29 Januari 2008

Kenyataan Akhbar tentang "klip video Linggam", bahagian ketiga

28 Januari 2008

Pada hari ini saya menerbitkan segmen ketiga rakaman video lawyer VK Lingam yang diberikan kepada saya pada Jumaat lepas, 25 Januari. Klip ini memberikan bukti tambahan bahawa konspirasi yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja melangkaui usaha melantik Ahmad Fairuz ke Mahkamah Persekutuan. Segmen 5 minit ini secara langsung mengaitkan bekas Ketua Hakim Negara Dzaiddin Abdullah yang didakwa menerima rasuah dari VK Lingam dan Vincent Tan agar beliau tidak mengkritik kedua-dua individu tersebut secara terbuka. Dzaiddin Abdullah merupakan Ketua Hakim Negara antara Disember 2000 hingga 2003. Di dalam video tersebut disebut VK Lingam menyatakan: "Dan kita telah memberikan beliau hadiah paling mahal. Jangan tanyalah apa bendanya. Saya telah beri kepadanya dan Vincent Tan telah berikan kepadanya."

Meskipun pada awalnya penubuhan Suruhanjaya Diraja telah memberikan rakyat Malaysia harapan agar kewibawaan dan integriti Kehakiman dapat dipulihkan, kami belum yakin dengan prosiding dan keputusan prosedur yang dibuat para Pesuruhjaya setakat ini. Suruhanjaya Diraja mestilah dapat menjunjung ketelusan dan integriti agar tidak kelihatan merosakkan lagi imej sistem kehakiman negara. Saya dengan ini menyerahkan bukti terbaru ini kepada orang ramai dan menyatakan kesediaan bekerjasama sepenuhnya dengan prosiding Suruhanjaya selama ini.


Video ini dapat dilihat di laman web saya http://www.anwaribrahim.com/.

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan: