Memaparkan catatan dengan label pru12. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pru12. Papar semua catatan

18 Mac 2008

IKS di'serang' di Perak?

BeritaMenurut suatu sumber, Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan di negeri Perak sedang berusaha 'menyerang' beberapa syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dikatakan menaja beberapa buah parti politik di negeri ini.

Pengusaha IKS ini termasuklah Syarikat Minyak Afiat yang terkenal.

Tindakan 'menyerang' ini dilakukan berikutan kekalahan mengejut BN di negeri ini.

Perak merupakan juga salah sebuah negeri yang berjaya ditawan oleh Barisan Rakyat (BR). BR mendapat 31 buah kerusi, 18 DAP, 7 PKR, 6 PAS untuk membolehkan mereka menubuhkan kerajaan campuran dengan junlah majoriti mudah berbanding BN yang mendapat 28 buah kerusi.

Pada tengah hari 17/3/08 Ir Mh Nizar Jamaludin Adun Pasir Panjang dari PAS telah mengangkat sumpah untuk jawatan MB perak yang baru. Ini menjadikan Perak negeri ketiga terakhir mengangkat sumpah sebelum kerajaan negeri Perlis dan Terengganu yang dikuasai BN.

Menurut suatu sumber dari syarikat tersebut, dikatakan terdapatnya wakil rakyat dari BN menyatakan ketidak puasan hati terhadap syarikat tersebut akibat penajaan yang dilakukan mereka.

Menurut kata sumber itu lagi,"itulah cara orang yang tidak mendapat terima kekalahan."

17 Mac 2008

Ku Li gesa Umno adakan perhimpunan khas

Gesaan itu dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan pergerakan Umno Johor. Dalam perhimpunan tersebut digesa supaya membincangkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan Umno kalah teruk dan Barisan Nasional (BN) kehilangan empat negeri kepada pembangkang dan gagal merampas Kelantan dari PAS.

Gesaan itu dinyatakan dalam bentuk surat sejumlah dua halaman dan bertarikh 12 Mac yang dihantar kepada kesemua 193 ketua bahagian Umno di seluru negara. Tengku Razaleigh (Ku Leigh) yang juga bekas menteri kewangan itu menggesa mereka supaya meminta diadakan mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei depan ekoran kekalahan teruk Umno pada 8 Mac lalu.

Pemuda Umno Johor pula mahu perhimpunan khas diadakan sebelum perhimpunan agung Umno yang dijangka pada Ogos depan, memandangkan keadaan akar umbi yang kini bergolak.

Pengerusi Tugas-Tugas Khas Pemuda Umno Johor, Suhaimi Khalid berkata, perhimpunan khas Umno hendaklah diadakan segera bagi membincangkan masalah dan pertikaian pendapat yang timbul dalam parti ekoran tsunami politik dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. - malaysiakini.com

13 Mac 2008

Angkat sumpah MB Perak batal lagi kerana salah faham

(Siasah Daily)KUALA KANGSAR, 13 Mac: Majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru terpaksa batal lagi hari ini apabila anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR pula tidak berpuashati hasil dari salah faham.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang ketika dihubungi Siasah mengesahkan perkara ini dan majlis yang sepatutnya berlangsung jam 4 petang ini (13 Mac) terpaksa ditangguhkan.

PKR salah faham apabila menyangka mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam kerajaan Perak, padahal persetujuan yang dicapai adalah DAP akan mendapat 6 kerusi, PKR 3 dan PAS satu di samping MB.

Taburan ini adalah berdasarkan bilangan Adun masing-masing dalam kerajaan bersama itu iaitu DAP mempunyai 18 anggota, PKR 7 dan PAS 6.

"Persetujuan ini dicapai semalam antara DAP dan PAS selepas mereka dipanggil oleh Raja Muda Perak, namun tidak dipanggil PKR kerana ketika itu PKR tidak terlibat membantah," kata Ahmad Awang.

Hari ini, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali membuat kenyataan tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan negeri Perak itu.

Pagi tadi, rombongan tujuh Adun PKR di Perak menemui Penasihat Undang-undang dan seterusnya mengadap Raja Muda Perak menyatakan bantahan mereka.

Ketika dihubungi Siasah, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua memaklumkan bantahan itu dibuat kerana PKR seolah-olah tidak ada sebarang kerusi dalam kerajaan Perak yang baru itu.

Namun beliau mengaku taburan 6:3:1 dalam Exco yang baru beliau ketahui itu adalah taburan yang sangat sesuai dan boleh diterima.

‘Jangan mainkan isu perkauman’

kemaskiniIIKeadaan di negeri Perak pada masa ini, sedang heboh memperkatakan tentang siapa bakal jadi Menteri Besar? Keadaan ini juga membuatkan rakyat Perak dalam keadaan dilemma, tambah lagi rakyat kini sedang ditiupkan dengan apa yang dikatakan sebagai sentiment perkauman.

Tiga orang "suara rakyat" kali ini menggambarkan tentang ada pihak yang cuba bermain-main dengan isu perkauman. Tatkala rakyat Perak cuba mencari kesefahaman antara parti politik pembangkang, ada pihak yang dilihat menangguk di air yang keruh.

Bagaimana anda semua melihat PRU 12 kali ini?

Pemerhati politik: Ini keputusan rakyat. Dan rakyat gembira dgn keputusan ini sebab itulah yang mereka mahu, kerajaan pusat dari BN tetapi pembangkang yang kuat agar kerajaan tidak sombong dan melakukan sesuatu tanpa kajian yang mendalam. Kerajaan pusat, BN, akan lebih berhati2 dan berhemah, maka rakyatlah yang untung akhirnya.

Ahli PAS seumur hidup: Syukur kepada Allah kerana telah meperkenankan permintaan dalam solat hajat untuk menuntut keadilan di Malaysia. Apa yang dapat dilihat BN terlalu menumpukan sebelah Pantai Timur dengan perlaburan yang berbilion ringgit sehingga melupakan ahli-ahli BN di sebelah Utara dan Barat,Selatan dll. Dari skop pemilihan calon kita dpt lihat Pak Lah dan Khairi Jamaluddin cuba menghapuskan bayang Mahathir dan dalam masa yang sama pengaruh Najib sikit sebanyak dikurangkan.

Kalau kita lihat pemlihan calon dari BN bukan dari jawatan tertinggi dalam Umno. KJ meletakan kroninya untuk memudahkan menjawat jawatan tertinggi dalam UMNO, di situ kelemahan paling ketara dimana Pak Lah mempetaruhkan statusnya semata-mata utk menjaga hati menantunya. Apa ada pada Abdul Azeez sehingga dicalonkan dan beberapa kroni yang lain apa kelayakan mereka dalam politik UMNO.

Kita lupakan isu UMNO dan kroni-kroninya. MIC tengah bergolak, MCA pun sama begitu juga dengan GERAKAN. Kesemua tengah bergolak dengan isu HINDRAF, isu keselamatan rumah mereka, anak mereka di luar rumah, isu kenaiakan harga barang, isu petrol, isu perletakan calon di Lenggong dan Grik, isu Kayveas mengutuk masyarakat Cina di Taiping dan banyak lagi.

Jika diambil kira parti kompenan BN masih belum bersedia untuk piihan raya ke 12 ini. Dari aspek ekonomi Malaysia sejak pimpinan Pak Lah tidak memberangsangkan, kewibaaan Pak Lah dicemari jenayah berat (Altantuya) kes penculikan dan pembunuhan (adik sharlini& Nurin) kes Zakaria(menyalah guna kuasa), perhimpunan BERSIH, perhimpunan HINDRAF, pembelian kapal terbang mewah persendirian dan percutian Pak Lah semasa rakyat Johor dilanda banjir yg dasyat (menaiki kapal layar mewah di australia).

RMK -9 tidak berjalan seperti yang dirancangkan, kesilapan terbesar Pak Lah kerana terlalu memberi Khairi Jamaluddin peluan untuk bebas bersuara. Ahli-ahli UMNO dan kompenan BN merasakan sudah jelik dengan KJ. Bayangkan sudahlah syer Telekom dijualkan kepada syarikat yahudi Singapura TEMASEK dan mendapat komisyen RM 300 Juta.My Team mewajibkan setiap negeri meberikan wang RM 500 ribu (500000 x 14= 7000000)dengan menyuruh maxis dan Telekom bekerjasama.

Pegawai Kerajaan: Kekalahan terbesar BN pada pendapat aku berdasarkan pecahan undi disebabkan banyak perkara. 4 yang terbanyak adalah:-

1) Berlakunya pemberontakan senyap oleh orang Melayu (UMNO & Bukan UMNO) berpunca dari rasa tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang. Contoh: Kerusi Parlimen Sungai Siput

2) 'lagu' politik pembangunan sudah tidak relevan. Rakyat rata-rata mahu KESELESAAN. Pembangunan hanya sekadar boleh ditengok, tidak boleh dinikmati.Contoh: Semua kerusi DUN Kelantan

3) Pengundi muda yang berfikiran terbuka dan mampu mengesan sesuatu yang tidak 'ngam' dengan BN.

4) Sebagai muslim, aku percaya ini semua kehendak tuhan yang tidak dapat ditahan-tahan lagi dan walaupun agak romantik, aku mengesan stigma orang ramai sudah mula mahu kembali kepada Islam.

Dan 5 kesalahan terbesar BN sepanjang 2004 hingga hari mengundi yang lalu adalah:-

1) Menaikkan Petrol 30 Sen tanpa buat kajian rambang dan mendengar komen ikhlas dari rakyat (walaupun rakyat itu penyokong kuat pemerintah)

2) Persepsi parti yang paling rasuah sinonim dengan BN, Kroni, Projek anak-beranak terlalu tebal hingga boleh dibuat modal lawak di jalanan.

3) Sombong dan bongkak, dari pemimpin hingga ke wakil politiknya di kampung-kampung.

4) Gagal mengesan perarakan 'Bersih' Nov 07 sebagai isyarat untuk bermuhasabah atau paling tidak pun sebagai point-of-no-return untuk meraih sokongan.

5) Media 'overkill'.

Wanita Muda Berkerjaya Selangor: Sentimen perkauman akan terus wujud di Parlimen. Sebetulnya aku sangat bersetuju dengan Malaysia for Malaysian yang di bawa oleh DAP. Tetapi jauh di sudut hati, aku agak kabur dan gusar, adakah aku bersedia untuk detik-detik itu. Malaysian akan survive di mana-mana tidak mengira kaum. Survival untuk ke Universiti, mendapatkan tender projek dan sebagainya. Pemimpin yang rasis seperti KJ akan terus berkata-kata dgn celupar dan menentang keadilan dan kesamaan kaum ini. Dan mungkin juga sebahagian besar wakil rakyat UMNO yang lain. Aku sokong idea itu, tetapi aku masih ragu dengan kebolehan kita. Aku juga yakin, setiap buruk baik seseorang bukanlah berdasarkan kaumnya, ia adalah berdasarkan individu itu sendiri. Dan aku harap lebih ramai Malaysian yang yakin dengan kebolehan masing-masing, bukan berlandaskan kaum atau agama.

Begitu juga dengan soal HAK ISTIMEWA orang Melayu. Perkara ini jadi perkara berbangkit sepanjang zaman. Soal kenapa UMNO(BN) tidak dipilih sebagai satu pihak yang akan sentiasa alert mengenai Melayu. Padahal kalau projek orang Cina, kalau tokey tu pandai bodek YB Melayu maka projek itu jadi projek cina juga. Yang akan dipanjangkan cerita adalah objektif DAP untuk mewujudkan Malaysia for Malaysian. Kesamaan hak semua kaum. Melayu di Pulau Pinang akan banyak berfikir tentang ini terutamanya. Mereka tentunya akan berhempas pulas mempertahankan HAK yang hanya wujud di borang-borang permohonan 'apa-apa' ini.

Kepentingan rakyat tidak mengira kaum ini jika ditelusi mempunyai banyak faedah. Mungkin PM hanya melihat dengan kenaikan minyak rakyat boleh berdikari. Bagi PM kenaikan harga minyak tanpa subsidi kerajaan adalah salah satu cara untuk mendidik rakyat Malaysia supaya tidak mengharap kepada kerajaan. Tetapi PM tertinggal beberapa step untuk mendidik rakyat supaya tidak mengharap bantuan Kerajaan.

Rakyat akan berdebat sesama sendiri mempertahankan hak yang di agung-agungkan zaman berzaman sedangkan pemimpin dok asyik goyang kaki bagi projek kat sapa yang paling pandai bodek, plus bagi duit sogok paling banyak!

Sekarang, pemimpin sudah dipilih. Sokongan harus diberi. Buat pemimpin baru, peluang sudah diberi, jangan taksub dengan glamour sudah!


KemaskiniBintang Berirama: Kalau diorg hantar ramai pengundi hantu ke Terengganu, so wakil kat tempat lain makin kurang. Manifesto yg dibuat, harga barang asyik naik. Minyak naik walaupun kita ada minyak sendiri. Kelapa sawit melambak, kenapa asyik habis stok(minyak kelapa sawit). Tol naik. PTPTN (wajar) dihapuskan. Semua janji yang (dibuat) mengasyikkan. Dan rakyat akan mendesak. Kemungkinan 50% dapat pun dah bagus, dari parti BN yang dah tua, yang cuma nak kukuhkan tongkat mereka jer.

Haruskah Pak Lah letak jawatan?

Pemerhati Politik: Pak Lah bagi saya tidak perlu letak jawatan. Pak Lah perlu bertanggungjawab utk menaikkan umno semula. Tetapi apa yg Pak Lah perlu lakukan ialah menukar penasihat-penasihantnya dan lebih peka terhadap kehendak rakyat. pak lah perlu juga menonjolkan imej yg beliau memang sebenarnya bekerja keras dan tidaklah tidur semata-mata. beliau perlu mengambil berat hal pentadbiran negara dan tidaklah patut utk menyerahkan isu2 besar ke tangan org lain. beliau perlu lebih banyak membaca dan peka. jawatan PM berat amanahnya, hanya sekiranya beliau tidak mampu melakukannya barulah pak lah harus meletak jawatan.

Siapa yang patut ganti Pak Lah sebagai PM?

Pemerhati politik: sekiranya pak lah meletak jawatan, org yg sepatutnya menjadi PM pada masa kini perlulah org yg berpengetahuan tinggi utk menerajui rakyat yg semakin tinggi IQ mereka. tuntutan rakyat terhadap kepimpinan sekarang jauh lebih tinggi standard nya. PM perlulah seorang yg bijak dan berani mengambil keputusan. dan keputusan yg diambil perlulah cepat dan tepat untuk memenangi hati rakyat. saya tidak pasti di dalam kepimpinan umno sekarang, siapakah yg berpengetahuan tinggi dan berani. umno perlu ingat politik pembangunan dan wang bukan lagi tiket utk mencapai kemenangan. jadi kita lihatlah pemilihan umno pada ogos ini, corak kepimpinan yg macamana kah yg menjadi kemahuan umno di saat getir ini utk memastikan BN terus relevan utk masa2 mendatang. ini kerana sokongan kaum muda amat sedikit terhadap BN dan sekiranya BN masih mengamalkan corak kepimpinan lama, maka bolehla kita memulai membaca yasin untuik umno.

Tentang politik di Perak.

Pemerhati politik: Cuma sekarang, rakyat berbangsa Melayu agak risau dengan keadaan yang berlaku apabila terdapat usaha-usaha memainkan isu perkauman oleh satu-satu pihak. Tetapi saya percaya untuk jangka masa panjang jika BA ingin memerintah kerajaan pusat, maka inilah peluang terbaik yang ada untuk menunjukkan bahawa mereka adalah alternatif kepada BN.

Parti2 dalam BA perlu membuang sikap mementingkan diri sendiri dlm perkongsian kuasa mereka. agenda peribadi perlulah diketepikan. kalau mereka gagal mengenepikan kepentingan sendiri, maka sampai bila-bila BA tidak akan dapat menubuhkan kerajaan pusat, malah akan hilang negeri2 yang dikuasainya sekarang di dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Parti-parti dlm BA juga tidak harus termakan dengan hasutan utk mengejar keuntungan jangka pendek at the expense of longer political goal. Sebagai contoh di Perak, sekiranya DAP mengangkat dirinya melebihi kepentingan peribadi maka nescaya rakyat akan lihat ketinggian peribadi dan keikhlasan perjuangan DAP. Tidak mustahil rakyat akan terus menyokong DAP pada pilihanraya yg akan dtg.

PAS juga telah menunjukkan contoh yg baik di kedah dgn menjemput DAP utk menganggotai barisan exconya. sekiranya keikhalsan ini dapat dipertahankan maka rakyat akan sedar dan tahu bahawa ada alternatif kpd pemerintahan BN.

ahli PAS seumur idup: Ada satu cerita untuk dikongsi bersama dengan semua masyarakat. DAP mendapat menjoriti tertinggi diikuti PKR dan PAS. UMNO dan BN telah membuat propaganda kepada masyarakat bahawa Cina akan memerintah Perak. Aku gelak, sebab mereka ini hanya tahu belajar sejarah UMNO saja. Mengikut perlembagaan, negeri yang sistem beraja seorang MB mestilah beragama Islam dan status bangsa adalah Melayu. Kenapa mesti kita takut kepada bangsa Cina sedangkan kita membeli barang runcit pun di kedai Cina. Kekadang aku tengok org melayu kita pon ada yang makan dikedai Cina.

Kenapa kita tak pikir suasana di Penang. MB dia Cina. Satu lagi kepada semua orang UMNO dan BN yang memainkan isu perkauaman nanti sampai bila-bila PAS akan memerintah. DAP bertanding di kawasan popilasi penduduk melayu kurang daripada masyarakat cina.kenapa di bukit gantang pada 2004 Dr Lo' Lo' kalah kpd wakil gerakan berbangsa cina dimana populasi penduduk melayu 98%. Kenapa ketika itu UMNO dan BN tidak memainkan isu perkauman. PAS, DAP memang sudah biasa kalah. Kepada UMNO dan BN belajarlah jadi pembangkang. Satu gurindam utk UMNO dan BN

ku sangka panas sampai ke petang
rupanya hujan di tengahhari
alangkah malng nasibku ini
kampungku sendiri tiada lagi
penang negeriku sudah di takluki
lebih baik ku undur diri membawa jean yg kusayangi

Keadaan di Kelantan?

Ahli seumur hidup PAS: Di Kelantan aku tak yah sebut. Apa yang aku nak nasihatkan kepada Annuar Musa jangan takbur. Belum apa-apa dah umumkan MB Kelantan yang baru. Jadilah manusia yg sederhana jgn terlalu makan duit org miskin. Di Kedah pendedahan wang yg degelapkan MB Mahadzir Khalid mengunakan wang zakat RM 400 ribu amat menduka citakan. Itu baru yang kita tahu yg tak nampak, naulzubillah. Pemikiran manusia ingin kembali mendekatkan diri dengan Allah.

12 Mac 2008

Pembukaan Kota Mekah dan Hikayat Panglima-panglima Sumbing

editorial SEORANG teman, kini wakil rakyat, secara berseloroh berkata, “manifesto aku (adalah) anti politik bosan.”

Benar, sesudah itu politik Malaysia menjadi sungguh membosankan. Surat-surat khabar di negara ini sudah macam Selamat Aman Makmur. Menonton televisyen pula seperti berbual dengan guru Kemas atau pengerusi JKKK yang tegar. Berikut 13 hari-hari paling bosan dalam sejarah politik Malaysia. Kita sebagai pihak yang prokebebasan media, sudah tentu merasai loyanya.

Namun, dua hari sesudah tarikh keramat 8 Mac itu, membaca Utusan Malaysia, akhbar arus perdana paling pro-Umno, seolah-olah membaca Harakah, lidah rasmi Pas. Situasi ini mengingatkan penulis terhadap hari pertama bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara. Petang itu juga, Kumpulan NSTP menerbitkan The New Sraits Times (NST) edisi khas tentang beliua. Liputan pembebasannya juga diletakan di muka depan kebanyakan akhbar (arus perdana, alternatif sudah tentu).

Ini mengingatkan kita kepada kisah Pembukaan Kota Mekah hampir 1400 tahun lalu. Sepuluh ribu tentera Muhammad dengan pedang bersarung memasuki kota gersang itu dariada empat penjuru sempadannya. Gencatan senjata Muslim-Quraish melalui Perjanian Hudaibiah terbatal berikutan serangan mereka (kafir Quraish) terhadap Bani Khuzaah daripada kem Muhammad. Dan kota Ibrahim pun sedia ditakluki. Dengan bala tentera itu sang Nabi menundukkan golongan ini hampir tiada pertumpahan darah.

Hasilnya, pertukaran kerajaan berlaku dengan lancar. Kunci Kaabah diserahkan dan golongan kafir Quraish pelbagai golongan dan kasta memilih Islam. Pada waktu ini, Islam mencapai populariti yang amat besar di tanah Arab. Pembesar mereka Abu Sufian turut mengucap dua kalimah syahadah.

Peristiwa ini turut dirakamkan firman, “Apabila tibanya pertolongan Allah dan kemenangan. Dan ketika itu kamu lihat manusia (orang ramai) berbondong-bondong memasuki agama Allah.”

Begitulah lazimnya manusia, seperti parasit, akan berpaut di dahan yang kuat. Tanpa sedar, berbalik juga kepada naluri individualiti dari dalam diri.

Sesungguhnya hari kedua sesudah 8 Mac adalah seperti kota Mekah pada tahun keenam Hijrah. Saat ini, dengan kuasa baru Keadilan-DAP- Pas, semua orang membuka mata dan lahirlah pahlawan-pahlawan yang tidak pernah kita kenal sebelum ini dengan wajah-wajah yang sungguh sumbing. Mereka akan berkenduri, bersorak, melaung dan mendabik dada bahawa perjuangan ini adalah hasil titik peluh dan inisiatif mereka. Tetapi rakyat Persekutuan Malaysia sudah mulai faham makna perjuangan. Mereka faham beda antara yang benar dan yang palsu.

Kemudian, Tuhan berfirman lagi, "Maka bertasbih dan bersyukurlah kepada Tuhanmu dan beristigfarlah. Sesungguhnya dia maha menerima taubat."

Oleh itu, terimalah maaf dan tali persahabatan daripada panglima-panglima sumbing ini. Itulah politik cara Nabi. Kawan-kawan yang tewas harus menyerah anak kunci kota seperti keberanian Abu Sufian melakukannya 1400 tahun lalu. -- Jimadie Shah Othman

11 Mac 2008

Agenda Ekonomi Malaysia akan memacu pertumbuhan

March 11, 2008 - PETALING JAYA, MALAYSIA

kemaskini kenyataan Agenda ekonomi KeADILan telah jelas terbukti menerima mandat rakyat pada 8 Mac yang lalu, apabila rakyat Malaysia telah mengundi dan menambah empat kali ganda bilangan kerusi Parlimen yang dipegang parti pembangkang, justeru memberikan kami 50% kerusi Parlimen di Malaysia Barat. Selepas sedekad tadbirurus ekonomi yang lemah, inflasi yang tidak terkawal dalam beberapa tahun yang lepas, dan daya saing yang semakin merosot berbanding negara-negara jiran kita, kami yakin bahawa di bawah kepimpinan kami, bersama-sama berganding bahu dengan pasangan-pasangan kami, kami akan dapat melaksanakan dasar-dasar baru untuk menjamin ekonomi Malaysia yang jauh lebih kuat dan bertenaga tinggi.

Pakatan kami, dengan kuasa yang telah diberi di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, akan melaksanakan dasar-dasar pasaran bebas yang mesra-perniagaan demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan asing dan melahirkan ketelusan dan kepertanggungjawaban yang lebih tinggi dalam urusan perniagaan.

Salah satu prioriti kami dalam minggu-minggu yang akan datang ini adalah untuk mula berdialog dengan para pelabur asing yang sudah bertempat di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini akan memastikan bahawa keyakinan para pelabur kekal kukuh dalam tempoh peralihan ini, di samping mengenalpasti masalah-masalah yang perlu ditangani kerajaan-kerajaan baru kami, dalam meningkatkan lagi prestasi operasi mereka di sini.

Dasar toleransi sifar kami terhadap rasuah akan dapat memberi kesan yang besar dari segi mengurangkan kos urus niaga dan membina keyakinan dalam perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga merancang untuk menyekat kakitangan kerajaan daripada berurusniaga dengan kerajaan, seterusnya mengurangkan insentif untuk kronisme dan perjanjian dalaman yang begitu membelenggu kerajaan sekarang.

Agenda Ekonomi Malaysia, yang merupakan salah-satu titik-tolak janji pilihanraya KeADILan, akan dapat dilaksanakan di peringkat negeri demi mengurangkan impak dasar bertunjangkan kaum, seterusnya memperkenalkan sistem berdasarkan merit yang akan lebih berdaya-saing. Ini akan serta-merta meningkatkan pelaburan asing, menambahkan hasil percukaian negeri, seterusnya mengurangkan jurang pendapatan dan sosio-ekonomi. Kami juga akan menunaikan janji kami untuk melindungi mereka yang tersisih dari semua komuniti etnik di Malaysia.

Tahap kemenangan kami yang tidak terjangka sememangnya agak mengejutkan negara dan rantau ini. Penyesuaian jangka pendek di BSKL dan ringgit yang lebih lemah telah dijangka. Namun begitu, situasi tersebut tidak akan melarat kecuali jika Barisan Nasional memilih untuk cuba menghukum rakyat dengan menyekat dana pembangunan yang sepatutnya pergi ke negeri-negeri yang kini telah tumbang kepada pembangkang. Akan tetapi, kami memberi amaran kepada Barisan Nasional: tindakan sebegitu akan hanya memburukkan lagi kedudukan mereka dalam pandangan rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Kenyataan media NIEI (National Institute for Electoral Integrity) mengenai perjalan pilihanraya umum ke 12

11 Mac 2008

National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah menjalankan pemantauan perjalanan pilihanraya umum ke 12 bermula daripada pembubaran parlimen, penamaan calon, tempoh berkempen sehingga hari mengundi.

Pemantau-pemantau dari NIEI telah memantau di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.

Daripada pemantauan yang kami jalankan, proses pilihanraya boleh dikatakan aman bermula dari tarikh pembubaran parlimen sehinggalah hari membuang undi.

NIEI mendapati media cetak dan media elektronik memberi laporan yang berat sebelah kepada parti Barisan Nasional. Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kepada negara telah jadikan sebagai mesin propaganda untuk menyerang parti-parti bukan kerajaan (NGP). Ini merupakan satu penyalahgunaan jentera kerajaan.

Selain daripada itu terdapat beberapa calon yang menjadi menteri sebelum parlimen dibubarkan menggunakan peralatan dan kapasitinya sebagai menteri dalam berkempen. Contohnya di Lembah Pantai, Shahrizat Jalil telah menggunakankan statusnya sebagai menteri dan kemudahan Kementerian Pembangunan Wanita seperti kenderaan untuk kempennya.

NIEI meragui daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR. Terdapat anggota tentera yang mendaftar didalam dua daftar pemilih iaitu dalam daftar pemilih pos dan daftar pemilih biasa dilaporkan berlaku dibeberapa negeri contohnya Kelantan. Disamping itu, kewujudan begitu ramai pengundi yang berumur lebih daripada 100 tahun juga turut mencurigakan.

Pembatalan penggunaan dakwat kekal oleh SPR pada saat-saat akhir iaitu empat hari sebelum pilihanraya membuktikan SPR tidak bersedia untuk melakukan Reformasi pilihanraya di Malaysia. Dengan alasan yang tidak masuk akal, penggunaan dakwat kekal dibatalkan walaupun wang negara sebanyak RM2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli 30,000 botol dakwat kekal dari India.

Kami mempunyai beberapa komen dan cadangan agar pilihanraya di Malaysia akan menjadi lebih baik pada masa akan datang:

1. Perlembagaan negara harus dipinda agar tarikh pilihanraya dapat ditetapkan pada masa akan datang. Jika ini dilakukan, pilihanraya di Malaysia akan menjadi adil kepada semua Pihak oleh kerana semua orang tahu bila pilihanraya akan datang akan dijalankan dan bukan hanya satu pihak yang mengetahuinya seperti sekarang.

2. Media perlu adil kepada semua calon yang bertanding tanpa mengira latarbelakang parti politik. Media milik negara seperti RTM perlu bebas daripada pengaruh parti yang memerintah oleh kerana ianya milik rakyat Malaysia.


3. Undang-undang perlu dipinda bagi membenarkan kehadiran pemantau antarabangsa. Ini penting agar kredibiliti pilihanraya di Malaysia dapat ditingkatkan dimata dunia.
Penggunaan dakwat kekal. Perlu diwujudkan agar kejadian penggundian berulang dapat dielakkan.


4. Tempoh tenang daripada kempen selama dua hari perlu diwujudkan oleh SPR agar rakyat mempunyai masa yang cukup untuk berfikir sebelum mengundi. Ertinya dua hari sebelum hari pengundi, kempen-kempen pilihanraya tidak lagi diadakan. Negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina telah melakukan perkara ini.


5. Pengharaman pondok panas. Ini penting agar pengundi-pengundi tidak diganggu oleh perayu-perayu undi sebelum masuk mengundi. Selain daripada itu, hanya parti atau calon yang kaya sahaja mampu membuat pondok panas yang lengkap dengan kemudahan untuk menyemak undi.

Laporan NIEI mengenai Pilihanraya Malaysia ke-12 akan diedarkan secepat mungkin.

Pengarah Eksekutif NIEI

Amin Iskandar

Beli ADUN PAS di Perak

BeritaUsaha membeli ADUN PAS oleh BN sedang heboh diperkatakan di negari ini. Menurut sumber, kebanyakkan bekas ahli-ahli exco, tok-tok imam dan ketua-ketua kampung berada dalam keadaan tidak selesa sekarang berikutan kejayaan pembangkang menawan negeri ini dari genggaman BN.

