, janji manis yang dijanjikan oleh kerajaan, iklan propaganda "Undi untuk Malaysia", penumpuan terhadap ceramah pimpinan tinggi Barisan Nasional dan fitnah dan putar belit, mengadakan yang tiada.

Pilihan raya adalah 'mercu tanda' bagi sesebuah negara yang mengamalkan demorasi. Ia, sejauhnya juga menjadi semacam tunjang bagi negara yang dikatakan mengamalkam sistem musyawarah, kerajaan dan segala keputusannya diputuskan oleh sebuah entiti yang terlebih dahulu akan duduk berbincang.

Kata pensyarah undang-undang di salah sebuah IPTA Negara, "mereka seperti berlawan dengan seseorang yang diikat tangannya dan ditutup matanya. Tidak boleh balas, hanya mulut berkata-kata."

Katanya lagi, "Maka, dikata oleh orang yang menutup mata dan diikat tangan, "bapak anjing!" kepada orang yang menutup matanya dan mengikat tangannya. Terus ia ditumbuk matanya, jatuh tersungkur sehingga bukan sahaja dapat "hadiah persaraan" paling bermakna tetapi juga "hadiah sakit pinggang."

Sikap kerajaan yang memperkudakan pelbagai alat dan jentera kerajaan, terutamanya media, telah melahirkan mereka-mereka yang sedar. Seperti apa yang terangkum dalam filem-filem Lagi-lagi Senario arahan Aziz M Osman, ketika dua orang sahabat berlainan bangsa sedang berbual sambil ketika yang sama sedang menyelak surat khabar. Yang seorang berkata kepada yang seorang lagi, "Ini surat khabar tak boleh percaya, ma. Cuma ada satu tempat sahaja boleh percaya."

"Aiya, kat mana?," tanya semula kawannya.

"Itu 4 Digit punya tempat"

Sekarang, pada zaman ini, saya boleh pecahkan masyakat Malaysia terdiri daripada dua jenis golongan. Pertama, yang dapat maklumat dengan betul. Dan yang kedua, yang dapat makluma tetapi dipesongkan maklumat itu. Kalau di segi ekonominya bolehlah disimpulkan bahawa mereka yang berada di kelas ketiga dan hampir separuh yang berada di kelas kedua tergolong dalam golongan kedua. Manakala mereka yang berada di kelas pertama dan lebih separuh daripada kelas kedua tergolong dalam golongan pertama.

Mengapa saya kata begitu? Ini kerana golongan pertama lebih terdedah dengan pelbagai maklumat. Internet dan televisyen berbayar adalah gerbang segala macam maklumat. Jadi secara logikalnya mereka boleh membezakan, mana satu maklumat yang sahih dan yang mana satu maklumat palsu.

Bagi mereka yang duduk di golongan kedua, tiada sumber lain bagi mereka, selain daripada sumber arus perdana, baik akhbar dan televisyen. Pemikiran atau mentaliti mereka mengikut sahaja acuan dari akhbar arus perdana dan televisyen.

Ini, saya bagi lagi contoh mengikut demografik. Golongan pertama adalah mereka yang duduk di bandar dan sebagian kecil yang duduk di kampong. Manakala golongan kedua adalah mereka yang sebahagian besar menetap di kampong.

Cuma saya berharap (selepas apa yang terjadi sejak 50 tahun dahulu), bahawa pesta demokrasi kali ini bersih dan hasilnya juga saya harap pesta demokrasi kali ini dapat membebaskan suatu benda yang amat penting bagi seluruh masyarat Malaysia tanpa mengira kaum (ia dapat merapatkan jurang geografi dan menidakkan jurang ekonomi antara kelas) -- maklumat.