BN hanya memerlukan tiga kerusi saja lagi untuk mengatasi pembangkang. Dengan kesukaran pembangkang mencari solusi bagi masalah mecari calon menteri besar yang disepakati, ada ADUN-ADUN dari pembangkang yang dikatakan akan dibeli. Dan menurut khabar angin yang hangat melanda negeri ini, ADUN-ADUN itu adalah dari PAS.

Dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, DAP menang 18 kerusi DUN, PKR (7) dan PAS (6). Keseluruhannya pembangkang menguasai 31 daripada 59 kerusi DUN. Mencapai jumlah simple majority cuma dengan satu kerusi.

‘Rakyat dah tak larat diperbodohkan’

Kata salah seorang pembaca, "rakyat dah tak larat dengar dan diperbodohkan dengan cakap-cakap besar pemimpin-pemimpin negara yang lagaknya macam tuhan." Dari kata-kata beliau, jelas menampakkan bahawa rakyat sudah semakin muak dengan BN, tetapi rakyat tidak akan teragak-agak memilih semula BN jika pembangkang gagal menunaikan janjinya.

Bagaimana pendapat anda tentang PRU 12?

Haris Fadhli: Aku goyang jugak bila BN kena teruk pilihanraya kali ni. Bukan nak kata aku sokong BN sepenuhnya. Tapi aku masih percaya kat BN lagi, bila pikir balik diorang dah pegang M'sia lama. Tapi ada bagus jugak bila BA dah menggugat BN, sebab BN bleh amik pengajaran dari pilihan raya kali ni and take action on segala kekurangan diorang selama ni. Aku juga harap pada BA yang menang baru ni, boleh kotakan janji-janji mereka pd rakyat yang sokong mereka. Aku admit yang sbenarnya aku ni tak berapa suka dengan politik and government M'sia skang ni. Banyak sebab-sebabnya. Sampaikan aku sendri pernah pk kalau aku dapat belajar atau kerja kat oversea, memang comfirm tak nak balik M'sia. Semangat melayu aku pun tak kuat mane sebab bagi aku, Melayu tetap melayu, susah nak berubah. Dengan perangai kroninya, nak cepat kayenya dll.Biarla BN ke BA ke same saje. Yang penting kita sebagai orang Melayu ni kene berubah. Kita kena ingat, boleh kata kebanyakan dari ahli-ahli BA ni orang bukan Melayu, aku takut diorang guna kesempatan ni utk lagakan org Melayu dan pijak kita pada mass yang sama.

Nasir Rashid: Para bijak pandai dah beri semua pendapat mereka dan bagai yang terjadi sebelum pilihan raya, para bijak pandai ini juga telah memberikan pendapat dan pandangan mereka. Yang pastinya, mereka dah salah tafsir pada beberapa sudut!

Semuanya ialah berkenaan pilihan hati dan keterbukaan dalam berfikir serta memilih/memangkah. Kesukaran menimpa-nimpa dan bertambah-tambah dalam menghadapi kehidupan setiap hari sudah ditafsirkan dalam bentuk pemikiran dan pilihan. Apa yang pasti, yang bongkak dan dicurigai itu pasti dibenci selalu dan hanya menunggu masa sahaja untuk dibalas dendamnya. Dendam dan khianat ini akan berterusan walau sesiapa sahaja memegang tampuk atau kuasa, cuma belum mencapai tahap mencari pisau di dapur.

Bangsa Malaysia ini jahat pada mulut dan aksi sahaja, kerana berjaya dijinakkan oleh kedamaian selama 50 tahun. Harapnya damai dan kemakmuran itu harus dikembangkan lagi, walau sesiapa memegang tampuk dan kuasa, sambil mereka terus merendah diri dan mengamalkan ketelusan muktamad walau mempunyai kuasa hebat dan wang tiada had (pasti tak pernah terfikir akan boleh mengawal dana sebanyak itu).

Wang dan kuasa itu boleh membutakan, nak teruskan hidup juga menjadikan manusia jadi buta. Buta apa adik-adik?
(ramai-ramai) BUTA HATI....

al – Mustaqeem Mahmod Radhi: Aku nak bagi cuma dua kenyataan ringkas -- 1. Masa depan lebih cerah untuk Malaysia. 2. Penang dan Selangor (sekurang-kurangnya – harap-harap Perak + Kedah pun ok) akan jadi negeri contoh untuk diikuti negeri-negeri lain di Malaysia: Pentadbiran paling bersih, ekonomi paling maju dan ruang kebebasan luas untuk rakyat.

Shahroll: Keputusan PRU12 satu kejutan untuk seluruh rakyat Malaysia. Satu sejarah politik kepada negara setelah 50 tahun merdeka. Kepada BA selamat menerajui pemerintahan 4 negeri baru yang di kuasai mereka. BERSIHkanlah segala kekotoran yang ada semasa kepimpinan BN. Pemimpin BN kena sedar anda yang tewas bukan sahaja melemahkan majoriti BN tetapi boleh juga dikira sebagai pengkhianat parti sendiri kerana telah menghilangkan kepercayaan rakyat kepada BN selama ini.

Siapa sangka Selangor dan Perak pun boleh tumbang di tangan BA sukar nak percaya tapi itu lah hakikat rakyat dah tak tahan dengan BN. Cukuplah isu barang naik dikempenkan, memang nyarisssss tak tumbang kerajaan Pak Lah. Tu la pasal depa selalu sangat makan tengah hari kat hotel sampai lupa rakyat yang makan kat kedai minang, duk tukaq2 keta baru sampai lupa kereta rakyat dah tak der minyak.

ZulHazry: PRU 12 adalah wayang yang agak berjaya

Tilmizatun Jayyidatun: Rakyat dah tak larat dengar dan diperbodohkan dengan
cakap-cakap besar pemimpin-pemimpin negara yang lagaknya macam tuhan. Dan rakyat dah selalu sangat dicabar untuk suarakan ketidak puasan hati melalui saluran demokrasi
ie. pilihanraya. Inilah hasilnya, suara rakyat malaysia yang pantang dicabar. Tapi saya tak rasa rakyat Malaysia menyokong dan mengharap 100% ideology dan manifesto pembangkang. Cuma tak de cara lain untuk protes kerajaan dan ajar pemimpin-pemimpin yang angkuh. election is the only way. Dan kemenangan pembangkang membentuk kerajaan di 5 buah negeri tu adalah ujian sebenar sama ada mereka benar-benar mampu merealisasikan janji-janji mereka atau tidak. Kalau cuma cakap-cakap kosong, jadinya nanti macam Terengganu and east m'sia. The assessment will come 4-5 yrs from now.

Amin Iskandar: Cuma satu sahaja point yang paling penting yang aku rasa penting untuk dikongsikan bersama.

Kekalahan terbesar BN dalam sejarah sehingga tidak mendapat majoriti 2/3 dan hilang penguasaan di Perak, Selangor, Kedah dan Penang serta gagal merampas Kelantan adalah kerana kempen pilihanraya yang maha dashyat dengan menggunakan media cetak dan elektronik telah menyebabkan satu "backfire" berlaku.

Ternyata rakyat Malaysia kini mahukan media yang lebih bebas dan adil dalam menyiarkan kempen-kempen pilihanraya bagi semua pihak tidak kira dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang.

En Adham: Puas hati saya dengan kemenangan pembangkang dilima buah negeri.

Kutek: Ha, benda ni (penafian majoriti 2/3) aku tunggu selama ni. Erti sebuah demokrasi berparlimen. Lepas ni tak dapat la mana-mana parti nak buat sesuka hati. Kekalahan BN memang dijangkakan, sebabnya kebanyakan negeri yang diorang kalah semuanya negeri yang amat merasakan beban kenaikan minyak dan tol (bandar dan bandaraya yang banyak tol tapi jalan dok camtu jugak). Lepas ni kita tengok la corak politik yang menarik. PRU 12 mencorakkan satu perubahan kepada senario politik Malaysia.

Goodbye Sam

09 Mac 2008

MP PKR bakal ketuai pembangkang di Parlimen

Mencipta sejarah -- sebuah parti yang hayatnya nyawa-nyawa ikan berikutan jumlah kerusi parlimennya hanya satu pada pilihan raya lepas, kali ini diramalkan akan mengetuai segerombolan jumlah MP pembangkang di Parlimen.

PRU 12 yang diadakan semalam juga menyaksikan PKR mendapat 31 kerusi manakala DAP 28 kerusi dan PAS 23 kerusi. Situasi ini merupakan suatu sejarah bagi pembangkang yang telah dapat menafikan jumlah 2/3 kerusi BN pertama kali sejak 50 tahun yang lalu..

Pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah berjaya menawan lima buah negeri iaitu di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang berjaya mengekalkan pemerintahan kerajaan PAS.
Dijangka bahawa PAS akan menjadi menteri besar ditiga buah negeri iaitu Perak, Kedah dan Kelantan. Manakala Lim Guan Eng dari DAP menjadi ketua menteri di Pulau Pinang dan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR menjadi menteri besar di Selangor.

08 Mac 2008

Trilogi Wawancara Bersama Tiga Penulis Hebat


1. Rocky Bru:
Presiden Penaja Grup All-Blogs,
Bekas editor Malay Mail, kolumnis Mypaper dan
blogger terkenal


2. Black:
Kolumnis malaysiakini.com,
penulis bebas dan
blogger terkenal





3.Helme Hanafi
Pengarang klpos.com,
penulis bebas dan
kolumnis

07 Mac 2008

BN disaingi di kawasan utara, urban, Perlis kekal di tangan BN

Di bawah merupakan pendapat aku, Zulfikar Samsuri dengan rakan seeditorial aku, Jimadie Shah Othman tentang PRU12 yang akan diadakan esok 8/3/08.

Zulfikar Samsuri: Menurut pemerhatian aku, BN akan kekalkan kemenangan dihampir kesemua negeri. Mereka akan disaingi di negeri2 Utara Semenanjung, seperti Perlis, Kedah, Penang, sedikit kawasan di Perak, Kelantan dan Terengganu. Mereka juga bakal disaingi di kawasan-kawasan urban atau perbandaran, seperti di KL, Kelana Jaya, Subang Jaya, Lembah Pantai, Pandan dan Ipoh.