Saya bukan mahu menyebelah mana-mana pihak, tetapi ikut tertib, dahulukan yang mana harus didahului. Dan, mengkemudiankan yang terakhir. Dalam konteks pilihan raya umum ini, yang dahulu ialah maklumat mak bebaskanlah maklumat. Biarkan sahaja pendekar-pendekar berpencak di atas gelanggang yang sama rata dengan diadili oleh wasit yang benar-benar berkelayakkan. -- Zulfikar Samsuri

Pembatalan Penggunaan Dakwat Kekal

kenyataanDengan keputusan terkini Suruhanjaya Pilihanraya membatalkan penggunaaan dakwat kekal, tidak ada sebab untuk rakyat menafikan bahawa wujud kerjasama SPR dan Barisan Nasional (BN) untuk menghalalkan penipuan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Meskipun pelbagai jaminan diberikan dan kesilapan yang berlaku dengan ketara, kini jelas terbukti bahawa Tan Sri Rashid kini terlibat untuk melaksanakan perjalanan Pilihanraya Umum ke-12 dalam keadaan integrity pilihanraya tercabul sepenuhnya.

Menggunakan alas an ‘arahan awam’ dan ‘keselamatan’ juga adalah alasan yang amat tidak munasabah, di mana alasan ini adalah selari dengan alasan-alasan yang diberikan seluruh dunia oleh pihak yang mahu menafikan kebebasan demokratik.

BERSIH yang bukan sekadar mewakili parti-parti politik tetapi juga lingkungan besar badan-badan masyarakat telah berkempen sepenuh upaya untuk memastikan perlaksanaan dakwat kekal diimplementasi untuk memerangi gejala pengundi hantu.

Ada di kalangan calon-calon yang telah menyaksikan pelbagai penipuan di dalam proses pengundian pos, dan mendedahkan ratusan malah ribuan alamat-alamat yang tidak sah, pengundi yang telah mati dan juga pengundi yang berusia lebih daripada 100 tahun di dalam daftar pengundi. SPR telah menafikan sepenuhnya tuntutan BERSIH untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dan kini tuntutan ketiga BERSIH juga telah dinafikan.

Pada ketika ini di saat seluruh dunia memerhatikan kita, SPR akhirnya telah menunjukkan sebenar-benarnya bahawa sebarang usaha ke arah reformasi untuk memperbetulkan system dalam waktu yang begitu penting dan mendesak, SPR akan ‘cuci tangan’ demi menurut kehendak penguasa politik yang rakus.

KeADILan, bagaimanapun melihat satu indikator positif daripada perkembangan ini. Kelihatan perisik-perisik BN sudah jelas menunjukkan bahawa akan wujud kecenderungan rakyat yang sangat besar kepada pembangkang, lantas terdesak untuk menggunakan saluran pengundi hantu dan pelbagai kaedah penipuan lain untuk mengurangkan risiko kekalahan yang mereka ramalkan. BN pastinya tidak akan memberi ruang.

Kami mendorong dan menyeru kepada semua penyokong dan indidvidu yang bersimpati kepada pembangkang untuk memperkukuhkan tekad dan usaha mereka untuk kita menggempur fasa terakhir pilihanraya ini demi menyebarluas kempen ke arah Malaysia yang lebih baik.

Dr Syed Husin Ali
Timb Presiden KeADILan

28 Februari 2008

Y4C lancar video komedi politik

BeritaYouth for Change (Y4C) hari ini melancarkan empat klip video komedi politik sempena Pilihan Raya Umum ke-12.

Videa-video pendek kurang dua minit setiap satu itu mengambil inspirasi peristiwa-peristiwa politik sebenar daam negara. Empat video itu adalah romPAK Lah, YB vs Blogger, Ubah Gaya Hidup dan Setem YB. Setiap sebuah video mempunyai mesej dan statmen politiknya yang tersendiri.

Mengikut jurucakap Y4C Lee Khai Loon, video ini dikeluarkan sebagai bukti bahawa orang muda juga menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Berkaitan kandungan klip tersebut, Khai Loon berkata, "dengan mengeluarkan video klip politik yang mencungkil minda dan perasaan, kami berharap ia akan menggalakkan orang awam untuk berfikir dan berdiskusi."

"Lawak jenaka yang mempersendakan ahli politik adalah satu aksi bijaksana. Politik bukan sekadar pertarungan atas kepentingan parti, ia juga berkaitan perasaan seharian orang awam," katanya lagi dalam sebuah kenyataan hari ini.

Video-video itu boleh ditonton di laman web pertubuhan itu (http://y4c.org.my/) atau di saluran video Youtube mereka (http://youtube.com/user/y4cmalaysia).

Y4C merupakan sebuah pertubuhan orang muda yang ditubuhkan untuk memperkasakan anak muda dan turut serta dalam proses pembinaan negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum. – Mohd Jimadie Shah Othman

24 Februari 2008

Suara Rakyat: BN akan Menang, Undi berkurangan

Rata-rata yang ditanya mengatakan bahawa BN akan menang. Menang pilihan raya ke 12 kali ini dengan keputusan yang penuh cemerlang.

Kebanyakan pihak yang kami tanya, juga turut mengatakan bahawa pembangkang kali ini amat mustahil untuk memerintah Malaysia. Cuma kebanyakkan dari mereka berpendapat bahawa jumlah undi kepada BN akan susut. Namun begitu ada satu pandangan yang cukup menarik mengatakan bahawa BN akan menang besar. "BN akan menang 'landslide!'," kata Mohamad Firdouse Esahar yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur.

Ikuti beberapa responden dari pelbagai latar belakang yang sempat kami tanya tentang siapa yang akan menang di antara Barisan Rakyat atau Barisan Nasional.

Akhdan Sheikh, Destop Publisher, Shah Alam: Aku rasa BN akan menang tapi undi kepada BN aku rasa akan berkurang. Suasana kat sini (TTDI Jaya, Shah Alam) pun tak meriah sangat. Parti yang berlawan tak banyak sangat lagi la pasang bendera.

Azman Alias, Juruteknik, KL: PAS, aku rasa PAS akan menang. Sebab masa ni aku tengok ramai yang cari PAS.

Nazri Annuar/Vovin, Blogger dan Penulis Novel Fantasi, PTS Publishing, KL: Pandangan aku berdasarkan keadaan semasa dan berdasarkan keadaan semasa aku akan jawab BN akan terus memerintah negara.

Haris Fadhli, KL: Pilihanraya tahun ni ke? Aku rase cam BN je yg menang. Sebab aku rasa kemajuan negara kita dari dulu sampai skang ni hasil usaha diorang kot.

Nasir Rashid, Bekas Editor Majalah Muzik Pertama, KL: Siapa yang kuat akan menang. Kalau kau rasa BN kuat, parti tu akan menang. Tapi kalau kau rasa Barisan Rakyat kuat, makan Barisan Rakyatlah yang akan menang. Di Kelantan PAS akan menang. Tapi tak tahulah, mungkin aku cakap macam tu pasal bapak aku orang kuat PAS kot.

Roslan Alang Endut, Jurutera MISC, KL: BN menang lagila, tapi tak taula sama ada kurang atau lebih (undi) daripada yang lepas.

Warprat, Pereka Dalaman, KL: Macam BN je, macam biasa kot, aku rase laa kan. Perlu ada satu parti yang macam die (BN) gak. Kalau tengok BN, dia semua bangsa ada. Diorang plak bukan menyebelah satu kaum atau satu ideallism yang khusus. Keadilan mungkin boleh (menang) kalau diorang quit cari salah pasukan lawan and be a bit more professional.

Muhamad Abdullah, Blogger dan Penulis, Kedah: BN stiill memerintah, tapi mungkin majoritinya menyusut. Dah macam jadi satu trend dah bergilir-gilir menang besar umno/bn tu.