Jimadie Shah Othman: PRU12 ni aku sukar untuk menilai, sebab aku tengok daripada luar. Tapi setakat yang aku nampak, peluang pembangkang di kawasan-kawasan kuat macam Kelantan dan Kedah boleh sampai 60%. Sabah pun agak kuat sebab ada Jefrey Kitingan. Namun masalahnya org Sabah kalah dengan rasuah. Perlis pembangkang akan bungkus. Paling kuat 2 kerusi DUN. Peluang Harun Din di Arau pun still 45 persen. Apa pun kita tengok last touch atau last calllah. Inilah pendapat aku.

Helme Hanafi: BN akan kembali berkuasa, cuma banyak hilang kerusi

Beliau adalah seorang penulis yang baru mahu meningkat naik. Menjadi pengarang klpos, membuatkannya lebih terkenak. Ditambah lagi dengan kedudukan klpos yang menjadi pesaing (tidak keterlaluan) terdekat bagi malaysiakini, malaysia-today dan tranungkite.

Saya mula kenal dengan Helme, sejak dia di majalah seni politik Siasah (bukan tabloid Siasah), dalam Bengkel Kewartawanan anjuran IKD. Beliau sememangnya peramah, senang saja mahu berbual dengannya. Kami berbual isu politik, seni dan sukan.

Beliau juga adalah pemegang Diploma Tahfiz dari Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, Yayasan Ismail Perlis. Menggemari Sukarnoe bekas presiden Indonesia, beliau mula mengasaskan klpos.com pada sekitar awal tahun 2006. Antara berita yang paling menggoncang pembaca adalah berita mengenai sebuah foto Najib ketika disebuah jamuan.

Berita yang pada mulanya hanya dianggap sebagai khabar angin telah menjadi suatu berita yang menggemparkan seluruh negara apabila Amy sepupunya mendakwa bahawa ada pernah ditunjukkan oleh Altantuya, sekeping gambar antara Altantuya, Razak Baginda, dan seorang pegawai kerajaan Malaysia Najib Razak.

Beliau, memulakan langkahnya sebagai penulis dengan Berita Keadilan dan Suara Keadilan, pimpinan Khalid Jaafar. Tidak beberapa lama sekepas itu, beliau menjadi pengaran no 2. Jawatan sebagai penolong Zunar benar-benar mematangkannya. Namun sebelum itu beliau juga pernah menyertai agendadaily.com.

Beliau adalah penyumbang wawancara yang terakhir. Namun begitu beliau bukanlah terlewat kerana dateline bagi wawancara ini adalah pada malam nanti. (ed: Helme kau tak terlewat)

1. PRU12 dah semakin dekat, apa pendapat Sdr Helme selaku editor Klpos.com tentang pilihan raya ini. Maksud saya, Sdr Helme agak-agak siapa menang, secara keseluruhannya.

Terima kasih. Untuk jujur saya merasakan bahawa dalam pilihanraya ini BN akan kembali berkuasa. Cuma berkemungkinan besar mereka akan kalah di beberapa kerusi di negeri seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Pahang.

2. Dapatkah PAS pegang Kelantan lagi? Saya tengok hampir tiap2 hari TPM Najib, pergi ke sana. Khairy pun dah start serang PAS.

Kelantan masih di tangan PAS. Insyallah, biarpun media mengembar gemburkan bahawa Kelantan akan jatuh, dari pemerhatian saya ketika di Kelantan baru baru ini, secara majoritinya masih menyokong PAS. Saya rasa kegemparan bahawa Kelantan akan jatuh hanyalah 'iklan' di media. Realitinya tidak menggambarkan perkara tersebut.

3. Rasa-rasa Sdr Helme ada tak negeri yang mungkin diambil pembangkang?

Selain Kelantan, saya rasa pembangkang tidak mampu menawan mana-mana negeri. Tetapi mereka akan menang tambahan kerusi di negeri yang saya telah sebutkan tadi.

4. Pembatalan penggunaan 'dakwat celup jari' bukankah menampakkan bahawa ada pakatan antara BN-SPR? Komen?

Saya tidak pasti tentang pakatan. Cuma apa yang orang ramai fikir adalah, SPR gagal untuk membuat kajian terperinci sebelum mengumumkan sesuatu perkara. Ini termasuk soal 'duit sete,' yang diumumkan beberapa hari sebelum penamaan calon dan kemudian ditarik balik. SPR lemah dan tidak berwibawa.

5. Kebangkitan kaum India dengan slogan 'makkal shakti' betul2 menekan kerajaan, pada hemat Sdr Helme mampukah kaum India menjadi penentu bagi PRU12 ini. Bagaimana peluang Samy Vellu, boleh dia menang?

Samy Vellu akan menang. Tapi di mana-mana kita boleh lihat kebangkitan orang India. Ia sesuatu yang baru dalam politik di Malaysia. Selama ini kita lihat kebangkitan rakyat bergilir antara kaum Melayu dan Cina, ini kali pertama orang India menunjukkan sikap mereka menentang BN. Tapi pada saya ia masih di tahap ombak, belum mampu mencetus gelombang.

6. Sdr Helme rasa iternet kini, sudah menjadi alat mencari kebenaran atau tidak atau keberkesanannya kini adalah menjadi penghasut supaya rakyat di negara ini membenci kerajaan. Tolong komen?

Pada saya internet sekarang menjadi media baru kepada pembangkang. Sata wahana selain ceramah dan risalah. Cuma penggunaan teknologi ini masih belum meluas di kalangan orang Malaysia. Jadi kalau hendak kata ia merupakan penghasutpun masih belum cukup untuk menjatuhkan kerajaan.

7. Dalam pada media arus perdana, digunakan secara maksimum oleh kerajaan, saya rasa rakyat mula muak dan beralih ke media alternatif yg lain. Apa pula pendpt Sdr Helme?

Bukan rakyat. Tetapi aktivis pembangkang dan mereka yang berminat dengan hal ehwal politik semasa. Ini fenomena biasa kerana berita pembangkang tidak disiarkan oleh media arus perdana jadi mereka beralih kepada media baru seperti internet untuk mencari berita. Sedangkan rakyat secara keseluruhannya masih bergantung kepada media konversional seperti akhbar dan media elektronik.

8. Ada dakwaan dari beberapa pihak, bahawa akan ada pengundi2 hantu. Apa benar dakwaan ini pd pendpt Sdr Helme?

Pertama, definasi hantu itu tidak jelas. Apakah ia merujuk kepada orang mati yang mengundi, atau pengundi yang menggunakan identiti orang mati, atau ia merupakan pengundi luar yang di alihkan secara sistemetik untuk memenangkan sesuatu parti tanpa menyalahi peraturan disediakan.

Jadi saya fikir definasi pengundi hantu itu sendiri masih kabur. Apa yang saya perhatikan adalah, pengundi dari luar, yang dibawa masuk secara sistematik, dengan perancangan rapi untuk mengundi di satu-satu kawasan. Contohnya, saya ahli Umno di Segambut. Parlimen Segambut kerusi GERAKAN, jadi saya dipindahkan secara sistemetik oleh pejabat bahagian saya untuk mengundi di Shah Alam, kerusi yang ditandingi Umno. Dari segi undang-undang tidak salah.

9. Mungkin betul kata KPN, bahawa bas yang akan memasuki Terengganu dan Kelantan nanti adalah bas yang mengangkut pengundi Terenganu yang duduk di luar. Komen sdr.

YA, berkemungkinan sekali berdasarkan kaedah yang saya terangkan tadi.

10. Loh Gwo Burne, Nurul Izzah, Amir Sari, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, Jonah adalah sabahagian daripada anak2 muda yang mengambil bahagian menjadi calon dalam pilihan raya kali ini. Siapa pada pendapat sdr akan menang dan siapa pula yang akan kalah.

Payah soalan ini, cuma saya berdoa supaya golongan muda ini menang semuanya agar Parlimen kita lebih berseri. Memang patut golongan tua yang suka dengan sindiran lucah di Parlimen digantikan oleh golongan muda yang lebih agresif.

Terima kasih, Helme.

Black: SPR batal guna dakwat kekal, beri gambaran pengundi hantu memang wujud

Saya masih ingat lagi zaman tu, duduk lepak-lepak kat Kedai Mamak Maidin bawah UBU(Universiti Bangsar Utama) kat Bangsar Utama. Tempat lepak itu merupakan antara tempat lepak favourite saya selain Restoran Hamid di CM (Central Market), Devi’s Corner dan Restoran Khalifah di Telawi, Restoran Dawood dan Restoran Darhus di Shah Alam.

Ketika itu (lebih kurang 4 tahun sudah), sebelum pergi ke kempen pilihan raya bersama Hishamuddin Rais untuk membantu calon PKR melawan Sharizat di Parlimen Lembah Pantai, beliau (yang lebih mesra dengan panggilan Black) dengan gitar tongnya menyanyikan lagu Internationale, sebuah lagu anthem komunisma.

Saya tahu, beliau antara lain meminati muzik. Gaya mainan gitar dan nyanyiannya pada hari itu saling tak tumpah seperti Iwan Fals penyanyi dan pemuzik folk dari Indonesia. Beliau sudahpun mengeluarkan album berkonsepkan folk dan ada menyertai konsert-konsert kecil atau gig indie yang dianjurkan di serata KL.

Namun begitu, beliau adalah aktivis 'pemantau pilihan raya' -- sudah pergi hingga ke Sri Lanka, India, Indonesia dan Filipina untuk memastikan pilihan raya di sana kekal bersih. Dicuplik dari blognya, "… beliau juga merupakan seorang aktivis sosial yang bercita-cita untuk menegakkan demokrasi tulen di Malaysia. Beliau tidak melibatkan diri dengan mana-mana parti politik kerana mempercayai gerakan rakyat di luar rangkuman parti politik."

Pengalamanya luas tentang selok belok pilihan raya. Kerana pengalamannya itu, saya percaya bahawa langkah SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal, sangat mengecewakannya,

Pengalamannya juga sangat luas dalam bidang penulisan. Beliau antara lainnya pernah menyumbang artikel untuk majalah-majalah Terbitan Suria Janib, Berita Keadilan, Suara Keadilan dan beberapa lagi penerbitan yang tidak berkala.