Mohd Nazri, Pereka Grafik, Perak: Kerajaan yang ada sekarang (tapi) PKR dgn PAS dah settle pasal kaw tpt bertanding so ada harapan (nak menang).

Ahmad Faisal Othman, Aktivis Food Not Bomb KL, Kota Baharu: BN. Faham-faham je lah, mana pernah telus baik zaman mahathir lagi dari sekarang, Pak Lah nak sapu satu Malaysia ni.

Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Bekas Editor Majalah Siasah, Pengasas Middle Eastern Graduate Center, IOWA, AS: Yang boleh dan satu2nya orang yang LAYAK jadi PM malaysia: Anwar Ibrahim. Siapa menang di Kelantan kurang penting, yang penting nafikan 2/3!

Ibnu Amir al Pendangi, Penulis dan Kolumnis di Siasah dan Harakah, KL: Saya lihat BN still memerintah Malaysia. Dan saya khuatir kerajaan Pas akan dapat memerintah Kelantan. Nampaknya akan jadi sebegitu, kerana imej Pas Kelantan pun tercemar mutakhir ini.

Tilmizatun Jayyidatun, Pembantu Pensyarah UIA, Nilai: If U have money, nothing impossible. If u don't have money but u have power, u can grab the money from others. (Pasal Kelantan plak) PAS dah jadi darah daging (kat sana). Lainlah kalau golongan mudanya buat reformasi nak gulingkan PAS.

Mohd Yazdi, Pembantu Pensyarah, Universit Putera Malaysia, Serdang: Hanya parti Melayu sahaja yang layak memerintah negara. Cuba bayangkan kalau semua parti melayu bergabung bukan kah lebih banyak majoriti Melayu? Ini semua berkemungkinan kalau semua berpegang dengan sunnh dan al-Quran. Simple tapi susah nak buat. Sesape pun boleh memerintah, yg penting org melayu. Jgn sampai kita bertelagah sesama sendri tp negara kita tergadai. Cukup laa Singapura, Tanah Melayu kita lepaskan. Jadi bg aku, selagi org melayu memerintah xde masalah. PAS nak memerintah pun takde masalah, cuma Agenda melayu perlu diperjuangkan. Kerjasama dengan parti bangsa lain pun takde masalah tapi jangan sampai kena pijak kepala.

Zulhazry, KL: BN tidak akan tewas kecuali mungkin selepas 20 atau 25 tahun daripada sekarang. Teori evolusi bagi sayalah. Golongan muda dan berpendidikan akan mengambil alih. Namun evolusi tidak akan berlaku jika tiada tangan yang membuat perubahan, khususnya untuk meyakinkan orang muda yang ada sekarang bagi menghadapi tempoh 20 atau 25 tahun yang akan datang. Jika tidak orang muda juga akan turut selesa dengan kehidupan sama seperti kebanyakan generasi tua fikirkan pada hari ini. Untuk merubah minda generasi tua hari ini sudah terlalu lewat, mereka merasakan mereka berada dalam zon yang selesa walaupun kisah mereka pernah ditayangkan dalam program Bersamamu di TV3. Atau boleh tidak jika kita katakan BN tidak akan tewas kecuali PRU di BolehLand dijalankan oleh badan bebas yang dilantik PBB. Kelantan is the most democratic state in Malaysia. Mereka mungkin tewas, maksud saya PAS, jika Nik Aziz berundur atau pun melalui penipuan pilihanraya. Secara rasional tidak mungkin rakyat Kelantan sanggup menolak keperibadian pemerintahan Nik Aziz sekarang. Oh ya, saya bukan ahli mana-mana parti politik.

Cain, Perak, Aktivis Perkumpulan Anak Muda arahKIRI: Jangan tanye siapa yang (akan) merintah tapi adakah yang memerintah itu adil atau lebih rasa kemanasuaian dari yang lepas2, jangan tanye siapa tapi tanya adil atau tidak, tanya adakah yang memerintah itu menjadikan permasalah rakyat terbanyak itu nadi untuk berkhidmat. Kita masih didalam mentaliti "pemimpin baik" dari "rakyat yang berdiri dengan pemikiran sendiri", adakah ini kesalahan. Pembentukan mentaliti ini, yang diasuh dari kecil atau azali yang sesuai, dengan "social contract" mengarut melayu harus kita lempar jauh2. Tiba zaman untuk berubah, umat melyu khususnya.Harus sedar bahawa tiada lagi yang harus di hunus selain ilmu yang membezakan kita dari bangsa Malaysia yang lain.

Jangan terlalu berharap juga untuk melantik diktator melalui pilihan raya kali ini, tak kira apa parti pun. Ingat kekuasaan total tanpa bangkangan adalah dosa besar didalam doktrin demokrasi, cukup 50/50 didalam parlimen. Parti yang merasa selesa dengan keputusan yang dibuat tanpa ada bangkangan, di mana2 negara di dunia ini adalah (melakukan) dosa besar yang harus ditangung sendiri. Jika komunis yang ada di parlimen di dunia ini faham akan tangungan mereka atas segala perbuatan JOSEPH STALIN, umat Malaysia khususnya yang mengaku berugama atau setidak-tidaknya mengaku masih mengamal hukum sivic, harus sedar dan kalau tidak, harus disedarkan, bahawa DIKTATOR TERPILIH adalah dosa besar dalam demokrasi.

15 Februari 2008

Perlu haram buku?

Oleh Elle J. Hafiz

Setiap kali perintah pengharaman buku dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), ia tidak pernah disertakan dengan satu ulasan sebab yang kukuh yang membawa kepada tindakan tersebut. Kebelakangan ini, yang ada cuma alasan pendek -- 'kandungannya boleh memesong akidah' atau 'tidak selari dengan ajaran Islam' -- sekurang-kurangnya kerap begitu bunyinya.

Dulu, ketika di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006 -- di ruang pameran KKDN, saya ada terpandang buku The Prophet tulisan Kahlil Gibran yang diklasifikasikan 'haram'. Saya usulkan soalan, bertanyakan mengapa ia diharam. Menysusul lagi selepas itu ialah soalan-soalan tambahan seperti 'apa yang dituliskan oleh Gibran' dan 'di bahagian mana dia mencatatkan perkara tersebut sehingga sampai ke peringkat haram ini' kepada pegawai bertugas. Seingat saya hari itu, tidak ada satu pun soalan yang mampu dijawab dengan meyakinkan -- langsung tidak dijawab. Oh, silap. Ada jawapannya -- "tak tahu".

Peristiwa seperti inilah lama-kelamaan yang antaranya meyakinkan saya untuk tidak bersetuju sepenuhnya dengan langkah pengharaman buku oleh kementerian.

Perkara sama juga berlaku minggu lalu apabila KKDN mengumumkan 11 lagi judul buku (yang semuanya berkait perihal Islam) yang digazet untuk diharamkan daripada beredar di Malaysia. Antara masalah yang timbul ialah sampai ke tahap mana khalayak di negara ini harus ditentukan apa yang patut mereka baca dan apa yang tidak? Tindakan pengharaman ini adalah langkah keterbelakang dan mundur yang pernah dianjurkan oleh sebuah negara yang dilihat maju fizikalnya seperti Malaysia.

Ia juga adalah petunjuk bahawa ada golongan di negara ini yang bersikap anti-intelektualisme dan mahu mengepung minda masyarakat dengan perkara yang remeh saja. Ia juga, dari satu sudut seolah memperlekeh kemampuan anggota masyarakatnya untuk menjadi lebih mandiri, yakin dan mampu berdepan -- atau mengikuti -- dengan lebih dekat pergolakan debat yang rancak mengambil tempat diperingkat dunia -- global. Pengharaman buku-buku ini (yang kebelakangan ini banyak berteraskan Islam) lagaknya sama seperti memencilkan diri di dalam dunia sendiri saja. Adakah gambaran ini yang mahu dipotraitkan? Dan, paling jengkel, kepada mereka yang berhasrat untuk mengetahui perkara ini juga kini dinafikan hasratnya kepada ilmu berkenaan.