Sekarang Amin Iskandar atau Black adalah seorang kolumnis kepada Malaysiakini.com. Sebuah akhbar harian elektronik bebas yang wujud di alam siber. Beliau mengendalikan kolum "Borak-borak" yang baru bermula pada 29 Mei 2007 yang lalu.

Ikuti wawancara saya, Zulfikar Samsuri, dengan Sdr Amin Iskandar atau lebih mesra dipanggil dengan nama Black:

1. Tindakan pembatalan penggunaan dakwat celup jari nyata tindakan kebelakang SPR, ini akan dengan jelas seperti memberitahu kita bahawa ada wujudnya pakatan antar BN-SPR. Apa pula pandangan Sdr Black?

Isu penggunaan dakwat kekal ini, diperingkat awal lagi saya telah melihat ketidaksungguhan SPR dan kerajaan untuk melaksanakannya. Pertama, peraturan pilihanraya tidak dipinda untuk mewajibkan penggunaan dakwat kekal bagi setiap pengundi di Malaysia. Sedangkan untuk memastikan Tan Sri Rashid terus berkhidmat, perlembagaan telah dipinda dan kuasa 2/3 BN diparlimen digunakan untuk memastikan pindaan ini berjaya.

Kedua, SPR tidak pernah mengadakan sebarang program pendidikan untuk mengajar rakyat proses mengundi dengan menggunakan dakwat hitam.

Mengenai pakatan diantara BN dan SPR, pembatalan penggunaan dakwat hitam ini mengesahkan lagi tuduhan ini.

2. Ada tak peluang untuk pembangkang menang secara keluruhan di Malaysia selepas SPR mengambil tindakan ini.

Agak sukar. Tambahan lagi pembangkang tidak diberikan akses media seperti apa yang diperolehi oleh BN.

3. Ada pihak yang mendakwa wujudnya pengundi hantu, apa benar dakwaan itu, atau cuma helah politik pembangkang untuk mendapatkan kuasa.

Mungkin ia atau mungkin tidak. Apabila SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal, ia memberikan gambaran bahawa pengundi hantu memang wujud.

4. Baru2 ini sebuah gabungan NGO dan parti2 pembangkang telah melakukan sebuah demonstrasi yang berjaya mengeumpulkan lebih 50 000 orang. Bagaimana anda melihat demonstrasi ini. Berjaya atau tidak dalam melahirkan pendapat?

Pada pandangan saya, tuntutan rakyat hanya akan dilayan selepas berlakunya demonstrasi. Contohnya kita lihat pada era reformasi, demonstrasi demi demonstrasi telah menyebabkan kerajaan menubuhkan Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia).

Demonstrasi yang dilakukan oleh Bersih telah membuka mata dunia mengenai ketidakadilan pilihanraya di Malaysia. Human Rights Watch yang berpengkalan di New York telah mengeluarkan satu kenyataan dua hari lalu bahawa rakyat Malaysia dinafikan hak untuk mendapatkan pilihanraya yang bebas dan adil.

Manakala demonstrasi Hindraf pula menyaksikan kerajaan memberikan respon segera. Cuti Thaipusam diberikan kepada beberapa negeri tanpa diminta. Peruntukkan demi peruntukkan dihantar kepada masyarakat India untuk memujuk mereka.

Ini yang majoriti orang Melayu kena belajar.

5. Juga baru2 ini sebuah NGO India membuat demonstrasi di Ibu Negara untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap status mereka di Malaysia. Bg anda, wajar atau tidak mereka berdemonstrasi.

Saya menyokong hak setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Polis harus professional.

6. Baru2 ini saya didatangi oleh dua orang anak muda bertanyakan tentang siapa di belakang Hindraf. Mereka tegas mengatakan bahawa DSAI berada di belakang NGO itu. Apa benar DSAI berada di belakang NGO itu. Komen.

Mengenai Anwar Ibrahim dan Hindraf, saya tidak boleh komen kerana saya bukan ahli mana-mana parti politik termasuk Parti Keadilan Rakyat.

7. Anda rasa adakah Kelantan akan dipegang lagi oleh PAS?

Jika tidak ada sebarang taktik kotor, PAS akan mempertahankan Kelantan. Ini berdasarkan kepada tinjauan yang saya lakukan dibeberapa buah kawasan. Selain daripada itu, jentera-jentera PAS bekerja dengan semangat untuk mempertahankan Tok Guru Nik Aziz. Kempen yang dasyhat oleh BN menggunakan media arus perdana untuk menawan Kelantan telah seperti "backfire" kembali kepada mereka. Tambahan lagi Pak Lah dan menantunya yang kelihatan sangat angkuh dan rakus untuk menawan Kelantan. Ini mungkin akan menyebabkan rakyat Kelantan menjadi defensive untuk mempertahankan PAS Kelantan.

8. Dengar2 cerita bahawa beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu, Perlis, Kedah, Penang, Kelantan dan Terengganu akan menjadi milik Barisan Rakyat. Boleh anda ulas tentang perkara ini?

Perkara ini tidak mustahil oleh kerana sentimen rakyat terhadap kenaikkan harga barang yang berterusan.

9. Anda rasa adakah mungkin kaum india menjadi penentu undi bagi sesetengah kawasan?

Selama ini, kaum India berdiri teguh dibelakang BN. Namun kali ini kelihatan sudah berubah. Mereka lebih dekat kepada pembangkang. Mungkin ini akan menjadi penyebab pembangkang menang lebih banyak kerusi. Itupun kalau tidak ada penipuan.

Masyarakat India juga kini ramai yang mengahadiri ceramah anjuran pembangkang termasuk PAS.

10. Nampaknya Dr Jayakumar memberikan tentangan yang sengit kepada SSamy Vellu. Mampukah Dr Jayakumar menang, pada penelitian anda di kawasan itu, mungkinkah para pengundi beralih arah ke PKR (PSM)

PKR akan memberikan tentangan yang sengit. Sammy Vellu tercabar. Beliau berkampung di Sungai Siput dan kurang berkempen diluar. Ertinya beliau juga perlu bekerja keras untuk menghadapi Dr. Jeyakumar. Ini menunjukkan yang beliau tercabar.

Harap saudara berpuas hati dengan jawapan saya.

Sudah semestinya, terima kasih.

05 Mac 2008

Rocky: PRU12 Antara PRU yang terkotor

Siapa yang tak kenal dengan Ahirudin Attan AKA Rocky Bru, blogger terkenal tanah air dan juga merupakan blogger pertama dengan Jeff Ooi (Screenshot) yang menghadapi saman dari pihak News Straits Time (NST).

Beliau seorang yang benar-benar merendah diri, menjawab emel yang saya kirimkan dalam masa yang sangat singkat. Walaupun pada hari semalam beliau berada dalam keadaan mengantuk (akibat menunggu statement dari Husam Musa berhubung pembatalan penggunaan dakwat kekal) tetapi beliau tetap dengan sepenuh hati menjawab soalan-soalan yang saya tanyakan.

Ahirudin Attan, merupakan bekas pengarang eksekutif akhbar harian Malay Mail dan beliau juga (seperti yang boleh dilihat dalam blognya) merupakan Presiden Penaja grup National Alliance of Bloggers (All-Blogs). Sebuah grup yang mengumpulkan semua blogger "heavyweight"). Beliau sekarang dalam proses untuk menyiapkan bukunya yang pertama.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan kolumnis pelbagai akhbar dan tabloid dan juga penasihat bagi National Press Club. Mula berblog pada 21 Mei 2006 dan kini telah mencapai hits sebanyak 3 198 484 (seperti yang tertulis pada laman blognya -- rocky's bru).

Ikuti soalan yang saya, Zulfikar Samsuri, tanyakan kepada beliau dan jawaban dari beliau sendiri:

1. Lebih rapat kalau saya panggil Sdr Rocky saja, apa pendapat Sdr Rocky tentang pilihan raya ini. Maksud saya, siapa menang, secara keseluruhannya.

Persepsi setakat ini, Pru12 Antara Pru yang terkotor. Ada yg kata RM20 billion taxpayers' money dilebur untuk Pru12. RM500 million untuk bawak anak2 Kelantan di negeri2 lain balik mengundi untuk BN. Ink "ghaib" betul2 ghaib, 3 hari sebelum pilihanraya. Propaganda press dan tv menjadi-jadi. Untung ada alam siber, tapi tak cukup untuk menyuci keadaan.

2. Dapatkah PAS pegang Kelantan lagi?

Kelantan tetap milik Pas. Tapi kata2 AAB semalam bahawa ada pihak yang cuba sabotaj Pru di Kelantan adalah membimbangkan. Husam Musa pula kata ada pihak luar yang telah mencetak 20,000 t-shirt Bersih untuk tujuan yang dah tentu kurang baik. Polis tak cakap pulak pasal t-shirt kuning Bersih ni.

3. Rasa-rasa Sdr Rockylah ada tak negeri yang mungkin diambil pembangkang?

Pulau Pinang bergelora. Silap hari karam bahtera BN di pulau tu. Kalau menang pun BN, banyak akan terkorban. Puncanya mulut celupar Khairy jugak, main api dengan sentimen kaum pada akhir tahun 2006. . Susah nak padam api kemarahan sesuatu bangsa. Lihat saja Hindraf.

4. Pembatalan penggunaan 'dakwat celup jari' bukankah menampakkan bahawa ada pakatan antara BN-SPR? Komen?

Bukan saja dengan SPR tapi juga dengan PDRM dan pejabat Peguam Negara dan media massa arus perdana. Itu persepsinya.

5. Kebangkitan kaum India dengan slogan 'makkal shakti' betul2 menekan kerajaan, pada hemat Sdr Rocky mampukah kaum India menjadi penentu bagi PRU12 ini. Bagaimana peluang Samy Vellu, boleh dia menang?

Sebagai suatu "force", kaum India kecil bilangannya. Tak ada satu constituency pun yang pengundi India itu majority (lebih 50 peratus). Tapi bilangan yang kecil pun cukup untuk buat sesorang calon kalah dan nampaknya ini ditakuti oleh BN dan bukan pembangkang. Sampai ramai calon MIC telah dipindahkan ke kawasan di mana pengundi India kecil sangat bilangannya. Contoh - K. Parthiban pindah dari Ijok ke Melawati. Samy Vellu silap hari benam.

6. Sdr Rocky rasa iternet kini, sudah menjadi alat mencari kebenaran atau tidak atau keberkesanannya kini adalah menjadi penghasut supaya rakyat di negara ini membenci kerajaan. Tolong komen?

Macam baca benda lain atau tengok tv jugak, selayar Internet kena pilih dengan cerdik. Yang penting, masih ada pilihan, tak macam media tradisional kita. .

7. Dalam pada media arus perdana, digunakan secara maksimum oleh kerajaan, saya rasa rakyat mula muak dan beralih ke media alternatif yg lain. Apa pula pendpt Sdr Rocky.

Setuju. Bab politik memang ramai orang dah muak dengan propaganda NST, Star, Berita Harian maupun Utusan. Tapi orang kampung baca jugak. Dan orang Melayu khususnya suka baca berita2 "geli" di Metro dan Kosmo. Tu sebab laku jualan tabloid Melayu.

8. Ada dakwaan dari beberapa pihak, bahawa akan ada pengundi2 hantu. Apa benar dakwaan ini pd pendpt Sdr Rocky?

Pencuri, pembohong, perogol, penyamun kat mana2. Tapi selagi tak kena tangkap selagi tu kita tak dapat buktikan jenayah yang berlaku.

9. Mungkin betul kata KPN, bahawa bas yang akan memasuki Terengganu dan Kelantan nanti adalah bas yang mengangkut pengundi Terenganu yang duduk di luar. Komen sdr.

Kalau ada bas khusus untuk bawak pengundi saja, mungkin ada elemen rasuah untuk sogok pengundi. Tapi sekali lagi, perlu bukti.

10. Loh Gwo Burne, Nurul Izzah, Amir Sari, Chegu Bard, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, Jonah(menamakan sebahagian kecil) adalah sebahagian daripada anak2 muda yang mengambil bahagian menjadi calon dalam pilihan raya kali ini. Siapa pada pendapat sdr akan menang dan siapa pula yang akan kalah.

KJ dah pasti menang. Sumber dia sebagai menantu PakLah tiada hadnya dan pembangkang tidak mati-matian untuk "membunuh" cita2 anak muda ini. Peluang Mukhriz semakin cerah tapi atas sebab lain. Dia membawa suatu perubahan di mana ceramahnya langsung tak kutuk atau cerca pembangkan atau calon yang menjadi lawan. Nurul popular tapi mungkin next round; pengundi Lembah Pantai noi pelik sikit. Jonah tak patut diletakkan di Pekan, rugi bakat. Dia lebih dikenali di kampungnya di Masjid Tanah, Melaka dan dah banyak buat bakti kat sana. Chegubard kalau kalah pun tak malu, saya rasa. Insyallah, majoriti kalah 2004 boleh dikecilkan jurangnya.

Terima kasih Sdr Ahirudin Attan.

Pilihan raya: Bebaskan Maklumat

EditorialKini, bukan lagi rahsia. Tarikh mengundi telah ditetapkan. Rakyat Malaysia tak perlu lagi berteka-teki. Perayaan demokrasi setiap paling maksimanya lima tahun akan dilansungkan tidak lama lagi.

Segala manipulasi media, putar belit calon dan rasuah pembangunan sudah mula digiatkan. Ayat-ayat seperti "undilah saya untuk kesenangan masa depan adik-adik, kakak-kakak," "undilah saya demi kepentingan agama," dan "undilah saya untuk membolehkan ekonomi sdr sdri stabil."

Paling jelas kelihatan adalah kempen yang dijalankan oleh media arus perdana yang memutar ulangkan di stesen tv mereka, janji manis yang dijanjikan oleh kerajaan, iklan propaganda "Undi untuk Malaysia", penumpuan terhadap ceramah pimpinan tinggi Barisan Nasional dan fitnah dan putar belit, mengadakan yang tiada.

Pilihan raya adalah 'mercu tanda' bagi sesebuah negara yang mengamalkan demorasi. Ia, sejauhnya juga menjadi semacam tunjang bagi negara yang dikatakan mengamalkam sistem musyawarah, kerajaan dan segala keputusannya diputuskan oleh sebuah entiti yang terlebih dahulu akan duduk berbincang.

Kata pensyarah undang-undang di salah sebuah IPTA Negara, "mereka seperti berlawan dengan seseorang yang diikat tangannya dan ditutup matanya. Tidak boleh balas, hanya mulut berkata-kata."

Katanya lagi, "Maka, dikata oleh orang yang menutup mata dan diikat tangan, "bapak anjing!" kepada orang yang menutup matanya dan mengikat tangannya. Terus ia ditumbuk matanya, jatuh tersungkur sehingga bukan sahaja dapat "hadiah persaraan" paling bermakna tetapi juga "hadiah sakit pinggang."

Sikap kerajaan yang memperkudakan pelbagai alat dan jentera kerajaan, terutamanya media, telah melahirkan mereka-mereka yang sedar. Seperti apa yang terangkum dalam filem-filem Lagi-lagi Senario arahan Aziz M Osman, ketika dua orang sahabat berlainan bangsa sedang berbual sambil ketika yang sama sedang menyelak surat khabar. Yang seorang berkata kepada yang seorang lagi, "Ini surat khabar tak boleh percaya, ma. Cuma ada satu tempat sahaja boleh percaya."

"Aiya, kat mana?," tanya semula kawannya.

"Itu 4 Digit punya tempat"

Sekarang, pada zaman ini, saya boleh pecahkan masyakat Malaysia terdiri daripada dua jenis golongan. Pertama, yang dapat maklumat dengan betul. Dan yang kedua, yang dapat makluma tetapi dipesongkan maklumat itu. Kalau di segi ekonominya bolehlah disimpulkan bahawa mereka yang berada di kelas ketiga dan hampir separuh yang berada di kelas kedua tergolong dalam golongan kedua. Manakala mereka yang berada di kelas pertama dan lebih separuh daripada kelas kedua tergolong dalam golongan pertama.

Mengapa saya kata begitu? Ini kerana golongan pertama lebih terdedah dengan pelbagai maklumat. Internet dan televisyen berbayar adalah gerbang segala macam maklumat. Jadi secara logikalnya mereka boleh membezakan, mana satu maklumat yang sahih dan yang mana satu maklumat palsu.

Bagi mereka yang duduk di golongan kedua, tiada sumber lain bagi mereka, selain daripada sumber arus perdana, baik akhbar dan televisyen. Pemikiran atau mentaliti mereka mengikut sahaja acuan dari akhbar arus perdana dan televisyen.

Ini, saya bagi lagi contoh mengikut demografik. Golongan pertama adalah mereka yang duduk di bandar dan sebagian kecil yang duduk di kampong. Manakala golongan kedua adalah mereka yang sebahagian besar menetap di kampong.

Cuma saya berharap (selepas apa yang terjadi sejak 50 tahun dahulu), bahawa pesta demokrasi kali ini bersih dan hasilnya juga saya harap pesta demokrasi kali ini dapat membebaskan suatu benda yang amat penting bagi seluruh masyarat Malaysia tanpa mengira kaum (ia dapat merapatkan jurang geografi dan menidakkan jurang ekonomi antara kelas) -- maklumat.

Saya bukan mahu menyebelah mana-mana pihak, tetapi ikut tertib, dahulukan yang mana harus didahului. Dan, mengkemudiankan yang terakhir. Dalam konteks pilihan raya umum ini, yang dahulu ialah maklumat mak bebaskanlah maklumat. Biarkan sahaja pendekar-pendekar berpencak di atas gelanggang yang sama rata dengan diadili oleh wasit yang benar-benar berkelayakkan. -- Zulfikar Samsuri

Pembatalan Penggunaan Dakwat Kekal

kenyataanDengan keputusan terkini Suruhanjaya Pilihanraya membatalkan penggunaaan dakwat kekal, tidak ada sebab untuk rakyat menafikan bahawa wujud kerjasama SPR dan Barisan Nasional (BN) untuk menghalalkan penipuan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Meskipun pelbagai jaminan diberikan dan kesilapan yang berlaku dengan ketara, kini jelas terbukti bahawa Tan Sri Rashid kini terlibat untuk melaksanakan perjalanan Pilihanraya Umum ke-12 dalam keadaan integrity pilihanraya tercabul sepenuhnya.

Menggunakan alas an ‘arahan awam’ dan ‘keselamatan’ juga adalah alasan yang amat tidak munasabah, di mana alasan ini adalah selari dengan alasan-alasan yang diberikan seluruh dunia oleh pihak yang mahu menafikan kebebasan demokratik.

BERSIH yang bukan sekadar mewakili parti-parti politik tetapi juga lingkungan besar badan-badan masyarakat telah berkempen sepenuh upaya untuk memastikan perlaksanaan dakwat kekal diimplementasi untuk memerangi gejala pengundi hantu.

Ada di kalangan calon-calon yang telah menyaksikan pelbagai penipuan di dalam proses pengundian pos, dan mendedahkan ratusan malah ribuan alamat-alamat yang tidak sah, pengundi yang telah mati dan juga pengundi yang berusia lebih daripada 100 tahun di dalam daftar pengundi. SPR telah menafikan sepenuhnya tuntutan BERSIH untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dan kini tuntutan ketiga BERSIH juga telah dinafikan.

Pada ketika ini di saat seluruh dunia memerhatikan kita, SPR akhirnya telah menunjukkan sebenar-benarnya bahawa sebarang usaha ke arah reformasi untuk memperbetulkan system dalam waktu yang begitu penting dan mendesak, SPR akan ‘cuci tangan’ demi menurut kehendak penguasa politik yang rakus.

KeADILan, bagaimanapun melihat satu indikator positif daripada perkembangan ini. Kelihatan perisik-perisik BN sudah jelas menunjukkan bahawa akan wujud kecenderungan rakyat yang sangat besar kepada pembangkang, lantas terdesak untuk menggunakan saluran pengundi hantu dan pelbagai kaedah penipuan lain untuk mengurangkan risiko kekalahan yang mereka ramalkan. BN pastinya tidak akan memberi ruang.