Jika ada buku-buku yang dikenal pasti menyeleweng -- contohnya -- saya tidak rasa ia perlu diharamkan terus. Tanggungjawab selepas itu adalah pada mereka yang merasakan 'ancaman' berkenaan untuk menjelaskan pandangan atau membalas hujah itu secara berilmu. Projek mengharamkan buku ini hanya menunjukkan sifat 'kalah' mereka kerana tidak mampu berdepan dan menjawab perbincangan yang diajukan di dalam buku-buku berkenaan? Adakah maksudnya itu Malaysia kini sudah ketandusan ilmuwan yang besar jiwanya dan hanya tinggal 'pendekar yang tak pandai berpencak'?

Seharusnya khalayak yang ada hari ini diberikan peluang untuk berkecenderungan menggunakan akal dan terlibat secara langsung dalam proses dan budaya ilmiah yang telah lama mati sejak dulu.

Siapa tahu, nanti akan bermunculan karya-karya yang terisnspirasi dari buku-buku seperti ini, seperti mana pernah buku Islam dan Pluralisme menginspirasikan novel Tuhan Manusia oleh Faisal Tehrani? Mungkin, saya katakan mungkin saja.

11 buku yang baru diharamkan ini pastinya akan mendapat populariti melonjak. Khalayak pembacanya juga barangkali berkembang. Dan KKDN seperti biasa, hanya melaungkan pengharamannya tanpa ada sebarang penjelasan bernas. Saya sudah jelek dilayan seperti orang yang tiada akal dikalangan orang-orang berkuasa yang cenderung untuk bertindak tanpa akal yang dalam -- dan tanpa rasa hormat.

14 Februari 2008

Islam & Pluralisme (himpunan)

Berikut catatan blog, berita, surat pembaca & sedikit latar belakang isu pengharaman buku, khususnya korban terkini Islam & Pluralisme. Sila datang lagi untuk kemaskini mutakhir.

Siaran media
>>> "Islam & Pluralisme" diharamkan: MEGC minta penjelasan (5 Feb)
>>> Maklumat asas buku "Islam & Pluralisme" (5 Feb)

Blog (bahasa Melayu)
Kecek-kecek soal pengharaman Islam & Pluralisme (31 Jan)
Bila Muslim tidak kompeten (1 Feb)
Hadhari haram (1 Feb)
Sial, kenapa? (1 Feb)
Di sebalik pengharaman 'Islam & Pluralisme' (2 Feb)
Kempen Sapere Aude! - Jangan Haram Buku 1 (2 Feb)

Kenapa kajian fundamentalisme diharamkan? (3 Feb) oleh Fathi Aris Omar
Pengharaman buku: Satu lagi projek Islam Hadhari! (3 Feb)
Pupuk tradisi ilmiah, bukan sikap bebal (3 Feb) oleh Anwar Ibrahim

Perlu haram buku? (4 Feb)
Buku haram (4 Feb)

Blog (English)
Banned books in Malaysia (Daniel Pipes, 29 Jan)
11 more books on Islam banned (30 Jan)
On the dangerous topic of Islam and haram (30 Jan)

The opposite efffect of book-banning ( 1 Feb)
Book banning: Another project by Islam Hadhari! (3 Feb)
So, we are more FREE? (Rocky Bru, 7 Feb)

Protest against Malaysian book ban (31 Jan) must read

Berita/news/surat/letters
11 buku Islam diharamkan kerana fakta menyeleweng (29 Jan)
Ministry bans 11 books about Islam (29 Jan)
Malaysia bans 11 books on Islam (30 Jan)

11 books banned: What hadhari? (Merdekareview.com, 4 Feb)
Kenapa perlu KKDN haramkan buku? (Harakahdaily.net, surat, 6 Feb)
Book ban: the two faces of Islam Hadhari (Malaysiakini.com, letter, 11 Feb)
Book ban: who are we to question gov't? (Malaysiakini.com, letter, 13 Feb)

Di mana boleh dicari? Want to get a copy?