Kami mendorong dan menyeru kepada semua penyokong dan indidvidu yang bersimpati kepada pembangkang untuk memperkukuhkan tekad dan usaha mereka untuk kita menggempur fasa terakhir pilihanraya ini demi menyebarluas kempen ke arah Malaysia yang lebih baik.

Dr Syed Husin Ali
Timb Presiden KeADILan

28 Februari 2008

Y4C lancar video komedi politik

BeritaYouth for Change (Y4C) hari ini melancarkan empat klip video komedi politik sempena Pilihan Raya Umum ke-12.

Videa-video pendek kurang dua minit setiap satu itu mengambil inspirasi peristiwa-peristiwa politik sebenar daam negara. Empat video itu adalah romPAK Lah, YB vs Blogger, Ubah Gaya Hidup dan Setem YB. Setiap sebuah video mempunyai mesej dan statmen politiknya yang tersendiri.

Mengikut jurucakap Y4C Lee Khai Loon, video ini dikeluarkan sebagai bukti bahawa orang muda juga menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Berkaitan kandungan klip tersebut, Khai Loon berkata, "dengan mengeluarkan video klip politik yang mencungkil minda dan perasaan, kami berharap ia akan menggalakkan orang awam untuk berfikir dan berdiskusi."

"Lawak jenaka yang mempersendakan ahli politik adalah satu aksi bijaksana. Politik bukan sekadar pertarungan atas kepentingan parti, ia juga berkaitan perasaan seharian orang awam," katanya lagi dalam sebuah kenyataan hari ini.

Video-video itu boleh ditonton di laman web pertubuhan itu (http://y4c.org.my/) atau di saluran video Youtube mereka (http://youtube.com/user/y4cmalaysia).

Y4C merupakan sebuah pertubuhan orang muda yang ditubuhkan untuk memperkasakan anak muda dan turut serta dalam proses pembinaan negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum. – Mohd Jimadie Shah Othman

24 Februari 2008

Suara Rakyat: BN akan Menang, Undi berkurangan

Rata-rata yang ditanya mengatakan bahawa BN akan menang. Menang pilihan raya ke 12 kali ini dengan keputusan yang penuh cemerlang.

Kebanyakan pihak yang kami tanya, juga turut mengatakan bahawa pembangkang kali ini amat mustahil untuk memerintah Malaysia. Cuma kebanyakkan dari mereka berpendapat bahawa jumlah undi kepada BN akan susut. Namun begitu ada satu pandangan yang cukup menarik mengatakan bahawa BN akan menang besar. "BN akan menang 'landslide!'," kata Mohamad Firdouse Esahar yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur.

Ikuti beberapa responden dari pelbagai latar belakang yang sempat kami tanya tentang siapa yang akan menang di antara Barisan Rakyat atau Barisan Nasional.

Akhdan Sheikh, Destop Publisher, Shah Alam: Aku rasa BN akan menang tapi undi kepada BN aku rasa akan berkurang. Suasana kat sini (TTDI Jaya, Shah Alam) pun tak meriah sangat. Parti yang berlawan tak banyak sangat lagi la pasang bendera.

Azman Alias, Juruteknik, KL: PAS, aku rasa PAS akan menang. Sebab masa ni aku tengok ramai yang cari PAS.

Nazri Annuar/Vovin, Blogger dan Penulis Novel Fantasi, PTS Publishing, KL: Pandangan aku berdasarkan keadaan semasa dan berdasarkan keadaan semasa aku akan jawab BN akan terus memerintah negara.

Haris Fadhli, KL: Pilihanraya tahun ni ke? Aku rase cam BN je yg menang. Sebab aku rasa kemajuan negara kita dari dulu sampai skang ni hasil usaha diorang kot.

Nasir Rashid, Bekas Editor Majalah Muzik Pertama, KL: Siapa yang kuat akan menang. Kalau kau rasa BN kuat, parti tu akan menang. Tapi kalau kau rasa Barisan Rakyat kuat, makan Barisan Rakyatlah yang akan menang. Di Kelantan PAS akan menang. Tapi tak tahulah, mungkin aku cakap macam tu pasal bapak aku orang kuat PAS kot.

Roslan Alang Endut, Jurutera MISC, KL: BN menang lagila, tapi tak taula sama ada kurang atau lebih (undi) daripada yang lepas.

Warprat, Pereka Dalaman, KL: Macam BN je, macam biasa kot, aku rase laa kan. Perlu ada satu parti yang macam die (BN) gak. Kalau tengok BN, dia semua bangsa ada. Diorang plak bukan menyebelah satu kaum atau satu ideallism yang khusus. Keadilan mungkin boleh (menang) kalau diorang quit cari salah pasukan lawan and be a bit more professional.

Muhamad Abdullah, Blogger dan Penulis, Kedah: BN stiill memerintah, tapi mungkin majoritinya menyusut. Dah macam jadi satu trend dah bergilir-gilir menang besar umno/bn tu.

Mohd Nazri, Pereka Grafik, Perak: Kerajaan yang ada sekarang (tapi) PKR dgn PAS dah settle pasal kaw tpt bertanding so ada harapan (nak menang).

Ahmad Faisal Othman, Aktivis Food Not Bomb KL, Kota Baharu: BN. Faham-faham je lah, mana pernah telus baik zaman mahathir lagi dari sekarang, Pak Lah nak sapu satu Malaysia ni.

Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Bekas Editor Majalah Siasah, Pengasas Middle Eastern Graduate Center, IOWA, AS: Yang boleh dan satu2nya orang yang LAYAK jadi PM malaysia: Anwar Ibrahim. Siapa menang di Kelantan kurang penting, yang penting nafikan 2/3!

Ibnu Amir al Pendangi, Penulis dan Kolumnis di Siasah dan Harakah, KL: Saya lihat BN still memerintah Malaysia. Dan saya khuatir kerajaan Pas akan dapat memerintah Kelantan. Nampaknya akan jadi sebegitu, kerana imej Pas Kelantan pun tercemar mutakhir ini.

Tilmizatun Jayyidatun, Pembantu Pensyarah UIA, Nilai: If U have money, nothing impossible. If u don't have money but u have power, u can grab the money from others. (Pasal Kelantan plak) PAS dah jadi darah daging (kat sana). Lainlah kalau golongan mudanya buat reformasi nak gulingkan PAS.

Mohd Yazdi, Pembantu Pensyarah, Universit Putera Malaysia, Serdang: Hanya parti Melayu sahaja yang layak memerintah negara. Cuba bayangkan kalau semua parti melayu bergabung bukan kah lebih banyak majoriti Melayu? Ini semua berkemungkinan kalau semua berpegang dengan sunnh dan al-Quran. Simple tapi susah nak buat. Sesape pun boleh memerintah, yg penting org melayu. Jgn sampai kita bertelagah sesama sendri tp negara kita tergadai. Cukup laa Singapura, Tanah Melayu kita lepaskan. Jadi bg aku, selagi org melayu memerintah xde masalah. PAS nak memerintah pun takde masalah, cuma Agenda melayu perlu diperjuangkan. Kerjasama dengan parti bangsa lain pun takde masalah tapi jangan sampai kena pijak kepala.

Zulhazry, KL: BN tidak akan tewas kecuali mungkin selepas 20 atau 25 tahun daripada sekarang. Teori evolusi bagi sayalah. Golongan muda dan berpendidikan akan mengambil alih. Namun evolusi tidak akan berlaku jika tiada tangan yang membuat perubahan, khususnya untuk meyakinkan orang muda yang ada sekarang bagi menghadapi tempoh 20 atau 25 tahun yang akan datang. Jika tidak orang muda juga akan turut selesa dengan kehidupan sama seperti kebanyakan generasi tua fikirkan pada hari ini. Untuk merubah minda generasi tua hari ini sudah terlalu lewat, mereka merasakan mereka berada dalam zon yang selesa walaupun kisah mereka pernah ditayangkan dalam program Bersamamu di TV3. Atau boleh tidak jika kita katakan BN tidak akan tewas kecuali PRU di BolehLand dijalankan oleh badan bebas yang dilantik PBB. Kelantan is the most democratic state in Malaysia. Mereka mungkin tewas, maksud saya PAS, jika Nik Aziz berundur atau pun melalui penipuan pilihanraya. Secara rasional tidak mungkin rakyat Kelantan sanggup menolak keperibadian pemerintahan Nik Aziz sekarang. Oh ya, saya bukan ahli mana-mana parti politik.

Cain, Perak, Aktivis Perkumpulan Anak Muda arahKIRI: Jangan tanye siapa yang (akan) merintah tapi adakah yang memerintah itu adil atau lebih rasa kemanasuaian dari yang lepas2, jangan tanye siapa tapi tanya adil atau tidak, tanya adakah yang memerintah itu menjadikan permasalah rakyat terbanyak itu nadi untuk berkhidmat. Kita masih didalam mentaliti "pemimpin baik" dari "rakyat yang berdiri dengan pemikiran sendiri", adakah ini kesalahan. Pembentukan mentaliti ini, yang diasuh dari kecil atau azali yang sesuai, dengan "social contract" mengarut melayu harus kita lempar jauh2. Tiba zaman untuk berubah, umat melyu khususnya.Harus sedar bahawa tiada lagi yang harus di hunus selain ilmu yang membezakan kita dari bangsa Malaysia yang lain.

Jangan terlalu berharap juga untuk melantik diktator melalui pilihan raya kali ini, tak kira apa parti pun. Ingat kekuasaan total tanpa bangkangan adalah dosa besar didalam doktrin demokrasi, cukup 50/50 didalam parlimen. Parti yang merasa selesa dengan keputusan yang dibuat tanpa ada bangkangan, di mana2 negara di dunia ini adalah (melakukan) dosa besar yang harus ditangung sendiri. Jika komunis yang ada di parlimen di dunia ini faham akan tangungan mereka atas segala perbuatan JOSEPH STALIN, umat Malaysia khususnya yang mengaku berugama atau setidak-tidaknya mengaku masih mengamal hukum sivic, harus sedar dan kalau tidak, harus disedarkan, bahawa DIKTATOR TERPILIH adalah dosa besar dalam demokrasi.