Toko Buku Faisal
Silverfish Books
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Bacaan latar/background reading
Senarai Penerbitan Haram (KKDN - senarai lengkap tahun 2000-2008)
Tujuh buku diharamkan kerana sentuh kesucian Islam (12 Nov 2007)
KDN Haram 18 Penerbitan Cemar Islam (18 Jan 2007)
Jawatankuasa Penapisan Peraku Haram 11 Buku, 4 CD (16 Feb 2006)
Jawatankuasa Penapisan Penerbitan Berunsur Islam (1 Jul 2005)
Bahagian Penyelidikan (Larangan Buku) JAKIM

>>> Wawancara bersama Al-Mustaqeem: Gerakan reformisme, kebebasan pendapat & pendidikan Islam (Jun 2007)
>>> Authorities ban films, books, television talkshow (Feb 2007)
>>> They Still Ban Books and Shackle Minds? (May 2005)
>>> Manuscripts Don't Burn (Bloggers Against Book Banning)
>>> Malaysia: Restrictive Laws in a Parliamentary Democracy (Amnesty International, 1999)

Catatan isu pengharaman buku di blog ini (komentar)
Fiqh Perempuan (15 Nov 2007)
Kamasutra (19 Jan 2007)
Mayat (buku) (19 Jun 2006)

*dipetik daripada blog Patah Balek.

Kenyataan media tentang pembubaran parlimen

13 Februari 2008

Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi hari ini tidak mengejutkan, memandangkan bahawa kajian menunjukkan bahawa sokongan rakyat teramat rendah. Rakyat semakin dibebankan oleh kenaikkan harga, jenayah dan rasuah yang berleluasa, serta hubungan etnik yang semakin merosot. Semakin Barisan Nasional berlengah membubarkan Parlimen, semakin banyak kerusi akan tumbang.

Pilihanraya ini diisytiharkan lebih daripada setahun awal, semasa perayaan Tahun Baru Cina masih berterusan, dan sebulan sebelum saya dibenarkan bertanding. Menafikan hak saya untuk bertanding hanya mendedahkan bahawa prestasi pimpinan Barisan Nasional telah cukup parah sehingga mereka tidak sanggup mengambil sebarang risiko dalam pilihanraya akan datang ini.

Penipuan dan kesalahan dalam sistem pilihanraya masih lagi jelas berlaku walaupun beberapa langkah telah dan akan dilakukan untuk memastikan pilihanraya bersih daripada pengundi hantu serta memantau kesalahan perjalanan pilihanraya termasuk mengelakkan undi Pos dimanupulasikan. Media arus perdana tetap dikongkong oleh kerajaan dan digunakan sebagai satu alat untuk menyebarkan propaganda dan penipuan terhadap pihak pembangkang. Badan berkanun diarahkan untuk menghalang dan menganggu kempen parti pembangkang dan juga pertubuhan sosial.

KeADILan siap sedia untuk mengatasi segala rintangan, termasuk halangan akses ke media dan gangguan yang berterusan pada setiap acara umum. Calon-calon kami telah bertungkus lumus untuk mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional dan menyampaikan matlamat kami yang bersandarkan harapan baru untuk Malaysia.

Kami sudah lama bersiap-sedia menghadapi pilihanraya ini. Bersama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain, kami bersedia untuk memulihkan prestasi Malaysia yang kian merosot dan membela hak dan nasib semua rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM